Khabarnya Bersih 3.0 akan diadakan pada 28hb April ini. Kali ini akan diadakan di Dataran Merdeka dan rally itu akan diadakan juga diseluruh negara dan diseluruh dunia dimana rakyat Malaysia berada. Pak Samad Said akan mengetuai rally itu untuk meminta semua 8 tuntutan Bersih 3.0 itu dipenuhi sebelum pilihanraya diadakan. Malas rasanya untuk mengulangi apa tuntutan-tuntutan pihak Bersih 3.0 itu tetapi semua tuntutan itu merupakan tuntutan yang asas bagi sebuah demokrasi.
Tuntutan-tuntutan itu bukannya tuntutan yang bukan-bukan tetapi kesemuanya adalah perkara-perkara yang asas bagi sistem pilihanraya dalam negara-negara demokrasi. Tinggal lagi pihak yang sedang memerintah sekarang berasa payah untuk memenuhinya kerana mereka sudah terlalu biasa dengan kerja-kerja cincai dan mengambil semuanya ‘for granted’. Apabila rakyat menuntut semua perkara yang asas ini maka mereka (pemerintah) merasakan itu semuanya sebagai tuntutan yang bukan-bukan dan terlalu payah untuk dilaksanakan.
Tetapi apakan daya rakyat kita seperti rakyat yang ingin merasakan hidup seperti dalam negara yang maju, sistem pemilihan dalam pilihanraya yang sempurna mengikut standard pilihanraya umum itu adalah isu yang sangat penting. Bagi diri saya pula, saya memandang isu ini sebagai isu yang kecil sahaja jika kerajaan yang memerintah mempunyai nilai ‘civility’ yang tinggi.
Tetapi itu bukan keadaanya didalam pemerintahan pada dinihari. Pihak yang memerintah pada hari ini terlalu obsess untuk terus berkuasa dan tidak mempunyai sikap ‘gentleman’ yang didalam demokrasi ini dan tidak bersedia menerima kekalahan. Menggilirkan pemerintahan itu adalah perkara yang biasa didalam sesuatu demokrasi. Rakyat boleh memberikan mandat kepada siapa dan pihak mana yang mereka rasakan boleh dipercayai dan lebih meyakinkan mereka (rakyat).
Tetapi oleh kerana rakyat selama ini telah memberikan keyakinan kepada BN sejak merdeka dahulu, maka mereka (BN) merasakan jika ada kecenderungan rakyat untuk memberikan mandat itu kepada pihak lain yang lebih meyakinkan, mereka (BN) menganggap itu sebagai dosa besar rakyat kepada mereka. Unsur yang sudah terbalik ini jelas sedang menyelubungi pimpinan kerajaan hari ini dan mereka tidak mahu kuasa pinjaman dari rakyat itu terlepas dari genggaman mereka. Untuk memisahkan mereka dengan kuasa yang mereka salahgunakan itu ibarat mengasingkan kulit dengan daging.
Tetapi rakyat sudah memberikan segala-galanya kepada mereka (BN) selama ini tetapi kebaikkan budi dan keyakinan yang diberikan oleh rakyat selama ini telah disalahgunakan oleh mereka (BN) dan seperti yang saya sebut tadi, mereka (BN) mengambil kebaikkan rakyat selama ini dianggapnya sebagai kelemahan dan mereka (BN) boleh lakukan segala-galanya sesuka hati tanpa mengambil kira perasaan rakyat yang sudah lama terguris..
Sejak beberapa pilihanraya yang lalu pihak (BN) dikatakan telah menggunakan taktik yang kotor untuk terus berkuasa dan salah satu dari taktik kotor itu ialah dengan memberi hak mengundi kepada pendatang asing dengan cara haram. Inilah salah satu perkara dan isu yang ditentang oleh pihak parti-parti alternatif kerana mereka merasakan yang mereka ditipu dan diperlakukan dengan perkara-perkara serta taktik yang terlalu tidak boleh diterima oleh sistem demokrasi itu sendiri.
Sekarang BN sedang menghadapi tekanan dari rakyat dan tekanan ini merunsingkan BN kerana apa-apa kesalahan yang mereka lakukan pada masa lampau sudah tidak lagi diterima oleh rakyat. Rakyat mahukan pilihanraya yang transperan dan tidak mahu lagi melihat calon-calon
BN memenangi pilihanraya apabila peti-peti undi orang asli atau peti-peti undi pos yang keadaannya begitu ‘dubious’ pada pandangan rakyat. Rakyat mahukan ahli-ahli legistatif yang mendapat sokongan dan undi yang ‘legitimate’ dan bukannya mereka yang masuk ke dewan Legislatif secara yang meragukan. Pemimpin-pemimpin parti kerajaan wajar belajar untuk menjadi pemimpin yang ‘legitimate’ supaya jiwa akan lebih merasa tenang dan tenteram dari merasa bersalah kerana mereka tahu yang setengah diantara mereka itu memenangi kerusi dalam pilihanraya secara yang tidak betul.
Hanya saya berharap agar Bersih3.0 itu dibenarkan oleh pihak berkuasa dan bantu mereka yang pergi ke rally tersebut supaya tidak berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. Orang ramai yang akan datang itu nanti hanya hendak menunjukkan perasaan tidak puas hati dengan hanya duduk secara aman di Dataran Merdeka pada hari itu. Rakyat ada hak untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka kerana negara ini adalah negara mereka juga. Negara ini bukan hanya untuk OKU-OKU (orang kuat UMNO) sahaja tetapi juga hak semua rakyat.
Kita tidak mahu negara ini dijadikan sebagai sebuah ‘police state’. PDRM itu adalah polis rakyat bukannya polis BN atau pun polis UMNO. Jika PR yang memerintah nanti polisnya adalah polis yang sama juga. Pihak berkuasa terutamanya pihak polis wajar bertindak adil dan tidak bertindak seperti ‘limau masam sebelah’. Rakyat tidak mahu pegawai polis seperti Datuk Khalid Abu Bakar yang memihak dalam isu Bersih yang lalu.
Yang akan menghadiri rally itu nanti bukan penjenayah. Mereka adalah rakyat dari berbilang kaum yang tidak berpuas hati terhadap keadaan politik yang menyelubungi negara pada hari ini.
Secara peribadi, saya menyokong sepenuhnya tindakan untuk mengadakan rally Bersih 3.0 ini kerana itu sahaja cara yang tinggal untuk menzahirkan manifestasi rakyat jelata. Isu ini adalah isu penting untuk rakyat kerana pilihanraya yang bersih adalah asas kepada kesetabilan politik negara kita yang di diami olih banyak kaum dan cara hidup yang berbeza-beza ini.
Khabarnya bila waktu undi ada orang bawa lebih dari 10 mykad dalam koceknya.
ReplyDeleteSemua mykad semua ada gambar yang sama dan cap jari yang sama tapi hanya berlainan nombor.
Kenapa kena undi dalam sekolah di kelas-kelas yang bertentangan?
Khabarnya orang yang bawa banyak mykad itu setelah undi di kelas atas boleh undi di kelas bawah kemudian pergi undi di blok yang lagi satu kerana mempunyai mykad yang nombornya berlainan.
Khabarnya orang Malaysia sudah kena tipu hidup-hidup sejak dulu lagi.
Khabarnya kalau pilihanraya itu adil, dah lama BN ditumbangkan...tapi pasal pilihanraya itu tak adil, maka BN masih selamat walaupun orang Malaysia sudah tak suka kat BN.
ReplyDeleteKhabarnya SPR adalah ibu kepada segala ketidakadilan dalam pilihanraya Malaysia. SPR bukan hanya biadap tapi jahat kerana bergabung dengan Umno dan Barisan Nasional untuk memastikan kemenangan berada di pihak mereka.
Berikut adalah senarai kepincangan SPR yang wajar dihukum;
1.Membatalkan penggunaan dakwat celup jari
2.Pengesahan duti setem pada borang pencalonan pada saat akhir
3.SPR tidak konsisten, keluar arahan berbeza dalam masa dua hari.
4.Undi pos kini tidak lagi rahsia, telus kerana punya nombor siri
5.SPR masukkan 1,031 pengundi pos di Belantek, Kedah
6.SPR sahkan 8,666 pengundi berusia 100 ada dalam daftar pemilih
7.SPR tolak bantahan dan celaru pada hari pencalonan
8.Bukti tentera ada dua nama dalam daftar pemilih SPR sebagai pengundi awam
9.Tidak daftar dan mengundi tetapi tersenarai dalam senarai daftar SPR
Bersih 3.0 perlu dianjurkan demi untuk menyedarkan rakyat bahawa penipuan berleluasa oleh kerajaan sekarang.
ReplyDeleteUmno bertungkus-lumus berusaha menyambung talian hayatnya di atas pembohongan dan penipuan.
ReplyDeleteRakyat marah, Rakyat Bangkit, kenapa nak halang bersih?, kerana yang mahukan bersih terbukti orang yang sayangkan demokrasi.
ReplyDeletePemimpin utama mereka pasti terheret ke mahkamah kerana terlalu banyak salah laku dan rasuah yang telah mereka lakukan.
Sedarkah anda SPR selalunya berimej baik dan lembut, ini untuk mengaburi mata awam.. namun semua sudah tahu... SPR sangat kotor dan kejam.
Nurul Izzah penah menyuarakan kebimbangannya berhubung pangkalan data pusat SPR dan sistem yang menghubungkan antara sistem Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR yang didakwanya "tidak terkini dan terdapat beberapa kelemahan yang perlu dirungkaikan".
ReplyDeleteSuruhanjaya Pilihanraya (SPR), memang tidak pernah mengambil iktibar.Adakah mereka tidak tahu bahawa rakyat Malaysia sekarang bukan dungu?
ReplyDeleteSPR sentiasa memberi helah dan alasan dangkal untuk menhalalkan segala penipuan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka selama ini.
ReplyDeleteTindakan SPR menutup pintu rundingan dengan rakyat merupakan satu penghinaaan dan penganiayaan bahawa SPR ternyata menjadi talibarut UMNO BN sejak dulu, kini dan selamanya.
Sebagai "badan bebas" sepatutnya SPR berkecuali dan bersikap profesional dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini.
Rupa-rupanya SPR mahu terus biarkan pilihanraya itu kotor dan menjijikan. SPR mahu terus amalkan "sistem double standard" yang diamalkan selama ini.
Rakyat bukan lagi bodoh dan boleh ditipu buat selamanya.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteSyabas sekali lagi! Sememangnya sokongan padu saudara terhadap perhimpunan sebegini mencerminkan kematangan dan justifikasi saudara yang adil dan telus. Terus-terang saya katakan, sepatutnya UMNO, khasnya, wajib mengambil saudara sebagai "tutor" mereka sekiranya mereka benar-benar ikhlas. Tapi, rasanya, mustahil!!!
Kalau saudara sebutkan akan pasangan kalah-menang dalam politik demokrasi, itu sahaja pun logik, kerana sememangnya penciptaan majoriti fenomena alam ini juga berpasangan, kan? Bayangkan sahaja adanya malam dan siang, matahari dan bulan, insan berupaya dan kurang upaya, lelaki dan perempuan ... Begitulah juga dengan kalah menang ... Hatta, tentera Muslimin di zaman Rasulullah SAW sendiri pernah kalah akibat ingkar taktik yang diatur Baginda oleh tentera pemanah di puncak Bukit Uhud. Begitu juga dengan apa juga aturcara pertandingan sukan, misalnya. Jelas dengan itu, dalam politik pun, sudah tentu ada pasang surutnya, kan?
Tapi, apakan daya; UBN kini bagaikan sedang mewarisi ajaran Fir'aun yang dilaknat Allah itu: "Akulah (UBN) Tuhan kalan!" Memang Mahathir dan sekalian anak didiknya tak cakap macam tu. Tapi, kalau dah sampai kata "Jangan bersahaja mahu tukar pemandu di tengah jalan"; bukankah kalimah seperti itu adalah ugutan jelas dan nyata kepada rakyat? Justeru, saya bersetuju akan pantun dua kerat orang tua-tua kita dahulu: "Siakap senohong gelama ikan duri; bercakap bohong, lama-lama 'MENCURI'" ... Sampai, mahu berkuasa hingga mati ...
Dengan ini, bersamalah kita mengirim ucapan tahniah kepada Pak Samad serta para mujahidin Muslimin dan para pejuang kebenaran warga Malaysia di atas penganjuran perhimpunan yang insha Allah, bakal menjadi antara peristiwa lipatan sejarah negara, sekaligus, kepimpinan yang ada jangan banyak cakap dan songel; tak sanggup bekerja, letak jawatan dan keluar terus daripada Putrajaya! Kalian (UBN) jangan ingat Malaysia ini milik kalian; malah sedar dan insaflah, kalian sendiri adalah milik mutlak-Nya, K? Jangan kerana tamak dan takabbur, ada nanti di antara kami yang akan dakwa kalian pada hari yang tiada tebusan; hari yang masing-masing ingin lepas tangan, tau!
Justeru, jutaan penghargaan dan terima kasih di atas keizinan saudara kepada saya berkongsi pandangan selama ini, dan ampun maaf dipohon kiranya kedapatan unsur yang tak wajar. Akhirnya, walaupun sukar bagi saya menyertai perhimpunan suci itu, jauh di sudut hati tetap bersama kalian dengan doa dan kebulatan tekad menumbangkan regim zalim lagi mundur akhlak ini, insha Allah.
Terima kasih.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteBertentangan dengan pendirian tuan, saya memang tidak pernah bersetuju dengan demontrasi jalanan. Tiada masaalah dengan perhimpunan untuk menunjuk rasa tetapi bukanlah dijalanan.
Cuba cara idea yg lebih bernas tentang bagaimana hendak menangani apa yg dikatakan penipuan sistem pilihanraya. Antara satu kelemahan pembangkang adalah tiada wakil calun yg berwibawa semasa proses pengundian dijalankan. Wakil calun/parti boleh membantah/mempertikaikan jika didapati ada pengundi yg meragukan. Jika pun bantahan itu mungkin ditolak, catatan rasmi bantahan itu akan direkodkan oleh pegawai SPR. Ini boleh jadi bahan bukti jika pembangkang ingin memulakan proses tuntutan di mahkamah. Didiklah ahli parti untuk jadi lebih cerdik. Memanglah tidak semudah mengumpul penyokong untuk berdemontrasi tetapi ianya penting untuk jangka panjang. Sebenarnya banyak lagi cara untuk membenteras strategi pemerintah tetapi entah kenapa kepimpinan pakatan rakyat seperti enggan untuk mendidik majoriti penyokongnya.
Bersih kali ini skripnya pasti sama. Sebelum terjadi perhimpunan ini pun kita boleh menduga apa penghujungnya. Seperti skrip sebelum ini, tanpa PAS, demontrasi jalanan ini pasti tidak akan meriah. Namun credit patut diberikan pada unit amal PAS yg berdisiplin. Apa ntah agaknya akan terjadi jika AMK yg mengetuai tunjuk rasa ini. PKR dan UMNo ini bagaikan saudara kembar dari segi kelakuan nya. Kali ini kita lihat jika DAP dapat menyaingi PAS dari segi kehadiran ahlinya.
Berhimpun dan mengadakan demonstrasi; menunjuk perasaan secara aman adalah salah suatu tindakan yang sah dari segi syara dan undang-undang untuk menyatakan penentangan terhadap kemungkaran. Ia suatu pendekatan yang berkesan untuk menyerlahkan pengaruh dan kuasa kebenaran.
ReplyDeleteOrang yang zalim akan kembali sedar menginsafi kesalahan diri mereka. Hukum asal berhimpun secara aman dan berdemonstrasi adalah harus .
Demonstrasi memperkasa kecenderungan rakyat ke arah mempertahankan kebenaran.
ReplyDeleteMenyuarakan isu kebenaran dan membenarkan yang hak adalah suatu kewajiban moral ; malah dia adalah syiar agama.
ReplyDeleteDemonstrasi dapat meniup semangat orang ramai supaya menggalakkan mereka bertindak untuk menegur dan membanteras kejahatan.
Demostrasi adalah permulaan kepada kesedaran yang akan meniupkan semangat perjuangan umat. Kalaulah tidak kerana kesedaran pihak tertentu tentang peranan demonstrasi ini dalam menggerakkan dan menimbulkan kesedaran massa, sudah pasti mereka tidak akan merubah sikap atau sudah pasti golongan mereka tidak akan mengurangkan ketidakadilan mereka kerana adanya demo-demo menentang penipuan mereka.
ReplyDeleteRakyat tidak sepatutnya tinggal diam seribu bahasa membiarkan kejahatan dan kezaliman berlaku terus menerus terhadap diri mereka.
ReplyDeleteRakyat wajar tampil menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, menentang rasuah dan salah guna kuasa dalam pelbagai bidang hidup demi kesejahteraan bangsa dan keselamatan negara mereka .
Demonstrasi aman seperti BERSIH bukan perkara baru dalam sesebuah negara maju seperti Britain, Amerika dan lain-lain. Dalam Negara tersebut semua jentera negara – termasuk polis dan pegawai trafik – memberi laluan, kerjasama dan melindungi para penunjuk perasaan aman berkenaan.
ReplyDeleteDemonstrasi perlu demi mempertahankan kebenaran di samping menentang kebatilan dan kezaliman.
ReplyDeleteKalau perundingan dan perbincangan telah gagal, maka keluarlah beramai-ramai untuk menobatkan kebenaran dan menumpaskan kebatilan adalah suatu hak yang sah .
Amalan ini juga diperakukan oleh Allah untuk menunjukkan penentangan serta penolakan terhadap amalan yang munkar.
Rakyat yang melahirkan sikap dan menunjuk perasaan atau berdemonstrasi secara aman adalah suatu yang dibenarkan dalam Islam; bahkan pernah diamalkan oleh para leluhur di zaman silam dan malah menjadi amalan bangsa-bangsa yang bertamadun, bermaruah dan merdeka.
ReplyDeleteMintak sangatlah! Ketepikan UMNO dan BN penggal ini. Dah berpenggal penggal sehinggakan mereka nak memenggal semua orang yg tidak bersetuju dgn mereka.
ReplyDeleteABU>>>ABU>>>>ABU
Sebagai insan with an analytical mind, namun hati saya terasa sedih, bila membaca, kerana itu ( rally Bersih 3.0 )
ReplyDeletecara yang tinggal untuk menzahirkan manifestasi rakyat jelata di paragraph terakhir masterpiece Saudara Aspan.
Saya pasti kawan-kawan baik saya dalam guaman mesti sibuk collaborating melalui Iphones mereka untuk
memberi sokongan. Banyak yang akan diselami melalui minda, hati dan mata di hari yang bersejarah tersebut.
Saya akan turut bersama di rally tersebut.
Bagaimana pula, kita yang bertenaga ?
Demonstrasi adalah gerakan bantahan yang dilakukan oleh sekumpulan orang di khalayak.
ReplyDeleteDemonstrasi dibuat bagi menyatakan perasaan, pendapat atau meluahkan fikiran secara terbuka.
Demonstrasi adalah susulan terakhir setelah perundingan dan perbincangan gagal mendapat persetujuan berdasarkan isu-isu umum khususnya keadilan sosial dan politik.
Kejayaan demonstrasi bergantung sepenuhnya ke atas kekuatan para peserta dan jumlah bilangan yang mengambil bahagian.
Lokasi juga memainkan peranan penting kerana jumlah peserta yang ramai memberi mesej bahawa perjuangan atau tuntutan penganjur adalah sangat penting. Contohnya ialah demonstrasi yang akan diadakan di Dataran Merdeka menggambarkan berlakunya ketidakadilan SPR dalam mengendalikan pilihanraya Rakyat dalam sebuah negara yang merdeka.
Demonstrasi mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Antaranya ialah:
- menyerlahkan pengaruh dan kuasa Rakyat
- kesedaran tentang kezaliman dan penindasan terhadap Rakyat
- menyatakan pandangan Rakyat secara terbuka
- memperkasakan kecenderungan Rakyat
- mempamerkan kekuatan Rakyat
- menyampaikan hasrat Rakyat
- mempertahankan hak Rakyat
Kejayaan demonstrasi bergantung sepenuhnya ke atas kekuatan Rakyat dan bilangan Rakyat yang mengambil bahagian.
Duduk dan bantah bermaksud RAKYAT akan duduk ber-ramai2 dan membantah secara aman. Bukan memprotes, melawan, memprovokasi dan mengejek2 atau apa. Ini ialah himpunan aman.
ReplyDeleteMembantah ape tu?
Sebenarnya bukan bantah pun. Hanya RAKYAT menuntut SPR mereformasikan dan membebasakan badan SPR itu dari cengkaman penjajah politik supaya dapat bersifat lebih adil dan bersih dalam menjalankan pilihanraya.
Ape tu tuntutan yang diminta?
- Bersihkan senarai undi
- Mereformasikan undi pos
- Gunakan dakwat kekal
- Akses media bebas & ADIL
- Masa berkempen MINIMA 21 hari
- Kukuhkan institusi awam
- Hentikan rasuah
- Hentikan politik kotor
Tak le bincang ke dulu?
BERSIH ditubuhkan pada bulan Julai 2005.
BERSIH dirasmikan pada 23 November 2006.
Perhimpunan Bersih 1.0 ialah pada November 2007. (setahun selepas dirasmikan)
Perhimpunan Bersih 2.0 ialah pada Julai 2011.
Apakah sejak 2005 sampai sekarang tiada perundingan dan perbincangan dengan SPR?
Apakah 2 perhimpunan Bersih yang lepas masih tidak dihiraukan oleh SPR untuk menyelesaikan kepincangan tuntutan yang dihadapi oleh Rakyat?
Apakah SPR menganggap 8 tuntutan oleh Rakyat itu tuntutan bodoh?
Kenapa SPR memperlekehkan rakyat yang menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas?
ReplyDeletePembaca yag dikasihi,
ReplyDeletePersoalan samada demontrasi atau perhimpunan aman itu bermasalah atau tidak bukan isu pokok sebenarnya. Samada perhimpunan tersebut akan berlangsung dengan aman atau berkemungkinan akan menyebabkan rusuhan dan kekacauan bukan perkara topik yang harus difikirkan.
Isu sebenar ialah apa yang mendorong kepada perhimpunan tersebut. 1 Malaysia mahu pun 1 Dunia telah sedia maklum bahawa BERSIH lahir adalah kerana kegagalan pemerintah melalui SPR untuk memastikan perjalanan piliharaya dilangsungkan dengan adil dan telus. Banyak masalah2 yang berbangkit sepanjang pilihanraya yang lepas yang meliputi pelbagai perkara telah dibangkitkan ke pihak berkenaan. Banyak meeting, momerandum dan saranan dikemukakan kepada pemerintah dan SPR termasuk diparlimen namun hampir 95% dari komplen ini tidak diberi perhatian sewajarmya. Rakyat Malaysia mahu pun PR itu sendiri sedayaupaya telah menggunakan jalan sewajarnya agar pemerintah lebih responsif terhadap tuntutan2 berkenaan sehingga terbentuknya PSC namun semuanya dipandang remeh. Jadi apa pilihan lain yang rakyat dan PR ada.
Pembatalan penggunaan dakwat celum dalam GE sebelumnya mengikut dakwaan pihak keselamatan adalah kerana ada pihak yang telah membeli dakwat dari luar negara untuk mensabotaj pilihanraya. Tapi sampai sekarang pihak keselematan iaitu polis gagal untuk menunjukkan sebarang bukti tersebut malah tidak ada langsung tangkapan yang dibuat. Ini benar2 AUTA dan BOHONGAN besar malah dalam satu sesi forum Nazri Aziz telah menjelaskan bahawa pembatalan ini adalah atas arahannya. Nampak tak...kementerian keselamatan dipergunakan untuk membohongi 1 Malaysia tentang punca sebenar pembatalan penggunaan dakwat celum dalam GE yang lepas.
Banyak isu besar yang dibangkitkan melalui BERSIH malah Mahfuz Omar beberapa hari lepas turut mendakwa mengenai kewujudan "Task Force" yang bertanggungjawab mengeluarkan IC kepada pendatang2 asing di Malaysia. Perkara ini merupakan satu "dakwaan" serius. Pihak berkenaan harus menyaman Mahfuz kalau merasa dakwaan ini tidak benar dan tidak sekadar menafi saja. Keperluan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat ini amatlah disokong kerana isu ini melibatkan soal asas dan keselamatan negara. Kalaulah soal peribadi seperti kes lemam mata Anawar Ibrahim, Suruhanjaya Diraja siasatan boleh dibentuk, rasional apa perkara yang membabitkan keselamatan negara dan rakyat Malaysia berhubung "Task Force" berkenaan, Suruhanjaya DiRaja bagi sisatan kes itu tidak boleh dibentuk. Nampak sangat KARTUN nya pemerintah yang memegang tampuk pemerintahan sekarang.
Kepada yang bengap mempersoalkan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 ini tak rasional, tak relevan dan boleh menyebabkan rusuhan berlaku..anda perlu bertanya diri sendiri..kalau dah segala saluran formal. informal dan segala macam kaedah yang wajar telah digunakan untuk menyalurkan masalah...tetapi tetap dipandang remeh oleh pemerintah UMNO BN...apa lagi jalan yang terbaik yang perlu diambil???. PSC sekadar satu komiti kartun..satu opera untuk memutarkan isu agar rakyat awam merasa pemerintah bertanggungjawab dan responsif. Namun hakikat sebenar...pemerintah sekarang iaitu UMNO BN berdolak dalih dan cuba menutup kebenaran.
Kalau perkara semudah begini tak boleh nak faham2...lebih baik mampus dan jangan jadi warga negara Malaysia. Jangan hanya kerana mak bapak, saudara mara mahu pun diri sendiri hanya ahli UMNO BN...kebenaran dan realiti yang benar2 berlaku ini korang buat2 tak nampak. Kalau itulah sikap korang...memang ada harapan esok..bakal PM Malaysia adalah berketurunan Indonesia, Bangladesh, India, Nepal, Myanmar, Kemboja, Pakistan dan entah ke apa lagi.
Alahai bengapnya sebahagian warga Malaysia berdarah biru UMNO BN !
Saudara AA,
ReplyDeleteUMNO/BN akan menggunakan segala alasan dan kaedah, samada sah atau tidak, untuk menggagalkan Bersih 3.0. Mungkin April 28 2012 akan menjadi detik di mana sejarah negara kita akan ditulis semula. Api untuk sebuah kerajaan yang telus, etika dan transparen akan terus membara.
Shalom.
Ibnu Ismail,
ReplyDeletenak buat cara cerdik dan IQ tinggi macamana lagi? Notis untuk bahas untuk memaukkan minority report dah diberi awal-awal. Kena Tolak. Selepas itu, Speaker dah koner baring, terus je skip perbahasan, terus mengundi.
2. Isu yang paling besar ialah intergriti daftar pemilih yang akan digunakan itu yang menjadi persoalan. Bukti-bukti yang daftar pemilih itu bermasaalah telah banyak didedahkan dengan bukti-bukti.
Hakikatnya UBN tidak mahu menyelesaikan masaalah Daftar pemilih ini secara telus. Tuntutan supaya PRU diadakan secara bersih dan telus bukan sahaja hak pembangkang. Hakikatnya ia adalah hak mutlak rakyat. Hak mutlak rakyat supaya mereka dapat memilih wakil-wakil mereka ke parlimen atau DUN secara adi; bersih dan terus. Dalam mencapai tujuan ini DAFTAR PEMILIH MESTILAH BERSIH DAN TELUS.
3. Dalam isu ini pembangkang dan rakyat mahu satu proses pRU yang bersih dan telus. Tetapi dengan cara bagaimana laporan PSC dibulldoze jelas menunjukan UBN tidak mahu satu PRU yang telus.
Apa pilihan rakyat? Apa lagi jalan yang perlu dibuat? Pi bakar pejabat SPR? Take laws into their own hands just like in Tunisia or egypt?
mat pendang
btw, apa punya double standard la people like u. Mamak-mamak penang yang mengaku melayu tulin tu senang-senang je keluar demostrasi bila aada tak puas hati? Kalau orang lain tak boleh...pseudo melayu ni pun tak bolehhhhhh la
Anon 6 April 2012 10:26:00 GMT+08:00
ReplyDeleteIni kes double standard je. Geng depa kat Penang tu boleh demonstarate bila-bila masa je depa suka. Depa boleh pi bertindak ganas menganggu demo orang lain....tak salah....halal.....tak ada tindakan apa-apa pun dari polis. Hatta pemimpin-pemimpin uatama mereka pun dok dendiam je, menyokong tindakan gila babi ni.
Orang lain semua takboleh. Orang lain semua tak cerdik, otak kat kepala lutut konon.
Itu lah cerita puak-puak UMNO Baru totok ni....JANGAN HIRAUKAN MEREKA!KITA TUNTUT DAN KITA AMBIL BALIK NEGARA KITA DARI TANGAN PENYANGAK-PENYAGAK INI MELALUI PRU13 YANG BERSIH DAN TELUS!
RAKYAT PERLU KELUAR BERAMAI-RAMAI MENUNTUT HAK MEREKA PADA 28 APRIL INI!
mat pendang
Pelabur asing takut ke Malaysia kerana melihat rakyatnya terpaksa berhimpun secara beramai-ramai sehingga 3 kali hanya kerana gagal mendapat persetujuan melalui perundingan dan perbincangan oleh sebab 8 tuntutan sahaja!
ReplyDeleteIni memperlihatkan kelambatan, kelembapan, ketidakadilan, kebodohan, kerakusan, ketirisan, kekejaman, kebatilan, kezaliman dan kecuaian dalam menangani 8 tuntutan rakyat sebab telah mengambil masa yang begitu lama sehingga 7 tahun masih tidak dapat menyelesaikannya secara profesional.
Maklumlah ada 'negarawan' kononnya, pernah menyerlah bahawa pentadbiran negara diwakili oleh manusia yang tidak profesional.
saya menjangkakan tinadakan yg sama akan diberikan kepada bersih 3 seperti tindakan tidak bertamadun yg diberikan kepada bersih 2 yg lalu. sebabnya mudah saja, negara kita sedang diterajui oleh org-org yg kurang cerdik dan mendapat penasihat yg lebih tidak cerdik. sekarang pihak pr sudah ada bukti org tertinggi dalam kerajaan terlibat dalam pemberian kerakyatan kpd warga asing yg membolehkan mereka mengundi nanti. inilah nasib negara ku sekarang yg diperintah oleh mafia berlesen.
ReplyDeleteBro Aspan,
ReplyDeleteAnon 4:10:00 GMT+08:00 kata
"..Kalau itulah sikap korang...memang ada harapan esok..bakal PM Malaysia adalah berketurunan Indonesia, Bangladesh, India, Nepal, Myanmar, Kemboja, Pakistan dan entah ke apa lagi...."
=================
Ini satu gambaran realiti yang menarik dan perlu mendapat perhatian kepada semua ahli-ahli UMNO Baru terutama yang totok...yang jenis komen sebaris.
Kerana nak menang, kerana nak kekal kuasa, kerana takut penghadapi pengadilan keatas salahlaku, pemimpin-pemimpin UMNO Baru berani memberi kerakyatan kepada mat bangla, mat myamar, mat indon...entah siapa lagi dengan janji mengundi BN!......Murah betul nilai IC biru kita kerana bagi mat bangla dan mat Indon, imbuhannya tak ternilai besarnya iaitu akan mendapat " HAK-HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN"
APAKAH MAKNANYA KEPADA KITA ORANG MELAYU ASLI? Dalam 30 atau 40 tahun lagi, mereka ini akan beranak pinak disini, bercucu cicit disini. Maknanya kita kena berkongsi hak-hak kita dengan mereka. Anak-anak cucu kita kena bersaing dengan mereka untuk mendapatkan pendidikan, biasiswa dan apa jua hak kita orang melayu...Peluang-peluang perniagaan untuk orang melayu. hangpa ingat hangpa boleh ke bersaing dengan mereka?...mereka lagi kuta autanya!Ini akan kena kepada semua orang melayu termasuk ahli UMNO BARU TOTOK!
Hangpa ahli-ahli UMNO Totok sanggup ke berkongsi masa depan anak-anak hangpa dengan keturunan mat bangla, mat indon ini? AKU TAU JAWAPAN HANGPA....HANGPA RELAAAA! JANJI PEMIMPIN-PEMIMPIN HANGPA MENANG PRU 13, JANJI DEPA TERUS KAYA RAYA MEROMPAK HARTA NEGARA!
PERCAYALAH, apabila situasi ini terjadi, puak-puak UMNO Baru totok seperti hangpalah yang akan menjadi mangsa. Orang melayu lain yang tidak pernah menjadi ahli totok parti hangpa dah biasa menghadapi persaingan untuk hidup. kami dah ajar anak-anak kami untuk berusaha keras untuk hidup dan bersaing untuk hidup. Anak cucu kami teruk juga tapi taklah seteruk anak cucu hangpa.
Time tu nak menyesal dah tak guna. hangpa tobat lahom pun tak mengubah apa-apa. Fikir-fikirlah hangpa semua wahai ahli UMNO Baru Totok...itu kalau akai hangpa sampai nak pikiaq!
mat pendang
Mana ada PRU yg adil kalau pihak yg berkuasa lebih condong kpd sifat2 diktator dari demokrat. Mereka akan menggunakan segala helah dan penipuan utk mengekalkan kuasa mereka kerana terlalu banyak kedurjanaan yg telah mereka lakukan terhadap negara dan rakyat
ReplyDeleteContohnya,Hosni Mubarak.Setiap kali PRU parti beliau akan memenangi 80% kerusi parlimen.Setelah digulingkan oleh
kebangkitan rakyat,barulah diketahui pelbagai penipuan dilakukan beliau dan partinya.Bukan setakat itu shj,kes2 salahguna kuasa dan mencuri duit/harta rakyat berlambak-lambak sehingga beliau terbaring atas katil roda pergi ke mahkamah.
Apa yg berlaku kpd Mubarak itulah yg amat digeruni oleh pemimpin2 UMNO/BN sekiranya mereka tidak berkuasa lagi.Sebab itulah Jibby berkata,"By hook or by crook we must win".Sebenarnya,ungkapan itu lebih ditujukan kpd geng2nya sendiri yg bermadsud,"Kalau kita kalah,kita semua akan masuk penjara".
Menghadapi penjaralah yg menghantui mereka setiap hari menyebabkan UMNO/BN membuat tindakan yg tidak bertamaddun utk mengekalkan kuasa.
Rakyat sudah tidak mahu kezaliman, penindasan, penyelewengan, rasuah serta penipuan terus dilakukan tanpa boleh disekat.
ReplyDeleteRakyat tidak lagi peduli dengan pembangunan sedangkan dalam masa yang sama anak-anak muda tidak tahu halal haram, leka khayal dengan hidup yang penuh kepalsuan yang sengaja direka cipta oleh kerajaan lalu.
Jadi apakah dengan perubahan rakyat ini dianggap tidak mengenang budi atau tidak tahu berterima kasih?
Sepatutnya yang menuduh itu yang mesti berterima kasih dan mengenang budi rakyat kerana telah memilih mereka dulu sehinggakan mampu hidup mewah dengan cara mengkhianati kuasa dan mandat yang telah diberikan.
Rakyat memilih mereka dulu bukan untuk selama-lamanya, bukannya mutlak atau kekal.
Rakyat adalah hakim dan berhak memilih siapa saja yang diingini oleh mereka.
Apakah Nabi Musa juga boleh dianggap tidak mengenang budi dan tidak berterima kasih kerana menentang Firaun yang telah membela dan mendidik baginda sejak dari kecil?
Ingatlah, pemimpin yang berkhidmat dengan ikhlas tidak akan mengungkit-ungkit akan segala apa yang telah dibuat untuk rakyat dan negeri, kerana itu adalah tanggungjawab kepada sesiapa saja yang diamanahkan untuk mentadbir negeri ini.
Jangan anggap negeri dan khazanah yang ada adalah milik turun-temurun.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan …….” Surah al-Maidah: 57.
ReplyDeletePergi berdemo kali ini, Tuan Aspan? Making your debut in the demo as a DAP cadre with Sakmongkol and your bosses.
ReplyDeleteSelama ini sokong from the sidelines and not taking part.
Awaiting it dengan penuh syiok.
Boleh tengok drama minggu ini sekali lagi lakonan Anwar dan Mat Sabun.
Anu-war masuk hospital sekali lagi kerana "dipukul polis" dan motorsikal Mat Bun dilanggar lari.
Dan you guys menjerit-jerit polis berlaku kejam.
Satu lagi taktik mencari popularity kerana sokongan PKR merundum. Hahaha.
Autawan sungguh.
Wira perkasa memberi AMARAN kepada UMAT ISLAM supaya jangan bersama dengan Samad Said menyertai Berseh.3. Tidak pula Mat Wira ini menyatakan apa akan jadi kalau UMAT ISLAM teruskan juga bersama Pak Samad. Mat Wira ini menuduh Pak Samad sebagai PENGKHIANAT.
ReplyDeleteTak salah janin Mat Wira ini belum ada bila orang seperti Pak Samad ni mula berjuang.
Tak salah mak bapak Mat Wira ini pun belum beromen untuk nak jadikan Mat Wira ni.
HAMPEH!!!!!
Hendaklah di ingat bahawa budi ALLah kepada hambanya adalah lebih besar daripada budi hamba kepada hamba (sesama manusia). Dan kita tidaklah boleh berdiam diri apabila kemungkaran berlaku di depan mata kita.
ReplyDeleteSalam AA dan bloggers,
ReplyDeleteThe political landscape has changed.While the oppressed and the bullied throng into public places to be heard and demand for reform, the regime were plotting a crackdown. They can move the goalpost and replace the referee but we leave the field with head held high,dignity intact,morally won. With our perseverance, the remaining bootlickers,applepolishers and hanger-ons would eventually drained their energy and gave up. Still,if everything else failed,the end move in politic is to pick up the gun.Sad but true.
Surrogate
Dah lama ditampuk kuasa lalu merasa negara Malaysia ni mak bapak depa yang punya.
ReplyDeletePemimpin2 "species firaun" ni dah bungkak. Mentekedarah duit rakyat dan khazanah negara dengan cara memanipulasi segala undang2 dan peraturan sedia ada. sistem kehakiman dan jabatan polis dipergunakan selaras dengan kehendak pimpinan UMNO BN tanpa memperdulikan hakikat kebenaran dan prinsip keadilan. Sebab itu banyak kes2 pelik walau pun melibatkan billion duit rakyat lesap, tapi pimpinan berkuasa sekarang langsung tidak berinisiatif untuk membongkar malah berusaha menutup penyelewengan ini dengan bantuan EG dan jabatan polis yang telah secara kemas disusun untuk tujuan berkenaan.
Tuntutan rakyat untuk sebuah pilihanraya adil dan benar2 bebas dipenuhi umpama melepas batuk ditangga. PSC dibentuk sebagai wayang untuk mengelirukan orang ramai kononnya mereka responsif terhadap tuntutan rakyat.
Warga Malaysia kini tidak punya pilihan lain selain berdemontrasi dan berkumpul dalam BERSIH 3.0. Jom beramai2 bersama perhimpunan ini dan sama2 memberi tekanan kepada regim UMNO BN yang penipu dan sudah mula bersikap zalim.
Duit berbillion hangus disebat puak puaka ini, mereka diamkan saja. Yang mereka sibuk bangkitkan soal Anwar yang kononnya terlalu rendah moral walhal selama puluhan tahun Anwar dalam kerajaan..tidak satu pun mereka mampu dedahkan tentang penyelewengan duit rakyat walau pun satu sen yang dilakukan oleh Anwar.
Pemimpin UMNO BN digambarkan media pro mereka baik2 belaka sedangkan soal billion wang lesap dalam pelbagaio kes tak disebut langsung. Kalaulah bermoral sangat para pemimpin UMNO BN ni..tak mungkin duit sebanyak itu akan lesap..fikirkanlah....dan bandingkan...Anwar yang dituduh mereka seorang pemimpin yang tak bermoral..1 Malaysia tak pernah dengar cerita Anwar ni lesapkan duit negara atau terlibat dalam pembunuhan, rasuah, komisyen dan entah kepala bapak penyelewengan lagi yang hanya membababitkan pemimpin haram jadah UMNO BN saja. Kalaulah Anwar tu tak bermoral dan suka main betina dan pelacur..sepatutnya Anwarlah yang banyak menyeleweng uantuk dapatkan duit sebanya mungkin bagi melanggan entah cina dol mana...tapi tak pulak ada cerita si Anwar ni menyamun duit rakyat.
Hmm..Altantuya dan Scorpeon...hikayat yang diharankan dalam media massa pro UMNO BN. Tak sekor pun wartawan mau pun editor media berkenaan berani memperkatakan tentang perkara ini apa lagi pencacai2 kelas rendah dalam UMNO BN tu.
Dalam kes lebam mata UMNO BN, atas desakan akhirnya terbongkar cerita siapa samseng yang menumbuk Anwar. Sebab itu bila Dato Ramli ( bekas pimpinan PDRM peringkat tertinggi ) dedahkan tentang konpirasi Ketua Polis & EG dengan kepala samseng, mereka abaikan dakwaan ini dan buat tak dengar saja. Kalau benar Dato Ramli berbohong...sila dakwa beliau atau tubuhkan Surihanjaya Diraja bagi menyiasat perkara ini. Saman juga Mahfux Omar yang mendakwa penglibatan Task Force dalam skandal pengeluaran IC kepada pendatang asing atau tubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat dan mencari kebenaranb sebenar.
Jangan hanya berani menafi dan buat bodoh dan sibukkan memfitnah Anwar saja. Penyokong2 UMNO BN dicabar agar pemimpin mereka buktikan ketelusan mereka dalam 2 perkara ini. Jika anda dan UMNO BN tak sanggup melaksanakan 2 permintaan ini, jelas dan nyata anda sebenarnya menyokong parti barua dan regim perusak negara. Selama manakah sanggup hidup menjadi barua regim perasuah dan samseng ini ???.
Buat rakyat yang rasional...ayuh pastikan UMNO BN ditumbangkan walau dengan apa cara sekali pun.
PAK ASPAN,
ReplyDeleteJANGAN SIBUK MEMFITNAH NAJIB DAN UMNO BN JER..SILA BACA KERJA2 KEBAJIKAN YANG DIBUAT OLEH HAJI NAJIB INI:
Siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia mensasarkan, antara lain, syarikat berpangkalan di Hong Kong bergelar Terasasi (Hong Kong) Ltd, dengan pegawai pentingnya Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
NONESiasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.
Gergasi DCN, kemudiannya dikenali sebagai DCNS, dan Thales kemudian menubuhkan syarikat bersama yang dinamakan Armaris untuk mengilang kapal selam pada 2002.
Dua Scorpene Armaris, dinamakan sempena perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan bapa Najib, Tun Abdul Razak, sekarag digunakan untuk tugasan di perairan Malaysia.
Razak Baginda – bekas pemimpin kumpulan pemikir Malaysia yagn menjadi pusat perhatian pada 2006 apabila ketika disiasat dalam kes penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu – disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu, yang pada mulanya diperbadankan pada 28 Jun 2002 sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd, menurut pendaftar pertubuhan Hong Kong.
Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.
Pejabat Terasasi bertempat di tingkat 19, Lockhart Road, dalam daerah Wan Chai, Hong Kong.
Kita patut sokong Haji Najib bukan ???. Patutnya media massa UMNO BN publish berita ini agar rakyar tahu betapa suci dan murninya hati budi PM kita ni ! Pencacai2 UMNO BN..tolong sebarkan kerja2 kebajikan yang dibuat PM kita ni supaya beliau terus diberi mandat dalam GE 13 nanti. Allah Maha Besar...sebaik2 perancangan manusia, tidak akan dapat menandingi rencana dan kemahuan Allah. Sebaik mana pun keburukan itu mahu disembunyikan...kebenaran tetap akan tertegak jua akhirnya. Itu janji Allah.
UMNO pemilik kuasa di negara ini telah memerintah berpuluh tahun dan mereka mempunyai kuasa dalam meluluskan Akta, Undang-Undang, dan penguatkuasaan di negara ini.
ReplyDeleteMasalah aqidah umat Islam masih merupakan masalah utama kepada umat Islam. Cuba tanya pemimpin UMNO, kenapa mereka tidak melaksanakan Hukum Islam kerana mempunyai kuasa dalam meluluskan Akta, Undang-Undang, dan penguatkuasaan di negara ini.
Kesemua tindak-tanduk UMNO BN adalah sama dengan tindak-tanduk KOMINIS untuk mengawal rakyat dan menindas rakyat serta menghapuskan orang yang tidak setuju dengan fahaman Kominis atau BN-UMNO.
ReplyDeleteKominis TIDAK PEDULI tentang HAK ASASI.
Kominis TIDAK PEDULI tentang apa AGAMA kata tentang penindasan dan kemungkaran politik. Bagi Kominis, agama adalah CANDU. Agama menghalang FAHAMAN KOMINIS.
Kominis TIDAK PEDULI tentang KETELUSAN, PROFESIONALISMA.
http://bacajela.blogspot.com/2012/04/gun-begins-to-smoke-in-malaysian-sub.html
ReplyDeleteBersih 3.0
ReplyDeleteKami siap siaga utk duduk dan bantah bersama.
Jumpa di sana..
Bersih 3.0
ReplyDeleteKami siap siaga utk duduk dan bantah bersama.
Jumpa di sana..
Quiet Despair said...
ReplyDeletePergi berdemo kali ini, Tuan Aspan? Making your debut in the demo as a DAP cadre with Sakmongkol and your bosses.
Selama ini sokong from the sidelines and not taking part.
Awaiting it dengan penuh syiok.
Boleh tengok drama minggu ini sekali lagi lakonan Anwar dan Mat Sabun.
Anu-war masuk hospital sekali lagi kerana "dipukul polis" dan motorsikal Mat Bun dilanggar lari.
Dan you guys menjerit-jerit polis berlaku kejam.
Satu lagi taktik mencari popularity kerana sokongan PKR merundum. Hahaha.
Autawan sungguh.
7 April 2012 08:52:00 GMT+08:00
===================================
QD, 28 April hasn't happened, but you have already formed your opinions for that day??
No matter how high your education, how devout you are in your religion, your own words proved that you are a prejudiced bigot.
Your mind is just as "closed" just as prison door guarding its prisoner 24/7.
Your comments have no value. You are just wasting your time in this forum.
--ziggy
QD,I read somewhere that your are a professional graduated from top uni of the world,but I don't think so.you sound soo shallow and write nonsense for the sake of defending you own arguments. Sudahlah don't brag as if you are orang pandai,go to those pro unmo blog as brag all you want and I,m sure you got many supporters there.
ReplyDelete@anon 9 April 2012 18:22:00 & ziggy..
ReplyDeleteQD ni mmg berpelajaran tinggi..tapi bak kata mahathir..umno x terima org pandai dalam umno..nanti kene caras..tu pasal die kene pura2 jadi bodoh..senang diterima dalam umno...
kahkahkahkah...