10 April 2012

Allah sentiasa bersama dengan orang zuhud, tidak kira mereka dari parti atau bangsa apa

Saya sedang melalui pengalaman baru dan pengalaman ini sangat berharga bagi saya. Pengalaman yang saya maksudkan ialah mengenali lebih dekat lagi sikap melayu UMNO. Rupa-rupanya masih banyak yang saya kurang faham tentang ahli-ahli UMNO walaupun saya berada didalam parti itu selama 40 tahun. Agaknya saya tidak memahami pemikiran diluar kotak kerana saya terlalu taksub kepada UMNO itu semasa saya berada didalamnya.

Saya hanya memahami dengan lebih dekat lagi sikap dan pemikiran mereka sejak saya mengambil keputusan menyertai Parti Tindakan Demokratik, parti momokan UMNO sejak 46 tahun yang lalu. DAP itu komunis, DAP itu chauvinistik, DAP itu anti Melayu dan anti Islam dan DAP itu segala-galanya yang buruk. Segala ‘superlatives’ buruk di berikan kepada DAP.

Yang menjaga Islam itu hanya UMNO, Yang berjuang untuk melayu itu hanyalah UMNO, yang mempertahankan agama itu UMNO , yang anti komunis itu UMNO dan semua yang baik dan syumul itu UMNO. Mereka seolah-olah mengaku mereka sahaja yang akan masuk syurga dan saya yang masuk DAP ini akan menjadi ahli neraka. Tetapi kumpulan ini tidaklah ramai. Sebagaimana yang saya telah tulis dahulu penyertaan saya dalam DAP mandapat sokongan ramai orang Melayu juga.

Tetapi yang saya hendak komen ini adalah untuk memberi respon kepada segelintiran orang Melayu Islam yang menyatakan yang saya ini telah menjual bangsa dan agama kerana menyertai DAP. Apa yang saya jualkan pun saya tidak tahu, kerana saya tidak menjual agama saya dan bangsa saya. Malahan salah satu sebab saya menyertai DAP itu ialah kerana pada hakikatnya UMNO lah menjualkan bangsa dan agamanya.

UMNO hanya kekal dengan menterbiahkan syariat semata-mata. Mereka hanya menumpukan kepada hukum hakam agama sahaja. Tetapi hukum hakam itu sendiri diubahnya. Islam menegah umat melakukan rasuah. Islam menganggap perasuah itu serupa orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Tetapi rasuah itulah yang dilakukannya dan ia merupakan pertentangan yang ‘head-on’ terhadap agama Islam yang dilaungkannya. Selepas makan rasuah mereka bercakap tentang melayu masuk DAP itu sebagai penjual agamanya.

Saya bukan orang yang pandai tentang agama tetapi saya mengakui yang agama islam itu merupakan addin, atau apa yang kita fahami sebagai cara hidup. Perwakilan UMNO diperhimpunan agong parti itu setiap tahun bercakap pasal addin ini, tetapi mereka tidak pernah mengaddinkan agama anutan mereka. Segala syariat dan rukun yang perlu kita sempurnakan itu ialah untuk mengasaskan umat mengaddinkan agamanya. Maksudnya hidup jangan bertentangan dengan syariatnya, dan kehidupan mesti melakukan amal makruf nahi mungkar.

Tetapi UMNO melakukan perkara yang terbalik. Mereka melakukan ‘amal mungkar nahi makruf’. Mereka selalu melakukan yang mungkar dan tidak melakukan yang makruf. Rasuah itu kerja mungkar. Menggunakan kuasa secara salah itu mungkar. Menambah harga belian barangan dan alat senjata untuk mendapat komisyen melalui ‘consultant-consultant kangkong’ itu mungkar. Menggunakan wang rakyat untuk membiayai kenduri pertunangan anak itu mungkar. Membotakkan hutan untuk menebang balak sehingga licin itu mungkar, membunuh orang itu mungkar, mengambil wang rakyat untuk selamatkan perniagaan anak itu mungkar, mengaibkan orang lain itu mungkar.dan banyak lagi kerja mungkar dilakukan oleh UMNO dan BN.

Tetapi kumpulan kecil ini menuduh saya menjualkan agama saya dan bangsa saya kerana menyertai DAP. Saya yang tahu, yang saya tidak kurang Islam saya dan tidak kurang Melayu saya setelah menyertai DAP.

Elok kita kaji dan fahami apa itu addin Islam. Islam itu merupakan agama yang mempunyai nilai yang ‘universal’ dan nilai ‘universal’ itu adalah suci kerana Islam itu suci. Nilai-nilai Islam itu dipraktikkan oleh banyak kerajaan yang pemimpinnya tidak beragama Islam. Di England pemimpin-pemimpinnya melaksanakan nilai-nilai Islam dalam pentadbirannya. Pentadbiran negara itu tinggi nilai Islamnya dan mereka mengaddinkan cara Islam.

Etika kepimpinanya tinggi. Blunkard, menteri dalam negerinya, telah mengambil tindakan meletakkan jawatan kerana satu kesalahan etika kepimpinan yang bernilai Islam itu. Beliau telah mempercepatkan permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk ‘amah’nya. Apabila diketahui umum beliau meletakkan jawatan semata-mata mempercepatkan permohonan teman wanita beliau itu. Mereka bukannya orang Islam tetapi mereka pula yang mengaddinkan Islam. Itu menunjukkan yang Islam itu merupakan nilai ‘universal’ yang baik dan suci.

Bandingkan dengan negara kita yang pemimpin-pemimpinnya melaungkan Islam ini. Apa yang saya sebutkan dalam para awal tadi membuktikan kita hanya pandai bercakap tentang Islam tetapi tidak berdaya untuk mengaddinkan Islam itu. Menteri-menteri kita yang beragama Islam, tidak kira yang masih muda atau yang sudah tua ganyut masih mencari dan memompong harta rakyat tanpa segan silu. Setelah bersara masih lagi mencari peluang menggunakan pengaruh, nama dan gelaran untuk mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi.

Semua harta kekayaan negara hanya untuk segelintiran kroni sahaja. Syed Mokhtar, contohnya, dibentuk dan dibantu untuk membolot semua perniagann dilaut, diudara dan dibumi. Pemimpin UMNO yang besar-besar takut kepada kapitalis yang terbentuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat yang ramai.

Sebaliknya orang Melayu yang sepatutnya mendapat apa yang telah ditandatangani secara rasmi mengikut undang-undang dinafikan hak mereka. Rakyat Kelantan sehingga hari ini tidak mendapat royalti minyak seperti yang dipersetujui dalam perjanjian ‘vestine’ yang ditanda-tangani pada 27hb Mei 1975 yang lalu. Semua rakyat Kelantan yang rata-rata orang Melayu dibohongi kerana mereka (UMNO) supaya rakyat Kelantan menyokong UMNO. Islam kah ini? Kata islam itu adalah addin, kenapa tidak diaddinkan Islam itu? Kata rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Mana dia semuanya itu?

Pemimpin-pemimpin UMNO hanya pandai bercakap tentang addin, tetapi tidak mahu melaksanakan addin itu. Bercakap itu berbelit-belit dan bercabang-cabang lidah mereka. Kalau hendak diikutkan hati mahu rasanya kita meminta supaya pemimpin-pemimpin UMNO membuka mulut mereka lebar-lebar supaya kita nampak apa jenis lidah yang ada didalam mulut mereka itu…lidah manusia atau pun lidah biawak?

Sekarang sampai saya menjawab tuduhan terhadap saya yang saya telah menjualkan agama dan bangsa saya. Sekarang siapa yang sebenarnya menjual agama dan bangsanya? saya atau pemimpin-pemimpin UMNO, yang besar dan yang kecil, yang muda dan yang tua ganyut itu?

Yang penting bagi saya ialah, apabila kita beragama akhirnya kita mesti kuat untuk mengaddinkan agama itu. Kita wajar bersama kerajaan yang mampu mengaddinkan pentadbiran dengan nilai-nilai yang dituntut agama. Setelah jemu menunggu satu kerajaan yang mengaddinkan agamanya tidak kunyung sampai, maka saya tidak lagi mahu bersama parti yang telah menjual agamanya dan bangsanya seperti UMNO itu. Saya mengambil tindakan keluar untuk mencari kerajaan yang mengaddinkan Islam itu.

Didalam UMNO agama dan bangsa itu hanyalah bahan retorik mereka semata-mata tetapi apa yang mereka lakukan setelah mendapat kuasa semuanya melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan addin Islam itu….rasuah sana rasuah sini… Di atas rasuah di bawah pun rasuah.

Dimanakah nilai dan addin Islam itu berada? Ia berada di Kelantan, Kedah, P Pinang dan Selangor, kerajaan pimpinan TS Khalid Ibrahim. Di Pulau Pinang rasuah terlalu minima. Begitu juga di Selangor. Di Selangor pimpinan TS Khalid Ibrahim pasti tidak akan ada rasuah seperti rasuah PKFZ yang mencecah angka sehingga RM12 billion. Itu baru satu projek. Banyak lagi contoh-contoh jika kita mahu buktikan. Agama sentiasa dilacurkan dan diabaikan.

Tetapi UMNO kini menyampah pula bila pihak lain berjaya mengaddinkan Islam itu kerana mereka hanya mengaku sebagai parti dan pejuang Islam selama ini tetapi tidak berjaya hendak menjadikan Islam itu sebagi addin. Malahan cara UMNO dan penyokongnya memilih untuk menghina orang lain, mencarut dengan kata-kata kotor yang layaknya untuk orang kafir sahaja. UMNO yang mengakui sebagai Islam juga perlu memahami yang rasuah itu adalah kerja kafir kerana ia bertentangan dengan Islam.

Apa-apa kejayaan yang terbukti mampu dilakukan oleh kerajaan PR dinafikan. Pemimpin-pemimpin dan penyokong tegar UMNO selalunya tidak akan dapat mematahkan debatan pihak alternatif, justru mereka memilih untuk mencarut dan mereka menunjukkan kekosongan didalam benak mereka.

Akhirnya wajar kita semua memikirkan siapa kita disisi Tuhan dan agama. Jangan senang-senang menuduh orang lain menjual Islam dan bangsanya. Buatlah ‘instrospeksi’ terhadap diri masing-masing sebelum mengkafirkan orang lain.

Bertawajjuh lah kepada Rasul dan bertawassul lah kepada Allah secara intensif. Insyallah Tuhan tetap bersama kita. Tuhan akan tetap bersama sesiapa yang zuhud, tidak kira seseorang itu menjadi ahli parti Liberal Democrat Britain, ahli parti Demokrat Amerika Syarikat , atau ahli DAP Malaysia dan parti KIMMA Malaysia.

Dosa yang tidak terampun ialah mendua dan mensyirikan Tuhan. Itulah sebabnya saya tenang sahaja apabila meninggalkan UMNO dan menyertai DAP kerana yang saya tinggalkan itu adalah parti politik yang hampir usang, bukannya meninggalkan Tuhan.

Tak tahu pula saya meninggalkan UMNO satu tindakan syirik. Setahu saya ia bukannya tindakan syirik tetapi tindakan yang dituntut.

42 comments:

  1. Saudara AA,

    Musuh dan pengkhianat negara kita bukan rakyat Malaysia. Musuh kita adalah pembelot yang mencuri dan merompak harta benda negara kita.

    Rakyat memang mahu dan ingin hidup berganding bahu untuk memajukan negara tetapi sayangnya UMNO/BN telah melakukan kerosakan yang tidak dapat diterima lagi.

    Enough is enough! ABU tetap ABU.

    ReplyDelete
  2. I am fine with you joining DAP. Though I wish you choice is PAS. You have your reasons, and I respect it.
    But what I'm not at all fine is your party's choice of Anwar as PM IF you win. That's my main fear.
    Sejak "berkawan' begitu lama, menerusi blogs you and Sakmongkol, I can deduce that:
    You are anti-Mahathir
    Sakmongkol anti Najib
    QD Anwar hater.
    That makes us equal. Fair and square.
    Like me, Sakmongkol also do not like Anwar. Hahaha. He has it on record as saying Anwar is irrelevent.Another hahaha.
    And I can safely deduce that is why you guys join DAP and not Keadilan.
    In your hearts of hearts you agree with me on my observations right?
    Yeah, but what to do, gotta toe the party line.
    There are so many able leaders in your coalition. And I wish PAS is brave enough to state that their candidate must be PM if Pakatan wins.
    This agent provocateur thinks that your cutting (tiru cakap mat sekarang), style, bearing, demeanour and everything about you and bro Sak shout UMNO.
    Macam tak kena saja you guys in the midst of LGE etc.
    Bak kata orang dulu-dulu, tak ngam mungkin jodoh tak panjang.
    My friends here agree?

    ReplyDelete
  3. Tuan Alias,
    I salute you for a very very rational writing. We should fight on policies and good governance and not gutters politics. This is going to be a very long fight and the road ahead will never be easy. I wish the very best, Sir.

    ReplyDelete
  4. masa sekolah menengah dulu bila tengok cerita perang tetap sokong amerika setiap kali berperang dengan jerman jepun vietnam dan dengan red indian tapi sekarang pergi mampuslah amerika.Bila kereta mesti kereta orang putih bukannya jepun .Itu lah kejayaan propaganda yang kini melanda UMNO dimana semua yang baik tu dialah dan yang tak baik tu pas,pkr, dap dan akan ditambah senarainya apabila tidak dalam kelompok umno.UMNO semua ada ,rasuah,merompak harta rakyat,membunuh,merogol,bertumbuk dan baling kerusi dimesyuarat ,curi tanah ,curi pasir ,curi kayu dl.Setiap negara didunia bergerak kearah dua parti sistem dan kita patut berterima kasih kepada mereka yang menyertai pas dap pkr untuk membolihkan rakyat berubah selera .Kalaulah parti pembangkang tak elok mengapa ROS tidak batalkan pendaftarannya.Pemimpin UMNO atasan sudah nampak apa akan jadi apabila mereka tidak memerentah lagi sementara ahli umno biasa yang dibawah tak ada masaalah bolih ikut apa parti pun.Saya dah 40 tahun jadi ahli umno sungguhpun berkelulusan tetapi masih lagi dalam kumpulan paria kerana yang didalam brahmin tu takkan biarkan orang celik naik kerana mereka tahu orang celik ni panjang langkahnya.UMNO bila perentah semua dijualnya jadi kalau nak jual apa mestilah melalui umno barulah halal ,jadi apa punya fikiran dan memang layaklah UMNO direhatkan dan cuba pembangkang perentah kerana mereka berkebolihan dan terbukti tak rasuah.UMNO tak ada ruang dan keadaan nak mengatakan pembangkan tak baik kerana mereka sebenarnya tak baik dan gagal.Jadi teruskan perjuangan dan jangan hiraukan orang gila kuasa itu.Rakyat kini dah tak sabar nak tengok bukan saja UMNO bungkus tetapi each and every one of them have to accounts every cent of their assets.

    ReplyDelete
  5. Salam AA dan bloggers,

    Ada setengah orang belajar tinggi2 tapi tidak memahami isu sebenarnya:
    it's not about Anwar.

    It's a mass movement demanding for change.

    You didn't get the bigger picture don't you?

    With or without Anwar UMNO must go.

    Surrogate

    ReplyDelete
  6. Pak Aspan,
    Selamanya UMNO itu ditunjangi oleh orang yang meletakkan harta benda sebagai 'tuhan' di dalam hati, sebab itulah mereka tidak nampak apa yang orang lain nampak. Jadi ahli UMNO itu kalau dia rajin solat, memberi sedekah, menziarahi orang sakit, memerangi rasuah dan membela yang dizalimi akan pasti nampak kezaliman di depan mata. Kenapa pimpinan UMNO senyap bila kezaliman berleluasa? Contohnya pinjaman engkar oleh NFC? UMNO itu sudahpun hilang "vital sign" yang pertama iaitu penglihatan hati yang bersih

    ReplyDelete
  7. AA,

    Saya bersetuju dgn saudara.....yang dilihat tuhan adalah hati bukannya rupa rupawan atau handsome. Duduk dalam parti melayu islam tapi melakukan kemungkaran tidak bermakna. Cakap-cakap loyar buruk ni berilah kepada penyokong Umno.

    ReplyDelete
  8. Steady QD. Aku setuju apa ko cakap. Ramai orang tak nak undi Pakatan kerana Anwar.

    ReplyDelete
  9. Dear Quite Despair, as Anonymous 1:29 aptly said, it is not about Anwar. It is a mass awareness of wrongs and shared desire to correct the wrongs. Thus, in that context, we are looking for a leader who dares to bring about the changes. That could be Nizar, Husam, LGE or whoever.
    However, strategically speaking. Anwar is the ones UMNO and geng fear most. He is their worst nightmare. So thats being the case, it is a pleasure to keep saying to UMNO - that we Rakyat wants Anwar to replace Najib.

    ReplyDelete
  10. Saya ingin komen sikit pasal budak QD ni. Walaupun dia mengaku berpelajaran tinggi tapi bagi saya fikiran dia , kita bercakap pasal umno mengamalkan "amal mungkar nahi makruf" tapi dia tak faham topic at hand. Ke dia ni memang tak faham bahasa?? Bagi saya sebagai org islam berbangsa melayu lebih baik berketuakan seorang yang yang bukan islam seperti LGE atau siapa saja termasuk anwar jika boleh memberikan satu pemerintahan yang seimbang yang mana dapat memberikan manafaat kepada semua rakyat tidak kira bangsa dan agama daripada mempunyai ketua yang berbangsa melayu dan mengaku islam seperti najib dan rakan2 yang hanya mengagihkan kekayaan negara antara sesama mereka. Yang mengaku islam tetapi tidak sedikit pun mengamalkan ciri ciri islam. Bagi mereka membunuh itu ajaran islam, memfitnah juga ajaran islam, mencuri, merompak dan merogol juga ajaran islam. Saya rasa budak QD ni mungkin tak faham akan apa yg saya tulis tapi tak mengapa biarlah dia belajar dan mungkin selepas ini dia akan mengaku juga akan kekurangannya dan akan menjadi rakyat yang benci kepada kemungkaran yang dilakukan oleh puak2 umno yang menjadi idolanya sebagai nabi. Lagi satu saya nak ingatkan budak QD ni kalau tak faham apa yg you baca tak payah sibuk nak komen, SHUT YOUR BIG MOUTH UP.

    ReplyDelete
  11. Tuan Aspan, banyakan bersabar dalam perjuangan..sesungguhnya berhadapan dengan orang-orang yang bukan Islam itu sendiri adalah lebih mudah dari perjuangan menentang orang-orang yang munafik, Saya berharap sangant Tuan tidak berubah hati dan akan terus tekad mempertahankan kebenaran dan menentang kebatilan. Semoga cita2 kearah negara yg rakyat inginkan akan dapat dijayakan..

    ReplyDelete
  12. QD tu sapa ? Qabilah Dajal ke ? Hmm..minta simpang lerrr..

    Yang aku tahu..KEBENARAN AKAN TERTEGAK JUA AKHIRNYA DAN ITU JANJI ALLAH,

    Alhamdulillah... bersyukur aku kerana kini tak lagi bersama UMNO BN walau pun keahlian aku di "renew" puak2 karat tu bertahun2 dulu. Aku dan kawan2 adalah kalangan yang meramaikan keahlian UMNO tapi hakikatnya kami tak pernah bersekongkol dengan parti ini, tu ler yang buat pimpinan UMNO perasan dan gah sebab UMNO adalah parti paling ramai keahlian. Hi hi..ahli2 yang meruntuhkan parti dalam diam. Kah kah kah.

    Maaf lah...aku dan kawan2 bukan jenis masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang babi "menyondol". Budaya tu cuma diamal oleh orang yang pendek akal jer..sokong tak kira halal haram. Harap2 QD tu tak macm tu laa.

    ReplyDelete
  13. Memang sahlah budak hingusan QD memang tak faham Bahasa Melayu. Diapun pernah tulis dia tak pernah belajar BM secara rasmi atau ambik periksaan SRP atau SPM. Cakap kampung bolehlah sebab tak ada nahu. Dia kata dia tak boleh kerja dengan kerajaan kerana no BM papers.

    ReplyDelete
  14. En Aspan,
    Mengapa tak masok PAS kalau nak mengaddinkan Islam Takut kat orang orang Melayu ke.Kot lebih senang dengan bangs asing.Tak usah En.Aspan mengikut rentak orang Umno sekali lagi menggunakan Islam dalam kancah politik.It`s all about Melayu nothing to do with religion whatsoever.What say you

    ReplyDelete
  15. Pada zaman Nabi Musa AS, bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”.

    Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.

    Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi.. asqinaa”..

    Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian”.

    Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tak turun”.

    Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.

    Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”.

    Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

    Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan.

    Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”.

    Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.

    Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”.

    Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”

    Kalaulah bukan kerana Allah menutup aib-aib dari pengetahuan umum atas dosa-dosa yang kita lakukan, pasti keaiban kita sudah lama tersebar.

    ReplyDelete
  16. Aku peduli apa...asalkan selain UMNO akau akan pilih mereka...bagi aku punca rasuah dan salah guna kuasa disebabkan UMNO...

    Pilih lah kafir ke, tak beragama ke atau liberal. Itu lebih baik dari UMNO yg berperangai setan.

    Enough is enough..

    Bull

    ReplyDelete
  17. What is wrong with anwar? Give me the name of a single person in malaysia who has undergone such humiliation all these years. Org biasa would just give up. Either they will just join umno or just go on with their lives. Anwar has made a lot of sacrifice for us malysian. He could just pack his bags and forget malaysia. But he stayed on. Dia n all the PR people tak gilakan kuasa. Yg gila kuasa ialah najib and his umno goons. So bang AA, keep up ur good work. Go and tell all malaysians that umno must be kicked out

    ReplyDelete
  18. Quiet Despair said...

    "That makes us equal. Fair and square."

    "My friends here agree?"

    To QD, your interpretation of "fair and square" is of no value, because you are a prejudiced bigot. I tried very hard to give you the benefit of the doubt, but alas, I am in complete disagreement with you just like my stomach completely disagrees with expired milk, because of your prejudice and bigotry.

    ===================================

    Anonymous said...
    "Steady QD. Aku setuju apa ko cakap. Ramai orang tak nak undi Pakatan kerana Anwar."

    11 April 2012 05:54:00 GMT+08:00

    To Anon 05:54, ramai orang taknak undi UMNO/BN kerana gejala rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam SELURUH UMNO/BN, bukan kerana satu orang sahaja.


    Semoga anda berjaya di dunia dan di akhirat,
    --ziggy

    ReplyDelete
  19. Tak faham kenapalah awak orang asyik nak kondemn Boy QD. Budak tu amat perceptive. Saya suka baca tulisan dia kat sini dan blog sakmongkoS. Contohnya apa yang dia cakap tentang Bro berdua cutting UMNO memang tepat sekali. Cuma saya tak pandai tulis macam dia. Janganlah pakai hentam saja kerana tak sebulu dengan kesukaan politik korang. Ada ke dia condemn korang?

    Boy jugak

    ReplyDelete
  20. QD,
    Ko boleh bagi apapun alasan..
    cuma satu hal nak tanya...

    Ko benci dan tak leh terima anuar ok.
    pelik nya. ko..

    boleh puja mamak kuty
    jilat najib..

    padahal mereka ne kalau tak samapun mungkin lebih haprak dari anuar kan.

    tu la dunia ...

    ReplyDelete
  21. Apa pun pandangan yang ada aku dah tak kisah.yang aku kisah adalah UMNO MESTI DILENYAPKAN DARI PUTRAJAYA..
    Teori banyak-banyak pun tak guna...nanti negara dah hancur baru menganga semua...masuk angin keluar asap..puak-puak lanun habis berambus ke tempat lain.
    Apapun UMNO MESTI DIKALAHKAN DALAM PRU 13 INI

    ReplyDelete
  22. Sebenarnya,QD ni adalah anak yg dikutip di Lrg Haji Taib.Sebab tu lah namanya Quite Despair.

    ReplyDelete
  23. anak yang di kutip di lrg hj taibpun lebih cerah hatinya dr qd yg dah beku ne...

    ReplyDelete
  24. anwar, anwar, anwar... tu jer yg UMNO tau...

    ReplyDelete
  25. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

    Alhamdulillah! Syabas dan terima kasih sekali lagi di atas curahan pengalaman dan ulasan berfakta ini. Ya, sememangnya nilai-nilai Islam itulah yang universal; begitu juga nilai akhlak dan moral agama-agama lain yang tidak bercanggah dengan aqidah tauhid kita. Umpamanya, jangan berbohong, jangan makan rasuah, jangan suka memfitnah dan mengaibkan orang dan sebagainya. Namun begitu, inilah punca permasalahan kita hari ini, di mana golongan ulama juga boleh diperjudikan iman dan taqwa mereka oleh golongan jahiliyah moden ini, hanya semata-mata untuk memburu dunia yang nilainya tak berapa sen pun daripada untung abadi di akhirat, sementara para mujahidin yang benar-benar ikhlas dan bertaqwa, sering dinafikan hak; termasuklah para pencinta kebenaran daripada kalangan rakan dan sahabat non-Muslim.

    Oleh itu, pada hemat saya, mudah saja: Istiqamahlah terhadap perjuangan kerana sememangnya perjuangan memerlukan pengorbanan. Bersamalah kita tolak pemimpin kita kini yang kepimpinannya berpaksikan jenayah dik asuhan Mahathir sejak 3 dekad lalu. Bukankah Najib tu antara pembunuh kejam demi sebuah kapal selam? Tak insafkah lagi kita ni dengan berterusan menyokong tegar penjenayah ini sedangkan ayahanda gadis malang Mongolia yang telah berbakti kepada Malaysia diperlakukan sebegitu rupa, kecewa menangis tak berlagu? Juga, kalau benar Islam itu kepunyaan atau boleh didakwa diperjuangkan bangsa tertentu, dah lama benua Timur Tengah yang dipunyai Arab dan Yahui diangkat jadi kuasa besar, kan?

    Menutup bicara, tepuk dada, tanyalah iman; sesungguhnya fakta yang saudara kemukakan tentang hakikat zuhud itu tak perlu disangkal. Bersamalah kita minta perlindungan-Nya agar kita dihindari daripada gejala "cakap tak serupa bikin" seperti mereka. Seperti biasa, sekalung intan penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kesudian saudara menyiarkan ulasan saya, serta ampun maaf dipohon andainya kedapatan sebarang ketidakwajaran. Bersamalah kita insafi, bahawa, semulia manapun kita hari ini, belum tentu kekal dipuji hingga ke mati.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  26. Tuan Aspan,
    Umno tidak akan berubah.Rakyat Malaysia telah beri peluang selama lebih 50 tahun memerintah,hasilnya kita jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Singapura.Umno/Bn telah berjaya melahirkan Melayu yang perlu tongkat sepanjang masa,sentiasa diberi subsidi hinggakan nak mati pun perlu bantuan kerajaan lagi.
    Apa yang kita mahu adalah kerajaan yang adil, 'good governance',tiada rasuah dan dapat hidup dengan aman tanpa provokasi terhadap kaum2lain.Ini hanya boleh dicapai dengan mempencenkan Umno/BN dan menubuhkan kerajaan yang berwibawa disokong oleh majoriti rakyat.Mengapa Sinagapur boleh Malaysia tak boleh,tepuk dada tanya akal.

    ReplyDelete
  27. "boy QD" gelaran diberi oleh "boy jugak ( anon 11 April 2012 21:52:00 GMT+08:00) . Lain macam je bunyi...hahahaha.

    "Boy jugak" ni pun mesti gelar Anwar "aljuburi" gak kan....hahahaha.

    mat pendang

    ps : Amboi...sakan no bermuka-muka kat sini dan kat blog Sak. Tapi kat blog pemikir jerantut nko kutuk sak kow-kow ye dibelakang dia! Apa tak berani kata kat Sak depan ke...wakakakaka

    ReplyDelete
  28. Projek NFC itu ada guna tongkat?

    Anak Tun jadi kaya pakai tongkat?

    Kroni kaya guna tongkat jenis apa?

    Mahligai bagai mansion semua bina diberi tongkat?

    ReplyDelete
  29. Budak QD tu dia cari makan...jgn marah dia. kerja dia bg komen, betul salah x penting bg dia, perangai anak didik Yahudi AMPCO biasa ler kan. Kerja Zionist ni mcm tu le. Anak didik Dajal le katakan...mmg mcm tu. Laga kan orang sana, laga orang sini...pecah perintah...macam UMNO selalu buat tu. UMNO kan penasihat dia Zionist APMCO. Bila semua kaum salin mencurigai...yang untung UMNO. Ini 'racun'yang ditanam UMNO sejak sebelum Merdeka lagi...orang kampung semua dah tau. Hujah dengan puak UMNO/AMPCO ni soal halal haram? buang masa...xda dlm kamus diaorang. Islam ni bagi pemimpin UMNO, ALAT, sebab tu diorang main isu Islam di Pinang(of course atas nasihat Zionist UMPCO). Jadi untuk memahami tindakan QD dan pemimpin UMNO ni, kena study tentang perangai Dajal dan Protokol Zionist, baru dpt menyelami 'kegelapan' hati mereka....semoga Allah meneyelamatkan dan mengeluarkan kita dari fitnah dajal ni....

    ReplyDelete
  30. Tuan Aspan,

    Berpuluh tahun (40 tahun) dalam UMNO tetapi DAP jua yg menginsafkan dan merapatkan tuan dgn zuhud! Wow! padanlah UMNO sukar ditewaskan selama ini rupanya didalamnya penuh dengan ahli yang taksub yang mana tuan adalah bekas ahli yg taksub itu. Alhamdulillah, saya walaupun masih mngekalkan keahlian dalam UMNO namun ketaksuban itu jauh panggang dari api. Apakah semestinya bila kita keluar parti maka kita mesti hina parti tersebut? apakah tiada sekelumit rasa kasih dan sayang pada saudara2 yg tinggal dalam perti kita dahulu? Saya tidak tujukan pada tuan sahaja tetapi juga pada rakan rakan pelompat parti (sukarela atau dipecat) seperti Ibrahim ali, zul nordin, hassan ali, datuk sak, anwar ibrahim, ezam dll. Mungkin ini sudah jadi budaya/tradisi orang kita berpolitik.

    ReplyDelete
  31. Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad said...

    ameno - i salute dia cara dia lambasted bigot, ultra racist papa gomo - serves him right. Allah pun larang hina bangsa lain, semua cipataanNya. Lebih - lebih lagi the other people in the same family tree. Takan lah Dia tak tahu cipta.

    ReplyDelete
  32. Anon 17.53& anak Pendang

    Hahaha. Sticks and stones will break my bones. But words will never hurt me. Bring it on, dudes.
    Sak yang membawa saya ke blog Wan Zuri. I didnt even know his blog existed afore this. Apa yang saya tulis di situ samalah dengan apa yang saya komen kat Sat. Tapi dia delete. Saya suka Sak siarkan dan dia and you guys can condemn me. Malangnya Sak dah jadi like Din Merican no.2. Cuma siarkan komen pengampu Pakatan though hampaih.
    I am not taught to kutuk kat belakang. Always taught to be upfront. And being personal is never my stail. And tak reti maki hamum orang.
    Saya bangga menjadi anak Pahang. And i am proud Sak can make Pahang proud. Selalu doakan dia menjadi MB atau menteri.
    Saya upahan gomen?Duh. never had formal education in BM, jadi macam mana nak jadi penulis gomen. Saya bergaji sendiri. Tak perlulah gaji kecik. Rugilah ada otak dan ada good education jadi baruah.

    ReplyDelete
  33. Baguslah.....hari ini sudah terserlahlah sikap dan pegangan gamai umat melayu......semuanya kerana umno (BARU) milik madeyyyy sudah kena goncang......oleh DSAI....

    nak harapkan yang lelain???.....

    The MIND!!!

    ReplyDelete
  34. Ibni Ismail,

    Perlu diingatkan, UMNO (lama) dengan UMNO (Baru) adalah amat berbeza.

    UMNO (lama) sudah mati, yang tinggal UMNO (baru).

    Jadi UMNO mana yang anda maksudkan, dan UMNO mana yang sdr AA maksudkan?

    Renungkanlah.

    Semoga anda berjaya di dunia dan di akhirat.
    --ziggy

    ReplyDelete
  35. QD QD Cuma siarkan komen pengampu Pakatan though hampaih ?? Habis komen kamu pun Tersiar dekat sini?

    Deleted pasal apa ? carut- marut, exclamations as main topics.

    ada otak, ada education jadi apa ? ahem ahem macam siapa ? It rings a bell, loud and clear. Ramai juga, tak payah kerja pun ada
    juta - juta RM masuk akuan.

    Tak perlulah gaji kecik ? Obscene money then ?! And the soul has a price tag, huh ? So you look down on those of us having moderate wages,
    decently earned ?

    Saudara Aspan's blog mestilah ada quality control, accessed by educated guests who are respectful to him, respect & support fellow PK guests.
    Takkan lah you nak support, tak mengarut, buat porak - peranda pun cukup dah ! QD baik pii Facebook !

    ReplyDelete
  36. QD,I had challeged you on weather you are man of word or just another braggart at Sak's blog when you mentioned RM2,000.00 is chicken feed for donations, have you kept your words?I think Sak is wating for your kind contribution.
    It is interesting to know that you are a hero at pro umno blog like wan zuri .Bravo stay that way please after all those blogs are mostly without subtance and way to shallow to argue intelligently,wrong?orang pandai.(I will always refer you as orang pandai)

    ReplyDelete
  37. Salam Saudara Aspan dan bloggers,

    Allah sentiasa bersama dengan orang zuhud, tidak kira mereka dari parti atau bangsa apa.

    The title itself shows the epitome of Saudara Aspan, as well as anyone who have been blessed by a high level of maturity, a clear understanding and compassion after having :

    - experienced much in life, some good, some very difficult times akin to going through the baptism of fire - often in solitude, and in the erb and beginning to see the goodness that Allah has placed in ever person regardless of race, color, community or party.

    - seen too much of discrepancies, contradicting and inconsistent with what is required in agama and teaching.

    - done much self- reflection, going back to the actual teaching of agama simultaneously, the core values and its requirement, in its purest form - SIMPLE to follow not made difficult, or adulterated by leaders.

    That is to do what is required by Allah as a way of daily life - peaceful, fair, merciful, compassionate, diligent, discipline, intelligence, accountability, with a sense of responsibility

    and abstaining the opposite as above .... that Simple.

    it is like when one is supposedly to be an educator ( ahem, ha ha ha ) , then one should direct self, in fear and in love to Allah, will want to do one's responsibilities so well to educate the young minds as education is the only hope for them to come up in life.

    It encompasses every job or career from being an employer, treating the hardworking employees with fairness, giving them good wages, to a lawyer, a medical officer, a politician, to being parents, etc


    now referring to, " tetapi mereka tidak pernah mengaddinkan agama anutan mereka. "

    so much so many good Muslims, Malaysians are bewildered by, sickened all the discrepancies, many of which, thrown at them daily honestly, and yet the culprits, provocateurs are in recalcitrant denial.

    To summarize it up,

    Segala syariat dan rukun yang perlu kita sempurnakan itu ialah untuk mengasaskan umat mengaddinkan agamanya.

    alongside many, i envision fresh hopes,

    as well as i fear if we have become comfortable waddling in the umno puddle, or have been enslaved to be helpless and hopelessness that we can't get out , as fated, ditakdirkan by the goons, who are no longer zuhud,

    or we raise up, as Allah takdirkan us with new hopes, great mercy and righteousness for all, or the scenarios have become beyond redemption,

    yes, there is still much righteousness, many fresh hopes through others for us as epitomed ...

    Allah sentiasa bersama dengan orang zuhud, tidak kira mereka dari parti atau bangsa apa.

    what is your choice as an individual with a mindful heart and mind ? as a family member ? as a member in the community in collaboration with :


    Allah sentiasa bersama dengan orang zuhud, tidak kira mereka dari parti atau bangsa apa.

    Ribuan terima kasih, Saudara Aspn for witing from the erb, from your heart, in line of duty for the nation. Salam .

    ReplyDelete
  38. Qd sendir mengaku keje gomen gaji kecik...tapi kenapa masih menyokong gomen yg ade skrg?

    bagi pekerja yg bergaji kecil ini tidak kira gomen or private, saket otak bila memikirkan semua harga barang,perkhidmatan naik..tapi kerjaan yang ade hanya mampu menolong kami 100,200,500 lumpsum...kenapa x dicari root of d problem? nak kredit ke?

    bagi yg bergaji kecil ini, sgt risaukan cukai yg bakal UBN kenekan selepas GE13 ni..org seperti kamu yg bergaji mahal mungkin tidak merasa apa kesan...tapi please...fikirkan sekali utk rakyat bawahan...semua org ada kekurangan dan kelebihan masing2..ade yg pandai dan sebaliknya...ada yg berjaya dan sebaliknya...ada yg kaya dan sebaliknya...

    bukan semua org ada luck macam u...tolong fikirkan utk marhaen bawahan...gaji kecik-barg naek-imposed cukai...apa yg kami dapat?500?

    dan adakah anda tahu yg bergaji kecil ini kebayakkannya MELAYU?so big Q here...selama 50tahun umno 'membantu' melayu...kenapa melayu dok takat tu?

    jangan menyokong membabi buta...its not about anwar..not about lge..n tgna..its about themselves(org dalam UBN)..

    ReplyDelete
  39. Umno zuhud? Dari dulu Umno kuat bohong.

    Bekas presidennya Tun Mahathir masih berbohong dalam bukunya.

    Najib pernah minta maaf tapi bukti bohong yang terbaru ialah pasal PTPTN;

    1.0 Belanja menghapuskan PTPTN adalah berjumlah RM43 billion

    HAKIKAT: Jumlah sebenar hutang tertangguh PTPTN adalah hanya RM23 billion sahaja.

    Angka RM43 billion itu hanyalah angka unjuran bagi 5 tahun yang akan datang.

    2.0 Hanya 3 negara sahaja di dunia ini yang mengamalkan Pendidikan Percuma sehingga habis universiti.

    HAKIKAT: WIKIPEDIA menyenaraikan lebih 25 negara yang menawarkan pendidikan universiti percuma;

    Barbados, Brazil, Belgium, Croatia, Denmark, Finland, Greece, Hungary,Kenya, Malta, Mauritius, Morocco, Norway, Scotland, Slovakia, Sri Lanka, Sweden, Trinidad and Tobago, Brunei, Turkey, Oman, Saudi Arabia

    3.0 Untuk pendidikan percuma, rakyat negara terpaksa membayar cukai yang tinggi.

    HAKIKAT:

    a. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah adalah kerana negara mereka tiada sumber muka bumi yang kaya. Kerajaan Eropah terpaksa bergantung kepada cukai semata-mata untuk pentadbiran kerajaan.

    Ia bukan kerana pendidikan percuma semata-mata.

    b. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah kepada program2 kerajaan yang lain seperti kebajikan, pembangunan, pengangkutan awam, simpanan masa tua, perumahan rakyat, kebersihan, keselamatan dan berbagai-bagai lagi.

    Kiranya untuk pendidikan sahaja nescaya cukai tersebut tidak tinggi.

    4.0 Negara akan bangkrap kalau PTPTN dihapuskan

    HAKIKAT: Skandal2 melibatkan pimpinan UMNO seperti isu NFC tidak pula kedengaran suara dari Dato Najib berkaitan dengan bangkrap nya negara.

    Projek KLIA2 yang berjumlah RM1 billion itu. Padahal, kalau dinaiktaraf Lapangan Terbang Subang sahaja pun sudah cukup dengan kos tidak sampai RM50 juta.

    Setiap kali ada usaha mengurangkan kesengsaraan rakyat, Najib akan keluar memberi amaran yang sama, yakni, negara akan bangkrap.

    Isu menaikkan subsidi minyak pun amaran yang sama diberikan. Malahan Dato Najib telah meminta rakyat Malaysia mengubah cara hidup anda.

    Tak pernah kita dengar dari mulut Najib mahupun pimpinan2 UMNO yang lain bahawa negara akan bangkrap kalau korupsi tidak dihentikan, kalau pembaziran tidak dihentikan oleh pentadbiran negara.

    5.0 Bayaran PTPTN tak membebankan pelajar

    HAKIKAT: Bunga atau riba yang dikenakan ke atas hutang yang pelajar ambil hampir2 dua kali ganda bila dibayar.

    ReplyDelete
  40. Salam semua,

    Berkenaan isu Anwar. Ramai yang tidak suka Anwar itu bukan tak setuju bahawa polisi dan perjuangan PR itu betul. Ini semua hanya berkenaan dengan ego manusia. Dr Wan Azizah berkata bahawa Anwar adalah kurniaan Allah s.w.t. kepada rakyat Malaysia. Penyokong kuat TDM pula berkata, sebaliknya TDM lah yang patut dikurniakan gelaran penyelamat ummat Malaysia. Kalau bukan penyelamat cina sekalipun, mungkin penyelamat ummat melayu.

    Isu Anwar sebagai seorang manusia istimewa di dalam senario politik Malaysia memang sudah lama. Dahulu, TDM memang jaki dengan beliau tetapi memujuknya untuk masuk ke dalam UMNO. Disebabkan Anwar junior dan TDM senior, pastilah TDM merasakan dia boleh mengawal Anwar macam dia boleh mengawal orang lain. Tetapi, tidak boleh pula. Malah, semakin ramai Anwar dapat mengumpulkan peminatnya dan penyokongnya, semakin ramai pula TDM berjaya memangkinkan rasa benci orang padanya. Sebab itulah ada yang suka dan tidak suka padanya.

    Kita lihat sejarah Islam, ini bukan tidak pernah berlaku. Anwar yang merupakan seorang yang dilemparkan fitnah dan dimalukan oleh pihak elit dan berkuasa bisa berlaku jua kepada para sahabat dan anbiya terdahulu. Abu Jahal misalnya tidak pernah merasa ragu bahawa Islam itu agama yang benar dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Tetapi Abu Jahal begitu jealous dan jaki terhadap keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w. Malah, seorang raja Yaman yang memberikan hadiah kepada Rasulullah disangkanya hadiah itu kepadanya. Abu Jahal tidak dapat menerima hakikat bahawa Nabi itu istimewa dari segi pertuturan, memiliki pengikut yang semakin bertambah dan dikasehi oleh Allah s.w.t.

    Memang benar Anwar bagai langit dengan bumi kalau hendak dibandingkan dengan nabi. Tetapi, jika kita hendak menilai seseorang pemimpin - bukanlah melihat akan dirinya itu. Tetapi melihat berapa ramai orang yang telah berubah kerananya. Syd Umar Al-Khattab berubah daripada menjadi gangster kepada menjadi abid kerana Rasul. Jika kita rasa kita mahu berubah menjadi baik kerana itu kita berubah arah dan menjadi ahli perjuangan PR, bermaksud pemimpin2 yang wujud di dalam parti itu juga berkemungkinan besar adalah tergolong dari golongan orang orang yang baik juga.

    Jika kita sedar bahawa pemimpin UMNO BN telah tersasar dari kebenaran dan masih mempertahankan ego mereka yang elitisme dan mahu kaya itu, maka eloklah kita keluar dan masuk ke perjuangan rakyat.

    It is not about Anwar or Mahathir. It is about us, the next generation of Malaysians. TDM or Anwar might be gone soon..... but what's next? Rosmah and her followers to rule our country??? OH NO!

    ReplyDelete
  41. Bersyukur kepada Tuhan, Tuan Aspan sudah masuk DAP. Diharapkan lebih ramai orang2 Melayu akan menyertai parti DAP, supaya parti itu tidak dianggap sebagai parti 'chauvinistik' dan saya berharap lebih banyak cawangan DAP Melayu akan dapat diwujudkan. Saya juga amat berharap agar DAP akan mampu menawan kawasan2 Melayu, dengan meletakkan lebih ramai calon2 Melayu di kawasan2 majoriti pengundi Melayu.

    ReplyDelete