26 July 2011

Siapakah pembawa dalil kiamat yang nyata?

Pihak kerajaan tidak boleh duduk diam tanpa berkata-kata yang tidak digemari ramai. Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis pula sekarang dituduh sebagai seorang Wahabi dan beliau sangat hampir untuk dituduh sebagai pengganas. Apa sahaja yang terkeluar dari mulut pihak kita semuanya menyakitkan pihak yang lain. Dalam nafas yang sama mereka mengingatkan tentang perpaduan Islam dan entah apa yang lain.

Semua manusia dalam Malaysia ini merbahaya kepada kerajaan. Berjalan secara aman beramai-ramai untuk berhimpun secara aman dikatakan oleh pemerintah sebagai perhimpunan haram yang mengganas dan kononnya rakyat Malaysia hendak meniru apa yang berlaku di Timur Tengah.

Apabila rakyat menyokong bersih yang di ketuai oleh Ambiga mereka menuduh yang kita sebagai tidak patriotik dengan menyokong pimpinan bukan Islam. Penyokong Bersih itu di anggap sebagai perusuh tetapi disebaliknya polislah yang merusuh mereka. Pihak pemerintah begitu ‘paranoid’ dengan apa sahaja yang dilakukan dan diungkapkan oleh pihak lain.

Dengan apa yang dilakukan terhadap Asri ini, satu lagi bukti jelas pihak kerajaan akan lakukan apa sahaja untuk menunduk sesiapa yang bercakap benar. Di dalam sistem pemerintahan kita yang benar akan selalu gagal dan yang bathil tidak akan menghadapi kesusahan. Malahan pemerintah seolah-olah merupakan pihak pembawa dalil hari kiamat yang paling jelas.

Dalil-dalil kiamat memang sudah nyata berada di hadapan kita. Dalil kiamat itu selalunya bertentangan dengan nilai dan moral biasa. DAN pemimpin-pemimpin kita nampaknya menjadi pembawa dalil yang tegar.

Apa sahaja yang baik itu salah baginya. Yang bathil bermaharaja lela, yang hak dan benar sentiasa diejek dan dihina. Yang salah nampak benar dan yang benar dikatakan salah.. Kalau dahulunya kita hanya nampak dalil yang biasa sahaja seperti buah di luar musim, lelaki menyerupai perempuan dan perempuan pula menyerupai lelaki, kini dalil yang lebihnya sedang timbul dengan jelas sekali.

Ianya termasuk pengaruh perempuan yang sangat besar dalam masyarakat. Wanita di takuti oleh lelaki dan wanita bermaharajalela. Yang kaya bertambah kaya dengan cara bathil dan mereka dilindungi dengan undang-undang yang ketat.

Semua manusia yang mahu kebenaran akan menjadi bahan kritikan dan dihina. Yang berkuasa akan menggunakan kuasa secara bebas dan tidak adil semata-mata kerana kuasa yang ada.

Orang yang hina dan melakukan kesalahan dan noda akan menjadi idaman orang ramai. Agama akan diberikan intepritasi yang terbalik. Yang melakukan sesuatu dengan tujuan yang baik akan dihina dan diperkosa oleh pihak yang berkuasa.

Yang berilmu (ulamak) tidak akan mendapat tempat lagi. Itu sebabnya dalam kes Asri ini ianya merupakan satu dalil jelas menuju kearah kiamat itu tadi. Yang mendapat tempat ialah mereka yang memperjuangan perkara yang menyekutukan tuhan seperti tidak akan terjamin rezeki jika tidak mengikuti pihak berkuasa yang tidak adil itu.

Yang belum kita lihat dengan mata kepala kita hanyalah satu elemen dalil sahaja lagi…iaitu mata hari belum lagi terbit dari barat. Dalil-dalil yang lain semuanya sudah ada dan kebanyakan dalil itu dilakukan oleh kalangan kita sendiri.

Jika mata hari sudah mula terbit dari barat maka segala niat yang baik tidak akan menjadi kenyataan dan diterima tuhan lagi. Oleh itu jika kita mahu melakukan yang baik dan tidak mahu menjadi salah seorang dari pembawa dalil itu tadi elok melakukan sesuatu sebelum matahari terbit dari barat. Biar lambat asalkan selamat.

Tuhan berjanji jika masih ada umatNya yang masih berzikir kapadaNya walaupun seorang dunia ini belum lagi akan kiamat. Jika kita ingin menjadi penyelamat elok kita jangan terbabit dengan pembawa-pembawa dalil itu dan sebaliknya kita keluar dari kumpulan itu.

Semoga kita adalah di kalangan yang tidak bersama dengan pembawa dalil itu tadi, supaya dunia tidak dan belum lagi kiamat. Kita berbuatlah kebaikan sebelum matahari terbit dari barat kerana kita lakukan kebaikan selepas matahari terbit dari barat segala kebaikan ubudiah kita tidak lagi diterima tuhan kerana sudah terlambat.

28 comments:

  1. spot on, spot on! Alhamdulillah!

    zabidi

    ReplyDelete
  2. agaknya kunci pintu surga ulamak umno yg pegang.

    ReplyDelete
  3. :)

    Moga dirahmati & diberkati Allah akan tuan punya blog ini.

    Amin!

    ReplyDelete
  4. Assallamualaikum Tn Hj,

    Saya merupakan salah seorang daripada 1.2 juta kakitangan kerajaan . Sebagai pegawai kanan didalam Pengurusan Tertinggi yang telah berkhidmat sejak zaman Tun M hinggalah DSNTR , telah banyak perkara dan benda yang saya lihat yang bukan sahaja mengjengkelkan tetapi juga ketidak adilan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sehingga menyebabkan saya hampir-hampir meletakkan jawatan suatu ketika dahulu . Walau bagaimanapun Tuan Guru Nik Aziz melalui kawan baik sahaja di Kota Baru telah menasihatkan saya supaya jangan berbuat demikian diatas alasan , saya masih boleh buat perubahan minda pegawai-pegawai dan kakitangan sokongan dibawah selian saya .
    ALHAMDULILLAH , saya dapat mengubah mind sight dan paradigm shift pegawai-pegawai dan kakitangan - kakitangan sokongan saya yang selama ini dikongkong dan ditakutkan oleh BN . Insya Allah , PEMILU 13 yang bakal datang nanti akan menyaksikan perubahan didalam kerajaan . BTW , BERSIH 2.0 juga telah ' membuka mata' ramai pegawai-pegawai JUSA termasuk yang berada di dalam JPM sendiri . Himpunan bulanan di Putrajaya oleh PM dan lain-lain menteri dianggap sebagai syok sendiri sahaja oleh kami .
    Apa pun Hidup , Mati , Rezqi dan Jodoh hanya HaQ ALLAH dan bukannya kerajaan BN !

    ReplyDelete
  5. Asalam saudara aspan,

    Sebenar beginilah jadi, bila mana pemimpin yg sudah ketandusan idea, mereka mula menguna kuasa yg, bergantung kpd talian hayat . Mereka akan terus menjadi kerajaan yg penuh dgn curiga hingga bila bila , Segala teguran yg ada, sudah menjadi racun berbisa kpd umno ? Mereka dalam keadaan yg cukup cemas ? Yg ada hanya kuasa ? Dan akan di perguna dgn maxima , Malang mereka sebenar masih bermimpi di siang hari ?

    Persoaln yg cukup besar dan membigungkan umno. Apkah mereka kali ini bisa kekaL DGN KUASA yg sering di olah dgn penipuan ? Rakyat terbanyak sudah tentu memberi signal yg cukup jelas kpd umno, rakyat telah menjadi mual dgn kelakuan dan sikap pemimpin yg ada ? Sudah semasti SPR, tidak mudah lagi di salah guna, rakyat sudah bersedia bertindak atas ketidak adilan mereka selama ini ? Sagala yg ada dan akan ada, sangat menyeramkan pemimpin umno dan bn ? tq wasalam.

    ReplyDelete
  6. Apabila rakyat menyokong bersih yang di ketuai oleh Ambiga mereka menuduh yang kita sebagai tidak patriotik ..

    Patriotik? Cuba berbahasa kebangsaan sikit?

    ReplyDelete
  7. salam..
    saya tersentuh dgn catatan ini..sgt tersentuh.. apa yg telah terjadi sebenarnya..???? yang keji pula dipuji.. yg mulia dikhianati.. apakah mereka itu menongkat langit..

    ReplyDelete
  8. UMNO mendesak rakyat berasa syukur kepadanya. Ini ajaran SESAT...

    ReplyDelete
  9. Tidak mudah membalikkan kebatilan seperti membalikkan kedua telapak tangan. Namun, apabila kegelapan malam semakin pekat, ianya menandakan bahawa fajar semakin dekat.

    Apabila Allah hendak menurunkan kebenaran, maka pertembungan beradaban akan berlaku. Pertembungan di antara kebatilan dan kebenaran. Pertembungan diantara kezaliman dan keadilan. Makna disebalik ini, tiada lain adalah ujian. Ujian yang memerlukan kesabaran. Yang pasti onak dan duri berada di hadapan.

    "Hamba Tafakkur"

    ReplyDelete
  10. Pak,

    Rasullullah(S.A.W) pernah menyebut bahawa di padang mahsyar nanti, umatnya (umat islam) akan terbahagi kepada 73 golongan dan hanya SATU sahaja yang akan dikira BENAR dan diiktiraf sebagai Umat Rasullullah. Maka rasanya umat islam di Malaysia ini mesti menilai diri dan keimanan mereka (samada mereka adalah dari golongan Umat Rasullullah ataupun termasuk dalam golongan islam melayu, melayu islam, islam UMNO, islam hadhari, islam PAS, islam PKR ataupun islam PERKASA dan sebagainya). Islam kah kita semua ini ataupun adakah islam kita ini berkait dengan kemelayuan kita ataupun dgn lahirnya kita dari ibubapa yg berugama "islam"?

    Dimanakah keislaman kita in terletak atau wujud dalam diri kita? Alangkah malangnya umat yang mengaku islam tp masih tidak tahu apakah itu islam dan apakah itu solat? Jika kita masih berupacara atau ber"ritual" melakukan solat tanpa mengetahui apakah solat itu sebenarnya and rupa sebenar solat itu, maka tidak hairanlah kebanyakan "umat islam" masih lagi keliru dgn "Islam" sebagai Ad-Din. Disinilah wujudnya kebijaksanaan ulama2 melayu dahulu yang mentafsirkan solat sebagai "Sembahyang" didalam bahasa melayu. Hanya kita sekarang ini yang selalu menyebut tapi malas nak menghuraikan maknanya.

    Nick.

    Salam and GOD Bless.

    ReplyDelete
  11. Bentes UMNO, bagi dia tersungkur, Bila hidung dah melelas nanti menadah ke langit la dia, mana yang pekong sangat biar terjelipok terus

    ReplyDelete
  12. Good article dato.... very cynical

    In today’s culture, idolatry isn’t building some golden calf to bow down to. Today people turn from idol to money & majority of the population still believe the money is the answer to all of their problems.

    But the worse part……UMNOs worship both “MONEY” & “DIVINE LEADER”.

    ReplyDelete
  13. Tuan Aspan,
    Nampaknya Umno makin terdesak.Laporan Jakim dan Jasa diterima pakai bulat-bulat.Biasalah kita lihat ustaz ni musuhnya adalah ustaz juga.Ada ustaz cari makan duduk di Jakim dan ada di Jasa (di daerah2).Kadang kadang ustaz setengah masak ni main 'balon' aje dalam laporan mingguan mereka,mereka akan memfitnah siapa saja yang dirasakan boleh mengganggu periok nasi mereka(makalumlah JASA adalah entiti politik yang ditubuhkan umno/bn diperingkat daerah untuk memantau kegiatan PAS dan kegiatan di masjid masjid.Ustaz2ni bukan boleh mengajar agama pun.Mengabiskan'boreh'aje

    ReplyDelete
  14. tuan,

    org yg kerja syift malam, matahari dia terbit di barat tuan, sebab bila dia bangun tidur matahari dia dah terbit di barat.........

    ReplyDelete
  15. Saudara Aspan,

    Saya tidak fikir bebudak UMNO faham apa maksud tazkirah yg saudara cuba sampaikan kali ini. Ini kerana hati dia org sudah kelam & gelap dek kerana terlalu banyak buat kerja terkutuk & menyalahi syariaat, tipu sana tipu sini, sesedut zarah tarbiyah saudara dah tak termakan oleh dia org , panglima Jawa kat kampung saya kata "beyond redemption".

    Biarkan mereka dgn aksi lelucu & lelongan mereka, rakyat tersenyum sinis tengok dari jauh & kami tahu apa nak buat, datang pilihan raya nanti.


    Wak Karman (Pendita Jawa Batu Pahat)

    ReplyDelete
  16. UMNO juga merupakan pengganas yang merompak harta benda rakyat.

    jiwa-jiwa

    ReplyDelete
  17. Umno merupakan sebatang pohon yang telah berusia. Banyak dahan dan ranting telah di makan oleh anai-anai rasuah. Oleh itu dahan-dahan dan dan ranting ini perlu di potong..Namun apabila di potong ia tdak akan mampu lagi untuk menjadi penaung kepada rakayat jelata..Persoalannya adakah kita mahu memotong dahan dan ranting itu untuk membolehkan pucuk yang muda bertunas.. Atau menunggu ranting dan dahan itu gugur sendiri dan menimpa kepala..Pilihan perlu dibuat sewaktu PRU 13 nanti..Fikir-fikirkan....

    ReplyDelete
  18. Saudara Aspan,

    Saya ingin berbeda sedikit. Ini bukan agenda UMNO sebab yang dilontar tuduhan itu juga membabitkan UMNO. Ulumak muda UMNO dan UMNO Perlis juga terbabit, kecuali Dr Asri yang tak menyertai UMNO. Ini agenda lama golongan tertentu yang memang bermusuh dengan fahaman Salafi (Wahhabi?). Individu yang membuat lontaran tersebut ialah seorang yang tersohor memusuhi orang seperti Dr Asri. Beliau juga adalah seorang yang taksub dengan konsep Nur Muhammadnya sedangkan konsep tersebutb tersasar dari ajaran Islam. Kalau kita tak dapat menerima amalan orang lain yang tak semazhab dengan kita maka orang lain itu sesat, itu satu bencana bagi umat ini. Fahaman Salafi, bukan Wahhabi, adalah penerus ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Kalau itu tak betul maka siapkah yang betul? Kalau begitu kenapa nak susah payah ke Makkah menunaikan haji? Buat saja kat Kampong Seronok di Bayan Lepas. Di situ para penganutnya semuanya UMMO...because they know which side of the bread is buttered. Just to play safe.

    ReplyDelete
  19. Bukan ke Asri dah masuk UMNO? Kenapa Pakatan mainkan isu Wahabi ni?

    ReplyDelete
  20. Quiet Despair,

    you are dreaming. It is the government who alleges to be a wahabi..not pakatan.

    berfikir dahul sebelum membuka mulut.

    jauhar

    ReplyDelete
  21. QD

    Ulamak UMNO takut dan tak mampu menjawab hujah Islam Asri dalam artikalnya yang menyokong demonstrasi BERSIH/ 2

    RDA

    ReplyDelete
  22. Sorry, I meant the government. It's an old issue. Even KJ tak nak komen.
    I ada terbaca Asri salah seorang ulamak muda yang masuk UMNO. Ada gambarnya bersama Najib.

    ReplyDelete
  23. Jangan terlalu banyak mengkaji tentang kelemahan UMNO ni buang masa ja. Dah 53 tahun dah..lama dah tuuu...Mudah ja nak dapat pemimpin yang baik untuk rakyat...tiap 5 tahun kita pakat2 tukar kerajaan sehingga lah kita dapat PM yang benar2 mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat. Peluang kita sebagai rakyat untuk menukar kerajaan sudah hampir dah. apa salahnya kali ni kita cuba bagi PR yang memerintah selama 5 tahun pula. Sekarang ni rekod mereka di Selangor, Kedah, Kelantan n P.Pinang baik sekali...Mari kita bagi peluang kepada mereka..

    ReplyDelete
  24. Mat Nen,

    Penang cakap lu ada akai..
    pasai UMNO Xboleh pakai

    ReplyDelete
  25. Tuan Aspan,

    Isu wahabi ini cerita lama yg dah ujud sebelum lahirnya UMNo pun. Buang UMNO pun tidak akan menyelesaikan isu perpecahan umat islam terutama yg melibatkan isu wahabi atau syiah. Dalam banyak perkara saya bersetuju dgn Dr. Asri kerana pandangan beliau adalah asli dari pemikiran beliau yang tidak berkepentingan.

    Utk pengetahuan QD, Dr. Asri belum menyertai UMNO. Ura ura penyertaan beliau dalam UMNO dulu tu kurang dipersetujui oleh tokoh UMNo sendiri termasuk Tun M atas alasan Dr. Asri akan lebih diterima pemikiran nya jika diluar UMNO.

    ReplyDelete
  26. Saya sokong MAT NEN...

    Tuan tuan / Puan Puan,

    Sila nyatakan sokongan anda......

    ReplyDelete
  27. Sdr MAT NEN

    Saya sependapat dengan sdr

    Cuma nak tanya, kenapa orang PR seperti sdr kata rekod PR di Selangor, Kedah, Kelantan n P.Pinang baik sekali, tetapi orang BN kata sebaliknya?

    RDA

    ReplyDelete
  28. Saya pun sokong Mat Nen.

    ReplyDelete