23 March 2012

Penjawat Awam perlu bersedia untuk perubahan kerajaan - IDEAS

Semakin hampir pilihanraya semakin banyak isu dan ‘idea’ yang timbul dan ini menun jukkan yang PRU kali ini merupakan PRU yang sangat penting bagi kedua-dua belah pihak PR dan BN. Jika ada perubahan, maka pegawai dan kakitangan awam perlu bersedia untuk menerima perubahan dan pertukaran kerajaan yang bukan satu perkara yang mustahil malah ia merupakan satu perkara yang amat diharapkan oleh banyak pihak untuk berlaku.

Wan Saiful Wan Jan, Ketua Eksekutif IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs) telah membuat kenyataan supaya Penjawat Awam boleh menerima perubahan kerajaan dan membantu proses melaksanakan perubahan itu dengan lancar dan licin. Kita boleh mengikut contoh-contoh yang baik yang berlaku didalam kerajaan negara-negara maju seperti di Britian, yang merupakan demokrasi yang tertua dalam dunia ini.

Di Britain satu perubahan berlaku tahun lepas setelah kerajaan Labour Party telah gagal untuk mempertahankan kerajaan yang dikuasainya dan telah membantu proses peralihan kuasa dari Gordon Brown dari Labour Party kepada David Cameroon yang telah menjadi Perdana Menteri apabila mewujudkan kerajaan campuran dengan parti Liberal Demokrat.

Proses perubahan pimpinan itu terlaksana dalam tempoh 6 jam sahaja sejurus Gordon Brown keluar dari Istana Buckingham setelah mengadap Ratu Elizabeth. Peralihan itu tidak ada perkara tarik menarik yang kuat diantara parti-parti kerana yang kalah menerimanya sebagai perkara biasa dalam sebuah demokrasi ulung didunia ini.

Pihak yang memerintah boleh diturunkan dan duduk dipihak pembangkang dengan hati yang terbuka dan kembali berkuasa apabila rakyat kembali memberikan mandat pada pilihanraya yang seterusnya. PM Gordon Brown sebelum mengadakan pilihanraya umum Britain, tidak ada membuat ucapan yang beliau akan berhempas pulas dengan apa cara sekali pun untuk mempertahankan 10 Downing Street.

Ahli ahli legislatif di England tahu dan menerima hakikat bahawa negara rakyat yang punya, bukannya pemimpin yang diberikan kuasa itu yang punya. Mungkin oleh kerana kesedaran itulah yang IDEAS telah bersedia untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada rakyat negara ini untuk belajar menerima hakikat bahawa kuasa itu tidak kekal. Kuasa itu hanya kekal ditangan rakyat kerana rakyat lah yang bertanggungjawab untuk memberikan kuasa kepada pihak mana yang mereka yakini.

Nasihat Wan Saiful kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan itu sangat tepat pada masanya kerana mungkin IDEAS mempunyai keyakinan yang kali ini kuasa mungkin berpindah tangan dan itu adalah perkara yang biasa berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Dipihak pemerintah sendiri sedang mengalami igauan kerana memang kemungkinan untuk rakyat memindahkan kuasa kepada pihak lain itu adalah cerah.

Oleh kerana BN merasakan yang kuasa itu adalah hak mutlak mereka sahaja, maka Najib pun berkokok yang beliau akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya. ‘By hook or by crook’ Putrajaya has got to remain with them. Ini membayangkan yang BN lah yang gila kuasa, bukannya pembangkang.

Bagi saya IDEAS sepatutnya memulakan kursus sivik kepada semua rakyat untuk memberikan mereka kefahaman tentang demokrasi dengan mendalam. Rakyat wajar di latih untuk keluar dari kepompong pemikiran yang sempit sehinggakan masih ada yang sanggup dibohongi semata-mata kerana isu-isu yang dibangkitkan terhadap pihak alternatif oleh mereka yang amat takut kepada kehilangan kuasa ini.

UMNO mahukan rakyat untuk memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka bergelumang dengan rasuah yang besar-besar kerana kononnya UMNO telah mencapai kemerdekaan negara. Oleh kerana UMNO yang membawa negara kemerdekaan, UMNO mahukan rakyat mengikut sahaja walaupun mereka telah merosakkan perbendaharaan negara dan membinasakan budaya politik kita sampai ketahap yang tidak dapat dikenali lagi.

Saya memandang IDEAS sebagai satu NGO yang sangat relevan untuk kehadapan bagi memberikan ‘consequence’ yang baik untuk membina budaya demokrasi yang tulin dan mengutamakan semangat demokrasi itu dengan persepsi yang baik dan sempurna.

Saya sendiri mengenali beberapa orang anggota IDEAS ini dan mereka adalah dari gulungan yang baik dan menerima hakikat yang negara perlu kepimpinan yang beretika tinggi serta pimpinan yang mengikut ‘rule of law’ serta percaya kepada pembahagian kuasa diantara Eksekutif, Legislatif dan Judiciari yang mantap.

Kepada Penjawat Awam, mereka mesti akur dengan pilihan rakyat dan melaksanakan tanggungjawab seperti biasa tidak kira siapa yang diamanahkan untuk memerintah. Penjawat Awam wajar tidak memihak kepada mana-mana pihak dan berhak untuk memilih sesiapa sahaja dalam pilhanraya yang akan datang secara sulit, tanpa rasa takut kepada tekanan yang datang dari mana-mana pihak.

12 comments:

  1. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

    Jutaan terima kasih di atas perkongsian terbaru ni, lebih-lebih lagi dengan idea bernas Ideas. Malah, seingat saya, memang terdapat buku manual berkenaan prinsip-prinsip yang mesti ada pada kakitangan sektor awam seperti yang saudara sebutkan. Juga, dalam matapelajaran Pengajian Am Tingkatan 6, terdapat dokumentasi jelas tentang sebuah kerajaan bercorak Persekutuan dan pemisahan peranan ketiga-tiga institusi Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.

    Namun begitu, segalanya itu hanya tinggal atas kitab yang sama ada dinyahkan penghayatannya atau, lebih teruk lagi, dipinda berpandukan nafsu serakah. Memang benar, UMNO memerdekakan Malaya, tetapi, harus diingat juga, bahawa kemerdekaan yang diperolehi itu juga sedikit sebanyak merupakan perancangan sulit penjajah yang ingin mewariskan kepimpinan yang ketipisan akhlak, apatah lagi agama. Maaf, bukan maksud saya bahawa generasi awal UMNO itu kurang berakhlak dan kurang agama. Tetapi, jika dilihat rekod pencapaian kemenangan pilihanraya UBN (Perikatan) sejak merdeka, mahu tidak mahu, pasti berlaku atau wujudnya unsur-unsur negatif. Cuma, ianya makin lama makin ketara, sehingga tak mampu disembunyi dan dibendung lagi kini, kan?

    Justeru, sekali lagi, suka saya nyatakan, seharusnya UBN ini membuka mata zahir dan batin seluas mungkin untuk menyaksikan hakikat dan kebenaran, serta tidak memekakkan pendengaran akan nasihat, teguran dan amaran, khasnya daripada para cendekiawan dalam apa juga bidang. Apapun, bersamalah kita doakan agar kejayaan memihak kepada yang benar, terutamanya pada PRU ini agar kesemua kita beroleh i'tibar. Sekalung penghargaan di atas kesudian saudara dan bbrakan-rakan meneliti ulasan saya selama ini, dan jutaan ampun maaf di atas segala keterlanjuran mahupun kekurangan.

    Selamat berjuang, dan terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Sdr. Aspan,
    Kat negara kita rakyat kena berkorban untuk pemimpin tetapi di negara yang betul-betul mengamalkan demokrasi,pemimpin yang sedia berkorban untuk rakyat.Mungkin inilah yang dikatakan demokrasi terpilih selaras dengan slogan 'Rakyat di dahulukan,pencapaian diutamakan'.Susah biarlah rakyat yang rasa,kesenangan bagikan kepada pemimpin.Kalau rakyat nak mampus pun biarlah asalkan mereka dan keluarga serta kroni senang lenang.Sekalung tahniah kepada pengamal-pengamal demokrasi cara ini kerana anda telah berjaya merealisasikannya di Malaysia.Ingatan juga kepada anda bahawa rakyat bukannya senantiasa bolih diperkotak-katikkan selamanya dan masa untuk mereka bangkit semakin hampir..Insya'allah.

    ReplyDelete
  3. IMHO,buat masa kini,penjawat2 awam diperingkat negeri dan pusat sepatutnya tidak dibenarkan mengundi dan menyertai mana2 parti politik.Ini adalah utk kesinambungan aman,kestabilan,
    kemajuan dan:

    1.Tidak ada lagi ruang utk mana2 parti yg memerintah mengeksploit dan memanipulasi mereka.

    2.Menjalankan tugas dengan lebih professional dan adil terhadap semua rakyat kerana gaji mereka dibayar oleh rakyat.

    3.Budaya bodek membodek,pilih kasih,nepotisma dan mensabotaj parti pemerintah dpt diminimakan

    4.Tiada lagi aktiviti2 politik dan program2 cuci kepala yg membuang duit dan masa,hatta dpt memberi tumpuan kpd perkhidmatan yg berkualiti.

    5.Dapat mengelakkan mana2 parti berkuasa cantas mencatas dan meletakkan patung2 mereka yg tidak mempunyai merit utk jawatan2 tertentu.

    6.Meminimakan pengaruh2 dan gangguan2 yg dilakukan menteri2 kabinet terhadap kementerian2 awam

    7.Tugas pihak2 yg berkuasa hanyalah sebagai pembuat polisi,kementerian2 awam melaksanakannya.

    Dan

    8.Membebaskan diri dan minda mereka dari doktrin2 parti yg memerintah kerana mereka sebenarnya adalah hak negara dan rakyat,bukan parti yg berkuasa.

    Apabila penjawat2 awam telah betul2 matang dan memahami prinsip2 demokrasi sebenar,
    barulah mereka dibenarkan mengundi dan menyertai parti2 politik.

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya penjawat2 awam perlulah bersifat neutral dan profesional kerana rakyatlah yg menanggung kehidupan mereka.Mereka wajib menghormati pilihan rakyat dgn tidak mensabotaj mana2 parti yg membentuk kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Dear Saudara Aspan,

    Would you kindly write an article to enlighten Wanita Umno normal members - from the kampong - that they need to wake up to realities - if they choose to remain in the pit of arrogance, ignorance, grafts, abuse of power, immense wealth - their children and their cicit will be enslaved by the top committee members for umno to remain bossing them and the Rakyat.

    At the rate they are going - worshiping their committee members and toeing, executing their statements ... disasters are awaiting the nation.. they have to pay back the deficits with tears and sweat.

    Thank you, Salam.

    ReplyDelete
  6. Hapuskan semua spesis seperti Ketua Setiausaha Negeri Perak yang terang-terang bersikap tidak professional..

    ReplyDelete
  7. segala yang dikata maHA tidak relevant lagi. Hanya untuk :

    - membuta hati serta minda Rakyat mengenai isu-isu kronik yang mencengkam Rakyat sekian dekad

    - merancang harta serta kuasa mereka terselamat dari dakwaan undang - undang

    - memastikan mereka terus menjahanamkan negara serta menyeksa kebanyakan Rakyat untuk menjamin kepentingan mereka, ahli -ahli keluarga mereka serta kroni

    Undi ABU !

    ReplyDelete
  8. Salam AA dan bloggers,

    Bangunan SUK akan ditutup oleh polis pada malam pengiraan dan keputusan undi dan berlori-lori dokumen SULIT dilarikan oleh pemerintah yang tewas,

    Itulah perpindahan kuasa yang berlaku di Malaysia.

    Surrogate

    ReplyDelete
  9. Thanks and appreciation, Surrogate for alerting AA & bloggers.

    ReplyDelete
  10. rasanya kalau pakatan umumkan dulu kabinet bayangan ramai yang akan sokong.

    ReplyDelete
  11. saypoll

    Kalau pakatan umumkan kabinet bayangan dulu-dulu, dah ramai bakal-bakal menteri tu samada kena muflis atau pelbagai kesalahan. Paling-paling tidak kena beli dengan najib.

    Kabinet bayangan Pakatan tidak penting buat masa ini kerana kita sendiri boleh melihat bahawa terdapat banyak calon-calon jauh yang berwibawa dengan kabinet Bn yang ada hari ini. yang paling memberansangkan terdapat ramai golongan muda yang berpendidikan tinggi dan berintergriti dalam barisan pakatan.

    Yang muda tetapi tak ada intergriti dalam pakatan seperti Ezam dan kengkawannya dah pun berhinrah ke UMNO Baru!

    mat pendang

    ReplyDelete
  12. Salam Pelayar Blog Sdr Aspan;

    Syabas kpd bloger Aspan kerana berjaya membawa minda pembaca untuk berfikir tanpa batasan. Berfikir bukan hanya diluar kotak malah segenap unsur yang dapat diterokai akal. Jika kita duduk berfikir diluar kotak sahaja, kita jadilah macam pm yang kita ada sekarang, berfikir diluar kotak untuk mengawal rakyat yang didalam kotak agar tidak boleh cerdik nanti lawan toke.
    Satu program untuk penghijrahan minda perlu diterap kepada penjawat awam agar keputusan pilihan rakyat dapat dilaksanakan apabila keputusan rakyat yang terdekat memilih kerajaan baru.
    Pegawai2 peralihan perlu dirancang dan dikenalpasti agar satu sistem kawalan semasa transaksi dapat dilaksanakan apabila masa sampai.
    Walaupun agak rumit untuk dilaksana satu penyusunan perlu agar perkara peralihan kuasa seperti diTrengganu dan Selangor dan Perak tidak berulang.
    Hardcore kepada kerajaan umno/bn perlu disaring secepat mungkin, jika perlu diberi cuti rehat agar ganguan tidak dilakukan.
    Beberapa Peg. dari pasukan yang berpengaruh seperti keselamatan dan perubatan perlu di jalin agar mereka ini dapat membantu semasa peralehan kelak.
    Kepada pelayar blog saya harap kita sama-sama menyebar dan menyedar masyarakat sekeliling agar pemikiran mereka dapat menyelinap ke seluruh ceruk saraf kehidupan...

    ReplyDelete