21 November 2011

Wawancara Utusan dengan Dr Mahathir : siapa yang hendak mengaku berak di tepi jalan.

Semalam hari minggu. Pagi-pagi lagi saya mendapat panggilan talipon dan beberapa sms dari rakan-rakan dari jauh dan dekat bertanyakan saya samada saya membaca wawancara Utusan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. “Bro dah baca ke interview Dr Mahathir dalam Utusan?” Saya jawab “Saya tak langgan Utusan sudah 10 tahun, nanti saya baca Utusan on line lah!”

Saya terus sahaja membaca setiap ulasan Dr M dalam Utusan itu dan saya tidak berapa hairan kerana saya sendiri telah menyebut segala-gala yang di sebut oleh Dr Mahathir dalam wawancara beliau itu. Bezanya Dr Mahathir seorang tokoh besar sedangkan saya hanya seorang biasa yang melata di tepian politik negara.

Pada keseluruhannya Dr Mahathir bersetuju dengan pandangan ramai yang UMNO dan pemerhatian yang UMNO sekarang adalah parti yang lemah dan tidak pandai untuk menjadi parti pemerintah. Pendeknya UMNO sudah tidak serupa UMNO lagi.

UMNO berpecah di setiap peringkat dari cawangan ke pusat dan tidak berkepimpinan. UMNO tidak lagi berdaya menjawab persoalan yang di timbulkan oleh orang ramai melalui parti-parti politik pembangkang serta NGO dan ini amat menyulitkan UMNO untuk terus relevan sebagai parti yang memerintah negara.

Saya tidak akan menulis secara detail apa yang di sebutkan oleh Dr Mahathir di dalam wawancara beliau itu tetapi cukup kalau saya rumuskan sahaja secara pendek dan ‘concise’ tentang apa yang beliau rungutkan terhadap UMNO itu.

Dr Mahathir tidak berselindung untuk mengatakan yang UMNO pada hari ini sangat lemah dan tidak berkemampuan untuk memulihkan imejnya yang jatuh teruk selepas pilihanraya umum yang lalu. Bekas Perdana Menteri itu berkata yang UMNO tidak mampu untuk menolak anggapan dan persepsi yang parti itu adalah parti yang sarat dengan rasuah samada di peringkat parti dan kerajaan.

Stigma rasuah yang melekat kepada UMNO itu tidak dapat di buangkan oleh pemimpin serta ahli-ahli parti. UMNO tidak mampu untuk menjawab tuduhan dari banyak pihak, parti politik atau pun NGO yang parti itu adalah parti yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa.

Dengan jelas Dr Mahathir membayangkan yang Najib tidak berusaha dengan secukupnya kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja lain dan segala kelemahan yang ada kepada UMNO yang di benci rakyat belum lagi nampak usaha yang berkesan telah di lakukan oleh Najib.

UMNO, katanya akan menghadapi masalah besar di dalam pilihanraya yang akan datang dan jika UMNO serta BN menang tipis ia akan menjadi satu kerajaan yang lemah dan tidak efektif. Perpecahan di setiap level parti kita begitu jelas kerana semuanya berebut-rebut untuk menjadi calon dan dengan keadaan in jelas membayangkan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO hanya lebih mementingkan kepentingan peribadi masing-masing.

Walau bagaimana pun elok saudara membaca dengan teliti apa yang di ungkapkan oleh Dr Mahathir dan pada pendapat saya apa yang di nyatakan oleh Dr M itu semuanya benar. Mahathir telah menyalahkan semua orang terutamanya mengumpulkan semua kesalahan kepada Abdullah Badawi dan menantunya Khairy Jamaludin kerana kelemahan UMNO itu.

Tetapi apa yang Mahathir terlupa untuk menyebut ialah Abdullah Badawi itu adalah lantikan beliau dan beliaulah yang memnyebabkan Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri yang beliau anggap sebagai lemah itu.

Dr Mahathir telah berjaya menaik dan menurunkan sesiapa dalam negara ini. Itu kehebatan Dr Mahathir. Tetapi ramai termasuk diri saya hairan kenapa beliau tidak berhenti-henti menyalahkan Pak Lah sedang orang yang beliau persalahkan itu adalah pilihan beliau dan beliau tidak mampu atau pun mahu untuk menyekat Pak Lah untuk naik ke taraf Perdana Menteri.

Jika si jembel seperti saya dari awal lagi menelah dan menjangka yang Pak Lah akan membawa negara tidur nyenyak kenapa Dr Mahathir masih mahukan Abdullah Badawi untuk mengambil alih tempat beliau.

Sebenarnya Dr Mahathirlah penyebabnya kenapa UMNO pada akhir pemerintahannya sudah tidak ada pemimpin lagi. Dr Mahathir telah mengenepikan nama-nama besar di dalam UMNO secara sistematik untuk beliau tegak seorang di dalam parti. Mahathir takut di bayangi oleh pemimpin-pemimpin yang sezaman dengannya dan beliau telah melakukan segala-galanya untuk kekal berkuasa.

Apa yang Mahathir terlupa untuk menyatakan dengan jelas dan berani ialah di mana-mana negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin begitu lama akan akhirnya membawa durjana kepada negara itu. Yugoslavia telah berpecah kepada lima apabila Presiden Tito mati setelah memerintah selama 3 dekad. Begitu juga yang berlaku di Romania dan banyak lagi. Ruthopia telah kering kontang politiknya apabia Helle Salasie mati.

Di negara kita Dr Mahathir memerintah 22 tahun melalui berbagai cara untuk terus berkuasa termasuk mematikan partinya sendiri. Mentadbir secara kuku besi yang sangat halus dan telah menyingkirkan semua pemimpin sezamannya untuk berkuasa seorang diri dengan di sokong oleh pengampunya sahaja. Setelah 22 tahun beliau merasakan yang tekanan terhadap beliau semakin bertambah supaya keluar dari Putrajaya.

Dalam pada beliau berkuasa bersendirian beliau tidak membentuk kepimpinan lapisan malahan beliau lebih seronok untuk melihat pangganti beliau itu lebih lemah dari beliau. Beliaulah yang meninggalkan jawatan tanpa mewarisi kepimpinan gantian dan satu fakta yang mesti di terima ialah selepas beliau negara tidak akan lagi mempunyai kepimpinan yang baik.

Kalau beliau begitu marah dan membenci Pak Lah kerana Pak Lah seorang yang lemah beliau patut berkata kepada diri beliau sendiri yang ini adalah kesalahan beliau kerana meletakan Pak Lah sebagai penggantinya. Siapa sahaja yang mengganti beliau adalah pemimpin yang lemah dan siapa juga yang akan menggantikan pemimpin lemah itu akan merupakan pemimpin yang lagi lemah.

Dulu di katakan Pak Lah yang terlemah tetapi sekarang sudah menjadi pengakuan ramai pengganti Pak Lah lebih lemah. Pengganti Pak Lah ini tidak mungkin mampu mengawal negara kerana untuk mengawal ahli keluarganya pun tidak berdaya bagaimana beliau nak mengawal negara. Jika dulu Pak Lah dikatakan ada menantunya yang mempunyai pengaruh besar pemimpin pengganti Pak Lah mempunyai ‘soul-mate’ beliau yang lebih berpengaruh dari pengaruh Khairy kepada Pak Lah.

Hakikatnya satu. Selepas Perdana Menteri Mahathir ketua eksekutif atau Perdana Menteri selepasnya adalah yang lemah. Jika UMNO masih diberi mandat, percayalah yang akan menggantikan Najib akan lebih lemah lagi dan begitulah seterusnya sehingga negara kita hancur lebur. Itulah sebabnya tindakan ahli-ahli UMNO meninggalkan parti tiu adalah perkara biasa. Kalau tidak secara terangan mereka meninggalkan parti di dalam peti undi dengan memangkah pembangkang.

Tindakan ramai yang bijak pandai menyertai PAS dan DAP dan meninggalkan UMNO itu adalah benar tetapi ianya sudah bermula sejak zaman Dr Mahathir sendiri menjadi PM. Bezanya tindakan bijak pandai menyertai parti-parti alternatif itu baru bermula dan belum begitu jelas semasa itu. Dr Mahathir hanya bernasib baik kerana berhenti sebelum keadaan itu merebak. Maka yang menjadi mangsanya adalah pemimpin-pemimpin lemah yang beliau bentuk yang menerima padahnya.

Pendeknya apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir di dalam wawancara dengan Utusan itu semuanya benar. Hanya beliau terlupa atau tidak mahu mengaku yang beliaulah yang menyebabkan UMNO menjadi lemah selepas beliau…dan bukannya kerana kesalahan Pak Lah.

Mungkin Mahathir terlupa untuk mengatakannya kepada Utusan. Lagi pun takkan lah beliau nak mengaku salah pulak? Bak kata perpatah, siapa yang hendak mengaku berak di tepi jalan?

20 comments:

  1. Tuan,

    Tepat sekali tulisan tuan. DR M buang semua yang cergas dan ganti dengan yang lemah, disalahkan orang pula. Sampai di katil hendak mati Dr M akan menyebut itu untuk tutup kelemahannya.

    Pekan Meru

    ReplyDelete
  2. Pak AA.

    Salam.

    Tepat sekali pandangan Pak AA berkenaan TDM yang telah melakukan kesilapan sejak beliau memilih Pak Lah sebagai gantinya.

    TDM telah buat kesilapan besar selepas meletak semua jawatan dlm Kerajaan dan Parti dan sekarang mengsasarkan kesalahan kepada orang lain.

    Melalui pengalaman saya, tidak ada orang yang membuat kesilapan/salah akan mengaku bersalah, begitu juga TDM.

    Berkenaan UMNO,sudah tenat atau tinggal nyawa ikan. Tunggu PRaya 13 saya yakin UMNO/BN akan lupus dan tidak releven lagi.

    ReplyDelete
  3. ....dan apa yang saudara katakan mengenai Mahathir juga adalah benar. Dan memang tepatlah Mahathirlah punca segala kemelut yang berlaku dalam negara dan UMNO.

    ReplyDelete
  4. Pak Lah adalah 'a convenient scapegoat' terhadap semua kesilapan serta kelemahan UMNO.

    Apatah lagi, Pak Lah lebih senang tidur nyenyak daripada cuba mempertahankan maruahnya apabila kerap dijadikan sebagai 'punching bag' Dr M.

    Mungkin persoalan yang lebih relevent adalah mengapa Pak Lah sanggup diperlakukan demikian?

    Berapa banyakkah 'skeleton in the closet' Pak Lah yang disimpan oleh Dr M ?

    Inilah 'intrigue' politik UMNO...

    ReplyDelete
  5. Satu komen yang amat bernas,telus dan tepat..sampai menusuk kalbu..kalau UMNO tak mengaku lagi tak tau lah.???

    ReplyDelete
  6. Bro Aspan,
    Bilalah agaknya "orang tua ni" nak berhenti "menyalak" Pak Lah. Janganlah gangu lagi Pak Lah. Bagilah dia peluang untuk tidur nyenyek" dengan Tun Jeannya. Mengikut pada zahirnya dalam usia 86 tahun tu, TDM tak banyak masa lagi untuk " Bertaubat" atau meminta maaf kepada mereka mereka yang pernah terinyaya dibawah pemerintahnaya selama 22 tahun. Gunakanlah "masa kecedraan" sadikit yang ada ini untuk memohon keampunan kepada Tuhan serta orang2 yang terinyaya. Tuhan maha pengampun. Amin.

    ReplyDelete
  7. Artikel yang bernas tuan.

    Manakan hendak menyalahkan diri sendiri? lebih lebih lagi dengan wujudnya persoalan adakah TDM masih relevan atau tidak? Pada pendapat saya yang tak seberapa, walau siapa pun, secekap mana kepimpinannya, beliau tidak patut duduk di anjung kuasa lebih dari 2 term. Jika tidak inilah kesannya, tdak akan ada lapisan untuk mengambilalih dan menjadikan check and balance pentadbiran, kerana yang ada akan menjadi ancaman. Ianya tidak terlambat, wajar wajarlah pemimpin UMNO membuat keputusan agar pemimpin akan datang mempunyai kewibawaan dan tidak kemaruk untuk hanya bertakhta selama yang boleh.

    ReplyDelete
  8. Tuan,

    Penyamun yang menuduh perompak

    ReplyDelete
  9. Pak Aspan,
    Sudah tentu TDM akan menyalahkan Pak Lah. Tetapi itu bukan luar biasa. Yang pelik jika TDM menyalahkan dirinya sendiri dan kemudian memuji Menteri Besar Kedah kerana berjaya mengimbangkan belanjawan tanpa defisiti dan membangunkan negeri. Itu namanya TDM sudah meninggalakan politik dan menjadi seorang negarawan.
    Perihal siapa mengaku berak tepi jalan itu bergantung kepada berapakah upah yang mereka dapat...betul tak Saifol?

    ReplyDelete
  10. Pengganti Najib?...Hanya PM MUKHRIZ MAHATHIR yang dapat menyelamatkan UMNO & Malaysia. Hishamuddin yg sedarah Hussien Onn jangan berangan. KJ Oxford yg celik dgn kerja2 badul nya boleh jadi menerajuri kementerian belia & sukan... sebagai ketua maskot / tukang sorak.

    ReplyDelete
  11. TDM tidak akan mengaku bahawa kebanyakan masaalah yang sedang dialami UMNO dan negara adalah salah dia, dan dia yang bertangungjawab sepenuhnya.

    ReplyDelete
  12. TDM mungkin pilih Muhidin utk PM seterusnya, hanya sbagai pemanas kerusi buat puteranya Mukeris. Bekas mentri peladangan itu wajar diberi tugas khas slepas tu sebagai mentri cowboy menguruskan projek lembu NFC mula zaman beliau mentri dulu. Kelak bolehlah TDM lega menghidang steak lembu & minuman San Miguel di kedai 1Roti Loaf beliau sambil memblog Cetek-nya.

    ReplyDelete
  13. Zaman gandingan TDM-GhafarBaba paling aman umpama Badman-Robin. gitulah jadi yesman. Kuli, Anwar terbenam dgn kewibawaan mrk.

    ReplyDelete
  14. KEPADA PUAK2 UMNO...

    SEBENAR UMNO ADALAH LAHIR DARI HASIL PERSETUBUHAN HARAM BAPA DIDIK INGGERIS YANG TIDAK DIKETAHUI SIAPA IBUNYA.

    PEMIMPIN UMNO YANG ADA HANYA IBARAT HARTA PUSAKA INGGERIS YANG TERHASIL DARI PENJAJAHAN, PENIPUAN ,ROMPAKAN, RASUAH, PELACURAN DAN PENZINAAN.

    JADI MANA MUNGKIN DAPAT DIPERBAIKI UMNO YANG AZALI MEMANG TERLAHIR DARI SESUATU YANG HARAM ! ! !

    ReplyDelete
  15. As you all know, I am a great fan of Tun M.
    But I am sad that he is bent on discrediting Abdullah with a vengeance.
    Come on, doc, enough is enough. That guy is now a nobody. If you cannot forgive, at least forget.
    It reflects badly on you and certainly backlash you for choosing him. You look small for constantly berating the man.
    Why can't you be like Bush who promised to keep silent when 'my President Obama' took office.
    Your time is over Tun. You have had your day. Yeah you were great but you have to stay above, befitting a retired statesman.
    It is rather shameful that his hatred towards Abdullah is so personal that they were not speaking even when sitting beside each other.
    Aspan, I agree that Mahathir side-lined leaders who could have led UMNO like Ku Li, Musa, King Ghaz or Ghafar.
    And of course my angst with Tun M was admiitting Anwar into UMNO and propping him up as number two.
    Obviously he does not like people who can over-shadow him.
    He has to accept what leaders we have now is of his own making.
    But I must say, even if they are weak, they are better than PKR leaders for sure.

    ReplyDelete
  16. salam pak..

    kita sama2 doakan supaya Allah panjangkan umur TDM...biar dia tgok sendiri kerosakan yg dibawanya...

    bukan hanya terhadap kepimpimnan negara..malah dari segi sosial dan keagamaan...

    islam dipandang sepi...tidak mengenal mana dosa mana pahala...begitu jugalah pelapis2nya...semua bersikap spt TDM...mengenyangkan kroni sendri..

    dari mana sharizat belajar kalau tidak dari mahagurunya ini...

    -anonimis-

    ReplyDelete
  17. Pak,

    Yet again we have the grand old man of corruption, nepotism and Machiavellian politics trying to hide his crime of shitting on the side of the road by accusing someone else as the one who took the dump. Typical antics of a narcissistic and egoist former dictator whom day by day Malaysian are beginning to see as the true source of many problems, serious problems plaguing this nation.

    Being a fond admirer of mediocrity, TDM's mediocre excuses for all the problems and ills he brought onto this nation was as expected, specifically pointing the finger at his appointed successor, AAB and everyone else but him. But this "so called genius" as he often likes to cultivate in the mind of mediocre Malays such as those in PERKASA, totally forgot that AAB term of only a few years could NOT have created all those corruption, misappropriation, abuse of power, treachery and worse of all the systematic disintegration of the three pillar of state.

    All those problems and ills needs decades to fester and rot and truth be told AAB was too dumb or maybe too greedy for agreeing to accept the baton of premiership from TDM. Only the stupid get conned and AAB as well as those mediocre Malays and Malaysian of other race were conned BIG TIME! And lo and behold TDM once again trying to con the Malays and Malaysian by doing this "waste of time" interview.

    In actuality, TDM's interview with Utusan has zero worth much less provide any bearing on how to solve the nation ills and problems. His words uttered in this interview has the same value as the the bovine excrement abundantly found on the middle of the road in my kampung which caution us "to tread lightly and cautiously". Or to put in malay rustic tongue "satu sen tarak guna!".

    Nick.

    ReplyDelete
  18. Tn Aspan,

    Semua kudis, sopak dan nanah dalam UMNO adalah bermula dari TDM. Beliau tidak pernah menyalahkan diri sendiri melainkan menyalahkan orang lain. Tahu rasuah dlm UMNO,halang BPR (masa tu) ambil tindakan, untuk apa? jadikan perasuah tu sebagai tentera upahan untuk back up dirinya. Zaman Tun Hussein tidak ketara sangat rasuah. Rasuah adalah strategi TDM untuk terus bergayut di kerusi kuasa dgn membiarkan perasuah itu hanyut dan memerangkapnya dgn ugutan. Ingat bagaimana beliau mengenakan tekanan semasa kempen nak jatuhkan DSAI dulu. Cuba nilai secara terbalik apa tindakannya itu

    ReplyDelete
  19. Setuju dengan tulisan tuan. Pada Tun Mahathir, masalah Malaysia dan UMNO ialah Salah Semua Orang Kecuali Aku. Beliau seorang narcissist yang tidak serik mencantas dan menikam orang yang dilihat sebagai ancaman. Lihatlah Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim, Tok Mat, Tunku Abdul Rahman, Tenku Razaleigh, dan lain-lain lagi. Malah sekarang, beliau menikam Pak Lah serta mencuba nasibnya lagi dengan Najib

    Akibat sikap cantas-mencantas ini, bukan memeranjatkan UMNO sudah tiada pemimpin yang berkebolehan.

    ReplyDelete