Muhyiddin Yassin semasa merasmikan perhimpunan 3 sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri semalam menggunakan isu sensitif yang tidak masuk akal semata-mata kerana desperate untuk mendapatkan sokongan orang Melayu yang tidak mungkin mahu bersatu lagi di bawah payung UMNO.
Ramai yang menghubungi saya bertanyakan kenapa Timbalan Presiden UMNO itu menunjukkan sangat rasa desperado beliau dengan membidas parti-parti lawan dan individu yang tidak sealiran dengan UMNO dengan tuduhan yang bukan-bukan.
Orang ramai tahu yang UMNO sedang desperate tetapi sebagai pemimpin besar kepada parti yang buat sementara ini masih memerintah, elok jangan tunjukkan rasa tertekan itu terang-terangan. Jika rakyat nampak serta membuat penilaian terhadap roh ucapan Muhyiddin itu ia tidak lari dari rasa desperate untuk terus berkuasa dan boleh dikira sebagai ucapan yang tidak setimpal dengan jawatan besar yang beliau pegang itu.
Apa yang dikatakan oleh Muhyiddin itu boleh dibaca dengan tepat. Kita boleh ‘menyelam air dalam tunggak’ tentang apa sebenarnya dirasakan oleh Timbalan Presiden UMNO itu. Agaknya sudah puas memendam rasa desperate itu, maka ianya terluah semasa ucapan perasmian pergerakan wanita, pemuda dan puteri semalam.
Isu yang paling besar ialah tuduhan beliau terhadap DAP yang beliau katakan tidak menghormati institusi raja-raja. Bila pula DAP menolak dan tidak menghormati institusi raja? Yang kita semua tahu UMNOlah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. DAP mengakui kedaulatan raja-raja kerana mereka tahu mereka perlu perlindungan raja-raja Melayu untuk keselamatan mereka.
Raja-Raja dihina oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang Muhyiddin menjadi ahli dan sekarang menjadi Timbalan Presidennya. Akhirnya, dipinda perlembagaan untuk menyekat kuasa Raja-Raja dalam banyak hal secara biadap dan tidak bertamadun. Saya ulangi, DYMM Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Jaafar difitnah kononnya telah menyewakan tanah baginda di Port Dickson untuk memelihara khinzir.
Kalau dahulu orang Melayu ibarat duduk di dalam peti besi yang mempunyai 9 kunci untuk mempertahankan bangsa kita itu tetapi semua 9 kunci itu telah dibuang dan orang Melayu terdedah dengan segala ancaman. Ini semua perbuatan pemimpin besar UMNO yang saya sudah malas untuk menyebut nama mereka. DAP tidak pernah menghina raja-raja Melayu. UMNOlah parti yang terbukti menghina raja-raja Melayu dan institusi raja itu.
Orang seperti saya masih hidup untuk melihat dan menjadi saksi terhadap segala kecelakaan yang dicipta UMNO yang baru ini. PAS tidak pernah menghina raja-raja Melayu seperti yang dilakukan oleh UMNO. Muhyiddin sepatutnya ada sedikit kesiluan untuk menuduh orang lain yang tidak menghormati raja-raja itu.
Jika dahulu mereka pernah hina raja-raja apa yang boleh menghalang mereka untuk menghina baginda raja-raja Melayu jika raja Melayu bertindak untuk membetulkan keadaan buruk ciptaan UMNO ini. UMNO berkemampuan untuk melakukan apa sahaja waimma menghina raja Melayu sendiri apabila berada di dalam kesempitan seperti yang pernah berlaku hampir 20 tahun dahulu.
Muhyiddin seterusnya menuduh DAP akan menubuhkan negara Republik dan ini merupakan satu tuduhan yang sangat gila. DAP telah menyatakan dengan jelas yang mereka tidak akan menjadi PM kerana mereka tahu mereka tidak boleh menungkah arus kerana orang Melayu merupakan rakyat majoriti dalam negara ini.
DAP juga telah jelas menyatakan bahawa parti itu tidak mungkin menghantar wakilnya menjadi PM kerana parti itu tidak mempunyai cukup kerusi jika menang semua kerusi yang ditandingi mereka. Kalau hendak mengira pun tidak tahu bagaimana rakyat hendak meningkatkan keyakinan terhadap kepimpinan kita khususnya terhadap Muhyiddin?
Dalam isu DAP ini Muhyiddin nyata bercakap bersalah-salahan dalam satu rangkap kata-katanya. Muhyiddin menyatakan bahawa DAP itu sebagai sebuah parti multi-racial yang didominasi oleh kaum Cina. Tetapi apabila DAP bergerak untuk meminta orang Melayu menyertainya orang-orang Melayu itu dianggap sebagai pengkhianat kepada negara pula.
Muhyiddin tidak langsung mahu mengaku bahawa pemimpin-pemimpin yang mencuri harta rakyat itu adalah pengkhianat negara yang sebenarnya. Apakah bezanya perasuah-perasuah dalam pimpinan UMNO itu dengan perompak Botak Chin yang dibunuh oleh polis dalam siri tembak-menembak dengannya pada pertengahan 80-an dahulu?
“Pembangkang itu anti Islam, dan tidak memperjuangkan Islam,” kata Muhyiddin. Jika itu kata beliau persoalannya adakah UMNO itu benar-benar memperjuangkan Islam seperti yang diwar-warkan? Jika benar UMNO itu memperjuangkan Islam kenapa rakyat mempunyai persepsi yang pemimpin UMNO kebanyakannya adalah pemimpin rasuah?
Adakah persepsi buruk ini ciptaan pembangkang? Bagaimana pembangkang hendak memfitnah pemimpin UMNO itu rasuah kalau tidak ada bukti yang jelas yang UMNO itu benar-benar rasuah? Kalau pemimpin parti itu rasuah, adakah layak parti itu dianggap sebagai parti yang memperjuangkan Islam? Bukankah rasuah dan UMNO itu seperti aur dengan tebing; saling menyandar di antara satu dengan lain. kalau tidak ada UMNO, rasuah tidak kekal dan kalau tidak ada rasuah, UMNO tidak kekal.
Rasuah berlaku di setiap peringkat dalam kerajaan BN, kenapa tidak malu untuk mengaku bahawa kerajaan BN itu memperjuangkan Islam? Takkanlah mengambil rasuah itu perjuangan Islam. Islam apa itu?
Saya ingin bertanya, adakah pemimpin utama negara yang menggunakan kuasa dengan mengambil lebih dari RM1 billion wang rakyat bagi menyelamatkan perniagaan anaknya yang kerugian besar? Islamkah itu? Berniaga apa itu?
Sebenarnya yang ramai dalam UMNO ini ialah orang Muslim tetapi Islamnya sudah pupus. Kalau di negara maju di barat, muslimnya tidak ramai tetapi Islamnya banyak. Seorang ahli kabinet Britain telah hilang jawatannya hanya kerana mempercepatkan proses memberikan permit pekerjaan kepada pembantu rumah kawannya.
Itu pun dianggap salah kerana di sana etika kepimpinannya amat tinggi seperti etika kepimpinan Islam yang tulen. Itu sebabnya saya katakan walaupun mereka bukan Muslim tetap nilai yang dipakai dalam kepimpinannya adalah nilai-nilai Islam. Itulah sebabnya saya selalu mengatakan bahawa di sini Muslimnya ramai Islamnya sudah hampir lupus sedangkan di sana Muslimnya kurang sangat tetapi Islamnya di mana-mana.
Ucapan Muhyiddin benar-benar menanamkan sifat benci-membenci di antara kita. Adakah itu tuntutan Islam yang dikatakan Muhyiddin sebagai perjuangan Islam UMNO? Sikap Muhyiddin ini bertepatan dengan perbilangan, ‘sayang bertompok-tompok, benci merata-rata’.
Apa yang diucapkan Muhyiddin itu menampakkan bahawa UMNO itu sebagai parti yang unislamic dan jauh sekali sebagai parti kebangsaan orang Melayu serta sebagai sebuah badan politik yang boleh menyatupadukan rakyat. Orang Melayu sendiri pun sudah tidak mahu lagi bernaung di bawahnya.
Apa yang UMNO mampu meningkatkan ialah gerombolan yang sentiasa terintai-intai peluang untuk mendapatkan keuntungan peribadi dan kekayaan keluarga dan kelompok mereka sendiri.
Hakikatnya UMNO sudah lama tiada. UMNO itu hanyalah tinggal sebagai satu bahan sejarah perjuangan orang Melayu. UMNO hanyalah satu nama…sama seperti nama-nama yang diberikan kepada jalan-jalan raya dengan nama-nama mereka yang sudah tiada lagi hidup di dunia ini lagi seperti Jalan P Ramlee, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Siamang Gagap, Jalan Burhanuddin Helmi, Jalan Loke Yew dan sebagainya.
Rakyat tahu yang parti UMNO ini hanyalah sebuah parti asing yang meminjam nama UMNO itu sahaja. Seperti seorang kawan saya, Haji Arshad, yang memberi nama anaknya Sudirman. Walaupun anaknya bernama Sudirman Haji Arshad, Sudirman ini tidak pandai menyanyi.
Haji Arshad ini menamakan anaknya Sudirman kerana minat beliau kepada Sudirman seorang penyanyi yang telah lama meninggalkan kita. Begitu jugalah UMNO ini. Ia hanya nama kepada parti yang telah mati lebih dari dua dekad yang lalu.
Itu sebabnya UMNO yang ada ini susah hendak difahami orang kerana hakikatnya ia adalah parti lain yang hendak berlagak seperti UMNO. Serba serbi tidak menjadi.
apa yang dihirankan pada ucapan my itu sebab pendengar2nya ialah lembu2 pawah yang kekenyangan dan malas dan terus dibodohkan!
ReplyDeleteAA, as usual, a truly masterpiece from you. Syabas!
ReplyDeleteSdara Aspan,
ReplyDeleteUMNO sebenarnya telah lama berubah kepada "United Mamak National Organization". Inilah dia UMNO Baru yang ditubuhkan olih Mahadeer.
Jadi Muhyideen tak patut anggap Organizasi ini adalah Organizasi Melayu Tulin.
BonJourno
ASPAN aspan KAU NI TAH HABIH HABIH NAK CARI SILAP ORANG AJE.kaU YG TERLALU PIKIAQN SGT MCM TU KAMI KAT BAWAH DAN ORANG2 KPG SETUJU DGN APA YG DI CAKAP. RATA2 ORANG YG TAK TAU POLITIK SETUJU...RAMAUI GAK TANYA NGAN SAYA PASAL UCAPAN TU TAPI MEREKA SEMUA POSITIF BUKAN MCM KAU aSPAN....TAK TAU LA KAU NI JENIS YG NAK TONJOL YG BURUK AJE...MMG SIFAT PEMBANGKANG.
ReplyDeleteSaya menonton ucapan Muhyiddin (bekas MB negeri kelahiran saya) semalam melalui Mobtv.my. Sampai ke peringkat dia sebut tentang DAP, PKR & PAS, selepas itu terus saya tukar ke bahan tontonan lain.
ReplyDeleteMenyampah menonton seorang yang dikatakan pemimpin berucap dengan nada begitu rupa. Tak ubah macam kumpulan White Power di Amerika! Jijik!
saudara Aspan,
ReplyDeleteMemang tepat saranan saudara mengenai ucapan yang rasis, yang tidak sepatutnya datang dari seorang TPM. Ini menggambarkan kurang telitinya seorang pemimpin dalam berfikir dan menganalisis keadaan dan kedudukannya sebagai seorang negarawan.
Saya lebih suka mendengar seorang pejuang kearah membangunkan nilai-nilai murni dikalangan pengikut-pengikut daripada menunjukkan sikap yang angkuh, sifat pembohong(memutar belit kebenaran),mempertahan kejahatan dan rasuah semuanya dalam satu ucapan rasmi.
Kita mesti menunjukkan sifat yang islamik dalam semua keadaan.Kita harus mempunyai pendirian bahawa mulianya bangsa melayu adalah kerana berpegang kepada islam. Tanpa islam melayu tak kemanapun.
Asal UMNO semuabetul,semua boleh dan yg lain semuanya bodoh macam lembu tapi mereka lupa ahli UMNO diperlembukan.ABU in the next election.
ReplyDeleteSaudara AA.
ReplyDeleteTim.Presiden UMNO/TPM Muhyiddin buat silap lagi, tidak habis-habis buat silap. Besar lagi silapnya berucap didepan perwakilan UMNO. Saya fikir ada orang sabotage dia kerana menyediakan ucapan itu mengutuk Pakatan Rakyat. Kasihan Tim. Presiden/TPM itu, dia tidak semak fakta yang dibacanya.
Kalau melihat video TV3 masa Tim. Presiden UMNO/TPM berucap, fokus kepada muka-muka perwakilan, mereka seperti tidak percaya apa yang boss no. 2 UMNO perkatakan. Apa yang mereka baca/tahu/dengar/bincang selama ini berkaitan penyelwengan UMNO/BN jauh terjerumus dan terhina dari apa yang Tim. Presiden gambarkan berkenaan parti Pakatan Rakyat.
Selamat tinggal UMNO/BN.
"...semua tahu UMNOlah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan..."
ReplyDeleteBukankah pemimpin UMNO sudah jelaskan bahawa Raja-Raja Melayu ditelanjangkan demi menjaga masa depan institusi itu sendiri...?
Yang lebih menghairankan, Raja-Raja Melayu sendiri sudah kembali taat setia kepada UMNO.
Orang Melayu khasnya sudah tak ada perlindungan. Mereka hanya ada satu undi ditangan masing-masing untuk cuba melindungi hak serta maruah mereka.
Muhyiddin hendak ambil isu rasis untuk memperkokohkan sokongan Melayu. Tetapi malangnya Melayu sudah beralih kepada PAS dan PKR serta DAP.
ReplyDeleteAkhirnya UMNO ini tak dapat semua. Undi cina hilang undi Melayu merosot.
Kesian jugak kat Muhyiddin ni ya? Pergi kelantan ajak PAS berundig, pergi kedah kata pula orang kedah dah buat kesilapan mengundi PAS.
Lidah berbelit-belit. macam biaw......
Muhyiddin hendak ambil isu rasis untuk memperkokohkan sokongan Melayu. Tetapi malangnya Melayu sudah beralih kepada PAS dan PKR serta DAP.
ReplyDeleteAkhirnya UMNO ini tak dapat semua. Undi cina hilang undi Melayu merosot.
Kesian jugak kat Muhyiddin ni ya? Pergi kelantan ajak PAS berundig, pergi kedah kata pula orang kedah dah buat kesilapan mengundi PAS.
Lidah berbelit-belit. macam biaw......
Kalau parti tu dah nak jatuh, pemimpinnya akan bercakap merepek di sana sini.
ReplyDeleteAA, itu biasa. Sementara itu kita sabar sajalah sementara menunggu parti itu jatuh tersungkur.
Dah jatuh nanti diamlah dia!!!!!
saya mengikuti, bersetuju dan menghormati pandangan Pak Aspan,
ReplyDeletecuma saya hairan kenapa:
1. umno parti Melayu tapi namanya United Malay National Organization?
2. umno melalak tentang Gaza dan Palestin tetapi kerajaan Malaysia berdagang dengan Israel, dan lebih memalukan dlm membincangkan isu ini di parlimen MP Bakri, seorang cina kafir Er Teck Hwa yg dihalau keluar parlimen kerana membawakan isu ini di parlimen?
AA,
ReplyDeleteSepertia biasa AA akan mengeluarkan perbilangan yang menyengat.
Kali ini sdr AA menatakan, 'rasuah dan UMNO itu ibarat aur dgn tebing, saling menyandar di antara satu dengan lain'.
Perbilangan ini adalah tepat dengan keadaan sebenar.
Syabaslah AA. Saya akan terus mengikuti oemikiran sdr.
saya suka membaca blog malaysia today dan tukar tiub.Di MT gantinama untuk TPM ialah moooohidin dan di TT malikul sembab. Memang bertepatan gelaran itu.
ReplyDeleteThe speech as expected was full of hatred.. it shows how racist and desperate UMNO is. Enough said!
ReplyDeleteAA,
ReplyDeleteMuhyiddin ini sekarang sudah off balance pemikirannya. Kenapa?
Katanya kalau Melayu masuk DAP Melayu itu adalah pengkhianat. Kalau Melayu menyertai DAP itu pengkhianat tentulah parti itu pengkhianat.
Kaklau gitu di haramkan sahaja parti itu.
Tetapi boleh kah Muhyiddin hapuskan parti itu kerana parti itu adalah parti yang sah.
Bodoh punya TPM. Lembah macam tanah paya aje
Perhimpunan UMNO dah jd medan utk mengutuk2 pembangkang.. Bknnya nak bercakap pasal parti depa yg nak mampoih tuh..
ReplyDeleteSdr Aspan,
ReplyDeleteSecara kebetulan saya menuntun petikan Shahrizat berucap di Persidangan Wanita UMNO dalam ruangan Beita Astro Awani. Dari demeanournya dan dari biji butir yang diluahkannya, seolah-olah dia kehilangan akal. Statusnya sebagai Ketua Wanita UMNO Kebangsaan langsung tidak terserlah. Dan seperti lain-lain pemimpin UMNO, dia juga kelihatan desperate.
Oleh kerana Ketua Wanita PKR mendesak dia (Shahrizat) meletak jawatan kerana skandal NFC, dia (Sharizat) juga mencabar Ketua Wanita PKR itu mendesak Dr Azizah letak jawatan kerana masalah Anwar. Masakan dia tidak tahu 'cicumstances' kedua-dua isu itu jauh berbeza seperti bumi dengan langit.
Shahrizat juga menuduh Rafizi yang membongkar skandal NFC sebagai durhaka kerana kononya kesempatan dan kejayaan Rafizi memperolihi pendidikan tinggi adalah hasil perjuangan ibu-ibu seperti Wanita UMNO. Di sini terserlah kedangkalan pemikirannya yang boleh disamakan dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang memaksa orang Melayu terus-menerus berterima kasih kepada parti itu. Mereka mesti masuk dan sokong UMNO. Kalau ada sebarang salah laku seperti skanadal NFC, diamkan sahaja. Inikah perjuangan sebenar UMNO?
Orang N9
Well said Pan...!!.. Malu aku nak admit yg dia ni org kampong aku jugak. Dia dah meroyan mcm acah sergah kera, org kampong dah kata porraaahh....!!!..
ReplyDeletePak AA, minta TPM beristighfar banyak-banyak. Berdosa mengumpat dan menghina orang keterlaluan . Akhirnya diri sendiri nampak lebih teruk daripada orang yang dihina umpat tu. Kecewa dan bosan . Persidangan dah jadi makin teruk. Kak Ijat macam meroyan cakap tak tentu hujung pangkal. Dia jadi pemimpin UMNO masa susah ..tapi masa bila dia senang, dia kongsi ke dengan wanita.
ReplyDeletePak Aspan,
ReplyDeleteKalau tak silap Botak Chin mati kena gantung kan?
Defense lawyer dia si Manjit Singh tu dapat sebentuk cincin berlian botak chin kasi sblm leher dia terjurai tu dulu..
PDRM tak jumpa target nak bunuh botak chin during shoot-out tu kat Bulatan Kpg Pandan sebaliknya si S.Kulaisingam(ASP-Rtd) yang kena debik berpuluh-puluh butir peluru sampai koma..
Ini cerita contoh macam UMNO la duk ttgh berjumpa org melayu besar-besaran tak tau motif perjumpaan tu, but sibuk cerita org lain tak elok.. Mana cerita nak menangkan UMNO/BN ek???..
Hehehe kelakau sungguh la umno
ni..
PS:nasib baik tak pernah sokong UMNO dari dedulu lagiiiii.. uiiishh
“Pembangkang itu anti Islam, dan tidak memperjuangkan Islam” kata Muhyiddin.
ReplyDeleteSejak zaman British orang Johor bercutikan hari Jumaat. Tapi bila anak Pak Haji Yassin ni jadi Menteri Besar Johor dulu dia tukar ke hari Ahad.
Siapa anti Islam?
Pak,
ReplyDeleteBeing a corrupt party full of corrupt people, UMNO cannot but use corruption in everything they do. What are race, religion and royalty to UMNO BUT currency to be use to bribe, blackmail and coerce!
That's why, in this latest PAU eating gathering, all Malaysian will ever hear is "How the Malays will be extinct if UMNO dies (the ever sought after RM100 race bank note frequently sent to an overseas bank account, most likely siphoned out from Petronas)", "Islam is being trampled if UMNO is weak (the religion RM1 coin -sekejap ada, sekejap takde not unlike the islamic faith in so many UMNO leaders)" and lastly "DAP and PAS is trying to dismantle the monarchy and create a republic (the last resort royalty/monarchy 1sen coin - use it when all the big notes and coin are spent and kick it aside when it is no longer useful)"!
The speech by DPM Muhyiddin is clear evidentce of how corrupt UMNO is. WE as Malaysian should not be angry at UMNO for their corrupt ways and lifestyle BUT we should and MUST be angry at ourselves for putting those corrupt people and their party in power and holding power for so long too. We are to blame for UMNO corruptness and we as Malaysian are the ones who should take responsibility for the blame by KICKING them down from power and turn them into ABU!
Nick.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteDalam perjumpaan tertutup dgn aktivis2 UMNO, Presiden dengan jelas melabelkan PRU kali ini sebagai 'Do or Die Mission'. Terpulanglan untuk kepimpinan PR dan juga aktivis2 nya samaada untuk memperlekeh atau bersiap siaga. Padangan saya, hati hati kerana Najib ini dalam perut lagi dah diajar silat politik.
nick,
ReplyDeleteUMNO leaders are saying things the reverse. They say that Malays will be extinct if UMNO ceases to be in power.
i believe the reverse. If UMNO continues keeping power in their hands the Malays will never progress and in the end Malays will extinct.
thanks
Unggal,
ReplyDeleteAre still there, in London and are you coming back to vote bro?
Ibni Ismail,
ReplyDeleteSesiapa pun, baik party BN atau PR rakyat yg menentukan segala-galanya dengan izin tuhan.
Kalau Najib banyak silatnya, silat itu tidak kemana jika dia selalu bersilat dengan rakyat.
Tidak ada silat yang boleh melawan arus bangkangan terhadap BN jika mereka mahu.
Ibni Ismail
ReplyDeleteYang saya nampak setakat ni silat najib silat jalan selamat atau play safe. Kalau dia cakap menjerit2 dan berdegar2 tu cuma bunga silat je. Saya tak percaya bapa dia ajar dia silat play safe tu.
nick
ReplyDelete"WE as Malaysian should not be angry at UMNO for their corrupt ways and lifestyle BUT we should and MUST be angry at ourselves for putting those corrupt people and their party in power and holding power for so long too. "
Walau pun kebanyakan rakyat sokong TDM diawal2 pemerintahannya, saya, sejak zaman TDM tidak mengundi BN
AA
ReplyDelete"Sebenarnya yang ramai dalam UMNO ini ialah orang Muslim tetapi Islamnya sudah pupus. Kalau di negara maju di barat, muslimnya tidak ramai tetapi Islamnya banyak. Seorang ahli kabinet Britain telah hilang jawatannya hanya kerana mempercepatkan proses memberikan permit pekerjaan kepada pembantu rumah kawannya."
Saya nak tambah.
Yang saya nampak, umat Islam yang akan kelihatan muncul memperjuangkan Islam di sekitar pertengahan kurun 21 ini nanti bukan di kalangan umat Islam di Negara2 Arab, di Utara Afrika, di Pakistan, di Iran, di India, di Malaysia, di Indonisia dan di Thailand, atau di kalngan parti2 politik di negara2 tersebut masing2 yang mempunyai dasar memperjuangkan Islam seperti UMNO dan PAS di Malaysia, tetapi di kalangan cerdik pandai dan usahawan umat Barat beragama Kristian dan Yahudi yang masuk Islam di Amerika, Australia, Canada, Eropah dan UK atas alasan seperti mahu mencari kebenaran, kebenaran al-Quran dan Sunnah, Islam agama yang serba lengkap, Islam agama logik dan Islam agama sains.
Wow hebat betul cara orang Melayu menganalisa pemikiran bangsa sendiri! sehingga tergamak melabel bangsa sendiri rasis!!. Apakah Agaknya sistem pendidikan yang mereka lalui menjadikan mereka sebegitu bijak dan bersih sehingga tidak mampu membaca apa yang tersirat dalam tindakan parti-parti DAP, PAS dan PKR! UMNO itu satu parti yang betul, kalau yang tak betul itu bangsanya! bangsa MELAYU! kau dan aku!. Orang Melayu kan dari dahulu lagi sudah boleh dibaca perangainya! Jangan ada diantara mereka yang kaya-kaya pasti difitnah dan disantaunya! Pedih betul hati orang Melayu melihat orang Melayu kaya, cepat benar mulutnya nak tuduh yang bukan-bukan!. Jadinya Melayu itu patut tinggal dipokok sahaja, buat rumah dari daun nipah sahaja, kemudian makan ramai-ramai, rumah rosak, gotong royong ramai-ramai,kenduri ramai-ramai, cari kutu ramai-ramai, mengata ramai-ramai, itulah Melayu. Melayu dilanda perubahan budaya dan dalam mana-mana bangsa pun perubahan budaya sering membawa natijah. Seperti yang melanda orang MElayu UMNO. Melayu UMNO bukannya malaikat, jadi memang ada terjadinya kesilapan! dan budaya perubahan serta natijah akan juga melanda mana-mana Melayu lain samada dalam PAS atau PKR! Jadinya jangan salahkan UMNO!. Perjuangan UMNO memang tersedia mencapai matlamat menjadikan negara MELAYU ini mampu moden, terkedepan dan maju, dan anak-anak bangsanya sudah menampakkan kemampuan daya saing! Janganlah salahkan UMNO kerana bangsa anda terperangkap dalam kejutan budaya ni! Lagi pun betulkah UMNO itu teruk atau orang PAS dan PKR, terliur kerana tidak berpeluang "makan sama"? ingat ini isu perangai bangsa, yang nyata adalah kelemahan orang Melayu! Kelemahan ini diambil kesempatan taukeh perut besar Cina untuk mendapatkan keuntungan! siapa yang beri rasuah kalau tidak orang yang berwang! tidakkah mampu orang MElayu berfikir dan menganalisa lebih jauh! Janganlah turut tokok tambah tohmahan bangsa lain bertujuan melingkupkan bangsa Melayu hanya kerana anda fikir anda bukan golongan Melayu "tersebut"! Cuba lihat disekeliling anda, kalaulah betul teruknya UMNO, tanya diri sendiri, kalau ada anak-anak yang belajar di menara gading, atau mengikuti apa jua kursus yang dijana kerajaan, pemikiran untuk menjayakan anak-anak anda datang dari mana? Janganlah menggigit jari yang menyuap makan kedalam mulut anda! belum tentu bangsa lain akan simpati dengan anda jika mereka berjaya memegang tampuk pemerintahan negara ini, Sekarang pun mereka sudah tersangat kurang ajar mempermainkan agama Islam dan orang Islam yg kurang pelajaran! Mereka tiada hormat langsung dengan orang MELAYU. Oleh itu berhati-hatilah! Dalam keadaan telan mati ibu, kunyah mati bapa aku masih memilih berpihak kepada ibuku, TANAH MELAYU!
ReplyDeleteMelayu sesama melayu nak menjatuhkan bangsa sendiri. Kalau rasa diri tu betul, betulkan dengan elok dan baik, bukan dengan demonstrasi jalanan, kutuk-mengutuk, memaki hamun, menyalahkan sebelah pihak tanpa mengambil kira fakta dan sejarah. Islam ke kalau nak memenangkan diri sendiri dengan menjatuhkan orang Islam lain dengan cara yang tidak elok? Kalau nak sangat mempraktikkan Islam kenapa tidak ikut cara Nabi Muhammad S.A.W beriman kepada Allah dan agama Islam??? Kita kena ingat, pemimpin yang salah harus ditegur dengan baik, bukan dengan maki-hamun, rampasan kuasa atau pembunuhan. Jika tidak mahu berubah kita doa kepada Allah supaya pemimpin itu berubah. Kalau tidak berubah Allah yang tentukan nasibnya. Oh ya.. untuk yang pandai-pandai disini... sekadar pesanan dari orang-orang yang mengetahui... Tiada dosa yang lebih besar kepada Allah S.W.T walaupun bunuh, rogol, mencuri atau derhaka kepada ibu-bapa melainkan meninggalkan SOLAT dengan sengaja. Kalau diri sendiri tak cukup solat tak payahlah nak perbetulkan sangat orang lain. Betulkan diri sendiri dulu. Wallahuaklam!!!!
ReplyDeleteAnon 15:22,
ReplyDeleteEveryone is entitled to hsi own opinion but non the less, your long and winding (not to mention tiring to read) rant is just that - empty and tiresome "ranting"! Easily broken and unable to hold anything except it's own weight and some "leafy and flowery" sentences! Keep believing that and maybe someday with more UMNO fans the likes of you, believing the same thing and keep living under the coconut shell, other more mature and not brain handicapped Malaysian would be able to change this country and save it from the likes of...never mind!
Nick.
Bapak Aspan.
ReplyDeletePandangan Bapak berkaitan anggota UMNO/Pertubohan UMNO, dan sekutunya tidak ketandusan, tepat pada masa dan zaman orang "Melayu UMNO" yang sudah lupa daratan terlanjur kata, perbuatan,amalan dan taksub mengejar kebendaan, kekayaan pengaruh dan pangkat, dan orang lain tidak penting/betul dan musuh mereka.
Syabas Bapak teruskan.
Cuba fikirkan dan buat perbandingan seperti berikut, dan pilih yang mana lebih kredibilitinya.
? Orang Melayu UMNO Islam.
? Orang Melayu UMNO mengamal Islam tulin.
? Orang Melayu UMNO Islam zalim,rasuah,munafik, hipokrat.
? Orang Melayu UMNO Islam tidak mengambil tahu persekitarannya.
? Orang Melayu UMNO Islam dan jahil.
Adakah kita boleh jumpa katogeri-katogeri "Orang Melayu UMNO Islam dalam senarai ahli UMNO" seperti senarai sekarang?
Yang paling hampir sekali kita boleh jumpa di PWTC dari 29 Nov.-4 Dis.2011.
Kalau kita boleh pilih disitu, mungkinkah kita ada pilihan untuk mengekalkan "Melayu UMNO Baru" yang sudah terlanjur sejak 23 tahun lalu?
Tok Pan,
ReplyDeleteBoleh tak tanyakan kat pemimpin UMNO, selain nak kutuk org lain ada tak kebaikan yg pernah dilakukan tanpa guna wang rakyat.
Sdr Anon 2011 15:22:00
ReplyDelete1. Sdr tahu apa itu perubahan nilai dalam diri manusia dan masyarakat dan mengapa ianya berlaku?
2. Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh DSNajib mempunyai elemen2 yang menolak pemikiran rasis,tetapi ucapan TSMuhyiddin semasa merasmikan perhimpunan 3 sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri kelmarin bercanggah dengan gagasan 1Malaysia bosnya. Apa komen sdr?
3. TDMahathir sebelum menjadi PM dan selepas berhenti jadi PM menuduh orang Cina itu dan ini yang bunyinya rasis. Tetapi mengapa semasa jadi PM selama 22 tahun beliau dikelilingi dengan taukey2 Cina?
4. Dari sudut konsep dan ciri pengurusan organisasi moden, trasformasi atau Islamnya hijrah membabitkan perubahan struktur organisasi, pegangan nilai dan sistem, dalam erti kata berubah daripada yang tidak baik kepada sesuatu yang baik atau daripada yang tidak Islamik kepada yang Islamik. Sebagai contoh, daripada kerajaan menawarkan projek/kontrak secara direct nego kepada open tender yang dituntut dalam Islam berdasarkan kontrak jual beli lelong Islam.Saya percaya inilah yang cuba dilakukan oleh DSNajib dalam pelan transformasi nasionalnya membabitkan bidang politik, ekonomi dan sosial, di mana dalam bidang politik ia membabitkan perubahan dalam struktur, nilai dan sistem pengurusan parti UMNO sendiri. Jika sdr rujuk kepada ucapan Muhyiddin berkenaan adakah ianya selaras dengan pelan trasformasi nasional DSNajib tersebut?
Sdr Anon 16:31
ReplyDelete"Tiada dosa yang lebih besar kepada Allah S.W.T walaupun bunuh, rogol, mencuri atau derhaka kepada ibu-bapa melainkan meninggalkan SOLAT dengan sengaja. Kalau diri sendiri tak cukup solat tak payahlah nak perbetulkan sangat orang lain. Betulkan diri sendiri dulu. Wallahuaklam!!!!"
Yang saya tahu tiada dosa yang lebih besar kepada Allah, dalam erti kata Allah tidak akan memberikan keampunan kepada yang melakukan dosa mengkufurkan Allah. Yang saya tahu juga meninggalkan sembahayang dengan segaja hukumnya ialah fasik atau istilah Melayunya dosa besar.
Muhyiddin Yassin bukan bodoh. Sebenarnya dia ingin memuaskan golongan "hardliner" dalaman Umno dan juga puak Perkasa.
ReplyDeleteHentikanlah perangai menilai orang lain! jaga rumah tangga kita baik-baik. InsyaAllah baik kesudahannya.
ReplyDeleteSdr Anon 16:31 & saji
ReplyDelete"Tiada dosa yang lebih besar kepada Allah S.W.T walaupun bunuh, rogol, mencuri atau derhaka kepada ibu-bapa melainkan meninggalkan SOLAT dengan sengaja. Kalau diri sendiri tak cukup solat tak payahlah nak perbetulkan sangat orang lain. Betulkan diri sendiri dulu. Wallahuaklam!!!!"
"Yang saya tahu tiada dosa yang lebih besar kepada Allah, dalam erti kata Allah tidak akan memberikan keampunan kepada yang melakukan dosa mengkufurkan Allah. Yang saya tahu juga meninggalkan sembahayang dengan segaja hukumnya ialah fasik atau istilah Melayunya dosa besar."
- saji..inilah legasi yg umno banggakan..
beza antara kufur dan fasik masih tidak tahu dibezakan..pandai pula menasihati org selok belok agama..
sy cadangkan anon diatas pergi belajar agama di masjid rumah anda...baru anda tahu apa yang dibawa pembangkang adalah selaras dengan islam..jgn hanya tahu mengutuk mengeji mengatakan PR menggunakan agama untuk politik...tapi sebenarnya adalah sebaliknya..
-anonimis-
"Anonymous said...
ReplyDeleteWow hebat betul cara orang Melayu menganalisa pemikiran bangsa sendiri! sehingga tergamak melabel bangsa sendiri rasis!!. Apakah Agaknya sistem pendidikan yang mereka lalui menjadikan mereka sebegitu bijak dan bersih sehingga tidak mampu membaca apa yang tersirat dalam tindakan parti-parti DAP, PAS dan PKR! UMNO itu satu parti yang betul, kalau yang tak betul itu bangsanya! bangsa MELAYU! kau dan aku!. Orang Melayu kan dari dahulu lagi sudah boleh dibaca perangainya! Jangan ada diantara mereka yang kaya-kaya pasti difitnah dan disantaunya! Pedih betul hati orang Melayu melihat orang Melayu kaya, cepat benar mulutnya nak tuduh yang bukan-bukan!. Jadinya Melayu itu patut tinggal dipokok sahaja, buat rumah dari daun nipah sahaja, kemudian makan ramai-ramai, rumah rosak, gotong royong ramai-ramai,kenduri ramai-ramai, cari kutu ramai-ramai, mengata ramai-ramai, itulah Melayu. Melayu dilanda perubahan budaya dan dalam mana-mana bangsa pun perubahan budaya sering membawa natijah. Seperti yang melanda orang MElayu UMNO. Melayu UMNO bukannya malaikat, jadi memang ada terjadinya kesilapan! dan budaya perubahan serta natijah akan juga melanda mana-mana Melayu lain samada dalam PAS atau PKR! Jadinya jangan salahkan UMNO!. Perjuangan UMNO memang tersedia mencapai matlamat menjadikan negara MELAYU ini mampu moden, terkedepan dan maju, dan anak-anak bangsanya sudah menampakkan kemampuan daya saing! Janganlah salahkan UMNO kerana bangsa anda terperangkap dalam kejutan budaya ni! Lagi pun betulkah UMNO itu teruk atau orang PAS dan PKR, terliur kerana tidak berpeluang "makan sama"? ingat ini isu perangai bangsa, yang nyata adalah kelemahan orang Melayu! Kelemahan ini diambil kesempatan taukeh perut besar Cina untuk mendapatkan keuntungan! siapa yang beri rasuah kalau tidak orang yang berwang! tidakkah mampu orang MElayu berfikir dan menganalisa lebih jauh! Janganlah turut tokok tambah tohmahan bangsa lain bertujuan melingkupkan bangsa Melayu hanya kerana anda fikir anda bukan golongan Melayu "tersebut"! Cuba lihat disekeliling anda, kalaulah betul teruknya UMNO, tanya diri sendiri, kalau ada anak-anak yang belajar di menara gading, atau mengikuti apa jua kursus yang dijana kerajaan, pemikiran untuk menjayakan anak-anak anda datang dari mana? Janganlah menggigit jari yang menyuap makan kedalam mulut anda! belum tentu bangsa lain akan simpati dengan anda jika mereka berjaya memegang tampuk pemerintahan negara ini, Sekarang pun mereka sudah tersangat kurang ajar mempermainkan agama Islam dan orang Islam yg kurang pelajaran! Mereka tiada hormat langsung dengan orang MELAYU. Oleh itu berhati-hatilah! Dalam keadaan telan mati ibu, kunyah mati bapa aku masih memilih berpihak kepada ibuku, TANAH MELAYU! "
---> Saudara, yang rosakkan UMNO adalah golongan Mamak! Orang Melayu bijak pandai. Kami bukan macam Mamak yang membanjiri UMNO lalu menidakkan sejarah keturunan mereka sendiri demi kepentingan ekonomi dan kroni!
lari tajuk sikit...
ReplyDeletenak tanya kenapa umno tidak benarkan pihak pas terutama ulama2 keluar dalam tv.
untuk mengajar tentang agama islam!sedangkan pemeritahan islam adalah mengutamakan ajaran islam..?
kenapa pula asyik2 umno?
boleh dikatakan semua ustak yg keluar tv adalah ustaz2 umno...
adakah pas itu hina dari pandangan pihak2 umno..
sedangkan pihak pas atau ulama pas itu mengajar erti kebenaran dalam islam..
sebagai contoh
1jika ulama pas mengatakan wanita melayu islam wajib memakai tudung.dan hukumnya haram dan berdosa jika tidak memakai tudung adakah itu satu paksaan atau tuntutan agama atau pun salah?
seperti kita lihat jika pemimpin tunjuk contoh tak baik jadi layak kah ia menjadi pemimpin islam terutama negara islam?
adakah ucapan sebegini salah?dan tak boleh disiarkan dalam tv!
kecuali berita2 yang buruk dalam pas dan ulama selalu ada dalam tv.....adakah itu adil?
sedangkan yang buruk dalam umno tidak keluar tv pun..yang bagus2 dalam umno selalu keluar tv.boleh dikatakan hari2.kalau pas sebulan sekali belum tentu ada btul tak!
yang umno pula asyik2 sebut tentang pembanguna!pembangunan!dah tak der kerja lain untuk buat.sebab itu la dunia sekarang sudah terbalik.buat bagunan sanasini...hutan yg indah ditebang.apakah itu ajaran islam?
bukankah islam mengajar kita bersyukur dgn apa yg ada..jgn memusnahkan alam semesta..haiwan pun mahu hidup macam kita...
lu pikir la sendiri!!!
saudara aspan,selepas membaca tulisan anda,saya rasa terpanggil untuk meninggalkan komen.saya seperti biasa memang tak berminat utk menonton perhimpunan UMNO yg disiarkan di tv setiap hari.tetapi hari ini selepas saya pulang dari kerja,makcik saya yang berusia lebih daripada separuh abad yang menonton memberitahu kepada saya betapa dia benci melihat dan mendengar ucapan orang UMNO yang dilabelkannya sebagai jahat dan memalukan.katanya bagaimana nak jadi pemimpin jika kerjanya mengutuk orang dan bermulut jahat.makcik saya yang dah tua tu pun tau buat penilaian tanpa dipengaruhi sesiapa kerana dia bukanlah penyokong mana-mana parti politik.kasihan betul kerana ucapan2 melampau tu keluar daripada mulut pemimpin2 negara.
ReplyDeleteCuba lihat disekeliling anda, kalaulah betul teruknya UMNO, tanya diri sendiri, kalau ada anak-anak yang belajar di menara gading, atau mengikuti apa jua kursus yang dijana kerajaan, pemikiran untuk menjayakan anak-anak anda datang dari mana? Janganlah menggigit jari yang menyuap makan kedalam mulut anda! belum tentu bangsa lain akan simpati dengan anda jika mereka berjaya memegang tampuk pemerintahan negara ini, Sekarang pun mereka sudah tersangat kurang ajar mempermainkan agama Islam dan orang Islam yg kurang pelajaran! Mereka tiada hormat langsung dengan orang MELAYU. Oleh itu berhati-hatilah! Dalam keadaan telan mati ibu, kunyah mati bapa aku masih memilih berpihak kepada ibuku, TANAH MELAYU! "
ReplyDeleteWAHAI HAMBA ALLAH KAT ATAS TU....
MAKSUD ANDA SIAPA YG MEMPERMAINKAN AGAMA ISLAM???PAS ATAU UMNO?
KALAU JAWAPAN SAUDARA MENGATAKAN PAS...ITU SALAH !!!
ADAKAH PEMIMPIN DI KAWASAN ANDA SELALU MENGAJAR AGAMA SETIAP HARI ATAU HARI JUMAAT?BERAPA KALI ANDA PERGI MENDENGAR?
BERAPA KALI PEMIMPIN ANDA MENGAJAR ERTI HALAL HARAM?
BERAPA KALI PEMIMPIN ANDA MEMBACA AL-QURAN..
KALAU NAK JADI PEMIMPIN PENUH KAN DULU DIDADA ILMU TENTANG ISLAM..BACA DULU ALQURAN DAN MENGERTI ISI PERUT AL-QURAN ITU...BILA BAGI CERAMAH BARU ORANG TAHU WOW!!PEMIMPIN KITA ADALAH SEORANG ULAMA..USTAZ..SEORANG YG BERILMU TINGGI..NIE TAK ISTERI X PAKAI TUDUNG PUN X MARAH.LEPAS TU JADI LA IKUT-IKUTAN PADA RAKYAT..DAN PENGIKUTNYA(UMNO).
ADAKAH ITU TIDAK MENHINA ISLAM?
KALAU NAK CAKAP SESUATU PANDANG2LAH DUA BELAH MATA.JAGAN SEBELAH MATA TENGOK PEMBANGKAN SEBELAH LG UNTUK UMNO TAPI TUTUP RAPAT2...
YG JELAS ANDA ADALAH GOLONGAN YG MINAT AKAN KEMUSNAHAN AGAMA DAN RAKYAT!!!!
MAAF!!!UMNO X MUNKIN SAYA PALANG..
Buang masa saja PAO.
ReplyDeleteTiap2 tahun kandungannya sama sahaja.
Lebih baik play back last year punya recording.
Akal sekelumit nak kutuk sana sini. Anon 4 Dec 6:24"00. Isu yg ditekan ialah kelemahan bangsa Melayu untuk berfikir dengan baik dan mampu pandang lebih jauh. Bukan soal PAS salah atau UMNO salah!Ukuran dan nilai hidup konon berpandukan Islam! Dia sahaja yg lebih Islam! Orang lain tidak Islam! Itulah petanda dilemma MElayu orang macam kau. Penilaian hanya Allah yang buat, bukan Lebai sangkut yang konon lebih Islam dari orang lain! Apa kurang didikan anak orang Melayu yg duhantar ke sekolah sekolah agama tapi membesar jadi mat rempit, mat dadah, mat pemalas, mat HIV! Apa kurang isteri-isteri hyg bertudung litup tetapi mulut busuk kaki gosip, main main jantan, apa kurang gadis gadis bertudung litup tapi berzina, tutup atas buka bawah! Janganlah persoal iman orang lain, sedangkan diri sendiri pun penuh emosi dan lakunan! MELAYU, MElayu! akalnya sekelumit!
ReplyDeleteyg kau emosi sangat tu kenapa?haha...
ReplyDeletemesti calon2 umno haha...
ya memang aku islam!kenapa?
aku bercakap pasal islam dan tuntutan agama islam.jadi kenapa?
aku tidak mengutuk sesiapa...cuma bagi tahu..tak nak dgr sudah...!
aku tidak nilai sesiapa pun!!ada aku sebut nama?
itu la melayu!orang nasihat tentang kebenaran.tidak mahu dgr!
yg dengar hanya lagu,2!
aku tidak paksa sesiapa untuk undi apa-apa.
aku tidak cakap pasal dia tidak islam!ada aku cakap?
yg dilanada dilema tu engkau la..itu la kalau terlebih pandai...
orang cakap yg baik.x nak dgr...
kau nak palang apa pun terserah engkau..
nak pilih apa pun terserah!!!..
.
yang kau sebut pasal bertudung/berzina,
apa kurang gadis gadis bertudung litup tapi berzina, tutup atas buka bawah!
(itu dia punya pasal.dia dgn allah!!!)
kalau engkau tengok dia berzina adakah kau tengok saja?
mesti kau melarangkan....(sama sepeti aku)
itu ertinya kurang didikan agama..
kurang agama bukan brmaksud tidak beragama...
dan aku tidak mengadili sesiapa...sebagai orang islam wajib kita menegur..
jika kita tahu itu salah....ini salah...
dan sebagai pemimpin !
salah ker mengatakan yang wanita melayu islam wajib memakai tudung di malaysia
jika kau angap itu satu hinaan itu salah
setiap manusia tidak layak untuk mengatakn sesiapa didunia ini hina.
kecuali allah..
aku tidak persoalkan keimanan sesiapa....lantak la nak buat apa..
satu teguran yg baik di angap persoalan !
satu lg aku bagi balik kau punya
akal sekelumit,
ada akal tapi berjuntai dalam longkang...
setinggi mana anda..sekayamana anda.sekuat mana andai
pasti kekubur juga....
pas pilihan ku
tidak suruh sesiapa undi ye!!!kan lain pulak pemikiran
akal sekelumit