28 September 2011

Orang Melayu banyak pilihan - pilihlah tanpa ragu dan was-was

Najib berjanji yang kuota untuk bumiputra akhirnya akan di hapuskan. Itu adalah janji beliau dan katanya beliau akan memberikan perhatian terhadap bumiputra yang ‘talented’ sahaja. Dalam lain-lain perkataan Najib akan menghilangkan terus semangat DEB yang di laung-laungkannya apabila berucap di banyak tempat.

Isu kuota untuk bumiputra ini memang isu yang hangat diperkatakan oleh pemimpin kita dari zaman pentadbiran Dr Mahathir lagi tetapi ianya masih berkumandang dan belum lagi nampak akan surut. Ini menunjukan yang politik negara ini amat ‘complicated’ sehinggakan pemimpin kita bercakap dalam nada yang berbeza mengikut tempat, masa dan keadaan.

Ramai pemimpin kita bercakap mengikut sentiment tetapi tidak ada lagi dasar yang tetap yang boleh diguna pakai dalam tempoh jangka masa yang panjang. Pengumuman PM Najib untuk memansuhkan kuota untuk bumiputra ini hanya merupakan pengumuman yang di buat secara formaliti sahaja kerana kuota ini telah lama dimansuhkan pun. Ia bukanlah satu isu yang baru lagi.

Saya bukan hendak menyebelahi mana-mana pihak samada yang hendakan kuota ini diteruskan atau dimansuhkan. Sebenarnya tidak ada apa lagi yang hendak di umumkan pemansuhannya kerana semuanya pada hakikinya sudah pun dimansuhkan. Ia nya sudah menjadi ‘non-issue’ buat masa ini.

Bagi diri saya saya tidak menjadikan pemansuhan ini sebagai isu lagi kerana sudah tidak ada apa yang hendak dimansuhkan lagi. Orang Melayu sudah berada di atas ‘level playing ground’ dengan bangsa-bangsa lain yang ada di dalam negara ini. Hanya yang diperlukan sekarang ialah satu kerajaan yang ‘decent’ dan tidak rasuah agar semua rakyat berbilang kaum dapat bersama-sama hidup dalam sebuah negara yang bersih dari ‘rompakan kolar putih’ yang sekarang bermaharajalela di seluruh negara.

Apabila kuota-kuota bumiputra ini dimansuhkan maka ramai orang Melayu sendiri sudah berpendapat yang UMNO sudah tidak mempunyai apa-apa yang hendak diperjuangkan. Maka menjadi ahli mana-mana parti yang bersifat ‘multi racial’ merupakan alternatif yang paling sesuai yuntuk mereka menyertainya. UMNO yang pada asasnya ditubuhkan untuk memilihara kepentingan Melayu sudah tidak lagi menerima asas itu sebagai perjuangannya.

Jika kita percaya yang semua kuota dan keistimewaan itu dihapuskan memang tidak ada salahnya kerana orang Melayu perlu berjuang dan hidup tanpa tongkat seperti yang di sarankan oleh Dr Mahathir semasa beliau menjadi PM negara ini dan terus dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin selepas beliau sehinggalah zaman pentadbiran Najib Razak sekarang.

Membuang tongkat adalah perjuangan Dr Mahathir dan sekarang nampaknya dengan pemansuhan segala kuota itu merupakan kejayaan perjuangan Dr Mahathir. Hanya saya sedikit hairan kenapa beliau sekarang bercakap berpremiskan rasis yang menebal pula.

Pemansuhan segala keistimewaan bumiputra ini wajar dan tidak perlu di tolak kerana semasa semua keistimewaan itu masih ada pun bumiputra tidak mendapat keistimewaan itu juga kerana yang sepatutnya di perolehi oleh bumiputra yang marhean di bawah ini keistimewaan itu dikaut oleh bumiputra yang teristimewa melalui budaya kronism yang menebal di kalangan yang hampir dengan pucuk pimpinan sejak berdekad yang lalu.

Samada keistimewaan itu masih ada atau dimansuhkan ia tidak ada perbezaannya. Bumiputra tetap tidak mendapat keistimewaan itu sepenuhnya. Kalau ada pun kuota itu ianya dipergunakan oleh Melayu istimewa yang berada dalam kumpulan Syed Mokhtar, Gamuda-MMC yang dibelakangnya adalah gulungan yang bergelar dan bernama yang baik dengan pucuk pimpinan.

Nama-nama yang lain ialah bumiputra yang di belakang Sapura, kencana dan yang berpengaruh kerana di antara mereka adalah bekas pimpimpin-pemimpin besar negara. Jika saudara adalah anak kepada orang yang tidak bergelar dan dari keluarga yang tidak mempunyai pengaruh dalam negara ini kita serupa sahaja seperti rakyat yang tidak ada peruntukan keistimewaan ini.

Anak-anak petani, anak-anak kerani atau pun anak-anak mata-mata seperti saya ini tidak mungkin mendapat apa-apa jika kuota itu masih ada kerana keistimewaan itu hanya lah untuk mereka mempunyai pengaruh besar sahaja.

Justru bagi saya jika orang Melayu yang tidak mendapat apa-apa semasa keistimewaan itu masih ada, meninggalkan parti UMNO itu merupakan satu tindakan yang baik dan tidak patut dijadikan isu lagi. UMNO sudah tidak ada lagi untuk memperjuangkan orang Melayu kerana untuk menjaga keistimewaan yang telah di wariskan oleh pemimpin terdahulu pun tidak mampu di pertahankan masakan UMNO mampu untuk menambah lagi kekuatan bangsanya melalui parti itu.

Sesungguhnya ada bukti-bukti yang menujukan yang bumiptra boleh bersaing secara sihat di dalam sektor ekonomi ini. Ramai kontraktor bumiputra yang tidak mendapat apa-apa semasa pemerintahan BN dahulu sudah banyak diberikan tugas untuk melaksanakan projek-projek tawaran kerajaan negeri P Pinang dan Selangor misalnya.

Mereka adalah kontraktor yang baik tetapi oleh kerana mereka tidak termasuk dalam gulungan istimewa dan kroni kepada pemimpin-pemimpin semasa BN memerintah mereka ketinggalan. Tetapi apabila kerajaan Pulau Pinang dan Selangor membuka peluang kepada mereka yang mempunyai merit maka ramai kontraktor yang dahaga dengan projek yang tidak di dapati semasa UMNO memerintah sekarang ini telah berjaya mendapatkan kerja-kerja pembangunan di atas merit masing-masing di zaman pemerintahan Guan Eng dan Tan Sri Khalid Ibrahim..

Mereka ini tidak dapat membuktikan kepandaian mereka semasa BN memerintah kerana semua projek-projek pembangunan di berikan kepada bumiputra istimewaa pemimpin-pemimpin yang tidak pun mempunyai merit yang diperlukan untuk memajukan diri dan syarikat-syarikat mereka.

Jadi jika dilihat dari sudut ini orang Melayu dan bumiputra lebih berpeluang untuk memajukan perniagaan mereka kerana sistem terbuka dan tender terbuka yang di amalkan oleh kerajaan negari Pulau Pinang dan juga Selangor. Selama ini mereka tertindas kerana peluang-peluang itu hanya di dapati oleh kroni-kroni melalui sistem ‘negotiated tender’ yang di amalkan BN yang hanya di berikan kepada syarikat-syarikat istimewa.

Sistem runding terus ini lah secara sistematik wang rakyat di rompak secara kolar putih dalam jumlah yang berbillion-billion ringgit. Yang menjadi mangsa ialah rakyat kerana cukai yang di bayar kepada kerajaan yang di amanahkan untuk menjaga harta rakyat ini diselewengkan oleh kerajaan BN di setiap peringkat.

Akhirnya mari kita bersama-sama untuk bersetuju supaya kuota istimewa untuk bumiputra itu di mansuhkan seratus peratus kerana jika keistimewaan itu masih ada pun orang Melayu tidak pun mendapat faedah apa-apa.

Hanya jika keistimewaan ini di mansuhkan UMNO akan hilang relevan kewujudannya kerana parti ini tidak ada apa-apa lagi yang hendak diperjuangkan untuk bangsa yang menjadi ahlinya. UMNO nampaknya memang mengikut kehendak rakyat untuk mentadbir rakyat secara samarata dengan membuang kuota istimewa untuk orang Melayu.

Tetapi jika UMNO cuba untuk mentadbir secara sama-rata maka PAS dan DAP adalah parti yang paling sesuai untuk mentadbir negara dan negeri dengan sokongan padu dari PKR. Mereka telah menunjukan bukti jelas tentang kemampuan mereka menjaga rakyat tanpa sesiapa diberikan keistimewaan.

Oleh kerana Najib hendak menghapuskan keistimewaan untuk orang Melayu, sekarang orang Melayu juga ada pilihan. Pilihlah yang mana satu tanpa ragu dan was-was.

29 comments:

  1. salam sdr Aspan;
    Kita tamatkan kuota Najib dan BN. Fair and square.

    ReplyDelete
  2. Encik Aspan,

     Mr PM must be trying very hard to please everyone just to win the votes. The problem is can we trust someone especially a leader who promises the world but his actions do not align with his words.

    Mr PM mentioned plan to remove affirmative actions for bumiputra. No one will dispute that Malays must be competitive and have the ability to do so. Easy said than done. It is all text book talk. He needs to explain to us how he plan to do it. For starter he can start integrating the schools system first so competitive environment can be created at school level. 

    Coming from a person who have it all since childhood and son of former premier that speed-up his political career, he has not tasted or at least truly understand problems faced by vast  majority of ordinary citizens.  Like the bus ( which aww him) he took for tour in Perak is not the same others took even the best coaches. The road the he cycled in Penang is not always  clean and free from traffic jams like he may have imaging.

    So what I will be voting in the next GE? Certainly not sex or bedtime stories , hudud or no hudud, who has bigger manhood, mega billions projects like 100 stories Warisan Merdeka or new corporate Felda Hq, and most certainly one time handout and then take it away after the election. All have nothing to do to make Malaysia survive in current global economic turmoil.

    With all the noises and hype of pre elections, we voters have the obligations to determine characters of elected leaders to safe guard the nations future and more importantly our dignity as voters and as Malaysians. The big question is does majority willing to set aside their own personal sentiment when voting? Im yet to be convinced.

    ReplyDelete
  3. boto tu Aspan, orang Melayu banyak pilihan tapi orang Melayu perlu bijak buat pilihan..

    Sebelum Merdeka dulu, orang Melayu ada tiga pilihan, merdeka secara aman dengan UMNO,masuk gerila dan jadikan negeri ini kominis, ataupun ikut saranan pemimpin PAS untuk menjadi sebahagian dari Indonesia Raya; syukur alhamdulilah orang Melayu ketika itu telah membuat pilihan dengan betul, negara kita aman dan makmur semenjak merdeka, alhamdulilah.

    Sekarang ni orang Melayu ada banyak wadah yang boleh dipergunakan UMNO, PAS, PKR dan KITA.

    Kalau pilih PAS, kita kena pilih pemimpin mereka seperti Nik Azis, Hj Hadi dan Mat Sabu, apa yang dibanggakan dengan mereka ni. pencapaian TGNA semenjak 20 tahun memerintah Kelantan telah berjaya menaikkan Kelantan menjadi negeri serambi HIV tertinggi. Hj Hadi hanya sepenggal sahaja memerintah diTerengganu, tanya pada orang Terengganu kenapa mereka menolak Hj Hadi, Mat Sabu, saya tak nak komenlah...

    PKR pulak, tengok pemimpinya Anwar Ibrahim dan Azmin, elok selesaikanlah masalah moral mereka terlebih dahulu.

    Tinggal aje KITA, pemimpinnya idealis tapi dalam sepak terjang politik, tak perlu idealis tapi praktikal, mamat ni praktikal ke?

    bagi orang Melayu, pilihlah sebaik-baiknya, tak guna dengar orang pandai bercakap, pandai berjanji, tapi habuk pun tak dak.

    ReplyDelete
  4. Tn AA
    YA PILIHAN YG PASTI TANPA WAS-WAS.

    TN AA
    SEMAKIN SAYA MENBACA TULISAN AA SEMAKIN JELAS BAHAWA AA SEBENARNYA MERUPAKAN MUSANG YG TIDAK DAPAT MENCAPAI ANGGUR, LALU DIKATAKAN BAHAWA SEMUA ANGGUR ITU MASAM.

    DALAM APA YG AA TULIS DI ATAS BAHAWA KERAJAAN MENGHAPUSKAN KUOTA PUN SALAH DAN KERAJAAN MENGEKALKAN KUOTA PUN TAK BETUL. MENGEKALKAN KUOTA MAKNANYA BAGI AA MENGEKALKAN "GULUNGAN" KRONI. MENGHAPUSKAN KUOTA MAKNANYA KERAJAAN/UMNO TIDAK LAGI MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU. HABIS MANA YG BETUL. BAGI AA YG BETUL HANYALAH DGN MENYOKONG DAP-TERBAIK, PKR-SANGAT BAIK, PAS-BAIK.

    TN AA
    SAYA SETUJU DENGAN SEBAHAGIAN YG AA KATAKAN DALAM POSTING DI ATAS. UMNO BANYAK RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA, TETAPI PERLU DIINGAT SEBAHAGIANNYA MERUPAKAN PERSEPSI SEMATA-MATA DAN YG SELEBIHNYA MEMANG WUJUD DAN TERJADI. BETUL TAK AA?

    TN AA
    AA MEMANG TELAH BANYAK MENELANJANGKAN UMNO SELAMA INI DALAM POSTING2 SEBELUM INI, SATU TINDAKAN YG BAIK, TERUSKAN USAHA AA ITU. CUMA SATU PERKARA YG SAYA PINTA DI SEBALIK AA MENGATAKAN ITU TAK BETUL DAN TAK KENA, TETAPI AA TIDAK PERNAH PULA MEMBERI CADANGAN MANA YG BAIK DAN KENA. MENGATAKAN ORANG LAIN SALAH DAN HEROT MEMANG MUDAH, TETAPI YG TERBAIKNYA LAGU MANA?

    TN AA
    UNTUK MEREALISASIKAN PERJUANGAN TULUS AA, SPT YG TERPAPAR DLM POSTING2 SEBELUM INI, MAKA SAYA SANGAT BERBESAR HATI JIKA AA DAPAT MENJADI CALON DLM PRU INI, PILIHLAH PKR/DAP/PAS SAMA SAHAJA. PASTI MEREKA TAK RETI MENYELEWENG DAN NO CRONISM. JIKA AA CALON DLM KAWASAN MENGUNDI SAYA, MAKA BARANG TENTU UNDI SAYA MASUK POKET AA.

    TN AA, MOGA CADANGAN SAYA MENDAPAT PERHATIAN.

    ReplyDelete
  5. Anon 28 September 2011 22:56:00 GMT+08:00

    Kata kuncinya ABU...

    kalau tak faham jilat jubo sendiri

    ReplyDelete
  6. Pak,

    With indifference to the thoughts of anon 05:00 and anon 22:56 (if I can categorize their dribble as thought and such nonsense,) the Malay and in general the bumiputera have had their special privileged hijacked by UMNO's leaders and their crony many, many decades ago (actually nearly 3 decades ago)! Even the most basic privilege of essential goods subsidies are systematically and imperceptibly being taken away with moronic excuses such as world prices and market forces necessitate the dismantling of subsidies (of which are stupidly and blindly believed by the Malays and bumiputeras)!

    For decades now, UMNO through it's leaders (starting from TDM right through Najib) have stripped the malays and all citizen of all privilege for being Malaysian. For the past decades, the Malays lost their special education assistance package (through MARA) in favor of cronies enrichment program (through the creation of PTPTM to channel the rakyat education funds into the pocket of low class and substandard private universities and privatized higher learning institution which are crony owned).
    The malays also lost their special business assistance body which again is MARA whom now are so poor that they can no longer afford to give out RM 5,000 (micro loan)to small time malay traders (yet MARA proudly spends hundreds of thousand of RM to buy the spacesuit worn by the rakyat's money sponsored space tourist!).

    Even our special class of class F contractors are losing their business and livelihood because of all the small and medium sized govt contracts are being monopolized and slyly stolen by UMNO ketua bahagian and ketua cawangan. They (class f malay contractor), in the first place are not even considered as a necessary business element in mega billion RM which are divided among the powerful and mega rich cronies who in turn lined the pocket of their political masters.

    In other words, the malays are like beggars and some might say even worse than beggars in our own country. And it would seem that even illegals aliens are given preferential treatment (provided with money, houses and land in some places such as Pekan) and not to mention business opportunities. BUT then again we malays are so inept and generally forever trapped in malaise that we tend to resist change and abhor or should I say downright cowardice when faced with the possibility change in mindset and comfort zone even though it would lead to enslavement and destitution.

    And that is why such useless, cruel, inconsiderate and greedy political party such as UMNO are able to rule this country for half a century and maybe even longer yet.

    Nick.

    ReplyDelete
  7. Pak Aspan,

    Apa yang merisaukan saya AMANAH masih lagi tidak bersuara di dalam kes MAS-AA. Perlu sangat pandangan AMANAH diumumkan supaya boleh dilihat ada "check and balance" di dalam masyarakat. Adakah AMANAH sudah mundur ke dalam UMNO dan ingin memperbetulkan UMNO dari dalam seperti yang didakwa Anwar sewaktu mula memasuki UMNO dahulu?

    ReplyDelete
  8. Orang Melayu cuma ada dua pilihan - UMNO or PAS.
    Keadilan tak boleh pakai. Parti untuk satu keluarga. Tak mendatangkan apa-apa faedah.
    Kita pula parti ego Zaid, Zaid dan Zaid.

    ReplyDelete
  9. Tuan Aspan

    Jika hendak memahami isi hati majoriti melayu yg mengundi UMNO maka tuan kena faham dan kaji serta ambil tindakan tentang isi hati anon 22:56. Itulah masaalah sebenar iaitu isu keyakinan kepada kepimpinan pakatan rakyat.

    Jawapan/reaksi yang di berikan oleh anon 00:30 dan juga oleh sdr. nick adalah seperti jawapan standard kepimpinan pakatan rakyat. Cuma anon 00:30 ini bahasa nya 'indah' dan inilah yang saya pernah katakan dulu yang bahasa sebegini bukan hanya dikeluarkan oleh penyokong UMNo sahaja. So, lepas ni tuan kena fikir balik keluhan tuan kepada kekasaran komen penyokong UMNO. Kita kena mengeluh kepada kekasaran bahasa orang melayu yang enggan menerima perbezaan pendapat hingga sanggup maki hamun.

    Adakah tuan fikir dengan menelanjangkan UMNO maka kami akan beralih arah? Tuan dan rakan2 bercakap tentang isu moral najib & rosmah tetapi apa jadi dengan anwar? Bercakap tentang kelemahan pendakwaan yg berpilih pilih tetapi apa jadi dengan kes khalwat timbalan presiden PAS? Bercakap tentang harta dan rumah pemimpin UMNO tetapi tuan siasatlah harta pemimpin PAS kecuali Mat Sabu (confirm amat sederhana).

    Jawapan nya jelas. Pengundi setia UMNO akan tetap undi UMNO. Tidak perlu tuan mahu pun Nick rasa hairan kerana isu menelanjangi lawan ini dah tidak menarik minat. UMNO pun dah menelanjangi pembangkang setiap hari. Adakah isu yang UMNO dedahkan seperti isu liwat,video sex,rakaman percakapan lucah Mat sabu,komunis, negara islam vs kebajikan, bendera nak di tukar, sejarah nak di rombak, Johor yg tidak selamat oleh LGE, rasuah balak di kelantan, pemimpin PAS Kelantan yg kahwin senyap2 dan pelbagai lagi akan menyebabkan tuan mahupun Nick undi BN? Pastinya tidak dan tidak. Begitulah juga sebaliknya di pihak penyokong UMNO.

    Apa kata selepas ini tuan promosikan kebaikan kepimpinan Pakatan Rakyat siap dengan contoh konkrit sekali. Tuan tunjukkan lah amat sederhananya hidup pemimpin pembangkang seperti Azmin Ali tetapi kalau nak cerita pasal rumah Nik aziz kena cerita sekali rumah sebelah nik aziz juga. Cerita juga bagaimana kebebasan media di amalkan oleh negeri Pakatan Rakyat tanpa perlu ada 'gag order' atau arahan boiket akhbar parti lawan. UMNO memang confirm tiada kebebasan akhbar tetapi PR bagaimana konsep kebebasannya.

    Tuan,

    Manusia BN dan PR ini sama sahaja. Cuma seperti yang tuan serukan dalam entry ini, marilah kita pilih yang terbaik dari yang busuk ini. BN dan PR ini hanyalah alat untuk kita mencapai matlamat. Pilihlah alat yang tajam dan berfungsi. Pilihan kita mungkin berbeza tapi tujuan kita sama. Pilihanraya dah hampir. Hari ini Muhyiddin di JB berjumpa NGO (selaku YDP PIBG, saya di jemput sama). Mungkin dia nak sedekah 1 juta utk setiap sekolah macam najib bagi pada SJK.. ha ha ha.

    ReplyDelete
  10. Salam Saudara Aspan

    Your call and hope for Malays to exercise political maturity challenges the raw and simplistic but overwhelming arguments of UMNO/Perkasa now mobilized with its call for unity of the Melayu in defence of ketuanan/ keislaman/ kesultanan Melayu being attacked, shamed and made irrelevant in face of the many prong onslaughts by the non Malays being backed by the liberal and treacherous Malays in PKR and PAS.

    The simplistic arguments are reasoned with unabashed racist pride and prejudices and in tidal waves of media blasts and coverages on the widest of issues by the UMNO controlled MSMs, the Melayu in general (in the city slums, in the Kampungs, in Government services, in the Palaces) cannot but feel so besieged will almost be obliged to vote only UMNO/BN.

    That I think will how the main bulk of Malays will be voting in the next GEs.

    ReplyDelete
  11. Quiet Despair,

    Itu pandai kamu. Kami rasa Melayu banyak lagi pilihan. Orang melayu patut masuk DAP supaya parti itu menjadi betul-betul parti berbilang kaum.

    Parti rasis akan hilang tak lama lagi...mungki dalam 10 tahun ini saja lagi.

    Kamu tunggulah dalam UMNO tu. Hak kamu...Kita pun tak mahu ikut cara kamu berfikir.

    ReplyDelete
  12. UMNO is a party of disgust. No turning back, my family and I FIRMLY support PR in the coming GE13 period.

    ReplyDelete
  13. Saya setuju dengan pandangan Ibnu Ismail,elok-lah Aspan buktikan PKR/PAS adalah pilihan lebih baik dari UMNO/BN daripada Aspan senantiasa spin/momokkan UMNO/BN parti yang terlalu korup/rasis yang tidak boleh dibaiki lagi.

    Saya ni seorang pembaca tegar dan adalah amalan saya hari-hari membaca coretan Aspan. Pada dasarnya saya menyokong UMNO/BN tapi tek pernah jadi ahli UMNO. Semenjak tiga tahun lepas sedkitpun spin Aspan tak mempengaruhi saya untuk mengundi pembangkang kerana spin Aspan terlalu 'obvious'

    Sebagai seorang pengundi, saya baca kesemua blog samada pembangkang ataupun pro kerajaan. Di PRU yang lepas, saya sentiasa mengikuti blg Malaysia Today, Rocky BRU dan Kickdefella. Mereka ni lah yang telah mempengaruhi saya untuk mengundi pembangkang di PRU dulu.

    Di PRU akan datang, saya tak pasti nak menyokong pembangkang lagi kerana saya dah hilang kepercayaan kepada pemimpin seperti Nik Azis, Hj Hadi, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim.

    Saya sedih dipanggil sebagai penjilat, penyokong parti rasis,penerima rasuah, blogger upahan BN dan panggilan seumpanya oleh pengomen yang tidak sependapat dengan saya seperti Nick, Batman , Red Alfa dan yang lain-lainya.

    Kalau nak undi saya, berdebatlah secara rasional; dengan memberikan fakta-fakta dan hujah-hujah yang bernas.

    ReplyDelete
  14. Sdr Ibni Ismail, apa sebenarnya yg sdr nak bagi tau? Saya kompius.

    ReplyDelete
  15. salam.
    Mengapa kita suka merendahkan bangsa kita sendiri khusunys orang melayu tak kiralah umno atau pas.Mengapa kita nak sibokkan kouta bumiputera ni..kita yang suka mengomel dan mengata.. tetapi orang seberang yang takda kouta ni bile hidup senang lenang.. beli tanah orang melayu dan buat rumah besar , beli kereta besar bayar downpayment tinggi..kita masih pakai kancil buruk..janganlah tuan aspan berlegar-legar mengapi-apikan tentang kouta ni..orang melayu nak maju bole maju dengan sendirinya..ramai kat luar sana yang bole cari makan tanpa kouta..kalau nak kuota kenalah ada modal besar..bukan semua ada modal besar nak sambar kouta ni..nak berjaya dalam berniaga kena pandai sesuaikan diri..ada orang pas dapat kouta dari umno..mengapa kita sibok..berusahalah untuk mencari rezeki yang ALLAH lemparkan di buminya ini..berusaha dan tawakallah..orang yang malas saja yang akan rugi..bukan kouta.

    ReplyDelete
  16. Ibni Ismail,

    Saya X nak kata kamu sokong mana2. Tapi nampak sgt kamu hipo...

    kalau ayat nampak mcm kasar sikit kutuk Uporno kamu bukan main bidas tapi bila puak Uporno banyak XXX kamu buat bodoh dek je...

    adil la sikit..

    ReplyDelete
  17. Dear Mr Ibni Ismail and such,

    It looks like what Mr Aspan and many commentators have written and expounded on the many ills and wrong doing of UMNO for the past 3 decades hit a nerve and a raw one at that! You are trying to convince many of Mr Aspan's readers that you and many(?) UMNO hardcore fan are not convinced with the writing and the exposure done by Mr Aspan and many of us who thinks that UMNO is what ills this country and you (and those UMNO fans) are not changing your mindset.

    But you forget sir, that you and those hardcore fan of UMNO are not the target of Mr Aspan and me and those who have commented in this blog. Our target is those undecided malay voters out there who are hungry for alternative news and acceptable to different but rational thoughts. We do not care nor are we bothered with hardcore UMNOist such as yourself, Mr Ibni. As far as you're concerned, I will be wasting my time debating and exposing the wrong doing of UMNO (even you did not rebuke those points I've raised about MARA, PTPTM and such in your comment. Rather, you keep on shouting about how you and many hardcore UMNO fan are oblivious to exposure and disclosure and debate. That's why we do not write to convince yourself but rather to those malays who are yet inflicted with racial prejudice and materialistic mindset). In other words this blog is set up by Mr Aspan to entice the thinking malays in open and rational debate and NOT trying to convert hardcore UMNO fans such as yourself (if even that is possible at all).

    So, Mr Ibni and all those anon UMNO fans out there, please wake up and realize that most alternative blogs such as Mr Aspan's, are not created to engage hardcore UMNO fans such as your self. Far from it! Those blogs are not wasting their time talking and writing to people who have closed their mind and hearts but rather to those malays out there who still have an open and honest hearts and clever enough to use their minds to evaluate each side of the coin before making up their mind. So Mr Ibni, you are barking up the wrong tree so to speak cos we are not writing to you but rather about you and especially about those who have made UMNO into what it is now!

    Nick.

    ReplyDelete
  18. AA

    1.Dalam Islam atau lebih tepat lagi sistem perundangan Islam (SPI), jika umat Islam berselisih faham dengan pemerintah yang ada mengenai sesuatu perkara seperti penghapusan kuota bumiputra, mereka kena rujuk (kaedah penyelesainnya) kepada Allah iaitu alQuran dan Rasulullah iaitu Hadis. Jika rujukan al Quran dan Hadis mereka tidak ketemui, rujukan berpindah kepada Ijma' (pendapat ulamak muktabar). Tidak ketemui juga, mereka kena rujuk kepada qias.

    Maksudnya, bukan rujuk bulat2 kepada apa yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan2 negeri yang diperintah oleh PR, meskipun ada kebenarnnya dari sudut SPI.

    2. SPI hanya mengharuskan sistem tender terbuka/open tender kerana ia dari segi takrif, rukun, syarat sah penggunaan dan contoh penggunannya menepati hukum jual beli Lelong Islam.

    Maknanya sistem tender tertutup/close tender dan rundingan terus/direct negotiation yang diperkenalkan oleh Barat dan menjadi amalan kerajaan UMNO/BN tidak diharuskan dalam SPI.

    Maksud tidak diharuskan di atas ialah, pertama, tidak mendapat pahala dan mendapat keredhaan Allah bagi Muslim yang terlibat dengannya, dan kedua, akan menimbulkan masalah yang diduga seperti rasuah dan kronisme dan tidak diduga seperti amalan politk wang dalam UMNO.

    (Besambung)

    ReplyDelete
  19. (sambungan)

    3. Mengenai sistem kuota bumiputra yang diperkenalkan oleh UMNO di bawah DEBnya, ia bercanggah dengan prinsip2 keadilan Islam dalam melakukan aktiviti2 muamalat(sosio-ekonomi) di antara sesama muslim dan non muslim yang ditetapkan dalam SPI di bawah prinsip - Menyekat barangan dagangan daripada memasuki pasaran terbuka atau istilah modennya, mewujudkan sistem monopoli perniagaan.

    Maknanya, peringatan demi peringatan kepada kaum bumiputra oleh TDM,TAAB dan terbaru DSN mengenai kemungkinan kuota bumiputra dihapuskan suatu hari nanti itu adalah selaras dengan tuntutan SPI di atas.

    (bersambung)

    ReplyDelete
  20. Sdr. Nick

    Pemikiran saudara membuat saya terfikir adakah saya mengganggu agenda politik Tuan Aspan sedangkan itu bukan niat saya. Saya tiada kebolehan untuk membaca apa niat Tuan Aspan apabila beliau berblog. Jika beliau mahu hanya org yang sealiran pemikiran ataupun orang 'atas pagar' sahaja yang aktif bertamu dalam rumah beliau ini, saya yakin beliau akan beritahu saya dengan jujur atau memberi petanda seperti dengan enggan siarkan pemikiran saya yang setakat ini tidak pernah terjadi. Saya amat menghargai pemikiran Tuan Aspan walaupun kekadang malahan kerap berbeza dengan saya.

    Sdr. Nick,

    I dont think Tuan Aspan need somebody else to talk on behalf of him unless you think otherwise. Please recpect him by not trying to be his spokesmen and one more thing, I'm not UMNO's hardcore. My mind is own by myself.

    ReplyDelete
  21. AA

    (sambungan)

    4. Saya bersetuju dengan AA, kerana mengatakan kuota bumiputra sudah lama dihapuskan oleh kerajaan UMNO/BN, dan kalau masih ada ia (kuota) untuk kroni UMNO atau BN.

    Cuma AA tidak menjelaskan cara bagaimana kuota tersebut dihapuskan, dari sudut amalan kontrak pembinaan Barat, yang diamalkan dalam pelaksanaan projek kerajaan dan GLC.

    Bagi saya, klausa total sub-letting atau sepertinya yang diperuntukan di bawah syarat-syarat kontrak dalam dokumen kontrak projek kerajaan dan GLC merupakan bagaimana amalan kontrak pembinaan Barat atau ringkasnya, cara kontrak mencegah atau melarang kontraktor utama bumiputra yang ditawarkan kontrak kerajaan dan GLC menyerahkanya atau istilah tempatannya mengalibabakannya kepada kontraktor utama bukan bumiputra, dan cara kontrak menguatkuasakan kuota bumiputra bagi memenuhi kehendak semangat DEB.

    Disebabkan klausa tersebut tidak menyatakan dengan jelas maksud ayat ' kontraktor ditegah menyerahkan kontraknya kepada kontraktor lain', ia telah dimanipulasikan oleh golongan berkepentingan dalam pelaksanaan projek kerajaan dan GLC yang meliputi kontraktor utama bumiputra di kalangan kroni UMNO/BN dengan cara menubuhkan syarikat usaha sama dengan kontraktor bukan bumiputra sebelum memasuki tender.

    (bersambung)

    ReplyDelete
  22. AA

    (sambungan)

    5. Masalahnya AA, sudah kedengaran kegiatan memanipulasi kontrak kerajaan dan GLC seperti di bicangakan di bawah perkara 4 di atas dilakukan juga oleh kroni2 DAP dan PKR khasnya dalam pelaksanaan projek kerajaan2 negeri PR, meskipun ia membabitkan projek besar dan bilangannya kecil. Apakah sebab2nya dan bagaimana mungkin perkara ini di atasi?

    (bersambung)

    ReplyDelete
  23. AA

    (sambungan terakhir)

    6. Sistem pemerolehan kontrak pembinaan Barat dan Islam masing2 menyediakan 2 jenis sistem kontrak pembinaan yang sama maksudnya di antara satu sama lain dari segi takrif, rukun,syarat penggunaan dan contoh penggunaan seperti berikut:

    a) Price-in-advance (Barat) = Al Istisnak/ Tempahan (Islam)

    b) Cost Reimbursement (Barat) = Al Ijarah/Upahan (Islam)

    Kontrak pembinaan Islam al-Istisnak dan al-Ijarah masih dalam bentuk asalnya atau belum disesuaikan untuk kegunaan zaman moden, dalam erti kata keperluan dipecah-pecahkan keggunaannya kepada pelbagai bentuk tertentu bagi maksud memenuhi kehendak umum dan khusus pemilik projek yang sentiasa berubah dan berkembang, berbanding dengan kontrak pembinaan Barat yang dipecah-pecahkan seperti berikut:

    Kontrak Price-in-advance Barat dipecahkan keggunaannya kepada bentuk Lump Sum, Bills of Quantities, Turnkey dan Design & Build atau sepertinya.

    Manakala, kontrak Cost Reimbursement Barat dipecahkan kegunaaannya kepada bentuk Direct Labour, Target Cost, Cost Plus Percentage, Management Contract dan Construction Management atau sepertinya.

    Yang dimaksudkan kehendak umum ialah pencapaian asas kontrak dalam memenuhi kehendak pemilik projek melibatkan aspek kualiti, kos dan tempuh siap.

    Yang dimaksudkan kehendak khusus pemilik projek pula ialah selain daripada pencapaian asas kontrak seperti di atas dan dianggap luar biasa sifatnya yang sering dikaitkan dengan kecederungan pemilik projek melaksanakan projek secara fast track, mencepatkan permulaan kerja pembinaan, mencantumkan beberpa projek kecil menjadi projek besar, melaksanakan projek mega dan melantik sub-kontraktor di kalangan anak syarikatnya sahaja.

    Setiap bentuk kontrak Barat dari dua jenis kontrak pembinaan Barat di atas mempunyai kelemahan dan kebaikan masing2 yang merupakan asas kepada pemilihannya oleh pihak juruperunding, mahupun pemilik projek sendiri.

    Yang pasti, kontrak pembinaan jenis Price-in-advance mempunyai kelemahan hakiki dari segi kesukaran mencapai sasaran pencapain kehendak asas kontrak iaitu kualiti, kos dan tempuh siap, tetapi mempunyai kebaikan dari segi ianya mudah dilaksanakan oleh pihak juruperunding dan kontraktor.

    Sebaliknya, kontrak pembinaan jenis Cost Rembursement mempunyai kelemahan hakiki dari segi kesukaran dilaksanakan oleh pihak juruperunding dan kontraktor, tetapi mempunyai kebaikan dari segi ianya mudah mencapai sasaran pencapaian kehendak asas dan kehendak khusus pemilik projek di atas sekali gus, termasuk kemampuannya mengatasi masalah alibaba kontrak yang sukar di atasi melalui penguatkuasaan klausa total sub-letting berkenaan (jika kesukaran untuk mengatasi kegiatan alibaba kontrak kerajaan dan GLC yang terus berleluasa dianggap sebagai kehendak khusus projek kerajaan dan GLC berdasarkan semangat DEB).

    Jika saya katakan bahawa berlakunya kegiatan alibaba kontrak kerajaan dan GLC di kalangan kontraktor utama bumiputra di negara ini disebabkan penggunaan bentuk2 kontrak pembinaan jenis Price-in-advance di atas oleh agensi2 pelaksana projek kerajaan dan GLC yang mewajibkan pematuhan terhadap klausa total sub-letting di atas, tetapi tidak atau sukar dipatuhi, tidakkah penyelesaian kepada kegiatan alibaba kontrak kerajaan dan GLC ini boleh diatasi secara kontraktual dengan cara kerajaan pusat dan kerajaan negeri masing2 mengarahkan agensi2 pelaksana projek masing2 menghentikan penggunaan bentuk2 kontrak jenis Price-in-advance di atas, dan berpindah kepada penggunaan bentuk2 kontrak pembinaan jenis Cost Reimbursement di atas?

    ReplyDelete
  24. saji,

    you are very serious and focused and i appreciate your efforts to think and deliberate on issues.

    Thanks a lot for your seriousness in responding on what I have written.

    Like nick, Ibnu Ismail , Red Alfa, Asam pedas and few others you are taking time to dispose your view with clarity even though you may differ among yourselves in some issue deliberated.

    You are serious and do not discuss matters with 'loyar buruk' like arguments.

    Thanks saji

    ReplyDelete
  25. AA

    "Najib denies saying bumi quotas will go"....MALAYSIA KINI (today)

    What is your comment Sir?

    ReplyDelete
  26. Wow! Saji,

    As an accountant by profession, I'm salute to your effort. That's absolutely an excellent remarks. Thanks bro.

    ReplyDelete
  27. saji,

    I have no comment on this statement as he flip-flops too often.

    he should be grown up by now and say something that is firm once and for all. His own words put him in trouble. He incessantly confuses everyone.

    i reckon we just ignore any statement from him.

    thanks

    ReplyDelete
  28. Pak Aspan.

    Saya tidak mahu mengatakan posting Pak Aspan dan komentar-komentar yang mengikutinya bagus dan juga tiodak bagus. Tapi yang jelas minda orang melayu itu persis minda orang yang bungkem.

    Rasa-rasanya pilihan terakhir dan amat cocok buat orang melayu itu ialah MAT INDERA.

    ReplyDelete