13 February 2012

Seburuk-buruk Pakatan Rakyat, ia jauh lebih baik dari BN

Untuk mentadbir dan menjaga serta mengurus sebuah negara ia memerlukan sebuah kerajaan yang berkemampuan untuk membawa rakyat hidup dalam keadaan aman dan sentosa. Bagi sesebuah negara yang majmuk seperti Malaysia ini ia memerlukan lebih usaha untuk menjamin rakyat yang menghuni dan mendiami negara ini tidak berpecah belah dan bermusuh-musuhan, sebaliknya bersatu dalam erti kata yang sebenarnya.

Maksudnya rakyat harus dan sentiasa ikhlas dan menghormati diantara satu dengan lain, memahami kehendak dan perasaan jiran tetangga yang terdiri dari kaum yang berbilang-bilang dan cara hidup yang berbeza-beza diantara satu dengan yang lain. Kerajaan wajar menghormati setiap gulungan dan jangan menganggap ada pihak-pihak yang dianggap tidak mampu berfikir dan mempunyai perasaan dan terus sahaja melakukan perkara-perkara yang tidak digemari mereka.

Kita telah memilih untuk mempraktikan kerajaan sistem demokrasi. Sistem yang mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat, untuk rakyat dan kita bersetuju untuk menerima mana-mana pihak yang berada di dalam hati rakyat. Semua pihak juga patut menerima mana-mana pihak yang menggantikan parti atau pimpinan yang menyandang jika rakyat memikirkan ia patut dialih dan dianjak.

Rakyat boleh menukar kerajaan jika rakyat merasakan yang kerajaan telah dipilih itu sudah tidak lagi sesuai untuk diberi mandat dan itu pun asas demokrasi yang mana-mana negara amalkan termasuk bagi negara kita ini. Adalah tidak wajar dan bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi jika pihak yang memerintah itu menganggap yang kuasa dan mandat itu hanya untuk satu pihak sahaja semata-mata kerana mereka telah diberikan mandat sebegitu lama.

Semasa saya masih bersekolah salah seorang dari saudara yang dianggap dekat bertanyakan kepada saya apakah cita-cita saya setelah besar. Saya menjawab jika ada pilihan saya mahu menjadi seorang guru walaupun akhirnya saya tidak menjadi apa-apa. Saudara saya itu menasihatkan saya jika saya menjadi guru dan menjadi guru besar, jangan tunggu di satu sekolah itu lama-lama, nanti saya akan menganggap sekolah itu saya yang punya dan saya akan menganggap orang lain tidak ada hak untuk mengetuai sekolah itu.

Itulah sebabnya setengah pihak berfikir yang negara ini hanya mereka yang punya, dan pihak lain tidak ada hak ke atas negara ini semata-mata kerana mereka berfikir negara ini sudah kepunyaan mereka. Mereka ini telah memerintah negara sebegitu lama sehinggakan orang lain tidak ada hak untuk bersama menawarkan perkhidmatan dan pentadbiran yang lebih baik. Pihak lain dianggap sebagai penumpang dan tidak boleh berbuat apa-apa yang mereka tidak gemari sedangkan sikap angkuh dan sombong mereka itu merupakan sikap yang tidak digemari oleh pihak lain.

Dalam mempertahankan kuasa yang mereka anggap hak mutlak mereka, mereka sanggup melakukan apa sahaja secara ‘high handed’ dan akan membentuk persepsi buruk melalui agensi-agensi dibawah mereka yang berkuasa untuk memomokan pihak yang lain. Mereka boleh melakukan apa sahaja yang salah dengan sewenang-wenangnya tanpa segan silu.

Disebaliknya mereka akan mencari segala kesalahan dan kesilapan kecil pihak yang menentang mereka seperti mencari kutu dalam rambut. Bagi mereka ini hanya mereka sahaja yang berhak untuk melakukan kesalahan tanpa had dan pihak lain hanya diminta untuk berdiam diri dan menganggukkan kepala seperti burung balam.

UMNO mempunyai sikap yang saya sebutkan ini yang menebal. Dengan menggunakan Utusan akhbar kepunyaannya, sering melemparkan tuduhan-tuduhan yang amat jahat yang tidak masuk akal terhadap pihak lain khususnya terhadap parti-parti pembangkang. Utusan telah memainkan isu rasis dengan penuh kejayaan selama ini sehinggkan rakyat termakan dan menerima apa yang dikatakan oleh Utusan itu sebagai betul dan benar.

Tetapi Alhamdulillah, sekarang ini akbar itu telah dianggap hanya sebagai sebuah ‘party organ’ untuk UMNO dan apa yang diperkatakan oleh Utusan itu sudah tidak diterima oleh rakyat secara bulat-bulat lagi. Dengan perkembangan minda dan pemikiran rakyat terutamanya dibandar-bandar dan pinggiran bandar, rakyat sudah mula mempunyai persepsi yang buruk terhadap akbar ini. Akhbar ini sudah menjadi ‘musuh’ kepada mereka yang berfikir yang mempunyai pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu isu yang berbangkit secara objektf.

Utusan sudah dipersepsikan oleh rakyat sebagai sebuah organ UMNO yang ditugaskan untuk memainkan isu rasis dan menakut-nakutkan orang Melayu untuk berbaik-baik dengan pihak lain terutamanya terhadap bangsa bukan Melayu. Utusan tahu yang orang kuat UMNO (OKU) hanya akan mampu untuk bertahan jika ada perselisihan faham di antara kaum. Lebih bergolak perhubungan di antara kaum lebih mudah untuk UMNO terus menggunakan isu untuk mendapatkan kuasa yang berterusan. Tektik pecah dan perintah itu merupakan makanan UMNO sejak berdekad-dekad yang lalu. Selama ini jika tidak ada perpecahan UMNO susah lama terkubur.

UMNO yang didukung oleh Utusan tidak suka kepada kebaikan lebih-lebih lagi jika kebaikan itu dilakukan oleh pihak lain khususnya parti yang mereka musuhi. UMNO sudah tidak mengenali lagi yang mana yang baik dan yang buruk. UMNO sudah mengidap penyakit rasuah tegar. Hampir kesemua pemimpin UMNO adalah orang kaya raya yang tidak ada hadnya.

Hampir kesemua projek dibawah pimpinan dan kementerian yang mereka ketuai mesti ada elemen atau bahagian untuk kepentingan pemimpinnya. Jika tidak dapat menerima rasuah, tidak senang hidup mereka. Mereka menganggap kegagalan untuk mendapat habuan sampingan dari projek-projek pembangunan negara itu, mereka akan dianggap sebagai pemimpin yang gagal. Rasuah dan UMNO itu sudah dianggap sebagai ‘aur dengan tebing’, saling menyandar di antara satu dengan lain. Rasuah tidak akan berkembang tanpa UMNO dan UMNO tidak akan kuat tanpa rasuah. Begitulah keadaan sekarang.

UMNO begitu cemas apabila parti-parti lain yang memerintah beberapa buah negeri telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan. UMNO sudah ‘kantoi’ apabila rakyat telah dapat membuktikan yang kerajaan-kerajaan di bawah PR telah menujukkan prestasi yang secara relatifnya jauh lebih baik dari pentadbira UMNO dan BN. UMNO begitu meluat melihat kejayaan Lim Guan Eng mentadbir Pulau Pinang dengan bersih, cekap dan amanah. Selama ini bersih, cekap dan amanah itu hanyalah nyanyian retorik pimpinan UMNO sahaja tanpa membuahkan apa-apa kejayaan. DAP pula terpaksa menjayakan segala slogan anjuran Dr Mahathir dahulu.

Begitu juga kerajaan pimpinan TS Khalid Ibrahim yang telah berjaya untuk membentangkan bajet yang ‘surplus’ dan tidak ada pemimpin Selangor PR Selangor yang terlibat dengan pembinaan rumah puluhan juta ringgit dan melakukan skandal besar seperti PKFZ yang merugikan rakyat sebanyak RM12 billion itu. TS Khalid mungkin kurang pandai untuk berpolitiking, tetapi pentadbiran Selangor jauh lebih kemas sekarang jika dibandingkan dengan pentadbiran BN dahulu. Jarang kita mendengar TS Khalid membuat kenyataan politik kerana beliau sibuk membersihkan kekhilafan yang dilakukan oleh kerajaan BN dahulu.

Tetapi ini semua kejayaan kerajaan PR ini dinafikan oleh pihak UMNO yang telah gagal mempraktikkan apa yang mereka slogankan sendiri. Bermacam-macam dilakukan oleh media perdana cetak dan letronik untuk memburukkan kerajaan Negeri Selangor. UMNO dan pimpinannya tidak suka kepada ketelusan yang dipraktikKan oleh kerajaan PR. Utusan dan media perdana yang lain akan memperbesarkan kesilapan kecil-kecilan PR.

Takkanlah kita hendak memberikan kepercayaan kepada Noh Omar pula untuk membawa kepimpinan untuk rakyat Selangor. Kalau rakyat Selangor ingin melihat negeri terkaya ini menjadi bubur, elok kita cadangkan untuk mengikut Noh Omar dan rakan-rakannya dalam UMNO Selangor. Tetapi jika rakyat Selangor ingin melihat kemajuan dalam pentadbiran Selangor teruskan sahaja mandat itu diberikan kepada TS Khalid Ibrahim. TS Khalid bukan aulia untuk kita harapkan ‘perfection’.

Tetapi saya selalu bercakap di mana-mana yang, ‘the worse of PR is lot better than the best of BN’

28 comments:

  1. Salam Abang Aspan..
    Rakyat harus bersatu menolak UMNO. Tidak ada apa2 yang harus di banggakan dengan UMNO sebuah parti pengkhianat kepada bangsa dan negara. Negara ini penuh dengan cerita-cerita dongeng untuk kepentingan politik UMNO dan pemimpinnya. Kehidupan mereka penuh penipuan dan sandiwara oleh orang politik.Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada orang-orang kampung dan rakyat yang daif. Mereka angkut hasil bumi dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Setiap kali pilihan raya, mereka janji sana... janji sini untuk dapatkan mandat rakyat. Setelah mandat diberi, mereka lari lintang pukang untuk mencari projek. Tak ada projek dicipta projek untuk mencari keuntungan biar pun projek itu bukan kepentingan rakyat. Rakyat dibiarkan sengsara dan mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni, suku sakat dan diri sendiri.. contohnya projek "LEMBU"

    Hasilnya mereka beli dua unit kondominium One Menerung di Bangsar dan sebuah lagi di Orchard Scotts, Singapura, pembelian Mercedez Benz, dan dua lot tanah di Putrajaya seperti yang didedahkan sebelum ini... Selepas itu dua lagi pembelian unit kondominium mewah oleh mereka di Singapura, berharga RM34.6 juta. Kondominium berkenaan- masing-masing berharga RM17,205,209 dan RM17,357,575- dibeli di Marina Bay Suites, yang terletak berhampiran restoran mewah milik keluarga menteri itu di Brawn Steakhous, Singapura.

    Jika gunakan akal, mustahil mereka dapat mengumpul wang sebanyak itu sekali pun wang gaji mereka disimpan atau sekali pun mereka minum air hujan atau makan rumput. Di sebalik itu,mereka gunakan wang negara atau wang rakyat untuk dijadikan modal tapi rakyat dapat apa..? Sampai kini mereka masih bebas dan tidak dikenakan apa2 tindakan oleh pihak berkuasa. Apakah kekebalan mereka sehingga mereka tidak didakwa..? Apakah undang2 dicipta hanya untuk orang kecil..? dan yang besar terlepas..?Justeru itu rakyat harus menolak pimpinan UMNO, sebuah parti usang yang ditelan zaman. Mengekalkan UMNO sebagaimana kata-kata Abang Aspan "Rasuah dan UMNO itu sudah dianggap sebagai ‘aur dengan tebing’, saling menyandar di antara satu dengan lain. Rasuah tidak akan berkembang tanpa UMNO dan UMNO tidak akan kuat tanpa rasuah.

    ReplyDelete
  2. ‘the worse of PR is lot better than the best of BN’

    TAPI ramai lagi yang menggunakan perumpaman

    'the known evil is better than the unknown devil'

    ReplyDelete
  3. Kemerosotan yang telah berlaku sejak Mamay Kutty menjadi PM adalah sukar untuk ditangani dalam sekelip mata sahaja. Walau bagaimanapun, usaha harus dilakukan and dipertingkatkan untuk memperbaiki kemerosotan tersebut. Jadi, saya setuju dengan pendapat tuan. Half a loaf is better than none!

    ReplyDelete
  4. Di kampung saya, nak jadi ketua pemuda UMNO pun dapat rasuah RM50 seorang utk satu undi. Rasuah sudah menjadi pakaian juak2 UMNO ini, macamana nak bawa orang kampung ke jalan yang Allah redha, pikir-pikirkan.

    ReplyDelete
  5. AAAAAAAAAAAABBBBBBBBBBBBBUUUUUUUUUUUU

    ReplyDelete
  6. Salam to all,
    If you don't understand the above, let me translate it - Asalkan Bukan UMNO (Bahasa)
    Anything But UMNO (English)
    OK?.

    ReplyDelete
  7. Tuan Aspan,

    Semasa kempen pendaftaran PATI tahun lepas terang2 menunjukkan projek ini semata2 nak beri ruang pada kroni mengaut duit sebanyak2nya.

    Wakil yang dilantik adalah dari kalangan kroni umno di bahagian. Lepas tutup pendaftaran, pakat2 pakai kereta mewah belaka.

    Tak percaya? Pi tanya majikan2 yg kena perah !!

    ReplyDelete
  8. Betu tu Mahaza. Rata-rata berkata better the devil you know, than the angel you don't know.
    Rata-rata juga berkata sebusuk-busuk UMNO, taklah sebusuk Pakatan.
    Sebodoh-bodoh orang UMNO, taklah sebodoh orang Pakatan.

    ReplyDelete
  9. mahaza,
    orang yg guna perumpamaan tu buta mata dan mata hati mereka! Tak nampak prestasi DAP/PKR di Pulau Pinang dan Selangor?

    ReplyDelete
  10. AA,

    I admire you for being a man. I appreciate your move and it makes a number of the Malays starting a new thinking. You are breakingthe ice bro.

    ReplyDelete
  11. Tne Unknown Devil is already making Known all the evil that BN/UMNO has done.

    So, the BEST of PR is here to stay and BN/UMNO I think best compiled in Greatest Hits.

    ReplyDelete
  12. Pak,

    As expected, UMNO cyber-trooper are still trying to peddle the discredited and worthless mantra of "it's better the devil you know than the devil you don't know". With the capture of Penang, Selangor, Perak (even though short lived) and kedah along side PAS stronghold of Kelantan, by the opposition and through their adherent to the principle of Clean, Accountable and Transparent governance, PR has shown every thinking and open minded Malaysian that they (PR) are not the devil and by the acknowledgement of the office of Auditor General, they are in fact the opposite of what BN have been telling the people.

    Malaysian actually can read between the lines of the AG report and on their own, come to the conclusion that UMNO and BN are the only existing devil known to the people of Malaysia, period (there's no such thing as "the devil you don't know" because that statement is actually the creation of UMNO and BN intended to hoodwink the people into voting them, the known devil).

    No matter how the MSM and their legions of cybertrooper tries to spin the facts, the records of the AG speaks the truth. It is a fact that all the state government under PR are recording surplus budget and all of them manages to reduce substantially their federal loan and debt with DAP's Penang showing stellar performance by reducing nearly 600millions of debt in just 3 years (in comparison, all BN ruled states are experiencing deficit budget annually with ever increasing federal debt). IN that respect, saying that "the worse of PR is even better than the best of BN" is grossly an understatement.

    We can actually state categorically that BN is woefully unfit to govern a state much less a nation and personally I won't even let BN manned the collection desk of a public toilet let alone manage the nation treasury and revenues.UMNO and BN is the devil we know, right? And who in their right mind would let the devil in charge of our nation? Think about it!

    We have placed the devil in charge of Malaysia for decades now and what was the results? We had trillions of our wealth siphoned out, we had billions of tax money misappropriated annually, we had our subsidies reduced yearly while the government kept on wasting our money on cronies and mega expensive infrastructure project which going by past experience WILL end up needing bail out with more of our money and of course, we had a huge and expensive "New and lavish" administration capital built using monies from OUR state oil company (whose finances and actual profit is known only to the UMNO PM not the parliament) but get this, it doesn't actually belong to the government of Malaysia (they are paying rent to occupy it)! What in heaven? Whose great idea is that? Just like the North South highway (which the government is the majority owner of the concessionaire company), the government has no direct benefits from either one, instead we are paying rent to one party (which we own but don't really know the financial detail of it's operation)) and paying compensation to another (which we also own but cannot control???). Huh? Run that by me again!

    The devil sure has played us out and for quite some time too. No wonder we are heavily in debt, our economy in shambles and the people are in poverty. That's what you get when you put the devil in Putrajaya and in charge of the "cookie jar". I say it's time to cut our loses and burn the devil into ashes (ABU!)!

    Nick.

    ReplyDelete
  13. A report in today's (Monday Feb 13, 2012) The SUN newspaper (page 4):

    "GOVT WILL MAINTAIN RM100 AND BR1M

    IPOH: The Barisan Nasional-led (BN) government remains steadfast that the RM100 for school children and RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) financial assistance can be given out yearly if the economy continues to grow rapidly. Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Shafie Apdal said the initiative can be continued if the people supported the government and gave the mandate to administer the country."

    Hmmm... Since we all know that public confidence nowadays towards UMNO/BN's leadership is at an all-time low, this is one of their action plans to regain it.

    Sorry lah UMNO/BN, I'm not buying it, it's too late. UMNO/BN could've done this a long time ago, but they were too busy filling up their own pockets.

    It's my personal view that this is just another bribing exercise towards the rakyat to buy votes.

    Pathetic.

    --ziggy

    ReplyDelete
  14. Bukan tu la ...

    begini..

    sebodoh-bodoh UMNO..
    biul lagi penjilat si QD (Quthik)

    ReplyDelete
  15. SALAH satu kegagalan besar UMNO berpunca daripada sistem latihan atau perkaderannya. UMNOlah yang mengajar ahli-ahlinya - "aku hebat, aku kebal,rembat apa yang terlintas di depan mata, negeri atau negara ini emak bapak aku punya, semua boleh kita beli dengan duit, orang lain bangang; kita sahaja yang pandai" dan pelbagai lagi. Kesannya, bermaharajalelalah mereka. Tanpa malu dan segan - isteri, anak, ipar duai dan siapa yang pandai `menggosok' terperasan mereka juga turut dilantik dalam pilihan raya.

    ReplyDelete
  16. mahaza...

    dan ramai juga yang menggunakan peribahasa..

    "lesser than two evils..."

    kudean

    ReplyDelete
  17. Biasalah,penyokong UMNO menulis komen menggunakan emosi bukannya fakta.Majoritinya taksub dan takliq buta,masuk longkang pun tak apa.

    Hanya penduduk dibawah negeri PR shj yg mengetahui mana yg kaca dan intan.Buat masa ini,negeri yg paling maju dan berjaya diMsia adalah Sel dan Penang,bawah pentadbiran PR.Not perfect,but 10 times better than BN.

    Dulu2 bawah BN,segala benda yg berbau duit BN yg punya.Pasir sungai,pasir lombong,balak,tanah rizab tepi jln(disewakan),pasar malam,lot tanah TOL,kutip sampah,peruntukan rmh/tanah utk setinggan dicelahkan saudara mara macam buah rambai dan gerai2 majlis daearah pun mereka yg berkuasa.Yg tinggal cuma kerak2 utk org lain.

    Tengok istana Toyol sudah cukup utk membuat pertimbangan(bagi yg rajin berfikir).Yg penting sekali,bukannya
    parti aku menang,parti kau kalah macam budak2 tetapi mencari kebenaran melalui fakta yg logik dan tepat.

    Harap penduduk Selangor pertahankan Darul Ehsan dan tidak mudah diperdayakan oleh BN dan agen2nya.

    Selangor tanahair ku

    ReplyDelete
  18. Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing14 February 2012 at 03:30:00 GMT+8

    Berita2 sampah yg disajikan oleh media massa setiap hari,secara tidak langsung akan memperbodohkan rakyat terutama bangsa Melayu.Minda disekat dan diracuni oleh doktrin2 tidak bertamadun BN akhirnya akan merugikan negara dan generasi akan datang kerana ramai yg terencat akal.

    ReplyDelete
  19. The poorest BN's VIP are the richest amongst us.

    ReplyDelete
  20. QD,

    Kalau Pakatan busuk dan bodoh kenapa Auditor General wartakan negeri bawah PR baik?AG bangang ke atau awak busuk hati dan bodoh fikiran.

    Relax bro,dont let your emotion clouds your judgement.Get your facts right and find out the truth.When or if BN is better than
    PR,I,my family,relatives and friends will vote BN, no problem.But at the moment, no way.

    The purpose of an election in any country is to get the best out of any party for the rakyat,not for the party.

    ReplyDelete
  21. QD ini memang jumud pemikirannya. Oleh kerana yang baik itu dari PR dia tidak mahu mengakuinya.
    Penyokong UMNOlah katakan. Mana tahu menilai yg baik dan yg buruk. Sekplah tinggi-tinggi pun tak tahu berfikir. Membazir duit aje hantar dia ke sekolah.

    ReplyDelete
  22. Sdr Aspan,

    Saya setuju benar. Kalau dah jelas seluar yang dipakai dah koyak rabak..kenapa perlu dipakai lagi, memalukan diri jer dan menambah dosa dedah aurat. Tukar je seluar baru. Tak berjenama pun tak apa asalkan aurat terlindung. Ini lebih baik.

    Seluar yang koyak rabak hanya sesuai dijadikan kain buruk, nak perbaiki hampir mustahil melainkan beli yang baru.

    ReplyDelete
  23. Ha ha ha..

    QD, apa sudah jadi!!! Biasa aok tu kool aje..tetapi nape tetiba komen macam Standard Papagomo aje ha ha ha...

    Cammon la Bro..comment macam tu standard BlogerUmno carimakan jae ..Aok tak macam tu ...ha ha ha

    ReplyDelete
  24. Anon 13.54

    Kaeh sengaja suka buat lawok bodoh. Aokpun sedar ye. Kahkahkah. Kool sokmopun tak syok. Gona melaweng dema semua.

    ReplyDelete
  25. Pak Aspan, allow me to use particular words in this issue for my blog statement. Thank you.

    ReplyDelete
  26. QD the UMNO cybertrooper..ada merata2..berapa gaji UMNO bayar ye?

    ReplyDelete
  27. PAS tidak bully orang Cina di Kedah. Saya adalah orang Kedah. Apa yang disiarkan oleh media tak tepat.

    Harus adalah satu tinjauan awam.

    Memang minum arak tak baik untuk badan kita. Alkohol itu menyebabkan kanser - American Cancer Society.

    ABU. Betul. Walaupun kami bukan orang Islam, kami tetal akan pilih PAS! Sebab UMNO bersama MCA, MIC, PBBS, Gerakan, dll semuanya makan duit negara.

    Bersama kita menghapuskan BeEnd yang kotor itu sehingga meletup seorang emak dari Mongolia.

    Najib pada masa itu menteri pertahanan, memang tau pembelian 2 buah kapal selam itu. RM500 juta diberi kepada syarikat isteri Razak Baginda. http://www.suaram.net/?p=2393#more-2393

    ReplyDelete
  28. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

    Memulakan ulasan, syabas dan tahniah secara peribadi saya ucapkan di atas "creativity" artikel ini. Juga, maaf kerana agak lama menyepi; maklum, adakalanya kesembilan-sembilan jari ini bagaikan malas mahu bergerak ...

    Oh ya, tepat sekali contoh yang saudara paparkan itu; nasihat keluarga saudara itu telahpun terbukti, kan? Justeru, bukanlah maksud saya untuk memperkecil atau memperlekeh sesiapa, tetapi, bukankah ini yang pernah dikatakan oleh seorang ahli pembangkang suatu ketika dahulu, di era Mahathir lagi, bahawa, UMNO, khasnya Mahathir (ketika itu) adalah Fir'aun! Nah, bukankah dengan kita mendabik dada kononnya "Akulah aja yang layak ..." secara sedar atau tidak telah mencontohi dua makhluq yang dikutuk-Nya, iaitu Iblis dan Fir'aun? Cuma, Iblis taklah sampai mengaku dirinya Tuhan; oleh itu, siapa yang lebih jahat sekarang? Jin atau manusia?

    OK-lah, tak mau cakap dalam sudut agama pun, sejarah dan fakta demokrasi sendiri mengiktiraf kuasa rakyat sebagai "pengguna" terhadap pentadbiran pemerintah, kan? Bukankah kita dapat saksikan di negara-negara lain, khasnya di negara-negara maju, kempen pilihanraya setiap parti yang dicanang calon yang mewakilinya mendapat liputan saksama? Tetapi, sayang, benar sekali, sehingga hampir 55 tahun merdeka ini pun, kita masih didendangkan dengan liputan sebelah pihak sahaja, menyebabkan mahu tidak mahu, kita terpaksa pilih para perompak bin penjenayah ini penggal demi penggal ... Justeru, akan tercapaikah Wawasan 2020 itu nanti? Juga, dengan contoh-contoh kejayaan PR Pulau Pinang dan Selangor, didahului dengan kepimpinan berwibawa TG Nik Aziz di Kelantan yang turut dipuji masyarakat ukan Islam, seterusnya diikuti kebijaksanaan dan kecekapan pentadbiran Ustadz Azizan di Kedah, wajar lagikah kita memilih puak-puak Ali Baba ini?

    Akhirnya, bersamalah kita memberi tekanan sehebat mungkin agar para penjenayah kebangsaan dan antarabangsa ini berjaya dipaksa keluar daripada gedung dan istana haram mereka, sekaligus mensejahterakan Malaysia yang sememangnya sejahtera ini. Untuk itu, saya juga tidak akan mengulangi lagi kecuaian saya yang lalu, kerana saya juga sedar kini, satu pangkah sahaja pun, besar maknanya. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kesudian saudara berkongsi ruangan ini, dan jutaan ampun maaf dipohon kiranya kedapatan unsur yang tidak disenangi. Apapun, tapislah kiranya kedapatan unsur sedemikian demi faedah dan manfaat bersama, insha Allah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete