21 October 2011

Malaysia kilang fitnah - sekarang sudah sampai keperingkat antarabangsa.

Pemimpin UMNO dan BN sangat hebat melakukan fitnah dan sekarang sudah sampai ke peringkat antarabangsa. Anya Corke seorang pelajar Wellesley College AS semalam menyfatkan fitnah yang di sabitkan terhadap dirinya sebagai satu insiden yang sangat hina dan mengejutkan.

Pelajar perempuan kelahiran Amerika ini menyatakan yang dia tidak pernah mengenali anak Guan Eng dan sesiapa sahaja di dalam keluarga Guan Eng itu. Anya menambah dia tidak pernah diperkosa oleh sesiapa dan lawatan terakhirnya keMalaysia ialah tujuh tahum yang lalu.

Anya Corke merasa simpati terhadap anak Guan Eng yang telah dijadikan mangsa fitnah itu yang dipalitkan dengan dirinya yang beliau tidak pernah berjumpa, mengenali dan mendengar nama yang disebutkan oleh pemfitnah itu.

Sebagai seorang yang berakhlak pelajar perempuan ini telah meminta media di Malaysia supaya menghormati privacy nya supaya tidak menjejaskan nama baik kolejnya, keluarganya serta Chess Federation serta badan-badan gabungannya. Anya adalah ‘Grand Chess Master kelas pertama dari Hong Kong yang kini mewakili England.

Kenyataan Anya Corke ini membayangkan betapa akhlak itu menjadi elemen utama dalam kehidupan mereka walaupun beliau masih muda. Beliau memberi pengajaran kepada kita yang akhlak itu penting dan boleh menjejaskan nama baik kolejnya serta badan Chess antarabangsa yang beliau menjadi ahlinya.

Nilai inilah yang sepatutnya diambil oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan mengakui jika perlakuan kita itu tidak baik ianya akan menjejaskan nama baik parti yang mereka anggotai. Di sini UMNO tidak pernah mahu belajar yang rasuah itu akan menjejaskan nama baik parti dan perjuangannya.

Jika Anya Corke yang masih dalam belasan tahun boleh menjiwai moral yang tinggi untuk menjaga nama baik badan yang di anggotainya kenapa pemimpin dan anggota UMNO yang semuanya beragama suci Islam itu tidak mampu untuk menahan nafsu untuk mengilang fitnah yang tidak ada tolok bandingnya itu. Di sini kita lihat bukti bahawa moral itu merupakan elemen sejagat yang tidak hanya di percayai oleh mereka yang beragama Islam.

Kes memfitnah anak Guan Eng dan pelajar perempuan yang tidak dikenalinya itu merupakan fitnah yang telah dapat di kesan dengan cepat. Kita tidak tahu berapa ratuskah fitnah yang telah dilakukan oleh setengah pihak dalam kerajaan yang tidak dapat dikesan dan diketahui umum.

Sekarang orang ramai telah mula sedar yang UMNO dan BN hanya mampu untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai pemerintah dengan melakukan fitnah yang tidak terperi hinanya seperti isu yang sedang diperkatakan ramai ini.

Sekarang orang ramai sudah ‘conclusive’ tentang satu persepsi mereka terhadap UMNO; iaitu pengarang dan pengilang fitnah sepenuh masa untuk mempastikan musuh politiknya tersungkur.

Dalam kes ini, pengarang fitnah ini hanya ambil mana-mana gambar secara rambang dan siarkan dalam internet dan kaitkan nama anak Guan Eng dengan gambar itu. Silapnya pemfitnah ini salah langkah dengan menyatakan perempuan itu adalah seorang pelajar SMK Heng Ee, George Town.

Ramai juga yang bertanya kepada saya bila Utusan akan membuat komen terhadap isu ini. Saya hanya menjawab, “tak taulah, kalau boleh dia nak tutup isu ini cepat-cepat”. Utusan itu hanya alat propaganda sahaja”

Yang sudah pasti fitnah yang dilakukan oleh beberapa pemimpin UMNO itu sudah sampai keperingkat antarabangsa. Nama Malaysia dalam bidang fitnah memfitnah sudah menjadi terbilang. Itulah kejayaan slogan ‘Malaysia Boleh’.

Berbohong boleh, memfitnah boleh, rasuah boleh dan menyalah gunakan kuasa boleh! Yang tidak boleh hanya melawan presiden UMNO, membetulkan senarai pengundi dan berkata benar. Berkata benar adalah dosa yang amat besar dalam UMNO.

6 comments:

  1. Salam Latok,

    There's one thing bad about UMNO... UMNO tak tau nak kalah. Dalam erti kata lain UMNO tak dapat terima erti kekalahan.

    Sepatutnya UMNO lebih matang terutama dlm menangani isu2 yg lebih besar yg bakal kita dihadapi tahun 2012.

    Oh ya.. betul ke dunia meramalkan all the "Word's Tyrants" dan "Capitalist Pigs" akan jahanannamm pada 2012...??

    KIta sama2 tunggu.....

    ReplyDelete
  2. Yang buat fitnah itu beragama Islam ke?

    ReplyDelete
  3. Saudara Aspan
    JIka tak silap saya, ko jolobak ko jolobu ada kata, mereka di jangkiti sindrom bebalism....... malu saya sebagai seorang melayu dan rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  4. Saya rasa le, Papa Gomo tu patut digomol cukup-cukup. Sangat rendah maruahnya memfitnah orang.

    ReplyDelete
  5. Inilah jadinya kalau hidup dikandung budi,demi untuk membedung hidup terpaksa menurut/menyahut kokok si "master" jenis kepala taruk kat lutut. Pada zaman macam ni mereka yang berfikiran macamni kepala otak mereka lebih terok dari tangki jamban......Buat abih duit mak bapak saja gi sekolah.memalukan bangsa,agama dan negara. nanti kita tarok lebih2 tadak bezapulok kita dengan dia.... hanya untuk ingatan...

    ReplyDelete
  6. I know Malays are better than the lying bloggers....I feel glad that many of my Malay brethren had stood up and condemn this blogger.

    I too will stand up for you against any injustice, lies thrown at you.

    ReplyDelete