Agenda Melayu! Itulah isu yang tidak lekang di mulut pemimpin UMNO sejak tiga dekad dahulu. Semasa perlaksanaan DEB dahulu pun tidak begitu kuat pemimpin-pemimpin UMNO menyebut tentang isu agenda Melayu ini. Sekarang di mana-mana pemimpin-pemimpin terbesar negara bercakap tentang agenda Melayu tetapi Melayu masih dalam keadaan ketinggalan dan kerana itu isu itu masih mahu dihidupkan terutamanya dalam menghadapi PRU yang semakin hari semakin hampir ini.
UMNO masih mengharapkan yang isu ini akan dapat menyatukan orang Melayu di bawah ketiak UMNO kononnya untuk menyempurnakan agenda Melayu. Kalau agenda Melayu sudah begitu lama di nyanyikan oleh kepimpinan Melayu UMNO, bagaimana orang Melayu terutamanya yang terlingkung dalam kumpulan generasi muda masih mahu mempercayainya?
Oleh kerana itu ada kemungkinan yang ketinggalan orang Melayu dalam semua bidang sekarang ini merupakan isu yang sangat ‘expedient’ bagi pimpinan UMNO untuk menyatukan mereka. Lagi ketinggalan Melayu ini lagi untung bagi parti UMNO yang sudah begitu selekeh ini untuk meneruskan kuasa.
UMNO seolah-olah tidak mahu Melayu ini maju kedepan kerana jika Melayu sudah maju maka UMNO akan hilang isu untuk menyaingi parti-parti lain yang kian hari kian mendapat sambutan dari rakyat yang rata-rata sudah menggunakan akal anugerah Tuhan untuk menilai dan berfikir untuk memilih yang mana yang baik dan yang sebaliknya.
Saya menyebut ini kerana yang menjadi mangsa di atas keghairahan UMNO untuk terus berkuasa ini menjadikan orang Melayu mangsa kepada nafsu UMNO untuk terus berkuasa. Orang Melayu masih dalam ketakutan kerana mereka terpedaya dengan cara UMNO yang suka menakut-nakutkan mereka (orang Melayu). UMNO sudah menjadi zalim kerana menekan bangsanya sendiri dan memundurkan pemikiran mereka sehingga mereka tidak boleh bergerak untuk memajukan diri mereka (Melayu).
Apabila orang Melayu mempunyai sedikit pandangan yang berbeza, UMNO akan mengungkit kononnya jasa-jasa yang telah diberikan UMNO kepada mereka itu harus dibalas dengan memberikan sokongan walaupun mereka merompak dan menyamun. Kita sedih dengan kelemahan bangsa kita dalam hal ini walaupun setengah dari mereka telah belajar jauh di antara dunia tetapi mempunyai pemikiran yang masih dijajah dengan kumpulan penjenayah politik dan ekonomi seperti UMNO ini. Nampak sangat sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang mereka tidak suka kepada bangsanya yang berfikir.
Menakut-nakutkan orang Melayu merupakan satu-satunya cara untuk menyatukan orang Melayu pada pandangan UMNO. Isu yang digunakan oleh UMNO bagi menakutkan orang Melayu ialah Pakatan Rakyat, jika berkuasa akan menghilangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Jika PR memerintah orang Melayu akan di kafirkan oleh DAP dengan mengkristiankan orang Melayu. Jika PR memerintah, DAP dan komponen PR akan melenyapkan orang Melayu kononnya.
UMNO sudah ketandusan idea untuk menjawab perbahasan dalam banyak isu politik. UMNO hanya tinggal dengan taktik gertak menggertak serta melakukan pembelian undi dan melakukan penipuan dalam pilihanraya nanti seperti yang mereka lakukan selama ini. Taktik yang lain ialah dengan menghina dan menggunakan kata-kata kesat yang tidak bertemadun dan beragama. UMNO seolah-olah sedang menghadapi penyakit gila talak dan tidak keruan lagi.
Mencarut-carut di alam cyber sekarang ini sudah menjadi pakaian penyokong-penyokong UMNO untuk berkempen bagi menegakkan benang basah mereka. Mereka tidak sedar manusia sekarang sudah lebih tinggi tamadunnya. Memaki hamun dan mencarut itu hanya membayangkan betapa ‘desperado’ nya UMNO masa kini dan memaki hamun itu hanya dilakukan oleh mereka yang sengkek sahaja.
Kita sudah mengiktiraf bahawa jika sesebuah parti itu memenangi pilihanraya seperti itu ia merupakan satu kemenangan yang tidak ‘legitimate’. Tetapi UMNO tidak peduli dengan isu ‘legitimacy’ ini. Yang penting berkuasa terus menerus. PM Najib secara terbuka telah berkata yang UMNO akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya. Bagi UMNO yang penting ialah kuasa bukannya untuk bertanggungjawab kepada rakyat.
UMNO menekan orang Melayu dengan isu sensitif seperti yang saya sebutkan di atas. Lagi takut orang Melayu lagi untung kepimpinannya. Jadi UMNO hanya membina sifat penakut kepada orang Melayu sahaja kerana jika orang Melayu takut dengan isu rasis yang di gembar gemburkan olehnya lagi berpeluang mereka untuk berkuasa dan melakukan perkara-perkara yang merosakkan orang Melayu lagi.
Maka orang Melayu dididik supaya tidak menggunakan pemikiran yang rasional, sebaliknya menggunakan sentimen dan emosi semata-mata. Hasilnya wujudlah kumpulan penyokong-penyokong UMNO yang tidak dapat berfikir dan membahaskan isu-isu penting dalam negara, justru mereka hanya menggunakan kata-kata yang tidak baik seperti babi, anjing, baruah dan sebagainya yang kotor-kotor belaka. Bahasa yang mereka gunakan tidak langsung melambangkan bangsa mereka.
Sekarang ini kata-kata kotor dan menjijikkan merupakan ‘attribute’ yang jelas bagi parti yang sementara ini masih memerintah negara setidak-tidaknya sehingga pilihanraya nanti. Penyokong-penyokongnya sudah tidak lagi mampu berfikir dan bertindak dalam kebijaksanaan.
Orang yang nazak memang tidak lagi boleh berfikir kerana orang dalam keadaan begitu itu adalah orang yang sedang mengalami ‘brain death’. Jadi bagi parti yang sedang mengalami ‘brain death’ ini, tentulah saudara-saudari tahu apakah ‘consequence of event’ yang akan berlaku kepada parti yang semasa kuat dan berkuasa dulu begitu bongkak dan sombong itu.
Sejak akhir-akhir ini UMNO sebenarnya bukan berusaha untuk melaksanakan agenda Melayu, sebaliknya untuk melaksanakan agenda pemimpin-pemimpin Melayu yang mabuk dengan kuasa serta kekayaan dan wang ringgit yang tidak berkesudahan itu sahaja.
Kalau dahulu kita dijajah oleh Inggeris dan sebagainya, sekarang kita bukan setakat dijajah tetapi seperti kita sedang ditekan oleh kuasa seperti ‘Malayan Union’ dahulu, tetapi kali ini dari sekumpulan bangsa sendiri yang menamakan kumpulan mereka UMNO (baru) yang mula dipelupori oleh Dr Mahathir Mohammed dahulu.
Orang Melayu hanya diperguna untuk bertepuk dan bersorak dan pemimpin-pemimpin terus menipu dan mengelirukan mereka (orang Melayu). Lagi mereka (orang Melayu) ditipu lagi kuat mereka bertepuk dan bersorak. Kalau kita cuba menegur orang yang di tipu tadi akan memaki hamun kita pula dengan menggunakan perkataan-perkataan yang kesat dan tidak punya temadun.
Itulah situasi sekarang ini. Penyelesaiannya hanya dengan mengingati Pak ABU sentiasa. Jangan berkasar seperti penyokong UMNO sekarang ini. Dengan senyum simpul hanya gunakan kuasa undi anda setelah berfikir panjang-panjang. Jika ada penyokong UMNO membabikan kita, jangan lawan mereka...hanya beristighfar banyak-banyak.
Kesiannya orang Melayu. Mereka terpaksa menyokog parti yang menipu mereka.
ReplyDeleteLantak dialah.
Salam Tn Aspan dan semua,
ReplyDeleteKajian saya menunjukkan selama hampir 54 tahun dan tempoh mendatang, Rakyat tidak dapat menundukkan Pemerintah berasaskan sedikit fakta di bawah :-
1) Penganiayaan pd rakyat : Contoh dari dulu jelas berapa banyak kes kematian individu ditangan Pemerintah menjadi tanda tanya Rakyat? Kematian Mat Indera, Tok Kenali, Ibrahim Libya dan dekad kini spt Altantuya, Sarbaini, Teoh Beng Hock, Amirul, Kugan dll itu apakah diadili secara benar. Rakyat hanya bersimpati tetapi setakat mana keberkesanannya rakyat bertindak memberi pembelaan? Disebalek itu, Pemerintah tetap gah.
2) Penganiayaan agama :
a) Dengan selamba golongan kafir sekutu pemerintah mencaci Hukum Agama, namun diiyakan sahaja oleh golongan pemerintah. Apa tindakan konkrit rakyat? Disebalik itu, Pemerintah tetap gah.
b) Perzinaan yakni "ibu segala kejahatan" telah berleluasa sehingga dalam tempoh 10 tahun ini sahaja, keberadaan anak luar nikah telah melebihi angka 250,000 orang. Ini bermakna perzinaan telah dilakukan oleh 2,500,000 rakyat zalim apabila mengambil kira setiap 10 orang berzina, seorang akan melekatkan kandungan anak luar nikah. Bersemangatkah Rakyat Zalim ini menentang kezaliman? Hasilnya, pemerintah tetap gah. Menurut acuan Yahudi, cara mudah melemahkan Rakyat dan menguatkan cengkaman pemerintah adalah menerusi nikmat kezaliman seperti ini.
c) Golongan muda atau generasi penerus pula amat terdedah kepada pengaruh dan jebakan pemesongan hiburan melalui media, kelab malam dll aktiviti leka dengan selingan mencampur-adukkan zina. Kini setiap keluarga rakyat negara ini akan berhadapan dengan masalah anak sendiri di atas kezaliman ini. Bagaimana Rakyat boleh bersemangat? Yang Rakyat miliki hanya keluhan. Namun, pemerintah tetap gah.
c) Orang yang difitnah kalah dimahkamah, perbicaraan tetap tidak berlaku adil manakala pembawa fitnah dilindungi. Rakyat hanya mengeluh dan apakah mengeluh ini cukup untuk menunduk Pemerintah? Walhasilnya, pemerintah tetap gah.
3. Penganiayaan Ekonomi :
1,000,000,000.00(Satu trillion) uang dilesapkan, rakyat mengeluh susah. Persoalaannya apakah yang Rakyat boleh buat? Jawapannya, pemerintah tetap juga gah.
4. Penaniayaan politik :
Skandal undi pos, kebanjiran kewarganegaraan warga haram yang diketahui boleh memenangkan Pemerintah. Persoalannya, apakah yang Rakyat boleh lakukan? Walhasilnya pemerintah tetap meneruskan gah mereka.
"Jawapanya adalah ABU"
Selagi tak ikut Pak Abu,bukan hanya Melayu, malahan semua rakyat akan diperbodohkan dan diperlembukan oleh BN. Dengan cara yang amat halus dan tidak disedari,rakyat telah menjadi hamba kepada 10% golongan elit iaitu pemimpin2 BN dan keluarga2 mereka,syarikat2 Kaum Kerabat Sdn Bhd dan kroni2 memenopoli pernigaan.
ReplyDeleteTak cukup kenyang, mereka telan pula hasil bumi utk sendawa tujuh keturunan.Mamak Murtad yang dah patut pencen duduk rumah pun masih lagi bertenggong ditepi telaga minyak Petronas.Tamak gred 1A.
Dan golongan elit ni pun sediakanlah keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal,kenderaan,dll(semua kena bayar) supaya kita boleh terus bekerja sampai mati utk mereka hidup senang lenang.
Harap Pak Abu berjaya PRU ini.
Pak,
ReplyDeleteAs you have correctly written, there never was and will be a "Malay Agenda" in the heart and mind of UMNO (B). How can there be (a malay agenda) when the most important thing in the mind of all UMNO leaders from the time of TDM and his successors are nepotism and cronyism. And that facts is self evident in the existence of a small group of very wealthy and very privileged malays and pseudo malays who are connected either through blood relation or bribe connection with UMNO high ranking leaders.
And these select few malays are the ones who are truly enjoying life in a Malaysia. Who wouldn't be when they are above the law, above every other ordinary malays and have access to the wealth of the nation by way of stealing and pirating. These 1% "malays and malays" are using up billions and trillions of RM in illegal activities while ordinary Malaysian which includes the Malays (whom UMNO "VOW" to protect and uplift every election year ONLY) are left with scraps and leftovers to survive.
It's no wonder that from the RM 52 billions of shares allocated for the "bumiputera" only RM 2 billion are left. Where did the RM50 billions go? Where else but into the pocket of UMNO leaders and their family and friends! And astonishingly but stupid, the malays choose not to hold UMNO accountable for the missing funds but actually gave them stronger mandate to keep on stealing.
And it still astonish me that so many malays still believe "the malay agenda tongkat Ali jus" being "sold" by UMNO and it's doppelganger, PERKASA. Don't the malay realized that both were started by TDM who happens to be the grand master mind of the thievery and pirating that is being perpetrated right now. Would TDM be proven true that the malays are truly a forgetful and maybe a bit senile race? I hope not and I hope that ABU can quickly turn the malays from a race of sleepy head into a race that is standing up and wide awake demanding their rights and their future. Our children's future depends on us and on the success of ABU!
Nick.
Pak,
ReplyDeleteAs you have correctly written, there never was and will be a "Malay Agenda" in the heart and mind of UMNO (B). How can there be (a malay agenda) when the most important thing in the mind of all UMNO leaders from the time of TDM and his successors are nepotism and cronyism. And that facts is self evident in the existence of a small group of very wealthy and very privileged malays and pseudo malays who are connected either through blood relation or bribe connection with UMNO high ranking leaders.
And these select few malays are the ones who are truly enjoying life in a Malaysia. Who wouldn't be when they are above the law, above every other ordinary malays and have access to the wealth of the nation by way of stealing and pirating. These 1% "malays and malays" are using up billions and trillions of RM in illegal activities while ordinary Malaysian which includes the Malays (whom UMNO "VOW" to protect and uplift every election year ONLY) are left with scraps and leftovers to survive.
It's no wonder that from the RM 52 billions of shares allocated for the "bumiputera" only RM 2 billion are left. Where did the RM50 billions go? Where else but into the pocket of UMNO leaders and their family and friends! And astonishingly but stupid, the malays choose not to hold UMNO accountable for the missing funds but actually gave them stronger mandate to keep on stealing.
And it still astonish me that so many malays still believe "the malay agenda tongkat Ali jus" being "sold" by UMNO and it's doppelganger, PERKASA. Don't the malay realized that both were started by TDM who happens to be the grand master mind of the thievery and pirating that is being perpetrated right now. Would TDM be proven true that the malays are truly a forgetful and maybe a bit senile race? I hope not and I hope that ABU can quickly turn the malays from a race of sleepy head into a race that is standing up and wide awake demanding their rights and their future. Our children's future depends on us and on the success of ABU!
Nick.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
ReplyDeleteAllah Maha Besar! Sememangnya benar tanpa bersuluh segala yang saudara katakan pada artikel ini. Terbaru, dalam Berta Jam 7 pagi Radio RTM, imej bersih seorang tokoh agama rasanya sedang dicalar-balarkan, Dr. Hassan Ali. Kononnya, beliau didakwa membidas PAS yang mulai rapuh perjuangannya setelah diterajui golongan "non-ulama'", sambil dikatakan beliau mengingatkan PAS agar tidak berkompromi terhadap perjuangan menegakkan negara Islam. Bagaimana boleh terjadi? Ia ekoran sedikit percanggaan pendapat dalam kepimpinan PAS yang mulai diambil sebagai umpan untuk memancing, siapa lagi, kalau tak, bangsa Melayu Islam kita ... Dan, kononnya, Dr. Hassan dikatakan merasakan perjuangan PAS sekarang sudah lar agenda.
Nah, bukankah ini bukti terbaru tindakan "racist" nan hina UMNO sekarang ini? Jangan lupa, kalau dulu, Mahathir hebat disanjung sebaga antara pejuang pembebasan Apartheid Afrika Selatan, sekarang, bagaimana pula anak muridnya yang berperangai terbalik kot ini? Malah, pada berita sebelum itu, iaitu pada slot berita yang sama, Najib berucap mengagung-agungkan ustadznya ini sebagai seorang wira-la ... Sedangkan, kita sedia maklum, datuk tua inilah yang dengan semberono mengecam TG Nik Aziz atas inisiatif beliau melaksanakan hudud di Kelantan pada awal pemerintahannya bersama PAS. Kecaman semberono itu ada disiarkan pada Bulletin Perdana TV3 pada tahun 1996. Akibatnya, lihatlah sendiri, satu persatu kemungkaran dan kejelekan perangai mereka yang saudara dedahkan ini telah kita saksikan. Sudah tentu, puncanya tak lain dan tak bukan, kerana kerakusan terhadap dunia dan seisinya, kan?
Oleh itu, sayugialah kita beringat agar eruskan jihad kita menumbangkan kezaliman ini, khasnya ketika memangkah "kertas undi", K? Semoga yang benar akan terus terserlah dan berdiri megah, manakala yang mungkar akan jatuh, terbenam hancur ditelan arus. Mentup bicara, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan atas kesudian saudara dan rakan-rakan menyiarkan ulasan saya; jangan lupa untuk menapis mana-mana yang kurang wajar. Sesungguhnya, hanya Dia Yang Maha Sempurna segalanya.
Terima kasih.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteSaya sependapat dengan tuan khususnya di perenggan terakhir berkenaan jangan berkasar sesama sendiri dan gunakan kuasa undi kita. Cuma ingin menambah supaya kita juga menghormati kiuasa undi orang lain.
Saya tidak sependapat dengan tuan berkaitan ABU. Persepakatan pakatan rakyat mestilah atas dasar kecintaan dan kesefahaman dalam menerajui tanahair kita bukannya atas dasar kebencian pada UMNO.
InsyaAllah perubahan akan berlaku.
ReplyDeleteAA, you always mesmerizes me with your views and comments. It's just too bad that there are still people who are oblivious to what is happening politically to our country.
ReplyDeleteSalam saudara Aspan,
ReplyDeleteMajoriti ahli UMNO di pedalaman dan juga pinggir bandar tidak sedar apa yang berlaku kerana UMNO berjaya mengkerdilkan minda mereka. Mereka nampak hanya UMNO sebagai penyelamat. Malah para pemimpin terus berbohong untuk meyakinkan rakyat sehingga RM1 trillion yang lesap tidak ada suara bantahnpun dari akar umbi. Hari ini Najib memuji mantan PM sebagai penyelamat negara dan impian wawasan 2020 akan dijadikan realiti.
Pak Ali,
ReplyDeleteSaya berkongsi pendapat saudara AA. Sangat tepat dalam menilai keadaan bangsa melayu yang dicucuk hidung oleh bangsa sendiri.
Untuk membebaskan cucukan hidung itu, orang melayu mesti membebaskan diri mereka daripada kongkongan media berat sebelah pemerintah. Itulah yang sepatutnya diobjektifkan oleh PR sedari awal, bukan sekadar untuk menejernihkan sistem pilihan raya. Jika rakyat, terutamanya orang melayu mendapat maklumat yang seimbang, maka banyak perkara berkaitan polemik politik kita dapat terungkai dengan sendirinya..
T.kasih.
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteBoleh kah umno/bn ditumbang??? Boleh kalau rakyat bersatu padu berusaha ke arah tu tetapi harus ingat umno/bn mempunyai bermacam strategik dan taktik untuk memenangi pru....
DAP patut lebih banyak agenda utk melayu.
ReplyDelete