Negara kita ini adalah sebuah negara Persekutuan (federation) dan bukannya sebuah negara ‘unitary’. Putrajaya itu bukan pusat pentadbiran kerajaan pusat tetapi pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia. Persekutuan kita terbentuk pada 2hb Februari 1948 dalam mana kesebelasan negeri-negeri yang berada dalam Semenanjung menandatangani perjanjian untuk bersatu dan membentuk sebuah persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu (PTM).
Justru, kesemua negeri-negeri bersekutu dan tidak bersekutu serta dua buah negeri Straits Settlement Pulau Pinang dan Melaka membentuk sebuah persekutuan yang berpusat di Kuala Lumpur. Tidak perlu diulangi bagaimana persekutuan ini terbentuk kerana sudah terlalu banyak saya tulis sejak 3 tahun yang lepas. Tetapi yang penting di sebut pada hari ini ialah negeri-negeri merupakan negeri-negeri yang berlainan di bawah jajahan Raja-Raja nya dan kerajaan mereka sendiri.
Tetapi dengan wujudnya Persekutuan Tanah Melayu itu, negeri-negeri Sembilan negeri yang beraja dan dua negeri selat itu bersatu di bawah sebuah persekutuan. Maka selepas merdeka wujudlah sebuah negara persekutuan yang berdaulat dan tentunya kedaulatan kerajaan persekutuan itu datangnya dari kedaulatan negeri-negeri di dalam persekutuan itu.
Dalam sesebuah negara persekutuan, kerajaan persekutuan wajib menghormati kerajaan-kerajaan negeri di bawahnya sebagai negeri-negeri yang berdaulat. Kerajaan Persekutuan wajib menghormati rakyat negeri-negeri itu kerana rakyat negeri-negeri itu mempunyai legislatifnya sendiri. Siapa yang rakyat pilih itu wajar dihormati oleh pimpinan persekutuan.
Tetapi sejak 3 dekad yang lalu pimpinan persekutuan tidak menerima semangat persekutuan itu dengan kerelaan malahan persekutuan seolah-olah menjajah negeri-negeri di bawahnya terutamanya kepada negeri-negeri yang dipilih rakyat itu bukannya dari parti atau kelompok kumpulan pemimpin di peringkat persekutuan. Kerana apa semuanya ini? Politik kepartian dan lebih-lebih lagi politik peribadi mengatasi segala-galanya, waimma lebih kuat dari agama dan Tuhan.
Semangat dalam Perjanjian Persekutuan itu telah dilacurkan secara terang-terangan dalam isu royalti minyak bagi negeri Kelantan dalam mana Petronas (Kerajaan Persekutuan) enggan membayarnya kepada Kelantan semata-mata rakyat Kelantan memberikan mandat kepada PAS untuk memerintah negeri itu.
Barang diingat perjanjian ‘vestine’ di antara Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan yang ditandatangani pada bulan Mei 1974 jelas adalah perjanjian Petronas dengan rakyat Kelantan yang diwakili oleh Dato Mohamad Nasir, Menteri Besar PAS Kelantan, semasa itu. Petronas yang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato Mohamad Nasir itu menanda tangani ‘vestine deeds’ semasa itu merupakan perjanjian di antara Petronas dengan rakyat Kelantan. Ia bukan perjanjian di antara Petronas dengan UMNO Kelantan.
Perjanjian yang serupa telah ditanda tangani oleh Petronas dengan semua kerajaan-kerajaan negeri tidak kira yang ditadbir oleh UMNO, PAS atau mana-mana parti sekali pun. Ia merupakan perjanjian Petronas dengan rakyat negeri-negeri yang berdaulat dalam persekutuan ini.
Tindakan Dr Mahathir untuk tidak menghormati perjanjian di antara Petronas dengan rakyat Terengganu selepas pilihanraya 1999 dahulu menjelaskan kepada kita semua yang beliau (Mahathir) telah melanggar perjanjian di antara Kerajaan Persekutuan dengan rakyat negeri Terengganu dan sekarang dengan rakyat negeri Kelantan pula.
Tetapi Petronas telah kembali membayar royalti itu kepada negeri Terengganu setelah UMNO mengambil alih kerajaan Terengganu tetapi dalam bentuk dan cara yang agak pelik dan tidak begitu telus. Bagi UMNO Petronas hanya akan membayar royalti apabila rakyat negeri-negeri memberikan mandat kepada UMNO selepas mana-mana pilihanraya.
Ini merupakan pencabulan secara terang-terangan terhadap perjanjian ‘vestine’ yang ditanda tangani itu dan juga merupakan pelacuran terhadap semangat persekutuan yang kita telah wujudkan itu. Itulah sebabnya saya selalu berkata yang pimpinan UMNO hari ini hanya bernafsu uintuk berkuasa tetapi tidak tahu asas keperluan untuk memimpin sebuah negara persekutuan seperti negara kita ini.
Bagi mereka, kuasa itu modal untuk membina kekayaan dan membentuk beberapa ‘warlords’ yang akhirnya mempengaruhi sistem berpersekutuan kita ini. Bagi mereka itu ‘kuasa’ adalah ‘ultimate’. Samada moral itu terpilihara atau tidak itu tidak menjadi hal. Negara jahanam dan rakyat porak peranda, itu bukan tanggungjawab mereka.
Saya mencadangkan kepada mana-mana pihak untuk mengadakan forum terbuka tentang isu ini kerana ia adalah isu yang sangat penting Isu ini telah dilalaikan sehinggakan pimpinan sekarang sendiri tidak memahami konsep ‘Federalism’ yang kita sepatutnya amalkan selama ini.
Oleh kerana tidak memahami Perjanjian Persekutuan dan semangat yang ada bersamanya itulah yang menyebabkan masih ada rakyat yang masih menyokong kumpulan yang hendak menjahanamkan persekutuan kita ini.
Kita tidak mahu lagi melihat semangat persekutuan ini terus menerus diporak perandakan oleh elemen-elemen penjajahan seperti tindakan-tindakan yang menyerupai seperti Malayan Union dilakukan oleh kerajaan persekutuan terhadap negeri-negeri yang berada di dalam wilayah persekutuan, bernama Malaysia ini.
Rakyat telah menolak Malayan Union dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, kenapa pula dalam perlaksanaannya diperlakukan seperti kita masih berada di dalam kerajaan Malayan Union?
Assalam Pak Aspan,
ReplyDelete..kenapa pula dalam pelaksanaannya diperlakukan kita seperti kita masih berada dalam kerajaan Malayan Union? Disini mungkin saya ada jawapannya tetapi entah betul entah tidak.Ini mungkin kerana salah satu parti yang mendasari kerajaan BN sekarang merupakan anak didik kepada golongan yang mengusulkan Malayan Union malah penggubalan dasar parti ini juga dibantu oleh mereka.Tidak mustahil sedikit sebanyak ada sifat yang diwarisi dari leluhurnya.Menindas tidak apa
walau keatas sesama bangsanya asalkan boleh terus kekal berkuasa.
W.Parjo.
Satu komentar yang bagus mengenai salahguna sistem persekutuan kita masakini. Hanya satu komen dari saya - Persekutuan kita wujud pada 16 Sep 1963 apabila North Borneo (sekarang Sabah), Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu menandatangani "Malaysia Agreement". Mungkin saudara boleh mengulas isu-isu berbangkit daripada 'non-adherence' kepada 20/18 perkara (untuk Sabah dan Sarawak) dalam satu lagi blog posting?
ReplyDeleteSdr Aspan,
ReplyDeleteInilah demokrasi ala Malaysia yang diperkenalkan UMNO BN. Atas sebab itu bagi memperbetulkan keadaan, BN harus ditumbangkan utk diberi pengajaran dan peluang harus diberi pada PR utk membuktikan keupayaan mereka.
Jika PR dapat memberi perkhidmatan sewajarnya, adil selaras dengan semangat persekutuan dan mengekalkannya..maka kita perlu kekalkan PR. Biar BN menjadi pembangkang selamanya selagi mereka tidak mahu belajar dari pengalaman.
Sejarah membuktikan bila sesuatu pihak memegang kekuasaan terlalu lama..mereka cenderung menjadi lupa diri. Maka kita sebagai rakyat yang cerdik harus pertimbangkan sistem giliran pemerintahan bila marasakan situasi kian kronik dan memerlukan perubahan seperti yang sedang berlaku sekarang.
JANGAN SOKONG SAMPAI NEGARA REBAH BIAR APA PUN PARTI ANDA !
77ghyuhb
ReplyDeletesaya penuh yakin selain daripada penganut umno walaupun ianya berbangsa melayu, beragama islam dan sah kerakyatan malaysia tetap tidak akan mendapat layanan istimewa daripada kerajaan umno. Kalau penganut umno walaupun rakyata filipina, atau bangladesh, atau jawa, atau indon, atau nepal, atau israel akan pasti mendapat layanan istimewa dari kerajaan umno. Fahaman ini dibawa oleh tun Mahathir. Itu sebab rakyat kelantan yang tidak menganut umno, tidak mendapat duit royalti minyak, begitu juga nasib rakyat terengganu semasa pemerintahan pas. mamposlah kamu orang melayu yang tidak menganut umno.
ReplyDeletegreat post, thanks
ReplyDeletehasbeemasputra,
ReplyDeletePerjanjian persekutuan berlaku pada tahun 1948, 9 tahun sebelum kemerdekaan kita
Dulu rakyat menolak malayan union,sekarang rakyat akan menolak umno union....
ReplyDeletesalam bang,
ReplyDeletesilo baco posting terbaru den di www.justread-whatever.blogspot.com
satu saranan.
tq
bujai,
ReplyDeleteAbang kau ni baru baco apa yg you suruh tu. Good one. Thanx
Salam AA,
ReplyDeleteIzinkan saya melontar pandangan saya, walaupon mungkin ada yg tidak bersetuju. Manusia akan seronok dgn kuasa, sebagaimana juga harta & wanita, manusia ingin memiliki 3 Ta ini semaksimum yg boleh... Jika dahulu Raja2 Melayu & Pembesar (kdg2 juga adalah Warlords zaman Monarki/Feudal) merupakan institusi yg memiliki 3Ta ini... Setelah Malaya merdeka, kuasa ini telah berpindah kpd Ketua Menteri Malaya, setelah itu kpd Perdana Menteri Malaysia. Raja2 hanya tinggal 2 kuasa sbgmana pd zaman Kolonial, iaitu agama dan istiadat Melayu sahaja. Sistem Demokrasi membolehkan rakyat memerintah/mentadbir negara ini bagi pihak Raja/Sultan. Manusia tetap bernama manusia sama ada ianya adalah Raja/Sultan/Presiden/Perdana Menteri dan sebagainya. Jika tak ada taqwa, etika, disiplin diri & kesedaran maka mudahlah seseorg yg bernama manusia itu "melanggar apa2 saja arahan/undang2/Perlembagaan" walaupon ianya telah termaktub dlm Perlembagaan, apatah lagi di sebuah negara yg mendapat Demokrasi separuh masak kerana parti yg memerintah selama 54 tahun ini tidak ada kesedaran/ 'political will' utk menjadikan Malaysia sebuah negara yg benar2 Demokratik yg rakyatnya faham erti Demokrasi (ada Kerajaan & Pembangkang & pertukaran kuasa antara parti utk memerintah adalah sesuatu yg baik utk rakyat) Pertukaran/ perpindahan kekuasaan dr penghormatan dan taat setia (konsep sembah)drpd institusi Raja kpd Pemimpin2 parti Politik ini telah berlaku secara beransur2 dan mencapai puncak kegemilangannya (sebenarnya kehancuran pd jangka masa pjg) semasa Mahathir menaiki takhta PM pd tahun 1981. Siapa berani menyanggah kuasa PM Mahathir pasti karier politiknya akan menemui ajal. Umno mewujudkan YESMAN, YESMAN.... yg tugasnya mengampu Diktator di puncak kuasa. Jadi dosa kerosakan, terletak di tangan kedua2nya, Diktator & YESMAN... Win-win situation... yg lose (rugi) ialah rakyat... Mahathir terlalu berkuasa... bersama pengampu2nya. Natijahnya, Perlembagaan di kepit dibawah ketiaknya, hinggakan Raja2, Hakim2 semuanya tunduk di bawah "telunjuknya"...Tiada lagi dijumpai "Check and Balance"...MASING2 MEMIKIRKAN FAEDAH KPD DIRI & KRONI. Inilah faktor wujudnya Warlords zaman skrg warisan zaman Mahathir... Kita juga seakan2 kembali kpd tradisi Pemerintahan Feudal baru di ketuai PM & warlords nya= Diktator. Jika di rujuk apa yg berlaku di Yunani sebelum munculnya Demokrasi, masyarakat kita juga menuju ke arah jalan yg sama. Di Yunani, bermula dgn Feudal/Monarki kpd Oligarki kpd Aristokrasi kpd Tirani/Diktator...dan akhirnya membawa kpd kesedaran rakyat utk memerintah, iaitu Demokrasi... maka mungkinkah selepas ini, Demokrasi yg tulen akan terbentuk selepas PRU-13 nanti. Wallahua'lam.
Sambungan...
ReplyDeleteDari sudut agama Islam ada byk ayat2 yg menerangkan tentang situasi politik Umno, antaranya :
٣٦)
"Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. [Surah Al-Zukhruf : 36]
(Apabila seseorg itu tidak mengendahkan pengajaran al-Quran)
DISINI KITA DAPAT TAHU, SIAPA "PENASIHAT2' PIMPINAN UMNO YG SEBENARNYA, DAN KENAPA MEREKA TAK DPT 'MELIHAT' YG HAQ DGN YG BATIL.
Cuba pula fahamkan peringatan Allah kpd org2 Islam,dan beza perkongsian Umno dgn MCA secara wala', berbanding PAS dgn DAP secara Tahalluf Siasi. Firman Allah SWT lagi yang bermaksud:
"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu bapa-bapa mereka, anak-anak mereka, saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripada-Nya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. [al-Mujadilah: 22]
Dan akhirnya tentang Parti Allah, Sifat-sifat HIZBULLAH (Parti Allah) telah diterangkan sendiri oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (menjadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang." [al-Maidah: 54 - 56]
Akhir sekali, kenapa Umno Tidak mahu menolong PAS/Melayu Islam Kelantan...Tetapi boleh pula menolong MCA/MIC/Gerakan.
ReplyDeleteTolong menolong itu ciri-ciri orang mukmin sebagaimana dijelaskan didalam Al Qur’an:
Dan orang-orang beriman laki-laki dan wanita, sebagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebagian yang lain….(QS. Attaubah: 71).
Tolong menolong itu wajib bagi orang-orang mukmin kerana musuh-musuh orang mukmin pun saling tolong menolong, kerana itu boleh menimbulkan kerosakan yang besar di muka bumi sekiranya orang-orang mukmin tidak bersatu padu. Ketika ini umat Islam banyak yang meninggalkan apa yang telah diperintahkan Al Qur’an dan as sunnah, mereka bersaing satu sama lain padahal mereka semua adalah muslim, sebahagian mereka bahkan lebih dekat kepada orang-orang kafir, dibanding kepada saudara-saudara mereka seagama. Allah menyatakan bahawa fitnah dan kerosakan yang besar akan terjadi ketika umat Islam meninggalkan ukhuwwah Islamiyyah (persaudaraan Islam) sebagamana firman Allah Swt:
Adapun orang-orang kafir sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu kaum muslimin tidak melaksanakan apa yang diperintahkan Allah itu (ukhuwwah Islam) niscaya akan terjadi kehancuran dimuka bumi dan kerosakan yang besar. (QS. Al Anfaal: 73).
Dalam kaitan itu Rasulullah Saw melukiskan hubungan antara pemeluk Islam dalam kehidupan keseharian bagaikan satu kesatuan tubuh sebagaimana sabdanya:
“Perumpamaan orang-orang beriman, dalam saling mencintai, saling menyantuni sesama mereka, adalah laksana satu kesatuan tubuh. Apabila satu bagian dari tubuh itu menderita sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasakannya.” (HR. Muslaim).
Salah satu ciri munafik ialah mengingkari janji.BN,terutama UMNO akan janjikan bulan + bintang kpd raktat utk berkuasa.Bila berkuasa,akan hanya mengayakan kaum kerabat+kroni shj.Era mamak murtad hingga kini,bila nak PRU akan merasuah+mengugut rakyat.Rakyat mesti hentikan budaya tak bertamaddun BN.
ReplyDeleteMenafikan royalti minyak kpd Kelantan mencerminkan perangai BN yang zalim dan bersifat diktator.Kalau tak boleh undi parti lain,samalah macam negara komunis yg menyokong hanya satu parti.
Buat apa membazir wang rakyat diadakan PRU?
Setelah 1/2 abad berkuasa,nyata BN semakin menurun prestasinya dan tiada pelan jangka panjang utk meningkatkan taraf hidup rakyat.Kos hidup yg tinggi tidak seimbang dgn gaji dan kualiti hidup yg rendah.
Sudah sampai masanya,rakyat yg prihatin menukar menu basi yg dihidangkan oleh BN.Kita cuba menu baru+segar dari PR pulak.
Kita tengok dulu samada blog owner ni demokratik atau tidak?
ReplyDeleteA well thought article which cannot be refuted.
ReplyDeletekalau dikaji betul-betul, negara-negara kecil yg menolak untuk tidak bergabung dengan persekutuan tanah melayu dahulu misalannya brunei, singapura yg keluar dari malaysia, agak baik ekonomi mereka sekarang jika dibandingkan dgn malaysia. kehidupan rakyat mereka juga rata-rata lebih baik dibandingkan dgn rakyat negara ini. saya tahu sebab kpg saya dekat dengan negara brunei dan kami ada saudara-mara disana. bagaimana agaknya negeri saya sarawak sekarang sekiranya ia tidak bersetuju bergabung di dalam malaysia dahulu. saya hormati brunei walaupun negara kecil tetapi pemimpin mereka berani. ampun tuanku sultan hassanal bolkiah
ReplyDeleteSalam AA,
ReplyDeleteUMNO sudah tiba di perhujungan jalan. Apa lagi ? Tiada apa kemenangan yang perlu diraikan. Tiada kejayaan yang perlu disebutkan. Rakyat sudah mula melupai UMNO. UMNO itu apa ? UMNO itu siapa ? Harta kamu and aku telah dilanunkan. Kita ditindas. Jijik lidah menyebut nama UMNO. UMNO itu apa ? UMNO itu siapa ?
Salam AA,
ReplyDeleteUMNO sudah tiba di perhujungan jalan. Apa lagi ? Tiada apa kemenangan yang perlu diraikan. Tiada kejayaan yang perlu disebutkan. Rakyat sudah mula melupai UMNO. UMNO itu apa ? UMNO itu siapa ? Harta kamu and aku telah dilanunkan. Kita ditindas. Jijik lidah menyebut nama UMNO. UMNO itu apa ? UMNO itu siapa ?
Sdra AA
ReplyDelete(off topic)
Bila baucer RM200 dijual, riuh rendah buat laporan polis bagai. RM250 juta????? endah tak endah. Why the double standard ?