Dr Mahathir semalam berkata demonstrasi jalanan itu adalah ‘destructive’ kepada negara. Isu demonstrasi sememangnya isu yang tidak boleh diterima oleh Dr Mahathir sejak dulu sehinggalah sekarang. Demonstrasi jalanan hanya dibolehkan semasa para mahasiswa melakukannya untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1970 dahulu sahaja. Bagi beliau demonstrasi semasa itu perlu kerana demonstrasi itu adalah untuk menjatuhkan Tunku yang beliau benci.
Penunjuk perasaan kumpulan India Muslim Pulau Pinang yang mengaku sebagai orang kuat UMNO itu perlu kerana ianya diadakan kerana hendak menjatuhkan kerajaan P Pinang tadbiran Lim Guan Eng. Pada Dr Mahathir penunjuk perasaan itu tidak merosakkan malahan amat perlu diadakan sehinggakan usaha untuk menghantar sebiji kek yang berbentuk tahi itu pun direlakan oleh UMNO. Semuanya boleh…mengikut slogan Malaysia Boleh!
Slogan Malaysia Boleh itu membolehkan sesiapa melakukan apa-apa. Yang tidak boleh hanyalah melawan Presiden UMNO dan menentang UMNO yang kian hari kian korup dan tidak boleh diberi muka lagi. Menghalang pemimpin kita dari melakukan rasuah itu tidak termasuk dalam slogan Malaysia Boleh kerana rasuah itu merupakan satu perkara atau kegiatan yang dibolehkan oleh UMNO dan BN.
Dr Mahathir berkata negara kita bukan Syria. Benar, negara kita bukan Syria tetapi kita hanya hendak duduk di Dataran Merdeka menunjukkan perasaan rakyat yang tidak berpuas hati dengan cara pilihanraya diadakan. Tujuan rakyat berdemonstrasi secara aman itu ialah untuk mengelakan apa yang berlaku di Syria itu berlaku disini. Berdemonstrasi untuk menuntut kebaikan itu salah kepada Dr Mahathir walaupun dengan hanya duduk dengan tertib di Dataran Merdeka.
Menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anak pemimpin tidak ‘destructive’, tetapi duduk menunjuk perasaan itu membawa kerosakan. Kerugian BNM kerana terlibat dengan pertukaran wang asing yang melibatkan rm30 billion itu tidak ‘destructive’ tetapi duduk secara aman menuntut yang rakyat itu ‘destructive’
Membunuh badan siasah yang memperjuangkan bangsa Melayu pada tahun 1988 dahulu itu tidak ‘destructive’ tetapi menuntut sistem pilihanraya yang adil dan saksama itu salah dan merosakkan negara. Beliau keluar dari UMNO apabila Pak Lah tidak membenarkan beliau menjadi ‘parallel Prime Minister’. Itu tidak ‘destructive’.kerana beliau yang melakukannya.
Menghancur sistem perundangan dan kehakiman yang beliau lakukan dahulu tidak ‘destructive’. Duduk berkumpul beramai-ramai di Dataran Merdeka itu ‘destructive’. Banyak lagi yang dilakukan oleh Dr mahathir tidak ‘destructive’. Semua yang dilakukan oleh pihak lain itu semuanya ‘destructive’.
Kalau kita hendak dilabelkan sebagai orang dan kumpulan yang ‘constructive’ kita mesti jadi burung balam…mengangguk…mengangguk dan mengangguk sahaja apa yang dilakukan oleh UMNO dan pemimpin besarnya seperti Dr Mahathir Mohammad.
Apabila rakyat sudah menjadi burung balam, barulah dinamakan rakyat yang bersatu…bersatu merelakan segala keburukan yang mereka lakukan terhadap negara. Apabila negara hancur itu salah pembangkang. UMNO tidak juga salah.
Mamak Kutty ne penyanggak #1 negara.
ReplyDeleteLidah bercabang.
Kalau PR menang kali ne paksa dia dan keluarganya pulangkan semula harta rakyat.
Rakyat bawahan cukup derita dek tangan sial ne..
MAMAM PUTAR ALAM YANG LICIK,SATU MALAYSIA DIA KELENTONG,TAPI MASH BANYAK YANG RELA CIUM TANGAN MALAH KAKI DIA PUN DEPA SANGGUP ! SAPU UNTUK SANAK SEDARA & KRONI TAPI ORANG LAIN DIA KATA JAHAT !
ReplyDeleteTun Mahathir eloklah diam tapi kalau nak juga aktif macam dulu elok masuk bertanding semula pakai tiket umno .UMNO dah jadi bahan maki hamun dan ejekan lebih baik serahkan kepada orang baru untuk rehibilitate dan turnaround untuk kekal hidup.Semua tahu dalam keadaan sekarang elok orang lama duduk diam2 kerana masaalah umno sekarang ada kumpulan segala masaalah yang dibangunkan olih Mahathir.Semua pelajar ipta tahu mahathir gunakan pelajar IPTA untuk tumbangkan Tungku Abd Rahman dan sekarang dia dah lupa macam mana dia naik dulu dan salahkan orang pula.Nlai mahathir akan berganda naik kalau duduk dian2 sahaja bertaubat dan beramal.
ReplyDeleteSalam Hormat Tuan AA.
ReplyDeleteTepat sungguh telahan Tuan pada kali ini, rasanya tiada langsung terlepas pandang di dalam setiap ayat. Memang benarlah dan tidak boleh disangkalkan lagi bahawa Mamak Kutty ini telah dilihat sebagai "Hero" oleh sebahagian besar "Melayu Jahiliah". Mamak Kutty ini benar-benar menggunakan seluruh kuasa dan mandat yang diberikan kepadanya untuk memerah segala keringat rakyat dan yang paling utama beliau amat berjaya memperhambakan dan memperbodohkan sebahagian besar rakyat dengan dasar-dasar kapitalis beliau. Hanya Melayu yang berotak dan bijak mampu menilai perbezaan di antara "pejuang rakyat" dan "kepala penyangak". Yang mereka tahu hanya melaung-laungkan jasa UMNO (lama) dalam membangunkan negara..... sedangkan di Thailand, Indonesia dan Singapura, tiada pun parti UMNO di situ, tetapi segala macam pembangunan dan fasilitas rakyat mampu dilaksanakan.
Apa aku dapat dalam Umno? Apa aku dapat dalam Umno? Apa aku dapat dalam Umno? Apa aku dapat dalam umno?
ReplyDeleteSdr Aspan,
ReplyDeleteApa yang Mamak Kutty dan UMNO BN buat benar sesuatu yang constructive sekurang2nya buat diri beliau, anak2, kroni dan parti UMNO BN yang membudayakan korupsi dalam pertubuhan tersebut. Tetapi tindakan2 Mamak Kutty dan parti UMNO BN itu memberi kesan destructive pada rakyat kebanyakan dan negara Malaysia itu sendiri.
Jika betul apa yang telah dibuat selama ini oleh Mamak Kutty dan UMNO BN itu selama lebih 50 tahun merupakan suatu yang constructive, kenapa kedudukan kaum Melayu dan status negara dalam pelbagai bidang makin haru biru dan mundur kebelakang. Selama lebih 50 tahun memegang kuasa tapi Mamak Kutty dan UMNO BN itu sendiri masih tak sedar diri dan menyalahkan pihak lain atas kegagalan yang berlaku. 50 tahun lebih lamanya bukan satu tempoh masa yang singkat !.
Constructive atau destructive ini boleh dilihat di dua sisi berbeza. Ianya dilihat constructibe bagi segolongan majoriti yang mendapat menafaat dari perbuatan2 Mamamk Kutty dan UMNO BN itu iaitu puak kroni2 mereka tetapi kesan destructive sebenarnya lebih meluas melibatkan majoriti penduduk Malaysia justru segala program, dasar dan cara perlaksanaan tidak berjalan secara adil. Kesannya sebahagian kek ekonomi negara yang besar dikongsi oleh sebahagian kecil puak kroni manakala portion kek yang kecil tersisa terpaksa direbut oleh majoriti rakyat Malaysia.
Sebab itu kita semua dapat melihat dengan mata kasar kita sendiri bagaimana mewahnya gaya hidup puak2 kroni Mamak Kutty & UMNO BN ini. Jurng kekayaan antara kaum tidak saja gagal dirapatkan malah dasar2 yang dikatakan contructive oleh puak2 perasuah ini memparahkan lagi ketidakseimbangan ekonomi dikalangan kaum bumiputra/melayu itu sendiri.
Tengoklah sendiri bagaimana kayanya anak2 Mamak Kutty, bagaimana mewahnya perbelanjaan bini PM serta anaknya, bagaimana stylonya anak2 menteri UMNO BN seumpama anak Nazri Aziz, Taib Makmud dan anak2, bagaimana bergayanya anak bekas MB Perak, bagaimana kayanya menantu Pak Lah dll. Semua mereka2 ini memiliki kekayaan luar biasa.
Dasar2 dan perlaksanaan dibawah pentabiran Mamak Kutty dan UMNO BN secara keseluruhannya meninggalkan kesan buruk yang lebih besar kepada rakyat dan negara berbanding kesan positif. Kalau tidak...tidak mungkin semakin ramai warga dan rakyat Malaysia kian membenci UMNO BN sehingga memaksa golongan ini terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan undi warga asing dalam GE 13 nanti.
AWAS rakyat Malaysia, golongan terdesak ini akan melakukan apa saja demi survival politik dan masa depan mereka hatta sanggup menganaktirikan warga asal Malaysia ini. Tidak ada pilihan lain melainkan memastikan UMNO BN dan pemimpin korup seperti Mamak Kutty dan pimpinan UMNO BN sekarang kalah teruk dalam GE akan datang. Bulatkan tekad anda demi masa depan Malaysia yang lebih adil dan saksama.
Bro Aspan dan Pembahas,
ReplyDeleteMaahathir hebat dan agung menurut penyokong-penyokong tegar dan totok UMNO Baru.
2. Hebat tak hebat Mahathir ini, sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun ekonomi orang melayu hanya!...hanya! naik 1++% sahaja. Zaman Tun Razak, tak sampai separuh time Mahathir, ekonomi orang melayu berkembang dari 2% ke 18% iaitu kenaikan sebanyak 16%.
Hebatkan Mahathir. Agaknya kenaikan 1% tu hanya tertumpu kat seorang individu kot - syed Mokhtar di depan XXXXXXX kat belakang aka tuan punya sebenar.
mat pendang
Tiada sebutir pun perkataaan dari Mahathir untuk menyokong sebarang bentuk demonstrasi jalanan samada dari parti pembangkang atau kerajaan atau dari mana2 pihak. Tuduhan sangat tidak berasas.
ReplyDeleteRasululullah sendiri tidak meninggalkan 'amalan sebagai sunnahnya' dalam demonstrasi jalanan tetapi lebih kepada menggunakan ilmu dan akal atas wahyu menyelesaikan permasalahan dengan beberapa perbincangan dan perjanjian.
Pemimpin jangan jadikan penyokong sebagai lembu-lembu yang dikerah dijalanan.
Street demos does more harm than good.It disrupts the people's daily lives, cause traffic jams and shops to close. May even be dangerous for kids when it gets out of control.
ReplyDeleteTak mendatangkan faedah to anyone. Kalau ia mendatangkan faedah, dah tentu Tuan Aspan menyertainya.
Ia adalah budaya yang diimpot oleh Anwar. Just a show to create sympathy. Kalau dipukul polis, lagi bagus. Kalau tak dipukul, pura-pura kena pukul untuk mendapat modal politik murahan.
Lebih baik duduk rumah bersama keluarga atau pergi Jom Heboh atau konsert yang lebih disukai oleh orang Melayu.
Tiada apa yang perlu dikeluhkan.
ReplyDeleteOrang melayu pro-UMNO masih lagi menyokong rasuah, penyelewengan, dan salahguna kuasa tanpa rasa bersalah.
Jalan perubahan sudah tampak berada di hadapan kita, namun bukan semua dapat melalui perubahan itu. Masing-masing mempunyai sebab-sebab atau alasan-alasan untuk melakukan perubahan atau tidak.
Tetapi adalah malang sekali bagi kita sebagai bangsa Melayu bahawa prejudis dan prasangka buruk telah memainkan peranannya dalam menentukan hala tuju kita. Sifat-sifat buruk ini memang amat susah untuk dihapuskan, lebih-lebih lagi bila ianya telah ditanam begitu lama.
Kesudahannya kita hanya boleh bertindak dalam kemampuan diri sendiri sahaja.
Kepada yang sudah celik, perkukuhkanlah azam untuk berubah haluan. Kepada yang masih ragu-ragu, buatlah penyelidikan menyeluruh sebelum memberi kata putus. Kepada yang enggan berubah, terima kasih ajelah.
Semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
--ziggy
Salam tuan aspan,
ReplyDeleteSaya bersetuju bila Tun M berkata demontrasi jalanan ini satu tindakan 'destructive'. Cuma beberapa alasan beliau tentang kenapa ianya dianggap destructive tidak sealiran dengan pemikiran saya.
Saya juga tidak bersetuju bila kalangan penyanjung demontrasi jalanan ini menggunakan satu hadis Rasulullah bagi menunjukkan bahawa demontrasi ini dibenarkan oleh Rasulullah. Hadis itu dengan jelas menyatakan demontrasi itu di depan rumah sendiri sahaja dan jawab bila ditanya oleh orang yg lalu lalang di jalan tersebut. Ini bermakna semasa demontrasi itu, orang lain masih boleh berjalan dengan selesa bukan ditengah jalan yang menyusahkan orang lain berjalan. sila baca juga hadis yg mengajar kita tentang adab dan hak jalan. Baca juga kenapa membuang ranting dijalanan juga dituntut oleh Rasulullah.
Bukan demontrasi pembangkang sahaja yg kita patut untuk tidak bersetuju, juga kepada penunjuk perasaan yg menyusahkan orang lain spr dianjurkan oleh perkasa dan rakan2 sealiran mereka. Malahan saya juga tidak bersetuju perarakan yg diadakan sempena sambutan Maulidurrasul. Apakah dengan berarak/demontrasi jalanan ini segala masaalah ummah akan selesai? Jika semudah ini, maka pergilah berdemontrasi beramai2. Mungkin kita ni memang lebih suka cara yg mudah dan seronok.
Walaupun tidak bersetuju, saya tidak menentang malahan menghormati pendapat tuan aspan dan rakan2 yg lain. Jika PM kita ini bijak, beliau pasti akan 'menghalalkan' demontrasi kali ini. Cuma saya tak fikir beliau sebijak itu.
QD,Demonstration may cause traffic jams but business will flourish as the stall owners and some businesses will become more flourishing on the day.
ReplyDeleteBut, if we don't do anything we would be having hard lives everyday as our leaders are plundering the country bro. Susah sehari tak apa. Kalau BN terus begini kita susah seumur hidup.
Nak turun demo atau tidak? Itu terpulang kepada pendapat masing-masing. Kalau taknak demo atau takut turun demo jangan halang orang lain yang nak demo. Mahathir? Ada aku kisah?
ReplyDeleteSaudara AA,
ReplyDeleteMM ni fikir negara ni kepunyaan dia. Itu pasal dia ni boleh kebas apa sahaja yang ada. Sehingga sekarang dia masih fikir hanya dia sahajalah yang layak jadi PM negara ni. He is indispensable.
Selagi dia masih hidup, selagi negara kita ni dalam kancah perkauman. Siapa lagi yang bertanggungjawab menjadi rakyat semakin miskin selain daripada dia yang asyik memberi lesen or AP kepada ahli-ahli keluarga dan kroni-kroni.
Syabas.
Blog Tuan AA ini rasanya salah satu blog yang pro PR. Tetapi dah berbuih-buih penerangan dan contoh telah diberikan sebagai bukti oleh Tuan tapi ada segelintir komentar seperti "Iblis membaca Al-Quran", tak habis provokasi dan suka disumpah seranah (konon nak dapat banyak pahala lah tu) masih tak mendapat hidayah. Mungkin isterinya selalu memasak sesuatu makanan yang tidak halal untuk dimakan oleh beliau dan keluarga atau beliau ini memang kaki mabuk todi atau free loader..?
ReplyDeleteTuan Aspan,
ReplyDeleteKat Negeri Sembilan ada satu simpulan bahasa yang tuan sebut berkenaan dengan burung balam,iaitu 'angguk balam'.Dulu saya tak faham maksudnya tapi lama lama saya faham bila ia boleh dikaitkan dengan sifat ahli-ahli Umno yang sentiasa angguk/sokong tak kira betul atau salah sesuatu isu.
Mahataik alias Kutty berak tengah jalan sejak puluhan tahun dulu tapi menuduh Anwar, Nik Aziz, Hj Hadi, Lim Kit Siang & Lim Guan Eng punya.
ReplyDeleteMahataik kian risau dengan trend pengundi sekarang...takut tak sempat pula projek Pulau Buatan dia siap..tup tup PR ambil alih. Kalau dibiarkan Mahataik ni terus berkuasa dan kamceng dengan UMNO BN..silap2 Langkawi dan pulau2 disekitar pun boleh tergadai.
Mala petaka yang ditanggung rakyat Malaysia sekarang ni puncanya adalah kerana dasar dan polisi Mahataik ini. Jangan tak tahu. Beliaulah pengasas UMNO baru setelah mengeksploitasi sistem kehakiman bagi mengharamkan UMNO asal. Penyokong UMNO lama yang ada dalam UMNO baru perlu buka mata dan sedar hakikat ini. Jangan memperbodohkan diri sendiri.
salam perjuangan,
ReplyDeletesy merujuk pd comment QD, beliau menulis "Lebih baik duduk rumah bersama keluarga atau pergi Jom Heboh atau konsert yang lebih disukai oleh orang Melayu"
dlm erti kata lain, beliau mengajak org melayu pergi ke konsert hiburan yg melalaikan daripada pergi berkumpul secara aman & menyuarakan suara pendapat dan hak2 kita sebagai rakyat bawahan. Inilah corak pemikiran melayu2 UMNO yg hanye tahu perihal keduniaan dgn hiburan2 & maksiat!
Moga Allah membuka pintu hati QD dan melayu2 UMNO. Harus diingat, Melayu UMNO tidak mewakili Melayu secara keseluruhanya, kerna belum tentu Muslim seseorang itu jika Melayunya mendahului Iman.
wasalam,
faizal
subang jaya
Quiet Despair said...
ReplyDeleteStreet demos does more harm than good.It disrupts the people's daily lives, cause traffic jams and shops to close. May even be dangerous for kids when it gets out of control.
Tak mendatangkan faedah to anyone. Kalau ia mendatangkan faedah, dah tentu Tuan Aspan menyertainya.
Ia adalah budaya yang diimpot oleh Anwar. Just a show to create sympathy. Kalau dipukul polis, lagi bagus. Kalau tak dipukul, pura-pura kena pukul untuk mendapat modal politik murahan.
Lebih baik duduk rumah bersama keluarga atau pergi Jom Heboh atau konsert yang lebih disukai oleh orang Melayu.
10 April 2012 11:14:00 GMT+08:00
===================================
QD, your comments are as expected, coming from a prejudiced bigot.
You only concentrate on the "bad" side-effects, and highlight it as though they are certain to happen.
You would never want to understand why this event is necessary to other people. And you would never want to accept the possibility that an event like this has a chance to invoke positive changes for the betterment of the people.
Remember when we protested on our streets to show our anger towards zionist oppression towards the Palestines years ago? That protest happened peacefully, and Bersih3.0 is planned to be no different (sit down at Dataran Merdeka in silence).
But because it is against the UMNO/BN rule, you brand it wrongful in your eyes.
You are full of prejudice and bigotry. May you achieve success in life and the afterlife.
--ziggy
Saya tidak akan mengajar anak saya ke konsert Tahun Baru atau Jom Hebah tetapi saya akan mendidik anak-anak saya TO FIGHT FOR YOUR OWN RIGHT!
ReplyDeleteDengan statement yang QD buat, rasa hormat saya pada semua pandangan yang beliau buat selama di blog ini hanya boleh diletak ditapak kaki.
Ziggy & Faizal, am behind u 100%.
Untuk QD khasnya...
ReplyDeleteAku suka anggap Bersih 3...spt bush fire...
Merbahaya...tapi amat diperlukan...
Untuk survival spesis akan datang....
Anwar Ibrahim sila minta maaf kepada QD kerana telah meliwat emak dan isteri QD. Kalau Anwar tidak mahu mohon maaf, sila angkat sumpah lahanat bahawa beliau bukan spesis mabuk dan suka kacau perempuan macam fitnah terhadap JJ (Duta Malaya ke US). Aduhai Tuan AA, tolonglah kamu carilah keadilan untuk QD... Selama Anwar menjadi PM ini , beliau asyik menipu rakyat dan menginaya QD dan kroninya sahaja....Hampeh betul Anwar!
ReplyDeleteSeperti komen popular beliau,melayu mudah lupa,dia sendiri memperalatkan kemudahan sifat mudah lupa melayu itu.KLCC tak akan dapat menebus dosa beliau memusnahkan institusi kehakiman demi untuk mendapat kuasa mutlak.
ReplyDeleteBuat apalah layan QD ni.Masa kecik dulu termakan taik anjing.Sebab tu lah dia tak akan nampak perkara2 yg positif dan the bigger picture kerana akal dah terencat sikit.
ReplyDeletekat Putrajaya tu anwar jer yg ada... yg gubal undang2... perlaksana undang2... sumanyer anwar... anwar tu yg jdi k'jaan malaysia sbnrnyer... sbb tu pembangkang (UMNO) asik hentam anwar jer...
ReplyDeleteUMNO ni sbnrnyer x paham... PR bukan berjuang sbb anwar... tapi UMNO berjuang sbb Najib, TDM, Muhyidin, Sharizat dll
ReplyDeleteAssalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteMemulakan ulasan, saya ingin sekali melahirkan rasa syukur yang tak terkata kepada saudara dan para pencinta keadilan, khasnya daripada kalangan rakan-rakan pengunjung. Paling penting, dengan adanya semangat sebegini, kita bukan sekadar mensejahterakan diri dan keluarga, malah, bumi Malaysia tercinta ini, yang kita diami bersama sebagai warganegara. Semoga dengan tumbangnya regim mungkarat UBN ini, kita bukan sekadar mengundang berkat dan ampunan-Nya, malah, pengaruh kefir'aunan Mahathir, khasnya, turut terkambus, insha Allah.
Sememangnya, sikap egoistik Fir'aun Malaysia ini tak perlulah disangkal lagi. Cuma, sayangnya, apabila ketaatan terhadap makhluq mengatasi ketaatan kepada-Nya, begitulah jadinya, kan? Justeru, bersamalah kita kaji semula sejarah perjanjian-perjanjian Aqabah yang ditandatangani Baginda Nabi SAW dengan kepimpinan kota Yathrib sebelum hijrah, serta ucapan sulung Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq RA ketika dipilih menjadi khalifah, jelas mengisyaratkan kepada kita, ketaatan kepada kepimpinan, khasnya, hanya terhad kepada amar ma'ruf nahi mungkar, bukan sebaliknya. Malah, pada muqaddimah khutbah Jumaat di sesetengah masjid seperti Masjid Abu Bakar, Johor Bahru, pasti akan menyelitkan ayat 59 Surah An-Nisa' yang terang-terangan menyerukan ketaatan kepada Allah, Rasul-Nya dan kepimpinan, tetapi, mestilah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul bilatimbul masalah sebagai formula penyelesaian. Tapi, adakah orang seperti Mahathir tu faham, atau saja butakan mata dan pekakkan telinga demi untung dunia yang tak seberapa tu? Sebab itulah, bila dia kini sibuk kritik apa orang lain buat, dialah sepatutnya tanya diri dulu: "Kenapa setelah dua dekad aku perintah, Malaysia jadi makin kalut ni? Adakah semuanya tu salah Anwar Ibrahim atau Hadi Awang, atau kerana kecluparan aku hina Nabi tak cukur janggut dan takutkan banyak orang kudung tangan?"
Justeru, saya sememangnya tak akan hormat dia sehingga dia bayar semula segala kerosakan yang dibawanya ini akibat sistem yang dijana nafsunya ini. Malah, pada kesempatan ini, saya sekali lagi menyatakan sokongan padu kepada saudara dan rakan-rakan pencinta keadilan, jangan gentar berdepan mereka yang sebegini walau di alam maya. Mereka tu semua mesti ingat, disebabkan perlakuan dan perangai jahiliyah moden sebeginilah, nama dan maruah Islam terrobek dan Islam dihina oleh umatnya sendiri, sekaligus mengakibatkan golongan muallaf kebingungan, tau! Tak cukupkah lagi bukti merudumnya akhlak para remaja kita serta pelbagai gejala sosial lain yang dilakukan sebahagian besarnya oleh ahli keluarga Muslim sendiri?
Menutup bicara emosi ini, sekalung penghargaan dan terima kasih tak terhingga di atas kesudian saudara menyiarkan pandangan saya, serta ampun maaf dipohon sekiranya ada yang tersinggung dan berkecil hati. Namun begitu, bersamalah kita insafi fakta ini, bahawa, Islam dan kebenaran akan terus dimenangkan meskipun makan masa dan korban jiwa, sedangkan kekufuran dan kebatilan pasti lenyap hancur terlupus bila tiba ajalnya; itulah janji-Nya yang hakiki.
Terima kasih.
Aape salahnya org berkumpul kat dataran merdeka utk protes rasa x puas hati dgn kerajaan, kerajaan skrg ni bukan maksum pun terlepas dari buat salah, rakyat ckp elok2 x nak dgr nak cara mcmana lg, bukan buat kacau pun, kedai2 boleh berbisnes mcm biasa, malahan aktiviti perniagaan bertambah rancak dgn kehadiran ramai org....ini tidak yang buatkan terganggunya bisnes sebab polis yang adakan sekatan merata tempat, kononnya nak jaga keselamatan tapi buat provokasi, itu semua hanya helah semata sebab takutkan kebangkitan rakyat.
ReplyDeleteBuat QD, hanya hiburan jelah dalam kepala otak dia, lain tak de....dlm otak ingat maksiat je, bukan nak ambil iktibar pun dgn ketidakadilan yg berlaku skrg ni. Dasar karat biru punya puak.
QD 10 April 2012 11:14:00
ReplyDeleteLebih baik duduk rumah bersama keluarga atau pergi Jom Heboh atau konsert yang lebih disukai oleh orang Melayu. ????? QD ???
Ramai Melayu yang insaf memang tak suka buang masa dengan Jom Heboh !! Banyak kerja manfaat selamat di dunia, selamat di akhirat
boleh kita lakukan.
Kamu ini ienis yang hanya tahu berseronok. Konsert tajaan UMNO lah, mana tahu kamu dapat komisyen besar ? ? Dah tergadai anak - anak
muda Melayu, kampung & keluarga sekali ... terhegeh - hegeh kool bodoh di merata tempat, belajar tak pandai, kerja tak da,
lawan mak bapak, mafia jalan raya, pekek sini sana dengan banners, konvoi di sini - sana, maki - hamun yang terhyper .... mana tahu ketagih.
besok mesti kacau BERSIH 3.0 ?
Adakah itu ajaran agama ,jaga martabat bangsa Melayu ? Mana pergi kamu, mat rempit serbu untuk martabat nenek tua Melayu di Melaka ?
LGE, masuk penjara, terpisah dari anak- anak dan isterinya,
sebaliknya kamu maki hamun orang DAP ? QD, eloklah insaf diri, mana tahu besok LGE kena doakan kamu dimaafkan ? Tapi jgn join DAP,
nanti kamu jahanam mereka dengan mulut traktor kamu.
Baik kamu duduk saja dlm dapur, baca buku - buku yang elok sambil masak - masak pakai " gag " senyap !
Mamak kata dia " Constructively' created the billionair within 30 years like Diam, moktar. ananda, vincent tan. naza and all the cronies.
ReplyDeleteAnd at the same time " destructively" made the majority bumi depend on handout and country goes backward by 20 years if we compared to Singapore, korean, taiwan.
This is what the you get when the cronies rob all the nation wealth just to create the croies Billionair with NEP slogan.
All rakyat paid high price for TNB/astro/internet/petrol/rice/sugar/toll/cooking oil...etc just to make them Biilionair.
mamak boleh???