03 March 2012

Hanya rakyat Kelantan sahaja dapat menyelesaikan masalah Kelantan, bukan Najib

Semalam Najib ke Kelantan untuk ‘mengelentong’ 1.2 juta rakyat negeri itu yang beliau anggap sebagai gulungan miskin dan papa kedana. Kelentong pilihanraya kali ini lagi hebat dari kelentong-kelentongnya yang lain sebelum ini. Najib meminta rakyat Kelantan memberikan undi dan mandat kepada BN bagi menyelesaikan semua masalah rakyat Kelantan.

BN selalu mengatakan bahawa Kelantan adalah negara miskin dan Najib selalu memandang rendah dan mengejak-ngejek rakyat Kelantan kerana kemiskinan mereka. Najib lupa yang segala rezki itu Allah yang beri tetapi dimana-mana diseluruh dunia ini setiap negara ada rakyat yang miskin. Beliau cuba melakukan ‘deception’ yang rakyat Kelantan akan menjadi senang lenang jika memilih BN dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Najib berfikir yang beliau lebih besar dari Tuhan kerana umat yang dijadikan Tuhan pun berbillion yang miskin tetapi jika rakyat Kelantan memilih BN beliau akan membawa mereka keluar dari kemiskinan. BN kononnya akan menyelesaikan semua masalah rakyat Kelantan jika rakyat Kelantan memberikan kuasa kepada BN dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Negeri Kelantan sentiasa dipersendakan oleh Najib selama ini. Bagaimana kita hendak menafikan kenyataan ini. Kelantan kepada beliau adalah negeri bermasalah. Negeri miskin dan tidak mampu menjaga rakyat dengan baik dan sempurna kononnya. Mungkin negeri Kelantan itu adalah negeri miskin sedikit dari negeri lain. Kelantan tidak sepatutnya menjadi sebuah negeri miskin, malahan Kelantan sepatutnya menjadi negeri yang lebih kaya dari banyak negeri dalam Semenanjung ini.

Masalah di negeri Kelantan ini disebabkan oleh Kerajaan Persekutuan, di Putrajaya. Kerajaan Persekutuan (Petronas) masih belum membayar tunggakan 5 peratus dari hasil minyaknya yang sudah meningkat kepada 7.4 billion ringgit. Perjanjian Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 27hb Mei 1975 dahulu masih tidak dihormati oleh Putrajaya. Sekarang ini dua telaga minyak dalam perairan negeri Kelantan sedang dicuri oleh Kerajaan Persekutuan melalui Petronas dengan menyalurkan pendaratannya di Kerteh Terengganu dengan menggunakan saluran sepanjang 260 kilometer lebih jauh dari Bachok, Kelantan.

Negeri Kelantan yang sepatutnya menjadi salah sebuah negeri yang terkaya sengaja dimiskinkan oleh Putrajaya dengan melarikan hasil minyak negeri Kelantan disebabkan rakyat Kelantan memberikan kuasa pemerintahan negeri itu kepada PAS (PR). Kerajaan Persekutuan melayani rakyat Kelantan seolah-olah Kelantan itu adalah tanah jajahan Putrajaya, bukannya sebagai salah sebuah negeri yang menganggotai persekutuan Malaysia. Putrajaya mungkin tidak sedar yang di Kelantan itu hampir kesemuanya adalah dari bangsanya sendiri.

Sesungguhnya Putrajayalah yang memiskinkan Kelantan. Putrajayalah yang memberikan masalah kepada Kelantan dan sekarang datang pemimpin dari Putrajaya menjanjikan penyelesaian kepada semua masalah di Kelantan. Kepada orang Kelantan, mereka boleh bertempik dan menyuruh pemimpin persekutuan di Putrajaya itu untuk menyelesaikan masalah di Putrajaya yang tidak terkira besarnya itu.

Kita suruh sahaja Najib selesaikan masalah PKFZ yang melibatkan RM12 billion yang tidak selesai lagi sehingga hari ini. Isu MAS dan Tajuddin yang melibatkan berbillion ringgit masih menjadi isu besar yang melibatkan 'intergrity' Dr Mahathir dan seluruh kepimpinan UMNO. Apabila isu MAS ini dapat diketahui umum nanti, semua rakyat tahu segala belang-belang buruk pemimpin persekutuan yang mengaku sebagai pembela rakyat dan Melayu itu.

Isu terbaru ialah isu NFC, isu yang menyalahgunakan wang rakyat sebanyak RM250 juta yang diberikan kepada keluarga seorang ahli kabinet negara untuk memilihara lembu untuk kegunaan rakyat dan negara digunakan untuk membeli kondo-kondo mewah dibanyak kotaraya terkenal di seluruh dunia. Puluhan isu-isu besar yang merugikan rakyat masih tidak dapat diselesaikan oleh Najib dan pentadbirannya.

Semalam beliau tiba di Kelantan dengan menjanjikan perkara lama dengan isu lama sedangkan rakyat Kelantan sedar yang wang mereka melalui royalti minyak sebanyak RM7.4 billion yang tertunggak masih tidak disalurkan kepada Kerajaan Negeri walaupun ada perjanjian yang dimeterai pada 27hb Mei 1975 dahulu. Jika perjanjian yang dimeterai dengan ikatan undang-undang pun tidak dilaksanakan bagaimana rakyat Kelantan hendak mempercayai janji-janji Najib itu?

Rakyat Kelantan tahu dan maklum yang ekonomi negeri mereka telah diperkosa oleh Kerajaan Persekutuan. Dari Kelantan ada dua tiga kerat pemimpin diperingkat persekutuan, seperti Mustapha Mohamad, Awang Adek dan beberapa yang lain termasuk Ibrahim Ali yang sedang mencuba-cuba untuk menjadi pemimpin dari negeri itu. Tetapi pemimpin-pemimpin ini memilih untuk berpihak kepada pemimpin pusat dan sama-sama pula berpakat untuk mendera rakyat negeri mereka sendiri.

Itulah sebabnya rakyat Kelantan akan terus didera seperti ini sampai bila-bila selagi UMNO masih berkuasa di Putrajaya itu. Justru itu rakyat Kelantan kena faham yang mereka hanya mempunyai satu pilihan, iaitu dengan mengambilalih kuasa yang dipegang oleh UMNO di Putrajaya itu. Rakyat Kelantan kena faham juga yang rakyat di negeri-negeri lain sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan negara dengan mengambil alih Putrajaya.

Jika diizinkan Tuhan niat ini dikabulkan olehNya , barulah rakyat Kelantan mempunyai harapan untuk melihat perjanjian yang ditanda tangani pada bulan Mei 1975 yang lalu dapat dihormati dan memberi nikmat kepada rakyat Kelantan. Masa itu nanti tidak akan ada lagilah pihak-pihak yang akan menghina rakyat Kelantan seperti yang dilakukan oleh semua pemimpin dibawah pentadbiran Najib di putrajaya itu.

Segala sendaan Najib terhadap rakyat dan negeri Kelantan itu akan mati begitu sahaja jika rakyat Kelantan kekal dengan kecekalan mereka menghadapi tekanan dari Putrajaya ini.

14 comments:

  1. sejak dulu,kini dan selamanya umno/bn tidak pernah mengutamakan ugama,bangsa dan tanah air. pemimpin2 umno terutama spt tun mahathir dan terkini najib hanya mementingkan kuasa dan parti umno nya sahaja. rakyat yang tidak umno dikira bukan rakyatnya. yg boleh bantu umno meskipun bukan rakyat malaysia spt filipina,kemboja, bangladesh,indonesia dan yg sama waktu dengannya akan dapat keistemewaan sehingga kepada taraf kerakyatan. lebih lama umno/bn perentah negara semakin terhakis hak2 rakyat malaysia lebih2 lagi org melayu dan agama islam.olih itu perinsip........ABU mesti diamalkan olih setiap rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  2. Tuan AA,

    1. Kelantan mungkin negeri miskin tetapi sebahagian besar tanah-tanah milik orang melayu masih kekal dalam pemilikan tangan orang melayu.

    2. Kelantan mungkin negeri miskin. Kelantan tidak mempunyai bangunan pencakar langit seperti di KL, JB. Tetapi apalah guna jika banguan-bangunan ini dimiliki oleh bukan melayu diatas tanah orang melayu yang sudah dijual kepada bukan melayu.

    melayu hanya memiliki ruang-ruang dalam bangunan tersebut untuk menumpang melepak dan buang masa.

    3. Kebanyakan orang kelantan tidak bodoh dan termakan dengan ugutan dan janji kosong terbaru Najib. dari zaman tunku lagi, UMNO dok jaja cerita ini. UMNO telah memerintah Kelantan selama 12 tahun dari tahun 1978 - 1990, tetapi Kelantan tak juga maju. yang maju hanyalah hutang dengan kerajaan pusat.

    yang bodohnya sejak dari merdeka hanyalah segelintir rakyat yang menjadi ahli dan penyokong UMNO Baru. najib hina rakyat kelantan mereka terima, mereka sokong. najib anaktirikan negeri kelantan dari segi pembangunan infrastruktur, ekonomi dsbnya mereka sokong dan terima. MALAHAN BOLEH BERTEPUK TANGAN GEMBIRA!

    Agaknya inilah melayu yang paling sengal dalam sejarah.

    wan hamid jedok

    ReplyDelete
  3. Kelantan miskin tetapi hati tidak miskin and Kelantan tidak berhutang...

    Negeri BN muka sahaja nampak kaya, tetapi hutang orang keliling pinggang... kena pinjam dari negara lain untuk membayar gaji pekerja kerajaan pulak... reseki income negara masuk pocket sendiri dulu....

    ReplyDelete
  4. Salam Pelayar Blogger,

    Orang Kelantan(bukan ahli/penyokong Umno) jangan ambil pusing apa yang Najib dan awak2nya cakap. Selama ini memang kerajaan pusat menindas rakyat Kelantan baik darisegi agihan kewangan, pembangunan dan hak2 lain.
    Saya anggap PM BN seorang yang tidak bermoral berhubung dengan tindakan menidakkan hak rakyat Kelantan kerana memilih kerajaan PAS bagi kerajaan negeri.
    Saya yang tidak berkuasa ini mengingatkan orang Kelantan agar tidak termakan pujukrayu BN. Orang yang "mengecek" melihat nilaiharta negeri yang masih terpelihara.(hok kita)
    Bercakap secara bertempik2 menampakkan "desperate"nya PM BN masa kini. Orang yang dalam ketakutan juga akan berbuat demikian, bertempik2 dan sentiasa mengaku dirinya baik dalam segala espek tetapi hutang semakin menggunung, harta negeri Kelantan yang maseh terpelihara "memecor" air liur puak2 ini.
    Sekali lagi saya mengingati orang2 Kelantan agar jangan termakan pujukrayu orang yang telah muflis hingga sanggup menjerit2 meminta2 sokongan agar agenda joli mereka dapat diteruskan.

    ReplyDelete
  5. sdr AA

    alif ba ta umno sekarang bukan agama bangsa tanah air tetapi anak bini dan taulan. dlm konteks kelantan, amat sesuailah portmanteau NAjib raZAK = nazak(its crude, i know).

    scrooge

    ReplyDelete
  6. Tuan Aspan,

    Islam disambut dan dimeriahkan semasa Nabi kita bawa oleh orang miskin.

    Orang kaya2 ramai yang berdiri teguh dibelakang Abu Jahal. Sebabnya, takut hilang kontrek !!

    Justeru, untuk orang kelantan saya seru bertahanlah dengan Islam nescaya anda akan dimuliakan dimata generasi akan datang !

    ReplyDelete
  7. Kelantan negeri miskin bukan sebab diperintah oleh PAS. 12 tahun di bawah pemerintahan UMNO/BN dulu pun Kelantan miskin juga. Kalau Najib jujur hendak tolong rakyat Kelantan, bagi saja royalti minyak. Itu lah formula terbaik.

    ReplyDelete
  8. Dari MM hingga sekarang,pemimpin2 BN tidak pernah menghormati keputusan rakyat yg tidak mengundi mereka.Sebaliknya didenda pula.Buat apa diadakanPRU sekiranya
    rakyat tak boleh memileh parti2 lain?Demokrasi apa yg Msia amalkan?
    Memungkiri perjanjian Petronas dgn Ker.Negeri Kelantan adalah salahsatu ciri2 kemunafikan.

    Prinsip2 federalisma diketepikan kerana sakit/busuk hati mereka.Adakah patut pemimpin2 negara berdendam kpd rakyatnya sendiri?Betul2 mentaliti taraf ketua kg.Madsud yg lebih luas makna 'memakan harta anak2 yatim'selain dari tidak membayar zakat(utk org kaya),ialah menafikan hak2 rakyat dibawah pemerintahan sesutu kerajaan.

    Undang2 Hak Asasi Manusia tidak diikuti dan undang2 agama juga tidak dipatuhi,sebaliknya menggunakan undang2 ikut perasaan dan nafsu serakah mereka.Apa punya partilah BN ni.Langsung tiada perinsip.

    Amat sangat berharap rakyat dan negeri Kelantan tidak menjadi perpatah'Menang Sorak Kg.Tergadai'
    dikelentong oleh MAT JIBnin.

    ReplyDelete
  9. Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing4 March 2012 at 05:04:00 GMT+8

    The whole rakyat of Kelantan should sue the federal govt for breaching the Oil Agreement.They should take the case to the World Court Of Justice and showed the world BN cruelty to their own people.

    This is what we got,and a good lesson for us,when we gave 1 party(BN)too long to be in power.

    1.Unlimited and uncontrollable
    corruption.
    2.Amending the laws to their
    whims n fancies.
    3.Creating all kind of Acts to
    protect their power with their
    usual propaganda of protecting
    the people.
    4.Monopolizing the money-
    making business among them and
    their families.
    5.Giving mega projects to their
    cronies.
    6.Wasting the rakyat time and
    money tussling for power amongst
    themselves,thus neglecting the
    rakyat development.
    7.Their tentacles of power gripped
    the judiciary,PDRM,SPRM and
    other public agencies for their
    own benefits.
    8.Controlling the main stream
    media,indirectly brainwashing
    our mind.
    And
    9.Made us slave till dead to
    support their position,power and
    style of living.

    Hoping and praying to those who can think intelligently to vote for a change of govt in the coming GE.

    If we don't win the war against evil,at least we'll die fighting,not slaughtered like a lamb.

    ReplyDelete
  10. kami miskin..kami tak mampu beli handbag mahal2..cincin mahal2..shopping baju kat australia..dan x mampu beli kondo utk lembu2 ternakan kami..

    ReplyDelete
  11. kalau kita TAK SOKONG, maka kita akan miskin, hak kita dinafikan....
    kalau kita SOKONG, kita dijanjikan kemewahan....

    kalau aku tak silap, itu sifat Ad-Dajjal....

    ReplyDelete
  12. Orang n.9 ucapkan tahniah kepada rakyat kelantan kerana semuanya tak hilang bandingkan dengan n.9 nama saja bawah BN semuanya hilang. Bandar Baru nilai kepada Dr Gan , felda sendayan kepada matahari heights sdn bhd dan banyak lagi projek kurniaan Isa dan Mad Hasan yang membuat usahawan melayu meluat sebut nama umno kerana yang kaya raya semuanya bukan melayu.Isa dah terima balo dihina kerana politik wang dan FGVH .Semua orang N.9 tahu felda Sendayan Mad hasan punya dan yang kaya Dato Haslah crony mad hasan bawa jaguar ,porshe, bmw ,mercedez kulu kilir tanpa kerja dan layak UMNO tumbang.Orang bukan sokong PR tapi dah tahan tengok ragam Mad hasan ,Haslah md amin .Jadi elok ikut kelantan kerana tak kaya adalah lebih baik dari kaya tetapi dikelilingi hutang dan harta hilang dan tergadai.

    ReplyDelete
  13. semua komen-komen diatas terbaik.
    for me kelantan is the best. saya respect pada perpaduan orang kelantan.

    ReplyDelete