12 May 2012

Benarkah penentang Najib/UMNO itu 'haram jadah'?

Saya begitu terpanggil untuk memberikan komen tentang ‘conduct’ PM Najib sebagai pemimpin utama negara sehari dua ini yang ramai menganggap sebagai tidak semenggah itu. Najib nampaknya sudah hilang kesabaran untuk menerima cabaran demokrasi yang belum pernah beliau alami selama ini.

Sejak mula berpolitik dan memegang jawatan besar-besar dalam parti dan kerajaan Najib belum lagi berhadapan dengan krisis sebesar ini. Apabila krisis seperti yang berlaku hari ini menghadapi beliau, Najib mula melatah dan menari tanpa megikut rentak yang sangat susah untuk beliau ikuti. Langkah beliau sumbang dan beliau seolah-olah menari di atas tanah yang tidak rata.

“Najib has never gone through the mills,” kata seorang sahabat saya yang selalu menghubungi saya setiap hari. Najib tidak lagi dapat meletakkan diri beliau sebagai seorang pemimpin nombor satu negara. Tingkah dan laku beliau menampakkan yang beliau belum lagi dapat mengendalikan krisis kepimpinan yang beliau sedang hadapi dengan baik dan matang.

Semasa mengumumkan ‘durian runtuh’ di Jengka dua tiga hari yang lepas, beliau bercakap dengan penuh emosi dan bercakap dengan sombong dan bongkak sambil mengatakan yang pihak yang menentang IPO Felda Global Ventures itu sebagai 'Haram Jadah'. Tidak disangka-sangka yang Najib sanggup mengeluarkan kata-kata yang menghina itu kepada pihak yang tidak sekata dengan beliau. Kata-katanya itu hanya melambangkan nilai peribadi beliau yang sebenar yang mudah difahami oleh rakyat yang rata-rata sudah cerdik dan pandai membuat penilaian kepada seseorang itu.

'Haram Jadah' ini bermakna anak haram yang disumpah. Najib telah menghina pihak yang tidak seiring dengan beliau dengan kata-kata yang tidak ada tolok banding hinanya apatah lagi ia datang dari seorang Perdana Menteri. Malahan rakyat amat terkejut dengan kata-kata kesat itu datangnya dari keluarga Tun Abdul Razak, keluarga yang disangka baik oleh rakyat jelata. Saya tidak dapat memahami apakah perasaan beliau semasa berucap itu dan berani beliau memutuskan yang penentang beliau itu semua anak haram yang dilaknat.

Bebarapa orang yang saya temui tidak berhenti-henti beristighfar apabila mendengar Najib menggunakan perkataan 'haram jadah' itu dalam ucapan beliau. Kenapa Najib bersifat angkuh dan sombong yang keterlaluan? Kalaulah beliau tidak sanggup menerima demokrasi, beliau ada dua pilihan; satu bersara sahaja dari politik dan yang keduanya kalau beliau mempunyai kudrat yang mencukupi bunuh sahaja demokrasi negara ini. Lagipun demokrasi pun bukannya ada sangat di negara ini.

Najib sebenarnya begitu panik dengan penolakan rakyat yang kian hari kian jelas terhadap BN dan kerajaan pimpinannya. Di mana-mana UMNO dan BN sudah diletakkan oleh rakyat di tempat yang sepatutnya. UMNO ibarat 'telor di hujung tanduk'. Najib mesti belajar untuk menerima keputusan rakyat. Itu sebabnya kita ada parti yang memerintah dan parti yang menjadi alternatif kepada pemerintah itu tadi.

Kejatuhan BN atau UMNO sepatutnya menjadi perkara biasa dalam demokrasi. Hampir setahun dahulu parti Buruh England telah tewas dan kerajaan diambil alih oleh parti Conservative dan Liberal Demokrat yang telah mewujudkan kerajaan campuran di England. Apabila keputusan pilihanraya diumumkan, Gordon Brown telah meninggalkan 10 Downing Street dalam tempoh 6 jam sahaja dan 10 Downing Street diambil alih oleh David Cammeron dalam tempoh masa yang sama. Gordon Brown tahu yang partinya akan jatuh tetapi dalam kempen beliau, Gordon Brown tidak pernah memanggil pemimpin dan parti yang menentang beliau sebagai ‘the cursed bastards’ atau haram jadah.

Kalau pihak yang membangkang hendak berdendam bukan tidak ada alasan untuk memanggil beliau dengan nama dan ‘superlatives’ yang buruk dan hina. Hanya pembangkang tidak mahu menggunakan istilah dan perkataan buruk itu kerana ia tidak beretika dan akan hanya melambangkan kebodohan dan kebobrokan peribadi mereka.

Budaya menggunakan bahasa kesat ini nampaknya bukan sahaja menjadi pakaian kepada penyokong yang membuta tuli UMNO dan BN, tetapi ianya juga sudah menjadi pakaian harian kepada pemimpin-pemimpin mereka (UMNO). Kita ingatkan kata-kata kotor ini hanya menjadi pakaian kepada manusia yang berdarjat rendah dan yang ‘poorly bred’, rupa-rupanya penyakit itu sudah merebak kepada pemimpin-pemimpin utama kerajaan hari ini.

Tidak pernah kita sangka yang ia akan keluar dari mulut seorang Perdana Menteri yang mengaku sebagai pembawa transformasi dalam segala-galanya termasuk dalam bidang politik. Kata-kata Najib itu membawa maksud bahawa 50% rakyat yang tidak menyokong BN pada tahun 2008 dahulu semuanya adalah anak-anak haram yang disumpah dan dilaknat. Itulah anggapan Najib kepada rakyat yang tidak bersama beliau.

Bagi mereka yang berpihak kepada pembangkang saya hanya meminta mereka bersabar dengan kata-kata penghinaan PM itu. Kita hanya perlu beristighfar banyak-banyak dan memohon petunjuk dari Tuhan yang Maha Esa. Kita jangan sekali-kali mengikut contoh buruk yang ditunjukkan oleh PM Najib itu kerana ia akan merendahkan peribadi dan nilai kemanusiaan kita.

Kita hanya lihat kelakuan serta rentak tari seorang PM yang dalam keadaan panik itu. Seboleh-bolehnya kita doakan beliau akan kembali menjadi seorang yang sabar dan menerima dengan hati yang terbuka jika rakyat mengambil keputusan untuk memberikan mandat kepada ‘haram jadah-haram jadah’ yang Najib maksudkan itu semasa pilihanraya nanti.

Walaupun kita dihina dan dimaki hamun sedemikian rupa kewajipan kita ialah untuk bersabar dan memohon yang terbaik dari Tuhan Maha Esa. Kita tahu inilah kata-kata yang telah membayangkan kegelapan politik negara. Tetapi kita hanya perlu ingat kepada satu perbilangan Inggeris, ‘the darkest part of the night is just before dawn’.

Maksud perbilangan ini ialah saat yang paling gelap itu ialah waktu sinaran cahaya akan menjelma. Itu sebabnya kita mengalami keadaan gelap yang amat sangat beberapa ketika sebelum subuh.

39 comments:

  1. Ayahanda Aspan,

    Islam melarang umatnya melabelkan dengan sesuatu yang buruk dan memaki hamun sesama Muslim.

    Dalam Islam, kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber perkataan kotor atau nista itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina.Oleh hal yang demikian itu, ada pendapat mengatakan “Bahasa Jiwa Bangsa” dan kerana itulah Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa “Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor kerana Allah tidak suka kepada kata-kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor daripada orang lain.”

    Kata-kata kotor, nista, umpatan dan kejian menyebabkan manusia berkonflik, bergaduh dan seterusnya bersengketa.

    Islam mengingatkan setiap umatnya agar tidak terjerumus pada dua kesesatan, iaitu berlebih-lebihan atau bersikap lalai.

    Allah berfirman yang bermaksud:

    “Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Al-Fatihah: 6-7)

    ReplyDelete
  2. Umno memiliki taraf budaya dan tamaddun yang rendah sekali. Umno seolah-olah tidak pandai menggunakan bahasa Malaysia kecuali ayat-ayat kesat dan kasar.

    Budaya maki-hamun yang dibawa oleh Najib menunjukkan parti itu sudah menyempurnakan sasaran-sasaran transformasi.

    ReplyDelete
  3. UMNO Baru sudah ketandusan idea selain daripada pandai maki hamun. UMNO Baru seolah-olah mahu menunjukkan mereka lebih hebat dan berkuasa.

    UMNO Baru tidak pernah mempedulikan perasaan orang lain.

    Inilah tabiat semulajadi UMNO Baru yang sangat berlainan dengan UMNO Lama. UMNO Baru hanya pandai memaki hamun orang lain untuk menutup kelemahan sendiri.

    @@

    ReplyDelete
  4. Tuan,

    Haram Jadah adalah kata makian yang menunjukkan seseorang itu benar-benar marah kepada benda-benda lain, tetapi bukan untuk manusia.

    Rakyat sebagai peneroka mempunyai hak untuk tidak menyokong Felda Global Venture Holdings.

    Maka, di sini terserlah kezaliman seseorang di mana pimpinannya hanya menuju kepada paksaan dan bukannya menghormati rakyat.

    ReplyDelete
  5. Tak sangka perdana menteri yang dilihat bapa kepada rakyat, tetapi mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat sendiri.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Aspan dan blogger sekalian,

    Cara kita berpakaian dan percakapan ini sangat penting. Ini kerana dua aspek ini melambangkan diri kita.

    Jika cara berpakaian kita baik, menutup aurat, sopan ia melambangkan kita seorang yang baik. Begitulah sebaliknya...jika berpakaian tak menutup aurat, boleh ke kita kata dia seorang muslim atau muslimah yang baik? Tidak mengikut perintah Allah dan melakukan larangan Allah secara terang-terangan seperti mana isteri dengan rambutnya padahal sekelilingnya menutup aurat, saya rasa semua boleh nilai sendiri.

    Begitu juga dengan cara percakapan. Jika mengeluarkan kata-kata kesat dan berdusta,itu menunjukkan ciri-ciri muslim atau muslimah yang sejati ke?

    ReplyDelete
  7. BILA PAK MENTERI MULA MEMAKI HAMUN,INILAH BELANG SEBENAR PEMIMPIN NEGARA MALAYSIA YANG MAHU DITELADANI RAKYAT !

    ReplyDelete
  8. TERKINI : Majlis Peguam Malaysia meluluskan usul tergempar mengutuk dakwaan keganasan polis sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

    Seramai 1,270 anggota Majlis Peguam Malaysia hadir ke EGM dengan 939 menyokong dan hanya 16 orang menolak usul tersebut.

    “The government should offer due compensation to those who were beaten up by the police”

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=zYZPtxQbL-k

    ReplyDelete
  9. Tuan Aspan,

    Lim Chee Wee mempersoalkan apakah dengan panggilan anjing dan sampah, maka polis berhak menembak gas pemedih mata dan pancutan air kimia sebagai balasan?

    Persoalan saya bolehkah gas pemedih mata dan pancutan air kimia dilakukan sebagai balasan kepada beliau yang melaung haram jadah?

    ReplyDelete
  10. Maaf Pak Aspan, Saya tidak dapat apa apa yang sombong dalam ucapan Najib.Kalau dilihat sambutan ulangtahun 66 tahun UMNO malam tsdi adalah sangat kagum.Tak pernah saya lihat satu parti di Malaysia ini yang dapat mengumpulkan beribu ribu ahli saperti UMNO.Bila PR nsk buat satu macam tu.Buatlah di Stadium Bukit jall buksn Dataran Merdeka. Masaalahnya komponen dalam PR masih berbeza pandangan .Karpal dan Hadi umpamanya.Ini harus di selasaikan.

    bat9

    ReplyDelete
  11. Pak Aspan..kita akan buat cd dan guna pakai dalam kempen dan markas2 kita masaa PRU nanti semua kata2 kesat Njib sbg PM untuk rakyat menilainya.

    ReplyDelete
  12. Pak,

    I'm salivating at the prospect of our "revered" NFC (no, not the feedlot kind but the Fatwa rearing entity and please note the sarcasm too) issuing a Fatwa that prohibits anyone especially "a leader of a country" to denigrate and besmirch anyone who is not in agreement with him or her (you know who I mean). But then again, after being subjected to decades of sodomy allegation (which btw lost the case in a court of law), porn peddling to the general public especially to minors (with official sanction too) and of course the ever popular slanderous accusation (communism and 'agama sesat), outright lying (since the time of TDM it is too numerous to count) compounded with fabricated evidences and persecution, AS USUAL the NFC will stay silent as a mouse..no make that a RAT, quietly hording and munching themselves silly on the rewards of their "obedience and acquiescence" given to them by their master and lord which is najib and UMNO (and all for the ever sacred duty to uphold "Ketuanan Melayu"). But when they "cintakan dunia lebih dari akhirat", what can we expect from these council of avaricious..err..religious men? Truth, justice or what we are seeing right now, abetting and encouragement? All of us knows the answer to that question!

    Leaving aside the carcass of the NFC, it is very puzzling for me to ponder the very reason why the malays who are predominantly Muslim, are very slow to adopt a rational mind for decision making BUT pretty quick on their feet to accept ridiculous and utterly mythical fantasies and ideologies (which btw is prohibited by Islam) such as Ketuanan Melayu (read racist and bigotry), UMNO equals Islam but Islam is subservient to UMNO (read loyalty to UMNO and none other) and worse of all, UMNO leaders are to be obeyed more than the Prophet SAW himself (UMNO president past and present maksum)? The present case of Felda listing is a fine example. And we are talking about malays who pride themselves of piety in praying and faith. How did we get so perverted in our faith and in our belief? Were we born to it or were we indoctrinated to it by who else BUT UMNO? The answer to that question is both! Most Muslim malays are pathetically weak in their faith and understanding of Islam and this has provided UMNO with the right opportunity and condition to create a "slave/livestock" crowd of supporter who can be easily conned, cheaply bribed and most importantly, fanatic in their loyalty no matter how wrong or how criminal their leaders are or how false their belief and position are. I like to call them "the quiet, the mindless and the lout". I know someone will take offense but hey, "siapa makan cili, dia yang terasa pedas"!

    BUT it is we, the malays who provided UMNO with their best breeding ground for fanatic, mindless horde and all because we truly did not understand what Islam really stood for and more importantly what it was meant for . In other words, we the Malays are too ignorant and most importantly we are also too ignorant to be able to exact change. GOD only help those who helps himself is very true indeed but in our case, sadly, we did not even know that we are in trouble and needed help. It is time that we, the Malays realized the fact and the first step is to recognize that we are a race that's deeply in mess and UMNO played a big part in that mess. We need to own up to the facts that we are a terrible race who let a group of criminals manipulate us for decades and worse, we are an even worse Muslim who is destroying Islam and this country with our perverted belief and ideologies. We need to own up to our own shortcoming and faults and then rise above it! The only way to do is right in front of us and it's our own two hands. Believe in on our conscience, clench the fist on one hand and cross "Anything But UMNO"! It about time we put our faith in our religion and conscience and NOT on a group of criminal and hypocrites!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  13. Apakah rakyat yang tidak sokong Umno itu haram jadah juga?

    ReplyDelete
  14. Nampaknya siapa pun yang dipilih jadi presiden Umno, rakyat mesti sokong. Kalau tidak, haram jadah dijadikannya.

    Kenapa Presiden Umno itu terlalu besar kuasanya?

    Hakikatnya kebanyakan pemimpin Umno hari ini dilihat tidak bermoral, rasuah, salahguna kuasa, menipu dan sebagainya.

    Orang Melayu sepatutnya sudah serik dengan gelagat buruk pemimpin Umno.

    ReplyDelete
  15. Salam bro,...

    Tolong jelaskan isu jwtn senatok tunku aziz tak disambung boleh ?.... Ini soalan jujur, betul2 nak tahu...bukan provoke

    Pakya

    ReplyDelete
  16. Sekarang adalah tanggungjawab mana mana org melayu yg sedar atau tau perancangan licik ameno untuk memenangi pilihanraya dgn cara yg kotor,yg mengkhianat bangsa melayu melalui pemberiaan ic kepada pendatang asing agar bercerita kepada,adik beradik,sedara mara,org org kampung apa yg ameno sedang buat sekarang...adalah sebagai penderhaka kepada bangsa melayu...

    ReplyDelete
  17. Tuan Aspan,

    Jika tuan membuat pertimbangan tanpa memihak kepada parti yang tuan perjuangkan sekarang, pasti tuan akan bersetuju bahawa inilah bahasa pertuturan ahli politik kita sekarang. Apalah yang hendak dihairankan dengan bahasa najib jika lelaki yg dianggap oleh penyokong fanatiknya sebagai tuan guru seperti nik aziz juga berbahasa dengan lenggok biadab bila menghentam musuh politiknya iaitu UMNO.. Mereka semua ini amalkan formula 'jika musuh boleh buat kenapa aku tidak boleh'..

    ReplyDelete
  18. Tok Pan,
    Hari nie, kita kata kat orang. Sok bila orang kata kat kita, jangan la marah no.
    He3...1 Jari telunjuk tuding kat orang, yang 4 lagi jari tunjuk kat mana no.
    -sender orang Jenny..Jeniang la tu

    ReplyDelete
  19. Salam bro..,

    Bila FGVH di senarai nanti...takutnya board of director ( tentunya majority stakeholder ) entah sapa2 kita pun tak tau... Mungkin namanya nama cina , mat salleh atau tok arab.... Yg akhirnya BOD inilah akan tentukan arah tuju FGVH nanti....

    Pakya

    ReplyDelete
  20. Saudara AA,

    Cuba kita tengok apa yang ditayangkan oleh si Mamak yang berdemo di depan rumah ketua menteri Pulau Pinang. Bukankah ini semua budaya Umno?

    ReplyDelete
  21. Salam Sdr Aspan Dan Pengunjung Blok;

    Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas kerana membuat teguran kepada seorang PM yang telah "Transform" dan tidak kertelaluan saya mengucapkan ribuan terima kasih atas teguran yabg diberi bagi pihak PM Najib (takut2 dia tak faham nasihat).

    Sdr ada membuat perbandingan sistem tranksaksi kuasa kita dengan Britain. Harap2 jika berlaku nanti begitulah jadinya, tidaklah sepertimana semasa peralihan kuasa kerajaan negeri Trengganu, Perak, P.Pinang, Kedah dan Selangor pada masa lalu.
    Jika di perhalusi "Transformasi" yang dilakukan oleh PM Najib ini seolah2 menuju kezaman silam semasa pemerintahan "Feudal".
    Dari perangai penyokong2 umno dan bn kebelakangan ini, tuturkata yang terkeluar yg berupa ugutan dan tempik-pekiknya seolah2 kita telah "ditransform" 400 tahun kebelakang.
    Yang nampak kedepannya adalah harta2 canggih yang duguna oleh anakpinak umno dan penyokong2nya saja. Bak kata mamakanda Madey dulu, "First Class Utility Third Class users".
    Adalah dijangkakan perangai pm najib ini akan berterusan sehingga melewati PRU 13 nanti, kita2 diminta bersabar dalam menerima ungkapan2 yang tidak begitu baik yang terkuluar dari mereka yang mempunyai moral yang telah punah....
    Bawa bersabar... Myi

    ReplyDelete
  22. Bolehkah rakyat hormat undang-undang ciptaan UMNO yang pemimpinnya kata haram jadah kalau tidak setuju menyokongnya?

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=MARccLP0mq8

    ReplyDelete
  23. Nasihat untuk UMNO

    http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=LsDVBTW0ExI

    ReplyDelete
  24. I think Prime Minister Najib Tun Razak is a stupid leader.

    If he had allowed the Bersih 3.0 sit-in to go on peacefully on Dataran Merdeka, he would have scored many brownie points among the fence-sitter voters.

    All he has to do is to set the simple rule that the participants must start dispersing at 4pm instead of passing the buck to the KL mayor to declare the place off-limits.

    He is so stupid and did not realise that this is the era of Facebook and YouTube and pictures can be snapped and uploaded instantly unlike in the 1960s wherein news events can be easily covered up.

    If PM Najib does indeed dissolve Parliament in May, he does so at his own peril as it just goes to plainly show that he does not respect the citizens at all because he has chosen to ignore our demands for a free and fair election.

    He is in effect showing his utmost contempt for the rakyat by treating them as rubbish; as if the voice of those gathered for the Bersih rally do not matter. It further contradicts his own slogan of ‘People First’.

    ReplyDelete
  25. AURAT kena tutup depan manusia!

    http://www.youtube.com/watch?v=kKgetTX2rqs&feature=relmfu

    ReplyDelete
  26. bukan aje haram jadah.. tapi lebih layak kena panggil anak gampang

    ReplyDelete
  27. Wahai rakyak Malaysia sekelian! Sedarlah dan insaflah bahawa sesungguhnya parti UMNO asal telah mati dibunuh oleh bapak haram jadah malaysia. Yang tinggal hanyalah parti haram jadah. Jadi janganlah terkilan sangat kalau pemimpin parti yang telah diharam jadahkan ni telah mengharam jadahkan peneroka Felda.

    ReplyDelete
  28. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Astaghfirullah! Apa nak buat. Justeru, inilah rasanya yang boleh kita simpulkan sebagai nyawa di hujung halqum, agaknya, kan? Maka, tak hairan sama sekali, jika kaki-kaki bodek dan ampunya yang terdiri daripada para penyokong tegar, hatta tak terkecuali, di kalangan cendekiawan agama, sanggup menjadi samseng dalam kelas masing-masing.

    Ya, benar, walau apapun terjadi, kita patut bersabar dan berdoa serta bermunajad kepada-Nya mohon bantuan dan petunjuk. Maaf, kalau tak keterlaluan, saya katakan, sebenarnya ini juga satu lagi ulang-tayang sejarah penghinaan golongan penguasa dan bangsawan yang kufur nikmat kepada para pejuang kebenaran. Bukankah dengan ini, dia dah tiru perangai Abu Jahal, Abu Lahab, Fir'aun, Namrud, serta sekalian yang punya perangai sama, hatta Mahathir? Juga, bukankah ini yang diterjemahkan UMNO kini, yang secara terang-terangan, melalui istilah PM itu akan tunjuk-ajar daripada 'god-father' mereka?

    Dengan ini, wajar sekali kita memilih yang terbaik dengan rela dan redha, bukan kerana terpaksa, demi menyelamatkan maruah agama dan negara tercinta, walau hanya bersenjatakan kertas dan pena. Menutup bicara, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada saudara yang berterusan menukilkan catatan berharga buat kami, diikuti nasihat pedoman untuk dihayati. Semoga kita akan dapat diketemukan suatu ketika, insha Allah, kerana sememangnya saya ingin sekali berkenalan dan bermesra dengan pejuang kebenaran seperti saudara. Biarlah kita miskin harta, asal jangan fakir iman, akhlak dan agama.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  29. Mana budak QD? Masih mabuk ke minum champagne lepas ikut perhimpunan UMNO yang dibangganya.
    Tak best dia takde kat sini. Takde orang kita nak haram jadahkan.
    Aok masih kat Pekan ke QD? Tak abih ikut bontot Najib?

    ReplyDelete
  30. Masalah Utama Rakyat Adalah Rompakan Harta Kekayaan Negara

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=wYSQfc_z9H0

    ReplyDelete
  31. Salam bro,

    Sekadar mencari penjernihan rasional....

    Sikap menentang Dan menyokong adalah "makanan" demokrasi - bukan demo kasi. So amat tidak wajar lah mengharam jadahkan penentang anda kerana suara menentang juga adalah suara demokrasi. Cuma apa yg pasti kalu tengok komposisi wakil Islam dlm parlimen di kedua2 belah pihak masih tidak kuat utk menegakkan Islam tulin...yg Islam pun belum tentu nak sokong hal ehwal Islam...cuma kalau berubah kjaan kita mungkin la berpeluang utk mendapat sistem pemerintahan yg lebih baik sikit...sbb bas Dan driver baru...bas lama dah 66 tahun.... Saya risau kalau berpolitik keterlaluan...yg menang jadi arang yang kalah jadi abu.... Siapa jadi arang?...melayu, siapa jadi abu? ..melayu, tak ke haru

    Pakya

    ReplyDelete
  32. Dah beratus kali parti PAS dan Keadilan membuat himpunan di Stadium dan padang dan berpuluh ribu ahli hadir dengan secara sukarela (tidak diberikan upah seperti perhimpunan UMNO). Tetapi masih ramai golongan tahi sembelit UMNO yang nak cuba berak cirit (buta maklumat, kerana sayik mambaca Utusan Meloya dan Berita Hairan/Metro aje). Nak tahu siapa yang tahi sembelit UMNO? QD....Nak tahu tahi sembelit UMNO yang cuba nak jadi tahi cirit UMNO? Ibni Ismail dan terbaru Bat9. Cubalah renung-renungkan.

    ReplyDelete
  33. As Salam brothers and sisters,

    Ini bukan pasal siapa menang jadi arang atau siapa kalah jadi abu.

    Ini pasal kepimpinan Umno BN. Bolehkah rakyat mempercayai pemerintahan Umno BN dengan gejala rasuah yang semakin meningkat?

    Bolehkah Umno diharap menjaga agama Islam?

    Apakah signifikan arang dan abu bila Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?

    Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993?

    Zahid Hamidi sendiri pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja ialah “saya” untuk ganti perkataan “patik”.

    Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan negara akan jadi arang atau abu?

    Samada negara jadi arang atau abu, di manakah nasib Melayu waktu itu?

    ReplyDelete
  34. Najib Dituntut Mohon maaf atau Berdepan Saman

    http://pahangdaily.blogspot.com/2012/05/haram-jadah-anak-buat-laporan-polis.html

    ReplyDelete
  35. Budaya UMNO menggunakan harta kerajaan iaitu kenderaan kerajaan digunakan untuk mengangkut Ahli UMNO ke perhimpunan sambutan ulangtahun UMNO di Kuala Lumpur :

    http://biaqpila.blogspot.com/2012/05/umno-guna-harta-kerajaan-macam-harta.html

    ReplyDelete
  36. Nick.
    Cape Tiger.

    12 May 2012 09:35

    You certainly write articulately and and compellingly !

    It is really mind- boggling, puzzling to me as well. Quoted, " it is very puzzling for me to ponder the very reason why the Malays who are predominantly Muslim, are very slow to adopt a rational mind for decision making BUT pretty quick on their feet to accept ridiculous and utterly mythical fantasies and ideologies (which btw is prohibited by Islam) such as Ketuanan Melayu (read racist and bigotry)

    may i add, plus a long list of profanity and blasphemy by their mercenary troopers & bloggers that could break one's soul and heart;

    , UMNO equals Islam but Islam is subservient to UMNO (read loyalty to UMNO and none other)

    they chose to be smoke-screened by all the above you wrote in brave and startling truth.

    ABU

    or remain in the pit crashing into a whirpool of evils... a beautiful humanity LOST; to complement other races in His plans for the betterment of humanity in one's individual or ones' lifetime.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  37. Dato Rais kempen budi bahasa, habis duit rakyat beratus juta, nampaknya tidak akan ada "outcomenya" punah ranah akibat perkataan yg tak bermoral PM.

    ReplyDelete
  38. Kakitangan kerajaan dikerahkan hadir keperhimpunan umno Bukit Jalil. setiap seorang diberikan RM30.00.Bas disediakan.Berita benar ini dari kakitangan kerajaan Wilayah Persekutuan.

    ReplyDelete
  39. Semoga bangsa melayu tidak berpecah belah..amin... =)

    ReplyDelete