Budaya samseng pula yang mula menular dengan cepat didalam UMNO sekarang. Kejadian mengganggu majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat. majlis-majlis yang di adakan oleh PR kini selalu diganggu dan dicemari dengan kekacauan yang dilakukan oleh kumpulan samseng upahan untuk menggagalkan majlis anjuran Pakatan Rakyat. Dunia dan negara sekarang sudah masuk ke alaf baru dan manusia kini menuju kemajuan dengan etika dan cara kehidupan yang bertamaddun.
Seorang yang dididik dengan baik dari keluarga yang baik dia akan menjadi lebih berhemah jika bersalah-salahan pendapat dan pandangan dan akan sentiasa menghormati orang lain seperti yang dituntut oleh agama dan budaya, apatah lagi kita orang Melayu yang beragama Islam ini. Seseorang yang beriman dan halus jiwanya akan memujuk hati dan nafsunya sendiri untuk tidak berbuat apa yang tidak baik dan ditegah oleh adat dan agamanya.
Sebaliknya sebahagian dari kita orang-orang Melayu khususnya orang-orang kuat UMNO (OKU), bertindak diluar adat dan adab bangsanya serta agama mereka dengan membina budaya samseng dan budaya ini adalah budaya orang-orang zaman batu dahulu. Ini bertambah berluas-luasa akhir-akhir ini dengan mengganggu majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat.
OKU-OKU tempatan akan menggunakan cara yang amat biadab dengan mengganggu dan memukul orang lain semata-mata kerana tidak bersetuju dengan majlis yang dianjurkan oleh pihak yang kian hari kian mendapat sokongan ramai itu. Ada kalanya kumpulan OKU ini akan menyerbu didalam majlis ceramah anjuran PR dan mereka akan terus beramai-ramai kehadapan pentas untuk mengganggu majlis PR itu.
Apa semuanya ini? Kemana kah perginya adab dan tatasusila Melayu yang berhemah dan bertamaddun yang selama ini menjadi ‘attribute’ asas orang Melayu itu? Kenapa kah bangsa kita sudah sampai ketahap ini untuk mengekalkan kuasa? Kalaulah dari dulu kita tahu yang Melayu dan rakyat yang bersokongkol dengan pihak yang memerintah tidak dapat menerima demokrasi, kenapa dari dulu kita memulakan negara kita dengan sistem demokrasi.
Kenapakah ada pihak hanya menerima demokrasi jika dapat kemenangan dan memperkayakan budaya samseng apabila dirasakan yang kemenangan yang diperolehi selama ini tidak akan berulang lagi? Jika kuasa itu merupakan perjuangan yang ‘ultimate’ kenapa tidak menjaga mandat dan kepercayaan rakyat selama ini dengan jujur? Kenapa melakukan perkara-perkara yang tidak elok didepan mata rakyat tanpa segan silu? Kenapa begitu tamak dan berkehendakkan kepada semua perkara?
Jika benar UMNO dan pimpinan tidak mahu terlepas dari kuasa tentunya ia memerlukan pengorbanan. Pimpinan parti pemerintah ini wajib berkorban nafsu dan itu wajib. Pimpinan wajib melawan segala nafsu yang ada didalam diri masing-masing dan itu pun perjuangan yang perlu yang dituntut oleh agama kita. perjuangan menentang hawa nafsu kita itu merupakan perjuangan sepanjang hayat….dari lahir sehingga ke akhir kalam. Elakkan dari segala kemungkaran politik dan ekonomi serta perjuangan untuk diri sendiri yang keterlaluan.
Obsession UMNO untuk berkuasa tidak mengenal batas dan sempadan. Setelah tidak berjaya meyakinkan orang ramai untuk terus menyokongnya, UMNO sedang menggunakan tektik samseng dan ia sangat menjijikan orang ramai. Segala usaha dilakukan untuk mendapat sokongan tetapi sokongan tidak juga kembali. Maka menggunakan cara samsenglah yang tinggal untuk memaksa rakyat menyokong mereka.
Jika cara samseng ini masih tidak dapat meyakinkan rakyat untuk bersama UMNO lagi, cara apa pula yang akan diambil pula selepas itu? Jawabnya saya rasa, tidak ada lagi selain dari menerima kekalahan dan penolakan rakyat secara menyeluruh.
Kepimpinan yang merelakan budaya samseng ini tidak akan dibenarkan berterusan dilakukan. Rakyat tidak mahu melihat kepimpinan ala Robert Mugabe di Zimbabwe atau secara Idi Amin dari Uganda suatu ketika dahulu.
UMNO sudah berada di penghujung hayat. Itulah tindakan orang yang dalam kelemasan.
ReplyDeleteSdr Aspan dan para pengunjung blog,
ReplyDeletePolitik terdesak ala samseng dan tindakan biadap para penyokong UMNO BN amat ketara sekali walau pun pimpinan parti berkenaan berulangkali menafikan penglibatan parti mereka. Rakyat Malaysia yang berakal dan rasional tidak kira apa pun pegangan politiknya pasti bersetuju betapa parti UMNO BN ini sudah hilang adap malah terlalu kurang ajar kebelakangan ini.
Biar pun pimpinan UMNO BN menafikan penglibatan parti berkenaan dalam banyak kejadian tersebut dan kerap berdolak dalih behawa penyokong pembangkang (PR) lah yang memulainya dengan melakukan provokasi, tetapi rakyat yang cerdik tahu semua kejadian berkenaan berlaku di majlis yang dianjurkan PR...kenapa penyokong UMNO BN harus berada di majlis berkenaan. Tidakkah ini menunjukkan yang mencari pasal adalah parti berkenaan, mendatangi majlis yang bukan dianjur oleh pimpinan parti meraka, UMNO BN. Tidakkah ini jelas menunjukkan parti UMNO BN lah yang sengaja untuk menimbulkan suasana tegang dengan mengerah samseng dan penyokong karat upahan mereka ke majlis2 PR itu.
Cuba imbas kejadian terbaru di Pulau Pinang semasa perhimpunan anti Lynas. Pimpinan UMNO BN sendiri sedia maklum bahawa perhimpunan anti Lynas itu akan dilangsungkan dihari berkenaan. Kenapa UMNO BN sengaja menghantar penyokong mereka untuk sama2 membuat perhimpunan pro Lynas dihari dan tempat yang sama dan berlagak samseng melakukan provokasi. Susah sangatkah untuk UMNO BN memilih tarikh atau tempat berbeza untuk diadakan perhimpunan pro Lynas kalau benar mereka komited mahu Lynas diteruskan. Rasional apa ianya dilakukan dihari yang sama dengan perhimpunan anti Lynas oleh penyokong PR ?.
Begitu juga dengan perhimpunan BERSIH dulu, PERKASA yang ditaja UMNO BN sengaja memilih tarikh dan waktu yang sama untuk berhimpun, niatnya semata2 untuk menakutkan penyokong BERSIH selain untuk melakukan provokasi.
Setiap kali kekecohan berlaku di majlis2 tersebut, yang menjadi mangsa adalah penyokong dan pemimpin PR walau pun jumlah samseng upahan UMNO BN itu jauh lebih kecil bilangannya. Kalaulah penyokong PR juga tidak berdisiplin seperti mana samseng UMNO BN, rasanya semua samseng UMNO BN tu dah "lembik" dan masuk ICU dikerjakan penyokong2 PR yang jauh lebih ramai bilangannya. Pujian harus diberikan kepada PR serta hadirin/penyokong yang hadir dimajlis2 berkenaan kerana mereka2 ini sangat berdisiplin dan tidak mudah dibakar perasaan oleh tindakan provokasi lawan.
Buat penyokong setia UMNO BN mahu pun pengunjung blog...tolong sebutkan berapa banyak dan kerapnya majlis anjuran UMNO BN diserang oleh samseng atau penyokong PR ?. Sebutkan berapa ramai penyokong dan pimpinan UMNO BN yang cedera kerana serangan samseng PR ?
Najib tak perlu berdalih, Hishamuddin tak payah nak berlakon, semua warga Malaysia tahu serangan samseng2 berkenaan tu kerja siapa. Tak usahlah nak sembunyi tangan setelah melempar batu. Rakyat Malaysia bukan tunggul yang tidak berakal, rakyat Malaysia bukannya buta, rakyat Malaysia juga bukannya pekak badak !.
Kalau dalam keadaan begini pun pemimpin UMNO BN ada hati nak menafikan...sah memang pimpinan UMNO BN ni memang jenis samseng juga malah lebih keparat, memperlekehkan minda majoriti rakyat Malaysia dan cuba memperbodohkan semua orang.
Sdr Aspan,
Tidak syak lagi. pimpinan Malaysia kini diterajui golongan samseng dan lintah darat. Tidak ada apa lagi yang boleh kita harapkan dari golongan pemimpin species begini melainkan kita perlu humban UMNO BN dalam GE 13 nanti.
Salam AA dan bloggers,
ReplyDeleteTidakan samseng itu hanyalah bunga2 daripada tindakan lebih keji yang dirancang jika BN kecundang.
Selain polis dan tentera,kegiatan rancak sedang dilakukan untuk merekrut seramai mungkin dan secepat mungkin ahli2 RELA di seluruh negara.
Perkataan cepu emasnya bila kekacauan meletus yg dikepalai samseng2 UMNO dan RELA ialah DARURAT yang akan diisytiharkan bagi menafikan kemenangan PR.
Memang keji.
Surrogate
Pemimpin ameno tutup telinga dan mata sendiri menafikan tindakan samseng. Cuba lihat Muammar Gaddafi di hujung riawayatnya, mengupah askar afrika untuk merogol wanita di negara Libya...Keadaan terdesak menandakan dan mempercepatkan penamatan riawayat politik umno..Sama-sama kita lihat betapa ganasnya manusia-manusia yang tak bertamadun ini. Sama-sama kita lihat bagaimana kesudahan pemimpin yang begitu tamak. Hutang negara makin tinggi.. Duit dipinjam dari bank dunia untuk memancing undi...
ReplyDeleteJack Low
Najib/MuhYidin/Hisham dan seluruh pemimpin UMNO tetap membisu seakan merestui perbuatan samseng2 ini. Tidak mustahil samseng2 ini dilateh untuk mengganas bila UMNO/BN diusir dari Putrajaya pada PRU13 nanti. Semua tindakkan samseng2 itu didampingi oleh ahli2 UMNO tertentu.
ReplyDeletePenyerang2 ala gangster yang terlibat didalam beberapa siri ceramah dan perhimpunan aman baru2 ini adalah produk yg telah dihasilkan oleh UMNO sejak lebih 50tahun memerintah. Balaci2 ini memang sah akan mendapat pujian dari pihak tertentu. Sebab itu mereka tidak merasa segan silu langsung malah amat megah sekali apabila gambar mereka diambil.
ReplyDeleteBagi saya... mereka adalah golongan yg kurang mendapat didikan kasih sayang semasa kecil atau besar kemungkinan mangsa kes dera oleh ibubapa sendiri.
Salam Sdr Aspan Dan Pengunjung Blok,
ReplyDeleteAgama dan tatasusila kehidupan manusia beragama telah dicatit, Kita hendaklah memberi makan anak2 kita dengan makanan dari sumber yang halal agar kehidupan mereka akan menghasilkan kehidupan yang tulus dan murni.
Jangan sekali2 memakan dari sumber yang haram atau yang kita tidak yakin kehalalan nya, atau yang subahah dengan perkara yang tidak baik. Jika kita maseh melakukan perkara2 yang ditegah untuk mendapat pendapatan kemudian diberi anak bini makan, maka terpancarlah perangai2 sepertimana yang di ketengahkan oleh saudara. Bagi mereka yang telah dewasa dan tahu akan hukum halal haramnya juga hendaklan menjauhi dari perbuatan mencari makan dengan jalan yang tidak dihalalkan oleh syarak dan peraturan hidup.
Jika dilangar juga peraturan ini jadilah manusia sptmana yang dirujuk, bertindak mengikut nafsu, (tembolok?) dan diri sentiasa dalam keadaan cemas apabila amalan yang salah ditegur gugat.
Yang peliknya pihak yang diberi tangungjawab untuk mengawal peraturan juga seolah2 mengamalkan perkara yang sama. Ini dapat dilihat mereka tidak menunaikan tangungjawab/kerja mereka walaupun perkara berlaku didepan mata dan siap dengan gambarbukti lagi.
Ingat2lah menerima upah tanpa melakukan amanah yang ditangungjawab sama juga menerima nya secara tidak halal. Upah2 ini dibawa balik dan diberi makan anak bini. Jangan dah tua kelak baru nak menyesal apabila kaki anak naik kemuka mak/bapak, pada masa itu tak guna dikesali.
Kepada pihak yang diberi kuasa untuk menjaga dan menguatkuasa peraturan, lakukan kerja anda tanpa prejudis, kerana anda juga akan dipersoalkan apabila menemuiNya kelak. Biarlah Pemerintah menghianati amanah rakyat, bagi mereka yang diberi tangungjawab untuk menjaga amanah melalui kerja, lakukan dengan jujur. Jangan takut sesama manusia , takutkan akan ALLAH kerana kita adalah hambaNya..
UMNO sudah terasak ke dinding. Terpaksa gunakan kekerasan. Hanya kita berdoa agar tidak berlaku insiden yang lebih teruk dari sekarang. Sesiapa sebelum jatuh memanglah bersikap begitu.
ReplyDeleteUMNO is due to take leave from ruling anyone. Umno should take a break and it will happen. Just wait!
Kejadian BN mengganggu majlis-majlis anjuran PR menunjukkan mereka tidak mahu rakyat mendapat maklumat sebenar terutama org2 kg.Ini menunjukkan majoriti rakyat kurang yakin terhadap berita2 yg disiarkan oleh media massa kerajaan.Ramai yg dtg ke majlis PR adalah bertujuan mendapatkan maklumat alternatif utk mereka membuat pernilaian sendiri.Kenapa BN kelam kelibut sgt kerana yg hadir kemajlis2 PR belum tentu mengundi PR.Apakah BN terlalu banyak skandal,sehingga takut rakyat mengetahuinya?
ReplyDeleteRadio dan TV bukan BN punya dan sebagai sebuah negara demokrasi,pemimpin2 PR harus di beri peluang berucap melaluinya. dan perkara2 tak bertamaddun yg UMNO lakukan dapat dielakkan.PDRM juga boleh membuat kerja lain yg lebih penting dan berfaedah.
Setelah 1/2 abad berkuasa,BN bukannya menjadi gabungan yang bertambah bertamaddun dan maju tetapi semakin kolot dan ekstrim dari segi fikiran dan tindakkan mereka.Memalukan.
All these intimidating,harassing,provoking, threatening and persecution of political opponents only happen in a dictatorial country.BN reflects the mind of a bully offering stick and carrot to PR leaders.If they are with BN,they'll embrace them and if they are not,they'll wallop them.
ReplyDeleteBn mustn't forget that PR too represents large portion of the population.Not to be fair to PR is an act of injustice towards it supporters because they are Msian too who paid their taxes.Is Msia only for BN and it supporters?
Majority of the population want to move forward,but BN is still living in the past practicing MM doctrines.So the only option that's left is to vote PR into Putrajaya and give them a chance to prove their mettle.
Aku nak ucapkan alhamdullilah,syukur,tahniah, syabas dan terima kasih yang tak terhingga pada mereka yang sentiasa membuat gangguan disetiap ceramah PR kerana anda telah Berjaya membuatkan makin ramai orang-orang diluar sana celik mata, hati DAN fikiran untuk membakul sampahkan BN dan seterusnya ABU. Kelakuan ala-ala samseng sebeginilah yang telah berjaya membuatkan rakyat semakin cerdik sedar untuk tidak memberikan undi mereka lagi pada BN. Tingkahlaku mereka inilah yang sebenarnya membuatkan makin ramai orang membenci UMNO BN,UMNO SUDAH TERLEWAT UNTUK BERUBAH. Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada mereka YANG BERKELAKUAN SAMSENG INI, teruskanlah dengan berkelakuan begitu dan berusahalah dengan lebih gigih lagi ,usaha murni anda semua pasti akan di kenang. . ...SELAMAT TINGGAL UMNO BN.
ReplyDeletesamseng samseng itu akan di sanjung sebab berani berjuang demi parti dan tanah air tercinta...poooorah
ReplyDeletedi sarawak kelakuan ala samseng ini belum lagi berlaku tapi hanya menunggu masa saja. pada prn lalu bn sering mengadakan himpunan hanya bersebelahan dengan ceramah pr dan sengaja mengacukan pembesar suara kearah ceramah pr. hadirin bergeleng kepala melihat kelakuan kurang waras dan keanak-anakan parti yg diangkat menjadi pemerintah negara ini. kalaulah saya penyokong parti ini tentu saya merasa malu dgn sikap begini dan sudah tentu akan bertanya didalam diri kenapa parti yg disokong berkelakuan tidak waras. jawapannya kita semua sudah maklum dan saudara aspan sendiri sudah banyak menulis tentang 'open secret' parti pemerintah.
ReplyDeleteTuan Aspan,
ReplyDeleteSaya tidak terperanjat dengan kejadian2 tersebut tetapi pasti akan terperanjat jika tuan seolah olah terperanjat dan seperti menyatakan yang UMNO dulu tidak begini atau begitu. UMNO tidak pernah berubah dan tidak akan berubah. Rakyat sejak berzaman semacam tidak peduli dengan keperibadian UMNO ini.
Malahan apa yang saya lihat, budaya tidak elok ini mula menular ke dalam PAS. Lihat saja gelagat ahli parti islam ini semasa berdemontrasi jalanan BERSIH tempohari dan sebelum itu semasa jatuhnya kerajaan PR di Perak. Yang terbaru pula lihatlah gelagat muslimah PAS menyanyi bersorak semasa hari pembebasan DSAI. Kelakuan ini yang saya terperanjat dan pastinya Tuan Aspan juga terperanjat kerana keperibadian PAS sepatutnya berbeza dari keperibadian UMNO.
PKR ini tidaklah memeranjatkan saya kerana PKR dan UMNo ni lahir dari perut yang sama dan melalui sistem pendidikan yg sama dibandingkan PAS yg walaupun lahir dari perut yg sama tapi sistem pendidikan berbeza. Minta dijauhkan PAS dari menuruti keperibadian UMNO dan PKR.
Kita sepatutnya sama sama muhasibah diri agar tidaklah menjdi seperti paku dulang paku serpih.
Ha ha !
ReplyDeleteSamseng "duit sekupang" UMNO BN laa tu !. Korang buka jer gelanggang tomoi, silat, kung fu, kuntau atau apa saja..buat pertandingan "lawan kuat" antara jagoh korang dengan jagoh PR...kita tengok..siapa betul2 hebat kalau "kekuatan fizikal" korang tu dahsyat sangat !.
Minta kepala pemimpin korang tu anjur pertandingan begini lagi baik daripada "merempit" dan "tunjuk samseng" tak kena tempat. Memang lekeh betul lah UMNO BN ni !
Saudara AA,
ReplyDeleteThuggery, violence and gangsterism will NOT prevail. The people's power WILL prevail.
Datuk, the obvious reason is to make the Chinese hate the Malays so that the Malays will feel threatened and vote back to BUMNO
ReplyDeleteMemanglah SAMSENG BUMNO tak tau adat Melayu, tak beradab, tak berpendidikan, MALAS, GOYANG KAKI dan TAMAK
ReplyDeleteSaudara Aspan,
ReplyDeleteApa yang berlaku kebelakangan ini iaitu anasir-anasir yang cuba merosakkan acara-acara yang tidak sehaluan dengan mereka berlaku disebabkan rasa irihati terhadap sambutan yang diberikan kepada acara ini. Dapat diperhatikan, acara yang dianjurkan oleh mereka perlu disertakan dengan jamuan, cendera hati, persembahan pentas oleh artis-artis terkenal, penyediaan pengangkutan pergi balik,mewajibkan kehadiran anggota bagi agensi-agensi di bawah naungan dan berbagai lagi semata-mata untuk meramaikan kahadiran. Sedangkan majlis-majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat tidak memerlukan semua ini untuk menarik kalayak untuk hadir.
Jika selama ini, acara-acara yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dianggap tidak mendatangkan sebarang kesan yang ketara, tetapi dengan sambutan yang diberikan akhir-akhir ini telah menggusarkan mereka. Setelah sekian lama mereka selesa dengan keadaan sebelum ini, perubahan yang berlaku meningkatkan rasa iri hati dalam diri mereka. Tambahan pula, kejayaan Pakatan Rakyat menerajui Pulau Pinang yang mereka gagal melakukannya sebelum ini.
Pelbagai cara mereka lakukan oleh golongan ini untuk memuaskan iri hati mereka, termasuklah menghantar kek hari jadi berbentuk najis. Tingkah laku ini adalah tindakan orang yang kecewa dan tidak matang yang dipercayai bukan akan meningkatkan simpati tetapi menambahkan kebencian. Permasalan yang timbul ialah media massa perdana kita tidak memberikan laporan yang seimbang untuk membolehkan seluruh rakyat Malaysia membuat pertimbangan. Hanya sebahagian kecil yang mampu membuat penilaian sebenar melelui media alternatif.
only reason i could see, they are trying to ignite a little spark! with a little sparkle, it will be easier for gomen to start implementing their fancy rules tighter. "remember ops lalang". anyway, this has got nothing to do with race nor religion.
ReplyDeletethey have completely lost their self confidence within themselves... insecure!
salam...
Sebab utama ramai yg meninggalkan UMNO BARU sekarang bukannya 100% kerana PR tetapi:
ReplyDelete1.Rasuah pemimpin2BN yg berleluasa
2.BN memonopoli ekonomi Msia
3.Hidup bermewah-mewah menggunakan
wang rakyat cara penipuan/curi.
4. Mahkamah,SPRM dan PDRM nampak
tak adil.
5. Media massa kerajaan dikongkong
oleh BN dan selalu menyiarkan
berita palsu dan fitnah yg
berlebihan dan melampau.
6. Memberi RM500 bertujuan utk
terus berkuasa bukannya betul2
ikhlas.
7. Membiarkan MCA mempersendakan
Islam.
8. Tidak berani mengenakan
tindakkan terhadap jerung2 BN.
9. Najib nampak seperti patung MM
dan Rosma.
10.Tidak mengamalkan prinsip2
demokrasi sebenar.Ramai
yg hipokrit dlm BN.
11.PR telah membuktikan
pentadbiran yg lebih baik dari
BN di4 negeri bawahnya.
12.Kos hidup yg tinggi.
13.Budaya samseng telah menular
kedalam BN dan meninggalkan
adat melayu yg terkenal dgn
budibahasa dan sopan santunnya
yg tinggi.
Dan banyak lagi perkara lain.
80% yg meninggalkan UMNO BARU adalah disebabkan kesalahan UMNO BARU sendiri,bukannya PR.PR cuma
menyediakan tempat utk mereka berhijrah.BN telah membuat perhitungan yg silap dgn menekan
dan membantai PR.Malahan sokongan
terhadap PR akan bertambah oleh golongan2 yg bersimpati dengannya.