03 August 2011

Pilihanraya olok-olok - Keputusannya pun olok-olok.

Pilihanraya olok-olok yang dilakukan oleh pihak UMNO menunjukan keputusan yang memberangsangkan untuk UMNO dan BN. Pandangan setengah pihak yang tidak membuat pilihanraya olok-olok itu mengatakan yang BN Negri Sembilan dan Perak akan jatuh tetapi UMNO terus sahaja menafikan pandangan itu. UMNO berkeyakinan untuk menang berdasarkan kepada pilihanraya olok-oloknya yang mendapati BN sedang mendapat pertambahan sokongan.

Saya telah diminta untuk membuat komen terhadap keputusan pilihanraya olok-olok itu oleh beberapa kawan-kawan dari UMNO. Komen saya senang sahaja.

Bagi saya jika pilihanraya itu di adakan secara olok-olok maka keputusannya juga adalah olok-olok, bukannya betul. Kanak-kanak kecil yang main masak-masak olok-olok itu, masakannya tidak boleh di makan kerana barang yang di masak itu adalah barangan yang olok-olok.

Begitu juga kanak-kanak yang bermain kahwin olok-olok perkahwinan itu bukannya sah kerana mereka berkawin olok-olok. Jadi apa sahaja yang diolok-olokan itu tidak akan membuahkan perkara yang benar selain dari olok-olok.

Bagi saya UMNO patut serius dan jangan main olok-olok. Buat pilihanraya yang sebenarnya kerana waktu untuk mengadakan pilihanraya sebenarnya sudah hampir sampai waktunya. Jika kita adakan pilihanraya yang sebenarnya barulah keputusan yang keluar itu satu keputusan yang betul dan sebenarnya walau pun mungkin ada ‘intrigue-intrigue’ yang dilakukan oleh parti yang berkuasa untuk menyambung mandat untuk mentadbir negara.

Jika kita hanya mengadakan pilihanraya olok-olok yang mengundi itu pun akan memberikan undi yang olok-olok dan bukannya sokongan yang betul-betul sokongan. Biarlah apa pun keputusan dari pilihanraya olok-olok itu kita tidak boleh begitu yakin dengan keputusannya kerana ia hanyalah keputusan olok-olok sahaja.

Masalahnya kita tidak sedar yang sejak akhir-akhir ini sokongan rakyat yang dikatakan bertambah itu rupa-rupanya adalah sokongan yang olok-olok sahaja. Patut pun pimpinan kita begitu berkeyakinan akan mendapat kemenangan besar. Ahmad Zahid Hamidi telah pun menyatakan dengan bangganya yang BN akan memang besar dalm pilihanraya yang akan datang. Rupa-rupanya mereka menyandarkan pandangan mereka kepada keputusan olok-olok tadi.

Kalau begitu elok adakan pilihanraya secepat yang mungkin. Keputusan yang menunjukan kemenangan melalui pilihanraya olok-olok itu di harapkan akan menjadi kenyataan. Tetapi saya merasa gusar juga kerana mungkin kali ini pengundi akan benar-benar mengolok-olokan UMNO dan BN.

Itu sahaja komen ringkas dari saya tentang pilihanraya olok-olok itu.

10 comments:

  1. Salam Ramadhan Tuan Aspan dan kawan-kawan seagama

    Tak baik bro cakap olok-olok dalam bulan puasa yang mulia. Itu cakap orang tua kita.
    Kitapun tak nak puasa yangyok.

    ReplyDelete
  2. Saudara Aspan,

    Assalamualaikum wbr dan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa serta buat semua Pembaca Budiman.

    Apapun keputusan pilihanraya samada benar atau olok-olok, ianya mesti diterima sebagai suatu usaha menghidupkan demokrasi berparlimen. Namunpun begitu, apabila terdapat dakwaan bahawa ramai pemegang kad pengenalan bertaraf penduduk tetap (PR) mula dijadikan pengundi berdaftar yang sah bagi pilihanraya Malaysia (malah ada yang sekelip mata terus mendapat kewarganegaraan), ini amatlah menakutkan, menjijikan, menghampakan perasaan kerana PENGKIANATAN yang berlaku secara berleluasa. Negara ini tidak mustahil akan tergadai kepada pendatang asing. Pengkianatan ini samalah macam perlantikan presiden MIC ke jatan menteri penuh. Sekarang ini mereka yang asalnya PARIA, sudah jadi kaduk naik junjung.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Tuan Haji,

    Saya salah seorang yang hanya memberikan sokongan olok-olok dalam pilihanraya dulu.

    Kami pekerja BN tapi kami undi PAS. Terpaksa Tuan haji, kalau tak buat gitu bisinglah.

    Rodeo

    ReplyDelete
  4. Rodeo, samalah kita!

    jay jay

    ReplyDelete
  5. Tuan Aspan & pembaca,

    Tadi saya sembang kedai kopi dengan seorang bangsa Cina yang berkata :

    Saya mau tukar daftar pengundi di Selangor, sekarang nama saya di Ipoh Perak..tapi saya tak yakin, kerajaan sekarang apa pun boleh buat tipu punya...nanti nama saya tak kasi delete di Ipoh, saya takut itu kerajaan kasi orang lain pergi undi guna nama saya...apa macam?

    Pasal u tau ka...saya punya abang sudah mati 15 tahun dulu, tapi nama dia masih ada...saya sangat tak faham kerajaan main busuk..."

    saya tak terkata apa2....

    ReplyDelete
  6. Saya pula pekerja PKR tapi undi BN. Sakit hati dgn Pak Lah masa tu, tp tak sampai hati nak bagi undi kat PKR.

    Mujur BN menang di DUN kami, he3x.

    ReplyDelete
  7. Bro Aspan,

    1. Saya ingin menambah isu "Misnah" yang diulas oleh karimbujang diatas.

    2. Kebobrokan UBN untuk menang dalam PRU13 nanti dengan apa cara sekalipun adalah suatu "PENDERHAKAAN" yang perlu ditentang oleh setiap rakyat dinegara ini tanpa mengira parti politik.

    3. Malaysiakini telah highlight isu " Misnah" ini, dimana semakan dengan JPN mengesahkan beliau adalah seorang PR ( PR tidak mempunyai hak mengundi kerana beliau bukan warganegara). 4 Jam kemudia beliau telah disahkan sebagai warganegara dan semakan dengan SPR beliau menjadi pengundi baru di Ijok.

    PAS telah menemukan lebih 1500 nama yang tiba-tiba mereka menjadi warganegara dan didaftarkan sebagai pengundi baru. 1,100 darinya didaftarkan di Selangor.

    3. Kebanyakan PR yang menjadi warganegara dan pengundi baru ini terdiri dari PATI dari indon. Apakah makna dan erti apabila mereka ini menjadi warganegara dan pengundi sah secara instant?

    Mereka ini akan merampas hak-hak warganegara lain baik dari dari segi peluang ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

    Hak kita orang melayu yang telah tingggal ciput ini akan dikongsi dan kita mesti beraing dengan mereka. relakah kita berkongsi hak kita dengan mereka dengan begitu mudah sekali?

    4. Apa sudah jadi dengan pemimpin UBN. Tindakan ini ibarat mengadai negara kita kepada orang asing. Apakah kerana hendak menang pilihanraya, mereka sanggup mengadai hak kita kepada kepada pendatang!

    Musibah yang akan menimpa kita bukan hanya kena kepada penyokong pembangkang, rakyat atas pagar sahaja tetapi kepada penyokong tegar UBN terutama yang melayu yang tak sedar diri kena jual dengan pemimpin yang mengaku berjuang untuk masa depan orang melayu.

    Kita harus bangkit menentang tindakan memberi kerakyatan kepada parti semata-mata nak menang pilihanraya semata-mata.

    Wak Jerman

    - wak nak dengar ulasan Ibnu Ismail dalam hal ini. QD, ada komen tak

    ReplyDelete
  8. Wak Jerman,

    Madey penderhaka no 1 negara

    ReplyDelete
  9. QD,

    Tahniah la kerana puasa,

    50 th bergelumang ngan UMNO, 70% tak puasa tau ke.

    ReplyDelete
  10. Memang BN dapat pertambahan sokongan...tp bukan daripada kalangan rakyat malaysia..pertambahan sokongan oleh mat2 bangla n indon + pengundi2 hantu+ undi2 pos yg ntah dr mana datangnya...

    ReplyDelete