Ramai rakyat berpendapat pilihanraya umum akan tiba dalam tahun ini juga. Faktor banjir musim tengkujuh tidak menjadi hal kerana jika di adakan waktu banjir yang kebetulan berlaku di dalam negeri-negeri tadbiran PR, banjir itu mungkin menjadi ‘plus faktor’ kepada BN kerana ramai penyokong PR di negeri-negeri itu katanya tidak akan dapat keluar mengundi dengan sepenuhnya. Betul atau tidak pandangan itu saya tidak tahu.
Tetapi yang penting sekali kita lihat PM Najib sudah menjelajah ke seluruh negara mengumumkan peruntukan itu dan ini dalam jumlah yang sangat besar. Wang ringgit yang di salurkan kepada rakyat sekarang itu adalah wang rakyat termasuk wang rakyat yang tidak menyokong BN, bukannya wang BN.
Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada 7hb Oktober ini adalah bajet pilihanraya. Keseluruhan bajet itu akan penuh dengan janji-janji dan selalunya sebagaimana pengalaman yang lalu tidak semua janji itu akan terlaksana kerana ianya hanya janji dan janji. Samada bajet itu cantik atau sebaliknya kecenderungan rakyat untuk melakukan perubahan semakin kuat dan nyata.
Yang pentingnya rakyat mesti seronok selepas mendengar pembentangan bajet itu. Semasa rakyat sedang seronok itulah pilihanraya akan diadakan kerana jika dilakukan lama selepas itu rakyat akan sedar bajet itu hanyalah janji untuk mendapatkan sokongan yang kebanyakannya tidak akan dapat dilaksanakan.
Najib tidak akan mengadakan pilihanraya sesudah rakyat sedar yang bacaan pembentangan bajet itu hanyalah satu pembentangan yang tidak mungkin terlaksana. Sebelum rakyat sedar pilihanraya mesti di adakan.
Banyak perkara yang akan dilakukan yang memungkinkan rakyat marah semuanya ditangguhkan. Cukai 6% keatas perkhidmatan pra bayar melalui perlaksanaan GST telah ditangguhkan selepas pilihanraya. Dalam isu ini semua rakyat tahu yang mereka akan dikenakan cukai ini selepas pilihanraya nanti. Justru mengundi BN kali ini ialah untuk mempastikan BN boleh mengenakan cukai terhadap mereka apabila mereka mendapat mandat nanti.
Tetapi BN tidak menyedari yang anak-anak muda mungkin tidak akan mengundi BN untuk mengelakan mereka dicukai sebanyak 6% itu. Pendek kata semua yang akan dikenakan kepada rakyat tidak akan dilakukan sekarang ini. Mereka akan dikenakan semuanya itu setelah mereka mengundi BN nanti.
Di peringkat parti-parti kedua-dua belah pihak BN dan PR mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah yang ada di antara parti masing-masing. UMNO dan ahli-ahli komponennya sedang berusaha menyelesaikan masalah di antara mereka. BN sedang cuba mengatasi masalah beban yang sedang UMNO pikul untuk menjadikan MCA dan Gerakkan di terima kembali oleh pengundi.
Di pihak PR yang hanya belum selesai ialah masalah isu hudud yang sedang di usahakan untuk dilaksanakan di negeri Kelantan yang kini menjadi masalah di antara PAS dengan DAP. Kedua-dua belah pihak mempunyai masalah.
UMNO berpendapat (kata Muhyiddin) yang UMNO bukan menentang hudud tetapi undang-undang itu belum sampai masanya untuk dilaksanakan kerana belum bersedia. Tetapi kepada yang masih mempunyai daya ingatan yang kuat kerajaan Persekutuan telah menolak usul untuk mengadakan hukum hudud ini bulat-bulat semasa pimpinan Dr Mahathir dulu.
Saya tidak menyalahkan Dr Mahathir dalam isu ini tetapi apa yang salahnya beliau telah mengalihkan kesalahan itu kepada Karpal Singh bukannya disebabkan penolakan kerajaan Persekutuan. Memanglah Karpal menolaknya kerana pemimpin Islam seperti pemimpin UMNO sendiri menolaknya bagaimana pula kita hendak mengharapkan Karpal untuk memperjuangkan hudud itu.
Saya tidak mahu berbahas tentang hudud ini kerana saya tidak faham tentang sistem perundangan hudud ini. Tetapi apa yang saya faham hudud adalah ‘preventive Law” sedangkan undang-undang civil itu adalah sebaliknya. Yang saya tahu di Saudi Arabia yang melaksanakan hudud ini pun tidak sampai sepuluh orang yang dipotong tangannya kerana kesalahan mencuri, kerana dengan undang-undang hudud ini orang ramai amat takut untuk melakukan perkara-perkara yang mempunyai elemen mencuri dan sebagainya.
Tetapi biarkan isu itu dihalusi oleh semua pihak dalam PR kerana BN memang tidak bersetuju dengan hukum hudud ini. Hukum hudud ini memang telah dimomokan sebagai hukum yang zalim oleh mereka yang takut menghadapi undang-undang ini. Dalam sistem hudud bukan senang untuk membuktikan kesalahan seseorang kerana saksi-saksi yang sekurang-kurangnya 4 orang itu mestilah dari mereka yang muktabar dan ini susah untuk dicari. Usaha untuk menentukan samada saksi-saksi itu adalah dari mereka yang muktabar itu sendiri adalah susah.
Bukan kerja senang untuk memotong tangan seseorang itu dalam sistem hudud. Kalaulah begitu senang maka kita akan lihat beribu-ribu rakyat yang tidak bertangan terutamanya dikalangan mereka yang rasuah dalam kerajaan. Bukan semudah itu untuk memotong tangan orang dalam sistem hudud itu.
Isu hudud ini membesar sekarang kerana ianya dijadikan isu politik oleh pihak tertentu untuk memecahkan perhubungan PAS dengan DAP kerana kita sedang menunggu tarikh pilihanraya yang tidak lama lagi. Perhubungan yang rapat di antara PAS dan DAP sangat memeningkan BN. Keadaan ini memang tidak pernah dijangka oleh BN yang selama ini selesa kerana perbezaan filsafah perjuangan kedua-dua parti ini.
Tetapi dalam hati saya apa pun keadaannya hidup di dalam masyarakat majmuk seperti kita ini mesti ada pengorbanan semua pihak. Saya tidak bersetuju dengan pandangan rasis yang dimainkan oleh UMNO untuk mendapatkan sokongan. Jika berjaya pun UMNO untuk mendapat sokongan setiap orang Melayu dan berkuasa dalam kerajaan ianya tidak membawa apa-apa makna kepada kestabilan negara berbilang kaum seperti negara kita ini.
Itulah sebabnya PR sedang mendapat tempat dihati rakyat terutamanya dikalangan anak-anak muda kerana mereka sudah mual dengan keadaan ini. Sebenarnya dalam masyarakat bawahan seperti masyarakat yang saya hidup sekarang ini, kita tidak ada masalah untuk hidup bersama-sama dalam harmoni.
Yang cuba untuk memecah belahkan kita hanya kepada mereka yang inginkan kuasa maka mereka menggunakan isu ini untuk mendapat keuntungan politik dan di iringi oleh kepentingan peribadi semata-mata. Mereka menggunakan perpecahan kita di bawah ini sebagai modal politik mereka.
Itulah sebabnya mereka memilih hukum hudud sebagai senjata yang ampuh untuk mendapatkan kuasa ini dengan menakut-nakut kan orang Cina dengan hukum ini, justru berjaya memecah belahkan keharmonian rakyat di bawah ini. Kepada orang Melayu mereka menggunakan isu-isu lain terhadap DAP misalnya untuk Melayu kembali kepangkuan UMNO.
Orang Melayu pula sudah begitu tidak tahan dengan sikap UMNO yang tidak jujur dari atas hingga ke bawah. Akhirnya dengan tindakan UMNO ini maka orang Melayulah yang paling malang dalam negara yang mereka kata sebagai negara asal dan pribumi kepada mereka.
Bagi saya orang Melayu tidak lagi perlu berjuang dalam parti-parti Melayu. Orang Melayu mesti berjuang dalam arena lebih jauh dari terjerat dengan UMO yang sudah begitu tersasar perjuangannya. Pemikiran insular pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan membawa perubahan dan kemampuan orang Melayu dalam menghadapi kehidupan yang kian mencabar.
Orang Melayu wajar berada di mana-mana. Orang India yang kecil bilangan penduduknya di sertai dengan begitu ramai ahli-ahli dalam Dewan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri-negeri melalui semua parti yang boleh di sertai oleh berbagai kaum seperti DAP, PKR, serta parti-parti lain. Malahan orang Melayu perlu berpolitik lebih jauh dari politik kepartian yang rasis keperibadiannya.
Pemikiran insular pemimpin UMNO ini jugalah yang menggegarkan yang Melayu perlu menjadi bangsa yang global dengan retorik-retorik yang besar-besar itu sedangkan mereka sendiri mempunyai pemikiran yang ‘narrow-minded’ yang akan menyekat pembangunan orang Melayu sendiri.
Di Pulau Pinang misalnya ramai kontraktor dan peniaga Melayu telah mendapat banyak kerja yang di berikan oleh kerajaan negeri dan di akui oleh Dewan Perniagaan Melayu P Pinang. Saya pernah bertanya kepada pimpinan DAP yang memerintah samada orang Melayu yang berjaya itu adalah di sebabkan oleh mereka seorang bumiputra dan mereka diberikan keistimewaan?
Mereka menjawab yang mereka diberikan kerja kontrak itu bukan kerana mereka Melayu tetapi kerana merit yang ada kepada mereka. Jawapan ini sangat memberansangkan saya kerana rupa-rupanya orang Melayu diakui oleh kerajaan Pulau Pinang sebagai bangsa yang bermaruah dan mempunyai merit yang tinggi.
Rupa-rupanya kumpulan kotraktor bumiputra ini lah yang selama ini tidak mendapat apa-apa semasa pemerintah BN kerana kerajaan BN hanya menumpukan perhatian kepada kontraktor-knotraktor kroni mereka sahaja dan peluang untuk kontraktor yang mempunyai merit itu tertutup rapat. Mereka hanya berjaya membina kemampuan mereka setelah mereka dilayan sama rata dan mereka mendapat kerja-kerja itu dengan kemampuan mereka sendiri dan kerajaan P Pinang tidak menolaknya.
Inilah cara pentadbiran yang dikehendaki rakyat; satu kerajaan yang boleh memberikan peluang kepada semua pihak dan bukannya peluang untuk kroni-kroni yang hampir dengan pemerintah sahaja. Kerajaan yang benar-benar baik ialah kerajaan yang serius mentadbir dengan jujur dan berkesan untuk mendapat sokongan ramai.
Rakyat tidak mudah terpengaruh dengan kempen Perdana Menteri mengayuh basikal di merata-rata tempat. Rakyat tidak akan bahagia dengan peruntukan wang ringgit semasa musim pilihanraya sahaja. Sampai bila kita hendak memberikan sokongan kepada pemimpin yang datang semasa pilihanraya dan mengayuh basikal ke hulu kehilir. Rakyat mahukan dasar yang mantap dan yang dilaksanakan dengan baik tanpa rasuah, tanpa kroni.
Salah seorang dari sahabat yang mendapat kerja kontrak di P Pinang memberitahu saya, “Bang, kat Penang tak payah nak bawak EXCO atau ketua jabatan pergi Siam atau pergi karaoke untuk dapat kontrak ni bang. Dulu nak dapatkan kontrak terpaksa bawa pemimpin UMNO dan w/rakyat pergi Haadyai dan macam-macam lagi. Ratusan ribu habis kerja tak dapat juga”.
Sesungguhnya rakyat mahukan sebuah kerajaan yang ‘decent’ untuk mereka hidup dengan tenang dan tidak mahu lagi melihat perkara-perkara mungkar berlaku di hadapan mata kepala mereka sendiri. Bentangkanlah bajet yang terhebat sekali pun tetapi jika rakyat ramai tidak mendapat nikmatnya semuanya itu tidak akan membawa apa-apa makna kepada negara. Yang untung hanyalah segelintiran manusia istimewa di sekeliling pemimpin-pemimpin besar sahaja.
Banyak perkara yang rakyat nampak kemungkaran berlaku, tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana kuasa ada di kalangan mereka yang mungkar ini. Itulah sebabnya mereka memilih untuk menukar kerajaan. Samada berjaya atau tidak itu hanya keadaan akan menentukannya. Mereka sangat benci dengan OSA dan berbagai akta yang melindungi rasuah dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan.
Tetapi sejarah dunia yang sudah tua ini membuktikan yang bathil itu tetap akan kecundang akhirnya dan yang benar itu tetap akan berjaya walaupun terpaksa mengharungi rintangan yang besar sebelum menempa kejayaan.
Segala kemungkaran politik dan ekonmi serta kegiatan memecah belahkan perhubungan di antara kaum ini akan hanya dapat di hapuskan oeh rakyat jika rakyat ramai-ramai berpakat untuk menolaknya.
Lakukan secara demokrasi.
Spot on AA! Could not agree more. Tak sabar nak tunggu PRU. Hari pembalasan makin hampir, Insyaallah.
ReplyDeleteKalau la kafir itu lebih bagus dari org yg agamanya islam tapi amal rasuah, menipu, salahguna kuasa dll...biarlah saya sokong si kafir itu.
ReplyDeleteAdnan
Salam Saudara Aspan
ReplyDeleteAs the politics of words rage on, a Muslim is gently to be reminded as a believer he cannot but accepts the Hudud Law as a matter of faith. If he does not accept and wants to fight it, he does not and may never know his life in Islam has already not been accepted even as he claims he is a Muslim.
As a Muslim he must abide to the Law among which has criminalized the drinking of brandy and the fornicating with a prostitute making such acts are punishable as are so provided even if the laws of his state do not so provide.
To the non-Muslim, both acts may not be criminal. Nor does he accepts their criminalization by order of any Divinity. He cannot be punished under the laws from Heaven he does not believe in nor care to fear the retribution of Hell that is so abstract he cannot and will not want to conceive.
It is so obvious a non-Muslim cannot be punished for not praying 5 times a day even as Kelantan can make into the Ordinance that such an itinerant Muslim can be so jailed.
The non-Muslim will find this too silly. To him is his religion and to the Muslim is his religion.
Hudud law does not apply to the non-Muslim should the Islamic precepts have not been accepted.
Assalam Tuan Aspan,
ReplyDeleteRata-rata pembela UMNO totok mengatakan kita patut terima penindasan dan penyelewengan asalkan makan/pakai dan keperluan asas kita mencukupi.
Ini mengingatkan kita kepada zaman feudal dimana raja mutlak menguasai rakyat melalui pembesar-pembesar daerah yang dilantik,kebiasaanya suku-sakat dan saudara mara sendiri.
Cengkamannya sehingga kepelosok kampung sehinggakan tok penghulu terpaksa menghadiahkan/cukai ayam/kerbau/itik kepada pembesar daerah dan seterusnya negeri.
Harta kekayaan negara berlegar dikalangan pembesar-pembesar ini.Sesiapa yang hendak meniaga hendaklah membayar (sogok) mereka ini.
Rakyat biasa yang berani membuka mulut mempersoalkan ketidakadilan akan menerima hukuman berat.
Sudah terlalu lama kita dihina oleh bangsa sendiri.
Cuma kita sendiri mampu mengubahnya.
Lakukan secara demokrasi.
Red Alfa,
ReplyDeletePlease understand that to UMNO leaders, UMNO is a lot greater than religion.
One can commit religious offense but no to offense UMNO.
What can we do?
Red Alfa
ReplyDelete1. Kenapa pula non muslinm boleh terima sistem perbankan Islam yang disediakan dengan sistem-sistem jual beli usaha sama seperti BAA, simapanan wang WADIAAH yang asalnya merupakan hukum-hukum muamalat Islam? Dan sebagainya?
2. Boleh sdr berikan nas al Quran dan Hadis yang menyokong dakwaan non muslim tidak dilibatkan dengan hukum hudud?
@Brahim
ReplyDeleteIn Islam committing any religious offense has every the forgiving remedy.
But the Muslim always has to beware he does not commit "murtad" even unconsciously especially so he unknowingly has become the "kafir" who gets to lose "hidayah".
Having lost "hidayah" he sees committing one religious offense after another are but very minor lapses.
And this tragic express train to damnation may have been started with the Muslim commenting without due care he does not want Hudud Law.
@saji
ReplyDeleteSaya ingin memperingatkan saudara-saudara seIslam janganlah kita memperlekehkan usaha-usaha untuk mentarbatkan Hukum Hudud.
Mengajak kaum non-Muslim menyokong Hukum Hudud - itu bab lain di forum lain buat ini.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteHanya hendak berkongsi pemikiran tentang Hudud. Saya setuju dengan Nik Aziz tentang pelaksanaan Undang undang Islam ini. Saya akan bersama beliau tegakkan undang undang islam. Jika beliau laksanakan di Kelantan dan mendapat tentangan dari kerajaan pusat, maka kita beramai ramai umat islam dari Johor hingga ke Perlis serta Sabah dan sarawak wajib berada di saf yg dipimpin Nik Aziz. Jika sebab hal hendak pilihanraya yang adil untuk tegakkan perlembagaan sekular, tuan dan rakan2 sanggup berdemontrasi di jalanan maka pastilah tuan dan rakan2 juga sanggup berdemontrasi jalanan untuk bersama Nik Aziz tegakkan hukum Allah. Kali ini saya akan menyertai tuan berdemontrasi jalanan.
Nik aziz kena konsisten. Kena takut dengan Allah dari takut dgn Mahathir apatah lagi Najib yg penakut ni. Laksanakanlah hukum Allah di bumi Kelantan. Apalah nak diherankan dengan ugutan kerajaan pusat. Paling tinggi pun najib hanya boleh ISA kan Nik Aziz ataupun dakwa di mahkamah atas alasan menyalahi Perlembagaan negara. Hukumannya hanyalah penjara, bukan hukum bunuh pun.
Jika Nik aziz dipenjarakan kerana hendak tegak kan hukum Allah, mungkin akan timbul lagi ramai Nik aziz baru di luar sana. Apakah Nik aziz akan bertindak sebegitu berani untuk pertahankan hukum Allah? jawapan saya adalah Tidak Mungkin. Beliau kebiasaan akan memilih untuk menyalahkan UMNo yang memang pun dah salah. Seperti biasa lah.. UMNO salahkan PAS, PAS salahkan UMNO.. akhirnya NIK Aziz dan Najib dapat habuan, Rakyat dapat apa!
Seperkara lagi, Hukum Allah adalah untuk semua manusia bukan untuk umat islam sahaja. Jika ada yang berhasrat untuk dikuatkuasakan atas umat islam sahaja, maka janganlah dinamakan hukum itu hukum Allah atau Hukum Hudud. Berilah nama lain seperti enakmen syariah lah atau apa apalah jua. Jangan politik kan hukum Allah ini. Seruan untuk UMNO dan PAS, berpolitik kena tahu batasan.
@ibni Ismail
ReplyDelete"hukum Allah adalah untuk semua manusia bukan untuk umat Islam.."
Orang yang beriman dikehendaki bersolat, berpuasa dan berzakat...
Maka mengikut pandangan Saudara itu, apa kita mesti menghukum non Muslim yang enggan bersolat, berpuasa dan berzakat.
Atas nas apa pula kita akan gunakan Hukum Hudud keatas non Muslim yang ramai bersedudukan merata mengikut tafsiran shariah?
Saya amat setuju sekiranya ada YB Menteri Muslim juga non-Muslim yang telah menyelewengkan berbilion duit rakyat Kelantan akan dihadapakan mahkamah shariah dan jika disabitkan kesalahannya tangannya patut pun di potong.
Red Alfa,
ReplyDeleteHukum Allah untuk semua manusia bukan pandangan saya tapi arahan jelas dari Allah melalui rasul Nya. Samada kita bersetuju atau tidak bukan satu isu kerana hamba macam kita tiada hak untuk setuju atau tidak. Dalam hukum Allah ada perbezaan antara muslim dan non muslim. Hukum Allah ini memberikan hak bukan sahaja pada muslim tetapi juga bukan muslim. Saya setuju bila Nik aziz kata org yg takut hukum Allah ini macam takut dengan hantu yg tidak pernah nampak. Akan tetapi, orang berilmu macam Nik Aziz lah punca kita takut Hukum Allah ini macam kita takut hantu. Mereka tak mendidik rakyat dengan jujur melainkan hanya dengan kepentingan periuk nasi sahaja.
Apa kata kita jangan harapkan org macam Nik Aziz mahupun harussani untuk ajar kita? Mari kita ambil sendiri inisiatif untuk menuntut ilmu Hukum Allah ini dan sehingga kita faham, elakkan dari pertikaikan arahan Allah ini.
Berkaitan bab solat, puasa ni sudah pun saudara jelaskan yang ianya untuk org yg beriman iaitu pastilah untuk org islam. Ini juga arahan Allah iaitu hanya yg beriman sahaja di arah solat utk Nya. Yang tidak beriman tidak lah Allah paksa untuk sholat cuma sudah dijelaskan balasan di Hari kemudian. Akan tetapi dalam bab hukuman mencuri pula, saudara cuba cuba lah study dan semak semak balik kitab2 Jinayah samada ini untuk orang beriman ataupun untuk manusia. Wallahuaklam.
Sdr Red Alfa dan Ibni Ismail
ReplyDeleteDalam satu peristiwa, sekumpulan orang Quraisy datang berjumpa Rasulullah SAW bertanyakan mengenai hukum arak dan judi (yang telah menimbulkan pelbagai masalah kepada kaumnya), maka ketika itu Allah menurunkan wahyuNya kepada Rasulullah SAW sebagai jawapan kepada pertanyaan mereka tadi, sebagaimana ditegaskan Allah dalam firmanNya yang maksudnya berikut:
"Maka bertanya kepada engaku (kaum Quraisy)berhubung hukum arak dan judi, Engkau (Rasulullah)jawablah kepada mereka, bahawa, arak dan judi itu termasuk dosa besar, dan berguna juga kepada manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada kegunaannya." (al-Baqarah: 219)
Apa yang sdr berdua tahu mengenai ayat Quran di atas, dari sudut sejarah perundangan Islam dsb, dalam menjawab persolan sama ada non muslim terlibat atau tidak dalam pelaksanaan hukum hudud, khasnya?
@ibnu Ismail dan saji
ReplyDeleteMaaf tetapi saudara-saudara maseh belum lagi mengetengahkan cukup bahan yang Nik Aziz adalah salah dengan menyatakan Hukum Hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan akan melibatkan Muslim sahaja dan salah lagi dengan dia beri janji non-muslim tidak akan terlibat dalam Hukum Hudud.
Walaubagaimanapun saya harap saudara-saudara menyetujui dan berharapan bersama kehendak majoriti rakyat Kelantan Hukum Hudud mesti dilaksanakan di Kelantan.
Sdr Red Alfa
ReplyDeleteIndividu Muslim yang beli judi ekor boleh diambil tindakan di bawah jenayah hudud. Begitu juga dengan yang minum arak. Jelas.
Tetapi, bagaimana dengan kes non muslim berzina dengan muslim? Muslim sahaja yang dihukum?
Bagaimana pula dengan kes non muslim yang baru masuk Islam berzina dengan muslim?
Sdr Saji & Red Alfa,
ReplyDeleteIlmu yg saya ada (betulkan jika silap) hukuman Allah adalah untuk semua manusia bukan untuk org Islam sahaja kecuali yg Allah nyatakan dengan jelas bahawa ia untuk urg yg beriman (muslim) seperti sholat, haji, zakat, puasa dsb. hukum Allah yg ditujukan kepada manusia seperti zina,mencuri, arak dan judi adalah untuk semua manusia.
Akan tetapi dalam islam juga jelas bahawa org yg tidak berilmu dan berbuat salah contohnya org yg baru masuk islam tetapi berzina sepert yg sdr Saji mention,adalah tidak salah kerana ilmu tidak sampai pada mereka. Saya yakin ini juga terpakai pada non muslim yg tidak sampai ilmu hukum Allah pada mereka. Yang bersalah adalah kita yang tidak sampaikan pada mereka.
Saya sejujur nya amat bersetuju untuk kita menyokong Nik Aziz laksanakan hudud di Kelantan. Ini kehendak rakyat dan arahan Allah. Cuma saya tak setuju jika dilaksanakan sekerat sekerat. Laksanakan hukum Allah sepenuhnya. Nik aziz kena didik kita dengan benar dan bertanggungjawab sebagai pemimpin Islam bukan pemimpin ikut kehendak aliran politik semasa.
Sdr Ibni Ismail & Red Alfa
ReplyDelete1. Hukum Allah yang diambil untuk dijadikan sumber sistem perundangan Islam untuk tujuan pengijtihadan dibahagikan kepada dua berikut:
a) Ibadat (ibadah khusus) atau fardu ain, meliputi solat lima waktu, menunaikan haji,zakat, korban dll dikhususkan untuk dipatuhi dan diamalkan oleh umat Islam dan tidak boleh diijtihadkan lagi.
b) Muamalat Duniawiyah (ibadah umum) atau fardu kifayah, meliputi muamalat (sosio-ekonomi atau jual beli), munakahat nikah kawin) dan jenayat yang meliputi jenayah hudud (had hukum maksima) untuk keperluan semua umat manusia (muslim dan non muslim) bagi mengatur perjalan hidup dan kehidupan seharian di dunia ini, dan masih boleh diijtihadkan (diberikan pendapat).
c) Tanjungjawab mendidik hukum jenayat bagi muslim dan non muslim, bagi saya, ialah kerajaan pusat, melainkan Nik Aziz dan tok guru PAS yang lain tidak dihalang megajarnya di seluruh negara.