Apakah ‘significance’ nya Bersih
3.0 pada hari Sabtu 28 April 2012 yang lepas? Sebenarnya himpunan Bersih 3.0
ini membawa banyak makna kepada politik negara dan ‘consequence’ nya adalah
sangat besar yang dialami oleh pemerintah (BN) pada hari ini. Ia bukan setakat
perhimpunan 200,000 orang rakyat tetapi ia merupakan satu lonjakan kepada usaha
membawa perubahan kepada sistem pemilihan pimpinan dan kerajaan yang sangat
nyata hasilnya. Kita akan melihat hasilnya secara beransur-ansur dan rakyat
ramai sedang melalui perubahan tentang persepsi politik negara seperti yang
dikehendaki oleh masa dan zamannya.
Perhimpunan ini menyaksikan
pertambahan kesedaran rakyat yang sistem pemilihan dalam pilihanraya wajar
berubah dan tidak boleh mana pihak untuk melakukannya dengan
sewenang-wenangnya. Dalam perhimpunan lepas, daripada jumlah peserta yang melebihi
200,000 orang rakyat, kita lihat dengan jelas penyertaan dari berbilang kaum
dan yang lebih penting yang perlu kita fahami, ianya merupakan penyertaan daripada
kumpulan kelas menengah yang begitu besar.
Selalunya kelas menengah ini akan
mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh pemerintah dan banyak negara bergantung
kepada sokongan kelas menengah untuk mengekalkan kuasa. Seandainya kelas
menengah mula melawan arus, maka tidak ada negara akan kekal dan tidak ada
negara yang boleh mempertahankan sistem yang lazim mereka amalkan. Di dalam
perhimpunan Bersih yang lalu, kita melihat dan menyaksikan dengan jelas
kumpulan kelas menengah begitu ramai tampil memberikan sokongan terhadap
penganjur perhimpunan aman ini.
Maka tidak terkejut lagi jika
kerajaan pada hari ini akan terpaksa menerima hakikat yang mereka terpaksa
mengalah kerana waktu untuk melakukan ‘correction’ terhadap siasah negara sudah
sampai, dan ia tidak lagi dapat dihalang. Itulah sebabnya penganjur perhimpunan
Bersih ini berhak untuk mengisytiharkan yang Bersih 3.0 ini amat berjaya dan
telah mencapai kejayaan yang melebihi jangkaan awal. Ini adalah kerana penganjuran
Bersih kali ini telah berjaya mengetuk pintu hati mereka-mereka dalam golongan
kelas menengah ini.
Kita mesti akui di dalam sesebuah
negara, kelas menengahlah yang akan merasakan kebahagian atau keperitan hasil
daripada sesuatu dasar kerajaan dan perlaksanaannya. Negara yang stabil politiknya
seperti di England,
kelas menengahlah yang menjadi benteng kepada kestabilan keadaan politik negara
itu. Golongan ini merupakan lebih daripada 80% rakyat negara itu. Golongan
yang terkaya hanya melibatkan kurang dari 10% dan selebihnya daripada
golongan yang miskin dan berpendapatan rendah.
Ini pun tujuan dan matlamat
kewujudan DEB dahulu, iaitu untuk membina golongan kelas menengah yang besar
bagi mencapai matlamat kestabilan negara yang menjadi laluan untuk pencapaian
matlamat kita yang ‘ultimate’, iaitu perpaduan nasional. Pelaksanaan matlamat
ini pada awalnya telah mencapai kejayaan tetapi DEB itu sendiri telah diabaikan
sejak pertengahan 80-an, maka setelah hampir tiga dekad kita sedang
merasakan hangat radang hasil dari
terbantutnya pembinaan kelas menengah yang kuat dan jitu.
Setelah kerajaan melaksanakan
‘express projects’ yang raksaksa dengan cara runding terus pada zaman Mahathir,
kita telah melihat elemen rasuah dan mengamalkan ‘profiteering’ tanpa had. Maka
wujudlah satu kumpulan kecil yang istimewa yang telah mengambil kesempatan
untuk mengaut segala peluang dengan persetujuan pemimpin berkuasa yang juga
bersama-sama mengambil kesempatan untuk melonggokkan kekayaan yang menggunung
untuk keluarga masing-masing. Amalan itu berlanjutan sampai ke hari ini dan
tidak mungkin dapat dikawal lagi percambahannya.
Rasuah dan salahguna kuasa
berlarutan dan pimpinan kerajaan terlalu dipengaruhi oleh kumpulan kecil
‘warlords’ yang berpengaruh. Itulah sebabnya saya selalu katakan yang
pemimpin-pemimpin besar kita sekarang telah mengalami ketagih kepada amalan
rasuah yang besar-besar. Dasar untuk memberikan peluang yang ‘equitable’ kepada
rakyat sudah diabaikan buat selama-lamanya dan matlamat DEB untuk mencapai
tahap 30% kekayaan untuk bumiputra itu jatuh tersembam dan tidak akan
dapat dicapai sehingga bila-bila.
Dalam kegilaan membentuk kumpulan
kecil ‘warlords’ ini maka golongan menengahlah yang menjadi korban. Kesusahan
yang dialami oleh golongan menengah ini bukan kepalang teruknya. Golongan menengah
tidak mampu untuk mendapatkan peluang-peluang yang termampu oleh golongan kecil
yang kaya-raya ini dan mereka juga tidak layak untuk mendapatkan kemudahan
untuk golongan bawahan dengan rumah kos rendah dan keistimewaan yang lain.
'Pemberontakan' golongan menengah
ini terhadap pemerintah sudah jelas setelah mereka bersabar menunggu pembetulan
kepada dasar perlaksanaan kepada sistem ‘ultra-capitalist’ yang dibentuk serta
diwujudkan oleh dasar-dasar yang songsang dan tidak bermunafaat kepada rakyat
dan negara. Kerajaan hanya mendengar rintihan golongan ini dengan sambil lewa
sahaja dan mereka (pemimpin) berpendapat bahawa mereka boleh memulihkan rintihan
mereka dengan membeli perasaan mereka dengan BR1M sebanyak RM500 sahaja.
Di kalangan lebih dari 200,000
orang dalam perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu, adalah mereka yang kebanyakan telah
menerima BR1M RM500 itu. Mereka tahu mereka sedang dicuba oleh kerajaan BN
untuk membeli sokongan dan perasaan mereka dengan wang ringgit. Itu pun
kerajaan masih lagi belum sedar yang rakyat tidak lagi boleh dibeli dengan wang
ringgit. Pengumuman Muhyiddin dan Najib bahawa kerajaan akan sekali lagi
memberikan BR1M berjumlah seribu ringgit seorang tidak akan menambahbaikan
keadaan dan jika dianjurkan sekali lagi perhimpunan Bersih 4.0 nescaya lebih
dari 300,000 rakyat akan keluar beramai-ramai untuk menyokong Bersih.
Sesungguhnya rakyat mahukan
perubahan yang besar dan mutlak kali ini. Kejayaan terbesar ‘Bersih’ Sabtu lalu
ialah kejayaan mengumpulkan ratusan ribu rakyat berbilang kaum daripada
kumpulan kelas menengah dan telah berjaya menunjukkan penyatuan dan kebulatan
tekad untuk bersama-sama membawa perubahan terhadap kepimpinan negara yang
mereka anggap tidak lagi sesuai untuk memperjuangkan nasib masa depan mereka.
Mereka merupakan kumpulan yang
telah berputus asa untuk mengharapkan kerajaan hari ini untuk berubah kepada
kebaikan. Kalau tidak, masakan mereka sanggup berhadapan dengan kepayahan
menghadapi pihak polis yang tidak bertanggungjawab dengan mengadakan agen
‘provocateur’ di kalangan peserta perhimpunan itu untuk membolehkan pihaknya
(polis) bersikap dan bertindak tidak berperikemanusiaan terhadap mereka yang berhimpun secara
aman itu.
Jika SPR masih tidak
bertanggungjawab, tidak mustahil setengah juta manusia akan berkumpul sekali
lagi dalam perhimpunan Bersih 4.0 pula. DAN semolek-moleknya elok kerajaan
sekarang menyerahkan sahaja kuasa sementara kepada Yang diPertuan Agong untuk
membentuk kerajaan sementara bagi memulakan pentadbiran negara yang baru. Kita tidak dapat mengetahui apa yang akan berlaku jika rakyat dan kerajaan terus menerus bertembung seperti yang kita lihat pada hari ini.
Yang diPertuan Agong (dengan persetujuan
Majlis Raja-Raja) boleh memberikan kuasa untuk memulakan pentadbiran dan
politik baru kepada sesiapa yang Baginda berkenan, dan seelok-eloknya berikan kuasa menyususn semula negara ini kepada seseorang yang mempunyai 'magnanimity' yang tinggi. Selepas segala-galanya diperbaiki dan diperkuatkan barulah dipindahkan kembali kepada rakyat untuk melaksanakan demokrasi yang sempurna.
Pandangan ini, walaupun datangnya dari seorang anak kampung yang 'jembel' seperti saya, tetapi berikanlah perhatian untuk masa depan negara dan generasi kita yang akan datang.
Pandangan ini, walaupun datangnya dari seorang anak kampung yang 'jembel' seperti saya, tetapi berikanlah perhatian untuk masa depan negara dan generasi kita yang akan datang.
Aspan;
ReplyDeletemula-mula saya ingat lepas Bersih3.0 geraf Pakatan Rakyat akan naik dengan mendadak .. hampeh.. Saya pro Pakatan tapi bila saya lihat video arahan DSAI kepada Azmin untuk memulakan rusuhan, kaget pulak saya seketika...
Betul ke ni, ni bukan gambar superimpose, DSAI kata tadi dia arahkan "negotiate"..bukan mulakan rusuhan.. Hati kecil saya berkata, takkan nak kena kencing lagi.. Apa-apahal pesan kat DSAI, bersumpah ajalah, beliau dah tak da kredibiliti lagi.
Takkan satu lagi bukti video.. susah saya nak spin pada yang anti dengan saya ni..Macam-macam depa perli kat saya kerana mempertahankan Pakatan Rakyat.
Apalah nasib DSAI asyik kena kantoi aja..Buat apa-apa pun , kesemua tak menjadi.Hati kecil saya berkata, mungkin Allah tak menyebelahi Pakatan Rakyat .. kita kena terima hakikat ini.Kalau dah tak menyebelahi kita ni, apa signal Allah pada kita?
Anon 30 April 2012 22:39:00 GMT+08:00
ReplyDeleteUuuiiii...dahsyatnya video UMNO BN no ?. Yer laa..lagikan dalam lubang jubur Azizan dan Saiful tu pun depa boleh nampak apa saja kepunyaan Anwar, apa lagi main main syarat mulut dan tangan.
Elok la tuu..kalau hang memang penyokong PR dan Anwar, rasanya eloklah hang pi sokong UMNO BN. Rakyat macam hang ni memang sesuai join UMNO BN.
Yang video Anwar main cina doll berlambak keluaq lebih awal, tak pulak hang sibuk cakap nak keluaq PR dan pi sokong UMNO BN, tapi kerana bahasa mulut dan isyarat tangan tu, hang boleh berubah hati ?. Apa jenis penyokong PR hang ni???.
Tak payahlah nak main2 signal dan babitkan nama Allah dalam dalam hal macam ni. Yang Nabi Muhammad dan pejuang Islam kalah dalam beberapa peperangan dengan musuh Islam, adakah itu berarti Allah tak menyebelahi dan merestui perjuangan Muhammad ?. Lekehnya hang niii ! Warna biru hang ni tak boleh lindung laa..tok sah lah nak provok kat sini macam kerja SB di BERSIH 3.0 tu.
Anon 22.39 pm
ReplyDeleteAlhamdulillah, saudara telah mula sedar siapa Anwar sebenarnya.
Saya pernah menulis yang dia ni tak pernah jadi apa yang dibuat.
Nothing turned up right for him.
Simply because he's not got Allah's blessings.
Tuhan tahu dia tak ada niat murni untuk rakyat cuma nak jadi PM saja.
Pada mulanya saya amat marah melihat bagaimana anak melayu digunakan dalam Bersih untuk mencederakan orang dan merosakkan harta awam.
Tapi selepas melihat gambar kat TV dan juga U-tube, it's very clear Anwar dan Azmin adalah instigator who started the riot.
Mulai semalam Anwar has committed political suicide. It marks the demise of his political future.
Terima Kasih tak terhingga kepada Ambiga yang jelas nak membantunya dan memperlekehkan EC dan segala Malay institutions.
Tapi Allah tunjukkan sebaliknya kepada rakyat Malaysia yang masih percaya kepada Anwar.
Dalam sidang akhbar hari ini, kedua-dua mereka cuba menjawab tuduhan tapi mereka nampaknya contradict each other. Haha kantoi lagi.
You tengok tak di press conference there was a young Chinese who came to ask him why he hijacked the Bersih peaceful rally.
The guy said he was shocked that the sit in became rowdy because of his instigation.
Wah, Anwar nampak pucat lalu berkata: "This is a media conference. Let's be fair to the press." Huhu ya ke?
Budak tu disuruh keluar dengan diringi oleh orang-orangnya.
Jelas di sini a young guy was duped into believing that it was a rally for fair and clean elections.
Jelas dia, Anon dan beribu lagi rakyat Malaysia akan mengundi BN.
Najib menang tanpa berbuat apa-apa sebab Anwar dah menjalankan kerja kotor. LOL.
Salam tuan Aspan, Sebelum nasi menjadi bubur, haruslah sesuatu tindakan diambil bagi mengatasinya. Saya amat bersetuju dengan pendapat dan pandangan tuan itu. Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja2 perlu proaktif dalam hal ini. Janganlah sampai rakyat sendiri yang akan menjadi mangsa kerakusan pihak pemerintah untuk trus memerintah negara ini walaupun dengan mengambil jalan yang zalim keatas rakyat. Janganlah sampai hendaknya negara kita huruhara dek sikap pemimpin negara yang penuh dengan korup tetapi masih mahu kekalkan kuasanya.
ReplyDeleteAnon 8:00
ReplyDeleteJadilah insan yang punya jatidiri. Jangan malu nak mengaku hang sokong UMNO BARU. Menyokong dan mempunyai kecenderungan kepada mana-mana badan politik yang sah adalah hak asasi setiap warganegara yang dijamin oleh perlembagaan.
Mengapa nak main sembunyi-sembunyi macam la UMNO BARU ni pertubuhan bawah tanah. UMNO BARU adalah parti politik yang sah...xde orang marah pun kalau sokong. Tetapi yang orang bengang, jika orang itu bacul dan tak bermaruah.
Saudara Aspan,
ReplyDeletePandangan saudara yang sangat wajar ini seharusnya diberikan perhatian. Sangat benar!
syabas bersih 3.0,kerajaan jangan gadai maruah rakyat malaysia dengan penipuan pilihanraya..kejayaan bersih 3.0 akan membuat pemimpin tua bangka..mahadey jadi gial..kerana dia menjadi pemimpin dengan penipuan bermula pentandingan presiden umno melawan tunku razalie dulu..
ReplyDeleteTuan Aspan,
ReplyDeleteBolehkah rakyat setuju bila tuan menulis pihak polis yang tidak bertanggungjawab serta bersikap dan bertindak tidak berperikemanusiaan terhadap mereka yang berhimpun secara aman itu?
Khabarnya polis bertindak berlandaskan SOP.
http://biaqpila.blogspot.com/2012/05/subhanallahdemonstran-bersih-30.html
Dr Hsu yang mempunyai klinik di Pudu mempunyai banyak pertanyaan tentang BERSIH 3.0;
ReplyDeletehttp://hsudarren.wordpress.com/2012/04/30/yes-prime-minister-we-need-answers/
Kredibiliti SPR sudah tergugat. Apakah Astro masih boleh dipercayai?
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=yTGogMq9NZ0&feature=player_embedded
Salam Tuan AA,saya hairan kenapa puak-puak UMNO masih lagi menganggap bahawa semua masalah ini adalah disebabkan Anwar.Bebal benar dema Tuan AA.Beratus ribu pemuda dan pemudi kita dari segala bangsa dan lapisan umur turun tanpa ada paksaan atau sogokan mereka anggap terhasut atau keliru?Walhal itulah tonggak negara yang sanggup berjuang dan berkorban,berkorban maksud saya rela dibelasah dengan PDRM dan FRU yang memang cekap terlatih membelasah dan menangkap peserta yang cuma ingin duduk.Apalah sangat yang ganas mereka lakukan sedangkan tiada kecederaan parah atau serius pada mereka yang bertugas menjaga keselamatan rejim yang sedang takut kehilangan segala kemewahan dan kesenangan yang telah 54 tahun dikecapi.Jangan nanti ada yang membakar diri depan DBKL dan mana tahu kalau-kalau terus menyala api kemarahn rakyat atas segala kezaliman.Kalau QD ada buat penyelidikan dan menggunakan otak yang dianugerahkan ALLAH SWT pada dia,maka dia sebenarnya tahu siapakah sebenarnya punca segala masaalah ini.Tapi demi periuk nasi,Anwarlah jawapan mudah yang semua dalam UMNO nak dengar...Teruskan menipu diri anda sendiri dan Najib,QD.BTW kalau rajin QD,bacalah cerita dongeng karya Hans Christian Andersen yang terkenal tu,bertajuk The Emperor's New Cloth.Mungkin terbuka sikit minda anda tu.
ReplyDeleteSyair Bersih 3.0
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=lo2WuOLMg6w&feature=player_embedded
Rakyat perlu menyekat Umno-BN daripada terus menggubal undang-undang yang bertentangan dengan prinsip perlembagaan.
ReplyDeleteRakyat perlu pastikan tidak ada tempat untuk politik hipokrit dalam pembentukan Malaysia baru selepas PRU-13.
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan" Al-Maidah:8
Oleh kerana kain pelekat, janganlah orang melayu bersekongkol dengan kemungkaran.
ReplyDeleteOleh kerana menghargai beg, orang melayu begitu mudah lupa tentang kebatilan.
Oleh kerana sayang pada pelancongan percuma, orang melayu dibelenggu dengan sistem yang tidak adil.
Oleh kerana kopi dan teh dan kueh waktu kerja, ibadah dalam skop islam yang merangkupi kerja itu adalah ibadah telah terasing dari iman.
Oleh kerana Jumaat itu half day dan happy hour, orang melayu tak nak ubah pangkah.
Apakah sikap ini boleh membawa orang melayu menuju ke arah dunia yang semakin mencabar?
Malaysia kini terkenal dengan penipu.
ReplyDeleteSPR menipu. Rakyat ditipu. Pemimpin menipu. PKFZ menipu kabinet. PERWAJA menipu.
Ananda Krishnan 'wanted' kerana menipu.
Orang menipu seperti dari Nigeria banyak di Malaysia.
Ntah lah kalau Malaysia nanti terkenal pula dengan fitnah pulak.
En Aspan,
ReplyDeleteIni bukti Anwar Ibrahim punca keganasan dan rusuhan polis terhadap perhimpunan BERIH 3.0 !
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9987-poll-yahoo-polis-punca-keganasan
Polis Malaysia baik dan berhemah belaka. Majoriti rakyat bersetuju Anwar punca segalanya.
Jangan persoal kenapa polis memukul dan menyerang demonstran BERSIH serta para wartawan. Jangan persoal kenapa polis menangkap dan merampas serta merosakkan kamera dan video rakaman wartawan.
ReplyDeletePukul dan merampas begitu boleh saja. Hatta bunuh pun dibenarkan dalam kes kematian Altantuya. Jangan persoal tentang motif membunuh. Begitulah kata hakim berkenaan. Kaau dah hakim bercakap begitu..orng ramai pun jangan persoal motif polis pukul dan serang orang ramai dan wartawan.
Malaysia BOLEH ! BOLEH LINGKUP di bawah UMNO BN ! Sokong..jangan tak sokong pencacai pencacai UMNO BN oii !
Pak Aspan dan pembaca sekalian,
ReplyDeleteDi minta sangat agar pihak pimpinan BERSIH serta semua pimpinan parti pembangkang serta segala NGO yang prihatin di Malaysia bersatu terus untuk gerakkan BERSIH 4.0 dalam masa terdekat sekiranya semua 8 tuntutan utama BERSIH kearah pilihanraya yang adil dan bebas tidak menampakkan tanda tanda untuk dipenuhi.
Dimohon semua pimpinan utama parti dan NGO terlibat harus memulakan usaha ini mulai sekarang dan memberi tempoh yang rasional kepada pemerintah dan SPR untuk laksanakan semua tuntutan yang rasional dan wajar ini. Tetapkan tempoh masa tuntutan ini sejelas jelasnya. Tetapkan juga masa yang jelas untuk perhimpunan BERSIH 4.0 yang lebih mega dan besar.
Kerajaan UMNO BN dan SPR sendiri nampaknya berdolak dalih dan langsung tidak prihatin dengan tuntutan dan desakan rakyat malah memutar belit kata kata. UMNO BN dan SPR memeperkecil dan menghina rakyat sebenarnya. Maka wajar seluruh negara dibangkitkan untuk sebuah gerakan massa yang lebih besar dan bersepadu melalui BERSIH 4.0.
Bukan lagi masanya untuk kita berlengah dan membiarkan hasrat murni warga Malaysia yang cintakan keadilan diperlekehkan berterusan oleh regim pemerintah dan aparat mereka yang ada sekarang. Tekadkan hati dan bersedialah untuk gerakan massa yang lebih dahsyat. Mohon pimpinan PR dan NGO khususnya BERSIH memulakan gerakan ini dari sekarang.
Salam Tuan,
ReplyDeleteRujuk : http://www.mobtv.my/current_affairs-1301.html
Pada minit 23:54, nak sebut salam penutup pun bercelaru.
Kalau sudah menyusahkan RAKYAT MALAYSIA, nampak sangat PM kita gugup masa ceramah tentang gaji minima.
Hati tidak tenang kerana lari dari prinsip Quran.
Ha .... sudah dasar BN penipu. Sudahlah tipu, buat kerja samseng pulak, kerana hendak kekal berkuasa. Ini semua ajaran APCO.
ReplyDeleteRefer : http://penarikbeca.blogspot.com/2012/04/seronoknya-tengok-umno-jadi-gila.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+penarikbeca+%28%7Epenarik+beca%29
Kita harap Bersih committee in future look into this matter carefully.
Tuan AA,
ReplyDeleteRasanya susah nak terlaksana saranan tuan itu, umpama minta tolong perompak menangkap pencuri aje bunyinya
Pakya
salam tuan aa,
ReplyDeletesaya cuma nak kongsikan video keganasan polis yg membuat saya benar-benar merasa malu kerana polis yg berkelakuan ala gangster ini sebangsa dan seagama dgn saya. kita sudah wajib menukar kerajaan yg ada ini demi mengembalikan maruah polis yg benar-benar sudah terjejas ini. hanya dgn pertukaran kerajaan saja yg boleh memperbaiki badan-badan kerajaan yg sudah rosak diperkudakan oleh gangster-gangster berlesen dlm umno.
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2012/05/gelagat-polis-utk-tatapan-seluruh.html
Anon 30 April 2012 22:39:00 GMT+08:00 dan yg. sewaktu dgnnya,
ReplyDelete"Signal" Allah amat 'terang & senang' bagi org2 yg ber'ilmu (dlm ertikata "alif", "lam" & "mim" seperti "alim" & "ulama" yg tidak semestinya memakai serban dua kilo, tetapi merangkumi segala cerdik pandai termasuk Einstien, Hawkins & Dawkins) iaitu -
~ Follow the Message, not the Messenger. ~
Kebanyakan org2 yg jahil, jumud atau kurang berilmu atau yg. menyangka dirinya berilmu lebih cenderung memuji atau mencaci posmen daripada mengkaji pesanan yg. dibawanya.
~ The medium is destructible, but the message is immutable. ~
Jadi kepada yg taksub kpd Mahathir, Najib dll. dan yg. benci pada Anwar, Ambiga dll. perlu beringat bahawa kesemuanya adalah posmen2 belaka atau 'medium' yg. tidak kekal; yg PENTING ialah mesej yg mereka bawa selama ini.
"Allah is Most Just" & "Allah is most swift of Reckoner"
Yg dimaksudkan Allah Maha Adil ialah segala kejadianNya berada dalam keadaan seimbang ("Equilibrium") seperti dacing BN gitu; jadi segala tindakan akan memberi balasan ("Action & Reaction") demi mengimbangi setiap kejadianNya - hisab Allah itu TUNAI.
Sekiranya kita menjunjung kebatilan, kita ditimpa kesusahan. Rakyat sokong perasuah, maka rakyat dapat susah. Tak perlu nak tunggu perasuah2 kena siksa di Alam maut nanti - kerana yg. kena siksa sekarang ialah penyokong rasuah. Ini HakikatNya - Allah Maha Adil.
"Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum sekiranya mereka tidak merubahnya sendiri."
~ Loud Despair
Ya, dalam hal yang serius sebegini, adalah afdal bagi Raja-raja kita dan DYMM Agung mula mengambil berat terhadap permintaan dan hak rakyat untuk mendapatkan ketelusan dalam sistem pengundian kita,.
ReplyDeleteWalaupun Raja-Raja kita tiada mempunyai kuasa eksekutif yang luas, namun kedudukan mereka amat penting dan termaktub dalam perlembagaan kita.
Raja-Raja kita perlulah mula memainkan peranan mereka demi menunjukkan keprihatinan mereka dalam membela hak-hak asasi rakyat.
Kalau sistem permerintah itu adil, tak usak rakyat berbilang kaum turun padang. kakaka!! What's is the point of debating about Anwar? "Otak Udang". Orang UMNO, tak pandai mahu hujah!!!
ReplyDelete"Mahathir kata, yang pandai menyertai PAS, yang bijak menyertai PKR dan yang pintar menyertai DAP"
Itu benar, hahahaha!!!!!
anon 10:28
ReplyDeleteJangan lupa pasal rang undang yang baru diluluskan dengan begitu pantas yang membenarkan zon pengecualian di luar pusat mengundi diperluaskan dari 50 meter kepada 100 meter.
Begitu juga dengan rang undang yang tidak membenarkan mana-mana ejen atau calon pilihanraya berada dalam bilik mengundi.
Rang undang tersebut secara langsung hanya memberi kepercayaan 100 peratus kepada SPR.
Ini bermakna SPR boleh bersubahat dengan Umno BN membenarkan pengundi yang mempunyai dakwat kekal dapat mengundi berulang kali dalam satu hari!
Tujuan perhimpunan BERSIH 3.0 adalah kerana SPR sudah tidak boleh dipercayai lagi.
Maka, SPR tidak layak untuk kendali PRU yang akan datang.
Rakyat BANTAH penipuan yang telah dan akan berlaku sekiranya SPR dibenarkan mengendali PRU yang akan datang.
Ha ha ha..
ReplyDeleteAok QD nih..masih lagi dok berangan Si Nuar tu jadi PM..usak membobok ler QD...jaman Nuar jadi PM dah berlalu..dah tak releven lagi dah..aok percaya ke DAP dan PAS bersetuju Nuar jadi PM..pemimpin Pencen..ha ha ha..
Baik bagi pak cik AA jadi PM ..lagi bagus ..ha ha ha..
BDW..isu siapa PM tu tak penting ..TETAPI yang penting BN bungkus, let Party Leader know about People Power..UMNO screwed 100%..why we still bagging them to lead..ha ha ha.satu Kerja Gila!!!
Lambat laun satu negara kena Jual ...ha ha ha..
TERKINI:
ReplyDeleteThe British Broadcasting Corporation (BBC) has "strongly condemned" Malaysian censors, claiming their coverage of Saturday's Bersih 3.0 protest had been clipped on local operator Astro.
"We would strongly condemn any blocking of the trusted news that we broadcast around the world including via distribution partners," a BBC spokesman in a statement emailed to The Malaysian Insider.
The British public service broadcaster added that it was making "urgent enquiries" to Astro to seek its reasons for censoring its two-minute coverage of the violent protest.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bbc-flays-local-censors-for-slashing-bersih-coverage/
Sir,
ReplyDeleteIf RTM or TV3 stooges, it's okay if they play cow.
But, ASTRO is paid cable. It must understand that not all subscribers are cows to UMNO.
Maybe it's time for all Bersih supporters to give first warning to ASTRO to be fair and square. or else their business will be in jeopardy.
We pay for fair news not edited news.
Saudara AA,
ReplyDeleteMamak Kutty pula komen apa salahnya jika ketua dan timbalan SPR adlah ahli UMNO. Otaknya memang dah rosak!
Bangang betul!
KERETA POLIS LANGGAR ORANG,PANDANGAN DARI DEPAN
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=K-Jb9k_iNOE
Bukti samseng dalam kedai makan
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=lNBEtgbVs_4
saya setuju Anwar menjadi punca banyak hal. itu sebab saya tak setuju anwar dijatuhkan secara kotor oleh Mahathir. Anwar akan buat apa sahaja demi politik dia dan saya bersyukur anwar jatuh kerana kerana Anwar lah banyak rakyat dapat untung kalau tidak UMNO pandang rakyat macam HAMPEH.
ReplyDeleteAnon 1 May 2012 12:25:00 GMT+08:00,
ReplyDelete~ Mana2 golongan yg. menyembah sesama manusia selain Allah, adalah golongan yg dilaknatiNya. Ini adalah hakikatNya. ~
Sejak bila Raja2 tidak berjiwa rakyat? Jawabnya - Semenjak Raja2 berkecimpung dalam bisnes.
Kalau kita fikir2kan dgn ikhlas tentang kisah Lynas; Apakah pendirian & ketentuan Raja yg disanjung & 'berjiwa rakyat'? Tidak sayang ke baginda pada negeri & rakyat yg. terancam dgn gejala radioaktif yg. mana negara asal Australia sebesar2 benua pun tak mahukan kilang Lynas disana? Malah dgn adanya kilang Lynas maka pelabur2 lain pun tak ingin & takut melabur di Pahang.
Orang2 Melayu yg. berjiwa hamba [selain kpd Allah] sejak azali tidak mempunyai apa2 hak kerana hak mereka telah mereka serahkan kpd raja2 (yg ehem, 'berjiwa rakyat') yg. berkiblat kpd bisnes2 yg dikawal selia oleh UMNO.
~ Loud Despair
QD,
ReplyDeleteUsah lah nak jadi jembalang kat blog pak pan ne...
Org dah meluat dgn topeng ko tu..
Tak yah lah nak kutuk2 anuar kat sini.
Pegi je jilat jubo madey lg sedap kan.
Org pandai akan nampak lebih tolol dari org bodoh kalau asyik ingat jubo sendiri lebih cantik dari jubo orang lain.
Kasian kat ko.. hidup tak sesen berguna kat rakyat.. mati..lg menyusahkan org idup.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteSalam Anon 1 May 08:01:00
Dr Hsu itu memang ikhlas orangnya, seorang dr yang sgt prihatin, bersikap sederhana, berjiwa halus, kalau ada sesiapa minta nasihatnya tentang pengajian perubatan, dia sanggup beri nasihat terperinci melalui blog seperti seorang abah yang pengasih. Dia memang sayang rakyat Malaysia yang berbilang kaum, tidak plan pun nak immigrate, katanya dia dah beli burial plots pun.
Kalau Dr. Darren Hsu tanya, mesti untuk mempertahankan rakyat. Kalau Tuan Aspan & Sak kenalnya, memang bagus.
Terima kasih, Tuan Aspan & Anon.
Ibni Ismail,
ReplyDeleteItu pandangan sdr. Tetpi pandangan ramai amat susah bagi BN untuk mempertahankan diri. Takpa lah, kita sama-sama lihat nanti. The problems of BN is written everywhere on the wall.
ibnu arab