22 October 2011

Sebelum ambil tindakan ke atas Prof Aziz Bari, ambil tindakan terhadap pemimpin UMNO dulu

Sekarang Aziz Bari dari UIA pula yang menjadi sasaran. Saya selalu berkata di dalam pimpinan UMNO dan BN bercakap benar adalah satu kesalahan. Berbeza pendapat itu adalah kesalahan. Jika sesiapa yang mengkritik secara berterusan akan ada sahaja helah untuk memberikan tekanan kepada seseorang itu.

UMNO dan BN sudah beraja di hati dan bersultan di mata. Aziz Bari tidak mengkritik Sultan tetapi beliau di tuduh berbuat demikian. Mereka berkuasa dan mempengaruhi pentadbiran UIA untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari. Kata-kata Aziz Bari di interpretasikan sebagai menderhaka kepada Sultan.

Entah bila UMNO ini sayang pada Raja saya pun tak tahu. Setahu saya UMNOlah yang menderhaka kepada Raja pada 1993 dahulu. UMNOlah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu dalam krisis perlembagaan itu. Ramai pemimpin UMNO yang membuat kenyataan mengkritik Raja sebagai institusi yang kononnya sudah tiada relevannya lagi.

Malahan ada ahli Parlimen bercakap begitu bongkak dengan mencadangkan Raja_Raja Melayu di ikat dan dirotan dan sebagainya. Lebih menyedihkan lagi Almarhum Tuanku Jaafar telah dituduh menyewakan tanah untuk membela babi di Bukit Pelandok. Utusan Malaysia lah yang mengetuai serangan terhadap Raja Melayu semasa itu.

Media perdana telah mensensasikan isu Raja-Raja Melayu dan memfitnah Raja Melayu seolah Raja-Raja Melayu itu lebih rendah dari manusia biasa. Apabila saya sebut isu ini ada pula yang mengatakan Dr Mahathir melakukannya semata-mata untuk kebaikan Raja Melayu itu sendiri dan berbagai-bagai alasan yang diberikan oleh penyokong beliau bagi menghalalkan tindakan menghina Raja-Raja Melayu itu.

Kenapa sekarang UMNO dan pemimpin-pemimpin yang menghina secara direct semasa itu tidak dihadapkan ke mahkamah sedangkan perlembagaan negara sebelum dipinda semasa itu telah dengan terang menyatakan yang Raja tidak boleh di sentuh samada di dalam atau di luar parlimen. Kenapa Dr Mahathir, dan ramai di antara pemimpin UMNO semasa itu tidak di kemukakan kepada pengadilan sedangkan Aziz Bari yang hanya membawa pandangan akademik itu dengan pantas di perlakukan dengan tidak adil.

Aziz Bari adalah seorang tokoh akademik dan beliau mempunyai pengikut dan ramai yang memberikan perhatian terhadap pandangan beliau. Mahasiswa UIA kini sedang memberontak kerana tindakan yang tidak adil terhadap seorang tokoh akademik yang serius yang pandangannya diambil perhatian bukan sahaja oleh Mahasiswa UIA tetapi juga oleh masyarakat ramai yang mengikuti pemikiran beliau.

Hari demi hari pihak yang memerintah menunjukan sikap tidak menghargai pandangan terbuka seorang yang serius terhadap keadaan semasa negara. Tindakan terhadap Aziz Bari mendapat tentangan orang ramai kecuali dari mereka yang buntu dan jumud pemikiran.

Jika pun Aziz Bari hendak di ambil tindakan, pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin politik negara yang terang-terang telah melacorkan institusi Raja pada tahun 1993 dahulu. Pihak yang memegang kuasa perlu ingat mereka yang menyaksikan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 dahulu masih ramai yang hidup dan masih ingat betapa beratnya nesta yang dilemparkan terhadap Raja-Raja Melayu oleh pemimpin UMNO yang diketuai oleh Presiden UMNO semasa itu.

Sekarang ini bekas Presiden UMNO itu pula yang mengkritik Aziz Bari dengan mengatakan Aziz Bari bersifat kurang ajar terhadap Raja Melayu. Saya tetap berharap supaya nasib Aziz Bari akan diperjuangkan oleh pelajar-pelajar dan Mahasiswa seluruh negara kerana isu ini bukan setakat melibatkan mahasiswa UIA tetapi juga masyarakat mahasiswa seluruh negara.

Saya berharap agar seluruh masyarakat kampus termasuk kakitangan akademik universiti-universiti seluruh negara memberikan desakan supaya tokoh akademik di bela secara optima untuk memastikan tidak ada pihak yang akan di ambil tindakan secara tidak adil di masa-masa yang akan datang semata-mata kerana memberi pandangan yang berbeza.

Jika kali ini tindakan di ambil terhadap Aziz Bari, selepas ini tidak ada sebab kakitangan akademik yang lain tidak akan menerima nasib yang sama pada masa yang akan datang. Saya mengikuti hampir semua pandangan Aziz Bari dan saya tidak nampak apa-apa sebab kenapa beliau cuba di sabitkan dengan isu seditious seperti yang di tuduh terhadap beliau.

Ambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin negara yang telah melanggar institusi Raja-Raja dahulu kemuka pengadilan dahulu sebelum berfikir untuk melakukan sesuatu terhadap Aziz Bari. Ini penting jika pihak berkuasa ingin membuktikan yang semua orang tidak kebal dari segi undang-undang.

Jangan hanya pandai mengaku yang pihak berkuasa adalah adil kepada semua sedang pemimpin besar UMNO lah yang telah melakukan kesalahan yang paling besar terhadap institusi demokrasi negara.

27 comments:

  1. Aspan dan semua,

    Bagi orang UMNO, pemimpin dan partinya tidak boleh diusik. kepada mereka UMNO lebih tinggi dari agama.

    Persetankan UMNO bermula dari hari ini. Persetankan MCA chauvinis itu dan tanamkan MIC hidup hidup.

    Fed up, fed up.

    ReplyDelete
  2. 1) can anyone tell me why we are having leaders like najib, muhyiddin and worst of all having hishamudin husein?

    2) can someone enlighten us why Chua Soi Lek is made a leader of MCA. How could a porno star be a political leader?

    3) isn't there any other leader to lead gerakan instead of KS khoon?

    I offer anyone with good cash award to whoever can give me an answer. i have tried to find the answer but in vain.

    Please help me.

    ReplyDelete
  3. ah chai, mantin,

    I can give u the answer on CSL.

    MCA made him the leader because he is a good 'performer'

    Thank you.

    ReplyDelete
  4. what "csl" do during his break is his private matter. how would you feel if someone secretly took a shot of you too? i am a no supporter of "bn" since day one. but there are things we need to respect ppl privacy. do grow up a little to understand and see the differences.

    salam...

    ReplyDelete
  5. A good friend of mine said 'the country has gone to the dogs'...

    Unfortunately he is right.

    Now I am waiting in vain, whatelse can these dogs do to damage our country?

    -lame747.

    ReplyDelete
  6. MAJLIS PROFESSOR NEGARA SENYAP JE?
    CAKAPLAH SESUATU?
    BERANILAH SIKIT.
    JANGAN SAYANG SANGAT JAWATAN, SEHINGGA TAKUT MENYATAKAN KEBENARAN.

    ReplyDelete
  7. Double standard. Yang benar disalahkan dan yang salah dibenarkan.

    Bila dalam jawatan, tak ingatkan nasib rakyat dan keturunan.

    Bila dah nak pencen barulah terhegeh-hegeh nak kembali ke pangkal jalan.

    Namun nasi dah menjadi bubur.

    ReplyDelete
  8. Burn 05:23:00 GMT+08:00

    Its NOT just a personal/privacy matter!!!

    1. CSL is a public figure;
    2. He was CAUGHT with another women, NOT with his wife!!!!!!!! This is unethical and definite NOT acceptable to be a leader in MCA.....

    Allan

    ReplyDelete
  9. jenal kelnig tak nak komen ke

    ReplyDelete
  10. saya mohon supaya semua pihak termasuk pakatan rakyat, NGO dan semua individu yang punya akal dan menghargai budaya ilmu dan pandangan yang benar supaya bangkit dan berbuat sesuatu untuk membela ahli akedemik yang berani dan punya kepakaran seperti Prof.Aziz Bari...Jangan dok diam saja dan jangan biarkan siswa dan masyarakat akademik saja berjuang. Kita perlu pertahankan kebenaran. Saya tidak rela anak2 saya belajar dan mendapat ilmu dari prof. yang bacul dan pengampu dan bertindak atas premis yang salah dan tiada wisdom.Saya rasa inilah detik yang terbaik untuk kita humbankan UMNO atau sesiapa saja yang Jumud dan Dangkal dari memporak perandakan hidup kita.Bagaimanakah mereka mengharapkan rakyat patuh dan hormat undang2 sedangkan golongan UMNO yang jelas menghina raja2 tidak langsung diambil tindakan. Arkib sejarah bertulis jelas sebagai bukti bagaimana mereka ini tidak langsung di heret ke mahkamah atas menghina sultan. Bangunlah wahai bangsaku ... jangan tidur dan biarkan gerombolan UMNO dan BN ini merosakkan membodohkan kita....

    ReplyDelete
  11. Burn,
    yes what CSL does is private matter. That is why you don't see him being drag to court, unless his wife wants to.
    Don't need to bring up the personal matter, however as a leader of MCA, does he still have the respect of the MCA members or the public ?

    Yes, let Malaysians decide whether he deserves the post.

    ReplyDelete
  12. Still fresh in my mind, Dr Rosti Saruwono. Academic freedom my ass, last time UiTM students were called ‘otak belacan’ and Khoo Kay Kim called a ‘profesor Kangkung’.

    hahaha PR, never change

    Selayang..
    Jejaka

    ReplyDelete
  13. Anonymous @ 22 October 2011 14:12:00 GMT+08:00

    You are definitely wrong!

    Read this if you have not done so:

    Penal Code:
    Section 377A. Carnal intercourse against the order of nature.
    Any person who has sexual connection with another person by the introduction of the penis into the anus or mouth of the other person is said to commit carnal intercourse against the order of nature.

    So it's not private matter. It's an offence for having oral sex under section 377A of Penal Code . Whether or not his wife wants to, HE SHOULD BE PROSECUTED!

    Look at Anwar's case. Does his wife want him to be prosecuted? Now you see how our stupid government practise double standard?

    If the video show him and his wife, I will pity him but he was with another women, NOT his wife. It shows that he is an immoral man whom should be prosecuted. You want this type of person to become leader for Chinese community?

    ReplyDelete
  14. Salam Aspam


    Takkan Unisel aje bolih Pecat (2 Org)..Inii baru gantung Saorg..DAH kecoh...

    Fikir-fikr le Sendiri.


    Sahabat Aspan.
    Jlan Kucing

    ReplyDelete
  15. Jangan lupa siapa yang maki sultan Terengganu "Natang" sebelum ini?

    ReplyDelete
  16. Salam.

    Inilah akibatnya apabila telah terlalu lama berkuasa sehingga "beraja di hati". Di sekeliling Najib ialah penasihat-penasihat yang hanya nampak org lain sahaja yang salah, yang hina, yang gila, anti Melayu, dan segala-galanya.

    Hasilnya, setiap tindakan mereka hanya meudaratkan diri sendiri, hanya meningkatkan rasa benci dan meluat, dan mempercepat kejatuhannya...

    Tindakan terhadap Prof Aziz ini telah mencetuskan satu gelombang baru dalam kalangan mahasiswa, yang memang sebelum ini begitu terkongkong. Gejolak amarah mahasiswa hanya menunggu sedikit cetusan api...

    Dan, saya percaya api cetusan ini, akhirnya akan membakar UMNO itu sendiri.

    Barangkali inilah yang dapat dibaca oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin yang meminta peggantungan itu ditarik balik. Ini kerana dia tahu, kuasa mahasiswa! Saifuddin memahami dengan jelas isu ini memang akan memudaratkan partinya.

    ReplyDelete
  17. tn.HjAspan..
    Keep writing bro sebelum tn.Hj pun ditangkap..!!! Kita nak komen apa pun, bangsa melayu kita ni dah terkenal sebagai bangsa " you tolong I, I tolong you..." Money and Power buys all tn.Hj....!!..

    ReplyDelete
  18. allan and anon 22 October 2011 14:12:00...
    you didn't get the point. i do not care how mighty he is. but he was sabotage by anonymous, who actually have intruded into his private life. who he screwed, does not concern me. on immoral issue, itu lain crita...
    nobody is born perfect. ppl do mistake!

    "bn" have to go! if not, malaysia will slide all the way down. actually, we are already going down one step at a time. they wanna make sure, others do not question them. whatever they do, ppl must follow. they think, we malaysian serupa budak hingus. how do this graduates going to improve themselves, if everything being control.

    salam...

    ReplyDelete
  19. Aspan,

    What else is new in Bolehland...

    Jibby as the President of UMNO/BN and PM can do something "Positive" (to stop this Nonsense!); to take advantage of this situation to improve his image as a "Fair & Impartial Leader"...

    But then,...has he got the "Guts as an Anak Jantan"...

    Just look back at Tun Salleh Abas & many others who became victims like Dr Aziz Bari...

    Eventually, even Mamakutty realized he was not able to control the "Ketuanan Monster" that he created in UMNO…

    Mamakutty finally suffered the same fate...

    So he had to step down…realizing it was a better choice…than to be “Brought Down by force”.

    How Pak Lah was forced to step down by Jibby & his Deputy…will be the fate of Jibby soon!

    Just to share this…

    Politics and Religion - The Rise of Modern Democracy http://www.evolutionary-metaphysics.net/rise_of_democracy.html

    The modern history of democracy from the American revolution through the world wars to the current world crisis...

    Shows world politics to be little more than a greed-driven struggle for wealth and power.

    Most of human history has been spoiled by stories of ambitious men who were driven by cravings for wealth and power.

    Tyrants who conspired and murdered their way into power, and then became drunk with power, leaving behind trails of death and destruction.

    Brutal dictators who enslaved entire populations and then watched them starve while they spent fortunes on personal luxuries and military adventures.

    History has shown that even those who rose to power with good intentions soon became corrupt.

    They took advantage of their position to enrich themselves and their family and friends.

    Then in order to protect their wealth and power, they silenced those who threatened their authority.

    As one injustice led to another, and as their friends became fewer, they grew increasingly paranoid and oppressive.

    They desperately clung to power in fear that if they lost control then they might also lose their fortunes, their freedom, and possibly even their lives...

    Like the rise & ultimate fall of Ghaddafi, captured like a “Rat”, wounded, then tortured and shot to death...

    You be the judge.

    Shalom.

    ReplyDelete
  20. tgk kn je la..

    tak semestinye kami yg "ditunjuk" akan "tunduk"...dan tk semestinya kami yg diam ini "mununduk" tidak "menanduk"..cuma masa dan waktu belum menentukan~~~

    PERSETANKAN UMNO!!!!!

    ReplyDelete
  21. ... bangkitlah SEMUA mahasiswa! Hantar UMNO/BN ke muzium.

    ReplyDelete
  22. Aziz Bari ditindas sepertimana Dr. Rosli di tindas tetapi tuan amat berat sebelah. Bela lah kedua saudara kita ini. Jangan jadi kuda kepada orang politik. Sedar sedar lah tuan.

    ReplyDelete
  23. UMNO nampaknya memusuhi org Melayu.

    ReplyDelete
  24. Anonymous ah chai, mantin said...

    1) can anyone tell me why we are having leaders like najib, muhyiddin and worst of all having hishamudin husein?

    ANSWER: Can you tell me why we wanna have leaders like Anwar, Guan Eng, Tony Pua?

    2) can someone enlighten us why Chua Soi Lek is made a leader of MCA. How could a porno star be a political leader?

    ANSWER: Can you englighten us why ANWAR is made a de facto leader of Pakatan? How could a porno star and a sodom be a political leader?

    3) isn't there any other leader to lead gerakan instead of KS khoon?

    ANSWER: Isn't there any other leader to lead Pakatan instead of Anwar?

    I offer anyone with good cash award to whoever can give me an answer. i have tried to find the answer but in vain.
    Please help me.

    NOW GIMME MY CASH....

    ReplyDelete
  25. BURN SAID:
    "what "csl" do during his break is his private matter. how would you feel if someone secretly took a shot of you too? i am a no supporter of "bn" since day one. but there are things we need to respect ppl privacy. do grow up a little to understand and see the differences."

    Then we can rightly said that its none of your business if your doughter having a good time with men outside your house as long she comes home everyday after work. No?

    ReplyDelete
  26. anon 25 October 2011 11:14:00...

    you are way out of line.
    don't think and act serupa budak hingus! grow up, be good, be honest, and become a mature person!

    ReplyDelete