Saya telah memberikan pandangan
peribadi dalam dua posting saya yang lalu. Saya memberikan pandangan yang agak
berlainan dan tujuan saya memberikan pandangan itu ialah untuk kita kembali
memulakan sistem politik dan siasah yang baru asalkan sahaja berdasarkan kepada
perlembagaan yang ada pada hari ini. Matlamat yang saya fikirkan itu ialah untuk
kita sebenar-benarnya menuju kepada sebuah negara yang bersatu dan integrasi
nasional yang sebenarnya.
Kalau kita asaskan kepada cara
dan kaedah yang dilakukan oleh pimpinan kita yang berbilang kaum dahulu, tidak
nampak oleh saya masalah jika ia dimulakan sekali lagi untuk matlamat yang baik
untuk rakyat dan negara itu. Dalam usaha untuk menyempurnakan usaha pencapaian
kemerdekaan kita dahulu, semua bangsa dan kaum telah duduk dimeja perundingan
yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman.
Jika kita masih ingat perundingan
diantara rakyat berbilang kaum diadakan melalui pemimpin berbilang kaum bagi
membulatkan tekad dan pemikiran semua rakyat berbilang kaum untuk bersatu untuk
menuju kearah kemerdekaan negara sehingga kita mencapai kemerdekaan. Kebulatan
muafakat diantara rakyat berbilang kaum semasa itu meletakkan Inggeris dalam
keadaan terpaksa memberikan kemerdekaan kepada negara dengan sistem yang kita
ada pada hari ini.
Kita telah berjaya setakat ini
dengan kerjasama siasah diantara semua kaum. Orang Melayu telah bergabung
dibawah UMNO, orang Cina dibawah MCA, dan India dibawah naungan MIC.
Kongregasi ini telah berjaya mendapatkan mandat dari rakyat untuk bersatu dan
akhirnya kita mencapai kemerdekaan dan seterus mengisi kemerdekaan itu dengan
jayanya sejak dari waktu itu. Kita bersatu diantara kaum untuk membina negara
dengan semangat penyatuan yang sentiasa dibajai oleh semua pihak terutamanya
kepimpinan parti-parti yang berada di dalam Perikatan dan selepas itu Barisan
Nasional.
Kali ini orang Melayu telah
berpecah belah kerana dibelahkan oleh pemimpin-pemimpin yang berkepentingan
peribadi. Kaum Cina nampaknya boleh diwakili oleh Lim Kit Siang dan orang India boleh diwakili oleh sesiapa
yang dihormati oleh kaum itu. Orang Melayu boleh diwakili oleh sesiapa yang
mampu mendapat penghormatan dari kaum Melayu serta berpengalaman dalam
pentadbiran dan politik negara.
Penyatuan yang telah berjaya dilakukan
oleh YTM Tunku dahulu telah membentuk ketinggian semangat kesatuan dan kita
telah melihat bangsa dan negara terjamin keselamatannya, terisi kemerdekaannya
dan akhirnya bertujuan untuk mencapai matlamat perpaduan nasional itu. Semua
pihak berniat yang satu, iaitu menjaga keharmonian semua rakyat berbilang kaum
dengan peruntukkan-peruntukkan yang tegas yang tertulis dan perlembagaan
persekutuan kita ini.
Namun waktu dan keadaan telah
berubah, mungkin oleh kerana timbulnya pimpinan yang tidak setia kepada matlamat
negara iaitu untuk mencapai keharmonian kaum itu. Oleh kerana kepentingan
peribadi setengah pimpinan, maka rakyat semua kaum yang muhibbah kehidupan
mereka telah mula berpecah dan sentimen perkauman kembali menjadi isu besar
dalam politik negara pada hari ini. Isu perkauman yang telah kembali menebal
ini amat merbahayakan negara dan kita amat khuatir jika keadaan ini tidak
terbendung ia akan menjadi barah kepada negara ini.
Pihak-pihak yang berkepentingan
peribadi dan kepartian telah memainkan sentimen perkauman ini dan ia amat
membimbangkan sesiapa yang berfikir tentang masa depan negara dan generasi
mereka yang akan datang. Pihak-pihak yang berkepentingan ini telah membawa dan
memperkenalkan berbagai slogan yang hanya untuk mengaburi mata dan hati orang
ramai, sedangkan tindakan mereka ini hanya berkepentingan politik dan kepartian
semata-mata.
Tidak usah disebut di sini lebih
dari itu kerana blog ini telah menulis segala-galanya sejak bertahun-tahun yang
lalu, tetapi cukup jika kita katakan yang politik negara kita tidak mungkin
mampu dipulihkan lagi selagi barisan kepimpinan UMNO yang ada pada hari ini
masih berkuasa dan menguasai segala-galanya. Ia sudah cukup untuk kita mencari
jalan penyelesaian secara ‘unorthodox’ yang mungkin belum terfikir oleh banyak
orang.
Jika begini keadaan seperti yang
kita alami sekarang, tidak mungkin akan dapat membawa penyelesaian melalui
pilihanraya kerana badan yang menguruskan hal ehwal pilihanraya tidak telus dan
tidak ‘professional’ dari atas sehingga ke-bawah-bawah.
Semua institusi demokrasi
dinegara ini telah menjadi alat permainan mereka yang berkuasa dan
institusi-institusi ini tidak lagi berperanan untuk menjaga kepentingan rakyat
dan negara tetapi hanya menjadi alat untuk kepentingan kumpulan yang berkuasa
semata-mata.
Jika pentadbiran sementara dapat
diwujudkan maka pentadbiran ini boleh membetulkan semua institusi-institusi
yang sudah tercemar ini kembali kepada fungsi dan tanggungjawab yang sebenarnya
terhadap negara dan rakyat.
Setelah semuanya diperbetulkan
maka kita kembalikan kepada rakyat untuk mencari kerajaan yang dipilih oleh
rakyat secara demokrasi yang sebenarnya. Barulah kita mempunyai kepimpinan
negara yang ‘legitimate’ seperti yang dikehendaki oleh rakyat dan demokrasi itu
sendiri.
Tuan,
ReplyDeletePersoalannya ialah samada kerajaan Umno BN rela melepaskan tampok kuasa yang telah sebati dengan mereka selama 54 tahun kepada pentadbiran sementara diwujudkan?
Cantiknya tuan bertulis kali ini menyatakan bahawa setelah semuanya telah diperbetulkan maka dikembalikan kepada rakyat.
Kenyataan tuan nampak lebih kepada satu angan-angan saja.
Tak kan tuan tak kenal Umno? Budaya Umno ramai sudah kenal. Masih ada kredibiliti lagi untuk menyerahkan kuasa kepada pentadbiran sementara?
Kalau undi untuk menangkan kuasa boleh dilakukan dengan penipuan, masakan Umno boleh lepaskan kuasa saja untuk satu pentadbiran sementara untuk memulihkan keadaan?
Salam Tuan,
ReplyDeleteUMNO main taik. Macam polis rahsia di Mesir bawah regim Mubarak.
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/574991_442447959106118_186756544675262_1870979_678734608_n.jpg
Taktik UMNO membuat provokasi untuk perangkap PR dan Bersih 3.0.
Tapi RAKYAT MALAYSIA tidak sebodoh itu.
Saudara Aspan, Saya begitu tidak bersetuju pada awalnya untuk saudara menyertai DAP. Setelah membaca buah fikiran sdr, saya sekarang bertukar pendirian untuk menyokong sdr.
ReplyDeleteTetapi sdr, adakah DAP jujur untuk saudara> kalau DAP jujur kami akan membantu DAP kali ini dan terus memberikan sepenuh sokongan. Lain-lain perkataan kami KIV dulu sokongan sehingga nampak kejujuran mereka. Saya ikhlas bercakap.
sulaiman man seremban 2
As Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteBukankah suara rakyat itu suara keramat?
Hari ini, pembangkang mempunyai bukti tentang penipuan yang dilakukan oleh SPR yang memihak kepada Umno BN.
Pembangkang tahu kalau hanya berharapkan kepada undi, kemungkinan besar pembangkang akan kalah kerana unsur penipuan yang dihalalkan oleh SPR.
Maka, pembangkang harus tegas dalam hal ini.
Beritahu kepada SPR bahawa perundingan telah dilakukan. Perhimpunan telah dilakukan. Kalau SPR masih degil, maka pembangkang harus kendalikan perhimpunan Bersih 4.0
Kali ini suruh rakyat Malaysia berkumpul di jalanraya KL menuju ke Dataran Merdeka.
Beritahu rakyat membawa kayu, topeng gas, baju kalis air kimia dan berarak secara aman.
Beritahu polis, kalau mereka mengacau, rakyat mempunyai hak untuk membela diri sendiri.
Bagi satu tempoh katakan dari 2pm ke 5pm. Setelah 5pm semua kena bersurai.
Macam ini barulah ada tekanan!
You value the constitution. You upholds rules and regulations. You want a renewal in the running of the country if Pakatan comes to power.
ReplyDeleteI am sorry, that's not gonna happen. Judging by yesterday's Bersih riot, the wanna be PM and his blue-eyed boy provoked the highly-charged crowd to dismantle the Dataran Merdeka barricade.
Is that a leader who can effect changes when he himself taught his followers to be kurang ajar?
I am sorry for Malaysia if we have a leader who loves revolt and backed by Taliban style street marauders.
BTW tonight, Nik Aziz admitted he gave pocket money to his people to attend the rally. I salute him because he is honest and not in denial as Keadilan MAHA AGONG.
Tok Guru kata tak salah kasi duit kalau orang nak.
Jadi tak salah juga beri RM500 BRMI since the rakyat want and need it.
Ini rasional budak2, biasalah bukannya pandai tapi nak tunjuk pandai, membandingkan pemberian nik aziz dgn pemberian najib hanya menunjukkan sifat yg tolol oleh quiet despair.
ReplyDeleteAsslamualaikum Sdr Aspan dan Pelayar Blogger;
ReplyDeleteApa yang dikatakan oleh Sdr bolehlah dikatakan senang cakap dari buat, kerana mereka yang berkuasa sekarang tidak nampak akan memberi laluan, sebab selama ini mereka mengatakan apa yang mereka lakukan adalah betul dan baik untuk raakyat.
Perubahan minda pemimpin pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pematuhan undang2, keselamatan, kesihatan,malah pentadbiran awam perlu bagi membolehkan demokrasi berjalan.
Pemimpin dikalangan organisasi ini perlu mengambil jalan berkecuali dalam melaksanakan tugas dan mematuhi arahan.
Hindarkan niat untuk mengampu bagi tujuan mendapat habuan baik dari segi fizikal atau material.
Semangat tidak kira siapa yang memerintah saya tetap berkhidmat untuk rakyat perlu ditanam semula kepada pemimpin2 ini. Sikap penakut dan pilihkaseh perlu dihapuskan.
Jika ini dapat diterap dan dipraktikan oleh pemimpin2 organisasi ini dan seterusnya dapat diterap kepada pekerja bawahan, perlaksanaan kerja(walaupun dirangka oleh kuasa exekutif/pemerentah) dapat dilaksanakan dengan mudah dan tidak menginaya rakyat.
Mana2 ketua organisasi yang lebih sudu dari kuah perlulah dihapuskan segera agar ia tidak menjadi barah dalam perkhidmatan rakyat.
Dengan ini saya berharap ketua2 organisasi yang ada sekarang dapat melihat balik kuasa, arahan dan perlaksanaan, yangmana boleh di ikut atau sebaliknya.
Janganlah takut jika mereka yang mempunyai kuasa exekutif membuat salah/seleweng untuk mengambil tindakan, walaupun terletaknya tuan2 adalah atas persetujuan mereka.
Takutlah akan kuasa ALLAH yang menghisab kita atas menjalankan amanah yang telah diberi dan natijah kepada setiap rakyat yang terinaya.
Janganlah malu kepada manusia yang ada kuasa terhad dan bersifat sementara. Janganlah atas sikap dan tindakan kita yang kurang cerdik ramai hamba ALLAH terniaya. Baca dan hayatilah bidang kuasa yang telah tertulis dan laksanalah tanpa pengaruh dan mempengaruhi. Jangan ambil sikap pengecut, walaupun tahu apa yang dilakukan salah tetapi hanya membisu, tanpa membuat teguran atau membetulkan dan kadangkala ada yang memberi sokongan... teruk kita nanti nak menjawab dihadapan ALLAH AZAWAJALLA.
Ingatlah pesan mak bapak kita semasa membesarkan kita, pesan guru kita, orang2 yang lebih tua dan sahabat-handai kita selama kita hidup dam menjadi Khalifah di bumi ALLAH ini.
Saya rasa taklah susah sangat nak melaksanakan amanah, jika selama ini terlupa..., nah sekarang saya ingatkan...Jangan atas ketidak cerdikan, tamak-haloba, mengejar pangkat dan nama, bersengkokol dengan gulungan tersebut yg menjadikan jenerasi akan datang terseksa dan dinafikan hak mereka. WSLM.. Myi
Sir, the link posted https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/574991_442447959106118_186756544675262_1870979_678734608_n.jpg
ReplyDeleteis very disturbing where Polis using provocateur and whack their own colleague and eventually blame on bersih and PR. I am really hope Sir can help to give pressure to the PDRM to investigate this case. How are we going to trust the PDRM in this case.
My dear QD,
ReplyDeleteA revolution is a fundamental change in power or organizational structures that takes place in a relatively short period of time.
Aristotle described two types of political revolution:
Complete change from one constitution to another
Modification of an existing constitution.
Revolutions have occurred through human history and vary widely in terms of methods, duration, and motivating ideology. Their results include major changes in culture, economy, and socio-political institutions.
Dear Bryan,
ReplyDeleteYou and the rakyat knew the meaning of disturbing. Actually you also felt it, too.
Now, what are you going to do about that. Just despair quietly like some of them and continue posting your frustration into words?
Or, are you seeking the roots to your frustration and pulling them out and burn the rotten roots?
Action speaks louder than words.
QD my dear,
ReplyDeleteIn addition to my earlier comment, do you know that the recent Egyptians aren’t demonstrating for an Islamic government any more than the Tunisians were?
They’re actually demonstrating for an honest government – one that will improve education and infrastructure, reduce poverty and inflation, end the Emergency Law, stop torturing people in police stations, stop doing the bidding of the US and Israel in Palestine, stop rigging elections, and, above all, stop lying to them.
QD darling,
ReplyDeleteWhat do we have here?
Are the rakyat demonstrating? No, they are not. They have not reached the level of demonstrating yet.
Instead, the rakyat continues getting the beatings and what not!
Dear Quiet Despair,
ReplyDeleteI read your comment carefully and everytime, too. I hope you will not mind if I address you as QD.
QD, fear is the most powerful enemy of reason. Both fear and reason are essential to human survival,
but the relationship between them is unbalanced.
Reason may sometimes dissipate fear, but fear frequently shuts down reason.
No passion so effectually robs the mind of all its powers of acting and reasoning as fear.
Fear can trigger the temptation to surrender freedom to a demagogue
promising strength and security in return. And this is what BN is playing all this while.
QD,
ReplyDeleteEveryone knows that BN cultivates a politics of fear. Citizens are infantilized, becoming politically and socially paralyzed, overwhelmed, disempowered, and incapable of holding political leaders accountable to high ethical standards.
Therefore, there is an urgent
need to develop more realistic assessments of the primary source of threat for the rakyat.
as salam, saya hadir sek yg terdiri dr semua kaum diMSIA pd awal 60an dan 70an. Berkerja dlmm suasana yg sama juga. Rasanya rakanx hidup harmoni, apabila hari perayaan, kami ramaix akan ke rumah masing,masa sek ren dan men kami berjanji satu tempat dan beramai pergi rumah rakan satu rumah kesatu rumah yg lain. Utk rumah yg bukan muslim, uncle n aunty siapkan special utk kami yg muslim.telah bkerja pun begitu juga layanan yg kami terima. Kenapa sekarang kerana masa Dr Mahathir jadi PM, kursus TATANEGARA di perkenalkan, khas utk org melayu n warga kerajaan, PAK ASPAN lebeh mgetahui apa yg kursus ini ingin di tanam dlm minda kita org melayu. Terima kaseh
ReplyDeleteGuys, wake up la! Wahai rakyat, tahukah satu trak Cannon Water boleh muat berapa banyak air kimia?
ReplyDeletePaling lama 3 minit. Kemudian muatannya HABIS!
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=vinuli3mgnw
Begitu juga dengan asap gas. Kanister kecil saja. Asap yang lebih. Tahan? 3 Minit saja.
Guna akal, guys!
TERKINI :
ReplyDeletePresiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil.
"Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima.
"Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Baca lAagi: http://www.sinarharian.com.my/nasional/amaran-pas-bersih-4-0-jika-tolak-tuntutan-1.44082
Dear Rakyat,
ReplyDeleteLook at what the BN did! Try to feel the pain of those who were punched, kicked and beaten before being dragged off to some detention center.
THINK:
ReplyDeleteDo you want your country to have more NFC (National Feedlot Centre), more PKFZ (Port Klang Free Zone), another Altantuya maybe, another Teoh Beng Hock, A Kugan and many more financial abuses?
Or to have a Petronas unaccountable to the rakyat, an EPF used for purposes other than the one that matters, a toothless Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and a Defence Ministry riddled with money-making debacles?
What about having ministers with questionable ethics and morals, a prime minister still to clear his name over Altantuya and explain the abuses during his years as defence minister, a deputy prime minister who is a Malay first, and a keris unsheathed to warn non-Malays who ruled the country?
Can you still tolerate having cronies getting rich on the proceeds of criminality by those in power, Persaka and Ibrahim Ali, a tainted judiciary, an attorney-general whose loyalty is questionable, a corrupt police force, a royalty that does not understand the need to stay out of politics or matters that do not concern them?
Good day to you Tuan Aspan and to all readers too,
ReplyDeleteForensic post mortem of 428.
A. The Questions
A.1 Why did the police not instantly nab the few who broke through the barricade and thereby nip the attempt in the bud, then issue a stern warning to stop others from advancing? After all, the FRU personnel keeping guard were many.
A.2 Why were the police so trigger-happy and straight away shot tear gas into the crowd? Some people were hit by the canisters. Worse, if there had been a stampede, people could have died. Were the police behaving responsibly?
A.3 Why did the police shoot tear gas from the non-barricaded areas in Jalan Pudu and Petaling Street as well? People were already dispersing and going home.
A.4 Why was the police retaliation so vicious? Why did they become aggressors? Looking at the videos taken of some of the arrests they subsequently made, one can see how vindictively they beat up their quarry, beyond the bounds of decency.
B. Probable Answers
B.1 Perhaps it was the provocation of the tear gas and water cannons that riled the protestors into behaving like monsters.
B.2 Perhaps they were not real Bersih supporters, merely people out to make mischief whenever they saw an opportunity.
B.3 Perhaps they were hired thugs. Nonetheless, the police should have acted with restraint.
C. CONCLUSION
I’m inclined to suspect that the people who resorted to violence were hired thugs.
I have heard that Home Minister Kerismuddin is not smart especially when he was caught on camera in a press conference with the cow head protesters saying silly things trying to justify the rowdiness and the stepping on the cow head by those protesters.
ReplyDeleteI was actually shocked to learn that Kerismuddin admitted the seizure of journalists (and manhandling) is police standard operating procedure!
How can a lawyer and Home Minister admit that and put the police in scorn?
My darling Anons
ReplyDeleteYour points duly noted. But my friends remember there is the silent majority like me and other everyday people.
We believe in voicing our voice via the ballot boxes. Not through rampaging and shouting in the streets.
Anyways, I must congrats Anwar for managing to show the BN's alleged cruelty trough police brutality.
That's what he wanted and he got it. It's got nothing to do with free and fair elections.
What Malay leaders and Malay institutions have he not destroyed in wanting to be PM.
EC, MACC, Police, courts and Government officials are all his target of hatred.
But the sad fact is these are the people he will have to depend on if he is in power.
But these people will not be voting for him and he will lose big.
To QD,
ReplyDelete"It's got nothing to do with free and fair elections."
So you think is's got nothing to do with free and fair elections??? How much lower will your mind go, you prejudiced bigot?
--ziggy
To QD,30 April 2012 11:35:00 GMT+08:00
ReplyDeleteSilent Majority ? Thousands in the streets are RAKYAT MALAYSIA. Each of these Bersih Supporters have families who are not there, plus relatives. These network of support from behind come to millions.
RAKYAT MALAYSIA are not stupid. Common .... RTM, TV3 are just nasi lemak basi. Edit sana edit sini. Tak ada standardlah. Buat malu dunia kewartawanan sahaja. Macam TV Korea Utara saja.
QD, when President Mubarak Eygpt held election, almost every election he won 99.99% ... just imagine through ballot boxes !!! So, do you think where are the silent majority? Is this real democrasy? Through ballot boxes??
Are the people millions through the street at Tharir Square SILENT MAJORITY????
It's nothing to do with ballot boxes. It's about EC intgerity.
Well what do you think when Election Committee chairman is UMNO member? Siang siang kantoi.
What do you think soccer match between Malaysia and Thailand, while the Refree is a Thai? Do you believe with this Refree? Do you think Malaysian supporters just duduk diam stadium macam batu??? Budak Tahun 3 sekolah rendah pun tahu ini tidak betul.
I think in this 21st Century, with advance IT technologies, advanced poltical system, we still think just like stone age it's a pity.
I fell very sorry for that.
My dear darling QD,
ReplyDeleteDon't you despair silently. The silent majority actually need more brave people to be around because the minds of the majority have been conditioned to be silent.
It is wrong to be silenced when God have provided you with a mouth. Many only use the mouth to eat and that is why we have so much corruptions!
It is because of the silent majority, the mosques have lost their independence and sermons rarely cover immediate community issues. Nowadays, Friday sermons have to be sanctioned by the religious authority and are a euphemism for Umno political speeches.
It is because of the silent majority, we have now what we called the bastardization of the NEP.
It is because of the silent majority, corruption was not controlled and cronyism could not be eliminated.
The “silent majority” needs to step forward and be more politically active.
ReplyDeleteThe silent majority must want to change the country and believe that they can do it.
The rakyat must hold the BN accountable in terms of what they says and the policy outcomes.
BN must also acknowledge that it is insufficient to keep apologising for their shortcomings.
Accountability contributes to the quality of governance in the country.
Dear CSI Kuala Lumpur,
ReplyDeleteThe fact is that the gathering is to sit and object the fraud of SPR.
Everyone gathers to sit down at Dataran Merdeka.
Why is the police so against the Rakyat? The crowd is already there. Why intimidate the crowd with uniform personnels?
Eventually the crowd is there to occupy Dataran Merdeka, and that is the goal of the gathering. So, why the barricade?
The police are just waiting for someone to break the barricade so that they can attack the crowd without mercy.
Instead the police give us the crap that because the barricade has been broken, therefore they have to attack the rakyat.
It is already a known fact that the venue is Dataran Merdeka. By hook or by crook, the rakyat is gonna occupy Dataran Merdeka.
So, don't just swallow the bullsh*t they are trying to shaft into the rakyat throat because they already knew and I also agree with your conclusion.
In the first place, is the Rakyat the enemy of the state?
SPR wujudkan pelbagai undang undang baru bertujuan untuk memastikan united malays national organisation menang.
ReplyDeleteSPR tidak mahu lupuskan pengundi hantu.
SPR tidak mahu gunakan dakwat kekal.
SPR tak beri pekerja parti pereksa kad pengenalan.
SPR tak mahu panjangkan masa berkempen.
Kenapa SPR sangat negatif?
Rupa-rupanya pengerusi SPR
dan timbalan pengerusi SPR
ialah ahli united malays national organisation.
Zaharin, Secretary of UMNO BANDAR TUN RAZAK disclosed that a secret pact was made where the police were divided into to forms, one in the police attire while 2,000 police personnel were dressed in Bersih T-shirts to look as their supporters...
ReplyDeleteThe reason for this is a 'pact' where these police personnel in Bersih outfit will create some form of trouble so that the police could start to use force to remove the protesters.
Minta laluan Pak Aspan & pembaca,
ReplyDeleteBuat PM Dato Sri Najib,
Katakan pada Malaysia bahawa Puan Faridah Abdullah yang pengsan dan terburai usus di himpunan BERSIH 3.0 dan kini dirawat di hospital itu adalah gara gara dia memijak perutnya sendiri. Jelaskan pada rakyat wahai PM bahawa semua mereka mereka yang cedera semasa himpunan BERSIH 3.0 itu adalah hasil perbuatan mereka sendiri.
Katakan Dato Sri pada seluruh dunia bahawa kecederaan serius Puan Faridah Abdullah itu adalah kerana beliau memijak perutnya sendiri. Saya percaya mentor Dato Sri, Mahathir Kutty juga melihat perbuatan Puan Faridah itu. Saya yakin Mahathir akan bersetuju dengan Dato Sri dan bersedia menjadi saksi.
Dato Sri perlu nyatakan segera kepada seluruh Malaysia bahawa tuduhan Puan Faridah serta pembangkang itu cuma fitnah. Tak mungkin pihak polis yang lakukan itu kerana polis Malaysia dibawah BN pimpinan Dato Sri sangat berhemah dan sopan santun kerana menteri yang kemudikan kementerian berkenaan juga lemah lembut dan sopan santun. Saya juga percaya bekas KPN Rahim Noor akan bersetuju dengan Dato Sri. Bukankah telah terbukti kes mata lebam Anwar Ibrahim dulu adalah gara gara Anwar menumbuk mata sendiri. Tidakkah begitu Dato Sri ?.
Jadi saya mohon sangat sangat Dato Sri buat pengumuman segera. Dato Sri harus berani seperti mentor Dato Sri dulu sebelum rakyat menuduh Dato Sri, UMNO BN dan pihak polis melakukan kegananasan kerana gila kuasa. Saya tak percaya Dato Sri gila kuasa dan saya tak percaya pihak polis mengguna kuasa menggila di perhimpunan BERSIH itu. Tak mungkin Puan Faridah Abdullah pengsan, usus terburai disebabkan tindakan polis. Ini mesti kes mencederakan diri sendiri seperti kes mata lebam Anwar dulu.
Kepada rakyat Malaysia. Percayalah bahawa PM Najib tidak zalim. Polis Malaysia tidak mengguna kuasa cara menggila. Hanya orang orang gila saja yang menuduh UMNO BN dan polis gila guna kuasa.
Tidak kah begitu wahai pembaca blog ?
TRAGIS: ‘Mak pengsan akibat dipijak, diterajang polis’
ReplyDeletehttp://kafesantai.blogspot.com/2012/04/tragis-mak-pengsan-akibat-dipijak.html
Betulkah Anwar arahkan pagar dirempuh?
ReplyDeleteAnwar sebut.. bergerak ke kanan, kanan makna ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman... bukannya ke kiri yang menghala ke Dataran Merdeka tu..
http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/04/betulkah-anwar-arahkan-pagar-dirempuh.html
Pak Pan & Pengomen sekelian,
ReplyDeleteKalau tuan2 perhati betul2, QD ne bukan silent majority tapi penjilat tegar jubo madey..
porah qd jgn nak main wayang