Seruan pemuda Perkasa supaya orang Islam tidak bersama didalam rally Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28hb April nanti menjelaskan lagi betapa jumudnya pandangan Ketua Pemuda Perkasa itu. Semasa rakyat berbilang kaum sedang bertungkus lumus mencari penyelesaian terhadap penyelewengan dan pencemaran demokrasi ini ada pula pihak yang hendak menyelitkan kepentingan sempit pertubuhan itu dan berniat untuk menggagalkan usaha dan niat rakyat untuk memperbetulkan kepincangan yang dilakukan oleh institusi demokrasi negara ini.
Kenapa pula orang Islam tidak boleh menyertai rally tersebut. Apa yang ‘un Islamic’ nya rally itu sehinggakan orang Islam diseru untuk tidak menyertai rally yang berkepentingan untuk demokrasi dinegara ini? Saya tidak mahu berbahas tentang agama kerana saya tidak berpengetahuan agama yang lengkap. Tetapi apa yang saya fahami Islam memang menuntut umatnya untuk menolak kemungkaran politik dan ekonomi dan memperjuangkan kebenaran.
Pemuda Perkasa meminta supaya Pak Samad (Samad Said) tidak bersekongkol dengan Ambiga dalam rally Bersih 3.0 kerana kumpulan 84 NGO itu adalah semata-mata memperjuangkan perjuangan peribadi Ambiga dan kerja itu adalah kerja anti Islam. Sebagai seorang ahli Perkasa saya tidak nampak niat permuda Perkasa membuat kenyataan itu selain dari berniat jahat untuk memecahkan kesatuan rakyat yang mahukan ‘transparency’ di dalam sistem pilihanraya negara ini.
Bagi UMNO (sokongan Perkasa) mengelirukan rakyat merupakan satu-satunya cara untuk membunuh semangat rakyat yang inginkan sebuah negara demokrasi yang tulin. Mewujudkan kekeliruan ini adalah untuk kepentingan pihak yang gilakan kuasa dan amat takut jika kuasa itu terlepas dari genggaman mereka.
Matlamat kenyataan ini tidak kurang dan tidak lebih untuk memecahkan gerakan yang besar yang inginkan perubahan dan transformasi didalam sistem pilihanraya negara ini. Apabila semua sistem termasuk sistem pilihanraya itu baik dan transperan ia merbahayakan pihak yang sedang asyik dengan kuasa sekarang ini. Apa yang dikecewakan oleh pihak parti pemerintah hari ini, ialah mereka tidak lagi mudah untuk menipu dan mengelirukan rakyat seperti mana yang mereka lakukan selama ini untuk berkuasa.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Pak Samad Said himpunan Bersih3.0 ini tidak kena mengena dengan akidah Islam serta agama-agama lain. Islam itu satu agama universal dan apa-apa tindakan untuk memperbaiki keadaan yang tidak baik itu merupakan tuntutan agama kita dan juga agama-agama yang lain. Kita amat sedih dengan interpritasi agama yang dibuat oleh pemuda Perkasa dan ini amat membingungkan banyak pihak. Banyak pihak merasa kebingungan kerana terkejut dengan tahap pemikiran pertubuhan yang kononnya memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu itu.
Bagi saya tindakan Bersih 3.0 ini merupakan tindakan bukan sahaja oleh tuntutan demokrasi tetapi lebih lagi kerana ia adalah tuntutan agama kita jua. Agama Islam menentang penipuan dan jika ada pihak yang tidak suka dan bersetuju orang Islam membuat tuntutan yang amat penting ini ia merupakan tindakan anti Islam yang nyata. Ini bukan isu Ambiga, tetapi ia merupakan isu sejagat dan isu yang memihak kepada kepentingan umat khususnya bagi rakyat Malaysia. Rakyat selama ini ditekan dengan hebat oleh pihak yang tidak mahu terpisah dengan kuasa walaupun merekalah yang telah menyalahgunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya.
Kerana takutkan reaksi rakyat kerana kemungkaran mereka, maka pihak yang gila kuasa ini melacurkan institusi-institusi demokrasi dengan berbagai-bagai cara yang hina dan tidak bertamaddun itu.
Saya berpendapat setiap orang yang mahukan kebenaran politik dinihari, mereka tidak sepatutnya merasa terhalang untuk menyertai himpunan Bersih 3.0 ini dan lakukan dengan baik dan tidak melanggar undang-undang seperti yang mereka lakukan sebelum ini.
Pihak berkuasa terutamanya pihak Polis tidak sepatutnya menghalang penunjuk perasaan secara aman ini kerana itu adalah hak mereka. Negara ini mereka yang punya dan kuasa untuk menentukan masa depan negara juga adalah hak kita semua termasuk mereka yang menyokong Bersih 3.0 ini. Sebaliknya polis wajar memberikan kerjasama dengan penunjuk perasaan ini dengan memudahkan laluan mereka ke Dataran Merdeka untuk melakukan protes ‘duduk’ di sana.
Mereka bukannya pergi ke Dataran Merdeka itu untuk melakukan keganasan. Mereka pergi untuk duduk menzahirkan perasaan tidak puas hati mereka kerana sikap tidak telus mereka yang berkuasa ini.
Kita ketepikan sahaja pandangan Perkasa ini kerana jika tuduhan mereka yang Ambiga mempunyai agenda peribadi, percayalah Perkasa juga merupakan pertubuhan yang memperjuangkan agenda seorang dua pemimpin mereka yang amat jelas dan mudah difahami oleh banyak pihak.
Masha Allah..
ReplyDeleteNampaknya dari segi mempertahankan nilai2 Islam seperti Keadilan, Ketelusan, Amanah & Kesaksamaan, Pn. Ambiga lebih 'Islam' daripada Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris & yg. sewaktu dgnnya yg nampak sangat adalah simunafik ("hipokrit") sundalan UMNO/BN.
~ Melayu Celik
Apa ada paada PERKASA dan siapa PERKASA tu yang cuba mengeluarkan fatwa supaya orang Islam tidak menyertai Rally Bersih 3.0?
ReplyDeleteBagi saya, seseorang yang cuba menyeru kepada sesiapa pun umat Islam dengan sebarang seruan yang benar, maka hendaklah mereka itu bersifat mukmin sejati. Kalau ahli PERKASA sendiri pun pukul orang serta mengugut orang lain sana sini, boleh belah lah dengan nasihat serta seruan mereka. Pergi main jauh jauh saja lah jawabnya! Ambil tempurung bulu, cermin muka mereka dulu, bukan duduk bawahnya dan membising tak ketahuan sebab tak dapat melompat!
Aspan,
ReplyDeleteBuatlah yang betul untuk Islam, anak bangsa dan negara.
Tugas saudara sewajarnya membetulkan, bukannya merumitkan lagi.
UMNO memang tidak sempurna. PERKASA ada peranannya. JATI terbentuk ada hikmahnya.
Namun UMNO masih lagi berusaha membetulkan keadaan. 'Pengkianat' kepada rakyat dalam UMNO akan mendapat balasan masing-masing daripada Allah SWT. Pemimpin UMNO yang hanya mementingkan diri dan keluarga masing-masing berbanding dengan rakyat 'sekiranya benar' mereka akan hilang dari barisan penguasa.
InsyaAllah, para pemimpin UMNO yang mendatang akan lebih prihatan kepada keperluan rakyat dan mereka itulah harapan kita. Mereka melandaskan perjuangan kepada perkembangan Islam, anak bangsa dan negara.
Para profesional dan para jutawan kita juga mesti melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka dengan bersungguh dan bersyukur dan bersama membangunkan perkembangan Islam, anak bangsa dan negara. Janganlah hanya menyalahkan UMNO setelah menikmati kekayaan dan kejayaan masing-masing ataupun sebaliknya kerana telah menghabiskannya.
Belum lewat untuk kembali kepangkal jalan. InsyaAllah, kita belajar untuk memerintah dan membuat sesuatu untuk rakyat dengan lebih baik di masa hadapan.
InsyaAllah.
Hindraf berani membuat perhimpunan mereka setelah melihat umat melayu berani berarak bagi mengadakan perhimpunan BERSIH... Kerjasama pembangkang hanya menguntungkan DAP. Jika lihat di Sarawak sekalipun, PAS kalah semua kerusi yang ditandinginya. Mengapa perlu kerjasama dengan DAP untuk tegakkan Islam walhal DAP secara terang-terangan menentang konsep Negara Islam.
ReplyDeleteAlahai Bro,
ReplyDeleteTak usah dilayan Perkasa ni. Mereka bukan NGO tulin. Mereka ini ialah sub-contractor UMNO. Ketua dan AJK mereka semua cari makan dengan UMNO. Masaalah rasuah dalam UMNO tak berani nak cakap. Mereka tak sedar yang mengundi Pakatan bukan semuanya sokong Anwar. Ramai yang undi Pakatan sebab benci UMNO dan sub-sub contractor mereka termasuk Perkasa ni.
Sdr Aspan,
ReplyDeleteTolong betulkan ayat yang anda guna. Bukan PERKASA tapi PERKOSA. PERKOSA lebih sesuai kerana cara dan kaedah yang mereka guna terbukti ala samseng...pertubuhan ini sebenarnya sedang Memperkosa fikiran rakyat demi kesinambungan nafas UMNO BN.
Pemimpin2 atasan pertubuhan PERKOSA ini adalah kalangan mereka2 yang Flip Flop dan tidak berprinsip. Asal "duit Masyukk" mereka sokong dan sanggup memperkosa siapa saja asalkan tuan mereka UMNO BN hulur fulus.
PERKOSA & "JAKI" tu memang dua beradik, satu ayah, cuma emak lain2.
Wan Kamarul,
ReplyDeleteApa beza DAP dengan MCA. Tidakkah MCA dibawah Chua Soi Lek sejak dalam 6 bulan ini sering memperlekehkan Islam, mencabar hukum Islam ( Hukum Hudud).Hukum Hudud adalah sebahagian dari konsep Negara Islam.
Dalam tahun 1987 dulu, ketua pemuda UMNO iaitu Najib dan Timbalan Presiden MCA bertelingkah. Timbalan presiden MCA itu terang-terang mempersoalkan hak keistimewaan orang melayu. Suhu politik masa itu begitu hangat sehingga membawa kepada perhimpunan Pemuda UMNO di stadium TPCA. Ketua Pemuda UMNO kata nak bermandikan darah.
2. Pemuda UMNO dan MCA bertelagah, orang lain yang ditangkap dibawah ISA dalam operasi lalang. Najib dan Lee Kim sai terlepas. kedua-duanya masih kekal dalam kabinet.
3. Jika betul DAP mempersoalkan konsep negara Islam, apa bezanya dengan MCA. Kalau kita mempersoalkan DAP, mengapa kita tidak persoalkan pendirian MCA? Tidakkah kedua-duanya mempersoalkan Hukum Hudud?
Sekurang-kurangnya dari segi intergriti moral, pemimpin-pemimpin DAP lebih bersih berbanding dengan Presiden MCA sekarang yang ditangkap berzina dengan bini orang!
Brahing Ali nakkan political mileage dan bukan berani pun cakap saja suaranya kuat tapi pengecut.Saya kenal lama dari itm lagi dan bertekad mengharamkan bersamanya kerana tak ada pendirian dan melompatlompat dan menyusahkan mengikutnya.Dia pengerusi Perkasa cuba jatuhkan dia, dia akan menjerit dan tubuhkan NGO lain asalkan pengerusi .Jangan terpengaruh dengannya kerana masa dia jadi ketua umno bahagian pasir mas dulu tiga suku ajknya keluar parti .Perkasa ni cina buta UMNO. Saya ingin ingatkan saja dan selesai tanggung jawab saya.
ReplyDeleteJust woke up in the early dawn in London and I found this nice and realistic write up by you Aspan.
ReplyDeleteYou have not been here for a while at least 2 yrs if I'm not mistaken.
regards to yr family!
Salam Sdr Aspan
ReplyDeleteApa ada dengan Melayu,(Bersatu?)
Bagai ketam mengajar anak berjalan lurus.
Bagai itik diajar berenang,
Bagai si pekak membakar meriam,
Bagai sibebal tak dapat diajar,
Bagai sicerdik tak boleh di ikut,
Bagai penyamun disiang hari,
Bagai Karun mengumpulharta,
Bagai samseng makan ditangan,
Bagai hidup tak akan mati, lupa diri.
Wan Kamarul,
ReplyDeleteBerkenaan komen anda "walhal DAP secara terang-terangan menentang konsep Negara Islam":
Boleh anda berikan hujah atau bukti yang meyokong komen ini?
Komen anda boleh dianggap sebagai fitnah sekiranya tiada maklumbalas. Apa gunanya sembahyang 5 waktu dan berpuasa, tetapi dengan mudah anda memfitnah seseorang atau sesuatu pihak?
Alahai Politik Bangsa Melayu
ReplyDeleteAkal hilang
Cakap bersilang-silang
Kata bersimpang-simpang
Adab dibuang-buang
Fikir bertindan-tindan
Sebut berulang-ulang
Fitnah macam ulam
Hidup bagai khayalan
Semua rakyat di bius wang
Masuk angin keluar asap
Bagai niaga buluh kasap
Hujung hilang pangkal lesap
Bunyi sedap habuk pun tarak
MMM
Saudara Wan Kamarul,
ReplyDeleteLupekah anda Chua Soi Lek dlm debatnye dgn LGE secara terang2an menghina Islam??
Lupekah anda dlm suatu temubual dlm sebuah stesen TV proksi UMNO Chua Soi Lek secara lantang menghina hukum Hudud??
Lupekah anda Tun M pernah menghina Nabi Muhammad S.A.W berkenaan dgn pisau cukur Gillette??
Samada anda lupe atau anda sengaja buat2 lupe, sy dan ramai lg muslim di luar sana xkan mudah lupe semua penghinaan itu. Jgn jadi MUNAFIK!
@anon 8 April 2012 00:38:00
ReplyDeleterumitkan?tang mana pak AA rumitkan?
UMN tak sempurna dan tidak akan berusaha untuk sempurna..jika umno benar2 hendak mentransformasikan atau membetulkan keadaan, 3tahun selepas 2008 sepatutnya tidak wajar didengar salah guna wang rakyat sedikit pun..ini semakin menjadi2 pula..macam kuasa xkan berada di tangan mereka lama..
pengkhianat dalam umno tidak pernah menerima pembalasan..malah mereka diagung2kan..tgok saje isa samad, ali rustam...setakat menggantung keahlian...adakah ini yg dinamakan balasan setimpal?
InsyaAllah itu lebih kepada boleh saudara...smpai sekrg tiada bukti InsyaAllah itu dalam umno..makin tidak prihatin kepada kepayahan rakyat..itu xkan memberi harapan kepada rakyat..tetapi kepada kroni sj..jika umno benar2 mahu tegakkan islam..jgn kata hudud yg besar..sekecil2 dan semudah2 menutup aurat saja tidak mampu..ini yg nak pertahankan islam?
kejayaan dan kekayaan yg rakyat nikmati skrg adalah hasil wang rakyat..umno hanya penyampai wang rakyat utk rakyat..rakyat wajar utk menghabiskannya..bukan pemimpin mahupon bini pemimpin..
saudara perlu nasihatkan najib, muhyidin, mahathir kembali kepangkal jalan..belum terlewat bukan?????
-- buy cialis no prescription
ReplyDelete-- [url=http://buycialisonlinetoday.com/#vwww.blogger.com] buy cialis online no prescription
[/url] http://buycialisonlinetoday.com/#86696 -- generic cialis