17 November 2011

Mencuri, merompak, rasuah di mana-mana dan setiap masa

Ini kes yang sangat memalukan. Polis telah mendapatkan kembali sebahagian wang dari tiga perompak dari MACC yang telah melakukan rompakan terhadap pengurup wang di KLIA baru-baru ini. Wang yang menjadi barang kes itu telah hilang dari simpanan Polis. Wang sejumlah rm 11700 itu di dapati hilang dari bilek pegawai penyiasat ibu pejabat kontigen polis Selangor.pada pukul 2 petang semalam.

Polis sedang menyiasat kes itu di bawah seksyen 457 dan 201 penal code untuk menyiasat samada ianya berlaku oleh kecuaian pegawai polis yang bertanggung jawab atau ada elemen krminal di dalamnya. Isu ini sebenarnya tidak menarik minat ramai, tetapi ianya adalah perkara yang sangat penting untuk diulas.

Dalam kes ini, “jika ianya berlaku oleh kecuaian tindakan disiplin akan diambil terhadap pegawai dan anggota terlibat, tetapi jika ada elemen jenayah yang dilakukan oleh pegawai dan anggota, mereka akan di ambil tindakan mahkamah” kata Ketua Polis Negeri Selangor Tun Hisan Tun Hamzah.

Rompakan dan kecurian berlaku saban hari di seluruh negara dan melibatkan wang dan harta benda yang besar. Rompakan dan kecurian sudah menjadi perkara biasa dalam negara ini kerana semua orang gilakan wang ringgit yang senang, tidak kiralah samada jumlah yang besar atau pun kecil. Rompakan terbuka dan rompakan kolar putih yang dilakukan secara sistematik sentiasa berlaku di kebanyakan kementerian dan jabatan kerajaan.

Kalau ianya berlaku di dalam balai polis sendiri bagaimanalah hendak menjamin keselamatan wang ringgit dan harta benda di tempat lain? Ini amat menakutkan kita dan bagaimana pula pandangan masyarakat antarabangsa dan pelabur-pelabur yang diminta melabur di negara kita?

Baru 2 atau tiga hari yang lepas MACC telah menyerahkan kes NFC yang melibatkan keluarga Shahrizat Jalil kepada pihak polis untuk di siasat samada ada ada unsur jenayah atau rasuah atau salah guna kuasa di dalamnya. Tidak tahulah samada kes itu sudah mula di siasat atau belum tetapi ramai pemimpin kerajaan termasuk PM dan DPM telah memberikan komen yang projek itu adalah projek yang berjaya dan pembelian kondominium menerung itu adalah ‘above board’ semuanya.

Rakyat sekarang sibuk membaca cerita rompakan, kecurian dan rasuah besar-besar yang di tuduh terhadap pemimpin-pemimpin kita. Kes PKFZ yang melibatkan bekas Presiden-Presiden MCA yang melibatkan wang rakyat RM12 billion sedang rancak dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Kes Khir Toyo belum selesai lagi dan banyak kes curi dan rompakan sedang dalam mahkamah sekarang ini. Dua belas kes berprofil tinggi yang disebutkan oleh Rais Yatim semasa beliau menjadi menteri undang-undang dulu belum juga selesai dan belum pun dibawa kemuka pengadilan. Kes-kes baru bertimbun-timbun yang belum di siasat.

Lapuran Ketua Audit negara baru-baru ini menunjukan banyak penyelewengan di lakukan oleh pihak yang berkuasa di jabatan-jabatan serta agensi kerajaan Bertimbun-timbun kes dilapurkan berlaku. Kita tidak nampak cara dan jalannya bagaimana kes-kes ini hendak di selesaikan.

Ramai yang berpendapat kes-kes ini tidak akan di ambil tindakan kerana jika hendak di ambil tindakan kepada semuanya, ia akan memakan masa 50 tahun untuk di selesaikan. Maka untung lagilah perasuah-perasuah ini kerana untuk menunggu giliran mereka disiasat ramai di antara mereka akan tidak lagi berada di dunia ini.

Lain-lain perkataan kita sedang berada dalam masyarakat rasuah. Rasuah di mana-mana. Kecurian di mana-mana. Rompakan kolar putih di mana-mana. Masalahnya kesalahan-kesalahan ini dilakukan oleh mereka dalam kerajaan dan mereka mendapat perlindungan dari pihak yang berwajib.

Kalaulah ianya dilakukan oleh parti-parti pembangkang pihak berkuasa akan melakukan tekanan yang kuat walau pun belum tentu ianya ada kes. Teo Beng Hock menemui ajal oleh kerana siasatan pihak MACC. Khabarnya kes yang di siasat itu melibatkan rm 2000 sahaja.

Kes besar-besar yang melibatkan pembelian kapal selam telah memunahkan ribuan juta ringgit wang rakyat. Sampai ke hari ini kes itu belum dapat di selesaikan kerana ianya melibatkan pemimpin besar negara yang sedang memerintah dan kroni-kroninya.

Dalam kes Altantuya dua anggota polis di dapati bersalah oleh mahkamah tetapi tidak ada persoalan tentang motif pembunuhannya. Ini amat menghairankan tetapi tidak menghairankan kepada siapa yang mampu berfikir secara terbuka.

Kalau kita fikir dengan teliti, kita akan mengakui yang kes-kes jenayah yang berlaku tidak akan selesai sampai bila-bila kerana belum pun kes-kes yang dilapurkan itu di siasat dan di ambil tindakan, kes-kes baru berlaku lagi bertimpa-timpa.

Mungkin itulah sebabnya rakyat sudah hilang kesabaran mereka sehingga mereka telah menentukan cara untuk menghapuskan kegiatan mencuri ini melalui demokrasi, iaitu pilihanraya.

Rakyat telah memikirkan banyak cara untuk menghakis elemen rasuah dan mencuri ini tetapi tidak pernah berjaya. Tetapi kali ini rasanya memang sudah sampai masanya bagi rakyat untuk menolak 'once and for all' semua pemimpin dan agen-agen pemimpin yang rasuah serta pencuri ini melalui pilihanraya yang bakal tiba ini.

Apabila rakyat menolak mereka nanti, jangan pula menyalahkan orang atau pihak lain pula. Rakyat adalah manusia biasa; ada had kepada kesabaran mereka. Elok ingatkan pemimpin kita supaya tidak melembukan rakyat yang amat tertekan melihat tingkah laku mereka yang telah diamanahkan untuk mentadbir rakyat dan negara.

13 comments:

  1. Ini bukan kes kecurian semata-mata.

    Saya rasa ini kes melenyapkan bahan bukti.

    Dengan lenyapnya bahan bukti tersebut maka kes mencuri oleh 3 pegawai MACC itu akan 'terpaksa' di gugurkan.

    Bukankah PDRM dan MACC bekerjasama untuk memastikan pegawai-pegawai mereka 'kebal' dari tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  2. jangan mengarutlah.... everything is OK... rakyat sekarang sudah tahu dengan taktik pembangkang... pembangkang memang suka menabur fitnah... rakyat tahu itu semua kalau tidak masakan research uia menunjukkan najib mendapat sokongan padu rakyat sedangkan pemimpin pembangkang jatuh merudum popularitinya.... hehehe....

    ~ ABU Asalkan Bukan UMNO

    ReplyDelete
  3. up to now, no news on the deleted immigration entry of "altantuya". semuanya senyap. yang keno, 2 ekor pegawai, yang lain lain, entah what happen. news on this, terus senyap.

    only way to know the truth is to bring down "bn", and revamp the whole system. once up, i won't be surprised, banyak lobang akan timbul.

    salam...

    ReplyDelete
  4. Pak Aspan,
    Kerosakan yang berlaku itu akan terus berlaku kerana itulah penyebab kemusnahan UMNO/BN kerana disebut oleh Nabi saw bahawa kejatuhan umat dahulu kala akibat apabila pembesar negeri membuat keonaran maka dibiarkan sahaja. Maka apabila "sempurna" sebab musabab itu maka akan berlaku kehancuran. Tindakbalas kimia "kemusnahan" ini mengambil masa. Kita yang berada ditengah ribut taufan kemusnahan akhlak dan undang-undang ini akan terus bersuara dan menegur sehinggalah bertemu ajal. Itulah hebatnya kita sebagai pengikut Nabi saw kerana sifat dan amalan kita memperjuangkan keadilan dan memerangi kezaliman sehingga dunia menjadi aman dan sejahtera. Kita akan terus mempersuarakan bahawa tiada hak mereka untuk mencukai kita yang minum teh tarik di R&R Tapah dan kemudian menggunakan duit cukai itu untuk bercuti ke luar negara sedangkan masih ada anak yatim kelaparan dan keluarga miskin yang tertindas. HIDUP BERJUANG!

    ReplyDelete
  5. Tambah satu lagi, perniagaan DADAH berlambak-lambak di Malaysia ini. Setiap hari ada saja tangkapan, tapi dakwaan tak nampak pun. Malaysia ini bukan lah besar sangat, kenapa mudah sangat Dadah ini dibawa masuk. Hairan dan ajaip.

    ReplyDelete
  6. IGP, Tun Isan sila letakkan pistol-pistol anda diatas meja!

    ReplyDelete
  7. AA

    Soalannya AA, bagaimana Projek NFC bernailai RM 250 juta itu seharusnya diuruskan, dalam ertikata dirancang, dibangun dan dimajukan bagi memastikan ianya tidak gagal seperti yang didedahkan dalam lapuran Ketua Audit Negara 2010 khasnya atau dapat dipastikan ianya tidak berulang di masa depan dalam Kerajaan merancang, membangun dan memajukan projek yang sama atau yang lebih kurang sama, meskipun ia dibagikan kepada syarikat kroni, mahupun dilakukan secara tender tertutup iaitu seperti yang cenderung dilakukan oleh Kerajaan UMNO/BN?

    Dari sudut amalan pengurusan projek moden, Kerajaan atau, lebih tepat lagi,Kementerian Asas Tani,sepatutnya melantik Perunding Pegurusan Projek atau Project Management Consultant (PMC) seperti apa yang Kerajaan lakukan ketika merancang, membangun dan memajukan Putrajaya dulu, di mana PMC iaitu KLCC berperanan dan bertidak mewakili Perbadanan Putrajaya sebagai pemilik projek.

    Maksud saya, memberikan tanggungjawab kepada Jabatan Veterina (JV) untuk membantu NFC seperti yang diaturkan oleh Kementerian Asas Tani itu tidak memadai atas alasan JV tidak mempunyai kepakaran mengurus projek, khasnya apabila ia ada melibatkan kerja2 kepakaran pengurusan projek yang meliputi pengurusan kontrak,atau memiliki kepakaran memnternak lembu atau kerja2 pertanian tidak memadai.

    (bersambung)

    ReplyDelete
  8. Yang amat sedih sekali adalah rakyat macam boleh terima kegiatan jenayah ini tanpa rasa apa apa. Sebab itu mencuri, merompak dan rasuah yang tuan sebut ini akan tetap berlaku hingga bila bila masa.

    Tragik kan ?

    ReplyDelete
  9. AA

    (Sambungan)

    Seingat saya,TS Mahyuddin ketika menjadi Menteri Kementerian Asas Tani dulu ada membuat pengumuman yang Kemeteriannya sedang mendraf Kontrak Bagi Kerja-kerja Pertanian/ Agriculture Works, kerana selama ini menggunakan kontrak bagi Kerja-kerja Kejuruteraan Awam yang, padanya, kurang sesuai.

    Apabila NFC sudah menjadi isu negara sekarang ekoran pendedahan Lapuran Ketua Audit Negara 2010 itu, saya mula tertanya-tanya, adakah keperluan Agriculture Works Contract tersebut ada kaitan dengan Projek NFC yang beliau luluskan pinjaman mudah RM 250juta itu, tetapi tdak dapat disediakan oleh Kementerainnya. Atau setelah Kementerian diambil alih oleh Noh Omar, beliau tak buat follow up!

    ReplyDelete
  10. Tuan Aspan
    Sume sudah kena Mad Cow Diseases la...

    ReplyDelete
  11. When we were kid we played police and thief and they play police and also thief

    ReplyDelete
  12. Sdra Aspan,
    Kerajaan meluluskan RM 250 juta pinjaman "soft loan" kepada keluarga Sharizat untuk mengdendalikan NFC yang tidak mempunyai sebarang pengelaman dalam urusan menternak lembu. Saya yakin sekarang ini telah terdapat ratusan kalau tidak pun ribuan penternik lembu secara kecil kecilan diseluruh negara. Kalau kerajaan memberikan RM 1 juta saorang kepada penternik-penterniak lembu ini, saya yakin mereka akan dapat membekalkan daging lembu keperluan negara lebih dari mencukupi. Tapi masaalahnya "penternik-penternak kecil" ini tidak akan dapat menyedikan "incentives" yang lumayan kepada mereka mereka yang berkepentingan. Dan yang pastinya wang pinjaman ini tidak mencukupi untuk membeli "kondo mewah" diBangsa.

    ReplyDelete
  13. Anon 18 November 2011 00:15:00 GMT+08:00. Apa hang bangang sangta Polis sendiri memberi statement anggota Polis yg mengambil wang tapi pasai apa hang kata mengarut.Itulah duduk lagi dlm UMporNO sebab itu otak hang daj beku...

    ReplyDelete