28 April 2012

Kita mulakan sebuah negara baru: itu sahaja cara penyelesaian masalah negara

Hari ini hari yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat yang dahagakan keadilan dan kesaksamaan bersiasah. Rakyat sudah tidak lagi menerima cara suruhanjaya pilihanraya mengendalikan pilihanraya dinegara ini. Ratusan ribu rakyat dijangka membanjiri ibu kota untuk menunjukkan bantahan terhadap SPR yang tidak telus dan suruhanjaya yang telah dicemari dengan politik UMNO dan BN. Ketua kepada suruhanjaya pilihanraya rupa-rupanya adalah ahli UMNO dan beliau tidak layak untuk mengendalikan pilihanraya dengan adil dan saksama.

Semuanya ini menyakitkan hati rakyat yang bakal mengundi dan memberikan mandat kepada siapa yang mereka yakini. Sambutan awal menunjukkan yang sambutan terhadap Bersih 3.0 ini adalah menyeluruh di negara ini dan di negara-negara lain di mana rakyat Malaysia tinggal. Laporan awal dari Melbourne, Australia menunjukkan sambutan yang di luar dugaan kerana adalah dijangkakan yang seramai 5,000 rakyat Malaysia akan berhimpun untuk menyokong desakan supaya SPR telus dan jujur dalam pengendalian pilihanraya yang akan datang. Ianya akan diadakan di Federal Square yang berhadapan dengan Flinders Station di kotaraya itu serentak dengan himpunan di Kuala Lumpur.

Saya juga mendapat panggilan daripada rakan kenalan yang berada di kotaraya-kotaraya lain seperti di Perth, London, dan lain-lain, yang menyatakan sokongan terhadap tindakan Bersih 3.0 ini dan akan mengadakan perhimpunan yang sama di sana. Nampaknya kali ini sambutan rakyat di seluruh dunia begitu kuat dan ini akan menentukan hala tuju dan keadaan politik negara kita tidak lama lagi.

Sekarang Pengerusi SPR telah ternyata seorang ahli UMNO, maka tuduhan pihak pembangkang yang SPR dipenuhi dengan ahli-ahli UMNO akan terbukti benar. Kalau begitu keadaannya maka SPR memang sepatutnya tidak lagi boleh diyakini rakyat. Maka ternyata jugalah yang satu lagi institusi demokrasi telah tercemar selepas banyak lagi institusi demokrasi dilacuri bermula daripada zaman pentadbiran Dr Mahathir dahulu.

Justeru, PRU tidak boleh diadakan selagi seluruh pengurusan SPR dan kakitangannya dikeluarkan daripada institusi itu. Selagi mereka berada di dalamnya, selagi itulah perjalanan PRU tidak akan berjalan dengan adil dan saksama. Bacul sungguh pimpinan negara kita ini. Tidak ada kerja lain selain daripada menipu dan membohongi rakyat.

Kita sudah terlalu jauh ditipu dan dikelirukan oleh pimpinan UMNO dan BN ini.  Saya kira selepas Bersih 3.0 ini, rakyat akan terus bangkit menentang kezaliman yang sudah menjadi permainan pihak yang memerintah hari ini.

Bagi saya pemimpin-pemimpin kita sekarang ini telah keterlaluan menjolok mata kita semua. Kita patut desak semua pimpinan pada hari ini meletakkan jawatan dan ini adalah satu-satunya cara untuk membetulkan keadaan dan kecelaruan yang kita hadapi hari ini.

Najib dan keseluruhan pimpinan wajar meletakkan jawatan. Serahkan negara kita kepada ‘care-taker governmant’ dan perbetulkan segala-gala yang tidak betul dalam kerajaan kita hari ini sebelum kita memanggil pilihanraya umum ke-13 ini.

Selepas ini elok diadakan pula himpunan Bersih 4.0 dan semua rakyat di bandar dan di desa-desa, yang tua dan yang muda, daripada berbagai-bagai bangsa dan agama, menuntut kerajaan hari ini meletakkan jawatan. Lepas satu masalah, timbul lagi satu masalah yang dilakukan oleh pihak pemerintah untuk mengongkong pemikiran rakyat.

Pengongkongan pemikiran rakyat ini amat merbahaya kepada perkembangan dan kemajuan rakyat kerana kita khuatir jika rakyat akan percaya yang cara pengendalian oleh BN merupakan cara untuk menjaga negara yang betul. Ini amat bertentangan dengan kehendak asas pembangunan pemikiran rakyat yang ingin maju untuk menghadapi tuntutan kemajuan global.

Rakyat sekarang sudah mempunyai asas kukuh untuk menuntut keseluruhan kepimpinan negara untuk meletakkan jawatan. Selesaikan dahulu isu SPR kerana SPR tidak boleh diyakini lagi untuk menjadi pengendali kepada pilihanraya yang adil kepada semua pihak.

Kita terpaksa memulakan keadaan baru dalam politik negara. Biarkan pihak yang lain yang lebih terbuka dan demokratik untuk menyusun dan merancang sistem yang kukuh untuk memastikan keamanan negara serta keharmonian rakyat dapat dicapai sehingga ke tahap yang tertinggi.

Berikan tanggungjawab kepada sesiapa yang mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk berunding dengan semua kaum dan agama seperti yang dilakukan oleh YTM Tunku Abdul Rahman dahulu dengan memanggil ketua-ketua pimpinan semua kaum dan duduk ke meja rundingan. Ia mendapatkan membentuk sebuah negara yang mempunyai nafas politik yang baru yang akhirnya terbentuk sebuah negara yang mana rakyatnya bersatu-padu dan menikmati kekayaan negara secara 'equitable' buat jangka masa yang panjang.

Kalau dahulu kita boleh memulakan negara bernafas baru kerana perundingan yang jujur di antara kaum, mengapa kita tidak boleh lakukannya sekali lagi. Itulah sebabnya untuk melakukannya, keseluruhan kepimpinan kerajaan pada hari ini perlu meletakkan jawatan dan mulakan perundingan itu dalam jangkamasa yang terdekat ini.

27 comments:

  1. Tuan Aspan,

    Kita tentukanlah masa pilihanraya nanti. Tabik buat Tunku Aziz yang berani menongkah arus. Ini jenis ahli politik yg kita perlukan. Jika BN dilihat sebagai pelanggar undang2 maka pakatan rakyat perlulah dilihat sebagai penokong undang2. Jika keduanya bersifat ala samseng, pasti rakyat akan memilih samseng yang kuat dan ada kuasa. Hormat dan kagum saya pada Tunku yang berfikir tanpa ikut wadah. Orang terhormat seperti ini jika diletakkan dalam wadah apa pun samada DAP, PAS, PKR mahupun UMNO, akan berfikiran menggunakan akal nya sendiri tanpa terpengaruh dengan parti yang dia dokongi. Jika majoriti pemimpin pembangkang ber fahaman seperti beliau, BN akan tumbang pada bila bila masa tanpa perlu bersepah dijalanan.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung tercinta sekalian.

    Ya, benar lagi tepat; sememangnya perhimpunan Bersih 3.0 ini telah berjaya mencapai target. Mana tak? Daripada siaran radio live Internet yang baru sebentar saya dengar -- layari www.radiobangsarutama.com/ -- sudah terang bin jelas lagi; tak perlu mereka nak berdolak-dalik lidah bercabang lagi ... Peserta perhimpunan ditembak sesuka hati oleh petugas keselamatan, dan belum berhimpun lagi pun, pelbagai halangan berbentuk fizikal dan mental telah terpacak siap!!!

    Justeru, elok benar kita hadiahkan Mahathir, Pak Lah, Najib dan sekalian tentera-tentera ahzab mereka dengan lagu Janji Manismu nyanyian Aishah, walaupun mungkin mereka akan menganggap "ala, itu lagu cinta aja, bib ..." Malah, terus-terang ingin saya usulkan, bukan sekadar mereka ni letak jawatan, tapi pertubuhan/parti mereka ini diharamkan sama sekali!!! Kalau tidak, selagi itulah mereka akan terus menindas dan menindas, lantas mencalar-balarkan imej Islam sebagai sebuah tatacara hidup syumul!

    Oleh itu, sekali lagi ingin saya tegaskan, walau kurang upaya dari segi penglihatan, saya tetap bersyukur kerana dikurniai pandangan hati. Begitu juga rakan-rakan kami lain yang tak mampu melihat, tak mampu mendengar, kurang sempurna fizikal ... Namun, kami turut tak redha dan tak akan menghalalkan sama sekali kalian, UBN, merampas dan merompak hak kami, rakyat, serakus nafsu syahwat kalian, tau! Dengan itu, biarlah saya nyatakan terus-terang pada hari ini, saya memang sengaja meluahkan stress dan kekecewaan ini buat rakan-rakan pengunjung sekalian; semoga kita bersama menginsafi akan untung nasib kita serta generasi kita mendatang. Saya tahu, walau akan kedapatan sesetengah rakan pengunjung akan menentang penyiaran ulasan ini, namun kali ini, saya rela dan redha dikritik, kerana, cukup sudah kita dirompak lagi diperkosa para khinzir kelas atasan bermula era Mahathir seperti yang saudara sebutkan. Justeru, kepada mereka yang masih ingin menyokong para dajjal ini, andainya kalian Muslim Mu'min, pertimbangkanlah baik-baik kedudukan aqidah dan keimanan kalian; sesungguhnya mereka yang menyokong kemungkaran, pasti dikira sama dengan para pelakunya, kan? Bukankah hadith berkenaan arak itu sahaja sudah memadai untuk kita fikirkan, begitu juga tentang rasuah, di mana daripada penerima sehingga kepada tukang prosesnya pun dikira memiliki saham atas kemungkaran itu?

    Menutup ulasan, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih sekali lagi kepada saudara di atas ruangan ini, dan bersamalah kita bina Malaysia yang benar-benar dirahmati lagi dijamin sejahtera oleh-Nya. Marilah kita desak Najib dan sekalian tentera yang bersekutu dengan penjenayah ini, termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR: "Berambuslah kalian sebelum kalian mampus terkambus ditimbus!!!"

    Terima kasih dan selamat berjihad!!!

    ReplyDelete
  3. Tuan Aspan,

    Molek benar kalau kita dapat kepimpinan yang baru yang meletakkan undang-undang negara ketahap yang sepatutnya. Kepada Tunku Aziz, saya menerima baik pandangan Tunku walaupun saya tidak setuju. Semoga Malaysia akan terus mahu dan aman damai dengan diberkati oleh pemimpin-pemimpin yang berkaliber.

    ReplyDelete
  4. undang2 zalim dan menindas wajib ditentang, ia satu fardhu kifayah. UMNO pun mengaku ISA zalim, dan menyesuaikannya. Penyesuaian ISA dibuat kerana desakan rakyat, bukan sebab UMNO baik hati. jadi,jangan gusar melanggar undang2 zalim, sepeti undang2 yg melarang rakyat berhimpun menyatakn pandangan mereka.
    Yg amat menghairankan,UMNO boleh membuat perhimpunan di mana2 tempat yg disukai tanpa gangguan polis, malah dgn menggunakan dana awam.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  5. Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing28 April 2012 at 22:10:00 GMT+8

    I agree with your care-taker govt,but disagree with your revamps of SPR.Even if the employers are replace from top to bottom,how are we to guarantee that the whole lot wont be bias towards BN,even if they are not member of any party.Its just like bottling shit with a new brand,but it is still shit.What about the other public agencies infiltrated with UMNO goons.The root of the many problems we are facing today were the products of Dr M systematically corrupting the many principles of true democracy,which is the rock foundation for any nation to develop healthily and prosper uninterruptedly.The bottom line is,the whole system and the current Msian leaders are rotten to the core and there's no two ways about it.

    And never in the world history past or present,fake or autocratic regimes are overthrown by the so-called beautiful word DEMOCRACY !!!

    The only way to dislodge them from power is.....well u know what i meant.

    Correct me if I'm wrong...adios.

    ReplyDelete
  6. Mohon supaya pegawai tinggi kerajaan yg bersekongkol dengan pemimpin yg rasuah dihukum selepas PR memerintah. Ini amat penting bagi menjadikan pegawai muda selepas ini tidak menyokong atau mengampu atau takut melaksanakan peraturan secara adil dan tidak berpihak. Pemimpin NGO yg rasis seperti Perkasam,GAPS dan lain dihumban ke dlm longkang sejarah! Melayu yg masih dibuai mimpi dgn cerita dongeng ameno mengkhianati aspirasi baru rakyat yg inginkan keadilan tanpa menggangu teras perlembagaan. Jgn biarkan kerjaan rasuah ini mencuri harta rakyat iaitu harta kita semua! Humban kerajaan yg berteraskan komisyen kapal selam ini.khalas!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Tuan Aspan dan salam sejahtera,

    Pada pagi Sabtu tanggal 28 April 2012, jiran saya seorang pakcik berumur 70 tahun keluar dengan motornya. Dia berkata nak ke KL dan akan berkumpul di Jln Sultan.

    Pada pukul 11 pagi, dengan anak lelaki saya berumur 14 tahun, kami ke stesen Rapid KL berdekatan taman rumah. Setiba di situ, drebar bas kata perjalanan hanya ke Maluri saja. Kami pun berpatah ke Serdang untuk mengambil komuter.

    Ya Allah, orang ramai menunggu dekat stesen. Tunggu bukan main kepalang lagi. Setelah 35 minit, barulah komuter kuning sampai. Teringat waktu bas mini dulu. Terpaksa menolak ke dalam. Semua berdiri berhimpit bagaikan sardin. Nasib baik semua lelaki. Semua berpuluh. Ada yang bergurau kini kami bermandi 'sauna'. Anak lelakiku merungut setiap kali bila lagi nak sampai. Bagi dia, inilah kali pertama dalam keadaan sedemikian. Saya terfikir sejenak, betul ke negara kita sudah maju? Keretapi bagaikan macam di India?

    Sesampai di KL, kami mengikuti orang ramai. Rasa-rasa nak pergi ke arah Masjid Negara, kemudian berpatah ke Masjid Jamek. Setiba kami di Pasar Seni, sudah nampak ramai berkumpul. Sorakan 'Reformasi' bergema. Ada beberapa orang berucap di perkarangan letak kereta. Sambil menyusur tepi menuju ke Pasar Seni, kami lihat ramai polis berbaju biru berdiri menjaga pintu masuk arah Dayabumi.

    Setiba kami di jambatan dekat Bar Council, ramai orang berbaju kuning sedang berdepan polis yang menghalang jalan masuk ke Dataran Merdeka. Mereka bersorak 'BUKA PINTU" berulang-ulang kali. Sambil menyusur tepi jalan di tepi sungai kami menerus jalan menghala Masjid Jamek. Sungai itu memisah puak polis dan puak orang ramai. Polis memandang ke arah kami kerana ramai mengambil gambar mereka dari seberang sungai. Polis tak senyum langsung pun.

    Setiba kami di LRT Masjid Jamek, orang ramai sedang menyanyi lagu Negaraku. Jalan penuh sesak dengan orang. Kami selit antara mereka menuju ke masjid kerana azan qamat telah berkumandang. Kami terpaksa beratur untuk mengambil wuduk. Bila tiba giliran saya, sempat untuk mengaminkan doa imam yang baru selesai.

    Setelah selesai bersolat, kami pun menunggu dalam masjid. Kami sempat bersembang dengan dua warga Kelantan berbaju kuning yang telah datang ke ibukota sejak hari Khamis lalu. Mereka bercerita bagaimana Kelantan dianiaya sehingga air di Kelantan dicatu bagi menyusahkan rayat di situ. Memanglah tidak elok mengumpat dalam masjid tapi saya memahami kesusahan yang terpaksa mereka lalui.

    samb,,,

    ReplyDelete
  8. ,,,samb

    Dari taman Masjid Jamek kami dapat lihat begitu banyak kereta polis dan van FRU berderetan di hadapan Dataran Merdeka. FRU dan polis sedang mengepung Dataran Merdeka. Saya terfikir sejenak, polis PDRM dan FRU sedang melindungi sebuah padangyang kosong! Ternampak dua helikopter sedang berlegar di atas. Terfikir juga berapa kosnya untuk berlegar di atas dengan helikopter.

    Nampaknya polis dan FRU tidak mahu berganjak dari melindungi sebuah padang kosong itu. Rakyat hanya duduk di atas padang itu saja. Jadi kami anak beranak pun keluar masjid menuju ke LRT untuk balik rumah. Orang ramai sedang berarak di jalanraya menyanyi lagu 'Bersih, Bersih, Bersih' berirama 'ole,ole,ole'. Cuba bayang jalan kiri kanan sesak dengan manusia tapi kami berdua sempat juga menyeberangi jalanraya tersebut. Kami tidak dimarahi atau dikasari oleh mereka yang berarak.

    Setibanya dalam stesen LRT, kami beratur membeli tiket. Saya fikir stesen LRT inilah paling laris jualannya. Gerenti tak boleh bankrap. Kami menaiki eskalator ke atas untuk menunggu LRT sambil memerhati mereka di jalanraya menyanyi dan berarak ke hulu ke hilir kerana tidak dapat masuk ke Dataran Merdeka. Tiba-tiba terlihat ada yang berpatah balik dari pintu Dataran Merdeka. Ramai sedang berlari ke arah Bank Muamalat (CIMB). Rupa-rupanya gas pemedih mata telah ditembak ke arah mereka.

    Asap gas putih berkepul-kepul naik ke atas di hujung stesen LRT. Dalam beberapa saat kemudian, kami yang di atas stesen menutup hidup dengan sapu tangan mulai merasa pedih dan air mata meleleh keluar. Mata anak lelaki jadi merah. Saya menarik dia dan berdiri di bawah kipas tapi kami bagaikan terperangkap di atas stesen tanpa boleh buat apa-apa.

    Mujurlah sebuah LRT sampai. Semua yang menunggu berlari ke tepi gerabak. Malangnya, LRT tidak berhenti pun. Kami yang berada di atas stesen semuanya terkejut dan hampa. Kami bagaikan terbinggung sekejap. Kemudian kami dengar das tembakan gas pemedih mata lagi. Satu das, dua das. Kami terkejut. Kami lari ke tepi tak tahu apa nak buat. Bolehlah kata kita jadi panik sebab atas stesen mana boleh lari. Asap gas berkupul-kupul naik ke atas stesen. Dari atas kami lihat orang berlari di bawah. Tercenggang juga bila terdengar lagi tembakan das bertalu-talu macam mesin gun. Orang ramai berpekik di bawah.

    Kemudian datang seorang aso Cina menghulur garam kepada kami. Tanpa memikir halal atau haram saya dan anak ambil secubit dan masuk ke mulut. Lega rasa juga selepas itu. Kepedihan mata mengurang. Kemudian datang sebuah LRT lagi. Yang ini berhenti. Semua pun berdiri depan pintu LRT nak larikan dari asap gas pemedih mata. Pintu LRT langsung tidak terbuka. Mereka yang menunggu di luar mulai mengetuk pintu LRT. Orang dalam LRT melihat kami yang di luar dengan sayu tanpa boleh buat apa-apa. Kemudian LRT tanpa membuka pintu bergegas bergerak dari situ meninggalkan kami sekali lagi kecewa dan hampa.

    Kami pun mula berborak sesama kami yang kecewa. Semua marah dan kesian kepada mereka di bawah kerana kami yang tak buat apa-apa teraniaya dengan gas pemedih mata. Kami semua pulak terperangkap di atas. Kami mulai tahu apa itu perasaan teraniaya. Kecewa. Hampa. Kesian. Terperangkap. Tertipu. Meluat. Kejam. Zalim.

    ReplyDelete
  9. Pagi ini, sambil menghirup kopi panas, saya berfikir samada perjuangan rakyat ini berbaloi atau tidak?

    Hati kecil saya memberontak dan mulai menuding jari kepada mereka yang lemah mentadbir. Sekiranya mereka itu pandai dan cerdik mentadbir, maka tidaklah rakyat disusahkan untuk turun berhimpun.

    Mengimbas kembali, ternampak kesilapan pentadbiran yang telah mengusarkan hati rakyat. Terlintas dalam pemikiran melihat kain rentang putih yang menulis 'Najib, do you care'. Kemudian teringat Najib bagi ucapan dalam TV semalam, 'Kami telah bagi mereka stadium...'.

    Hati kecil mula membising bahawa ini bukan pasal stadium atau jauh sekali pasal berhimpun. Hakikatnya kenapa pentadbiran Najib gagal sehingga terlahirnya 3 perhimpunan? Padahal perang dunia yang meragut begitu banyak nyawa boleh diselesaikan melalui perundingan.

    Apakah cara pentadbiran dengan meluluskan undang-undang baru akan memudahkan cara mentadbir? Apabila rakyat dikorner dengan undang-undang, semua kerana undang-undang (buatan manusia), tidak mustahil ini semua akan mengundang suatu revolusi.

    Semua perhimpunan BERSIH adalah aman. Kekecohan hanya berlaku bila pihak berkuasa cuba meleraikan orang ramai dari berhimpun.

    Memang hak orang ramai boleh berhimpun dan hak polis untuk meleraikan perhimpunan.

    Hakikatnya, dimanakah letaknya kejayaan intelektual berunding sesama manusia? Apakah manusia masih tidak bertamadun sehingga terpaksa turun padang untuk berlawan?

    Hari ini, rakyat inginkan undi yang telus dan bersih. Kenapa dakwat kekal dipersetujui kemudian diluluskan pula rang undang yang membenarkan zon pengecualian di luar pusat mengundi diperluaskan dari 50 meter kepada 100 meter (300 kaki)?

    Diikuti dengan rang undang yang TIDAK membenarkan mana-mana ejen atau calon pilihanraya berada dalam bilik mengundi.

    Bagi rakyat yang berfikir, sudah tentu ini tidak menunjukkan keikhlasan dari pihak yang menyetujui dakwat kekal dipersetujui. Nampak sangat ada udang disebalik batu dengan rang undang yang diluluskan dengan sebegitu cepat.

    ReplyDelete
  10. SALAM>

    Najib, umno, bn, bukan nal memerintah sangat tapi nak MERATAH,

    ReplyDelete
  11. Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

    Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

    Untuk menyelamatkan gadis yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

    Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

    Video Malaysiakini ada menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu.

    TV3 sebaliknya menyiarkan video yang telah diedit bagaimana kereta peronda polis itu diterbalikkan oleh para peserta perhimpunan Bersih 3.0 hari ini.

    Ia sangat jelas cuba mengelirukan orang ramai dan menyalahkan para peserta perhimpunan itu khasnya penganjur dan Pakatan Rakyat yang menyokongnya.

    ReplyDelete
  12. Sejarah menunjukan jeritan rakyat atas kezaliman yang dilakukan pemerentah semuanya dimakbulkan Allah :
    1. Mesir dah tumbang
    2.Libya dah tumbang
    3.Thailand dah tumbang
    4.Filipina dah tumbang
    5.Indonesia dah tumbang
    6 Malaysia
    6.1 Tunku Abd Rahman tumbang olih bantahan pelajar U dan ITM saja
    6.2 Tun Mahathir dah tumbang ,kan dia nangis tak mahu berhenti kerana jawatan PM hak mutlak dia
    Bersih 3 lebih hebat gabungan rakyat dan pelajar dan kalau najib ada maruah betulkan daftar pengundi dan minta bantuan bandan antara bangsa dan adakan pilihan raya sekarang.Sepatutnya Najib dah letak jawatan dan serahkan kpd caretaker goverment untuk pilihan raya.Pemerentah baru besok wajib siasat setiap pemimpin dan orang kerajaan yang rasuah dan sumbatkan dalam penjara.

    ReplyDelete
  13. PERLU KE POLIS SEGANAS INI?

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=0Xx8aRwWR5U

    ReplyDelete
  14. Lapuran AlJazeera English

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=y8fzCE_gjAI

    ReplyDelete
  15. Lagi berita

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=2Y8wIUtqJ6A&oref=http%3A%2F%2Fs.ytimg.com%2Fyt%2Fswfbin%2Fwatch_as3-vflCBBX6J.swf&has_verified=1

    ReplyDelete
  16. http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Ek5mQkugUxQ

    ReplyDelete
  17. In an apparent attempt to get rid of evidence, the'Thugs in Uniform', The Royal Malaysian Police has harassed, assaulted and confisticated or damaged cameras belonging to local and international journalists covering the fracas during the Bersih 3.0 event in Kuala Lumpur.

    According to Al Jazeera, their journalists were roughed up by the police and their camera was damaged by the police.

    Al Jazeera reported that scores of unarmed Bersih 3.0 participants were brutally assaulted by the police even though they were unarmed and showed no signs of aggression.

    In a live crossover interview, Al Jazeera journalist Harry Fawcett reported that he and his cameraman were faced with alleged police violence as well.

    "I'm coming to you via Skype from an iPad because the Malaysian police has just busted our camera," said Fawcett.

    "In a number of instances, we saw a policeman grabbing a protester while the other would punch, knee or slap the protester.

    "We went to try to film that ourselves, and found ourselves subject to not that harsh treatment but not dissimilar.

    "We were shoved and held, our camera pushed to the ground. Perhaps they were under instruction to prevent the media from filming this kind of thing," he added.

    ref:

    http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. PKR leader Fuziah Salleh has recounted what transpired this afternoon prior to the police firing tear gas and water cannons at the Bersih 3.0 protesters.

    According to the Kuantan MP, who has been at the forefront of the anti-Lynas campaign, she was travelling in a Toyota Hilux with Opposition Leader Anwar Ibrahim and Bersih chairperson S Ambiga along Jalan Tun Perak where the duo addressed the crowd.

    “Ambiga wanted to get down from the truck but the crowd was too tight.

    “We asked the crowd to disperse but spirits were too high so we decided to drive forward so it would be easier to disperse them,” she added.

    Following this, Fuziah said they had stopped at a junction and wanted to turn into Jalan Tunku Abdul Rahman.

    “Anwar and (DAP supremo Lim) Kit Siang were about to give a speech when we suddenly saw them (the police) spraying chemical water. (There was) No warning whatsoever.

    “My bodyguard pulled me to the DBKL (building) and we rested in an ambulance.

    "People were coughing blood and (tear gas) canisters were flying everywhere.

    “People couldn’t walk because they couldn’t see or breathe. Police didn’t allow people to be static so they chased them off,” she added.

    Fuziah said if the authorities had allowed the organisers to use Dataran Merdeka, “there would have been space for everyone.”

    ReplyDelete
  19. salam pak aspan,sungguh bersemangat tgk demo kemarin,tp bgmana hasilnya?apakah spr sedia penuhi permintaan rakyat?saya cadangkan kita bg tempoh sebulan supaya mereka penuhi 8 tuntutan,kalau tiada,bersih 4.0,bersih 5.0 bersih 6,0 kena menyusul,jangan berhenti!supaya mereka tahu kita telah muak dijajah diperbodohkan oleh mereka.mohoh datuk sampaikan pada pimpinan tertinggi pakatan.terima kasih

    ReplyDelete
  20. Negara baru yang macam mana tu, Tuan Aspan?
    Negara baru yang dipimpin oleh orang yang tak malu mengetuai demokkotor, terkinja-kinja melawan polis.
    My overseas friends call me when they saw the CNN report.
    All of them asked me is that the leader you want to lead your country?
    "He's provoking the others to fight the police. A leader must calm the people, not agitate them.
    Leader sic. Malunya kita.

    ReplyDelete
  21. salam 1355

    bagi seminggu sudah cukup. paling lama 2 minggu. kemudian berhimpunlah selagi memori itu masih segar. kali ini perhimpunan, siap bawa topeng gas untuk tutup hidung dan mata dan baju kalis tembak air kimia.

    dari video, gagasan rakyat lebih ramai dari polis.

    kali ini kalau ditembak gas ke atau air kimia lagi ke, rakyat rempuh saja. ini respon yang rakyat patut balas kerana dilayan seperti demikian. kalau dikasari balas dengan kekasaran.

    rakyat jangan lari kerana rakyat bukannya pengecut. kalau rakyat sudah boleh berhimpun secara aman dan masih diganggu sedemikian, rakyat perlu berlawan balik.

    rakyat sudah muak dan jelak diperkotak-katikkan!

    ReplyDelete
  22. The federal governments have unlimited tax dollars to use to control crowds at demonstrations and insurrections.

    Rakyat must develop ways to combat these technologies, and although rakyat are in reality in a fight against technology, it would be naive to think rakyat can use spears against these maniacs.

    Therefore, rakyat need to find ways to eliminate police tactics;

    http://iranchannel.org/archives/639

    http://mlcastle.net/raisethefist/shield.html

    http://www.businessinsider.com/egypt-activist-plan-2011-1#-1

    ReplyDelete
  23. If rakyat has to fight for a new government, then it has to be it rather than become quietly despair.

    If rakyat need to spill bloodshed for a clean government with good governance, rakyat will continue the fight rather than quietly despair.

    If rakyat has to fight those being use by the present government, the rakyat will not just close their eyes and quietly despair.

    ReplyDelete
  24. I think there are too many unhappy people in this country, therefore Bersih 3.0 was a success.

    Who to blame? NAJIB.

    However I still support Najib to lead Barisan Nasional even though BN is denied 2/3 rd majority in this coming election because simply he has a lot of ideas.

    The battle between Najib and Muhyiddin will be speed up soon so I expecting.

    ReplyDelete
  25. You like to ask stupid question QD.

    The way you comment is like how those people in the authorities (SPR, JPM, PDRM etc) speaks.

    You are belittling the rakyat's emotions and feelings.

    Rakyat has been tolerating your nonsensical remarks every now and then. Perhaps, people like you need to be taught some violence.

    The rakyat has not resort to violence yet. Instead many have continued to tolerate the abusiveness they are receiving. Your kind are promoting the rakyat to rise up and use violence very soon.

    Room for talks has ended long time ago when efforts had been made way back to 2005.

    If people of your kind still think and continue to behave in an abusive method, be prepared for the real retaliation from the rakyat!

    ReplyDelete
  26. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Maaf sekali lagi kerana menyibuk tulis "comment". Mana tak? Rasanya nak mengalir mata ni, tau, bila baca artikel-artikel kisah benar sesetengah rakan pengunjung, apatah lagi, mendengar siaran video "clip" daripada sumber berita yang sahih.

    Justeru, sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, saya benar-benar kecewa dan geram tak terkata dengan sikap sesetengah rakan pengunjung yang masih terkinja-kinja menyokong para dajjal ini. Bayangkan, kalau saya yang tak mampu berhimpun itupun terasa benar suasana itu, apatah lagi, mendengarkan helikopter berlegar di ruang angkasa semenjak beberapa hari lalu, apakah kamu ini hilang kewarasan dan buta mata hati? Atau kamu ni dah biasa dengan kesenangan yang memperdayakan ini? Kalau begitu, lebih baik butakan aja mata, pekakkan aja telinga dan kudungkan aja anggota ... Baru tau macam mana rasanya, kan? Saya tahu, kamu tentu akan benci dengan expressi sebegini, tetapi, saya cuma minta kamu untuk merenungi hakikat peristiwa ini dengan aqal, bukan hanya dengan mata kasar dan nafsu aja, K?

    Terima kasih juga kepada rakan taulan yang turut berkongsi info kejadian; malah ada juga yang mengongsikan fakta penyelewengan dalam sidang parlimen tempoh hari. Kepada rakan yang jadi mangsa, bersabarlah; sesungguhnya Dia (Allah) pasti bersama kita. Menutup bicara, bersamalah kita renungkan saranan ikhlas Saudara Aspan ini agar Malaysia setelah ini bebas daripada belenggu pagar berduri yang dijana aqidah songsang mereka yang hanya pandai melagukan Al-Quran dan Hadith Nabi dengan irama UMNO baru ciptaan mereka sahaja, sekaligus diurus-tadbir mereka yang benar-benar layak lagi bertanggungjawab tanpa batasan agama dan bangsa, insha Allah.

    Terima kasih dan teruskan perjuangan sehingga "BERSIH!!!"

    ReplyDelete
  27. QD,
    biasalah your overseas kawan jenis elite, jenis kaki ampu umno ! My friends abroad remarked Bravo, People's Power!

    ReplyDelete