Berita yang di tulis oleh Global Financial Integrity (GFI) tiga empat hari yang lepas amat menyayat hati. Lapuran itu telah memberikan kita betapa hinanya sikap kerajaan yang mentadbir kita yang sepatutnya tidak melakukan rasuah dan penyelewengan yang begitu besar, iaitu RM 1 trillion jumlahnya (satu ribu billion sahaja). Jumlah penyelewengan yang tidak pernah kita bayangkan akan berlaku dalam negara yang melaungkan slogan-slogan, lepas satu slogan dengan slogan yang lain yang kesemuanya untuk memberikan ‘branding’ individu pimpinan masing-masing.
Akhirnya dari pimpinan Dr Mahathir sehinggalah sekarang mereka-mereka ini hanya mempunyai satu slogan yang hakiki; iaitu tamak, haloba, perasuah, pembohongan, penipuan dan bersikap seperti anjing nampak tulang; meleleh air liur bila nampak harta rakyat yang banyak.
Pengaliran keluar negara wang rakyat sebanyak RM1 trillion sejak sepuluh tahun yang lalu menunjukkan sikap mereka yang berkuasa sejak 3 dekad yang lalu yang tidak ada sedikit pun rasa bertanggungjawab terhadap rakyat atau setidak-tidaknya rasa kasihan terhadap rakyat yang semakin hari semakin menderita terutamanya di kalangan rakyat kelas menengah.
Kita diperdaya dengan longgokkan slogan-slogan satu demi satu apabila bertukar kepimpinan negara. Rakyat sudah terlalu kenyang dengan slogan-slogan tetapi kesemua slogan itu hanya tinggal slogan tanpa membuahkan apa-apa hasil yang memberi muafaat kepada rakyat ramai.
Semasa Perdana Menteri yang telah memerintah negara selama 22 tahun, kita di sumbatkan ditelinga kita slogan bersih, cekap dan amanah. Akhirnya bersihnya tidak ada malah bertambah kotor dan jumud, cekapnya tiada; hanya cekap melonggokkan harta kekayaan untuk diri dan keluarga mereka dan amanahnya pun tidak ada.
Kalau ada amanah masa kan di biarkan wang yang mengalir keluar negara tidak dapat di tahan malah digalakkan lagi. Pengaliran keluar wang yang sudah berjumlah trillion ringgit ini bermula dengan hebatnya semasa rakyat sedang dilenakan dengan nyanyian slogan bersih, cekap dan amanah itu.
Selepas itu datang pula seorang lagi PM yang membawa slogan, ‘jangan bekerja untuk saya, tetapi bekerja bersama saya’. Akhirnya rakyat tidak dapat membuat apa-apa kerja kerana beliau tidak tahu untuk membuat apa-apa kerja. Wang negara mengalir begitu besar keluar negara masih hebat seperti waktu negara dipimpin oleh pemimpin sebelum beliau.
Apabila sahaja datang pemimpin yang ada pada hari ini timbul lagi slogan ‘1Malaysia’ yang pernah saya katakan sebagai slogan yang satu Malaysia tidak dapat memahaminya. Malahan ‘warlord’ terbesar negara Dr Mahathir sendiri tidak faham apa itu 1Malaysia kerana rakyat tidak tahu apa sebenarnya makna slogan itu. Wang negara mengalir ke luar lebih besar kerana lapuran GFI itu menunjukkan yang pada tahun 2009 sahaja sebanyak RM950 billion telah dibawa lari ke luar negara dan di simpan di merata-rata negara di dunia ini.
Apa yang dilaungkan oleh Najib rakyat di dahulukan itu tinggal slogan semata-mata, sama seperti slogan-slogan zaman Dr Mahathir dan Pak Lah. Semua slogan-slogan itu gunanya hanyalah untuk memperdayakan rakyat sahaja.
Slogan-slogan itu semuanya berbunyi sebagai slogan yang baik-baik tetapi apa yang dilakukan oleh mereka semuanya terbalik dan mengelirukan rakyat. Sedar-sedar wang ringgit rakyat di bawa mereka lari ke luar negara dan rakyat serta penyokong-penyokong pemimpin-pemimpin ini hanyalah dijadikan buruh kasar untuk mempertahankan mereka sahaja.
Saya ulangi kepada mereka yang bertanggungjawab, apa yang dilakukan oleh pesalah-pesalah ini merupakan tindakkan durhaka kepada Raja dan Negara. Mereka tidak lebih dari nilai Botak Chin. Bezanya Botak Chin itu adalah penyamun kolar biru tetapi pemimpin-pemimpin kita adalah penyamun kolar putih. Penyamun-penyamun kolar putih ini semuanya kumpulan yang hipokrit dan ada yang telah menutupi segala samunan mereka dengan membaca ayat-ayat suci dan membaca hadith-hadith Nabi apabila berhadapan dengan orang ramai.
Mereka akan beretorik berlindung dengan ayat-ayat quran serta berlindung di sebalik ketiak Raja-Raja Melayu sambil menuduh orang lain sebagai anti Melayu, anti Islam dan anti Raja-Raja Melayu. Apa sahaja yang kena-mengena dengan Melayu Islam serta Raja-Raja Melayu mereka akan membuat tohmahan kepada DAP serta parti-parti pembangkang. Kerana apa? Kerana pilihanraya sudah hampir tiba.
Jika mereka masih dapat mandat rakyat lagi tidak tahulah berapa billion ringgit lagi akan di larikan keluar negara oleh mereka-mereka ini. Saya hanya ingat yang jumlah wang yang dilarikan oleh pemimpin UMNO hanyalah sebanyak RM10 juta sahaja yang dilakukan oleh Mohamad Hasan, MBNS melalui penngurup wang yang begitu ‘dubious’ keadaannya. Rupa-rupanya jumlahnya adalah RM 1 trillion. Selepas ini rakyat tidak akan menyebut billion-billion lagi dan bermula dari sekarang rakyat akan mula belajar untuk menyebut trillion-trillion pula.
Itulah sebabnya rakyat sudah tidak percaya lagi kepada slogan-slogan yang diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin kita. Rakyat tahu slogan-slogan tersebut hanya lah untuk memperdayakan rakyat.
Maka sekarang rakyat pula yang memperkenalkan slogan baru; iaitu ABU (asalkan bukan UMNO) atau dalam bahasa Inggerisnya ‘anything but UMNO’.
Slogan ABU yang diperkenalkan oleh rakyat ini akan berlegar di seluruh negara tidak berapa lama lagi. Rakyat sudah jemu dengan slogan anjuran pemimpin-pemimpin kita. Rakyat mahu slogan mereka sendiri diguna pakai, iaitu ABU.
Jika ABU berjaya adalah di harapkan pengaliran dan kecurian terhadap wang dan harta rakyat tidak akan sampai kepada angka trillion dalam satu dekad lagi. Jika ABU berjaya, maka mereka yang menyamun dan merompak tidak akan berada di tampuk kuasa lagi.
Tok Pan,
ReplyDeleteHati2...ciket na. La nie masa Mami Ijat dok serang orang. Tengok Tok ketua bhg. Cheras dah kena lesing abis tercabut bu...tangnya.
He3..Hang Ludah pun dah dok bersiap nak berludah..wow abis nanti semua tempat kena tempias ludah.
Cik Puteri badak pun ada hati nak ketok budak2 U..
Eee..takutnya
-sender Rakyat Jenny (Jeniang la tu)
AA
ReplyDeleteBaru saya thu mengapa Najib and the gang bermati-matian mahu pertahankan Putrajaya
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
ReplyDeleteTerima kasih sekali lagi; teruskan mendedahkan lagi pelbagai kemungkaran mereka demi manfaat bersama. Insha Allah, usaha sebegini beroleh redha dan restu-Nya, biarpun hasilnya sukar diperolehi pada jangkamasa terdekat ekoran halangan dan tembok besar binaan para munafiqin ini.
Sememangnya, jumlah yang saudara dedahkan itu teramat besar lagi memalukan. Sebab itulah, seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, hatta tongkat putih untuk OKU penglihatan pun, masih kita import, apatah lagi nak penuhi quota 1% pekerjaan untuk OKU seperti yang tertera di atas kertas. Malah, dengan semberono mempermainkan kandungan kalamullah, bukti paling jelas bahawa segala slogan mereka hanya, maf, kalau saya katakan, hidangan berupa najis yang terpaksa dijamah mereka yang kurang upaya, khasnya jahil ilmu dan agama. Lebih-lebih lagi, Ustadz gila mereka bernama Tun Mahathir itulah ... Lupakah kita, ketika awal 90-an dahulu, dia begitu disanjung, kononnya, pemimpin Asia yang berani mengecam kuasa besar di PBB? Nah, dengan ketirisan 1 trillion ringgit ini, berani apa namanya itu, atau tunduk membabi-buta kerana desakan hidup?
Justeru, memang jelas sekali, UMNO 1988 inilah punca permasalahan rakyat yang semakin merebak. Bukan sekadar pimpinan atasan sahaja, malah turut merebak kepada pimpinan sesetengah pertubuhan/organisasi bukan kerajaan yang ketirisan ilmu tetapi gah mmikul amanah kepimpinan. Tidakkah mereka menyedari atau sengaja menjahilkan diri demi pangkat, kemasyhuran dan harta, segalanya itu akan dipertanggungjawabkan di hadapan-Nya serta seluruh makhluq pada hari yang tiada lagi tawar-menawar?
Akhir kata, teruskan berkarya agar kita saling mengambil iktibar dan berhijrah ke arah yang lebih baik bila tiba waktunya. Juga, jangan lupa untuk menapis setiap ulasan yang saya kemukakan demi mengelak sebarang unsur tak wajar agar blog sesuci ini tidak menjadi alasan golongan fasiq sebegitu untuk melampaui tindakan mereka ke atas kita semua, hamba rakya yang tak punya apa ini.
Terma kasih.
Saudara Aspan,
ReplyDeleteTerma "Pemimpin-pemimpin kita" rasa saya kurang sesuai diguga sebab tidak semua kita pilih mereka. Mereka ada yang naik dengan "dubious means". Buangkan perkataan "kita".
Terima kasih kerana dapat terima ABU.
Tuan Aspan,
ReplyDeletePerkataan trillion ni jarang2 sangat didengar tak semacam perkataan million..Bayangkan berapa kayanya hasil bumi Malaysia ini yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT. Bermula dengan minyak, suburnya hasil sawit, getah, bijih timah, padi dan sebagainya. Tetapi sayang seribu sayang kerana cintakan bangsa, kita sanggup mengikat perut memejam mata melihat kerakusan pemimpin yang sering bercakap berdegar2 tentang perjuangan bangsa dan agama serta mendahulukan rakyat. Sampai bilakah kita nak diulek mimpi? Satu persatu penyelewengan terbungkar. Apakah kita tidak merasakan suatu tanggungjawab menghentikan perampukan ini demi masa depan generasi kita? Ayuh para ulama dan cendekiawan! Bimbinglah kami bagi menegakkan keadilan di bumi tercinta ini. Jangan sesekali tuan2 tergulung dalam ketogari ulama bisu kerana jahanamnya umat kerana para ulamanya bukan lagi menjadi pewaris nabi tetapi menjadi pewaris duniawi..
Dan rakyat yang bekerja sampai mati bayar hutang, dapat RM500 satu famili.Kalau ada 5 org 1 famili dapatlah RM100 seorang.RM500,hanyalah duit poket mingguan anak2 Pak Menteri.Rakyat kena tipu lagi,terutama org kg. dan penyokong BN.
ReplyDeletePak,
ReplyDeleteThe revelation of the TRILLION of RM being siphoned out by "crooks and criminals" merely confirms that we, Malays (or to be precise the majority of us) are born lacking the critical and analytical thought process inherent in most human beings. In other words, we are lacking in IQ and other things associated with it. Even after 3 decades, most of us still believed in slogans such as 1Malaysia (whatever that means), Work with me, not for me (which by the way should have been "keep on working while I'm still sleeping") and the grandiose slogan of all "Bersih, Cekap Amanah" which by now would have confirm its true meaning which is "harta negara sapu BERSIH, CEKAP berselindung dan menuduh orang lain sebagai pengkhianat dan AMANAH dalam menjaga kepentingan dan kedudukan pihak2 yang bersekongkol mengkhianat negara!
How could the Malays not see that their "Malay" leaders are becoming wealthier and richer everyday and far exceeding their means to achieved it? How could the Malays be aloof every time they hear that the cost of essential goods and services meant for the rakyat (subsidies valued just in millions RM) are drastically reduced but on the other hand their leaders are spending billions more on non essential and trivial toys such as A4 skyhawks (oddly enough most of that fighters are on standby in a US desert ready to defend Malaysia all the way in the US of A), buying hundreds of APC (from Turkey) at RM7 billions when the local supplier got it at less than 3 Billion RM. And the most puzzling purchases of all (again spending billions while saving just hundreds of million by reducing subsidies...huh?) buying 6 Navy patrol boat at RM 1 billion apiece from a local company who never had any experience in actual construction of marine vessel or "sampan" let alone build a sophisticated and hi tech modern combat vessel,another likely candidate that will follow the foot step or should I say the running feet of PSC naval yard (which by the way is totally misleading when PSC "naval yard" can only barely build a fishing vessel and a police PT boat. The right name should have been "Navel yard"!) which already cost us tens of billions in actual and opportunity cost? How can it be possible that the Malays cannot see that there is something VERY WRONG with Malaysia and that something is UMNO? How did the Malays end up like this? Malnourished, weak, skinny and fenced up just like those cows at the NFC "bangsal"? What's wrong with us?
And still many of us are dense enough not to understand the importance and the critical need of ABU. Some even questioned the necessity of singling out UMNO and not BN. Huh..? Where have you been hiding this past decades? Underground bunker or hiding on top Gunung ledang or selfishly deluded in a world filled with self importance and holier than thou "I'm a champion of the people" mental warp created under a coconut shell.
In my humble opinion, ABU has become an urgent and critical call for the Malays much like the "Merdeka" call in the 30s and 40s of last century. We as a nation is at a critical juncture and I believe that the success of ABU will determine the forwards step of the regressive step we will take as a race and as a nation. And I think the Malay proverb of "Genggam bara biar sampai jadi ABU" is very apt to ready our mind and spirit of the journey ahead. There's no turning back for us, only the way forward!
Nick.
Salam..
ReplyDeletesaya masih lagi merasa pelik dengan sikap kebanyakan penyokong tegar umno..tidakkah mereka sedar keadaan ini...?atau dilingkungi sikap denial sydrome?
tidak nampak kah mereka dengan ketirisan demi ketiisan yg berlaku daam umno?
penyokong tegar umno sering berprasangka bahawa apabila kita tidak menyokong ketirisan dalam kerajaan bermakna kita menyokong pembangkang..
aaaahhhh...muak dan jelik mendengarnya...tidak mahukah umno mendengar dan memperbaiki diri?
setiap kali isu rasuah penyelewengan yg timbol dalam kerajaan...jari ditunding mengatakan fitnah pembangkang...kenapa tidak digunakan badan2 kerajaan secara telus bagi menyiasat fitnah tersebut?
cth dalam isu fedlot..kenapa sprm awal2 lagi sudah surrender?
tidak fahamkah penyokong umno percaturan politik atasan mereka?
ABU
-anonimis-
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteTerima kasih jutaan kali di atas penyiaran ulasan saya yang sekian banyak, juga maaf kerana mengulas untuk kali kedua bagi tajuk ini. Nah, memang terbukti sudah apa yang menjadi "issue" kini; kita boleh menggunakan apa sahaja enjin pencari untuk mencari perkataan, sekurang-kurangnya "GFI" (tanpa pengikat kata). Insha Allah, kita akan bertemu dengan artikel yang mendedahkan secara jelas korupsi Mahathir itu. Begitu juga, kalian boleh mengunjungi laman blog Lim Kit Siang, juga ada tertera laporan GFI tersebut.
Tertarik saya dengan salah satu ulasan yang menyebutkan kekayaan sumber bumi Malaysia, juga bagaimana kecewa dan hampanya rakyat seperti kita ini dipermainkan, yang antara lain, kerana wujudnya cendekiawan dan para ulama' yang bersikap mengampu dan membodek. Lupakah kita, maaf sekali lagi, kalau saya katakan, sikap dan perangai seperti Hang Tuah inilah yang akhirnya menjahanamkan ketamadunan sesuatu bangsa? Memang, taatkan pemimpin itu sebahagian daripada ketaatan yang wajib; namun, bukankah syaratnya ialah ketaatan yang tak bercanggah dengan Allah dan Rasul-Nya (Al-Quran dan Sunnah)? Kita boleh rujuk perkara ini pada Surah An-Nisa' (s4/114), Juz 5/30, ayat 59/176. Malah, terdapat sesetengah masjid menjadikan ayat itu sebagai muqaddimah khutbah Jumaat. Itu memang bagus; cuma, ke manakah kesannya? Adakah sekadar dibaca sepintas lalu, kemudian, habis solat, bye-bye-la dengan peringatan tersebut?
Oleh itu, sayugia kita membanteras segala kemungkaran ini dengan kuasa yang sekadarnya yang ada pada kita iaitu melalyi saluran alternatif seperti ini dan "pangkah" lambang selain dacing, K? Semoga dengan ini, kita turut dikira berjihad di jalan-Nya, insha Allah. Akhir kata, yang baik lagi sempurna itu datang daripada, dan milik-Nya jua; jangan lupa untuk tapis unsur-unsur yang kurang wajar pada segala ulasan yang saya kirimkan.
Terima kasih dan selamat berjihad!!!
AA,
ReplyDeleteKita biarkan saja melayu ni. Mereka bergumbira di selewengkan oleh pemimpin mereka.
cheers bro.
daiman, bangkok
tuan aspan,
ReplyDeletekerakusan mahatir dan najib saya tak hairan tetapi saya tertipu dengan penampilan imam ada had ada hari dengan slogan cermerlang,gemilang dan temberangnya.
We can't do anything if all the rakyat want their leaders to deceive them all the way.
ReplyDeleteSalam saudara2 ku
ReplyDeleteRata-rata pengunjung blog ini yang majoriti pro ABU diharap dapat menarik adik beradik,sanak saudara,sahabat2 dan kenalan2 supaya mempengaruhi mereka seramai mungkin untuk menyokong ABU demi masa depan anak cucu kita dari menjadi PATI dinegara orang. Anggap lah tugasan menpenggaruhi mereka2 supaya menyokong ABU di PRU13 sebagai RUKUN hidup dan JIHAD
Hanya dengan cara ini sahaja kita dapat membantu generasi yang akan datang.
Mulai lah tugasan ini dari sekarang.
Semoga berjaya!!!
Dalam cd ABU yg diedarkan pd malam perhimpunan ABU di Taman Melewar, hari Khamis minggu yg lalu, ada disentuh tentang hasil Petronas (sepanjang kewujudannya) yg juga berjumlah 1 trillion ringgit. Telah diberi gambaran dlm cd tsbt, jumlah ini sudah cukup untuk menyediakan satu unit rumah kos rendah pd harga RM42,000 untuk 24 juta rakyat Malaysia(setiap orang perlu ke? yg kaya? yg berharta? bayi? kanak2? masih bersekolah?).
ReplyDelete40% dari rakyat Malaysia berada dlm lingkungan isi rumah yg berpendapatan kurang RM1500 sebulan.... yakni anggaran seramai 11.2 juta dari 28 juta rakyat Malaysia. Kalau diberi kepada setiap mereka satu unit...baru memakan kos sbyk RM529b, 53% dari RM1 trillion tsbt. Bayangkan pula bakinya...berapa byk sekolah, universiti, klinik, hospital dll kemudahan asas yg boleh dibina? itupun jika dibelanjakan dengan cermat dan amanah lah...
Kepada rakan2 yang memiliki cd tersebut eloklah kita edarkan kpd yg lain...sebagai pencerahan agar mereka turut peduli dan berfikir...
AA, voting for UMNO is a sinful act.
ReplyDeleteI don't know what you think about it.
jaya
Sedih teramat.... Melayu oh Melayu... Bangkitlah dr selamba Mu. Kalau tak sakit hati maksudnya tak cinta Negara. Siapa sakit hati???
ReplyDeleteAspan Alias,
ReplyDeletecommitting mistakes is not unusual. i did big mistake by giving my vote to BN in the last GE, but it is not too late to mend the mistake.
i am not promising you, but I promise my own self that this time around there will be no more votes for BN from my family members.
there semm to be no change in UMNO at all and they deserve to be penalized in the forth coming GE.
UMNO should have been toppled years ago.
ReplyDeletePak Aspan dan saudara-saudara pembaca dan pembahas. Andaikan wang sebanyak 1,000 bilion itu dalam bentuk helain RM 50 (lima puluh ringgit) berapa lori atau berapa gudang diperlukan untuk menyimpanya. Saya orang marhain di kampung yang telah diberhentikan kerja di kilang pada tahun 2005 dan sebulan lalu saya terima surat amaran daripada LHDN untuk menjelaskan cukai sebanyak RM 137.00 dalam masa 21 hari dari tarikh surat tersebut kalau tidak mahu tindakan undang-undang dikenakan terhadap saya. Saya membayngkan kalau kita sedari dahulu bersistem kominis saya rasa ini tidak akan terjadi,. Walau apa pun Pak Aspan setiapulisan bapak di blog ini saya tidak lupa untuk mencetaknya dan kemudian difotostat untuk saya edarkan diwrung-warung sekitar kampung saya di Batu Pahat.
ReplyDeleteSalam hormat dari saya.
tadi saya melihat jiran sebelah rumah saya bergelap. dua hari lalu saya melihat dia menerima surat dari perbadanan letrik sarawak (sesco) yg berwarna merah. saya pasti surat pemotongan bekalan letrik. yg kasihannya dia ada seorang anak kecil umur lebih kurang setahun lebih.
ReplyDeletebila membaca betapa banyaknya wang rakyat dirompak membuat saya geram dan marah. kenapa tidak sedikit wang ini digunakan utk meringankan beban rakyat seperti jiran saya ini misalnya.