23 January 2012

Nak tengok Bersih, Cekap dan Amanah?....ada di Pulau Pinang.

Ada sesuatu perkara yang saya mesti kongsi dengan rakan-rakan yang mengikuti blog saya. Sejak saya menyertai parti berbagai kaum DAP baru-baru ini, saya telah mendapat kutukan dari beberapa orang termasuk seorang dua rakan blog saya yang saya kenali, dan itu memang telah saya jangkakan dari awal lagi.

Tetapi sebagai empunyai blog kecil ini saya telah mendapat lebih galakan dari yang mengkritik saya. Yang mengkritik saya itu pun adalah kebanyakannya dari mereka yang masih baru dalam UMNO itu atau hanya sebagai penyokong pemimpin dan ‘warlords’ dalam parti itu. Yang mengatakan saya seorang yang bangkrap politik itu merupakan budak hingusan belum merasakan pengalaman bergiat di dalam UMNO itu.

Tetapi yang paling saya seronok ialah sokongan dari orang-orang biasa dan menzahirkan sokongan mereka melalu ribuan teks pesanan ringkas (SMS) yang datang bertalu-talu serta sokongan melalui e-mail dan sebagainya. Sembilan puluh peratus yang memberikan sokongan itu adalah dari kaum Melayu yang saya kenali dan yang saya tidak pernah mengenali mereka.

Apa yang saya seronokkan bukannya kerana saya mendapat sokongan secara peribadi, tetapi kerana mereka sudah faham sebenarnya yang DAP itu bukanlah seperti yang dimomokan oleh UMNO dan media masa perdana sejak berdekad-dekad dahulu. Saya merasa sedikit bangga kerana mampu membuatkan mereka menilai secara ilmiah yang mendalam serta sudah mengetahui yang parti DAP ini telah secara deras mendapat sokongan orang Melayu akhir-akhir ini.

Sebagaimana yang saya sebutkan di dalam posting saya yang lalu, saya adalah penyokong kuat kepada slogan Bersih, Cekap dan Amanah yang di popularkan oleh Dr Mahathir. Tetapi apabila setelah beliau menerajui negara lebih dari dua dekad, saya tidak nampak di mana bersihnya pentadbiran beliau. Saya tidak nampak kecekapan pentadbiran kerajaan kita dan amanahnya memang jauh sekali dari penglihatan kita.

Malahan dalam pentadbiran beliaulah bermulanya isu-isu rasuah yang besar dan tidak ada bersihnya. Melalui projek raksaksa runding terus itu telah mengembangkan budaya rasuah yang besar malahan ahli keluarga beliau sama-sama menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul kekayaan. Malahan kecekapan pentadbiran terdahulu itu bertambah lemah dengan isu-isu yang buruk yang tidak pernah kita lihat telah berlaku. Keseluruhan jentera kerajaan tidak beramanah.

Pendeknya Bersih, Cekap dan Amanah itu hanyalah retorik besar yang di ungkapkan semasa Perhimpunan Agong UMNO sahaja guna untuk membuatkan perwakilan bertepuk tangan sehingga merah-merah tapak tangan. Dr Mahathir bijak memainkan sentimen orang UMNO kerana beliau amat faham kelemahan yang ada pada kebanyakkan orang Melayu yang mudah terlena dengan alunan lagu yang berlirik indah dan mengkagumkan.

Tetapi sebahagian rakyat di negara ini telah mendapatkan nikmat dari slogan itu akhir-akhir ini. Kerajaan PR yang di tunjangi oleh DAP telah berjaya melaksanakan slogan Bersih, Cekap dan Amanah anjuran Dr Mahathir itu. Walaupun kerajaan tunjangan DAP itu baru menghampiri empat tahun sahaja, banyak dari apa yang dimaksudkan oleh slogan Bersih, Cekap dan Amanah itu telah dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

DAP tidak pandai untuk mewujudkan retorik dan slogan besar, tetapi parti ini pandai untuk mencapai matlamat kepimpinannya; iaitu pentadbiran yang Bersih, Cekap dan Beramanah.

Bersih, Cekap dan Amanah yang di wujudkan oleh Dr Mahathir ini, di amalkan oleh DAP kerana DAP mengikut formulanya dengan betul. Seperti kita menjawab soalan ilmu hisab, kita mesti mengikut formula ilmu hisab itu. Jika kita hanya menghafal formula tersebut tetapi tidak mengikut formulanya dengan terperinci, kita tidak akan mendapat jawapannya dengan betul dan tepat.

Itulah sebabnya UMNO tidak berjaya mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan penting dengan betul kerana tidak mengikut formula yang mereka wujudkan sendiri itu. Dalam formula Bersih, Cekap dan Amanah itu tidak ada terselit elemen rasuah dan salahguna kuasa.

Tetapi apabila perlaksanaannya formula ini telah dikotori oleh rasuah dan salahguna kuasa itu, maka slogan BCA itu telah gagal sama sekali, malah wujud pula elemen-elemen negatif yang melumpuhkan negara dan pentadbirannya dengan rasuah yang begitu besar dan menakutkan rakyat. Maka slogan BCA itu hanya tinggal slogan dan telah pun dilupakan dan tidak hidup lagi dalam pentadbiran negara di bawah UMNO ini.

Rupa-rupanya slogan itu tidak mati. Ia masih hidup segar. Rupa-rupanya DAP P Pinang dan PKR Selangor dan kerajaan-kerajaan pimpinan PR telah berjaya melaksanakannya dengan baik dan penuh dengan ketelusan. Perlaksanaannya tidak diheboh dan di gembar gemburkan. Dalam diam-diam DAP P Pinang bersama rakan-rakan PRnya telah melaksanakan segala-gala yang di impikan oleh rakyat melalui slogan Bersih, Cekap dan Amanah itu.

Sekarang kita lihat yang fitnah serta momokan terhadap parti DAP yang ‘multi-racial’ ini ternyata kian menumpul. Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama dalam Malaysia yang akan bebas dari miskin tegar di kalangan rakyatnya dalam setahun dua lagi. Adalah dijangkakan yang Pulau Pinang akan merupakan negeri yang pertama dalam mana apa yang dikatakan sebagai perpaduan berbilang kaum itu akan tercapai dengan sepenuhnya.

Pulau Pinang juga merupakan sebuah negeri yang akan melupuskan segala hutangnya kepada Kerajaan Pusat. Dari RM630 juta hutang Kerajaan BN Pulau Pinang dahulu, Kerajaan PR P Pinang telah mengembalikan sebanyak RM600 juta kepada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 3 tahun pentadbirannya. Kejayaan ini bukannya kejayaan yang kecil tetapi ia merupakan satu pencapaian yang ‘outstanding’ jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini.

Walaupun begitu besar tohmahan terhadap DAP dan kerajaan P Pinang oleh seterunya dalam BN, Kerajaan Negeri tetap melaksanakan apa-apa yang telah di juruskan oleh Perlembagaan Negara. Dikatakan oleh UMNO yang DAP adalah anti Islam, tetapi dalam jangkamasa hampir 4 tahun DAP dan PR mentadbir P Pinang peruntukan untuk majlis agama Islam telah meningkat kepada RM62 juta dari RM12 juta semasa BN memerintah dahulu.

Kerajaan P Pinang telah diperakukan oleh badan-badan penilaian antarabangsa sebagai sebuah negeri yang paling bersih dan beretika kepimpinannya. Pandangan ini bukan diberikan oleh saya atau sesiapa dalam PR, tetapi oleh badan-badan penilaian antarabangsa yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Banyak lagi yang dicapai oleh pentadbiran Lim Guan Eng tetapi satu soalan yang mesti diketahui umum; kenapa PR P Pinang berjaya melakukan segala-galanya ini? Apa yang berjaya dilakukan oleh Lim Guan Eng ini jugalah janji-janji UMNO sejak 30 tahun yang lalu, tetapi tidak juga kunjung berjaya. Apabila PR P Pinang berjaya melakukannya dalam tempoh kurang dari empat tahun, ia tidak menyenangkan UMNO pula.

Daripada berlumba-lumba untuk menjadikan kejayaan kerajaan Pulau Pinang sebagai contoh yang patut diikuti, UMNO dan BN mengambil sikap menafikan kenyataan yang jelas tentang kejayaan PR (DAP) itu. Kejayaan DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor dan PAS di dua buah negeri yang lain itu amat menyakitkan hati pimpinan dan penyokong UMNO dan BN. Tetapi orang ramai faham, kejayaan PR itu adalah kegagalan bagi BN/UMNO.

Kita sama-sama menilainya dan ambilalih keputusan setelah berfikir dan berfikir. Asalkan kita mengambil sesuatu tindakan setelah berfikir dengan sungguh-sungguh, apa-apa keputusan itu kita hormati.

Kata agama kita, ‘berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam’.

24 comments:

  1. Salam Tuan,

    Saya dapat maklumat bahawa apa yang Lim Guan Eng cakap mengenai Pembayaran Hutang federal (93%) tu betul ke..Dari mana hasil nya.. Ape yang saya tahu adalah dari persyukturan (PAAB) Pengurusan aset Air Bhd dan (PAAB)Perbaanan Air Pulau Pinang.



    dari SPAN
    Bkt Mertajam

    ReplyDelete
  2. Tuan Aspan,

    Semak balik fakta RM 600m tu. Saya dapati ianya hasil dari perstrukturan yang mana hasil dari kebijaksanaan kerajaan Persekutuan (BN) dan juga Kerajaan Negeri PP (PR). Saya sarankan kredit juga perlu diberi kepada kerajaan persekituan.

    ReplyDelete
  3. Saya banyak berususan dgn kerajaan P Pinang bro. Mudah dengan mereka ni. Tak payah nak bawa exco pegi karaoke dan ke siam seperti dulu untuk mendapatkan peluang.

    Kalau layak pasti dapat. Dulu ratusan ribu habis begitu saja entertaint pemimpin BN termasuk ke siam..sekarang tak paya. Kos perniagaan pun rendah sekarang.

    ReplyDelete
  4. I do agree wth you bro. DAP is more serious with rule of law. They keep pride on what they do and does not compromise their political sanity for corrupt practices.

    Previous gov was there to plunder the tax payer's money.

    I hope penangites are matured enough not to be deceived by the unscrupulous BN any longer.

    ReplyDelete
  5. Ibni Ismail,

    Tidak kira dari mana hasil yang di dapati oleh P Pinang untuk membayar kembali hutangnya. Yang pentingnya pengurusan cekap membuatkan kerajaan negeri itu kurang berhutang kepada kerajaan persekutuan. kalau Koh tsu Koon jadi Km lagi hutang tidak dibayar juga.

    ReplyDelete
  6. Saudara AA,

    If there are no checks and balances, there is bound to be abuse of power and position. That's why a clear delineation should be drawn between business people and politicians.

    ReplyDelete
  7. kerajaan BN dahulu telah ada formula yang betul(BCA)tetapi gagal mengaplikasikan
    nya dalam pentadbirannya maka ia gagal mendapatkan jawapan yang betul,berlawanan dengan sekarang(PR)mereka memahami formula tersebt dan berjaya mengaplikasikannya
    dengan betul maka mereka mendapat jawapan yang betul dimana unsur BCA itu berjaya diserlahkan dalam budaya pentadbiran mereka.BN merasakan sakithati kerana formula BCA itu milik mereka tetapi PR
    pula sekarang yang mendapat jawapan yang betul.

    ReplyDelete
  8. Bersama mata rantai perjuangan Islam23 January 2012 at 15:37:00 GMT+8

    Salam,
    Saudara Aspan Alias, saya tidak anti-DAP, cuma kdg2 kita harus juga menyelidik dan berhati2 dgn latarbelakang DAP yg lahir dr parti PAP, dan semestinya akan mengikut jejak langkah PAP, kalu tidak semua, mungkin sebahagiannya. Jika perubahannya positif kpd Islam & org2 Melayu, ianya di alu-alukan. Org2 Cina terkenal sbg kaum yg kuat assobiyyahnya, assobiyyahnya adalah mengutamakan keluarga dahulu, dan seterusnya kaumnya dan akhir sekali baru di beri kpd kaum lain...itu hakikat. Politik org2 Cina juga bertunjang dr situ. Sbb itu mereka boleh bekerjasama sesama mereka, berbeza dgn politik org2 Melayu terutama Umno. Kematangan org2 Cina berpolitik membolehkan DAP berjaya memerintah Penang. Kesialan Umno berpolitik membolehkan org2 Melayu keluar dr Penang, dan Penang di kuasai parti Cina sejak dahulu. Cuma saya berharap semuga kita sbg org2 Islam sentiasa berhati2 dgn org2 bukan Islam kerana pesanan ini ada termaktub dlm al-Quran. Buktinya Lee Kuan Yew dahulunya adalah lebih Melayu dr org2 Melayu... selebihnya adalah sejarah. Memanglah DAP/Cina/PAP memerintah lebih baik dr Melayu Umno memerintah, sebagaimana majunya Singapura di bandingkan dgn Malaysia. Cuma pd pendpt saya perjuangan saudara mestilah juga biar sampai org2 Melayu akan kembali berhijrah ke Penang dan betul2 mewujudkan suasana berbilang kaum di sana. Sebagai org Islam, kita akan di bangkitkan di akhirat nanti bersama dgn Ketua2 kita yg berada di dunia ini dalam barisan panjang yg di Ketuai oleh Rasulullah SAW serta para sahabat2nya... dan semuga kita dpt mempastikan bahawa kita berada di belakang baginda, dan amatlah malang jika kita mendapati kita berada di belakang pemimpin2 yg tidak boleh di pertanggunjawabkan di akhirat nanti. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  9. Sdr Aspan,

    Anihnya kenapa hutang P Pinang melambak zaman UMNO BN dulu berbanding apa yang berlaku di zaman PR di bawah DAP ?. Kalau lah mereka mendakwa sumber mengurangi hutang itu datangnya dari usaha kerajaan BN dulu..kenapa hutang tetap bertapuk di era kekuasaan BN sebelumnya ?. Adakah ini fenomena alam semula jadi ?.

    Ketua Audit Negara dan Teamnya buat silap besarlah kalau begitu..atau sememangnya Team Audit negara memang benci BN alias UMNO sampai mereka lupa untuk memuji kedudukan kewangan Puplau Pinang di era BN dulu.

    Mereka yang enggan terima fakta dari Audit Negara ni elok sarankan ke najib agar team Audit ni diganti dengan yang lebih berwibawa..mungkin Shahrizat ada calon yang lebih sesuai ?.

    PAAB dulu juga diuruskan BN dan PAAB yang sama juga sekarang diuruskan PR. Tapi resultnya sangat berbeza. Heran yer !!!

    ReplyDelete
  10. Sdra SPAN & Ibni Ismail,
    Tak payah nak pertikaikan lah cara dia orang bayar hutang balik, kalau dah BN/UMNO tak dapat buat, biar orang lain yang mempunyai kepala otak tak rasuah yang buat. Itu yang di katakan BCA- Bersih, Cekap & Amanah, bukan direct nego atau ala Lembu NFL Shahrizat.

    Beritahu bela lembu, senyap-senyap beli kondo, nak buat pelaburan sarang pelacur lembu ke?

    Kepada semua Negri yang di kuasai kerajaan PR, well done dan teruskan kerja yang terpuji, jangan macam BN/UMNO, tak boleh tengok duit sikit terus nak menipu dan mencuri. So pada GE13- Kita ABUkan BN/UMNO sampai hancur.

    ReplyDelete
  11. Sdr Anonymous, 23 January 2012 17:37:00 GMT+08:00.

    Soalnya kita nak tahu dan nak tanye aje BUKAN macam kamu BEBAL.. Lebih terok dari Lembu bagi pakai cermin mata hijau TELAN semuanya..

    Tak tahu bertanya.. BODOH ...lebih pada Lembu..

    SPAN Bkt Mertajam.

    ReplyDelete
  12. I have long dreaming that our Malay brothers and sisters have to wake-up and decide their destiny is in their hand for better or worst. The words of wisdom from non-Malay are echo-ing by umno and the news paper as "bad" for the Malay society. If we have people like you and can find the benefit of working together as one, I am sure we can conquer the world. We will be more prosperous and everyone to share the fruits.

    salam........

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum

    Demi Negara
    dan nasib bangsa

    Fikir – fikirkanlah
    jangan sampai tersalah langkah
    jatuh tersungkur berlumuran darah

    Sekali gelombang besar
    Wajah pantai akan bertukar

    Amanah diberi , dikhianati
    Pelbagai cara , berulang kali
    Wajarkah di pilih sekali lagi ?

    Renung-renungkanlah ….

    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Saudara AA yang dihormati: tulisan saudara boleh membuat PERKASA marah. Saudara AA boleh dianggap telah mengkhianati Melayu kerana terlalu berbangga dengan LGE. Ajaran UMNO yang amat diamalkan oleh PERKASA adalah jangan sesekali berkata baik tentang bukan-Melayu w'pun mereka baik.

    ReplyDelete
  15. Salam Tuan,

    Saya memang sokong Tuan dan SAKMONGKOL masuk parti DAP.

    Ini hanya membuktikan parti tu tak anti-Islam. Saya tau dah ramai orang Melayu masuk parti DAP.

    Saya rasa BN/UMNO selalu nak membusukkan nama DAP dan asyik buat kacau kerana BN/UMNO rasa terancam. Pemimpin2 DAP tak makan rasuah dan mentadbir dengan telus dan efficient!

    Maka jealous lah puak2 UMNO/BN tu....takut di kuburkan di GE13 jika lebih banyak orang Melayu sokong DAP!

    Selamat berjuang lah Tuan untuk kesemua Rakyat Malaysia.

    Saya memang sokong Tuan.

    Idris

    ReplyDelete
  16. Ibrahim Ali bukan melayu ... nak marah mende.. dia lebih mirip hulubalang EEEE

    ReplyDelete
  17. Salam..
    Bersama Rantai Rata Perjuangan Islam..
    Hebat hujah dan pemikiran anda.. Sekadar melontar apa yang ada di minda.. DAP dianggap parti cina kerana ahlinya banyak terdiri dari kaum cina..Kalau ahli DAP ramai orang melayu bagaimana jadinya..Sekadar bertanya lagi..bolehkah orang melayu menjadi ahli MCA?..

    ReplyDelete
  18. Yang boleh jalankan kerja dengan baik sekarang, kita pilih dan berikan kuasa kepada dia. Kalaulah suatu hari dia tidak dapat lagi jalankan kerja dengan telus dan cekap, kita tukar orang lain pula yang dapat melaksanakan dengan BCA. bukankah itu satu-satunya cara untuk membela kepentingan kita semua(rakyat)?

    ReplyDelete
  19. Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing24 January 2012 at 02:58:00 GMT+8

    Sekiranya disuruh membuat pilihan diantara kumpulan jahil dan munafik,akan ku pilih yg jahil.Kerana,imam Al-Ghazali dan ahli2 sufi berpendapat,golongan munafik adalah manusia yg paling jahat dan merbahaya dimuka bumi ini dan dineraka kelak akan berada dibawah sekali dipijak-pijak oleh syaitan2 laknatullah.Tak kiralah munafik dari Islam ke,Kristian ke,Buddha dll.Semuanya perosak makhluk dan alam.

    ReplyDelete
  20. Sdr. anon2,

    Saya bukan mempertikaikan hanya memberi maklumat tambahan yang jika tersilap harap dibetulkan dengan fakta yang tepat. Pengurangan memang terjadi tetapi bukan melalui pembayaran tunai. Ianya hasil dari persetujuan bersama melalui pemindahan dan perstrukturan. Yang saya perbetulkan hanya isu RM 600M, bab kecekapan yg lain itu saya tiada pengetahuan mengenainya untuk saya komen. Jika benarlah sedemikian cekapnya kerajaan Pulau Pinang maka baguslah. Saya melihat LGE lebih matang kerana bersedia bekerjasama dgn kerajaan persekutuan demi kepentingan rakyat. Beliat tahu membezakan dirinya sebagai ahli politik dan ketua menteri. Semoga Kerajaan Selangor juga mengambil pendekatan yg sama dalam isu air ini.

    ReplyDelete
  21. Saya tidak menganggap kerajaan PR di Pulau Pinang ini serba sempurna. Namun saya akui PR sekarang jauh lebih baik dari apa yang telah UMNO BN Pulau Pinang berikan dulu dari sudut transparency. Bila sesuatu kerajaan pentadbir itu lebih telus..ia sebenarnya sesuatu yang baik untuk rakyat. Kerajaan yang telus adalah kerajaan yang berani bertanggung jawab keatas setiap tindakan yang mereka lakukan, maksudnya mereka yakin apa yang mereka lakukan itu wajar dan betul. Tender terbuka yang diamalkan kerajaan PR sekarang jelas membuktikan lagi mereka sedaya upaya mahu telus dalam semua perkara dan ini antara sebab mengapa PP mampu mempertingkatkan hasil negeri.

    Malangnya di peringkat persekutuan, BN UMNO melalui Nazri awal2 lagi telah menolak untuk declare aset para menteri dengan alasan yang sangat tidak munasabah. Jika tuntutan yang semudah ini susah untuk dilakukan...apalah nak diharapkan kepada barisan pimpinan macam ni.

    Walau pun saya sendiri ahli UMNO, tapi tindak tanduk UMNO BN dari segi urus tadbir kewangan negara sejak belasan tahun lepas ssangat2 meragukan. Kepercyaan saya kepada kerajaan sekarang hapus sama sekali.

    PR sewajarnya diberi peluang kali ini khususnya dalam GE 13. Sampai masanya pengurusan negara diberi kepada pihak lain iaitu PR kerana jelas apa yang ditunjukkan PR dalam tempoh sesingkat ini jauh lebih menyakinkan malah diperakui Audit Negara. Saya tidak mengatakan PR sempurna namun inilah satu2 pilihan yang ada sekarang. Dan jika PR mampu terus kekalkan prestasi baik, maka PR harus dikekalkan dan biar UMNO BN menjadi pembangkang sambil muhasabah diri.

    Sebagai rakyat yang bijak kita harus bertindak berdasarkan realiti semasa. Apa pun pegangan dan fahaman politik kita, apa pun keahlian parti kita..memberi sokongan haruslah berpada..jangan menyokong kalau sokongan itu hanya membawa rebah hatta kepada parti yang anda sendiri naungi.

    Apa pun tahniah buat PR yang berupaya memberi hasil yang cemerlang walau pun dalam situasi ditekan dan diserang hampir dari semua sudut oleh UMNO BN !

    ReplyDelete
  22. Pak,

    I will not dwell on the first ever "MEGA" rhetoric introduced to Malaysian which was "BCA" for the simple reason that it was NEVER really meant for implementation, rather only as "ear candies" to lull the malay masses into viewing (believing) "the man" (TDM) as an honest, clean and trustworthy leader (now we know better). What I want to discuss is how amuse I am seeing many comment coming from UMNO stalwart and "kipas susah mati" trying to justify the existence of UMNO and BN.

    It was such an amusing spectacle for me to see that in trying to defend and maybe "portray" UMNO and BN as having a hand in helping Penang state govt (under DAP) reduce it debt and efficiently manage the State with statement such as "ONLY through the cooperation and support of the Federal govt CAN the Penang State govt pay the enormous debt (left behind by a BN govt no doubt)", those people failed to realized that it only highlighted the corruptness and the incompetence of the previous BN Penang State govt. Why, even after 40 years of rule added with full backing and continuous support from the BN Fed govt, Penang was still riddled with huge debt (hundreds of millions if not in billions), deficit budget (revenues went missing?) and declining FDI (MNC don't like paying under table money)! 40 years of full backing and support from the Fed govt, Gerakan and UMNO has left Penang in a mess and worse with huge debt BUT miraculously (I don't think so) Penang under DAP are able to correct the damage done to the state government machinery and workings with MINIMAL support from the Fed govt in LESS than 4 years. That's 90% better governance than BN. That's like turning a bankrupt entity that's has been languishing in debt for 40 years into a profitable enterprise in a blink of an eye! That's not just good, that's just a short of a miracle! Imagine what PR state government could do if it has full support and backing (not sabotage) from the Fed govt! We'll all live in a better place and a brighter future.

    Therefore, I would think all Malaysian now would quickly dismiss talk of the opposition as being clueless and "blur" if they were to be given a chance to rule this country. I gather all Malaysian will not only dismiss those talk and claims spewed by Najib and his deputies as oxymoron, they will also understand those "doom and gloom" prediction as gibberish oath muttered out by someone who is on his death bed, UMNO and BN's!

    It stands to reason that if PR State government can reverse and correct the damage that have been done by UMNO and BN in just a short period of time, they will be able to do it in equally short period of time in the case of the Malaysian government. It really doesn't require decades to turn around our country into a better one, all it needs are good, clean, trustworthy and above all honest people. That's what PR have that UMNO and BN don't. NO need for mega hypocritical (TDM style) rhetoric! Just a good heart and a good man and women in power will do (and of course the absence of UMNO and BN). ABU anyone? YES, PLEASEEEE!

    Nick.

    ReplyDelete