01 August 2011

Kita kembali ke garis permulaan

Dalam situasi politik yang begitu kusut pada hari ini, apa yang perlu bagi negara ialah untuk mempunyai pemimpin yang penuh dengan ‘wisdom’ politik yang berpijak di atas alam yang nyata. Ucapan bergegar-gegar tidak lagi menjadi alat penyatu sesuatu kaum dan di antara kaum di negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya ini.

Pemimpin yang dikatakan pemimpin yang mempunyai ‘wisdom’ itu adalah pemimpin yang tidak lagi bercakap hingga pecah anak tekak, tetapi pemimpin yang faham keadaan sebenarnya yang melanda negara. Apabila pemimpin itu faham keadaan sebenarnya maka adalah mudah bagi pemimpin itu untuk mencari kaedah penyelesaiannya mengikut kehendak semua orang dan kaum-kaum.

Tentulah di dalam membuat keputusan untuk di gubal dan di laksanakan itu ianya pasti ada pengorbanan dari semua pihak seperti kaum-kaum yang ada, pemimpin-pemimpin serta mereka yang bakal memberikan kepimpinan bagi penyelesaian itu. Yang terpenting sebelum apa-apa dilakukan semua pihak wajar insaf dan sedar serta mengakui yang keadaan ini jika tidak di selesaikan akan membawa padah dan mudharat kepada negara dan rakyat negara ini.

Segala yang dilakukan hendaklah mengikut acuan dan berdasarkan kepada masalah-masalah yang melingkungi kita semua supaya tindakan kita itu mampu menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit dengan sempurna. Selalunya masalah ini tidak akan mampu dilakukan oleh pemimpin yang menjadi penyebab kepada wujudnya masalah ini, lebih-lebih lagi jika pemimpin itu mempunyai stigma yang negative oleh kerana kelemahan kepimpinan dan faktor sampingan seperti mempunyai masalah peribadi serta keluarga.

DAN tidak juga melayakan jemaah yang bersama-sama dengan barisan kepimpinan itu. Ini di sebabkan mereka di sekeliling pimpinan itu juga mempunyai ‘accountability’ yang besar kerana segala tindakan salah pucuk pimpinan itu sepatutnya di perbetulkan oleh jemaah dalam kepimpinan itu. Jika tidak dilakukan maka seluruh jemaah tersebut wajar berkorban bersama-sama dengan pucuk pimpinan bagi mengatasi masalah yang di hadapi negara.

Pembaharuan yang dimaksudkan ialah baharu dalam semua elemen-elemen penting kepimpinan. Ianya mesti dilihat baru supaya rakyat dapat melupakan episod-episod buruk yang kita lalui. Rupa dan bentuk kepimpinan negara yang baru itu mesti mempunyai pengalaman luas dalam mentadbir dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan berjaya.

Najib dalam erti sebenarnya telah kehilangan penghormatan rakyat kerana dasar-dasar ‘flip-flop’ dan tidak ada pun satu dari dasar yang di umumkan beliau setiap bulan itu akan berjaya dilaksanakan. Rakyat sudah sampai ketahap jemu dan bosan dengan cara beliau mentadbir negara yang kini memerlukan penumpuan khusus untuk mencapai negara maju. Oleh kerana beliau bercakap terlalu banyak ada di antara kata-kata beliau itu membayangkan sikap sebenar beliau sebagai pemimpin.

Di antaranya ialah ‘aku tolong kamu dan aku akan tolong kamu kembali’. Kata-kata ini membayangkan Najib memang kekurangan ‘wisdom’ yang amat diperlukan oleh negara kini. Kata-kata itu tidak akan terlepas dari pandangan ramai yang Najib sedang membina barisan kroni yang kuat untuk mempastikan kemenangan dalam pilihanraya dan tentulah cara ini menjadikan negara ini hanya dikuasai oleh mereka yang memberikan sokongan sahaja. Jika beliau berjaya dengan ‘you help me to help you back’ ini akan secara atomatik menjadi pemimpin yang tidak legitimate.

Kita perlu memahami bahawa jika kita menggenggam kuasa secara tidak legitimate tadi negara tidak akan stabil kerana sebahagian besar rakyat tidak berpuas hati. Apa gunanya berkuasa dengan ‘you help me and I shall help you back’ kerana kuasa itu bukan sokongan yang natural dari rakyat berbilang kaum ini?

Elemen yang paling penting di dalam kepimpinan ialah kepimpinan yang mempunyai ‘legitimacy’ yang jelas. Najib tahu yang ramai di antara pimpinan yang ada di dalam kerajaan dan UMNO sekarang sudah tidak relevan lagi. Tetapi Najib tidak tahu untuk mengatakan kepada ‘warlords-warlords’ ini untuk mengundurkan diri kerana takut mereka akan menarik sokongan terhadap beliau. Isu ini sangat membebankan Najib dan kita tahu Najib tidak akan berani melakukannya. Justru yang akan menanggung perasaan dan kekecewaan ialah rakyat dan negara.

Situasi sekarang ini amat meruncing dan setiap pihak wajar melakukan sesuatu untuk menyelesaikan. Kita sudah sampai ke persimpangan dan sedang bertanya, ‘hendak melakukan untuk kepentingan peribadi saya atau untuk negara dan bangsa saya?’

Yang penting sekarang ialah untuk setiap insan berfikir dengan cermat dan jujur, mampukah kepimpinan hari ini membawa negara keluar dan kecurangan politik dan ekonOmi yang sedang berlaku tanpa kawalan pada hari ini. Mesti kita ingat yang negara ini negara kita bukan negara orang lain.

Tanggungjawab untuk menjaga negara ini terletak di bahu setiap rakyat negara ini. Apabila sudah berfikir apa-apa sahaja keputusan yang di ambil harus ditanggung oleh kita sendiri. Jangan pula kita menyalahkan orang lain jika keadaan tidak berubah kerana yang menyebabkan tiada perubahan itu adalah oleh kerana kita sendiri.

Sekarang ini UMNO tidak lagi mampu untuk membendung sokongan yang pernah mereka perolehi dahulu. Itulah sebabnya jika kita masih menggunakan isu mengenang budi misalnya, ia tidak relevan lagi kerana yang sepatutnya mengenang budi rakyat ialah parti dan pemimpin-pemimpin yang memerintah negara selama ini.

Keadaan amat serius dan jika tidak ada ‘political will’ yang kuat untuk memperbaiki keadaan kita akan menjadi rakyat yang tinggal dalam negara yang tidak mempunyai sistem dan ini akan merugikan setiap pihak terutamanya kepada rakyat yang masih terkial-kial untuk mencari kehidupan yang sempurna dalam negara yang kaya raya ini.

Seperti yang saya pernah cadangkan dahulu, ‘we have to start our nation anew’. Kita telah terlepas segala perkara yang sepatutnya menjadi genggaman kita….bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi juga setiap bangsa yang mendiami negara kita ini. Elok kita berfikir beberapa jenak untuk mengenangkan nasib negara kita setiap hari.

Mari kita mulakan politik yang diperbaharui. Mulakan perbincangan yang baru dengan semua pihak seperti yang dilakukan oleh YTM Abd Rahman dan rakan dari semua bangsa. Cari jalan yang baik dengan pembaharuan yang boleh menyelamatkan siasah dan negara kita dalam jangka masa yang panjang.

Biarlah ianya dilakukan oleh seorang yang diterima semua pihak. Yang akan melakukan itu biarlah mereka yang tidak terlibat dengan sentimen perkauman serta tidak terlibat dengan apa-apa jenayah rasuah, pembunuhan dan sebagainya.

Kata agama suci kita, “berfikir sejenak lebih baik dari beramal sepanjang malam”.

11 comments:

  1. Garis pemulaan? Siapa yg nak buat tu? Nak harapkan Najib dan Muhyiddin?
    Macam mana orang macam gitu nak berrbincang dengan ketua kaum. Nanti akhirnya mereka cerita perniagaan.

    ReplyDelete
  2. Pak Aspan

    Budiman adalah orang yang faham erti adil, tulus dan telus. Jika tidak budiman bagaimana hendak diharapkan kemuliaan? Malang sekali UMNO tidak lagi mengadakan pemilihan untuk Presiden dan Timbalan Presiden. Siapakah yang budiman di dalam UMNO itu? Dahulu selepas PRU12 beriya-iya benar hendak merubah perlembagaan, tapi itu semua tinggal kenangan. Jelaslah proses pemilihan yang kotor akan menghasilkan pemimpin yang kotor. Selamat berpuasa dan menghidupkan Ramadahan utk Pak Aspan dan keluarga dan semua peminat blog ini (pencinta tanahair yang budiman belaka !)

    ReplyDelete
  3. Semoga Pak Aspan dan keluarga serta follower di rahmati dan di berkati Nya sentiasa sepanjang Ramadhan.
    Saya masih ingat khutbah Jumaat di masjid kampus semasa saya menjadi student di UTM Jln Gurney sekitar 1984/87.
    Khatib berkhutbah :`Iman terlebih dahulu mesti memasuki pemimpin, atau pemimpin itu masuk kedalam iman'
    Negara kita masih kaya Pak Aspan, tapi akhlak nya yang semakin miskin.

    ReplyDelete
  4. Hari ini, majoriti pemimpin UMNO tidak berpijak dibumi nyata dan lemah akal budi. Ini disebabkan lemahnya ilmu dan iman. Tanpa ilmu dan iman, pastilah amalannya hilang. Hilangnya amalan menyebabkan mereka tiada pedoman. Ini KUNCI kebenaran.

    UMNO menghadapi tekanan bermula dari dalam dan kemudiannya menerima asakan dari luar. Ikan busuk bermula dari kepala. Kuatnya tentera peperangan bukanlah datang dari gerombolan tentera yang ramai tetapi faktor panglima tentera selaku pemimpin yang berwibawa. Buktinya Panglima Perang Tariq Bin Ziad. Silalah lihat sejarah bagaimana di bawah pimpinan beliau dapat menakluki sebahagian Eropah.

    Fasa menghampiri PRU-13, tekanan dalaman akan semakin menampakkan semua peringkat Pemimpin samada Pusat, Bahagian maupun Cawangan akan berkejar untuk berebut kuasa dan duit. Kuasa berbentuk calon pilihanraya dan duit berbentuk pilincir jentera pilihanraya. Maka akan timbullah sebahagian besar golongan di dalam UMNO yang tidak berpuas hati yang akan menghancurkan pelbagai strategi yang di rancang oleh pemimpin sendiri. Sindrom ini tidak habis ditengah jalan malahan terbawa2 sehingga berlaku pergolakan dalaman yang akhir menjadikan UMNO parti yang saban hari menjadi parti yang terhakis kewibawaannya.

    Asakan luar adalah fenomena andalan sebagai proses peralihan kuasa untuk berpindah tangan. Sejarah membuktikan tidak ada pemimpin dunia yang kekal dominan kecuali junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Itupun kerana Allah sendiri berselawat dan mewajibkan umat Islam memohon selawat ke atas baginda setiap hari sampai kiamat.

    Oleh kerana, Pemimpin luar selain UMNO dan BN tidak merasakan kehilangan apa-apa dalam asakan mereka, maka faktor ini menyebabkan asakan mereka berjaya dan mereka saban hari semakin kental yang menyebabkan sokongan Rakyat semakin menjolok mata.

    Dalam keadaan UMNO dipersimpangan jalan, mereka menambahkan kebencian bukannya belas kasihan. Mereka menambahkan kezaliman, pembohongan dan kerosakan. Akibatnya, peraturan Negara dan Rakyat dilanggar menjadi rhetorik belaka. Ini bukti jelas dalam sejarah dunia mengenai kejatuhan sesebuah empayar dan pemerintah negara.

    Buat rakyat, ingatlah bahawa perjuangan belum selesai kerana sedang menanti pukulan badai. Inilah wadah yang sedang menanti.

    "Hamba Tafakkur"

    ReplyDelete
  5. 1. Kesejahteraan negara ti1dak terletak kepada satu pihak ., yakni kepada parti pemerintah sahaja. Pihak-pihak lain, lebih-lebih lagi parti-parti politik pembangkang perlu memainkan tugas mereka dengan lebih bertanggungjawab dan beramanah. Betul seperti yang dikata, amanah dan kejujuran perlu ditunjuk sebagai recipe pentadbiran yang terbaik. Amat mudah sekali memfokus kepada kumpulan yang sedang terlibat dengan aspek pengurusan dan pentadbiran jika disiplin ini sedang dan mahu diperhatikan.

    2. PRU ke 12 telah membuka ruang untuk pihak lain diberi perhatian dan fokus yang sama ; seperti di 4 buah negeri. Cuma yang membezakan ialah satu pemerhatian ditumpu kepada 'national' leadership dan satu lagi kepada 'state'. Namun, contentnya tetap sama, ia itu integriti, ketelusan, kebijaksanaan dan sebagainya ..

    3. Amat mudah jika mahu melihat politik negara dan impaknya HANYA dari sudut "menang dan kalah" dalam pilihanraya ; yang menang ditabal dsebagai "pemerintah" dan yang kalah dikenali sebagai "pembangkang". As simple as that !!! Bagi yang menang perlu tunjuk bukti bahawa rakyat tidak tersalah pilih mereka ; manakala yang kalah pula tidak perlu membukti apa-apa. Jika mencaci, memfitnah dan hanya mencari salah serta melakukan provokasi-provokasi yang tidak berasas menjadi ukuran prestasi, maka amat mudah sekali menjadi pembangkang. ! TETAPI mereka ini pun akauntable juga, sekurang-kurangnya dari aspek keberkesanan peranan dan tanggungjawab ! Kita tidak boleh ketepikan kegagalan mereka semata-mata kerana mereka di pihak pembangkang. .

    4. Kita perlu akui tahap politik di negara kita tidaklah sematang jika dibanding dengan standard politik di negara2 lain. Sebagai satu ilustrasi sahaja, pembangkang tetap akan membangkang kepada apa sahaja cadangan kerajaan tanpa memberi pemikiran dan pertimbangan secara intelektual semata-mata kononnya kerja mereka adalah untuk membangkang .

    5. Di negara kita, politik juga memerlu satu dimensi pemikiran yang berbeza tapi serious. Seperti dibayangkan, bukan HANYA soal menang dalam pilihanraya ; majoriti dan minoriti ; pemerintah dan pembangkang. Itu mudah dari segi theory dan konsep. TETAPI apabila kegiatan politik boleh menghancurkan negara dari aspek (i) KESELAMATAN (ii) PENGDERHAKAAN (III) PENYERAHAN KUASA KEPADA PIHAK MUSUH NEGARA (IV) PENGLIBATAN KUASA ASING DALAM MENCORAK POLITIK NEGARA misalnya ; ini bahaya ! Ditambah pula dengan tangan-tangan ghaib dari pelbagai pihak, yang kononnya mahu menampak ikhas dan jujur tetapi sebenarnya mempunyai agenda yang tersendiri yang berkemungkinan berniat jahat yang sentiasa memanipulasi isu bagi menguntung musuh2 negara secara senyap ; maka POLITIK akan dicemari dan dikotori !

    6. Rakyat perlu didedahkan kepada permainan licik ahli2 politik yang tindak-tanduk mereka atas nama hak asasi,kesama-rataan, civil-liberty, freedom of speech dan sebagainya adalah sebenarnya 'pelindung' kepada aktiviti2 JAHAT mereka. ! Ramai mengatakan bahawa kerajaan sekarang terlalu berlembut ; malah mereka mahu 'kebebasan' tidak terlalu 'absolute' untuk kebaikan jangka panjang .Rakyat tidak mahu sejarah hitam berulang ; hanya atas nama 'political democracy' bolehkah dibenarkan huru-hara, chaos, bunuh-membubuh, racial confrontation, infiltrasi sebuah fahaman haram seperti komunisme ke dalam kehidupan masyarakat kita ? Niat buruk ahli-ahli politik ini termasuk dari NGO-NGO, pertubuhan-pertubuhan, majlis-majlis termasuk pihak media, perdana atau alternatif, memang mudah dihidu. Masyarakat sekarang dah matang. .

    ReplyDelete
  6. I totally agree with pak aspan that the the responsibility of for the care/security of our nation lies on the shoulders of each and every citizen. Burung Merbok said... contends that the the Rakyat's political maturity is not as great as in other countries("Kita perlu akui tahap politik di negara kita tidaklah sematang jika dibanding dengan standard politik di negara2 lain") and goes on to say that the level of opposition in this country is only so far as to oppose every idea coming from the incumbent. But let us not forget that a politically mature Rakyat as well as a mature Opposition can only flourish when the environment encourages it - how does one mature when you are not provided the environment to grow? That means a society based on respect of law, freedom of expression and freedom of press. Such an environment will allow the Rakyat to mature and realise that not all the government does is wrong and not all the opposition does is right or vice versa. And to ensure that all is fair and balanced, a return to an independent Judiciary and respect of law. Then, we can say we have truly arrived at a mature democracy where even the hidden agendas of all politicians can be smelled a mile away.

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan Aspan dan Selamat Menyambut Ramadhan.

    Saya sependapat dgn Burung Merbok. Itulah yang terjadi di tanahair kita ini. Kekadang jadi meluat dgn karenah orang yg menonjolkan diri jadi pemimpin ini samada pemimpin politik mahupun NGO yang sangat nyata berpihak nya hinggakan belum buka mulut pun kita tahu apa yg NGO itu akan perkatakan.

    Kita kembali ke permulaan? setuju. Maknanya kita mulakan hijrah kita kearah pembaharuan. Siapa yang nak pimpin kita dan gunakan wadah apa? Seperti saranan Tuan Aspan, mari kita berfikir sejenak..

    ReplyDelete
  8. Salam Tuan Aspan.

    Tuan menyarankan agar kita kembali ke garis permulaan?

    Saya mahu bertanya, kita mahu ke mana? Mahu membina negara yang menjaga kepentingan rakyat? Kelihatannya begitu ideal. Hasilnya belum tentu. Tetapi masih boleh diusahakan jika pemimpin benar-benar tulus dan ikhlas. Bukan sekadar janji di kerongkong sahaja.

    Soalnya kini, masih adakah pemimpin yang benar-benar jujur mahu mendahulukan rakyat? Apa yang kita risau when they have everything, again they do nothing to the rakyat. Rintihan rakyat kembali dinafikan.

    Apa pilihan yang rakyat ada sekarang? GE13 is coming. SPR is getting worst. UMNO/BN keep spinning. Rakyat keep on pening.

    Pada saya rakyat mesti berani berkorban dan berani buat perubahan. Jika tidak, the same old song akan terus berulang. Rakyat akan terus jadi mangsa.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  9. Tuan Aspan,

    "Kita kembali ke garis permulaan"

    Just to share this to remind us...Renungan...

    26 dan 27 Disember 1955

    Dalam Persidangan Agung UMNO, Usul Pergerakan Pemuda mahukan tarikh kemerdekaan Malaya dipercepatkan kepada 31 Ogos 1957 telah diluluskan.

    Sebelum itu Tun Sardon telah ke Pulau Pinang menemui Haji Ahmad Badawi di rumahnya di Kepala Batas.

    Turut berada di situ ialah Haji Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi) yang merupakan seorang ahli falak, dan beliau telah melihat ramalan dari ilmu falak bahawa kemerdekaan negara tidak boleh dilewatkan bagi mengelakkan pelbagai angkara dari berlaku dan memberi tarikh tersebut sebagai tarikh Kemerdekaan.

    Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu -

    Peristiwa Di Malam Bersejarah

    UMNO Online - Peristiwa Penting - http://umno-online.com/?page_id=2900

    SMK TENGKU SULEIMAN: Rentetan Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan - http://smk-tengkusuleiman.blogspot.com/2010/08/rentetan-peristiwa-pengisytiharan.html

    Rentetan Peristiwa

    Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan

    01 Januari 1956 - Rombongan Rundingan Kemerdekaan

    ‪Story of Merdeka from YTM Tunku Abdul Rahman‬‏ - YouTube - http://www.youtube.com/watch?v=qIGBy2ugtvU&feature=related

    Malaysia-Today.net - No Holds Barred, Corridors of Power and more @ malaysia-today.net - The REAL story of May 13 (part 1) - http://mt.m2day.org/2008/content/view/12512/84/

    Mahathir's 1969 Open Letter to Tunku Abdul Rahman (17 June 1969) - http://malaysianunplug.blogspot.com/2010/05/revealed-mahathirs-1969-open-letter-to.html

    ‪Tunku Abdul Rahman 1988 - "Biarlah Saya Mati Dalam Perjuangan"‬‏ - YouTube - http://www.youtube.com/watch?v=YkqLwtbGaQ0&feature=related

    Our Bapak Merdeka Tunku Abdul Rahman's advise to the Ketuanan UMNOputra leaders & the Rayaat then & now...

    You be the judge.

    Cheers.

    ReplyDelete
  10. Semakan Ke : 36385326



    Klik "Semakan Isi Rumah" untuk menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak

    PERMOHONAN YANG SEDANG DIPROSES
    PERKARA PENERANGAN
    Kad Pengenalan 640704715238 / 8445738
    Nama MISMAH
    Jantina P
    Lokaliti 096 / 11 / 08 / 012 - DESA COALFIELDS
    Daerah Mengundi 096 / 11 / 08 - TUAN MEE
    DUN 096 / 11 - IJOK
    Parlimen 096 - KUALA SELANGOR
    Negeri SELANGOR
    Jenis Permohonan Pendaftaran Baru
    STATUS REKOD DALAM PROSES PENGESAHAN DAFTAR PEMILIH


    saya copy paste drp web SPR... hairan mcm mana blog Apa Yang Tersirat kata Mskini bohong ?

    pakya

    ReplyDelete
  11. Salamalaykum, wahai penulis. Eid'mubarak. Maafkan saya kerana mencelah apatah lagi ini pertama kali. Apa yang ingin saya perkatakan ialah zaman Khalifah yang mengakhiri Zaman Raja-raja berkurun-kurun menyaksikan tumbangnya era Raja-raja Parsi dan merebak bak wabak kepada raja-raja di Rom hingga mencapai ke Eropah Timur merentasi waktu menjatuhkan satu persatu darul raja dari sebesar-besar hingga sekecil-kecilnya membuatkan raja-raja hilang hak untuk memerintah tanah harus kembali. Zaman khalifah yang berpenghujung di Mekah ketika Amir Sharif Hussein bin Ali dari bani Hashim menjauhkan Mekah dari kancah bencana dunia dengan mengisytiharkan kemerdekaan dari Empayar akibat berlakunya Perjanjian Sevres . Zaman ini tamat dengan penggempuran daerah Hijjaz oleh Raja Saud’. Tidak cukup dengan itu, pelbagai sistem pemerintahan dicipta untuk menggantikan pemerintahan raja-raja dan khalifah yang telah tersungkum. Namun tidak tergalas tanggungjawab ini kerana bukan yang sedemikian cara yang diajar baginda-baginda ayahanda. Demokrasi yang pernah bangkit dan melepasi Tembok Berlin kini adalah sebatian utama resipi pemerintahan dunia ini. Tidaklah serupa dengan sistem khalifah atau pemerintahan raja namun demokrasi bermomentum dinamik. Hatta demikian bukanlah orang atau nama sistem yang menjadi tanda tanya tetapi sewajarnya niat mencorak pemerintahan itu sendiri bagaimana akhirnya. Panglima perang yang dibai’ah sepakat seperti Sultan Sallahuddin Al-Ayyubi juga mampu memerintah sesempurna mungkin satu empayar yang besar walau sering berkelana dengan kaedah yang sama seperti cara khalifah bekerja.
    For my first interference in the public column I seek thousands of apologies. I’m saying that the caliphate rules that become the main ingredients en route to the end of the Age of the Kings that had been spawning for thousands of years should be studied and learned. The rule of the land exchange hands between prosperity and greed thus spread the wings of darkness that ended the reign of kings from Persian to Rome and unto the kingdoms of Eastern Europe. Though we wept the faithful departure of caliphate rules since the last declaration of Emir Sharif Hussein bin Ali from the Hashemites clan under the pressure of Treaty of Sevres, but the story is about happiness overcoming sadness. It is not the man that hold the power nor the name of the system that matter the most, rather it be democracy that once crept above the Berlin’s walls nor a general of war such as Sultan Saladin the Magnificent whom govern a huge empire riding horseback along the dusty roads; whatever it is, the holiest end from all sorts of beginning is a journey to be learned, taught and practice.

    ReplyDelete