Tuntutan Bersih 3.0 merupakan
satu ‘extension’ kepada tuntutan yang dibuat dalam Bersih 2.0. Negara memerlukan
undian daripada rakyat siapa yang sepatutnya diberikan mandat apabila habis tempoh
penggal pilihanraya, sekurang-kurangnya selepas 3 tahun atau sebelum tamat
tempoh 5 tahun. Tuntutan yang dilakukan oleh rakyat melalui Bersih 3.0 ini
merupakan tuntutan yang adil dan munasabah dan sepatutnya tidak menjadi
halangan untuk dilakukan oleh rakyat yang tidak berpuas hati dengan cara dan
kaedah pilihanraya diadakan.
Daripada 8 tuntutan yang diminta oleh
rakyat itu saya hanya ingin menyentuh hanya satu daripada kesemua tuntutan itu,
iaitu ‘accessibility’ yang ‘equitable’ untuk semua parti yang bertanding
dan menawarkan cadangan-cadangan jika diberi kepercayaan oleh rakyat. Mendapat
liputan yang saksama daripada media arus perdana itu merupakan perkara yang paling
asas di dalam sesebuah demokrasi kerana melalui media itulah pihak-pihak yang
menawarkan diri untuk mendapat kepercayaan rakyat itu dapat dilakukan.
Di dalam demokrasi-demokrasi
besar liputan media arus perdana itu merupakan isu yang telah menjadi lumrah.
Di Indonesia misalnya, sebuah negara yang suatu ketika dahulu dikatakan
dikuasai oleh diktator Suharto pun telah bertukar menjadi sebuah demokrasi yang
besar di mana semua pihak yang bertanding diberikan masa untuk berutusan
dengan rakyat yang akan membuat pilihan melalui media perdana mereka.
Di Myanmar, pihak pembangkang
telah diberikan peluang dan masa untuk berucap di kaca TV arus perdana mereka.
Kita semua tahu bahawa negara itu adalah di bawah perintah junta tentera sejak
berapa lama dahulu. Negara itu mengikuti perubahan yang positif dalam
mendemokrasikan sistem pilihanraya di sana.
Mereka menerima hakikat bahawa di dalam demokrasi semua pihak berhak untuk mendapat liputan yang saksama daripada
media perdana. Singapura yang kita menganggap sebagai sebuah negara demokrasi
terpimpin pun ada masa dan ruang untuk pembangkang memberikan pandangan dan
perbahasan melalui TV arus perdana negara itu. Semasa diktator Marcos
memerintah Filipina dahulu pun ada beberapa saluran TV negara itu yang
membenarkan pandangan yang bersalah-salahan dalam TV arus perdana negara itu.
Hanya di negara ini sahaja
pembangkang tidak dibenarkan berkempen melalui TV arus perdana sedangkan kita mendabik
dada mengaku sebagai sebuah negara yang demokrasi. Jika pembahagian masa untuk
berutusan dengan rakyat melalui media perdana, maka tidak akan timbul masalah
tuduhan yang pembangkang itu memfitnah seperti yang lazim dilakukan oleh pihak
pemerintah. Orang ramai akan dapat menilai samada yang dikatakan oleh pemimpin
pembangkang itu fitnah atau sebagainya.
Jika pihak pemerintah
bertanggungjawab, pembangkang wajar diberikan ‘accessibility’ yang agak
‘equitable’ terhadap penggunaan media masa perdana untuk menjawab
tuduhan-tuduhan pihak pemerintah terhadap pembangkang. Di negara ini memberikan
masa untuk pembangkang bercakap melalui TV arus perdana seolah-olah sudah
menjadi perkara yang aneh sedangkan itu merupakan rukun pilihanraya yang sangat
asas di dalam sesebuah demokrasi itu.
Lim Guan Eng, Tok Guru Haji Hadi
serta Anwar Ibrahim secara moralnya berhak untuk bercakap melalui TV perdana
negara. Itu asas demokrasi dan jangan dinafikan perkara yang benar dan jangan
membenarkan perkara yang tidak benar.
Berlaku adillah supaya demokrasi
kita dapat berkembang dengan baik tanpa dikotori oleh elemen-elemen jahat yang
membayangkan kelemahan kita sendiri. Rakyat sudah pandai membaca dan menilai
semua tindak-tanduk yang mencemarkan keunggulan demokrasi itu.
Kita perlu ingat taktik mengelirukan rakyat untuk mendapatkan sokongan merupakan taktik yang sudah ketinggalan zaman. Sikap kita mesti berubah mengikut kehendak masa dan zamannya. Saya percaya jika media perdana memberikan hak yang asasi ini kepada pihak pembangkang rakyat tidak perlu melakukan tuntutan melalui Bersih 3.0 ini kerana pemimpin pembangkang boleh meluahkan segala rasa ketidakadilan itu melalui media perdana.
Pembangkang tidak boleh dipersalahkan dalam isu ini kerana yang menyebabkan Bersih 3.0 perlu diadakan adalah kerana sikap pihak pemerintah sendiri. Ingat, negara ini rakyat yang punya.
Kita perlu ingat taktik mengelirukan rakyat untuk mendapatkan sokongan merupakan taktik yang sudah ketinggalan zaman. Sikap kita mesti berubah mengikut kehendak masa dan zamannya. Saya percaya jika media perdana memberikan hak yang asasi ini kepada pihak pembangkang rakyat tidak perlu melakukan tuntutan melalui Bersih 3.0 ini kerana pemimpin pembangkang boleh meluahkan segala rasa ketidakadilan itu melalui media perdana.
Pembangkang tidak boleh dipersalahkan dalam isu ini kerana yang menyebabkan Bersih 3.0 perlu diadakan adalah kerana sikap pihak pemerintah sendiri. Ingat, negara ini rakyat yang punya.
Ya, tuan, kita tahu ini tuntutan yang adil.
ReplyDeleteKenapa SPR tidak nampak ia sebagai adil?
Kenapa masih ada rakyat yang tidak setuju dengan perhimpunan tersebut?
Di mana silapnya sehingga Senator Tunku Abdul Aziz tidak setuju dengan perhimpunan 3.0?
Ini nak menang PRU13 atau tidak? Serius nak tawan Putrajaya atau tidak?
Kalau pemimpin Melayu veteran DAP sendiri tak setuju, masakan rakyat Melayu kebanyakan boleh faham tentang perhimpunan bersih 3.0?
Kenapa orang kuat dalam parti telah gagal memahami perjuangan aspirasi Bersih yang ditubuhkan sejak tahun 2005?
Sudahlah saat genting merupakan alasan untuk menukarkan lokasi, ini pulak senator veteran parti pembangkang tidak setuju?
Keyakinan kepada SPR sudah tergugat. Ini pula nak mainkan keyakinan rakyat bila pemimpin parti berkata sedemikian.
Itulah, korang pemimpin dari pembangkang ini serius atau tidak nak jadikan Najib sebagai Ketua Pembangkang?
Tuan Aspan,
ReplyDeleteSaya tidak menyangsi penulisan tuan.
Apa gunanya mempunyai penulis yang hebat tetapi tiada synergy dari pihak pemimpin?
Hari ini rakyat mempersoalkan integriti pemimpin UMNO BN.
Apakah pemimpin pembangkang perlu dipersoalkan dalam saat ini?
Korang (pemimpin pembangkang) serius ke tidak nak memimpin negara ini?
Tuan,
ReplyDeleteKalau pemerintah itu bertanggungjawab, sudah lama diberikan ‘accessibility’ yang adil kepada pembangkang.
Jangan buang masa sekarang.
Kini dalam masa yang terdekat sebelum PRU13, strateji untuk menyedarkan lebih rakyat bangkit dan undi Pakatan Rakyat.
Promosi untuk Bersih 3.0 tidaklah memerangsangkan lagi.
Kalau sudah tahu terdapat penipuan, kenapa masih lambat menggerakan kesedaran kepada rakyat.
Penyokong Pakatan Rakyat (PR) perlu ingat, yang membaca dari internet itu bukan semua akan pangkah PR walaupun telah disedarkan.
Apatah lagi bagi rakyat yang tidak membaca internet?
Bahkan bagi rakyat yang langsung tidak membaca, bagaimana?
Perjuangan ke Putrajaya perlu dilipat gandakan.
Bagi yang sudah sedar, tahukah mereka apa perlu mereka buat? Atau syiok sendiri setelah membaca dan hanya berjanji dalam diri sendiri akan undi PR pada hari undi aje?
Kalau rakyat begitu lama telah diperbodohkan dan mengambil masa yang begitu lama untuk disedarkan, tahukah mereka apa nak buat setelah disedarkan?
Rakyat sudah lama telah disuapkan tanpa banyak berfikir. Minda mereka seronok membaca yang bagi syiok sendiri.
Persoalannya ialah apakah mereka sudah bangkit dan bangun dari duduk membaca atau masih duduk membaca lagi?
Berapa peratus dari yang tersedar itu betul betul bangkit dan bangun?
Saudara AA,
ReplyDeleteIni membuktikan sikap kiasu (takut kalah) UMNO/BN. Jika media perdana dibebaskan, mereka akan terus tumbang dan bungkus!
Aku nak tanya tektik apa yang digunakan oleh Tunku Abdul Aziz?
ReplyDeleteSelama perjuangan oleh pihak pembangkang, sudah berapa ramai yang telah terkorban?
Berapa orang rakyat Malaysia sudah mati secara langsung dan tidak langsung kerana perjuangan menggantikan BN?
Pernahkah Tunku Abdul Aziz turun padang? Beliau ini pemimpin ala BN ke atau Pakatan Rakyat?
Dalam abad ini, rakyat dahagakan pemimpin yang berani mewakili rakyat bukan jenis yang penakut dan dayus.
Kalau benar Tunku Abdul Aziz prihatin tentang keselamatan rakyat, jom turun bersama rakyat dan berkorban sebagai seorang pewira.
Rakyat sudah bosan dan jelak dengan pemimpin yang hanya pandai berkata-kata kononnya sayang pada rakyat.
ASPAN, ASPAn
ReplyDeleteKenapa pihak pembangkang masih membisu tentang rang undang baru yang membenarkan zon pengecualian di luar pusat mengundi diperluaskan kepada 100 meter (300 kaki) ?
ReplyDeleteMacam mana nak menang kerana jarak 100m menggalakkan pengundi yang telah ditanda dengan dakwat kekal itu dapat mengundi berulang kali.
Rang undang yang diluluskan juga TIDAK membenarkan mana-mana ejen atau calon pilihanraya berada dalam bilik mengundi. Akibatnya calon-calon pilihan raya dan kakitangannya tidak dapat memantau pendaftaran pengundi pada hari pengundian.
Bolehkah rakyat percaya dengan SPR padahal pengerusi dan timbalannya telah terbukti adalah ahli Umno?
Kemenangan Umno-BN selama lima dekad sejak merdeka, bukan bermakna pilihan raya diadakan secara adil dan demokratik.
ReplyDeletePilihan raya dijalankan dengan tidak adil. Semua institusi kerajaan dikerahkan untuk bekerja memenangkan BN. SPR, Polis dan media massa terutamanya, berpihak kepada BN.
Pakatan Rakyat bukan sekadar pembangkang yang boleh dianggap remeh kuasanya.
Pakatan Rakyat adalah suatu force yang mewakili kuasa rakyat yang sebenar.
Rakyat yang bangkit dengan penuh kesedaran, memberikan signal kepada BN, bahawa manipulasi mereka selama lima dekad, sudah sampai ke penghujungnya.
Rakyat mahu pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil. Lapan tuntutan yang dikemukakan menerusi Pakatan Rakyat adalah kehendak majoriti rakyat.
Kehendak ini berasaskan kepada hak rakyat untuk memilih parti yang mewakili mereka sebagai kerajaan, dengan pemilihan yang bebas dan adil, tanpa dipengaruhi dengan pelbagai penipuan, penyelewengan dan manipulasi.
Mengapa SPR tidak hiraukan tuntutan rakyat? Sudah tentu ada tangan-tangan kotor di dalam SPR yang menjadi seumpama 'hamba yang menyembah tuannya'.
siapakah tuan kepada SPR? SPR di bawah kuasa siapa, kalau bukan oleh PM yang juga Presiden Umno.
Umno-BN boleh memberikan alasan bahawa SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang hanya dinasihati oleh PM.
Tetapi Umno-BN tidak boleh menipu rakyat, bahawa Pindaan Perlembagaan yang dibuat Parlimen pada tahun 1993, sudah melucutkan kuasa dan kekebalan Raja-Raja Melayu.
Justeru, dengan pindaan ini, walaupun ianya dinamakan 'nasihat', tetapi menurut Perlembagaan, ianya adalah keputusan PM yang mesti diterima oleh YDP Agong.
Oleh itu dalam soal pilihan raya ini, SPR bukan badan bebas. Ia tetap tertakluk di bawah kuasa PM. Ini bermakna, ia tidak boleh lari daripada mendengar arahan tuannya. Arahan untuk memenangkan parti tuannya.
Suara rakyat adalah kuasa keramat rakyat di bawah panji Bersih 3.0. Jangan sesekali kesampingkan kuasa rakyat yang akan berhimpun di Dataran Merdeka pada jam 2 petang 28 April ini.
saya dan keluarga dah tak sabar nak tunggu PR13 nak pangkah pas atau dap atau pkr biar BN bungkus selamalamanya.Pemerentah baru wajib siasat setiap ahli pemerentah dan tuntut setiap sen yang diselewengkannya.PR 12 semua keluarga pangkah BN tapi kalah juga dan kali diharamkan pangkah BN kerana berdosa bersubahat dengan penzalim,penyangak ,perasuah dsbnya .Teruskan bersih 3 kerana mereka dah cukup melampau.
ReplyDeleteKetidakjujuran SPR sudah pasti akan merencatkan lagi pilihan raya.
ReplyDeleteRakyat sebenarnya masih kolot, bodoh dan mundur dalam pengendalian pilihan raya yang diamanahkan kepada mereka yang beribu pejabat SPR.
Kenapalah rakyat masih tidak sedar diri lagi bahawa mereka sebenarnya tidak memiliki hak yang sepenuhnya dalam mengundi?
ReplyDeleteRakyat sebenarnya adalah pelanggan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berkhidmat menyediakan kemudahan mengundi.
Jika benar kontrak perkhidmatan wujud, sudah tentu kepala pengerusi SPR lunyai disepak rakyat lantaran kesilapan berulang-ulang daftar pemilih yang menjolok mata sejak puluhan tahun tanpa berjaya diperbaiki.
Itulah, rakyat rela sangat diperbodohkan!
Hakikatnya, SPR adalah badan yang berkuasa mutlak ke atas hak mengundi. Bukannya rakyat.
Badan SPR ini menentukan di manakah setiap rakyat boleh membuang undi. Bukan rakyat yang memutuskan di mana mereka mahu mengundi.
Sudah terdapat banyak kes nama pengundi ditukar ke lokasi mengundi yang jauh tanpa pengetahuan mereka. Kenapa SPR tidak disaman?
Namun di Malaysia rakyat hanya boleh membuat bantahan, biar pun selepas dibantah nama ditukar pula ke tempat lain tanpa persetujuan, tetap tidak ada apa-apa tindakan undang-undang yang boleh diambil.
Bantahan bukanlah boleh dibuat di dalam semua keadaan, kerana SPR berkuasa menukar lokaliti para pengundi pada bila-bila masa.
Bagaimanakah untuk membantah andainya SPR menukar lokaliti seminggu sebelum Parlimen dibubar? Perkara hampir sama berlaku pada pilihanraya 2004.
Terdapat banyak laporan pengundi keliru nama mereka wujud dalam buku daftar di 'pondok panas' tetapi dalam buku daftar SPR di dewan mengundi tidak wujud. Terdapat dakwaan perubahan lokaliti dibuat hanya beberapa minggu sebelum Parlimen dibubar dan perubahan itu digazetkan.
Beberapa kes 'penipuan' pilihanraya 2004 dibawa ke mahkamah. Khabarnya sekarang selepas rang undang baru, sudah tidak boleh bawa ke mahkamah lagi.
SPR telah digunakan oleh BN untuk memenangkan mereka.
Inilah perkara yang perlu disedari oleh kader-kader politik Pakatan Rakyat. Janganlah terlalu seronok dengan kemaraan ke Putrajaya kerana masih banyak rintangan dan penipuan yang perlu ditempuh di semua peringkat.
Undi itu adalah asas kepada kemenangan. Kalau penipuan pada asasnya tidak dicantas, janganlah mimpi hendak tawan Putrajaya.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteIn any really good subject, one has only to probe deep enough to come to tears.
Edith Wharton (1862-1937)
Absolutely right, it has to bring us to tears that Enough is Enough of being enslaved and to Vote for Pakatan to restart doing things in the right way.
Terima kasih.
Sesebuah Suruhan Pilihanraya negara yg tidak memberi rakyatnya PRU pentas pertarungan yg adil,maklumat yg tepat dan jujur berkenaan semua parti2 yg bertanding,bermakna rakyatnya telah dinafikan hak2 mereka memileh parti yg terbaik utk menerajui negaranya.Justeru,negara dan rakyatnya akan mengalami kerugian dan berkemungkinan dipimpini parti yg sememangnya tidak layak,tetapi memenangi PRU dgn cara penipuan Akhirnya negara itu sendiri akan hancur dan binasa.Ibarat seorang doktor yg tidak memberi info dan ubat yg betul,maka bertambah teruk penyakit yg dialami pesakit dan mungkin akan menyebabkan kematian.
ReplyDeleteBN mesti sedar & mengetahui bahwa tiada negara dlm dunia,tiada parti politik dlm dunia atau pemimpin2 kuku besi yg telah berjaya mematahkan kebangkitan majoriti rakyat menuntut keadilan atau sesuatu himpunan rakyat yg hanya menuntut PRU yg adil.Rakyat bukanlah musuh BN.Musuh BN sebenarnya, adalah cukong2 yg berada dlm BN yg mencuri,menipu dan perasuah2 tegar.
ReplyDeleteNever in Msia’s history has corruption been so high and rampant as now. Never too has national debt ballooned to RM460 billion and edging the country towards bankruptcy. And never in Malaysian election history has the government increased the number of voters by hundreds of thousands, openly and unashamedly using illegal immigrants.
ReplyDelete-------------------------------------
There is no democracy if it is 'managed' to serve only some hidden interests.There is no civil liberties if it is controlled and manipulated for preferred agendas of tyrants and autocratic regimes. For justice to flourish,civil liberties must be rightfully reinstated and fair- play general election re-ignited.Peace and prosperity will naturally returns to society where it rightfully belongs.
All public places belong to the rakyat for any peace activities.Thats why its called public property,not private property.Dongoi punya BN..
ReplyDeleteJika kerajaan BN laksanakan 8 perkara tuntutan Bersih 2,tiadalah Bersih 3.Sekiranya BN yakin majoriti rakyat menyokong BN,kenapa takut utk lakukan tuntutan tersebut?????
ReplyDeleteI am worrying that foreigner from neighbouring become the decisiom maker of the country. Hopefully Malaysian will realise this. Its dangerous.
ReplyDeleteCamne nak beri peluang?Asyik fitnah je tanpa sebarang bukti.Dayus.
ReplyDeleteStop worrying my dear anon 4:58
ReplyDeleteAction speaks louder than words.
Rather than worrying and election is just round the corner, what are the chances of correcting all these abusiveness?
The rakyat had been cornered with laws that allow cheating to be done.
Yes, we agree that enough is enough but does it really matters to 'them'?
We may proclaim that it is enough already but to 'them', it is never enough!
So, you may response and say vote 'them' out but since to 'them' it is still never enough, will they allow themselves to be voted out?
How to 'they' pre-empt before you vote them out?
We know that the voting system has been rigged. Are we going to be quiet about that?
You may say that we have BERSIH to help to clean up the system.
But then it had been 7 years already and 3 public gatherings but has the system been rectified?
Are you going to wait like the Palestines who have waited more than 50 years with no sign of hope in the horizon?
bro aspan,
ReplyDeletekalau nak dapat liputan media massa arus perdana, kena jadi kerajaan yang memerintah persekutuan dahulu. gua caya lu la bro!
Bersih 3.0 begitu hebat sekali, hari yang amat bersejarah, pemimpin yang berusia dengan minda, pengalaman, bersuara memberangsangkan rakyat untuk bangun, pemimpin - pemimpin muda pula berganding-bahu.
ReplyDeleteDi perhimpunan Bersih, setiap rakyat begitu united dari lah yang berusia, atau pertengahan umur hinggalah pemuda- pemudi yang terdiri daripada berbilang bangsa Malaysia, sama2 mengharapkan fresh hopes, sama2 benci corruption, penipuan oleh BN, sehati sejiwa mencintai Malaysia.
Kalau pemimpin- pemimpin Bersih yang amat cekap merancang logistic planning, months of brain- storming, listening hard to ideas, re-planning, with backup plans, listening to ideas from the rakyat and other alternative media here, dengan collaboration yang begitu terperinci across the board, the states, reaching international level, far-sighted hinggakan menyediakan standby ambulan, doktor 2, peguam 2, dengan volunteers direct traffic and picking up rubbish, namun dengan wang ringgit, tenaga manusia yang terhad, kejayaan perhimpun Bersih haruslah dijadikan kebanggaan rakyat, tetapi menjadi kegentaran UMNO - BN.
Di samping itu, setiap planner Bersih yang begitu cekap sekali, berilmu, setiap ayat difikir terperinci sebelum dinyatakan di mana setiap mereka menunggu giliran dengan sabar untuk bercakap di sidang media selepas penyokong2 Bersih bersurai.
Bayangkan kemajuan yang bakal dikecapi oleh rakyat dan negara dengan adanya pemimpin2 sedemikan menerajui management negara. Jadil Undilah Pakatan dalam pilihanraya nanti
Tuan Aspan & Bloggers,
ReplyDeleteRakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan Bersih begitu bangga dengan sokongan padu dari rakyat seperjuangan di luar negara. Tetapi adanya neurotic pyschopath cadangkan bom, bunuh di laman yahoo Sydney comes out strong for Bersih 3.0. Dah gila betul, dia ni boleh dikurung hospital mental seumur hidup... menyalahgunnaan forum awam untuk menyebarkan kebencian yang melampau, mengancam ketenteraman awam. Buat malu negara serta bangsa, nak dapat publisiti murahan, sebab rakyat Malaysia di Sydney, di seluruh dunia pasti mengunjungi laman kita untuk mendapat berita terkini, untuk menganalisa respon, penghargaan kita, atau sebaliknya.
Mereka itu very intelligent, anak-aank muda yang mengasihi negara, ayah emak, keluarga, sanak-saudara di sini serta bangsa. Saya begitu sedih sekali dengan perangai syewel itu.
Eloklah dua tiga orang daripada kita, sering pergi jengguk sana selepas menjalini tugas di sini. Terima kasih.