Dr Hasan Ali, bekas Exco kerajaan (PAS) negeri Selangor, yang dipecat dari PAS baru-baru ini nampaknya mendapat tempat di media perdana terutamanya di TV3. Setiap malam kita melihat Hasan Ali diliputi oleh TV3 dan beliau ditonjolkan sebagai seorang pelakon Bollywood seperti Shah Rukh Khan.
Kita melihat lakunannya setiap hari dengan berdoa sambil menangis serta kembali bercakap dengan nada yang tinggi beserta dengan gerak tangannya yang menunjukkan beliau memang hebat berlakon dan berdrama. Hasan akhir-akhir ini selalu menggunakan air mata beliau dalam membahaskan isu politik untuk menagih sokongan ramai. Beliau boleh menangis serta merta jika perlu dan air matanya jelas meleleh keluar.
Beliau mendapat liputan TV3 setiap hari dan kenapa beliau diberi tempat didalam media letronik ini tanpa henti itu memang sudah menjadi perkara yang maklum kepada orang ramai. Berbagai-bagai cara beliau menonjolkan diri seperti bintang filem Bollywood. Yang belum beliau lakukan hanyalah menari dari gunung hingga ketepi laut sambil menyanyi dan naik kembali kegunung dengan pakaian yang bertukar-tukar silih berganti.
Sesungguhnya Hasan tidak selayaknya menjadi ahli politik. Oleh itu selepas beliau dipecat dari PAS ini, saya mencadangkan supaya Hasan pergi ke India dan menguji bakat lakonan bersama ramai yang minat berlakon dalam Industri filem di Bollywood. Beliau sememangnya mempunyai bakat berlakon dan saya merasakan beliau tidak akan melalui jalan sukar untuk berjaya dalam uji bakat berlakon di situ. Beliau memang seorang yang sangat berbakat dalam lakonan.
Walaupun saya tidak pernah kepanggung wayang sejak puluhan tahun yang lalu, saya berjanji akan membeli tiket yang secukupnya untuk se isi keluarga saya pergi menonton lakonan beliau dalam filem pertama yang beliau lakunkan nanti. Saya percaya pihak yang beliau caci sekarang ini iaitu PAS, PKR dan DAP tidak teragak-agak untuk bersama-sama menonton lakonan beliau.
Hasan merupakan seorang ‘failed broker’ kerana niatnya untuk menjadi orang penting dalam usaha penyatuan UMNO dengan PAS telah menemui kegagalan. Kegagalan untuk menyatukan UMNO dan PAS itu telah meranapkan cita-citanya untuk menjadi MB Selangor. Hasan mengharapkan untuk menjamah kerusi MB itu jika UMNO dan PAS bersatu kerana jika itu berlaku maka beliau akan berjaya melaksanakan ‘intrigue’ politik seperti mana yang telah berlaku di Perak sebelumnya.
Apabila niat dan matlamat untuk menjayakan 'compromise' di antara UMNO dengan PAS itu maka beliau terus sahaja membidas PKR dan DAP dan menjadikan Anwar sebagai ‘punching bag’ untuk beliau melakukan serangan kepada pihak-pihak yang telah menggagalkan niat beliau untuk mendapat munafaat jika UMNO dan PAS berjaya di satukan.
Rasa kempunan beliau inilah yang menyebabkan Hasan sudah hilang arah politiknya. Beliau rasa malu yang besar kerana disebabkan tapak dan langkahnya telah dengan mudah dapat dikesan dan difahami oleh semua pihak yang telah memerhatikan lagak dan lakunannya sejak usaha untuk merapatkan UMNO dan PAS itu jatuh sebelum ‘taking off’.
Sekarang Hasan sedang mengaruk dan beliau menyalahkan semua pihak dalam Pakatan Rakyat. PAS dan DAP itu adalah pihak yang salah kepada Hasan PKR pula salah kerana jawatan MB yang beliau hendak tagih itu datangnya dari PKR. Hasan juga menyanggah secara peribadi terhadap Khalid Samad yang pernah menjadi timbalanya dalam PAS Selangor. Hasan juga membidas Anwar kerana kononnya PAS tidak mahu mengikut kehendaknya (Hasan) adalah kerana pengaruh Anwar Ibrahim.
Sekarang Hasan telah menyalahkan semua pihak dalam PR kecuali peribadi beliau sendiri. Beliau kini bergerak untuk mewujudkan ‘force ketiga’ untuk kononnnya untuk menjai penentu dalam pilihanraya nanti. Bagi saya, Hasan tidak mempunyai rupa untuk menjadi ‘third force’ dalam politik tanah air sekarang ini.
Dalam situasi politik kali ini mana-mana pihak yang cuba untuk meletakkan diri mereka sebagai ‘middle left’ atau ‘middle right’ tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Rakyat kini mahukan kumpulan yang ‘decisive’, samada kanan atau pun kiri. Tetapi jika diselidik kepada keadaan hari ini, Hasan mungkin menyertai UMNO juga akhirnya. UMNO adalah parti yang beliau pernah sertai sebelum isu Anwar pada tahun 1998 dahulu.
Jika Hasan kembali menyertai UMNO maka ‘dari UMNO beliau datang, kepada UMNO jugalah beliau akan kembali’. Buat sementara waktu Hasan boleh bersalaman ketat-ketat dengan Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan Zaharin Hashim.
Seperti belut pulang ke lumpur. Apa nak buat.
ReplyDeleteSdr Aspan,
ReplyDeleteManusia species Hassan Ali sebenarnya tak sesuai dengan mana2 parti pun apa tah lagi UMNO. Dia ni jenis nak jadi orang nombor 1. UMNO pun tahu..kalau manusia species Hassan Ali dibawa masuk UMNO..bertambah kroniklah UMNO..sebab dalam UMNO sendiri dah ramai orang jenis species macam Hassan Ali.
Species manusia macam ini lebih tak sesuai berada dalam kelompok mereka sendiri..lebih cepat berlaga sebab gila jawatan dan pangkat. Hassan Ali ni lebih sesuai tubuh parti sendiri dan biar dia yang memimpin.
Cerdik2 PHD ni..dia dah tak upaya menolak dari menjadi pencacai UMNO. Harap2 dia tak mati katak nanti. Kalau nak tahu manusia paling bongkak, ego dan sombong..inilah contoh yang terbaik.
Kesian juga saya tengok Mak Cik2 buang air mata kerana lakunan sedihnya setiap kali ceramah.
Hahahaha,...l
ReplyDeleteKelakar juga bila asan jadi pelakon bollywood...mesti kerap menyanyi....
KALAU muka hendak masuk tv atau akhbar utama setiap hari, mudah sahaja. Mula-mula kita sertai parti pembangkang (kalau boleh ada jawatan). Kemudian setiap hari kita kutuk parti kita (kalau boleh sehingga kena pecat dan JANGAN SESEKALI membuat rayuan). Semua yang `busuk' akan `diwangikan'.
ReplyDeleteSetahu aku budak nangoi bernama Hasan Ali ini memang kaki putar alam. Semasa dia menjadi Ketua Unit Pedesa di INTAN Bukit Kiara, ramai Pegawai yang menyampah dengan dia. Tak percaya tanyalah pegawai dan kakitangan INTAN 1986-1989. Kelulusan PhD dia aku dimaklumkan hanyalah ciluk kertas kerja KEMAS. Tak tahulah betul ke tidak? Yang confirmnya Hasan Ali nangoi ini memang gila kuasa dan hanya pentingkan diri sendiri. Duduk manapun orang yang tahu kelibatnya akan menyampah habis. Kaki bodek dan segala kaki dia boleh jadi.
ReplyDeleteHassan Ali is a wounded man. Rightly so he's on an onslaught to protest his unfair dismissal.
ReplyDeleteHis target is Anu-war. He was fired from PAS on Anwar's say so.
He is still in love with PAS. His quarrel is with the parasites in the party.
Sejak bila pulak dia dalam UMNO, yang dia nak kembali kepada UMNO?
UMNO tadah tangan kalau dia nak masuk UMNO. After all Anu-war's enemy is UMNO's friend.
Zaid Ibrahimpun kepingin teramat nak masuk UMNO semula. Itu tak patut diterimalah.
He and Anwar are the same. They bring trouble wherever they go.
Any party should not touch them with a ten-foot pole. Pembawa bala.
Sebelum melemparkan tuduhan sesama lslam tolong cermin diri kita sendiri kerana kita akan muflis di akhirat nanti.
ReplyDeleteHasan Got Talent!!!
ReplyDeleteTuan Aspan,
ReplyDeleteApa yang dilakukan oleh hassan ali ini adalah sama dengan apa yg dilakukan oleh anwar ibrahim semasa dipecat dari umno dulu. Inilah juga yg dilakukan oleh zulkifli nordin selepas dipecat dari pkr. Jika tuan semacam geli dengan kelakuan hassan ali maka sewajarnya tuan juga patut geli dengan kelakuan anwar ibrahim dan zulkifli nordin. Semoga tuan tidak termasuk dalam golongan seperti mereka ini.
Setahu aku,Hassan Ali ni tak pernah jadi ahli UMNO,so,cmna dia nak balik ke pangkuan UMNO.Walau macamana pun,kalau UMNO terima dia,maka harubiru lah UMNO nanti sebab dia akan nak tonjolkan diri dia.Dah tentu dia nak hapuskan kedai 4D,kedai Lotto,Pusat judi di Genting dan macam-macam lagi.Sanggup kah UMNO nak turut kehendak dia?Apa kata parti-parti komponen barisan pulak.,sedangkan sekarang mereka tidak ada masalah.Saya harap UMNO tidak akan terima dia masuk UMNO.
ReplyDeleteSaudara AA,
ReplyDeleteA zebra cannot shed its stripes, can it?
Pak,
ReplyDeleteFinally after looking high, low and in the gutter, UMNO found someone or something they can use to discredit PAS and of course PR. And what a wonderful or magical bullet they have found to shoot at PAS and PR, or is it? Judging by the relentless and non-stop assault by Hassan Ali the "the most pious Malay in Malaysia" on PAS, which was given unlimited coverage by UMNO controlled lackey such as TV3/4 and Utusan Meroyan, the onslaught didn't really had the desired effect or effectiveness that equals TDM classic and infamous "malicious and perangai keji" portrayal of Ku Li (who was the S46 de-facto founder and leader at the time) as a Christian convert (wearing a Kadazan headgear with a "huge cross").
So far, taking cue from the lackadaisical attitude of the Malays towards Hassan lame and self serving rant not to mention malicious slandering, UMNO didn't find a gold nugget in the form of Hassan Ali but more to the fact, UMNO found a fools gold or worse, a virulent parasite trying to latch onto UMNO (who already have too numerous to count, type of viruses and parasite feeding on it and destroying from inside out).
What's worse for UMNO is the fact that the mainstream media controlled by UMNO have long lost its relevance with the ordinary people and for decades now have been viewed as untrustworthy and worthless. And by trying to put a rejected and self serving (with big ambition) "alim-alim kucing" politician on centre stage using a worthless and untrusted media (by large section of Malaysia) is akin to openly declaring Hassan Ali as a big fat liar and further reinforcing the view that MSM is worth even less than garbage dumped in a huge landfill (not even fit to wrap nasi lemak).
What basically happen was that by elevating Hassan Ali as top news at prime time, the MSM especially TV3/4 and Utusan Meroyan together with Hassan Ali lost even more credibility and trust from Malaysian. In an environment where the MSM is already viewed sideways and with loathing, a further lost of credibility meant that the MSM and Hassan Ali now are considered as pariah and "sampah", something that the people of Malaysia will not touch even with a 10 foot pole. And on that note, I truly hope hassan Ali and the UMNO MSM will continue their sickening antics and slapstick comedy! Keep at it boys! Sooner or later, Malaysian will grow more furious and angry at your antics and they will send you packing for good. It truly is a wonderful time to watch these idiots continuing to shoot themselves in the foot and never realizing it. The future looks brighter by the day! Thanks GOD for making the parasite leave PR and found itself a home in UMNO.
Nick.
Ladies and gentlemen,
ReplyDeleteThe winner of this year's Academy award for best actor goes to ......... Hasan the chameleon. Bravo Hasan! Now shove it up your ass!
Rasa saya, walaupun jelasnya Hasan seseorang yang hanya cuba tayangkan gambaran seolah dia pejuang agama, bangsa dan institusi raja-raja, ramai yang tertipu olehnya.
ReplyDeleteKerap sekali dia beri peluang menyebarkan propagandanya melalui media massa seperti TV3 dan Utusan, dan walaupun ramai yang sudah amat bosan dengan wajah dia, mungkin ramai juga yang menerima tomahannya sebagai kebenaran.
Hasan masih merupai senjata berbisa dalam arsenal UMNO/BN walaupun pengaruhnya semakin lama semakin terhakis. Kan Najib dah luangkan arahannya supaya pertahankan Putrajaya "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa"? Demi mencapai sasaran itu, pelbagai taktik gelap akan digunakan.
I think we should leave this Hasan Ali and his beloved PAS alone.It has nothing to do with UMNO/BN.His tour round the country does not help PAS and works in favour of BN.Most importantly, it is not happening in UMNO/BN before this important election hopefully in June according to my kampong bomoh and my Bangsar Feng Shui master.
ReplyDeletePAS really has a lot of work to do to dismiss the continous disagreement and discontent between it's top leadership now that the erdogans are in control of the party instead of the ulamak.Salahudin has been tipped to contest in Johor hopefully against Shahril now that the Kubang Krian people are not happy with his performance.We will see what happen to PAS.DAP will perform better than PAS for Dewan Rakyat this time in my view.
pas people now is a confused lot. nak kuasa punya pasal.
ReplyDeletehasan ali sedang berfikir, kalau masuk umno, boleh ke dapat kerusi bertanding. mesti kena start dari bawah. masuk pkr pun sama. so lebih baik aku masuk dap, tak dak melayu, boleh cepat naik. yahooooo....... sounds familiar.
Semakin hari, semakin bertambah, seteru Anwar. Macam mana nak jadi PM. Tak heranlah kalau dapat jadi PM, berkelahi pulak kerana jawatan menteri dan MB atau CM. Lama -lama tinggal dia saja dengan Azmin. History will repeat itself. Just like the pioneers of Pakatan who have all ditched him.
ReplyDeleteMacam kes Haasan Ali, he was the one who supported Anwar all along. Suddenly Anwar played him out by ordering PAS to oust him. Wouldn't you be angry too if anwar played your back-side?
Tak layak langsung nak samakan dgn anwar masa dia kena pecat dr umno. Anwar dipecat, then difitnah dgn seribu satu tuduhan yg smpai skrg tak habis-habis.
ReplyDeleteKetika keluar parti,apa yg DSAI wartakan kpd rakyat tentang MM dan UMNO Baru adalah 90%betul,ramai yg percaya dan menyokongnya.Manakala apa yg dikatakan oleh HA tentang PR cuma 10% betul,siapa nak percaya.
ReplyDeleteBiasalah,TV3-stooges dan Utusan Sex-1Msia suka kutip sampah2 utk bahan berita mereka memperbodohkan org2 kampung.
Dah gila talak kot.Harap UMNO ambil Hasan Ali kolot, boleh geng dgn Ibrahim Ali rasis.Betul2 ngam.
ReplyDeleteThe Trojan Horse has been discovered and kicked out.Good ridden.Been sabotaging all PR good work cuz of personal glory.
ReplyDeleteGoodbye Hasan Ali and thanks for not appealing.You egocentric creature.
Attitude dan sikap serta sifat yang cukup pathetic , to say the least. Pujian melimpah ruah semasa Hasssan Ali bersama PR sekarang ini mendapat kutukan dan penghinaan yang mengejutkan. Sindrom mempersalahkan UMNO dalam serba serbi sekali lagi muncul dengan mengaitkan pemecatan orang kuat PAS satu ketika dahulu kepada parti yang menjadi nemesis kepada puak yang serba tidak berpendirian, tidak berprinsip dan sudah pasti bercelaru memanjang. One has simply to read the kind of trash these 'political villians' are dishing out almost on a daily basis since the dubious sacking of Hassan to figure out the kind of attitude and mentality these morons have in their thinking box , that is if they do really think ! Some say all these political bashing of Hassan Ali arose from the fear that they have of him ; the fear that he could be the stumbling block to their evil political designs. The proven fact that Hassan could command thousands of supporters at every ceramah dan majlis penerangan must surely create apprehension amongst the PR leaders, especially the party that once revered him but chose to kill him off on a lot of pretext and falsity !!! To accuse Hassan of being linked to UMNO again is a plus-point for him ; perubahan kepada sesuatu yang elok memang dituntut. Dibanding dengan orang yang satu ketika dahulu memuji dan sekarang ini mengutuk partinya sendiri selepas membalun bukan sedikit keuntungan dan keistimewaan dahulu, boleh diibaratkan sebagai melepas anjing tersepit. Lebih teruk lagi, malah amat terhina sekali, pembelot-pembelot ini sanggup pula menjilat ludah sendiri bila tanpa segan dan malu sanggup bersekongkol dengan puak yang satu ketika dahulu dikeji mereka ! Membantu dan berkerjasama dengan pemusnah bangsa sendiri adalah PENGKHIANATAN yang tidak ada tolok bandingnya !!!! Hukuman yang paling berat sepatutnya dijatuhkan kepada mereka ini. Memilih untuk membenci sesebuah parti memang hak masing-masing ; akan tetapi mengguna kebencian ini bagi menjustifikasi persekongkolan dengan "musuh bangsa sendiri " adalah satu tindakan yang paling HINA sekali ! Tindakan yang bersifat PENDERHAKAAN ini bukan dikhas kepada mereka yang 'bermentaliti rendah' sahaja, malah yang cerdik pandai pun telah bertindak bertentangan dengan tahap keintelektualan mereka. It's so disgusting to observe such betrayal of one's own capability and intellectual prowress ! A blanket condemnation of another party without even an iota of gratitude for good deeds done before is a classic example of one's own misuse of intelligence and sense of fair-play. The world, or shall I say our country, would be better served without such political hypocrites and ingrates !!!!!!!! In the absence of a better replacement or substitute at this point of time, I would therefore vote for BN. Period !
ReplyDeleteAnwar deserve for whatever bad time he has gone through for his misadventures,if any.I close my eyes and my ears.Kita doakan yang terbaik untuk beliau tetapi bukanlah sebagai Perdana Menteri Malaysia.Anwar yang sungguh mengelirukan .
ReplyDelete@
Aspan,I too wish you well.Met a buddy Azmi that Architect from Batu Kikir ,must be your kampong mate who talk highly of you in a table conversation on a friend wedding last night .He told me you bernang and mandi sungai sama sama masa kecik.Small world eh..We have a lot to talk on the good old days.Cheers mate.Salam.
Nick the spinner,
ReplyDeleteI don't think UMNO will accept Hasan.He loves his PAS as Many have has rightfully said here. PKR and PAS deserters will normally be contesting as independent. You merapu tuduh MSM and UMNO tu apa Hal?.Biasalah parti hamPAS bergaduh dalaman sama juga PKR..Recipe for losing PRU 13 .
KENALI LAH AHLI AHLI NERAKA JAHANAM YANG SEDANG BERKELIARAN MENABUR FITNAH ....
ReplyDeletesaya dari dulu lagi bila tengok muka Pak Hasan ini dah rasa semacam.Cuba perhatikan wajahnya betul2.kalau boleh secara teliti.Memang dia punya muka "cunning".Saya harap dan amat berharap Pak Hasan membuka balik bukunya bagi membolehkan dirinya melihat jalan yang betul.kadang kala kalau belajar terlalu tinggi,pekara2 asas/prinsip pun boleh terlupa.Semua pakar motivasi tahu kenapa "air mata" perlu digunakan jadi tidak payahlah mahu mengalirkan airmata selalu.hairan sungguh kerana sampai sanggup buat begitu.
ReplyDeleteAnd yet again, UMNO cybertroopers accusing other people as spinners when clearly they are the ones trying to spin the issues. Yes, Hassan Ali loves PAS as much as TDM loves UMNO and we all know that TDM even quit UMNO because of his high "principle and integrity" (self interest and personal agenda, to you and me ordinary folks!) And to me, that shows the stuff hassan Ali is made of (no better than TDM and being a product of BTN, I wouldn't expect more from him).
ReplyDeleteWith that said, its true that UMNO did not take Hassan in but for all intent and purposes, Hassan Ali has become an UMNO instrument being played to the hilt by UMNO and its puppet MSM. So Anon, I would loves to see Hassan Ali and the likes of Ibrahim Ali, Zulkefli Nordin and those so called "third farce" contest the next GE as independent candidates. Let the people decide and then we shall see who is spinning, lying or in denial. Hassan Ali, ada berani ke? I would suggest he use the symbol of "keris" and let's see if the Malay will support him! I would even dare UMNO to declare that they would support Hassan Ali as independent "third farce" to increase his chances of being elected.
Nick.
Helang Merah,
ReplyDeleteI share most of your views and I am pleased my buddy Aspan approve this.This is healthy .Go on and offer your views too in my buddy Sak blog .Let everyone knows that there are many silent majority out there have other views too.Why not,the more the merrier.I too want Aspan blog reach the million hits and I will certainly promote his blog.
Salam.
He is no more hasan ali but hasan akidah bcos the akidah word never miss from his lips. What type of akidah is he refering to..by uttering rubbish everyday he seems not to have one. The more he open his mouth the more he reveals his stupidness.
ReplyDeleteSalam Sdr Aspan dan pelayar blog.
ReplyDeleteSeorang yang tewas kepada nafsu mudah melatah dan bertindak kurangtidak normal. Pada tahap ini mereka yang ada pendidikan setinggi mana pun akan hilang penilaian ilmu dalam diri.Mereka akan berfikir pada tahap yang tidak dapat kita terima. Dengan itu kita dapatlah melihat apa itu manusia, jenis apakah mereka. Serbaserbi manusia insan yang lemah, tetapi jika kita mempunyai iman yang kukuh, kelemahan insan ini dapat dikawal dan gambaran ketasaduk kita terhadap Tuhan dan manusia akan terserlah.
Mudah menunding kesalahan kepada orang lain tetapi kita kena ingat 1 jari menunding kepada orang lain 4 jari menunding diri sendiri.Perkara terbaik adalah diam atau bersemuka dengan masalah satu dengan satu. Dengan cara ini kita tidak mengaibkan manusia lain disamping memelihara maruah kita sendiri. Lagi banyak kita bercakap, jangan lupa ada gulungan yang akan mengambil kesempatan untuk menangguk diair keruh. Lihat sahaja jika dulu muka kita susah nak nampak dlm tv, sekarang kita buka mulut saja dah disiar. Peliharalah nilai akedemik yang ada pada diri kita dan yg telah kita pukul gendangnya agar nampak lebih manis bukan bagi diri kita sendiri malah kepada mereka yang terpelajar lainnya.Malulah sikit kpd mereka yang kurang diajar seperti kami tetapi tahu batas tahap kita sebagai manusia.
Hidup ini hanyalah satu perhentian yang sangat singkat untuk kita menyiapkan bekalan untuk menemuiNya.Elakan persengketaan sesama manusia kerana ianya sangat sulit untuk diperbetulkan...myi
Ibrahim Katak Ali, Hassan Ali, Zahrin dan Latuk Zulkifli Nordin taliban eloklah sekapal.
ReplyDeleteHassan ini jenis yang tidak memandang muka kita bila bercakap dengan kita (no eye contact). Kata orang-orang tua, ini tanda seorang itu mempunyai banyak perkara yang hendak diselindungkan.
ReplyDeleteQD kali ne komen ko.. sesen tak laku.. tanya la berapa ramai yg pernah dengar dari mulut HA, konon dia lah yg paling layak jd MB Sel.
ReplyDeleteAdoi QD.. sia2 hidup.. jiwa..penuh habok.
bn ke PKR ke / sama je !!! cakap banyak !!
ReplyDeleteMana ada pujian melimpah utk HA semasa dlm PR.Ramai yg marahnya secara senyap dan sabar atas tingkah lakunya.Merapu betul lah saudara Red Eagle ni.HA dipecat, bukannya letak jawatan.Tiada siapa dlm PR yg kesal melainkan UMNO yg kehilangan spynya.
ReplyDeleteTunggu PRU13,kita tengok rakyat Sel inginkannya lagi atau tidak.
Kesiann....keluar dri kelambu PAS, meracau di tepi longkang UMNO.
ReplyDeleteIf this guy finally decide to join UMNO, it looks all his effort on several Issue such as Murtad and Islamic missionary restriction will destroyed! because UMNO itself not the actual party to fight on Islam. His is very pathetic!
ReplyDeleteHassan ni se-geng dengan ibrhim ali, zul nordin,pekim tee abdullah dan king kong tu - cakap buruk orang lain bagus tapi sendiri perangai memalukan kaum dan agama sendiri. Jangan pikir semua lapisan rakyat bodoh kerbau dengan cakap bodoh mereka.
ReplyDelete