Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, telah meminta DAP mengeluarkan senarai ahli-ahlinya dari kaum Melayu jika benar DAP sekarang sedang mendapat sokongan dari kaum Melayu. Khairy berkata setakat 3 orang Melayu yang menyertai DAP itu tidak melambangkan yang parti itu sudah diterima oleh orang Melayu. Saya tidak yakin kenapa penyertaan orang Melayu di akhir-akhir ini menjadi isu dari Sabah hingga ke Perlis.
Saya hanya hendak memberikan komen yang pendek terhadap cabaran Khairy ini dan saya rasa boleh memberikan jawapan kepada kenyataan Khairy itu kerana saya adalah salah seorang dari orang Melayu yang telah menyertai DAP baru-baru ini.
Untuk pengetahuan Khairy DAP tidak membuat pengasingan ahli-ahlinya mengikut bangsa dan agama. Di dalam borang permohonan menjadi ahli, tidak ada petak yang bertanyakan dari kaum apa pemohon-pemohon tersebut kerana sebagai sebuah parti yang memperjuangkan untuk semua tanpa mengira kaum dan budaya bangsa dan ethnik ahli-ahli tidak menjadi perkara penting.
Jika Khairy benar-benar mahu tahu jumlah keahlian Melayu dalam DAP, mungkin saya boleh mencadangkan kepada DAP untuk Khairy datang ke pejabat DAP dan mengira sendiri jumlah keahlian dari kaum Melayu. Khairy boleh dibekalkan dengan semua borang-borang permohonan yang ada di dalam setor DAP dan kiralah satu persatu setiap borang permohonan dari orang Melayu itu. Selepas itu Khairy boleh mengumumkannya sendiri.
Jika Khairy melakukan pengiraan sendiri, jadi tidak akan timbul isu tentang jumlah keahlian orang Melayu lagi dan tidak payah hendak menyusahkan DAP untuk membuat pengiraan itu. DAP tidak hendak bersaing untuk menunjukkan keahlian Melayu. Hanya parti itu telah mula mendapat suntikan semangat dengan ramai penyertaan dari kaum Melayu.
Bagi saya yang lebih penting Khairy lakukan ialah untuk menjaga keahlian UMNO yang berjuta orang itu yang semuanya Melayu. Elok kita memberikan input yang nyata dan jelas yang di antara lebih dari tiga juta keahlian UMNO itu, lebih dari 1 juta dari mereka telah memangkah simbol pembangkang di dalam pilihanraya yang lalu. Tindakan mereka itu serupalah seperti meninggalkan parti juga.
Di Rembau itu sendiri Khairy perlu mengambil perhatian kerana tidak semua ahli-ahli dan pimpinan UMNO di sana memberikan sokongan kepada beliau. Pengalaman selama 40 tahun dalam UMNO itu memadai untuk saya membuat penilaian terhadap banyak bahagian UMNO di mana-mana khususnya di Negeri Sembilan.
Memang UMNO ramai orang Melayu, malahan semuanya dari kaum Melayu. tetapi kaum ini jugalah yang akan memberi masalah kepada UMNO khususnya Khairy. Kalaulah pemimpin UMNO seperti Khairy sedar, masalah UMNO bukan ditimbulkan oleh pembangkang, tetapi oleh ahli-ahlinya sendiri.
Maka Khairy elok tumpukan masa dan tenaga beliau untuk memulihkan kesatuan dalam UMNO itu sendiri.
Biarkan DAP itu melaksanakan tugasnya walaupun dengan hanya ‘segelintir’ Melayu yang mempunyai pemikiran di dalamnya. Yang sakit sekarang bukannya DAP tetapi UMNO. Yang kelam kabut sekarang bukannya PAS tetapi UMNO. Yang menyakitkan UMNO adalah oleh ahli-ahlinya sendiri bukannya PKR.
Kalau hendak terima pandangan ini terimalah. Kalau tidak terima pun ia bukannya menjadi kudis kepada Pakatan Rakyat. Itu Khairy kena faham. Musuh Khairy bukannya kami di sebelah sini tetapi mereka yang ada di bawah ketiak beliau sendiri dan juga di kalangan ‘war lords’ dalam UMNO itu.
KJ harus lah menjaga hal sendiri bukan menjadi kay poh. Kalau pun beliau menerima cabaran menyemak sendiri senarai ahli-ahli DAP, ada kah beliau akan mengumumnya dengan betul? Kita menunggu.
ReplyDeletesalam sdr Aspan!
ReplyDeletemakan nasi bersayur bayam
sambal belacan perencah belimbing
cantiknya musang berbulu ayam
pedihnya duri di dalam daging.
Tk dari mak Wa.
Short and Sweet!! Straight to the point!! You sure have soft spot for his guy. Am sure he is calculating his chances for future government too, could be from either side.
ReplyDeleteWell said Sdr Aspan. Kalau ya pun Khairy hendak bandingkan keahlian bangsa Melayu kenapa mesti bandingkan antara UMNO dengan DAP? Sepatutnya UMNO dibandingkan dengan PAS manakala MCA dengan DAP. Ada ke Melayu dalam MCA? Setidaknya DAP terbuka kepada semua bangsa dan Melayu sekarang mula berminat dengan DAP. Mungkinkan MCA akan buka pintu keahliannya keoada bukan Cina?
ReplyDeleteRupanya lulusan Oxbridge ni ada juga bahagian yang tak cerdiknya.
Manakala musuh sebenar Khairi Jamaluddin bin Abu Bakar (KJ) adalah Tun Mahakutty dan Mukriss Kutty (Tim KJ) yang juga bertaraf Menteri. KJ juga bertaraf Perdana Menteri, tetapi di zaman Pak Lah (tkt 4). Sekarang ini hanya tukang salak dan tukang karut UMNO aje.......Tetapi terima kasihlah kerana sanggup membebaskan Anwar semasa anda berkuasa dahulu. Budi anda akan kami sanjung tetapi tidak bagi Tun Mahakutty (dendam sampai mati).
ReplyDeleteAA,
ReplyDeleteI have been following your few comments on KJ. I really think that you have soft spot in this guy.
Betul ke tidak?
Aku ingat Elite umno aje yang nak memperbodohkan orang melayu dari dulu kini dan selamanya. Tapi rupanya budak oxford ni pun sama juga.
ReplyDeleteBaru ni balik kampung. Ingat takde perubahan macam dulu sebagai penyokong tegar umno. Tapi kali ni angin perubahan semakin ketara. hairan juga.
drp: zuki ahmad
Khairi, Ahli Parlimen Rembau, Neg 9, bukan waris anak N9 mengikut Adat. Mengikut Adat Perpatih, waris ikut sebelah IBU. Ibunya dari Kedah. Sewaktu PRU12 beliau beria-ia cuba meyakinkan pengundi beliau anak tempatan. Pembohong ini tak tau langsung cakap longat N9. Namun dengan sogokan wang, masalah itu dapat diringankan. Khairi pembohong...
ReplyDeleteBrother KJ saya ni bukan tak tahu. Cuma suka-suka provoke saje. Macam sayalah. Syok-syok saje.
ReplyDeleteTakkanlah tak tengok dalam mesyuarat 98 pc slit eyes yellow skin, 1 pc Black metallica and now three tawny skin prized Malays.
Cukup bersyukur mereka sampai keluar statement you trio jadi DAP cadre.
I really pray you and Sakmongkol will be treated well and given high party posts and Cabinet posts if the party becomes the government.
Tak gunalah bangga ada Melayu tetapi juga mesti Memelayukan sikitlah the party in deeds.
The Malays do not fear the DAP. They don't like the party.
There are Malays even the highly educated ones who think it's a communist party and similar to PAP.
Janganlah cakap tentang orang kampung yang anggap DAP macam benda haram.
Baguslah you all masuk to change from within the face of DAP to be really inclusive and Malay friendly.
Ajarlah juga para penyokong DAP mengundi calon Melayu mereka just like Malays who always voted MCA or MIC candidates.
KJ is no longer relevant! Especially in umno. Persoalannya bukan berapa ramai melayu dlm DAP, tetapi berapa ramai bukan Melayu dalam UMNO. Bukankan 1Malaysia diperjuangkan oleh presiden umno baru?
ReplyDeleteSalam Sdr Aspan,
ReplyDeletePada pandangan saya kerana Melayulah yang menjadikan umno huruhara, bayangkan jika satu bahagian ada 10 perwakilan yang setiap satu membawa sebilangan wakil cawangan, bayangkanlah banyak mana yang menadah habuan/laba dari parti.
Saya pasti setiap individu mengkarapkan balasan dalam bentuk material dari parti. Yang dapt banyak sudah tentu merasa manisnya bagai madu, yang sedikit mungkin manisnya bak pucuk tebu.
Lama kelamaan perkara ini menjadi candu kepada wakil cawangan dan bahagian , mereka pula perlu membela kuncu2 diperingkat bawah sementara wakil bahagian menjadi barua kepada wakil rakyat.
Tak heranlah ada kata2 dalam umno tiada siapa yang tidak bermasalah.
Tapi saya rasa lebih tepat.. tiada siapa yang tak terima habuan.. Jika pemimpin umno bijak mereka tidak perlu mempersoalkan orang melayu yang meangotai parti lain, itu hak individu membuat pilihan dengan akal yang dikurniakan tuhan sebab itulah dalam pilihanraya ada antara ahlinya tidak menyokong calun mereka sendiri. Apa yang diperlukan, sekolahkan ahli2 mereka yang mereka dakwa sekian ramai;Sejak sekian lama umno tidak mahu berubah dan sekarang telah sampai masanya rakyat merubah umno/bn.... sendiri mahupikirlah.myi
Salam AA,
ReplyDeleteKhairy pun dah tiba di perhujungan jalan. Begitu pun Umno. Rakyat dah lama lupa siapa Khairy. Itu budak siapa ? Khairy itu apa ?
Oii..KJ menantu KT(kaki tidur).
ReplyDeleteSekarang ni zaman manusia mencari dan menghargai kualiti.Memang ahli UMNO berjuta,tetapi majoritinya adalah org2 kg. yg disekat minda mereka,org2 asli peninsula,org2 yg tinggal dlm hutan Sabah Serawak,yg buta huruf,boss2 Mafia/warlord,lanun2 darat,geng2 pencuri lembu,geng2 mamak hipokrit,kaki2 kipas/jilat ,berbagai-bagai spesis ular,,Mat2 rempit dan bohsia2.
Sibuk jer nak jaga tepi kain org.Kain sendiri(umno) dah nak terlucut tak sedar ke.
QD, rupo2nyo Aspan tak sensor kamu pun yo..
ReplyDeletePak,
ReplyDeleteFor a party that "boast" 3 million members, UMNO are sure scared of the entry of "3" melayu who joined DAP. For a party that boast it is the biggest "muslim democratic" party, UMNO are sure intolerant of free choices and free will to forcefully disrupt a gathering that are campaigning against them (the "Hindraf-ABU" ceramah being attacked by UMNO youth led typically, by a leader who are "badak" in size but with "siamang" for brains). For a party that claims it is for all and sundry (not racist and 1Malaysia), most of its "kipas susah mati" and mercenary defender here, love to use vulgar and uncivilized oxymoron word (in malay we use "BANGANG" to label this type of people) such as slit eyes, black metallica and communist (and still they wonder why the Chinese, The Indian and may other race including the malay themselves are hateful of UMNO?). UMNO sure has a lot of problem but it would seem that everyone except UMNO sees the problem.
UMNO also have another fallacious belief which is "everything and anything they do, WILL be and MUST be accepted by the Malay, and if NOT then those Malays are traitorous"! Huh? "How can that be?" some of you might be asking your self but that's the reality! That's the mentality and that's the world view of UMNO and its ultra 'kipas susah mati", never mind that it is totally ridiculous and not to mention "loony"! Just look at the not so recent PAU, just listen to the many "upside down" intelligent comment coming from UMNO leaders and just contemplate their manner and behavior (threatening, blackmailing and of course bribing) in dealing with the rakyat as a government. As we can see, even an Oxfart or Oxford (judges are still out on that and sorry Pak, I have a total dislike of this fella) graduates manages to discard his education to wear the robe of ultra "UMNO"man (which does not require a brain much less a conscience).
And yes, the problem with UMNO is not the people of Malaysia, not the communist (hey, UMNO invited even CPC to their PAU, so UMNO loves the communist too) and not the opposition. The problem with UMNO is the very people that make up the majority of UMNO. The problem with UMNO is that they are full of political mercenaries, opportunistic mercenaries, kaki pukul with brainless head, rent seekers and leeches, contract hounding vultures, warlord and cabal leaders, corrupter and deceivers, weak leaders and strong blackmailers WITH little else! In other words, UMNO is a party that no ordinary, decent, peace loving and law abiding citizen or rakyat will join.
That's why ABU is getting traction! That's why there's a strong upheaval in East Malaysia and that's why Najib is still looking at the stars and the money, to decide the date of the next GE! Despair, oh ye Ultra UMNOman! Despair in silence, in quiet sobs and in your coconut shell. Change is coming and all of you are invited too if you can shed your coconut shell, grow a conscience and of course a little bit of brain matter will be good too.
Nick.
Salam.
ReplyDeleteSiapa Kj ini? Pada saya keberadaan dia dalam UMNO sebahagian besarnya kerana mertuanya Pak Lah! Semasa era mertuanya, Kj adalah sebahagian Warlord yang mengemudi UMNO mengikut lenggoknya.
Melihat idea dan bicaranya Kj nampak hebat tetapi pemuda di bawahnya seolah-olah 'mati'. Tiada gagasan besar yg disuntiknya. Sepatutnya Pemuda berada di barisan depan dlm membawa reformasi UBN setelah kekalahan memalukan pada PRU12.Adakah Kj buta akan keperitan rakyat marhaen akibat kenaikan petrol yang puncanya datang dari era mertuanya?
Apabila Kj secara sedar bertindak menyediakan kubu kepada Shahrizat tentang projek lembu, Kj sebenarnya mendedahkan siapa sebenar dirinya dan peranannya semasa era mertuanya.
Kj seharusnya belajar dari sahabatnya Saifudin Abdullah yang sentiasa konsisten dalam sikap dan pegangan politiknya. Sosok seperti Saifudin adalah versatile, dan akan mudah diterima oleh rakyat malahan PR andainya jika beliau ingin berubah medium perjuangan.
Tetapi Kj, stigma dirinya akan sentiasa membelenggu dirinya. Kj akan sentiasa gelisah antara cita-cita besarnya,stigma dirinya,dan wadah perjuangan.
Benarlah seperti kata Pak Aspan jagalah dan bersihkanlah halaman sendiri dahulu...
Saudara Aspan,
ReplyDeleteSaya suka cadangkan kepada KJ supaya hentikan pengkatigorian rakyat megikut bangsa. Elokkan diri kita dengan berfikir kepada yang lebih positif,bermunafaat kepada manusia sejagat.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteYang namanya ahli politik Malaysia ini tidak ada keinginan untuk melihat masaalah dalaman parti mereka sendiri. Yang di fikirkan hanyalah kelemahan dan sampah di rumah parti lawan. Berbilang parti ada di negara kita akan tetapi perangai nya tetap sama. Baju berbeza tapi keceluparan mulut dan akal yg pendek tetap sama. Teruskanlah perangai hodoh kalian. sampai masa nanti kami pengundi akan menggunakan hak kami.
lovemyKris
ReplyDeleteBonar tu. Surprise, surprise. Ada banyak juga Tuan Aspan censor. Tapi takpe saya hormati keputusan dia. Yang sebenarnya saya amat suka dengan Tuan Aspan. Cuma suka provoke saja. Usik je. I don't have bad intentions towards him. I hormati his wisdom and maturity which I can learn from. Dia jauh senior from kita semua.
Salam Saudara Aspan
ReplyDeleteKJ telah membuat apa segalanya perlu untuk meng"re-invent" dan meng"re-brand" diri dari mencari-cari rakan ke mengampu-berampu dsbnya untuk nak menjadikan dirinya relevan dalam percaturan politik baik dalam UMNO juga dalam politik negara amnya.
Kerana apa yang dia telah banyak terlanjur melakukan ketika dia "budak tingkat empat" dulu akan terus memberi kesan yang kuat menggagalkan kesemua usaha-usahanya - lanjutan itu dia tidak akan kemana dalam UMNO dan tidak pula akan diterima PKR, PAS atau DAP.
Setentunya dia tidak akan diberi kesempatan apa pun untuk bertanding di PRU 13 akan datang selagi Mahathir maseh berkuasa disebalik tabir.
Ya, KJ sudah hampir menamatkan careernya. Sememangnya dia yang terlalu cepat meningkat begitu akan lajunya dia diturunkan!
Khairi akan tinggalkan Rembau dan minta Pak Mertuanya calonkan dia di Kepala Batas..
ReplyDeleteApa kata KJ tak bertanding dan dilantik sebagau duta. Happy Tak?
ReplyDeleteTapi being agent provocateur, saya lebih suka tengok KJ MB N9 and Mukhriz Mahathir MB Kedah.
Boleh kita tengok body language daddy and Pa-in Law and KJ and Mukhriz. Syok woi.
Sdr Aspan,
ReplyDeleteTak payahlah layan si KJ tu dan suruh dia mengira bilangan Melayu dalam DAP. Biar dia selesai dulu mengira lembu2 Syahrizat tu yang terlampau banyak..lembu Shahrizat sebahagian dah hilang tah kemana.. Tan Sri Ambrin Buang dah komplen tu ! Shahrizat perlukan dia kerana kiraan dia tepat sebab dia graduate Oxford !
KJ patut kira berapa ahli UMNO yang Melayu celup. Melayu celup ini berpidato lebih Melayu dari Melayu. Indon, Jawa, Filipino, Arab dan lain-lain ini yang menambah keahlian UMNO dan dalam masa yang sama menipu orang Melayu dengan menjadikan saudara mara pendatang mereka sebagai bumiputera. Kaum Melayu yang sebenar dan orang Asli ditipu dengan janji manis. Kaum Cina dan India yang lahir selepas merdeka pun orang UMNO label sebagai pendatang tetapi UMNO lah yang meMelayukan pendatang selepas merdeka dan memberikan kelebihan status bumiputera kepada pendatang ini.
ReplyDeletestesenblog.blogspot.com
Salam AA,
ReplyDeleteLebih baik berada dalam kandang harimau yang kita kenal dan jinak dari berada sekandang dengan kambing yang rakus..in this kes sekandang lembu yang pelahap.
Renung2kan,
Surrogate
KJ rather than counting the number of Malays in DAP, why not count the number of Malays who feeds their families and makes a living by searching the bins and dumpsites? Since UMNO is so proud of ketuanan Melayu, I feel sad when I see these marginalised Malays whose PM is a Malay, MB a Malay and from UMNO.
ReplyDeletePak, why won't you dedicate a few lines to Ibrahim Ali, agent provocateur and one of the most ridiculed yet publicity laden personality we Malaysians have ever known? Would really love to know what you think of him. Of KJ, please forget him. Of QD, an ignoramus should always be just, well, IGNORED!
ReplyDeleteKak Yong
QD,
ReplyDeleteAgree with you. KJ makes a good ambassador.
Was told that Najib is appointing KJ as Ambassador to Mongolia to look after his step-son, Altantuya's other child.
KJ berkata begitu utk menunjukkan bahawa dia masih relevan dan boleh masih winnable candidate dlm PRU-13 nanti, jg supaya masih 'terlihat/terpandang' oleh Najib walaupon mungkin akan di 'jeling' oleh Mahathir..
ReplyDeleteKJ sebenarnya sudah tidak ada apa-apa... Dia dulunya gah kerana 'menantu ayah'...ibarat Putera Raja yg menanti masa utk menaiki takhta. Apabila Maharaja sebenar di balik tabir=Mahathir bersuara, maka jatuhlah Maharaja sementara, lalu naik pula Maharaja Bugis takut bini yg semacam semakin hari semakin nampak hilang kawalan terhadap segala2nya, bermula hilang kawalan terhadap bini, warlord2 Umno dan juga kawalan ekonomi... Hanya Maharaja Bugis ni tahu ialah memberi rasuah kpd rakyat "i help you, u help me".
hahaha good one, timor.
ReplyDeleteambik ko QD...
ReplyDeleteAspan,Khairy Jamaluddin is just a big mouth,small kid on the block.I used to think of Khairy as a smart young aspiring politician.
ReplyDeleteHe has all the groundworks set up for him in his political career.But due to his immaturity,he screwed everything up on the way.His biggest screwup was attacking LGE's schoolkid son.
A man of his stature should not go after a politician's schoolkid son,whether the accusations were true or not.He should have left it to his underlings to do the dirty work.But being the bigmouth he is,he just could not resists the temptation of the carrot dangling in front of him.
And when the facts were out that it was just pro-Umno bloggers at work,blowing hot air into the cool chilly skies,he lack the courage to appologise.He lack the balls and he has shown again when he chicken out of the NFC debate.This kid is all talk only.
kJ.. we cn csder him smart enough..he knw well hw to ' make use of his pakLah. but at this bikmama.. i thk he is.. struggling to bcome smarter.. to make sure.. still rlevent to Umno
ReplyDelete-tokJebang
Hi everyone, I have nominated this blog for The World Bloggers & Social Media Awards 2012 for the Best Political Blog category. You can vote for the blog here:
ReplyDeletehttp://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=26
Hi En Aspan,
ReplyDeleteCan you add a link to my blog
http://pirates-of-putrajaya.blogspot.com
I see my best buddy Bruno is following me here.
ReplyDeleteHe is my sparring partner in Sak's blog.
He knows I am a big fan of Sak and Aspan.
Welcome, Bro.
Anon 22.09
Saya ambik. Thanks. Biasanya saya tak ambik, saya memberi.
I hire and fire people.
I am never a receiver.
UMNO so proud of its Malay members?
ReplyDeleteHow many of them are Melayu-celup?
Many Bangladeshi,Pakistani,Myanmars,Thais & Cambodian muslims are having PR status right now.Dont be surprise UMNO will have another 300,000 members from these new Bumiputras(@Melayu) very soon.
@QD
ReplyDeleteSaya ambik. Thanks. Biasanya saya tak ambik, saya memberi.
I hire and fire people.
I am never a receiver.
______________________________________
what a typical umno's attitude..
never admit n never learn..
u shows d ordinary egoistic of umnos