Kalau kita sudah lemah atau kurang sehat, kita akan bercakap seperti orang yang meroyan. Ia memang begitu. Kepada orang yang sedang demam panas selalunya dia akan meroyan dan bercakap tidak tentu buah butirnya. Begitu jugalah apa yang kita sedang lihat dalam Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO dan Perhimpunan UMNO sekarang ini.
Muhyiddin memulakan ucapan keras untuk membentuk bibit kebencian di antara rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Buat masa ini rakyat berbilang kaum di bawah-bawah ini bersatu dan tidak bermusuhan di antara satu dengan lain. Yang menaikkan semangat benci membenci di kalangan rakyat dan di antara kaum ini ialah pemimpin sendiri dan ini boleh kita lihat dari intipati dalam teks ucapan Timbalan Presiden UMNO itu.
Kerja dan usaha memecah belahkan rakyat berbilang kaum itu diperkuatkan dengan beberapa cebisan ayat-ayat suci al Quran dalam beberapa surah di dalam kitab suci itu. Ayat-ayat Quran digunakan untuk memecahkan kesatuan di antara kaum yang wujud di antara kami di bawah ini. Selepas ini apabila keadaan tidak berubah dan sokongan masih tidak didapati, tidak tahulah ayat apa pula yang akan di gunakan. Saya rasa carut-mencarut pula akan menjadi senjata untuk memecah belahkan rakyat untuk mengambil kesempatan untuk mendapat kuasa lanjutan dari rakyat.
Katanya DAP itu rasis, PKR itu parti yang memperjuangkan tubuh badan individu dan PAS itu sudah jadi baruah DAP. Kita memahami kenapa Muhyiddin bercakap begitu. Ia adalah satu usaha untuk menyatukan orang Melayu di belakang UMNO. Bagi Muhyiddin saya yakin beliau tidak lagi menaruh harapan kepada bangsa lain kerana bangsa lain terutamanya kaum cina, mempunyai pendirian yang tetap dan payah untuk di goyahkan.
Bagi Muhyiddin oleh kerana kegelabahan dan kegelisahan beliau, Timbalan Presiden UMNO ini terlupa dengan apa yang dia kata semalam dan hari ini misalnya. Hari ini bercakap lain, besok dia akan bercakap perkara yang sama tetapi dalam mood yang bertentangan dengan apa yang beliau perkatakan pada hari sebelumnya.
Selalunya kalau kita kaji dari psikolojinya Muhyiddin sudah mula hilang keyakinan terhadap sokongan rakyat khususnya orang Melayu. Bagi Muhyiddin beliau boleh berkata apa sekali pun terhadap bukan Melayu kerana beliau merasakan beliau tidak boleh mengharapkan bangsa cina untuk bersama beliau dan UMNO. Kata-kata beliau begitu rasis, malahan lebih rasis dari Perkasa semasa berucap di Perhimpunan 3 sayap parti, Wanita, Puteri dan Pemuda.
Maka kita lihat apa yang di suarakan oleh Najib melalui slogan 1Malaysia itu dilanggar secara ‘head-on’ oleh Muhyiddin. Muhyiddin sudah kesuntukan akal. Sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau merupakan pengganti kepada Najib jika ada apa-apa yang berlaku kepada kepimpinan Najib. Belum pun beliau mengambil alih beliau telah menunjukkan sikap tidak boleh ‘co-exist’ dengan bangsa-bangsa lain di negara ini, bagaimana kah beliau boleh diterima oleh rakyat secara menyeluruh nanti?
Bagi saya sikap Muhyiddin itu merupakan sikap ‘mengecilkan padang’ beliau sendiri. Beliau hanya mahukan orang Melayu untuk bersatu dan seolah-olah menolak kewujudan bangsa lain terutamanya bangsa cina yang sudah berada empat keturunan di negara ini.
Bagaimana kah Muhyiddin boleh di terima sebagai pemimpin jika beliau hanya mahu menjadi pemimpin kepada bangsanya sendiri sahaja. Pada Muhyiddin bangsa lain semuanya anti Islam, komunis, jahat, dan semuanya yang tak elok. Hendak juga saya melihat jika Muhyiddin jadi PM dengan hanya menjaga orang Melayu. Bila bercakap seperti orang yang tidak berfikir langsung semata-mata kerana hendak menjaga ‘hard liners’ dalam UMNO.
Apa kah agaknya sebab-sebab Muhyiddin menuduh DAP hendak jadikan negara ini sebagai sebuah Republik? Saya percaya Muhyiddin menyebut ini kerana rasa terdesak di atas keruncingan sokongan orang ramai terhadap UMNO dan BN pada hari ini. Kadang-kadang kita tidak boleh menyalahkan MCA dan Gerakkan menuduh yang kedua parti itu tersungkur kerana sikap pemimpin reputasi UMNO yang menerajui BN itu. UMNO kini tidak mempunyai ‘magnanimity’ yang tinggi. Muhyiddin sepatutnya membaca dan menghayati isi kandungan perlembagaan parti itu betul-betul.
Sesungguhnya saya sudah percaya apa yang di katakan oleh Gerakkan dan MCA beberapa lama selepas kekalahan teruk dalam PRU 2008 yang UMNOlah menyebabkan kedua parti itu jatuh merudum. Kaum-kaum khususnya kaum cina beranggapan yang Gerakkan dan MCA itu hanya sebagai parti-parti yang telah di pariahkan oleh UMNO sendiri. Maka tindakan bangsa cina tidak menyokong MCA dan Gerakkan itu adalah tepat bagi mereka kerana MCA dan Gerakkan itu sentiasa mengikuti kerenah buruk UMNO sebagai parti tunjang kepada BN itu.
Dengan ucapan pedas Muhyiddin di Perhimpunan 3 sayap UMNO yang baru lalu ini bangsa cina nampaknya lebih takut jika BN khususnya UMNO, masih diberikan mandat kali ini. Apa yang di perlukan pada hari ini ialah seorang pemimpin Melayu yang di hormati oleh semua bangsa kerana pimpinan utama negara ini adalah moralnya hak orang Melayu.
Tetapi kalaulah pemimpin seperti Muhyiddin yang bakal mengambilalih kepimpinan Najib yang sedang di usahakan oleh setengah kumpulan dalam UMNO sekarang ini sudah dibuai dengan sentimen rasisnya maka menjadikan Muhyddin sebagai pemimpin yang bakal menerajui pimpinan BN yang akan hanya mengambil tanggungjawab terhadap orang Melayu sahaja.
Itu cerita Muhyiddin. Bagaimana pula kalau kita belek-belek sedikit cerita Shahrizat, Ketua Wanita UMNO, yang masuk parlimen melalui pintu belakang itu? Dalam Perhimpunan Wanita Sharizat secara jelas juga seorang yang tidak begitu ‘center’ sebagai seorang nombor satu dalam Wanita UMNO. Menyingsing lengan bajunya di hadapan perwakilan dengan nada garang tidak bertempat. Ada di antara yang ada di dalam dewan persidangan memberi komen, ‘kenapa tidak sensing kainnya sekali?’
Kenapa memberikan reaksi marah hanya kepada Zuraida PKR sahaja kerana desakan Zuraida yang meminta beliau meletakkan jawatan? Kenapa tidak marah kepada Bung Mokhtar dan gengnya sekali kerana mereka dalam UMNO sendiri meminta beliau meletakkan jawatan?
Saya di sini tidak berkeyakinan yang UMNO mampu mengenepikan Shahrizat dalam PRU nanti kerana beliau adalah Ketua Wanita UMNO. Jika beliau masih di calonkan maka ianya akan memberikan ‘effect’ yang ‘negatif’ kepada BN di seluruh negara. Yang boleh mengenepikan beliau hanyalah beliau sendiri dengan berhenti secara sukarela dan tidak lagi menjadi calon dalam PRU nanti. Lagi pun UMNO boleh melantik beliau sekali lagi melalui pintu belakang. Itu pun dengan syarat BN menang pilihanraya nanti.
Yang tidak akan dapat dinafikan oleh sesiapa ialah pendekatan Najib dan Muhyiddin sangat berbeza dan sentiasa bersalah-salahan. Najib dengan 1Malaysia nya. Muhyiddin dengan rasis Melayunya. Muhyiddin yang rasis Melayu cuba hendak menuduh DAP sebagai rasis cina yang hanya di anggotai oleh kaum cina. Tetapi apabila DAP hendak membawa orang Melayu untuk mengimbangi kaum-kaum yang berbilang dalam negara ini Muhyiddin kata cina DAP melakukannya untuk mengumpan dan mengudakan orang Melayu dan orang Melayu yang menyertai parti itu di anggap sebagai pengkhianat bangsa dan negara pula.
Siapa yang pengkhianat? Jika menyertai DAP itu pengkhianat dan memberi ancaman kepada keselamatan negara kenapa tidak haramkan sahaja DAP itu? Tuduhan Muhyiddin ini begitu serius dan kepada siapa yang mahu hidup bersama secara aman mesti menolak Muhyiddin kerana jika beliau menerajui kepimpinan negara kehidupan kita di antara kaum akan porak peranda.
Sebagaimana yang saya tekankan sebelum ini pengkhianat ini ialah seseorang yang menjahanamkan negara dan keselamatan rakyatnya. Pengkhianat yang sebenarnya ialah perasuah kerana budaya rasuah akan menjahanamkan sistem pentadbiran negara dan membawa perpecahan kepada rakyat yang menghuninya. Rasuah lebih dahsyat akibatnya dari ancaman komunis dan dadah.
Mereka yang rasuah ini merupakan benar-benar pengkhianat terhadap negara kerana tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara jujur seperti yang di amanahkan oleh rakyat. Stigma rasuah ini merupakan stigma yang tidak dapat ditanggalkan dari UMNO dan BN. Seperti yang saya sebutkan dalam posting yang lalu, UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing, saling menyandar di antara satu dengan yang lain, malahan keselamatan negara akan terancam jika rakyat tidak mahu menyingkirkan perasuah dari barisan kepimpinan negara.
Kritikan tentang rasuah ini sudah lebih satu dekad di persoalkan oleh rakyat tetapi nyata rasuah ini tidak dapat ditanggalkan dari UMNO. Maka pimpinan UMNO wajar berfikir, jangan tuduh seteru politik sembarangan kerana UMNO sendiri itu tidak berkemampuan untuk membuat perubahan minda dengan mengaku rasuah itu adalah musuh nombor satu negara dan rakyat.
Pemimpin UMNO boleh berucap bertempik-tempik di Dewan Merdeka dengan retorik dan janji-janji menggunung, tetapi rakyat tidak dapat melupakan isu rasuah yang terlalu menebal dengan UMNO. Cubalah berusaha untuk bersatu tetapi rasuah tadi tidak akan membolehkan mereka bersatu di antara satu dengan lain dalam UMNO dan BN.
Kalau UMNO boleh bersatu, rakyat juga boleh bersatu untuk menolaknya. Sebenarnya rakyatlah yang sudah penat menangani isu perpaduan ini. Sudah nampak jelas rakyat mahu bersatu dalam erti kata yang sebenarnya tetapi nampaknya mereka lebih cenderung untuk bersatu di luar UMNO dan BN. Sangat susah untuk bersatu dibawah UMNO jika pemimpin-pemimpin mempunyai sikap seperti Muhyiddin Yassin. Beliau hanya inginkan orang Melayu sahaja bersatu sedangkan rakyat mahu bersatu bagi semua kaum yang hidup dalam negara ini.
Inilah bibit-bibit yang menyebabkan rakyat berbilang kaum sekarang menerima parti-parti berbilang kaum dan secara deras menolak parti-parti yang di anggotai oleh hanya satu kaum seperti UMNO, MCA dan MIC. Perbezaan wadah dan keterampilan Najib dengan Muhyiddin ini akan memberi lebih sebab kenapa rakyat patut menyertai parti-parti berbilang kaum di negara ini.
Setiap parti yang terdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan menerima kandungan perlembagaan negara. Oleh kerana tuduhan pemimpin UMNO yang parti-parti ini tidak menghormati perlembagaan negara inilah yang menyebabkan rakyat berpecah belah.Semua parti menghormati perlembagaan dan tuduhan Muhyiddin yang ada pihak tertentu hendak jadikan negara ini negara republik itu amat menyentuh perasaan rakyat kerana ianya adalah tuduhan yang amat jahat dan memalukan bangsa Melayu kita sendiri.
Itulah sebabnya pemimpin-pemimpin terdahulu pernah berkata yang kita mesti jauhkan pemimpin yang mempunyai sikap rendah diri dan mempunyai tahap ‘confidence’ yang rendah untuk memimpin. Ugut mengugut, gertak menggertak dan memulas tangan rakyat adalah senjata akhir untuk terus berkuasa. Memaki hamun, mencarut dan menyinsing lengan macam Sharizat menjadi perkara biasa. Jangan menyinsing kain cukuplah.
Pemimpin seperti ini akan bertindak mengikut rasa hati mereka sahaja dan tidak bertindak mengikut keperluan bangsa-bangsa yang dipimpinnya.
Saudara AA,
ReplyDeleteThere is only one word to describe your analysis - Fantastic!
AA
ReplyDeleteSepatutunya ucapan TS Muhyiddin tu untuk KJ. Nasib baik DS Najib tolong membetulkannya.
Najib & muhyidin 2x5 dgn hidden agennda masing2.asal kan rakyat percaya & dapat di kelentong. Apa yg blh dirumuskan UMNO sudah x relevan lg. 50thn tp formula lama masih dipakai.
ReplyDeleteTengku Razaleigh sepatutnya yang mesti memimpin UMNO kini. Bukan Najib & Muhyiddin. Jika Najib bertempik teriak mahukan 'winnable candidate', Najib juga perlu akur Ku Li 'saviour' untuk UMNO.
ReplyDeleteApa pun, untuk pilihanraya akan datang, saya tetap dengan pendirian saya iaitu ABU - Asalkan Bukan UMNO!
sebab mahyudin ckp melalut begitu untuk menarik perhatian orang melayu yg fanatik dgn bangsa. tak hairan ramai melayu penyokong pakatan turut terpengaruh dgn utusan melayu dan tv3 bahawa melayu perlu bersatu semula di bawah umno. ada professor kat UPM boleh diperbodohkan bila hari-hari dimomokkan khurafat ini. apatah lagi melayu kat kampung dan felda. di sanalah sahaja talian hayat untuk umno nanti.
ReplyDeletePak,
ReplyDeleteThe latest PAU eating fest is unfolding exactly like what S. Shamsuddin said in the film "Pendekar Bujang Lapok" which was "Alif, Mim, Nun tendang wau bunyinya Sarkes! (to those unfamiliar with arabic alphabets it literally means "UMN minus O and it means Circus!"). And what a show it is and still is unfolding!
Normally a circus would comprise many extraordinary act involving human skills and animal cleverness, however in the PAU "Sarkes" we have mainly court jesters and clowns dominating the show with their "dumb unschooled" three stooges slap stick and stupid comedy impregnated with vulgar and obscene one liner. And those jesters and clowns still expect Malaysian to be enthralled with their stale and hypocritical act! Honestly, how stupid do they think Malaysian are?
On another note, it still surprises me that many Malaysian still votes these clowns despite their IQ deficiency and not to mention morality dysfunctional sickness. Seriously, do we expect jesters and clown would be able to govern this country and govern it sufficiently well? One things for sure, our country is fast becoming a big joke to the whole world where it's the only country run by jesters and clown and THE PEOPLE actually put them in charge! After the next GE and if UMNO and BN is still elected as government, I can say one thing for sure - Malaysia Boleh B-U-N-G-K-U-S!
Nick.
Pak Aspan
ReplyDeleteTSMY perlu mendapat ruang di pentas UMNO. Jika mengiakan 1Malaysia, apakah fikiran alternatifnya? Dengan menonjolkan imej "ultra malay" sekaligus memainkan semula wayan Tun Dr Mahathir yg pernah dilabel "ultra malay" pada 70an. Sekurang2nya 60% Ketua UMNO akan menyokongnya. Masalahnya ialah sokongan Ketua2 UMNO bukan sokongan rakyat, haruslah akan terjadi "menang sorak di PAU 2012, PRU 13 tergadai". Jadi UMNO perlu lebih bersifat cendiakawan dan kurangkan sifat lelong pasar malam. Alahai UMNO.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteAhli politik kita hanya menyajikan apa yang audien mahu. Disetiap perhimpunan agung baik UMNO mahupun PKR dan PAS akan bangkitlah pemimpin yang lidahnya berbelit belit, terjerit jerit demi untuk memuaskan hati audien. Meriahnya keadaan ini juga terasa pada perhimpunan agung DAP dan MCA lebih2 lagi MIC.
Mereka tidak peduli apa pemikiran orang yg bukan kelompok mereka. Syok sendiri sesama ahli. Menjerit konon bersemangat sesama sendiri. Yang penting bagi mereka adalah audien mereka puas hati. Hilang malu hilang segan atas nama semangat berkobar kobar.
UMNo ni saya tidak pelik jika mereka berpesta dan over confident kerana sekarang ini mereka memanglah sedang menang. Apa mereka peduli majoriti lebih atau makin kurang. Apa kita nak kecoh dengan sikap mereka ni. Biarlah musuh kita leka. Apa yang kita sibuk2 nak sedarkan mereka mahupun tegur mereka.
Yang saya hairan adalah sikap sebahagian orang2 PR ni. Belum menang lagi dah over confident. Berbual dengan anak2 muda AMK malam tadi di Bangsar amatlah menyakitkan hati saya. Bukan sebab mereka mencerca parti saya tetapi mereka langsung tidak rasa bimbang dengan hasil PRU mendatang ini. Putrajaya sudah dalam genggaman mereka. Yakin sahaja tanpa usaha malahan yg lebih buruk hanya berharap kesaktian DSAI akan memusnahkan harapan PR. Cuba cubalah tuan jentik jentik telinga mereka sikit lepas PAU ni. Walaupun saya UMNO tapi tidaklah saya mahu BN hidup tanpa PR.
UMNO is DESPRATE!!!!! You dig your own grave m'din.
ReplyDeleteKalau Sharizat angkat kain lembu2 akan lari lintang pukang
ReplyDeleteMuhyiddin sebenarnya kesuntukan masa untuk merancang strategi menguassai parti dan memerintah negara. Beliau tidak mempunyai orang harapan yang boleh dilembukan seperti Tun Mahathir pernah lakukan pada orang disekeliling semasa memerintah dulu.
ReplyDeleteApa yang mampu dilakukan ketika ini adalah mencuba sesuatu mungkin masih ada orang melayu bangang akan terpengaruh kata-kata rasisnya. Hanya orang melayu saja harapan terakhirnya yang akan mengiringnya sebagai pahlawan bangsa.
Tapi sayang seribu kali sayang PERKASA sudah merosakkan kelembutan jiwa orang melayu dalam budayanya yang sebelum itu diperalatkan oleh pemimpin UMNO demi menjaga kepentingan diri dan kekuasaan mereka.
Disebabkan kerakusan PERKASA juga menyebabkan orang melayu yang leka jadi sedar, yang bodoh jadi pandai. Ini telahmembuatkan pemimpin UMNO Baru sudah tidak boleh memperbodohkan mereka lagi.
Apa yang dapat kita lihat di PWTC adalah gambaran bahawa parti UMNO Baru sebenarnya ketandusan pemimpin yang berbakat dan berkalibar. Dan Muhyiddin adalah lambang lelaki melayu terakhir dalam parti UMNO Baru.
Mohd. Najib pula cuba mensucikan hati ahli parti dengan pelbagai, semangat, slogan, pelbagai teori dan praktikalnya agar UMNO boleh memerintah lagi selepas pilihanraya ke13 tapi dirinya sendiri penuh dengan skandal yang cuba diselindunginya.
Shahrizat yang terperangkap dengan isu lembu bertindak sama seperti Rafidah Aziz mangamalkan konsep Tun Mahathir iaitu "kita cipta projek buat perniagaan..., modal duit rakyat...., untung kita punya...rugi kalu rakyat kena tanggonglah..."
Betul cakap Ibni Ismail tu. Sukar nak berbicang secara rasional dengan pengikut fanatik PKR.
ReplyDeleteDi kalangan generasi sayalah. Tak tahulah pulak di group Tuan Aspan.
Cakap dah lah meninggi dan riak. Cakap sikit dah menyinga.
Lepas itu keluarlah hangpa tu dan hangpa ni dengan mencarut siap.
Jadi angkat kaki sahajalah.
Macam mana nak tarik orang mengundi parti dia orang.
Yang lucunya ramai yang anggap Anwar semacam wali keramat.
Mesti sebut Pak Sheik, tak boleh sebut nama dia. Adoi mak.
I think they learn from their paramount leader to always be in confrontational mode.
Amat tak selesa.
Budaya maki hamun sebenarnya bukan dimulakan UMNO. Orang UMNO yang dikatakan UMngok itu tidak pantas mambalas balik, maklumlah kerana rata-rata mereka dikatakan bodoh dan ngok. UMNO walaubagaimanapun cepat belajar dari Parti wali suci yang kata maemaki hamun itu ok. Jadinya kanapa pula ada yang tak sedap rasa dan tak suka dengar. Banyak kali saya menghadiri ceramah PAS dan PKR. Bahasa yang mereka gunakan, aduh ! kadang-kadang menyesal pergi dengar! Perbuatan mereka juga melambangkan didikan mereka sejak dari kecil.
ReplyDeleteDilemma memaki hamun juga lambangan sikap orang MELAYU (PAS, UMNO,PKR)yang kurang guna otak tapi cepat pakai emosi! Jadi janganlah dengan mudah cap sana sini UMNO desperate. Yang desperate tu Melayu! Satu bangsa yang bangsa konon lebih beragama dari orang lain, sedangkan imannya tak sampai satu "inci", lantas dia cepat berlakun, dari cara pakai sehinggalah perbuatannya banyak unsur lakunan! Yang cakap macam bunyi gentlemen pun ada unsur lakunan! Realitinya
apa pun yang berlaku, yang pasti MELAYU janganlah sampai sanggup jual negara pada orang lain! Bangsa lain sudah maki hamun kita, maka kita jawab dengan senyum dan ketawa sahaja? lakunan! nanti tiada apa lagi yang tinggal!
jika ada jiran saya yang suka memaki hamun dan anak-anak saya saya tak dapat nak dielakkan daripada mendengarnya setiap hari, itu tidak bermakna saya boleh membenarkan anak saya `adopt' gejala tersebut ke dalam keluarga kami dan dalam kehidupannya kelak sehingga akhirnya keburukan itu akan mendarah daging. Bukanlah satu justifikasi untuk yang boleh diterima menghalalkan keburukan tingkah laku kita kerana orang lain berkelakuan buruk. Akhirnya tidak ada bezanya kita dan mereka. Saya berdoa, ahli-ahli UMNO apatah lagi pembesar-pembesarnya dapat menunjukkan contoh tingkah laku dan percakapan yang baik dan nasihatilah anak buah supaya tidak berkelakuan jelik jika mahu terus dihormati. Fokuslah kepada kerja buat .. bekerja ...bekerja..bekerja dengan seikhlasnya. Kuranglan bercakap yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan maruah. Orang menilai ..YB semua, anda duduk di dalam akuarium kaca.
ReplyDeletegoodbye umno goodbye
ReplyDeleteSaudara Anonymous suruh orang UMNO ikhlas bekerja. Tapi orang atasan UMNO langsung tak tunjukkan pun. Jika tidak, mengapa masih ada skandal2 melingkari UMNO? Kasihan kepada kamu semua di bawah, kena menjawab. Sudahlah susah nak jawab. Dipergunakan mentah2 pula. Simpati daripada saya sebagai seorang Melayu.
ReplyDeleteApa pun, pilihanraya akan datang - ABU! Asalkan Bukan UMNO!
Pelik sungguh kalau dlm perhimpunan agung politik yg lain x de pulak menjatuh & memaki hamun parti UMNO. Tp dlm PAU ni , hissh malu sangat tengok gelagak pakcik makcik. Dgn suara menjerit2, warna merah pulak, ini mcm perhimpunan syaitan.
ReplyDeleteTengok gambar Shahrizat selingsing lengan terigat pula kisah zaman kanak-kanak dulu. Dulu saya duduk berjiran dengan beberapa keluarga India dan Cina. Orang perempuan India kalau bergaduh, ayo! yo! Habis perkataan mencaryt dalam kamus Tamil digunanya. Kemudian apabila kalah maki-memaki babak terakhir ialah selak kain, tunjukkan bontot. Ini part yang paling best. Bukan setakat nampak bontot saja. Yang berbulu di celah kankangpun turut terpamer.
ReplyDeleteHarap-harap Shahrizat tak sampai ke tahap itu. Bukan apa, itu dulu adalah budaya orang India yang ada trace pada Shahrizat. Namun orang India dah buang budaya tersebut.
Orang Umno memang tidak memaki hamun lawan politik kerana maki hamun tu tak mendatangkan duit dan kuasa. Cubalah kalau ia mendatangkan duit melambak- lambak. Gerenti 50 jam sehari semalam depa dok maki hamun orang.
ReplyDeleteTetapi pemimpin Umno mempunyai satu lagi tendency yang jauh lebih hebat ia itu memutar belit fakta dan menabur fitnah. Segalanya kerana nak kekalkan kuasa. Sanggup menggunakan semua pekakas yang ada termasuk institusi. Satu lagi perangai buruk Umno ini, tidak segan silu menggunakan segala jentera yang ada untuk memusnahkan sesiapa sahaja yang menjadi penghalang kepada nafsu serakah mereka. Tak payah pergi jauhlah, kita tengok macamana putarbelit Umno dalam isu NFC Sudah le..
bat8
Bung Ibnu Ismail,
ReplyDeleteMengapa biarkan budak-budak AMK memanaskan telinga bung tanpa menjawab. Pasti mereka menabur fitnah yang dengan senang dipatahkan. Sebabnya fitnah adalah rekaan bohong yang tidak berasaskan fakta..atau sememangnya ianya berasaskan fakta yang sukar dinafikan...Ayuh adijagat UMNO!...jangan tewas dengan anak2 hingusan....hahaha
bukan semua manusia tu baik..kalu semua baik!
ReplyDeletetak der lah tuhan nak buat syurga neraka..!!!
kita tengok semakin dekat pilihanraya
semakin banyak fitnah...mengumpat. dan sebagainya....
ini bukan tuntutan agama bukan?
tujuan pilihanraya adalah untuk membuat kita pilih pemimpin yg mana dan terbaik untuk bangsa dan agama...!!!
jadi buat apa la kecoh2 maki itu maki ini.
tapi saya tengok dunia sekarang semuanya berbalah tentang bangsa..tapi agama letak tepi longkang.
apa semua nie??????
apa yg sebenarnya kita mahu...?
dunia sudah ada!
tapi yang akhirat sudahkah anda semua miliki.
jadi x usah la kita nak maki sesiapa baik pihak umno atau pihak pembangkan(pas).pimpinan sebenar adalah pimpinan menuju allah buka kerana kuasa atau harta semata2.
ingat setiap pebuatan dan prilaku kita ada ganjaran...pahala atau dosa..semua telah tercatat dan dicatat..
dalam umno bukan semuanya yg memilih parti umno itu jahat...
begitu juga dalam pas bukan semuanya baik!
cuma cara pemahaman kita agak terbatas...
kalu benda2 yg tidak elok mudah sangat menjadi isu...
kalau kerajaan umno mahu terus kekal di kerusi..
lakukanlah sepertimana agama tuntut.bukan dgn tektik2 kotor dan sebagainya...
apa yang boleh saya rumuskan adalah
pada pilihanraya kali ini umno pasti akan tergugat...
saya bukan mebelahi umno atau pas!!
Assalamu'alaikum, saudara Penulis dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
ReplyDeleteMaaf, kerana agak terlewat Maaf, komentar agak terlewat. Namun begitu, saya berasa tertarik untuk berkongsi pandangan akan artikel ini.
ya, kebenaran yang tak perlu dinafikan. Biasanya, orang yang bersalah yang akan mencari helah dan dalih untuk membenarkan apa yang dilakukannya walaupun bercanggah dengan norma dan fitrah kemanusiaan, jauh sekali menuruti hukum-hakam-Nya. Mereka yang berucap bagaikan orang hilang akal sebegitu sepatutnya sedar, betapa mereka patut malu dengan Jepun, umpamanya. Bukankah suatu masa dahulu kita pernah mendengar berita ada menteri Jepun yang letak jawatan apabila kes rasuahnya, malah sesetengahnya pula terdapat kes moral, didedahkan di media massa? Tapi, kita pula, bagaimana? Kata negara Islam maju, bila kes-kes besar seperti NFC, PKFZ dan entah apa lagi tu, heboh, tak pula menteri berkenaan letak jawatan secara sukarela, untuk tujuan siasatan yang bersih lagi adil?
Juga, kalau TPM tu emar sangat mainkan sentimen perkauman, sedar atau tidak, beliau ini sudah mewarisi sifat-sifat keji orang Yahudi ... Bukanlah saya bermaksud hendak menyamakan beliau dengan bangsa yang dikutuk Allah itu. Tapi, bukankah sejarah telah jelas menukilkan bahawa antara sebab Rasulullah SAW dimusuhi, sekaligus Islam juga dimusuhi, ialah kerana bangsa Yahudi tak redha dengan kerasulan Baginda yang berbangsa Arab? Walhal, merekalah bangsa yang membunuh para Nabi yang pernah diutuskan kepada mereka? Tak lain tak bukan, ialah kerana kebenaran yang terdedah itu akan menggugat kedudukan selesa mereka, kan? Nah, bukankah ini juga yang sedang bermain di fikiran, malah menghantui BN, khasnya para pemimpin rakus UMNO ini? Mereka fikir, dengan menabur janji demi janji, mereka akan kekal berkuasa ... Tapi, Maha Benar janji-Nya yang akan membantu para pejuang kebenaran, khasnya dalam mendaulatkan Islam, walaupun dibenci oleh golongan munafiqun seperti mereka. Kalau non-Muslim yang tak suka, kita boleh faham lagi. Tapi, apa yang kita saksikan hari ini, dengan keanggotaan PR yang terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan, jelas soal perbezaan anutan tak jadi masalah. Justeru, bukankah UMNO tu sendiri yang mencipta dan seterusnya mengusutkan masalah yang insha Allah, boleh selesai menerusi perundingan dan kerjasama? Islam pun tak pernah melarang, malah, meraikan kerjasama dengan sesiapa sahaja demi kebaikan semua. Justeru, tak perlulah beliau berlagak bagaikan ulama' hanya untuk menakutkan kita semua. ya, kan?
Akhirnya, terima kasih sekali lagi kerana memberi ruang berkongsi pandangan, dan tapislah kiranya terdapat unsur yang tidak elok. Saya dengan ini amat mengalu-alukan idea dan cadangan balas saudara.
Terima kasih.