Isu perkauman elok dihentikan sebelum terlambat.Mengendung isu perkauman tidak berhenti-henti sangat menjemukan kerana rakyat hendak hidup dengan aman dan damai. Isu ini hanya diperbesarkan oleh mereka yang lemah sokongan dan menggunakan isu ini sebagai cara untuk mendapatkan sokongan dari kaumnya sendiri.
Isu perkauman hanya permainan politik mereka yang berkuasa dan mereka yang tidak mampu untuk menjadi pemimpin kepada rakyat. Mereka menggunakan isu ini untuk kepentingan peribadi mereka semata-mata.
Mahu tidak mahu kita mesti akui yang semua rakyat ada hak untuk bersuara. Bagi saya kerajaan patut mengambil tindakan dengan undang-undang terhadap sesiapa yang melaungkan sentimen perkauman yang terlalu menebal. Kita terpaksa menerima yang semua kaum adalah rakyat Malaysia. Mereka berhak untuk bersuara tentang nasib masa depan mereka.
Masa depan sesebuah negara itu ditentukan oleh rakyatnya sendiri. Pemimpin tidak boleh menekan dan memaksa sesiapa pun untuk memberikan sokongan secara terus menerus kerana pemimpin itu sendiri telah dipilih oleh rakyat buat satu masa yang ditetapkan dan di negara kita mereka dipilih selama 5 tahun sahaja.
Dalam hal negara kita BN telah diberikan mandat sebegitu lama, tetapi keyakinan rakyat yang berterusan itu telah di salah guna oleh mereka dan mereka sudah menganggap yang hak untuk memerintah itu hanya ada kepada BN semata-mata. Dalam usaha mengekalkan mandat itu BN telah melangkaui batas-batas demokrasi yang sebenarnya.
BN khususnya UMNO tidak lagi percaya kepada sikap toleransi dan etika demokrasi yang sebenarnya dan sikap ini lama kelamaan menjadikan rakyat yang mempunyai walaupun sedikit pemikiran menjadi bosan. Rakyat sudah mula jemu dengan isu-isu yang diketengahkan terhadap parti-parti halal yang juga mempunyai hak untuk menawarkan untuk mendapatkan mandat dari rakyat.
Maka sekarang ini parti-parti yang berteriak tentang isu rasis ini dengan secara beransur-ansur dipinggirkan oleh rakyat berbilang kaum di negara ini. UMNO terutamanya masih dengan retorik usangnya kerana masih bercakap sesama sendiri betapa pentingnya UMNO itu untuk dikekalkan kerana UMNO sahajalah yang boleh menjamin masa depan negara dan orang Melayu.
Tetapi persoalannya benarkah UMNO kini masih relevan sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan orang Melayu? Dulu benar yang UMNO merupakan parti kebangsaan yang menjadi payung kepada orang Melayu di samping menjaga kepentingan orang-orang bukan Melayu. Malahan seperti yang saya sebutkan acapkali orang-orang bukan Melayu memang menyokong UMNO itu untuk meningkatkan kedudukan orang Melayu yang akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
Tetapi keyakinan ini sudah hilang samasekali kerana UMNO mengambil sokongan semua pihak ini secara ‘for granted’. Kita telah menjadi kumpulan yang kufur terhadap nikmat yang di dapati melalui sokongan semua kaum ini. Oleh kerana unsur rasuah dan kecenderungan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri untuk mengaut kekayaan sejak 3 dekad yang lalu, UMNO telah beransur-ansur menjadi lemah dan rasuah dalam parti telah menaikan mereka yang lemah kepimpinan untuk menjadi pemimpin dengan wang ringgit hasil dari kekayaan yang di dapati secara ‘ill gotten’ tadi.
Sokongan dari kaum bukan Melayu itu telah menurun kerana UMNO sendiri telah menyalah gunakan sokongan mereka kepada UMNO dengan secara terbuka dan mudah dipandang dan dilihat. Bukan Melayu telah menyaksikan bagaimana UMNO telah mempermainkan orang Melayu sendiri apabila DEB yang sepatutnya tamat tempoh pada tahun 1990 dahulu telah tidak dihiraukan oleh pucuk pimpinan UMNO sendiri dan pada hakikatnya DEB itu telah ditamatkan riwayatnya bertahun-tahun sebelum tempoh berakhirnya dasar itu.
Orang-orang bukan Melayu sendiri melihat hak dan keistimewaan orang Melayu itu telah di salah gunakan kerana diambil kesempatan oleh kroni-kroni pucuk pimpinan di atas nama Bumiputra. Projek-projek ekonomi yang besar-besar dalam jumlah ratusan billion ringgit telah diberikan kepada beberapa orang Melayu dan Bumiputra secara ‘negotiated tender’ dan harganya melambong tinggi dengan menggunakan wang dari cukai yang di kutip dari rakyat. Projek ini kebanyakannya tidak termasuk di dalam rancangan pembangunan 5 tahun yang menjadi amalan kita selama ini.
Semua projek dilaksanakan secara ‘express’ dan rasuah pun mula bermaharajalela tanpa sekatan. Zaman itulah kita melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Melayu dan Bumiputra baru ini menjadi seperti saudagar minyak Arab yang terbang kesana kemari dengan jet peribadi dan seumpamanya.
Sekarang semua jet-jet tersebut sudah tiada lagi kerana mereka tidak mampu untuk bertahan Kata seorang yang mempunyai jet peribadi dahulu memberitahu saya, “kalau kita membeli jet ianya hanyalah merupakan ‘2 times happiness’ sahaja. Pertamanya semasa mendapat menerima penghantaran jet itu dan yang keduanya semasa jet itu dapat dijual atau ditarik balek (repossess) oleh syarikat kewangan yang memberikan pinjaman itu”. Ada di antara mereka telah jatuh merudum kerana kesilapan memberi mereka menjadi kaya raya secara kilat.
Ratusan billion ringgit keuntungan pembangunan hanya dinikmati oleh segelintiran rakyat yang akhirnya hidup di dalam kufur nikmat yang tidak terperi. Semuanya ini mendapat perhatian rakyat ramai dan mereka sudah tidak lagi yakin dengan jenis pimpinan seperti ini. Sekarang ini pemimpin-pemimpin yang jenis dan kumpulan ini pula yang ingin menyakinkan rakyat tentang transformasi ekonomi dan transformasi politik untuk negara.
Bagaimana rakyat hendak percaya sedangkan projek pertama untuk melaksanakan transformasi ini masih lagi mempunyai unsur-unsur yang tidak menyenangkankan rakyat. Yang dimaksudkan ialah projek raksaksa MRT yang akhirnya akan menelan belanja sebanyak lebih dari 60 billion ringgit melalui syarikat orang berpengaruh secara ‘negotiated’ tender. Ini menyakitkan kepada siapa yang faham sedikit sebanyak tentang apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes projek ini.
Projek yang sebesar ini sepatutnya dilakukan dengan ‘tender antarabangsa’ dan tidak terkejut jika ianya dilakukan secara tender ini projek ini akan memakan kos yang kurang dari 30 billion ringgit. Kerajaan tidak boleh menyalahkan rakyat kerana begitu ‘suspicious’ kerana rakyat telah banyak kali terkena dengan projek-projek raksaksa yang telah menelan belanja yang jauh lebih besar dari yang sepatutnya. Rakyat tahu berbillion-billion dari jumlah kos itu merupakan jumlah ‘kick back’ kepada pihak-pihak tertentu.
Alah bisa tegar biasa. Rakyat sudah tidak lagi percaya cara dan kos yang terlibat dalam projek seperti ini merupakan proponent yang tepat dalam projek ini. Perkara-perkara seperti inilah yang menyebabkan terbinanya persepsi yang sangat buruk terhadap kerajaan dan nampaknya kerajaan tetap melakukannya. Tidak ada bayangan yang kerajaan sedar dan mahu berubah Apabila telah ketagih dengan rasuah kegiatan ini memang tidak dapat diubati lagi.
Rakyat berbilang kaum sudah hilang keyakinan terhadap BN khusunya UMNO dan krisis keyakinan seperti ini selalunya akan mendapat hukuman dari rakyat semasa pilihanraya nanti.
Rasuah dan penyalah gunaan kuasa tetap dilakukan, tetapi rakyat tidak dibenarkan bersuara untuk menentangnya. Jika rakyat bersuara ada yang ditangkap dibawah EO pula. Justru kehendak UMNO ialah, ‘biarkan aku rasuah dan kamu mesti terus menyokong aku. Kalau tidak aku akan tangkap kamu dan penjarakan kamu’.
Persoalannya siapa yang hendak mempercayai janji UMNO untuk membela generasi yang akan datang sedangkan generasi sekarang pun sedang menghadapi masalah keji ini? Rakyat nampaknya ingin mencari hala tujuan baru. Mereka sedang beransur-ansur lari dari perjuangan rasis yang dibina oleh UMNO begitu tebal.
Rakyat mahu mencari kerajaan yang mempunyai ‘decency’ yang jelas dan pasti. Itulah sebabnya ramai rakyat termasuk orang Melayu sedang dalam pencarian dan setengahnya sudah pun mengambil keputusan untuk memberikan perhatian terhadap 2 parti, iaitu PAS dan DAP.
PAS merupakan parti yang secara relatifnya lebih bersih dan mempunyai disiplin kepartian yang kuat. DAP pula merupakan parti berbilang kaum yang terbukti mampu mentadbir kerajaan dengan jujur dan mendapat sokongan semua kaum. Di Pulau Pinang, MCA dan Gerakkan sudah menjadi tidak mempunyai pengaruh lagi. UMNO pula sudah menjadi seperti pelesit kehilangan tuan…menyalak kebukit dan lembah kerana sudah hilang segala punca penyelesaiannya.
UMNO di P Pinang sudah hilang segala hidayah dan amat sukar untuk kembali berjiwa dalam masa yang singkat ini. UMNO hanya akan dapat kembali sembuh dari penyakit krisis keyakinan ini jika seluruh pimpinan sekarang mengambil tempat dibelakang dan memberikan kepada orang lain untuk menerajuinya. Kalau masih tidak mahu berkorban maka UMNO akan terkorban. Jangan menyesal dikemudian hari, kerana ia tiada gunanya lagi.
Hanya 3 perkara yang ditolak rakyat dari kerajaan yang memerintah sekarang. Apakah 3 perkara itu?
Pertamanya kerajaan sekarang mesti berjaya untuk menghilangkan persepsi rasuah. Keduanya rakyat menolak sistem pentadbiran ala “police state’ yang sedang berlaku pada hari ini. DAN yang akhir sekali rakyat menolak kerajaan dan UMNO memainkan sentiment rasis yang terlalu menebal sekarang ini.
Tetapi ketiga-tiga elemen inilah yang sudah pasti tidak mampu dilakukan oleh pemerintah pada hari ini.
DAP tolong melayu. oh ya. tolong bukti kan. 3 tahun. mudah je.
ReplyDeletePAS bersih? setakat tulis blog, tukar tiub lagi bagus. tunjuk kan la bang. main dengor cakap org, nik aziz pun boleh buat blog.
Salam dato,
ReplyDeleteMemang UMNO telah berkuasa dan masih hidup subur kerana 3 elements diatas. Semua org tahu.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteApa pandangan tuan jika saya katakan bahawa para pemimpin BN khususnya UMNO kini telah terperangkap dan diperangkap oleh tangan-tangan ghaib kapitalis yang begitu licik dengan kerja-kerja mereka. Pada hemat saya, projek mega yang dicanangkan oleh kerajaan hanyalah sandiwara UMNO/BN untuk mengabui mata rakyat betapa projek berkenaan adalah untuk kesejahteraan rakyat. Walhal pada hakikatnya projek berkenaan hanyalah untuk kesejahteraan kaum kapitalis yang membonekakan mereka selama ini.
Dalam masa yang sama para pemimpin UMNO/BN mendapat bantuan kewangan bagi meneruskan hari-hari pemerintah mereka. Dengan bantuan inilah mereka membeli pengundi dengan pelbagai janji manis dan dalam masa yang sama memanipulasi sistem pilihanraya. Jika tidak masakan keluar kata-kata, "I help You, You help Me."
Pendekatan rasis dan persepsi hanya UMNO yang mampu memerintah hanyalah spin untuk melekakan rakyat terutamanya orang Melayu supaya terus menyokong mereka. Mereka terpaksa buat begitu bagi meneruskan kehidupan boneka mereka demi menjamin kelangsungan situasi menang-menang antara mereka dengan para kapitalis di belakang mereka.
Hakikat sebenarnya para pemimpin BN khususnya UMNO hanyalah alat permainan kapitalis.
Maaf tuan kerana komen yang agak panjang dan mungkin tidak relevan.
tukar slogan
ReplyDeleteBERKORBAN ATAU TERKORBAN
Anon 18.01,
ReplyDeleteAwak ni buta dan agak pekak. Terlalu terpengaruh dengan kempen desperate BN.
DAP tidak tolong Melayu, dia tolong rakyat sama rata.
Ketua wanita MCA Tan Cheng Liang telah menuduh Guan Rang membantu hanya Melayu kerana terlalu banyak kontrak yang didapati oleh orang Melayu di Pulau pinang.
Bagi DAP siapa yang mampu mereka dapat. Tak kira orang Cina atau Melayu mahu pun India.
Elok awak jangan mengambil peranan untuk berbahas kalau kepala awak kosong dan hanya mendengar kempen buruk BN terhadap Pakatan.
Awak tak ada pengetahuan elok duduk diam sahaja. Tuan Aspan hanya bercakap apa yang dia tahu. Dia tahu DAP telah banyak menolong rakyat tanpa mengira kaum.
DAP parti berbilang kaum. Dia tahu dia tak boleh berat sebelah kerana jika berat sebelah mereka akan di chop sebagai seperti BN.
Saya orang Penang, awak jangan nak mengata tentang isu yang kamu tidak tahu, boleh tak??
Such a silly comment.
and Rahman adam,
ReplyDeletesaya tertarik dgn komen sdr. It's true that DAP has been very fair. As a Penangite I know that we have the feel of a good administered state.
I voted for BN last election but I am experiencing tendency to support Guan Eng in the coming election.
He has done fairly well. Only BN campaigners will disagree to my view but let them say anything they like.
The truth is warmly felt by us here.
jamal
Anon 18.01,
ReplyDeleteKamu tak bahaskan isu yang ditulis oleh penulis.
Kamu adalah typical mentaliti UMNO. Isu tidak dibahaskan tetapi main sentimen rasis lagi.
Get lost with people like you man...
Asalam saudara aspan,
ReplyDeleteOrg yg menjadi penyokong tegar dan berkepentingan shj yg memberi umno merkah baik. Mereka tak sedar, sudah berapa lama rakyat dah beri peluang kpd umno ? Itu pun kali ini nak cubakan penipuan dgn pernambahan undi melalui pendatang asing ? Tapi mereka inilah yg besar, bercakap tentang keselamatan negara ? Rakyat akan memberi undi kali ini dgn bijak ???
UMNO, telah hilang keyakinan dari rakyat terbanyak . Rakyat akan senantiasam tunggu najib prn 13 ini. Selamat berehat kpd umno yg sudah menjadi rakyat mual dan sedih ? tq
Asalam saudara aspan,
ReplyDeleteOrg yg menjadi penyokong tegar dan berkepentingan shj yg memberi umno merkah baik. Mereka tak sedar, sudah berapa lama rakyat dah beri peluang kpd umno ? Itu pun kali ini nak cubakan penipuan dgn pernambahan undi melalui pendatang asing ? Tapi mereka inilah yg besar, bercakap tentang keselamatan negara ? Rakyat akan memberi undi kali ini dgn bijak ???
UMNO, telah hilang keyakinan dari rakyat terbanyak . Rakyat akan senantiasam tunggu najib prn 13 ini. Selamat berehat kpd umno yg sudah menjadi rakyat mual dan sedih ? tq
setuju ngn setiap yg dibicarakan dato aspan.
ReplyDeleteUlasan yg Tn Aspan kemukakan adalah realiti selama ini.. Biarkan la Anon 18:01 dgn fantasi nya. Dia hanya dpt maklumat dari TV3 & Utusan jer tu..
ReplyDeleteKadang-kadang orang Melayu kita bodoh. Kita nak undi DAP. Cina tak nak undi UMNO. Jadi saya setuju dengan Anon 18.01.
ReplyDeleteMana ada rasuah dalam UMNO?
ReplyDeleteDalam UMNO hanya ada 'politik wang', 'commission', 'consultant fee' dan 'introducer fee'; semuanya halal !!
SAMA ADA UMNO MASIH RELEVAN ATAU TIDAK ORANG MELAYU BOLEH NILAIKAN SENDIRI. SAYA SETUJU SANGAT KALAU DIKATAKAN BAHAWA RAKYAT TIDAK SUKA DENGAN RASUAH DAN PENYALAHGUNAAN KUASA YG BERLAKU DALAM KEPIMPINAN UMNO@ BN SEKARANG INI.
ReplyDeleteSAYA TEKANKAN BAHAWA ORANG MELAYU PERLU BERSATU. DENGAN BERSATU SAHAJA ORANG MELAYU AKAN KUAT DAN DIHORMATI. TUN M PERNAH BERKATA 'APALAH GUNANYA MELAYU TAK HILANG DI DUNIA, SEKIRANYA MELAYU MENJADI BANGSA YG TIDAK BERMARUAH'. DENGAN PERPECAHAN ORANG MELAYU KEPADA SEKURANG2NYA TIGA FAKSI, MELAYU MENJADI LEMAH DAN TIDAK BERMAYA SEPERTI MANA KINI. SAYA TAK KATA UMNO BAIK, TETAPI DENGAN KEDUDUKAN UMNO YG TERGUGAT MENJADIKAN MELAYU SEMAKIN TERGUGAT. KINI, SEMUA ORANG TAHU BAHAWA ORANG BUKAN MELAYU MEMBUAT TUNTUTAN2 YG BUKAN2. DILAYAN SALAH TAK DILAYAN NANTI TERGADAI PUTRAJAYA. BUKAN MELAYU CINA/INDIA MENGUGUT UNTUK TIDAK SOKONG KERAJAAN MAKA BN AKAN RUNTUH. MASA UMNO KUAT DULU, MASA TUN M, TUNTUTAN BEGINI TAK PERLU DILAYAN SANGAT. TETAPI, TIDAK BERI KESAN SANGAT KERANA UMNO KUAT, TETAPI KINI?
AKIBAT MELAYU YG ADA CITA2 TINGGI NAK MENAKLUK PUTRAJAYA DARIPADA KERAJAAN MEMERINTAH, MAKA SEGALA YG DIPERTAHANKAN OLEH UMNO SELAMA INI HENDAK DILEPASKAN BEGITU SAHAJA. CUBA MELAYU SPT ASPAN ALIAS BAYANGKAN, SEKALI SEKELUMIT KEISTIMEWAAN MELAYU ITU TERGADAI, MAKA ADA KEMUNGKINAN LAGIKAH IA DAPAT DIKEMBALIKAN? SECEBIS KEISTIMEWAAN ITU PULA ADALAH HAK YG DITENTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, BUKAN DIREKA SESUKA HATI.
PERJUANGAN MELAYU YG GELOJOH KE PUTRAJAYA ITU WAJIB DISOKONG OLEH CINA DAN/ATAU INDIA. HANYA CINA DAN INDIA YG GILA BABI SAHAJA YG AKAN MENOLAK TAWARAN SPT ITU. ITU JUGA YG MEREKA TUNTUT SELAMA INI. BAGAI BULAN JATUH KE RIBA.MENAFIKAN
HARI INI PM UMUMKAN WAKIL INDIA JADI MENTERI PENUH, MENGAPA? ADAKAH ASPAN ALIAS TAHU SEBABNYA? SEMUA YG PEMBANGKANG BUAT ORANG PERCAYA TETAPI KENAPA SEMUA YG KERAJAAN BUAT ORANG MELAYU MENAFIKAN? MELAYU MEMANG TAK SEDAR DIRI!
ASPAN ALIAS BOLEH APA TOLAK SAHAJA YG KERAJAAN/UMNO BUAT KERANA DIA DAH CUKUP MAKAN PAKAI, MACAM AKU JUGAK. TETAPI, MELAYU2 YG MELALAK DI TEPI-TEPI JALAN TU BAGAIMANA?
HARAP RESPONS YG IKHLAS DRPD TUAN PUNYA BLOG.
wmwi
Anon00:24,
ReplyDeleteSaudara tidak jujur kerana memberi komen dengan mengunakan anonymous. Saudara patut tunjukan identiti saudara supaya mudah kita berbincang. Saya tidak berminat untuk memberi respon kepada anonymous identiti kerana itu cara peperangan gurila.
memang Melayu mesti bersatu tetapi perlu bekerjasama dengan semua bangsa.
itulah perjuangan orang Melayu di dalam UMNO termasuk diri saya yang telah menyertai UMNO sejak 1971 dab pernah bergiat secara aktif dahulu.
Tetapi saudara tahu UMNO kini tidak bersatu lagi bukan kerana tidak mahu bersatu tetapi oleh kerana kerenah kepimpinan kita sejak 3 dekad yang lalu yang tidak lagi mempunyai jiwa UMNO.
UMNO seolah-olah memusuhi orang Melayu dengan berlaku rasuah dan segala perkara yang keji tetapi memaksa orang Melayu menyokongnya.
Apa saudara ingat orang Melayu suka berpecah? Tidak..tidak. Tetapi oleh kerana UMNO sudah gagal melaksanakan tanggungjawab kerana mementingkan peribadi maka lama kelamaan orang Melayu naik bosan.
Maka orang Melayu sekarang sedang berusaha untuk bersatu seperti sediakala tetapi bersatu di luar UMNO.
Siapa pun atau parti mana pun yang memerintah selain dari UMNO orang Melayu akan menerajui utrajaya. Orang Cina terutamanya DAP sudah memberikan jaminan mereka tidak akan menjadi PM kerana mereka tidak meletakan calun yang cukup untuk menjadi PM.
Isu orang Cina kePutrajaya itu hanyalah momokan pihak UMNO dan media massa sahaja untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak meninggalkan UMNO.
Tetapi saudara jangan menakut-nakutkan orang kerana sudah hilang sokongan.
Saya malu jika di[perbodohkan oleh pemimpin Melayu kita sendiri.
Tetapi kalau saudara seronak diperbodohkan itu pilihan saudara dan tidak kena-mengena dengan diri saya. Saudara yakin saudara tidak diperbodohkan itu hal saudara. Saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk percaya kepada saya.
Ini saya jawapan saya dan saya tidak akan ulangi jawapan jika saudara menajak saya berbahas.
Saya hendak menumpukan masa sedikit dengan orang yang tidak mudah diperbodohkan.
Sekian, Wassalam.
Aspan, Malays should join DAP coz that party is serious party. The discipline in the party is real and that is the place for serious politicians to join. That will address the racist problem, don't you agree?
ReplyDeleteNampak sangat 18.01 dan 00.24 buta mata hati. Berilah komen yang relevan sikit. Rakyat kampongpun dah nampak siapa yang menyalahgunakan kuasa, penipu, pembohong, rasuah, kroni, cakap tak serupa bikin, barang naik, Imelda semuanya berpalit kat UMNO sekarang ni. Yang hairan mereka2 ini masih tetap mahu menegakkan benang basah.
ReplyDeleteBetul-betul hairan.
"Mat Hairan"
Aspan,
ReplyDeleteThe Ketuanan UMNOputra Jaguh2 Kampung have wasted 3 years of Rule with their Kindergarten Charades
to counter their “Ketuanan Paranoia”
Globalisation is very Dynamic & Bolehland cannot even resolve itself...
To even think of, move forward & participate beyond its shores...
To understand the impact of Globalisation, Financial & Economic Melt down...
Already at this nation’s doorsteps...
Which will affect its citizens soon...
With “No Contigency Plans” in place...!
Are they aware of & taking action on this...
Australian treasurer warns of global economic “contagionâ€- http://www.wsws.org/articles/2011/jul2011/econ-j12.shtml
The Banksters and American Foreign Policy by Justin Raimondo -- Antiwar.com - http://original.antiwar.com/justin/2011/07/14/the-banksters-and-american-foreign-policy/
Obama and the debt ceiling - http://www.wsws.org/articles/2011/jul2011/pers-j29.shtml
More than 5 million households had their wealth wiped out since 2005 - http://www.wsws.org/articles/2011/jul2011/econ-j28.shtml
Investors pulling money out as deadline nears  | ajc.com - http://www.ajc.com/news/nation-world/investors-pulling-money-out-1058636.html
Therefore, with time growing short, those orchestrating America’s demise will have no alternative but to lay down their cards;
Perhaps a global economic meltdown, money, gas and food shortages, followed by horrendous violence, rioting, neighbor against neighbor.
Eventually, Marshal Law will be declared as Americans are shot in the streets by representatives of their elected officials.
From the ashes of the United States, survivors may witness the birth of the New World Order. Many will see this as the end.
Finally to share this...
"Starting next year, all U.S. savings bonds will be electronic rather than printed. So they'll be paperless, as well as valueless, useless, and worthless." - comedian Jay Leno
Just a matter of time in Bolehland...
You be the judge.
Shalom.
Pak,
ReplyDeleteYou did well to answer Anon 00:24 provocation and his "not well hidden" intention to deceive and misled your malay reader. Your answer hit him (or her) right on the head and I'm guessing that anon 00:24 is running away now with his tail between his leg (it usual is with the likes of him or her).
To Anon 00:24, you'll do well to remember that the majority of Malaysian already sees UMNO (Baru) = CORRUPT, POWER MAD AND MOST IMPORTANTLY USES RACE TO SPREAD DISCORD AND HARMONY AS A TOOL TO ENSLAVE ALL MALAYSIAN! Therefore in the next GE, be forewarned that most Malaysian and especially most malays will be adhering to the slogan of A.B.U (ASAL BUKAN UMNO OR ANYTHING BUT UMNO).
Malaysian are ready to dump UMNO into the landfill of history together with its corrupt, power mad and racist leaders. And if you anon 00:24, are not with the majority of Malaysian on this, I am very thankful to ALLAH that you and your kind are small in numbers and even smaller in IQ.
Nick.
Salam and GOD Bless.
Pak Aspan,
ReplyDeleteSaya antara orang yang bertuah yang berkesempatan menaiki private jet seorang ahli perniagaan ke beberapa buah negara Eropah ketika mengikuti misi perniagaan TDM kira-kira 14 tahun yang lepas.Dalam rombongan tersebut terdapat kira-kira 14 ahli perniagaan Malaysia yang kesemuanya menaiki jet peribadi. Ketika di Switzerland, penerbangan berlepas berselang seli dan terasa betapa hebatnya melihat ahli perniagaan Malaysia menaiki jet peribadi seperti menaiki bas mini!3 tahun selepas itu jet peribadi hilang kemana, kebanyakan ahli perniagaan ini ada kes dimahkamah!!
'..Umno pula sudah menjadi pelesit seperti kehilangan tuan...' LOL :)
Tokalang
Ingin tahu siapa “The father of all racists.” i.a.w Quran?
ReplyDeleteRead it here..... Satan’s arrogance and sense of superiority over Adam (human beings) is the genesis of an individual’s thoughts of being better than or superior to his or her fellow humans.
SAUDARA ASPAN,
ReplyDeleteSAYA BERPENDIRIAN BAHAWA KALAU PEMIMPIN YANG ADA HARI INI TELAH MEMPERBODOHKAN KITA SEJAK DULU LAGI, BOLOEHKAN KITA PERCAYA KEPADA MEREKA, YANG MEREKA TIDAK AKAN MEMPERBODOHKAN KITA DIMASA AKAN DATANG APABILA DIBERI PELUANG MEMERINTAH LAGI? SAYA RASA SAYA TIDAK AKAN DIPERBODOHKAN LAGI. CUKUPLAH !!!!!!
Sdr AA
ReplyDelete"Bagaimana rakyat hendak percaya sedangkan projek pertama untuk melaksanakan transformasi ini masih lagi mempunyai unsur-unsur yang tidak menyenangkankan rakyat. Yang dimaksudkan ialah projek raksaksa MRT yang akhirnya akan menelan belanja sebanyak lebih dari 60 billion ringgit melalui syarikat orang berpengaruh secara ‘negotiated’ tender. Ini menyakitkan kepada siapa yang faham sedikit sebanyak tentang apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes projek ini.
Projek yang sebesar ini sepatutnya dilakukan dengan ‘tender antarabangsa’ dan tidak terkejut jika ianya dilakukan secara tender ini projek ini akan memakan kos yang kurang dari 30 billion ringgit. Kerajaan tidak boleh menyalahkan rakyat kerana begitu ‘suspicious’ kerana rakyat telah banyak kali terkena dengan projek-projek raksaksa yang telah menelan belanja yang jauh lebih besar dari yang sepatutnya. Rakyat tahu berbillion-billion dari jumlah kos itu merupakan jumlah ‘kick back’ kepada pihak-pihak tertentu."
Komen:
Bagi saya, Pelan Transformasi Nasional atau GTP Kerajaan UMNObn yang diperkenalkan oleh DSN perlu bukan sahaja membabitkan penjelasan mengenai aspek ekonomi makronya, bahkan aspek ekonomi mikronya juga.
Maksud saya, pelaksanaan projek2 kerajaan dan swasta bertaraf saiz besar dan mega seperti MRT itu penjelasannya oleh kerjaan dan jurucakap UMNObn hanya berkisar soal aspek ekonomi makro yang tidak lebih dari falsafah, teori atau pendekatan yang, dari sudut perancangan pembangunan negara era globalisasi ini,sesuatu yang tidak dapat dielakan dari segi memenuhi kehendak golongan pemaju atau kontraktor yang dipengaruhi pemikiran kapitalis atau sistem ekonomi kapitalis yang kita sama2 anuti selama ini, khasnya.
Maksud saya lagi, GTP, tidak dapat tidak, perlu juga menjelaskan mengenai sistem dan tatacara pelaksanaan projek2 besar dan meganya tersebut yang jika dijelaskan mampu meyakinkan seluruh rakyat bahawa berlaku transformasi/perubahan sistem dan tatacara pelaksanaannya, setidak-tidaknya, membabitkan sistem penawaran tender dan sistem kontrak pembinaannya,berbdanding dengan sistem2 sebelumnya seperti berikut:
Kalau sebelum ini sistem tawaran tendernya ialah jenis tertutup/close atau runding terus/direct nego yang menggalakan amalan rasuah dalam bentuk kick-back dsb itu, kini ia perlu diubah /transform kepada sistem tender terbuka.
Kalau sebelum ini sistem kontrak pembinaan bentuk Design and Build with Contractor's input design digunakan yang juga menggalakan amalan rasuah dan tidak menggalakan pertandingan sihat, kini ia perlu diubah kepada/transform kepada bentuk kontrak Design and Build with Client's input design atau Management Contract.
Pak Aspan
ReplyDeleteTepat pandangan tuan itu dan sememangnya amat menakutkan fenomena yang kini menjadi bualan iaitu A.B.U (Asal Bukan UMNO) Ini merupakan solat jenazah untuk UMNO/BN yang tidak lagi ingin bertaubat dan memohon maaf kepada rakyat yang telah dirompak. Mohon Pak Aspan sampaikan salam takziah kepada TDM dan pewaris-warisnya kerana menghancurkan UMNO. Salam perpisahan (sambil menyanyikan lagu Sudirman..Salam Akhir..oh sayunya)
persoalannnya sampai bila melayu mampu bertahan dengan slogan ketuanan melayu...kalau kita melayu betul2 tuan di bumi tanah melayu ini...apa perlunya terpekik utk mempertahankan ketuanan nya....
ReplyDeleteTuan Aspan
ReplyDeleteTepat sekali tulisan tuan dan saya menyetujui 100%.
Bagi saya rasuahlah yang akan menjatuhkan sesuatu negara dan memundurkannya. Kalau Indonesia sudah ada political will untuk berubah kenapalah kita tidak boleh berubah.
Ini kerana kepala pemerintah yang ada adalah org yang sama yang merestui dan hidup dan tiduk bersungguh sungguh melawan rasuah.
Mereka cuba melindunginya dan akan menangkap siapa yang cuba menghapus rasuah dengan mempermainkan isu rasis jika pejuang rasuah bukan Melayu.
Say NO to Rasuah, salah guna kuasa dan rasis.
Razali
Aspan,
ReplyDeleteRakyat tolak 3 perkara - 1) rasuah 2) salahguna kuasa 3) memainkan sentimen rasis.
Just to share this...
An open letter to PM Najib – Malaysiakini - http://www.malaysiakini.com/letters/171550
"So, my dear Prime Minister, it's all very simple. You say that Malaysia's elections are free and fair. Now you have a chance to prove it to the outside world and remove all doubts. And if your party wins, then the Malaysian people - and the world - might finally be convinced.
If you refuse these suggestions, then the doubts will linger, and your assertions about the honesty of Malaysia's election will continue to be questioned."
Sincerely,
John Malott
The writer is former US ambassador to Malaysia.
An International Slap to Najib & UMNO/BN...No?
You be the judge.
Shalom.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteApa yang tuan coretkan ini memanglah kenyataan yang majoriti rakyat sudah tahu. Yang masih kita tidak tahu dan masih tercari cari adalah bagaimana mahu yakinkan rakyat tentang isu ini. Blog tuan antara yg aktif mempromosikan perubahan. Satu usaha terpuji tetapi pastinya tidak cukup kerana majoriti pengundi adalah samada yg tidak mengenal alam siber ataupun sudah tidak percaya pada perkhabaran siber.
Saya konsisten untuk percaya bahawa keadaan tidak akan berubah selagi pembangkang masih memainkan taktik berkempen seperti sekarang ini. Taktik menghentam dan menghina UMNo secara berterusan hanya akan menyebabkan ahli UMNO bangun pertahankan parti hingga terlupa kebobrokan pemimpin parti. Penyokong setia UMNO (sehingga hari ini masih majoriti dibandingkan dgn penentang UMNO) tetap beranggapan bahawa menyalahkan UMNO sudah jadi trend semasa sehinggakan Lif yg rosak pun akan disalahkan UMNO. Anda boleh kata mereka ini bodoh, bebal, jumud dan sebagainya tetapi kena ingat yang mereka ini adalah majoriti. Cuba lah ubah pendekatan untuk tarik minat mereka mendengar proposal perubahan yg tuan endorse tu. Sekadar pandangan iklas saya.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteSaya sokong pandangan tuan itu,tapi hendaklah ditambah satu lagi perkara iaitu balik pada Islam.Bila kita balik kepada semua perkara2 buruk yang tuan bawakan itu boleh diselesaikan serentak.
Perkara kedua, hendaklah tidak banyak memberi amaran2 yang selalu cuba menakutkan rakyat contohnya bila berlaku Bersih 2.0 beratus2 amaran dikeluarkan oleh pelbagai pihak,tapi rakyat keluar juga kejalan raya.
Perkara ketiga,kita toleh sejarah yang lalu umat melayu tak pernah bersatu dalam erti kata sebenar,ianya sekadar laungan media mengikut kehendak pemerintah di masa itu.
Salam Sdr.
ReplyDeleteIzinkan saya kungsi n3 ini. Tk.