Beberapa orang rakan meminta saya membuat sedikit komen tentang apa yang berlaku dalam PAS yang berkait dengan isu Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa. Saya pula berpendapat itu adalah isu dalaman PAS dan Nasharudin telah pun menyatakan bahawa beliau akan terus setia dengan PAS. Tetapi mereka mahukan komen pendek saya tentang Hasan Ali, Exco kerajaan Selangor yang menyatakan bahawa PAS telah menyimpang daripada perjuangan asalnya.
Oleh kerana PAS bukan parti saya maka saya tidak dapat memberikan komen yang tepat kerana saya tidak pernah berada di dalam parti itu. Oleh kerana tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam parti itu saya tidak mampu untuk memberikan komen. Saya mungkin boleh memberikan sedikit sahaja komen mengikut apa yang saya nampak dan dengar dan komen saya hanyalah berdasarkan kepada ‘apa yang terbit, itulah yang saya tuai’.
Saya telah mendengar tentang Hasan Ali ini sejak beberapa lama dahulu. Beliau begitu resah berada dalam PAS kerana beliau telah dijadikan umpan oleh pihak yang berseteru dengan PAS agar PAS menjadi lemah. Beliau adalah orang yang kuat untuk menemukan PAS dengan UMNO untuk penyatuan orang Melayu Islam tetapi usaha beliau itu tidak pergi ke mana-mana kerana keseluruhan ahli PAS telah memberikan 'stand' yang tegas melalui muktamar parti itu yang bekerjasama dengan UMNO itu tidak berhasil.
Hasan dikatakan agak 'obsess' dengan usaha menyatukan UMNO dengan PAS dan keputusan PAS tidak melayani cadangan UMNO untuk PAS bersatu dengannya. Ramai berpendapat kecenderungan Hasan untuk mendapat keuntungan peribadi beliau merupakan penyebab mengapa beliau mengambil stand ‘middle left’ dalam perhubungan di antara PAS dengan UMNO. Keuntungan yang dirasakan akan diperolehi oleh beliau jika PAS bekerjasama dengan UMNO ialah jawatan yang baik seperti MB dan lain-lain, lebih baik daripada apa yang beliau sandang sekarang ini.
Bagi pendapat saya secara peribadi, Hasan patut meninggalkan sahaja PAS dan tidak berdolak-dalik dengan susunan kata-kata yang mudah dibaca orang. Bak kata perbilangan, ramai boleh 'menyelam air dalam tunggak' Hasan itu. Hasan mesti faham dalam keadaan sekarang hanya ada dua posisi yang diambil oleh individu yang bermain politik; iaitu duduk di sana atau duduk di sini. Politik hari ini memerlukan pendirian yang jelas kerana bagi pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan kepimpinan negara, mereka tidak mahu berketuakan mereka yang tidak di sini dan tidak di sana.
Bagi pihak yang menentang arus mereka mahu melihat pemimpin yang jelas mahu melihat pimpinan hari ini diambil alih oleh pihak alternatif. Sebaliknya, bagi mereka yang mahu mempertahankan pimpinan yang ada mereka perlu jelas duduk di sebelah pihak yang mempertahankan pimpinan itu dengan jelas dan nyata. Mereka yang cuba bermain politik mengikut jalan tengah pada masa ini pasti akan menghadapi masalah besar.
Alasan Hasan kenapa beliau tidak begitu sejalan dengan PAS ialah kerana PAS sudah jauh menyimpang daripada perjuangan Islam kerana telah menumpukan perjuangan untuk negara berkebajikan. Dalam persoalan ini Hasan patut menjawab jika benar beliau sudah dilamar oleh UMNO, adakah alasan yang disebut beliau itu relevan? Jika Hasan menyertai UMNO adakah beliau benar-benar percaya bahawa UMNO itu adalah parti Islam yang dicari-cari oleh Hasan? Soalan kepada Hasan lagi, adakah perjuangan untuk negara berkebajikan itu bukannya perjuangan Islam?
Sebenarnya Hasan Ali adalah seorang yang sangat tinggi cita-citanya. Beliau pun menilai dirinya begitu penting yang mempunyai ‘consequence’ yang begitu besar di dalam negara ini.
Jika seseorang yang memeriksa kertas peperiksaan sendiri selalunya markahnya akan menjadi tinggi. Itulah sebabnya jika kita menduduki peperiksaan kertas jawapan peperiksaan yang kita duduki itu diperiksa oleh pihak lain yang mempunyai kredibiliti dan ilmu yang lebih tinggi daripada kita yang menduduki peperiksaan itu.
Hasan Ali pada pandangan saya yang tidak pun ahli kepada PAS, elok beliau lakukan sesuatu yang baik untuk dirinya, kerana sekarang ini nampaknya beliau 'datang tak dipanggil, perginya pun tak dihalau'.
Kalau semasa datang ke PAS dahulu nampak mukanya, sekarang jika beliau meninggalkan PAS, biarlah nampak belakangnya.
As Salam..
ReplyDeleteSetuju sgt komen tuan... Kalau nak blah tu blah jer... Dia nak buat style Zul... Kalau dia bole sgt mengislamkan Umno tu, masuk jer... Nak tunggu orang pecat la tu...I don't even his standing nowadays.. Suka sgt sgt show up dlm media Umno (dah lama dah). Panggil meeting pun tak dtg...
Pak Aspan.
ReplyDeleteIstilah "ideologi" pada asalnya merujuk kepada fikiran atau niat disebalik tindakan. Apakah niat saudara Hassan ini. Harapnya jika diakhir nanti upaya dia meyakinkan UMNO supaya kembali kepada ISlam maka saya nyanyikan kepadanya lagu Anwar Ibrahim. Akhirnya tentulah sama... sedangkan saudara Anwar itu jauh lebih karisma dan berpengikut daripada saudara Hassan.
tuan AA,
ReplyDeleteSaya tertarik dengan pendapat tuan bagi seseorang untuk menyatakan pendirian jelas dalam parti. Pada hemat saya, seperti tuan AA (mungkin TRH juga), DHA menunggu masa yang sesuai untuk mengisytiharkan pendirian beliau.
Hasan Ali tu nak main wheeler dealer, tapi tak menjadi
ReplyDeletePak,
ReplyDeleteHassan ali is just another "rent seeker" who is now actively looking for a new host that he can leech onto to survive (on second thought the word "survive" is too kind to be used on him, it will be more suitable to use "profit and be well off" or in malay "kenyang sampai kembung perut"). Anything more written about him will just be playing into his narcissistic ego and more to the point "useless" (pointless will be redundant but what else can we call someone who makes a living "motivating" people apart from pointless!) . So I would suggest that we ignore this "saliva businessman" just like we dismiss the lies and senile dribble coming from TDM. Hassan Ali doesn't deserve a minute of our attention and that in itself is too kind a treatment for a leech and a trojan horse!
Nick.
Pak Aspan & para pembaca. Apalah istimewanya Sdra Hasan Ali @ Tengku Mat Korner ini. Agaknya dia begitu tersilau dengan ucapan Muhidin Yasin yang diselitakan dengan dua ayat-ayat terakhir Surah Albakarah. Aduh-aduh kasihan dia. Para perjuang Pas solatkan hajat saja untuk si HA ini.
ReplyDeleteSaudara AA
ReplyDeleteApabila DHA menyertai PAS, sebenarnya dia berkahwin politik saje . Hasratnya , majority dalam PAS ikut kepala dia. Tapi segalanya tak menjadi seperti yang dirancang. Bila nak bercerai, mulalah cari pasal, itu tak betul, ini tak betul, dia yang paling betul. Ditakdirkan kalau jadi bercerai nanti, harap harap dia tak gila talak pulak.
Bahasa yang cantik tuan..jelas dan senang faham..sini atau sana...
ReplyDeleteTuan Aspan,
ReplyDeletePada pemikiran saya, Hassan Ali tidak akan keluar dari PAS. Beliau sedang menguji sejauhmana PAS mengamalkan kebebasan bersuara dalam amalan demokrasi seperti yang kepimpinan Pakatan Rakyat janjikan. Rakyat sedang melihat pengamalan kebebasan bersuara dalam Pakatan Rakyat dibandingkan dengan yg diamalkan oleh BN. Apakah Hassan Ali, Nasharudin, P Ramasamy, Nik Abduh, Saari Sungib akan di hukum atau dilepaskan selaras dengan perakuan kebebasan bersuara atau menerima nasib seperti Zulkifli Nordin.. Kita tunggu dan lihat.
Seperti salah seorang pengomen sebelum ini, saya juga rasa mungkin Hassan Ali juga berpendirian seperti tuan. Sedang menunggu masa yang sesuai untuk berhijrah atau mungkin Hassan Ali juga seperti tuan yang berhasrat sedang mendidik parti masing masing. Saya sarankan tuan menghormati pendirian Hassan Ali sebagaimana saya sebagai ahli UMNO menghormati pandangan kritikal tuan yang juga ahli UMNO.
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteUmno baru telah menemui "senjata baru " percaya la dalam masa dua tiga bulan ni senjata baru akan digunakan untuk memecahbelahkan PAS dan PR.Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya....
Tuan Aspan Alias,
ReplyDeleteTepat sekali ulasan tuan mengenai sa-ekor manusia yang tak pandai malu, muka dah lah macam sial, perangai terus menyitan.
Ahli UMNO pun bukan, PAS pun bukan, dia ini sudah terjangkit penyakit katak Ibrahim Ali yang telah menyepi dan menghilang begitu lama, sejak kebelakangan ini.
Nak berteka teki konon, walhal jawapan nya, budak ingusan pun tahu. Hassan dengan Phd nya itu tak kemana-mana diwaktu ini pun tak ada orang pandang pun dia, yang bertempik ka hulu ka hilir dengan perangai bodoh dia itu.
Ingat Najib dan Mahathir pandang sangatkah dia tu. Banyak lagi ahli UMNO yang berkemampuan dan bijak daripada si bahalol Hassan ini.
Padan lah tu, dia berdua sama berbapakan Ali, perangai pun sama, nanti habis PRU 13, bergabunglah anak Ali berdua ini dalam kubang katak mereka. Kita tengook je nanti, betul atau tidak......
An advice to hassan ali..if u cant beat them join them..
ReplyDeleteHassan Ali, just pack your bag and leave.PAS is better without you.
ReplyDeleteHasan ni tak paham team work, dia ni asyik de pendirian sendiri, baik mula 1 parti sendiri, Parti Hasan Bersatu (PHB)! Pasti hancur berkecai (PHB)!
ReplyDeleteHis intention is very clear to make a PR party to fight each other.
ReplyDeleteCan you guys noticed that why he need to be the middle man to ask PAS to join Umno? And Umno is not going to implement the huduh Law, right!
Very contracdict approach by this Hassan and the intention is clear.
pada pertengahan tahun1990an saya telah menghantar anaka saya ke summer camp hassan ali di hulu langat.sejak itu saya tak mempercayai beliau lagi.
ReplyDelete>pada pertengahan tahun1990an saya telah menghantar anaka saya ke summer camp hassan ali di hulu langat.sejak itu saya tak mempercayai beliau lagi<
ReplyDeleteSaya pun sama. Cakap tak serupa bikin. Menyesal hantar anak ke situ.
Saudara Aspan,
ReplyDelete"Jika seseorang yang memeriksa kertas peperiksaan sendiri selalunya markahnya akan menjadi tinggi. Itu lah sebabnya jika kita menduduki peperiksaan kertas jawapan peperiksaan yang kita duduki itu diperiksa oleh pihak lain yang mempunyai kredibiliti dan ilmu yang lebih tinggi dari kita yang menduduki peperiksaan itu."
Suatu komen yang tepat bagi seseorang yang luar dari PAS dan juga PAS.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteTahniah dan terima kasih kerana masih berani mencetuskan idea kebenaran meskipun akan kelihatan janggal pada pandangan sesetengah pihak, khasnya mereka yang sering berselindung di sebalik ulama' (UMNO) ketika terdesak sebagaimana Fir'aun memohon Nabi Musa AS mendoakan kesejahteraan Mesir kembali setelah ditimpa encana gara-gara keangkuhannya. Malah, si bongkak itu berjanji, sekiranya Mesir selamat semula, dia akan beriman dan akan membenarkan Nabi Musa AS memimpin Bani Israel. Namun, setelah itu, tentu boleh faham ceritanya, kan? Justeru, saya bersetuju benar dengan pandangan saudara, bahawa, dalam perjuangan, tiada istilah "berkecuali" atau "berada di tengah-tengah". Dan, sekadar yang boleh saya katakan, itulah sememangnya lumrah hidup; kalau benar-benar difahami, kita sebagai makhluq-Nya, hanya ada dua pilihan, daripada perkara seremeh lapar atau kenyang, hinggalah kepada agenda serumit hidup atau mati.
Justeru, secara jujur, saya berpendapat, sememangnya niat Al-Fadhil Dr, Hasan Ali, sungguh murni, hendak menyatukan kembali masyarakat Melayu Islam kita. Namun begitu, hakikatnya, UMNO, maaflah, kalau saya simpulkan, memang tak mampu berbuat demikian sejak pra-merdeka lagi. Sebab itulah, munculnya golongan ulama' yang menganggotai parti ketika itu terpaksa keluar dan menubuhkan gerakannya sendiri yang dikenali sebagai PAS (Parti Islam Semalaya/Malaysia. Bayangkan, ketika pra-merdeka pun, UMNO terpaksa tunduk kepada British demi memerdekakan Malaya, apatah lagi yang ada sekarang? OK, kita faham, barangkali ketika itu, ia suatu jalan pintas untuk mendapatkan kemerdekaan. Tetapi, ke mana akhirnya Islam setelah itu? Hanya sekadar jadi agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu, kemudian berterusan dengan dasar "pecan & perintah"? Juga, dengan pengamalan dan penghayatannya yang bermusim aja? Bayangkan, sehingga kini, kalau penganut agama lain memeluk Islam, kami akan dicap sebagai "masuk Melayu" oleh ahli keluarga kami. Dengan keadaan sebegitu aja pun, sejauh manakah UMNO telah berperanan dalam BN? Malah, terus-terang tanpa bersuluh saya nak nyatakan di sini, semakin lama UMNO&BN berkuasa, semakin parah masyarakat jadinya!
Justeru, saya berpendapat, tidaklah salah jika beliau menyokong kerajaan sekadarnya sahaja dan janganlah kerana sedikit perbezaan pandangan, kita membuka ruang musuh menikam curi sebagaimana yang terjadi kepada tentera Islam di medan Uhud gara-gara terpesona dengan harta rampasan perang yang berlambak di kaki bukit. Bukanlah saya bermaksud menggunakan fakta sejarah ini untuk mengecam Ustadz secara peribadi atau hendak menunjukkan rasa tak puas hati, seterusnya menjadi penyokong tegar satu pihak semata-mata. Apa yang saya kongsikan ini sekadar pandangan saya sebagai seorang yang masih cetek ilmu ini, namun berasa bimbang sangat akan keruntuhan demi kemusnahan mercu bangunan yang telah tersergam selama ini. Ya, dari satu segi, bangunan itu kelihatan usang dan nampak cacat celanya, namun, yakinlah, masih ada ruang untuk diperbaiki, malah kalau perlu, diganti, seterusnya dicat dan dihias baru agar dengannya kita benar-benar dijamin selamat. Bukan sekadar selamat tidak dirompak curi di dunia, lebih-lebih lagi, selamat daripada disoal-siasat imigresen di sana yang begitu lengkap CCTV-nya setiap mili-saat.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi atas keizinan berkongsi pandangan untuk sekian kali; sedarilah, saya juga masih belajar dan akan mungkin tersalah silap di mana-mana. Justeru, jutaan ampun maaf atas kealpaan itu dan tapislah untuk kemurnian blog saudara. Terima kasih.
Saya masih lagi terindu ungkapan dari seorang brother ni tadi, so khas untuk hasan ali .... halusi la .....
ReplyDeleteTuan Aspan Alias,
Tepat sekali ulasan tuan mengenai sa-ekor manusia yang tak pandai malu, muka dah lah macam sial, perangai terus menyitan.
Ahli UMNO pun bukan, PAS pun bukan, dia ini sudah terjangkit penyakit katak Ibrahim Ali yang telah menyepi dan menghilang begitu lama, sejak kebelakangan ini.
Nak berteka teki konon, walhal jawapan nya, budak ingusan pun tahu. Hassan dengan Phd nya itu tak kemana-mana diwaktu ini pun tak ada orang pandang pun dia, yang bertempik ka hulu ka hilir dengan perangai bodoh dia itu.
Ingat Najib dan Mahathir pandang sangatkah dia tu. Banyak lagi ahli UMNO yang berkemampuan dan bijak daripada si bahalol Hassan ini.
Padan lah tu, dia berdua sama berbapakan Ali, perangai pun sama, nanti habis PRU 13, bergabunglah anak Ali berdua ini dalam kubang katak mereka. Kita tengook je nanti, betul atau tidak......
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteTerima kasih sekali lagi di atas penyiaran ulasan saya sebentar tadi. Sekadar tambahan info: Kisah Fir'aun mengendeng meminta tolong kepada Nabi Musa AS ada tercatat pada Surah Al-A'raf (J9/30,s7/114), bermula daripada ayat 130 sehingga 137, kalau tak silap saya, yang mana pada perenggan dan aat-ayat sebelum itu, telah menceritakan kehebatan mu'jizat melawan sihir. Justeru kedegilan dan kebongkakan si la'natullah ini, Mesir akhirnya ditimpakan pelbagai macam bencana; kalian boleh rujuk sirah perjuangan Nabi Musa AS serta kitab-kitab tafsir Al-Quran.
Oleh itu, sekali lagi, saya berpendapat, seandainya terdapat perbezaan pandangan, eloklah diselesaikan secara muafakat dalam jemaah sendiri, ibarat rahsia sulit pejabat, syarikat, apatah lagi, keluarga agar tidak menimbulkan fitnah. Kalau kalan lihat artikel-artikel terkini HarakahDaily, TG Nik Aziz juga ada mengingatkan perkara itu, sekaligus, bukan menghalang ahli dan kepimpinan jemaah melahirkan komentar tentang sesuatu isu atau dasar yang kurang jelas. Malah, sejarah daulah-daulah Islamiah silam sememangnya mengamalkan konsep "negara berkebajikan"; cuma tidaklah disebutkan secara harfiah (menerusi perkataan/huruf yang jelas dibaca). Tak percaya? Lihat sahaja, tak payah cakap banyak, asnaf (golongan penerima zakat): dua golongan utama ialah faqir dan miskin, disusuli golongan-golongan lain menurut status masing-masing, termasuk saudara-saudara baru (muallaf). Dengan itu, adakah ianya diamalkan dalam konsep "welfare state" yang dijana kapitalis barat yang kononnya terpekik-pekik merekalah penjunjung demokrasi?
Akhir kata, sekiranya terdapat apa-apa ulasan saya yang dibimbangi menyinggung mana-mana pihak, saudara wajib menapisnya, malah saya turut menerima pandangan rakan-rakan lain, sama ada menerusi blog ini atau apa juga cara. Yang baik itu, milik dan dijana-Nya jua; kita ini, insan penuh kelemahan dan ketidaksempurnaan.
Terima kasih.
Tuan Aspan,cukup bernas analisa tuan dalam perkara rumahtangga PAS ni.Si Hasan ni patut keluar parti kalau dah bercakap merapu semasa dalam tv3 tu.Baru baru ni katak gerakan melompat sekarang katak bersongkok pula nak melompat maklumlah saham tengah nak naik ni dekat dekat PRU 13 nak diistiharkan.Bagi saya dah lama dah si Hasan ni juling mata kat UMNO tapi pihak atasan tak ambil pot ni la akibatnya.Saya pasti sehabis tinggi nasib dia macam si Nakaie tu lah tak kemana pun orang UMNO pun benci menyemak je.Eloklah masuk daun dengan Zul Nordin tukang karut dari Kulim tu.
ReplyDeleteHasan as I know, he is a glamor man of PAS. In actuality Hasan Ali is just 50% PAS all these while.
ReplyDeleteAA
ReplyDeleteKesian, Hasan dan Nasa tak tahu antara tujuan pelaksanaan ajaran atau syariah Islam seperti melaksanakan negara berkebajikan, melaksanakan hukum hudud dan memerangi rasuah adalah untuk menarik minat bukan Islam kepada Islam.
Saudara,
ReplyDeletemelihat cara beliau berhujjah di TV3, nampak sangat macam "tentera upahan"... Sesungguhnya ALLAH tidak pernah memandang rupa, bangsa.. ALLAH memandang hambanya yang kenal dengan NYA...
Walaupun saya tidak sukakan Hasan Ali dan tidak bersependapat dengan beliau yang menentang konsep negara kebajikan, selari dengan Khalid Samad, Mahfuz Omar, Saari Sungib, tetapi secara peribadi selama setahun dua ini saya menyokong Hasan Ali serba sedikit secara peribadi atas sebab-sebab tertentu.
ReplyDeleteSecara peribadi atas dasar Islam- Melayu di Selangor, saya berpendapat Hasan Ali melakukan tugas beliau dengan baik atas portfolio beliau Islam dan Adat Melayu di Selangor. Masjid-masjid di Selangor berfungsi dengan lebih baik sejak Pakatan memerintah, malah ceramah dan ilmu agama berkembang dengan pesat. Ustaz-ustaz tidak lagi disekat untuk memberi ilmu agama. Saya juga yakin ilmuwan agama, imam-imam masjid, ahli tetap kariah masjid, JAIS, MAIS, Istana, menyokong Hasan Ali secara total.
Cara PAS mengendalikan Hasan Ali saya yakin memberi impak besar kepada Islam Melayu di Selangor. Malah Islam Melayu atas pagar yang cenderung kepada perjuangan bangsa lebih sukakan Hasan Ali lebih daripada Khalid Samad, Mahfuz dan Saari. Saya bukanlah 'big fan' of Hasan Ali tetapi ini atas pendapat peribadi.
Saya yakin Pakatan akan terkena tempias walaupun kecil dalam pilihanraya nanti. Berhati-hatilah dalam polemik Hasan Ali ini, jangan habis madu sepah dibuang. Walaupun ibarat bulu didalam mata, tanganilah dengan baik isu ini. Saya yakin PAS lebih bijak menangani isu ini lebih-lebih lagi melihat cara Nik Aziz dan Hadi Awang menangani isu ini.
Saya tertarik dengan kiasan Tuan Ibrahim Tuan Man, 'Jurulatih tidak perlu membazirkan masa memotivasikan seorang pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana dia lebih sukakan 6-4-0'.
‘apa yang terbit, itulah yang saya tuai’.saya sangat suka ayat ini.ini menunjukkan anda adil dalam menyatakan apa yang anda tahu dan dengar. bagi saya, Hasan bukan sahaja melukakan hati orang Melayu tetapi hati-hati orang bukan Melayu. Dia bisa merosakkan hubungan antara berlainan bangsa dan ugama. Malaysia tidak perlukan orang seperti dia.
ReplyDeleteHassan bukan jiwa PAS yang sebenarnya. Melawan arus dalam kepimpinan PAS. Dia nak orang ikut pendapatnya. Dia rasa dirinya selalu betul. Keluarkan Hassan nie dari jemaah yang ada.
ReplyDeletePada puncak Reformasi setelah Anwar Ibrahim dipecat dari jawatn TPM dan ahli UMNO, HA ketika itu adalah motivator. Namun terkesan dari amarah orang Melayu ke atas DSAI dan menampakkan angin perubahan orang Melayu untuk tidak menyokong UMNO, muncullah HA. Saya pernah mendengar ceramahnya melalui VCD yang diedarkan. Betapa bersemangatnya mengkritik pimpinan UMNO berjawatan Timb Menteri dari Terengganu.
ReplyDeleteMenurut HA Timb Menteri yang ditemuinya di dalam pesawat dr KT ke KL memberi komen yang beliau (Timb Menteri) tidak bimbang dengan Reformasi yang berlaku. angin perubahan itu tidak akan berlaku kepada pengundi di tempat beliau kerana orang-orang kampung pasti akan terus menyokong UMNO hanya dengan belanja RM30 dan sehelai kain batik/pelikat.
HA sebagai seoerang motivator memberi reaksi yang sinis terhadap komen tersebut betapa rendahnya nilai orang Melayu dapat dibeli sedemikina rupa. Dari ucapannya saya sejak dari itu telah tertampak sinar harapan pada seorang bakal pemimpin yang akan memperjuangkan nilai-nilai murni, yang akan mempertahankan nilai-nilai murninya, yang mempunyai pendirian yang jitu dan tidak mudah terpesona dengan pesona dunia. Inilah pemimpin yang tidak akan berganjak dari prinsip dan berdiri teguh dengan dasar perjuangan.
Namun manusia cepat berubah, begitu juga yang terjadi pada HA agaknya. Betullah kata Tuan Aspan kita ini kalau boleh datangnya biarlah nampak mukanya, bila pergi biarlah nampak belakangnya tapi HA akan nampak apa agaknya.