Beberapa pemimpin UMNO berkata yang parti itu mesti berbaik-baik dengan semua pihak tanpa mengira siapa untuk mendapatkan undi dalam pilihanraya yang akan datang. Beberapa orang pemimpin peringkat majlis tertinggi parti berkata UMNO tidak boleh mengasingkan mana-mana pihak. Yang penting parti itu mendapat undi dan menang pilihanraya. Itulah di antara kata-kata pemimpin seperti Abd Rahman Dahalan, Bung Mokhtar, serta Idris Haron dan beberapa orang yang lain.
Semua yang memberikan komen ini menyatakan perkara yang satu, iaitu untuk mendapat undi. UMNO itu wujud seolah-olah hanya untuk mendapat undi maka itu sebabnya pemimpin-pemimpinnya harus berbaik-baik dengan semua orang tanpa mengira kaum, agama, adat resam dan budaya.
Betullah pandangan mereka ini. Tetapi UMNO tidak gemar pula apabila PAS berbaik-baik dengan DAP atau PKR. Nampaknya yang boleh berbaik-baik dengan semua orang hanyalah UMNO kerana UMNO sahaja yang patut mendapat undi. Kalau PAS berbaik-baik dengan DAP itu salah. Kalau UMNO berbaik dengan MCA itu salah dan meninggalkan perjuangan untuk Melayu dan Islam.
Dalam negara kita demokrasi ini agak pelik kerana masing-masing parti bercakap berbeza dengan siapa pemimpin mereka bercakap. MCA dan pemimpin utamanya Chua Soi Lek bercakap seolah-olah kita semua ini adalah rakyat yang bodoh dan belum lagi mengenali apa itu sekolah.
CSL memberi amaran yang rakyat jangan menyokong DAP kerana DAP tidak menyokong hukum hudud. Tetapi setakat yang semua tahu MCA lah yang menempelak PAS dengan kuat kerana PAS pernah membuat penekanan terhadap pelaksanaan hukum hudud. Tetapi CSL semalam berkata dengan jelas di genting highlands yang semua kemudahan perjudian akan di hapuskan jika PR mendapat tempat dan mandat dari rakyat dalam pilihanraya yang lalu.
Inilah caranya MCA selama ini berkempen tetapi sekarang taktik dan cara itu sudah tidak dipakai lagi kerana rakyat sedar yang masing-masing parti atau individu rakyat mesti menghormati di antara kaum dalam negara ini.
Rakyat tidak lagi termakan hasutan pemimpin-pemimpin yang terdesak seperti MCA itu. Lagi kita nampakan ‘desperation’ kita lagi jauh rakyat meninggalkan kita. MCA memang sedang dalam keadaan terdesak. Parti atau pihak yang terdesak selalunya akan melakukan perkara-perkara yang pelik-pelik.
Itulah sebabnya ramai pemimpin-pemimpin dunia bertukar menjadi diktator apabila merasakan yang mereka tidak mampu untuk bertahan di dalam sistem demokrasi negara mereka. Seseorang yang mengambil demokrasi sebagai wadah perjuangan dan pentadbirannya mereka selalunya mengambil penampilan populis. Tetapi penampilan populis ini ada had kepada sokongan rakyat terhadap mereka.
Ramai di antara pemimpin yang mempunyai semangat demokrasi yang tinggi selalunya akan meninggalkan jawatan mereka sebelum mereka menghadapi tekanan ini. Tetapi bagi mereka yang masih bernafsu untuk berkuasa mereka terpaksa melakukan legislation yang ketat terhadap rakyat dan secara beransur-ansur mereka menjadi diktator.
Dalam proses penerusan pentadbiran diktator atau demokrasi yang ala diktator itu berbagai-bagai cara dilakukan untuk menekan dan memaksa rakyat memberikan sokongan kepada mereka.
Di negara kita kerajaan dipilih melalui proses pilihanraya walaupun perlaksanaan demokrasi itu tidak berada di atas ‘level playing field’ dan hanya memberi ‘advantage’ kepada pihak yang memerintah.
Saluran TV perdana digunakan oleh pihak yang memerintah untuk mengutuk dan menekan pembangkang dan pihak pembangkang tidak diberikan masa yang secukupnya untuk menyampaikan message kepada rakyat. Pembangkang terpaksa berhempas pulas untuk mendekati rakyat dan ini merupakan satu pelacuran terhadap semangat demokrasi yangsebenar.
Seperti yang saya nyatakan tadi populariti seseorang pemimpin itu adalah terhad masanya dan selalunya pemimpin yang sedang memerintah akan dikalahkan apabila pemimpin itu susut sokongan dari rakyat ramai. Itulah yang berlaku terhadap Dr Mahathir kerana beliau sudah tidak mendapat sokongan bulat dari rakyat dan khususnya dari ahli UMNO suatu ketika dahulu.
Dr M hampir tertewas dalam pemilihan pucuk pimpinan parti dalam pertandingan bagi jawatan presiden UMNO pada tahun 1987 dahulu. Dari segi hakikinya Dr M sudah tidak mendapat sokongan padu dan banyak pemimpin negara demokrasi akan mengambil semangat demokrasi itu dan meletakan jawatan.
Margaret Thatcher tidak kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan Consevative apabila Hasseltine menandingi beliau. Tetapi oleh kerana kemenangan Thatcher itu tipis maka Thatcher meletakan jawatan dan itulah lorong yang luas yang membolehkan John Major mangambil alih tempat beliau sebagai PM Britain.
Mahathir mengambil sikap tidak mahu berhenti malah beliau mengambil tindakan menekan pemimpin-pemimpin yang beliau rasa akan menggugat beliau kerana mahu terus menjadi orang yang berkuasa di negara ini.
Beliau mengambil kesempatan di atas tindakan sebahagian ahli UMNO di mahkamah dengan membiarkan UMNO di haramkan dan dengan cepat menubuhkan UMNO baru. Tunku Abdul Rahman, Husein Onn serta ramai lagi pemimpin asal UMNO meninggal dunia semasa mereka berada di luar UMNO.
Dengan penubuhan UMNO baru itulah Mahathir memperkuatkan dirinya dan tidak mahu lagi sesiapa menyaingi beliau dalam kepimpinan UMNO. Maka dari saat itulah timbul mereka yang lemah-lemah untuk mengganti beliau semasa beliau turun dari kuasa, termasuklah Pak Lah dan Najib yang ada pada hari ini.
Kelemahan kepimpinan dalam UMNO ini jugalah menjadi rungutan Dr Mahathir pada hari ini tetapi beliau tidak mahu mengakui yang segala-gala kelemahan ini terbit dari tindakan beliau yang hanya memikirkan kekuatan peribadi beliau sahaja dari kekuatan parti pimpinannya. Apa yang Mahathir mahukan semasa beliau berkuasa ialah ‘yes men’ yang sanggup memberikan ‘amusement’ peribadi kepada beliau.
Sejak dari itu berpusu-pusulah ahli-ahli UMNO yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin timbul sebagai pemimpin dengan hanya menggunakan kuasa wang mereka dan ampuan mereka yang kuat terhadap pemimpin yang merasakan dirinya sudah tidak mendapat sokongan lagi. Budaya itu hidup mekar sampai kehari ini.
UMNO seperti yang diakui oleh Dr Mahathir di dalam wawancara beliau dengan Utusan hari minggu yang lepas hanya mampu mengumpulkan ramai pemimpin yang lemah dan keliru tentang perjuangan parti mereka. Dr Mahathir mempunyai saham yang sangat besar di dalam membentuk UMNO yang lemah pada hari ini.
Dalam wawancara Dr M dengan Utusan pada hari minggu lepas saya nampak apa yang beliau perkatakan itu hampir lengkap. Untuk melengkapkannya Dr M sepatutnya berkata lebih kurang begini, “semasa saya menjadi presiden UMNO dan PM saya telah membuang pemimpin-pemimpin yang saya anggap boleh menyaingi saya secara sistematik. Saya tidak suka kepada siapa yang saya anggap boleh mencabar saya. Maka saya hanya ambil mereka yang boleh mendengar kata. Rupa-rupanya negara akhirnya hilang kepimpinan kerana yang berwiba itu telah saya ketepikan dari awal secara beransur-ansur.
Barulah lengkap wawancara itu dan barulah dapat kita tahu kenapa UMNO dan negara sudah hilang kepimpinan sehinggakan rakyat sudah menolak UMNO itu sebagai sebuah parti yang mempunyai ‘attribute’ sebagai parti pemerintah.
Apabila kita faham ini tidak payahlah lagi penyokong-penyokong UMNO melatah dan memaki hamun pembangkang dengan kata-kata nesta yang hanya keluar dari orang-orang yang kurang temaddunnya.
AA,
ReplyDeleteI am addicted to almost all of your writings.
Cheers.
zain,
ReplyDeleteI am with you!
Pak Aspan, spot on everytime. May Allah bless you always. Amin.
ABU.
Sdr Aspan,
ReplyDeleteSebahagian besarnya saya bersetuju dengan pandangan sdr behubung UMNO yang sekarang ini seolah-olah ketandusan idea bagaimana hendak mengatur strategi yang mantap dan jitu bagi memenangi PRU akan datang.
Berbaik-baik dengan sesiapa pun semata-mata untuk mendapatkan undi mereka adalah satu tindakan keji lagi hina. Apakah mereka tidak terfikir yang rakyat sekarang sudah begitu sedar akan hak-hak mereka dan sudah tentunya tidak rela diperlakukan sebegitu rupa. Apa yang kemungkian besar berlaku kemudian ialah seperti perumpamaan "habis manis, sepah dibuang."
Tentang CSL, apakah dia lupa yang dia telah mengugut MCA akan keluar dari BN kalau UMNO menyokong hukum hudud ? Nampaknya macam-macam cara nak menang PRU walaupun terpaksa terus berdrama.
Pada masa yang sama, saya ingin memperbetulkan fakta sdr yang kurang tepat berhubung perletakan jawatan Margaret Thatcher, justeru tidak boleh disamakan dengan Dr Mahathir.
Saya merujuk kepada google. Dalam pemilihan Parti Conservative pada Nov 1990, Michael Heseltine, yang menentang Margaret Thatcher, telah memperolehi 152 undi, di atas sedikit 40%. Manakala Thatcher memperolehi 204 undi, di bawah sedikit 50%. Mengikut peraturan parti, seorang incumbent mesti memperolehi kelebihan sekurang-kurang 15% undi untuk terus diistiharkan menang.
Oleh itu, undian kali kedua mesti diadakan. Khabar angin telah bertiup kencang ramai anggota kabinet Thatcher akan beralih menyokong Heseltine dan beliau (Thatcher) sudah pasti kalah. Thatcher kemudiannya menarik diri dari bertanding dan meletak jawatan sebagi PM.
Jadi tidak tepatlah kalau dikatakan Thatcher telah meletak jawatan walaupun menang tetapi dengan kelebihan undi yang kecil berbanding pencabarnya Heseltine.
ZMS
Tn,
ReplyDeleteWalaupun saya bersetuju dengan banyak perkara apa yg tn tulis namun saya agak terkilan kerana secara terang atau tersembunyi, tn terlalu anti dan benci dengan Tun M. Entah apa sebabnya saya tidak dapat agak.
Saya tidak ada kepentingan dengan sesiapa pun, saya bukan orang politik, maknanya saya tidak perlu mencium tangan Najib atau Muhyidin, berjabat tangan biasa bolehlah. Tetapi, bila orang mengutuk Tun M dengan bukti yang tidak jelas, atau sekadar persepsi maka saya akan menentang keras. Kalau tidak salah ingatan saya dalam kebanyakan posting tn, kebanyakannya merendah-rendahkan dan melekehkan Tun M. Itu hak tn tetapi hak saya pula untuk memberi pandangan saya.
Pernah dikatakan TunM sangat kaya orangnya, separuh Langkawi dia punya. Harta situ saham sini- sangat kaya. Namun sampai kini tidak ada orang yg boleh buktikan kata-kata itu benar.
Tun M sack dsai itu hak dia sebagai pm. Kemudian pendakwaan dibuat di mahkamah, selepas menulis 385 muka surat alasan pengadilan Hakim Paul mendapati dsai bersalah. Bagi saya Tun M berada di pihak yg benar kerana semua saksi telah di drill sehebat-hebatnya oleh peguam-peguam ternama. Bagi tn pasti sebaliknya kerana terlibat dengan Tun M.
Banyak sebab yg perlu saya banggakan dengan Tun M, biarpun tn membencinya.
wan
tq
Adakah ini balasan Allah ke atas gulungan yang menindas dan merampas hak asasi rakyat setelah lebih setengah abad memerintah, atau balasan kerana selama ini menipu dalam mengengam kuasa, atau "sumbang mahram" yang dilakukan keatas ahli dan kroni selama ini? atau kesemua sekali? Percayalah, yang mati(berakhir itu benar, balasan syurga neraka itu benar, masuk kealam kubur itu benar, jangan anggap kita pergi haji dan memohon ampun dengan Tuhan itu akan menghapus dosa kita sesama manusia didunia ini. Segala perbuatan kuta sesama manusia ini akan dihitung. ALLAHUAKBAR.
ReplyDeletePak,
ReplyDeleteThat confirms it! Election is coming and all BN MPs and Aduns especially those from UMNO are wearing their mask of hypocrisy and start acting like wise and caring "people's representative". EVEN Bung Mokhtar who is famous for being selfish and self centered is spewing liberal and democratic words!
I for one will not fall for it ever again. We have seen this type of hypocrisy "play acting" every election season and each and every time, once the election is over, those UMNO and BN reps will once again turn into ruffian and scoundrel (not that they are nice and well rounded to begin with!).
If memory serves me well, during election season, every BN reps will start lying and they lie just about everything especially about not raising toll and petrol prices just to get elected. Once elected, all promises and pledges are thrown into "lubang jamban"! And for the next 4 year before a new election, those BN and UMNO reps will act as kings and dictators ignoring their rakyat and stealing the nations coffers.
And if we, Malaysian and especially the malays AGAIN elect these ruffians and scoundrels as leaders and caretakers of our nation wealth and well being, then we deserved to be poor and destitute and miserable for the next half a century. By then, the slogan of "Malaysia Boleh" will be aptly changed to "Malaysia Bungkus"!
Nick.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteBaru sempat baca semua posting2 tuan dan rakan2 blogger lain. Ketinggalan update news beberapa minggu nampaknya tidak menyebabkan saya tertinggal apa2 kerana sepertinya tiada perubahan ketara. Cuma BN dilihat mula menggandakan usaha dengan 'cerita2 baru' seperti perlaksanaan janji RM 100 yg saya belum sempat ambil, pindaan akta berkaitan perhimpunan, air kotor di Kelantan, RM 500 dengar khabar Januari dah boleh ambil dan provokasi panas dari utusan melayu dan TV 3 yg semakin menjadi jadi. Juga dibayangi dengan skandal lembu shahrizat.
Pakatan Rakyat kena cipta cerita baru juga untuk saingi BN. Kena seimbangkan belasah BN dengan pujuk rakyat. Gaji minimum RM1500hanya utk sebahagian kecil kakitangan anak syarikat Selangor tidak memadai. PR kena cipta pujukan baru di negeri dikuasai PR. Orang kita ni unik. Dalam masa kita benci rasuah tetapi kita menanti kerajaan beri rasuah. Cakaplah apa sahaja, akhirnya apa yg ditanya tetap berapa habuan yang akan kita terima. Memang ada yg tidak termakan dengan janji manis ini tetapi majoriti tetap mahukan janji2 ini. Dalam demokrasi, majoriti adalah pemenang.
Walaupun saya yakin BN akan menang dengan simple majoriti, saya barharap tuan tidak akan berganjak dalam menegakkan keadilan.
Salam Sdr Aspan
ReplyDeleteKebanyakan kami lebeh percaya bukannya ada pertukaran strategi atau menggunakan strategi baru dalam tiba-tiba UMNO berbaik-baik seperti ianya adalah penemuan cara baru dalam mengumpan undi.
Lebeh berkemungkinan adalah UMNO kini sedang menjalankan rangka pelan tindakan yang multi-tactical dari perbagai penjuru: berbaik-baik dan bermanis-manis serta juga gunakan PESAKA dan CSL/MCA untuk membenci-benci dan mengapi-apikan; kesemuanya adalah berseirama dan berserentak mengikut dimainkan seperti dalam persembahan okestra. Disini boleh diungkapkan ada banyak lagi tindakan-tindakan yang belum lagi ketara. Sememangnya kemenangan PRU 13 itu adalah objektifnya.
Pada kebanyakan kami efektif atau tidak strategi PM Haji Najib ini yang beliau telah membayangkan dalam pengistiharaan strateginya dengan "Putrajaya akan di pertahankan dengan apacara pun!"
samada rancangannya dapat keberkatan atau tidak terpulanglah dari murni dan jelek niat dan usaha perancangan.
Hebat mana manusia merangka lebeh hebat lagi rancangan Allah SWT!
Kalu mau menang apa-apa pun, segala galanya mesti betul,tulus,jujur dan ikhlas.Tidak perlu susah, tak perlu bayar itu dan ini,sana dan sini. Semuanya cara dikendalikan secara professional,adi9l dan saksama.Ikut undang undang dan peraturan.Undang undang dan peraturan untuk kebaikann bersama bukan untuk golongan tertentu. Bolehkah parti parti politik menentukan ini? Buat sekarang ni memang susah, sebab dah terlanjur melainkan kalau ada "political will". Macam mana boleh, kalau macam ketam mahu engajar anaknya berjloan lurus. Kan begitu?
ReplyDeletenak baik dengan semua orang....kalo malaoun todi pun nak berbaik jugak?....inilah umno yang udah tenah
ReplyDeletehebat politik madeyyyyy!
The MIND!!!