Apabila negara sudah sampai ke tahap cerca marba seperti yang kita lihat dan alami sekarang ini, kita tahu pihak yang memimpin mempunyai masalah. Setakat kesalahan kecil-kecil orang Melayu dan rakyat amnya sentiasa terbuka untuk memaafkan kesalahan yang boleh diperbaiki dan terus sahaja memberikan mandat kepada mereka (BN).
Rakyat Malaysia amnya dan lebih khusus lagi orang Melayu sentiasa bersifat pemaaf. Rakyat bukan tidak tahu apa yang dilakukan oleh pimpinan yang tidak jujur selama ini. BN tetap mendapat sokongan di setiap kali pilihanraya.
Tetapi keadaan itu semua sudah tiada lagi. Rakyat sedar yang BN khususnya UMNO telah mengambil sikap pemaaf orang Melayu itu sebagai kelemahan Melayu. Mereka terus melakukan perkara keji seperti rasuah dan berbagai-bagai lagi kerana mempercayai yang orang Melayu khususnya dan rakyat amnya akan terus memberikan sokongan dan tidak akan lari dari memberikan mandat terus menerus.
Mereka (pemimpin) terus terusan melakukan perkara yang selama ini dibenci rakyat dan mereka (pemimpin) merasakan yang kalau mereka membuat salah pun rakyat akan tetap mengundi mereka lagi. Tetapi sekarang kesabaran itu sudah habis hadnya. Rakyat termasuk orang Melayu sudah tidak tahan lagi dengan sikap angkuh dan sikap bermaharajalela mereka lagi.
Dalam pada rakyat merasa gusar dengan sikap pemimpin, mereka yang menjadi pemimpin masih lagi merelakan diri mereka di tawan oleh nafsu nafsi mereka. Kalaulah mereka sedar dan tahu bagaimana rakyat marah isu NFC misalnya tidak akan timbul. Banyak lagi isu-isu besar yang sudah pun di tulis dalam blog ini. Dalam kabinet hari ini ahli-ahlinya (menteri-menteri) berniaga dari kapal selam kepada perniagaan kapal terbang dan seterusnya sampai terlibat dengan perniagaan lembu. Pendeknya apa yang ada di darat, di air dan di udara semuanya mereka sapu bersih.
Penggubal dasar tidak lagi bertanggungjawab untuk menjadi pemantau terhadap dasar yang di gubal oleh parti dan parlimen yang berkuasa. Malahan penggubal dasar yang berada di dalam kementerian-kementerian sebagai menteri berebut-rebut dengan rakyat untuk mendapatkan peluang perniagaan.
Tugas mereka untuk melihat dan mempastikan dasar yang di gubal terlaksana dengan baik oleh pelaksana (penjawat awam) sudah di lupakan dan sebaliknya mereka bersama-sama berkonspirasi dengan pelaksana untuk menjadi peniaga yang besar dan menggunakan sumber di kementerian masing-masing.
Orang Melayu memang tidak begitu bernasib baik kerana keadaan bangsa kita yang serba kekurangan dalam semua bidang ini. Kalau dasar ekonomi baru dulu di wujudkan untuk memberikan peluang kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi dan ‘equity participation’ sekarang ini orang Melayu terhimpit dengan saingan dari kerajaan sendiri.
Orang Melayu bukan sahaja terpaksa bersaing dengan rakan-rakan dari berbilang kaum, orang Melayu juga terpaksa bersaing dengan GLCs dan badan-badan dan institusi kerajaan sendiri. Semua GLCs, badan-badan berkanun termasuk perbadanan kemajuan ekonomi negeri-negeri semuanya bersaing dengan orang Melayu. Sekarang ini wujud pula apa yang di kenali sebagai Menteri Besar Incorperated (MBI) yang digunakan sepenuhnya oleh Menteri-Menteri Besar untuk bersaing dengan kontraktor Bumiputra dan MBI mendapat keuntungan yang tidak di audit oleh mana-mana pihak. Semuanya ini adalah alat-alat untuk membunuh peniaga bumiputra dan rakyat keseluruhannya.
Rakyat nampak semuanya ini tetapi mereka (MB-MB) tidak sensitif dengan perasaan rakyat khususnya orang Melayu. Sekarang sesiapa sahaja yang dilantik mengetuai MBI ini boleh menentukan berapa banyak pendapatan yang mereka mahu dalam setahun dan mereka bukannya bekerja untuk mempastikan keuntungan itu untuk di rasai oleh rakyat selain dari hanya memberi bantuan ad hoc kepada sesiapa yang dirasakan perlu mengikut cita dan rasa Menteri Besar terlibat.
Kalau UMNO benar-benar mahu melihat keadaan ini diperbetulkan dalam perhimpunan UMNO tidak beberapa hari lagi ini boleh di keluarkan isu ini secara terbuka. Tetapi saya tidak yakin perkara ini akan dilakukan kerana hampir kesemuanya dalam UMNO itu mempunyai kepentingan peribadi dan tidak akan berani berkata benar.
Perhimpunan itu hanya sekadar tempat pemimpin UMNO bercakap dan bertempik dengan diikuti dengan tepuk gemuruh dari perwakilan yang syok sendiri semata-mata. Akan ada pelawak-pelawak di kalangan perwakilan yang hampir keseluruhan ucapan mereka di saluti dengan lawak jenaka untuk hiburan perwakilan yang datang dari jauh. Lawak jenaka mereka akan di sambut oleh pemimpin di atas stage dan apabila Presiden sendiri ketawa seluruh perwakilan akan ketawa.
Dalam perhimpunan agong itu nanti akan kita lihat dan dengar Presiden UMNO bercakap dengan nada yang tinggi dan bersemangat seperti ucapan Presiden Sukarno, Indonesia pada tahun enam puluhan dahulu bagi menaikan semangat para perwakilan. Tetapi selepas perhimpunan itu ramai perwakilan akan melupakan hal perhimpunan kerana kebanyakan mereka akan berada outlet-outlet karaoke di sekitar Kuala Lumpur. Hasil dari perhimpunan itu adalah seperti kata-kata yang biasa kita dengar, ‘walhasil balik asal’.
Seperkara lagi yang saya hendak sebutkan di sini ialah khabarnya perhimpunan agong kali ini ialah perhimpunan kali yang ke 60. Saya hendak bertanya juga kenapa perhimpunan kali yang ke-60 sedangkan UMNO ini baru berusia 23 tahun. Bagaimana pula UMNO boleh menganjurkan perhimpunan yang ke 60?
Ini juga elok kita tanya Presiden UMNO dan tuntut jawapan dari beliau. Mungkin pemimpin UMNO pada hari ini terlupa sejarah partinya sendiri. Untuk peringatan pucuk pimpinan parti UMNO, usia UMNO yang ada pada hari hanyalah 23 tahun bukannya 60 tahun.Oleh kerana terlalu sangat tidak berkata benar, UMNO kini menjadi sebuah parti yang defensif dalam semua isu.
Mengikut perkiraan saya kali ini adalah kali yang ke 22 tahun sahaja. Kita mesti ingat semasa negara kita mencapai kemerdekaan UMNO sekarang tidak wujud lagi. UMNO sekarang lebih muda dari umur anak bongsu saya.
PAS lebih lama usianya dari UMNO. Begitu juga DAP. UMNO sekarang hanya tua sedikit dari parti Keadilan Rakyat yang di tubuhkan pada tahun 1998 dahulu, sepuluh tahun selepas penubuhan UMNO itu.
Saya sekadar ingin mengingatkan pucuk pimpina UMNO sahaja, tetapi kalau mereka masih mengatakan UMNO itu sudah berusia 6 dekad…itu lantak dialah. Bagi mereka yang tidak mahu di bohongi mereka tetap cekal dengan pendirian yang UMNO itu baru berusia 23 tahun.
AA,
ReplyDeleteKita kena akui hakikat yg UMNO sudah tamat tempoh hayatnya.
Kita lupakan zaman kegelapan bersama UMNO itu. Kita berhijrah. Nasin sabut timbul, nasib batu tenggelam.
UMNO, kamu berhimpunlah, melawaklah dan buat sesuka hati sebelum kamu diketepikan.
Ha..ha.
ReplyDeleteInilah orang Melayu.
Dalam kes-kes remeh PR seperti kes TBH, berjela-jela kuncu-kuncu orang UMNO yang otak dikaki pergi ke balai-balai polis buat aduan. Dalam kes PKFZ, Scorpene dan yang terbaru NFC, orang-orang ini tak pula berduyun-duyun buat laporan polis. Oh Melayu, bila nak sedar? Dah lama dah UMNO tipu Melayu. Masih tak sedar-sedar. Nasib kau lah Melayu!
Salam sejahtera Sdr. Aspan.
ReplyDeleteMalang bagi kepimpinan UMNO, esok 29 Nov. bermulanya Perhimpunan Tahunan UMNO yang terakhir bagi kebanyakan pemimpin tertinggi dan perwakilan UMNO, kerana disitulah mereka akan bergelak ketawa mendengar pelawak2 mereka mengasah bakat untuk TV3,cakap kosong dan terus menipu ahli2nya seluruh negara. Bagi pemimpin UMNO yang memancing untuk mendapat sokongan menjadi calon PRU 13 tak lama lagi, selamat berjuang kepada anda dan semoga anda tenggelam bersama UMNO yang sudah sampai masanya untuk dikuburkan.
Lawak dalam perhimpunan agung merupakan lawak yang boleh saingi Raja Lawak Astro.
ReplyDeleteKita tontoni empat hari lawak di PWTC
tuan,
ReplyDeletekat negeri melaka, ada satu company( anak syarikat kerajaan ler ). bila kontraktor nak buat kerja tanam paip atau kabel, kena buat bayaran ( wajib) pada syarikat tu. konon syarikat tu buat kerja mengesan kalau ada apa2 fasiliti kat bawah tanah. pada hal kontraktor boleh buat sendiri kerja2 tu. bayaran bukannya murah. kontraktor kenalah naikkan harga projek atau buat kerja lebih kurang nak cover balik bayaran tu. Salah sapa ek?
Salam tuan,
ReplyDeleteTidak teringin ke menyertai perhimpunan parti kita ini. Baik buruk parti kita ini, selagi masih didalam UMNO, kita kena berjuang dengan cara UMNO. Asas, arah serta wadah perjuangan mestilah jelas bak kristal. Harap wadah tuan pun mestilah jelas.
Hari ini adalah hari berkabung untuk rakyat yang cintakan demokrasi. Kerajaan pimpinan UMNO hari ini telah menoda demokrasi dengan meluluskann sebuah RUU zalim.
ReplyDeleteNajib dengan secara tak langsung telah mengundang padah buat dirinya dan UMNO/BN. Arab Spring yang ditakutinya sedang menular.
this have got nothing to do with race base, but more to self initiative. kalau nak buat, semuanya boleh, asalkan never gave up easily. there will always be the ups and down when doing business or whatever it may. kalau nak bergaya semasa buka business atau baru nak untung, then, sorrylah, tu namanya cari penyakit.
ReplyDeletekalaulah si "pemimpin" holding to power dapat melihat dari segi perpektif towards being color blind. am sure, malaysia could move forward further. sadly, everything point to satu "pihak", whereas, it make other malaysians become not wanted. when said satu "pihak" are less fortunate, it is incorrect. every ppl have that too. as said, "self initiative", nak buat or tak nak. wanna have better future, need to struggle for it. not just wait for something to drop from the sky.
still, the "pemimpin" need to get the right "formula" and "solution" for all, not just satu "pihak". one race is call... "humanbeing"!
this current gomen have totally screwed everything for their own selfish agenda. it is not about people, but more to their needs. hook by crook they must retain power, if not, all their "lobangs" will be known.
salam...
Pak Aspan,
ReplyDeleteDah baca kenyataan Ahmad Maslan yang terbaru? macam statement dari Klu Klux Klan.
UMNO masih menakutkan orang Melayu dengan isu kristianisasi DAP, isu `hung' parliment yang akan memusnahkan bangsa serta Kesultanan Melayu,
UMNO sudah pun menjahanamkan Malaysia dan terlalu banyak menipu orang Melayu.
kat Perhimpunan pun bukannya bersidang, lebih ramai melobi projek sambil makan minum kat lounge & coffee house.
UMNO dah merepek tahap serius...
Orang Miskin Mersing,
ReplyDeleteAhmad Maslan itu sahajalah yang UMNO ada untuk berhubung dengan orang ramai.
Itu sahaja kemampuan UMNO untuk mewujudkan kepimpinan.
Perlu kah saya komen tentang kenyataan Ahmad Maslan ini?
Saya rasa tak payah lah. Lebih baik duduk rumah layan cucu sahaja.