Isu Melayu tetap menjadi bahan kempen UMNO dan BN semasa kita sedang menanti tarikh muktamad pilihanraya yang akan datang. PRU boleh jadi hampir atau mungkin lambat lagi. Mungkin Najib menangguhkan PRU ke13 ini sampai akhir penggal pada bulan Mac 2013. Terpulang kepada beliau untuk menentukannya.
Yang saya hendak sebut hanya tentang isu yang dimainkan oleh UMNO dan BN sekarang ini dan isu yang paling jelas ialah isu keselamatan dan masa depan orang Melayu. Isu ini digunakan setiap kali pilihanraya diadakan. Ia semata-mata untuk menakutkan orang Melayu untuk meninggalkan UMNO dan memberikan sokongan ke pihak lain. Ia menunjukkan kegagalan UMNO untuk memberikan penyelesaian terhadap isu Melayu ini.
Sejak mencapai kemerdekaan ini sahajalah isu yang dimainkan. Ia merupakan lagu lama yang sudah jarang didengar. Lagu ini kita dengar bermusim sahaja, iaitu semasa pilihanraya diadakan. Ianya adalah seperti lagu lama nyanyian Momok Latif dan anak muda sekarang ini sudah tidak suka mendengarnya lagi.
BN sudah kehilangan isu dalam keadaan ‘defensive’ yang sedang mereka alami sekarang ini. Sejak berpuluh tahun dahulu kita mendengar isu ini tetapi Melayu tetap dalam keadaan ketinggalan. Pemimpin-pemimpin besar negara adalah orang Melayu, Ketua Setiausaha Kementerian-kementerian orang Melayu, KSN orang Melayu, Ketua Polis Negara orang Melayu, Ketua Turus Angkatan Tentera orang Melayu, pegawai-pegawai Daerah orang Melayu.
Apa lagi? Wakil-wakil rakyat dan penggubal dasar majoritinya orang Melayu. Tetapi kenapa Melayu masih layu? Segala-gala kuasa dan kemudahan diberikan kepada penggubal dasar Melayu serta pelaksana Melayu tetapi Melayu tetap ketinggalan. Pemimpin-pemimpin dan parti yang sama juga yang terus menerus melaungkan isu untung nasib Melayu tetapi sedarkah mereka yang mereka yang bertanggungjawab atas kegagalan Melayu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa bukan Melayu.
Kini pilihanraya sudah hampir dan isu ini kembali berkumandang. UMNO mengakui bahawa mereka merupakan segala-galanya untuk orang Melayu. Kalau benar UMNO itu adalah segala-galanya kenapa Melayu masih menjadi pengemis bukan sahaja kepada bangsa asing malahan kepada parti mereka sendiri yang bernama UMNO itu. Kenapa orang Melayu masih begitu takut untuk berubah sedangkan kegagalan UMNO begitu nyata, telah gagal untuk memperjuangkan orang Melayu.
Sampai bila Melayu hendak menunggu kejayaan pemimpin yang merupakan pemimpin-pemimpin Melayu dalam UMNO itu? Melayu diseru bersatu untuk kesinambungan dan kemajuan masa depan dan Melayu telah bersatu selama 5 dekad. Tetapi semasa Melayu bersatu bersama mereka mereka menggunakan kesempatan untuk kepentingan politik peribadi. Ramai yang tidak berkelayakan untuk pemimpin telah menjadi pemimpin kerana Melayu bersatu.
Tak kemana juga orang Melayu. Maka sekarang Melayu telah ramai yang mengambil keputusan untuk masih bersatu, tetapi kali ini mereka mahu bersatu di luar UMNO. Orang Melayu kini sudah menjadi Melayu yang bermaklumat. Maka mereka mula mengubah haluan bukan kerana saja-saja untuk mengubah haluan tetapi UMNO telah memaksa mereka untuk meninggalkan keyakinan terhadap UMNO itu untuk mencari penyelesaian untung nasib mereka diluar UMNO yang telah mencengkam pemikiran mereka sejak berdekad-dekad yang lampau.
UMNO tidak boleh diyakini lagi untuk menggalas tanggungjawab untuk memajukan mereka. Hanya pengundi-pengundi di desa-desa pedalaman sahaja yang masih cekal dengan UMNO atau pun mereka yang masih mempunyai mentaliti desa itu. Ahmad mungkin telah ke luar bandar meninggalkan desanya tetapi Ahmad tidak mampu untuk mengeluarkan ‘mentality’ desanya untuk bersama-sama untuk mengayuh kehadapan untuk mencari kemajuan dalam dunia yang begitu ‘competitive’ ini.
Apabila UMNO sedar yang Melayu dan rakyat tidak lagi memberikan dukungan kepada mereka, maka UMNO menggunakan segala taktik kotor untuk mengekalkan kuasa. Cara dan sikap pimpinan UMNO di setiap peringkat ini menampakkan tanda-tanda yang mereka akan menjadi pembangkang.
Berbalik kepada isu Melayu tadi, kita ingin bertanya kepada semua umat Melayu, kenapa UMNO gagal memperjuangkan Melayu sedangkan inilah isu yang kononnya diperjuangkan mereka sejak lama dahulu.
Saya yakin, sekarang ini sudah ramai yang mampu untuk memberikan jawapannya serta penyelesaian terhadap isu ini.
Semua bangsa ada `inborn fear' tentang survivalnya, termasuk orang Melayu. Tetapi, bila bangsa sendiri mengkhianati kumpulannya, kumpulan itu akan memberontak. Seperti Assad, adakah dia kira sama ada yang mati itu bangsanya atau tidak - yang penting dia akan mempertahankan kuasanya sehingga titisan darah yang terakhir. Jadi, janganlah tertipu dengan laungan `hidup Melayu'. Sebenarnya yang nak cuba terus hidup adalah puak2 atas yang mempunyai kuasa atas wang, tanah, dan segala-galanya
ReplyDeleteApabila Melayu bangkit menolak UMNO, barulah malaysia akan mengalami perubahan. Saat itu akan tiba insyaallah kerana sudah ada tanda-tanda kebangkitan orang Melayu, bukan menentang bangsa lain tetapi menentang bangsa sendiri yang tidak memikul amanah yang diberikan
ReplyDeleteI truly agreed. To us the Chinese we.don't really care whether how many Chinese millionaire and billionaire, these businessman can even sell their for rm. Don't mention own race.
ReplyDeleteSalam Sdr Aspan Dan Pengunjung Blok.
ReplyDeleteSaya selalu mengenengahkan soalan ini;
Siapa Melayu?.Ada apa pada Melayu?, Apa erti Melayu?
Jawapan yang selalu bermain diminda saya adalah;
Bangsa yang lemah, tertindas, pemimpin yang korup, gila kuasa,tamak, berpoya2,suka berpuak2, menipu.
Kemiskinan, senang dijual/kelentong, suka mencari jalan mudah, suka meminta2 malas berusaha.
Suka kepada perkara 2 tahyul, penakut,pemimpin yang ingin memimpin walaupun bodoh.
Janganlah berbangga jika kita orang Melayu, yang tinggal adalah bajuMelayu, kuih Melayu,Persatuan Melayu Bersatu... itupun nak dimegah? Pemimpin Bacul menjual tanahair dan bangsa sendiri, jadi marilah beramai2 kita jangan bangakan Melayu... tengok apa akan jadi kepada parti Melayu..
Anda terlupa satu lagi ciri Melayu. Merekalah yg amat suka menjahanamkan kaum sendiri, menjadi petualang anasir negara, mengherdik pencapaian yang sedikit oleh bangsa mereka, irihati dengan pemimpin, hasad terhadap kaum sendiri dan tidak malu membuka pekong Melayu di khalayak, mengumpat kaum sendiri dan akal budi Melayu Islam. Kumpulan Rajamenangis.
DeleteKaum Melayu sejak 1948 tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu yg pertama sehingga hari ini amat berbeza. Dari satu kelas kaum yg cuma berpelajaran sampai ke tahap tingkatan 3 (lepas tahap ini boleh jadi guru sekolah) dan dari benakkan Inggeris sebagai umat tani di bumi sendiri kerajaan Umno Mca dan Mic telah menbuat satu perubahan nasib mereka dan kaim kaum lain kepada satu peringkat anjakan yg lebih hebat dan prestasi hidup lebih bermakna hingga yg cuma sibodoh buta sahaja yg ingin menafikannya. Maka marilah kita berhunus minda dan membahaskannya. Kumpulan Rajamrnangis.
ReplyDelete(correct version)
ReplyDeleteKaum Melayu sejak 1948 tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu yg pertama sehingga hari ini amat berbeza. Dari satu kelas kaum yg cuma berpelajaran sampai ke tahap tingkatan 3 (lepas tahap ini boleh jadi guru sekolah) dan dari benakkan Inggeris sebagai umat tani di bumi sendiri kerajaan Umno Mca dan Mic telah menbuat satu perubahan nasib mereka dan kaim kaum lain kepada satu peringkat anjakan yg lebih hebat dan prestasi hidup lebih bermakna hingga yg cuma sibodoh buta sahaja yg ingin menafikannya. Maka marilah kita berhunus minda dan membahaskannya. Kumpulan Rajamenangis.
Salam AA dan bloggers,
ReplyDeleteTanda2 kejatuhan UMNO nampak dimana2,dari rakyat biasa,kakitangan kerajaan,org kampung,rata2 jelik dan jelak dengan pemerintahan Rosmah Mansor.
Saya berada di Keluang pagi tadi berborak dengan jururawat desa yang ketawa terkekek2 sambil mencemuh RM dan keangkuhan dan penyelewengan Najib.
Rata2 mempersoalkan kekayaan pemimpin UMNO/BN yang tak setaraf dengan gaji mereka,baru satu penggal jadi wakil rakyat sudah mampu beristana besar dan kereta2 menjalar,sedangkan org kampung dan kakitangan kerajaan terus tertekan dengan kenaikan harga barang.
Siapa kata Melayu semakin layu? Bangsa Melayu UMNO semakin maju dan cekap..cekap menyonglap.
Kempen ABU betul2 meresap keakar umbi.
Surrogate
Setiap pilihan raya UMNO nak mandat baru untuk perentah negara.Rakyat akur kerana yakin kerana UMNO berkuasa diperengkat membuat dasar,berkuasa diperengkat perlaksana dan berkuasa diperengkat pemantauan tetapi bukan saja gagal tetapi lebih teruk dari semasa pemerentahan penjajah dahulu .Tidak ada makhluk dalam dunia ini sebangang ahli UMNO berterusan menyokong membuta tuli sungguh pun jelas berterusan gagal dan mustahil akan berjaya kerana pemimpin ini telah mengkhianati penyokongnya.Makhluk asalnya UMNO yang telah ditipu 12 kali pilihan raya dah tak sanggup ditipu dan dibohong dan bertekad menyokong apa2 parti asalkan bukan UMNO .Jadi pemimpin UMNO kenalah cari pendekatan baru tapi saya yakin ianya telah terlambat.Rakyat telah dihidangkan pilihan kerana ianya bermula era two party system which lead to check and balance.Kalau orang dah tak hendak macam mana temberang pun orang takkan nak sokong dan saya syurkan siap sedialah terima kenyataan ini dengan hati terbuka.
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteSaya masih tak faham apa2 langsung tentang perjuangan UMNO sejak kebelakangan ini. Saya masih tercari2 model atau jasa2 UMNO selain dari pembinaan Balai Raya dikampung2, menurap jalan, pemberian kerusi roda, pemberian benih,baja subsidi dll.
Saya masih ingat lagi bagaimana saya telah ketawa terbahak2 takala melihat gelagat salah seorang "Pejuang Melayu" menghunuskan "keris puaka" didalam satu perhimpunan terbesar umat Melayu di PWTC tidak lama dulu.
Kepada pejuang2 UMNO jangan terlalu kepoh tentang "keris puaka" dan jangan salahkan kaum2 lain sebagai penyebab utama kemunduran orang2 Melayu selama ini. Musuh utama yg dihadapi oleh orang2 Melayu sekarang adalah 5 perkara iaitu masaalah kemiskinan, mutu pendidikan, taraf kesihatan, gejala rasuah & penyalahgunaan kuasa.
Jika kelima2 musuh ini dapat kita bendung & benteras secara drastik dan menyeluruh Insyaallah Melayu & Malaysia akan tercatat didalam sejarah tamadun dunia moden sebagai satu bangsa yang keramat, dihormati dan disanjung tinggi dimata dunia.
Yg paling untung atas kebodohan org Melayu ialah MM.Berbillion disonglapnya, penyokong2 UMNO masih menyanjungi.
ReplyDeleteMadsud MM,'Melayu mudah lupa' sebenarnya adalah 'Melayu memang bodoh'.MM mengguna kata2 kiasan.
Sekiranya saudara/ri tidak ingin berada dlm kategori yg dimadsudkan MM,bertindaklah utk menyingkirkan UMNO/BN dari Putrajaya.
Kalau dah majoriti pemimpin2 Melayu UMNO mempunyai IQ lembu,sudah tentulah bangsa yg dipimpinnya terkena tempiasnya.
ReplyDeleteThis sad situation befallen the Malays happened because the majority of them are still in the coconut shell admiring the fungus growth.The only way forward for them is to free their shackled mind from UMNO.
ReplyDeleteSiapa nak buka pekung sendiri. Dalam rumahtangga pon, banyak hal tidak diketahui orang luar. Tetapi bila keadaan dalam rumah tangga sudah teruk sangat, terpaksa dilakukan sesuatu. Sampai bila nak ditekan oleh orang atas, tak kira apa bangsa pon. Ini bukan soal dengki pada orang atas. Mereka sudah dapat gaji yang lumayan dan macam2 benefit, janganlah ambil hak rakyat.Mula2 memang kita bangga mereka dapat menjadi pemimpin, tapi lama2 mereka lupa, orang bawah nak hidup pon susah, tak ada hati perut ke??
ReplyDeletePada pandangan saya UMNO adalah satu pertubuhan yang lebih kejam dan zalim dari Zionis.Merampas harta dan segala peluang untuk kepentingan sendiri disamping menyalahgunakan institusi kehakiman untuk melindungi kedudukan mereka.Di Israel pemimpin boleh disiasat dan didakwa sebaliknya pula keadaannya di Malaysia.Persoalannya, mana lebih hebat-Zionis atau Umno?
ReplyDeleteApa nak dibanggakan Orang Melayu sekarang banyak yg berpelajaran. Apa kriteria yg digunakan? Nak lihat dari berlambak kolej swasta milik Umnoputra/kroni BN yg mengelurkan ribuan anak Melayu bertaraf sijil/diploma dll?
ReplyDeleteApa gunanya pemegang sijil murahan yg tak berkualiti..no marketability, tiada majikan yg mahu mengajikan mereka mengikut sijil yg diperolehi..Why? Kerana ZERO keupayaan diri/knowledge/skill. Tapi malangnya Anak Melayu yg Keluar Dari institusi tahap kicap ni..Perasan diri Sudah bagus Dan tiada kesedaran ttg nilai pencapaian akademik murahan Dan tak laku satu sen pun!
Lagi satu perkara yg amat merugikan taxpayers money, hanya kerana mahu hidupkan Kolej swasta milik kroni BN-UMNO, Anak Melayu ni diberi loan untuk belajar Dan dapat low quality siji...berapa ramai yg tak bayar balik?
Bukankah lebih menguntungkan negara jika loan/biasiswa diberi kepada anak bangsa Malaysia (tanpa mengira kaum) yg Benar benar berkaliber Dan berkualiti?..mereka inilah yg Akan menjadi penggerak nadi Negara dimasa Akan datang.
Tiada Guna melaungkan ramai Anak Melayu Sudah berpelajaran jika hanya dapat pendidikan bertaraf Kicap & cipisan.. Rugi Diri..rugi Bangsa..Rugi Negara
Saudara AA,
ReplyDeleteWe all know the UMNO/BN is playing the same vinyl record repeatedly based on the fear factor. But you know what - UMNO/BN is stuck in the same sound track like an old record that it does not know how to switch to the next track. You know what we do the such old vinyl record. We smash it.
Syabas.
Ah Ching ambil kursus baiki air cond.
ReplyDeleteAhmad ambil kursus baiki air cond.
Rumah org Cina jika aircon rosak siapa mereka panggil?
Rumah org Melayu jika aircon rosak siapa mereka panggil?
Sekarang andaikan rumah rumah diatas adalah ekonomi Kuala lumpur.
Graduan Melayu kicap dan cipisan? Jgn pantas mulut kau.
As usual, every election season, UMNO tries to insinuate itself in the minds of the Malay masses as "the only malay party capable of protecting the Malay"! Protecting the Malay? From whom? From what, I wonder? But in actual fact and most ironically, the Malay need to protect themselves from UMNO because for the past 50 years it was UMNO who have cheated the malays out of billions from government allocations meant for the Malays. It was UMNO who have been stealing wealth of the nation (majority of it owned by the Malays).
ReplyDeletePerformance of this nation, economically and socially have revealed the facts that UMNO and BN have failed to properly manage and govern this country. After 50 years of rule, what have the
Malay and Malaysian in general achieved? The tallest twin towers in the world? The first Malay astrotourist? The most numerous mind numbing and tongue twisting government created acronym (one thing for sure, it's a chauffeured drive to bankruptcy! Thanks Driver..err..Idris Jala!) The biggest casino and gambling complex in S.e. Asia, maybe in Asia (Perkasa and JATI will hold their convention there maybe in the future?) The most lucrative commission paid to a private company for non existing services and the sub can't submerge! The biggest agricultural corporation in the world (albeit with some of the biggest losses too but The PM's brothers went away with a couple hundred millions, so Malaysian, aren't we glad to have such a generous PM?) And last but not least "one of the most corrupt country in South Asia with added insult, title holder of the biggest debt ever accumulated by a government in the shortest time period possible".
And what have those "achievement" done to the betterment of the Malay and Malaysian? Zero and what we have instead after 50 years of pirate rule are rising cost of living, most expensive fuel cost relative to other oil producing country, lowest income per capita compared to our resource less neighbor, most expensive toll rates per km of highway in asia and maybe the world, most expensive utilities rates per capita against those of neighboring countries and the most expensive education cost and infrastructure compared to the quality of graduates and literate citizen. And who in their right mind would consider those "achievement" as the proof of betterment of the citizen and the country in general by UMNO and BN? Only those who have self interest, agenda and conscienceless existence would term it as "development and progress". Normal and ordinary human being would term it as a "kleptocracy and piratization in governance".
So what does UMNO have to offer us this coming election? It only has lies, malicious slander, baseless accusation, fictional ails and mythical cure all tonic, self aggrandizing air thin achievement and the most ludicrous of them all, defender of the Malays and islam from foreign and domestic enemies (which is actually UMNO themselves)! In other word, UMNO has nothing to offer us in the coming election and are we fools to give them the wealth and the future of this nation for the loads of crap they are promising us? No way, Najib!Dream on UMNO! Not on your empty promises, not on your stupid government and not on your thieving political party. One thing we will give you is a resounding defeat in the next GE and quite possibly the privilege of living in a huge mansion, with high walls trimming with barb wire, tight security and all you can eat buffet (at the lowest tender price per meal) at the rakyat expense and we will gladly pay it for you and all of your cronies, minions, hired hand, mercenaries and servants. We the Malays are waiting eagerly to teach UMNO a lesson than you will soon never forget. Good bye UMNO and good riddance!
Nick.
With change, comes progress.
ReplyDeleteSelagi UMNO/BN terus memerintah, selagi itulah tiada perubahan akan berlaku.
Perubahan, walaupun kecil, mahupun tidak pasti untung atau rugi, adalah lebih baik daripada tiada perubahan.
Let's change towards a NEW MALAYSIA.
--ziggy
Melayu UMNO BN yang menjadi pimpinan negara sekarang ni hanya berkokok hebat tapi bontot diselaputi "najis",
ReplyDeleteAku nak tengok sehebat mana dua melayu yang sakan berkokok ini menyambut cabaran melayu yang dicerca hina satu dunia di http://www.malaysiakini.com/news/192829
Mudahnya mencanang sana sini cerita si melayu yang satu itu penakut konon, sekarang kita tengok melayu mana yang sebenarnya penakut dan bacul..melayu UMNO BN ke, melayu sekerat biru sekerat coklat tu ke atau melayu yang dihina dicerca dua2 melayu yang sebelumnya itu.
Rakyat yang celik dah tahu, cuma yang masih membuta tak tahu nak menilai. Entah alasan "bangang" apa pula dua2 melayu yang mendakwa diri hebat tu nak beri nanti.
Kalau dah bacul..selamanya akan bacul sebab diri sendiri penuh noda dan dosa, takut terbongkar semuanya bila bertembung.
Tuan AA.
ReplyDeleteSejak zaman Abdullah Munshi (yang sayangkan bangsa Melayu walaupun A Munshi sendiri separoh Melayu) pada tahun 1820 ketuanan melayu telah tergadai ketangan East India Company iaitu penjajah Inggeris, Pulau Temasik,Singapura sekarang terlepas ke tangan Inggeris. Masa itu orang Melayu tidak ada ilmu sains dan teknologi, tidak pergi sekolah/universiti,ilmu politik jauh sekali.
Tahun 1967 tergadai/terlepas lagi Singapura ketangan Lee Kwan Yu, asal negeri Melayu terlepas ketangan orang mendatang. Tahun 2006 Pulau Batu Putih dilaut Johor terlepas juga ke tangan Singapura.Tahun 2011 stesen keretapi Tanjung Pagar terlepas juga ketangan Singapura. Tahun 1967-2011 ramai orang Melayu bependidikan tinggi dari luar dan dalam negeri, pangkat tak boleh dikira dari Datok-Dato'-Datok Seri-Tan Seri-Tun dan macam-macam gelaran lagi, tetapi ketuanan Melayu tetap tergadai,tergadai bersama tanah,harta, agama dan maruaah.
Sudah 54 tahun berlalu dan merdeka, tetapi umat Melayu masih miskin, terhempit,ditipu oleh bangsanya sendiri yang memegang kuasa politk dan pentadbiran negara.
Mereka khususnya kepimpanan UMNO terlalu tamak dan menzalimi umat Melayu malah seluruh umat Malaysia kerana mereka angkuh dengan kuasa dan tamak dengan harta kekayaan untuk diri sendiri.
Adakah kita ada pilihan lebih baik sekarang? Singkir UMNO/BN atau ABU.
Entah esok entah lusa...projek pembangunan Iskandar tu pun akan ikut tergadai..maklumlah pelaburan negara singa ke dalam projek itu bukannya seringgit dua. Senang2 ke pemimpin negara singa nak hamburkan suit banyak dalam projek berkenaan kalau bukan kerana mereka yakin mereka akan beruntung besar kemudian hari.
ReplyDeleteSelama ini pulau kepunyaan Malaysia berpindah tangan ke Singapura...esok lusa tak mustahil sebahagian tanah besar di selatan semenanjung pun turut hilang ke tangan mereka beransur2.
Pimpinan melayu UMNO BN dan melayu bengap di selatan semenanjung mudah kelam mata kalau nampak longgokan duit berjuta & berbillion apa lagi dalam bentuk sing dollar.
Dulu Melayu itu juga yang buat2 kecoh tentang kes jual pasir ke Singapore walhal Melayu tu juga yang buat kerja tak senonoh tu. Bukan rakyat tak tahu siapa punya kerja yang bekerjasama dgn taiko dari satu lagi negara jiran untuk buat untung besar. Melayu tu jugalah yang dapat hidangan "ayam bergetah" tiap kali ke negara jiran tersebut kerana membuka laluan.
Kalau terus sokong Melayu UMNO BN dan melayu yang lupa daratan tu..alamat punah ranah negara dan makin papa kedana laa rakyat kebanyakan di Malaysia.
Pembaca,
ReplyDeleteSaya amat bersetuju dengan ulasan dan pandangan Sdr Aspan. Melayu UMNO BN memang perakus dan perosak Melayu. Banyak kes2 penyelewengan telah terbukti. Terbaru kes NFC Shahrizat, cara UMNO BN mengkayakan kroni. Lihat contoh di Selangor di http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=13147 ,
Melayu UMNO BN inikah yang membela Melayu ?. Kalaulah begini caranya UMNO BN melahirkan jutawan Melayu, Tanah Melayu kelak akan menjadi seperti Singapore...sorang bersorak menang, puluhan juta rakyat Melayu lain menanggung sengsara.
Memang keparat pimpinan songkok hitam yang berlambak jenis ini dalam UMNO BN. Sedar2lah wahai orang Melayu oiii...UMNO BN ni cuma menjahnamkan Melayu melalui slogan haprak dan munafik !!!!
Bagi yg berfikiran cerdik,tengok Istana Toyo dan kes Menteri Hal Ehwal Lembu sudah mengetahui dan memahami politik yg dibawa UMNO.Pelik betul lah dengan minda penyokong2 UMNO.Nak dikatakan lembu,mempunyai jasad manusia.Nak dikatakan manusia,mempunyai otak lembu.
ReplyDeleteSalah siapakah,ada lebih kurang 80,000 graduan2 universiti sedang menggangur,majoritinya Melayu?
ReplyDeleteAdakah disebabkan:
1.Pertumbuhan ekonomi yg lembab.
2.Sijil yg diperolehi cap Ayam.
3.Pihak berkuasa hanya pentingkan
Kaum Kerabat Sdn Bhd.
4.Graduan2 pemalas,hanya tunggu
kerja kosong kerajaan.
To be continued.....
Betapa ketinggalan zaman dan bodohnya kebanyakan org2 Melayu.
ReplyDeleteHanya slogan2 murahan seperti 'Hidup Melayu',bersongkok dan berbaju melayu boleh memperdayai mereka.Mungkinkah terlalu lama diperbodohkan UMNO hingga tertutupnya semua pintu2 utk berfikir dari sudut yg berbeza.
kumpulan rajamenangis...poraaaaah.
ReplyDeleteBila masanya raja menangis? Semasa Hahadir lucut kekebalan mereka...
kini mereka tidak menangis lagi. JATI Perkasa dan seangkatan nya sudah ada.
Don't worry, I help you you help me.
Cakap pun biarlah jelas jangan terketaq ketaq berbahasa dengan Rajamenangis. Mereka tu bagus dan tak bersalah dan engkau sebok nuding jari kepada mereka itu apsal? Mereka bukan Hahadir (kebodohan kau) dan Hahadir bukan Rajamenangis. Kau kol mereka direct jika kau hebat. Semua butiran mereka terbuka dalam laman mereka. Rajamenangis lebih menyerlah drp kau yang memalukan.
DeleteMUHD SHAMSUL
Taiping
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
ReplyDeleteTahniah dan terima kasih sekali lagi. Semoga Allah meneguhkan pendirian suci saudara dan menjadikan saudara antara contoh yang patut diteladani, khasnya bangsa yang saudara perkatakan ini. Bukanlah tujuan saya henda menghina mana-mana bangsa, tetapi, kita bercakap berdasarkan fakta dan hakikat, kan?
Sememangnya benar lagi tidak perlu dinafikan, segala yang saudara perkatakan di sini. Maaf sekali lagi, kalau saya simpulkan, punca segalanya ini berlaku tak lain tak bukan, kerana penghayatan nilai-nilai moral dan aklak, jauh sekali, agama, secara bermusim, ibarat menyambut hari-hari kebesaran dan perayaan. Sepanjang pengalaman saya sendiri, ketika saya sedang mencari-cari hakikat Islam, saya uga terasa sukar sekal memperoleh kawan-kawan yang mampu memberi kefahaman sejelasnya tentang Islam, hatta membaca Al-Quran secara bertajwid. Kenapa? Tak lain, sukatan pelajaran agama itu sendiri yang begitu terbatas, lebih berorientasikan peperiksaan sahaja. Justeru, bagaimana dengan keadaan sedemikian, kita mampu melahirkan kepmpinan yang sememangnya berakhlaq mulia serta prihatin? Malah, kalau hendak dikira akan semangat "nationalism", sememangnya sejak era penjajah lagi, telah bergema alunan dan irama sebegitu, lebih-lebih lagi di awal kurun ke-20, sekaligus mencetuskan penubuhan UMNO yang menuntut kesaksamaan dan keadilan akibat pengenalan Malayan Union, kan?
Namun, sayangnya, UMNO asal yang sememangnya suci bersih itu kini habis tercemar ... khasnya di era Mahathir yang senantiasa bertindak semberono ikut hawa nafsunya. Kini, setelah dengan liciknya berjaya menjatuhkan Tun Abdullah (Pak Lah), diganti dengan penjenayah yang masih dalam perbicaraan. Apa ni? Terus-terang, saya bersimpati dengan Allahyarham Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan, yang setidak-tidaknya ada sikap prihatinnya terhadap rakyat. Tak terbayangkah kita, kini, anakandanya sendiri mengkhianati hasrat suci Allahyarham ayahandanya itu? Rasanya, tak perlulah untuk kita mengulas lebih panjang; yang penting, alhamdulillah, setidak-tidaknya petanda ke arah negara maju yang kononnya wawasan Mahathir itu, insha Allah, pasti jadi nyata, dengan kesedaran kita untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Justeru, marilah kita biarkan para pengkhianat ni mendendangkan lagu yang kini semakin layu; semoga slogan dan laungan "hidup Melayu" mereka itu akhirnya jadi lesu dan seterusnya membisu ...
Menutup ulasan, sekalug penghargaan dan jutaan terima kasih di atas keprihatinan saudara, dan dari jauh, sentiasa kupohon kepada-Nya agar dirimu sekeluarga kekal sejahtera bersama perjuanganmu yang mulia. Ampun maaf dari hujung rambut ke hujung kaki dik ulasan penuh emosi dan semoga kita bertemu lagi. Yang baik lagi sempurna, daripada dan milik-Nya jua.
Terima kasih dan selamat berjuang.
kita bersatu kuburkan BN dalam pilihanraya nanti. perubahan mesti dilakukan jika kita tidak suka pada RASUAH, PENYELEWENGAN, PENYALAHGUNAAN KUASA, MENGKAYAKAN KELUARGA & SUKU-SAKAT DAN KRONI. lagipun BN sudah terlalu lama memerintah hingga mereka tak boleh terima hakikat kekalahan dan mereka anggap malaysia dipunyai oleh parti UMNO.cuba kita ingat pemimpin2 dan kroni mereka dari dulu yang sudah kaya-raya dari hasil negara yang mereka rompak. anak TUN M termasuk dalam 20 orang yang terkaya di Malaysia dari mana kekayaan yang mereka dapat ? Rakyat mesti kuburkan BN dalam PRU 13. ABU............ insyaallah
ReplyDeleteWahai Melayu DAP...pastikan buku bertemu ruas.
ReplyDeleteMelayu tetap hidup,yg mati tanpa kubur adalah UMNO.
ReplyDeleteSy terfikir untuk memberi komen kerana mendapat idea tentang kependekan nama UMNO itu sendiri..iaitu Untuk Melayu No Otak (mcm lembu..ada otak tp tak boleh nak guna)..Maafla jika ada sesiapa yang terasa.
ReplyDeleteWAJIB PARTI MELAYU ITU DIHANCURKAN DULU KERANA PERPADUAN MELAYU AKAN TERBINA SELEPAS KEHANCURAN PARTI MELAYU(UMNO). ANJING AKAN SENTIASA BERKELAHI ANTARA SATU SAMA LAIN SEHINGGA APABILA BABI MELINTAS BARULAH KEDUA2 EKOR ANJING KEJAR BABI.
ReplyDelete"Mulianya seseorang itu bukanlah disebabkan dia pandai berkata-kata dan mencantas kata-kata lain dengan lidahnya; ataupun kerana kepandaiannya dalam ilmu akademik. Tetapi, mulianya seseorang itu adalah kerana dengan sifat kasih ALLAh Ta’ala menyorokkan aibnya daripada diketahui oleh orang ramai".....BAGAIMANA DIRI ANDA?
ReplyDeleteMulianya seseorang itu bukanlah disebabkan dia pandai berkata-kata dan mencantas kata-kata lain dengan lidahnya; ataupun kerana kepandaiannya dalam ilmu akademik. Tetapi, mulianya seseorang itu adalah kerana dengan sifat kasih ALLAh Ta’ala menyorokkan aibnya daripada diketahui oleh orang ramai.
ReplyDelete