11 May 2012

UMNO - Hari ini dalam sejarah: diantara 'reality' dan 'fallacy' perjuangan dan kewujudannya

Hari ini, pada tahun 1946, UMNO ditubuhkan oleh Presiden pertamanya Dato Onn Jaafar untuk menyatukan semua persatuan-persatuan dan pertubuhan yang mempunyai matlamat yang satu, iaitu untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu untuk menyambung usaha-usaha pejuang kemerdekaan sebelumnya. Parti UMNO wujud diatas penyatuan pertubuhan-pertubuhan yang bercambah semasa itu dan penubuhan UMNO ini merupakan lonjakan kepada kekuatan rakyat Malaya khususnya orang Melayu untuk membuat persediaan bagi mencapai kemerdekaan negara daripada pentadbiran penjajahan Inggeris.

Di rengkaskan sejarah, UMNO wujud diatas kesedaran yang negara tidak lagi dapat menahan keinginan untuk menerima  penjajahan Inggeris dan kesedaran untuk bersatu ini dirasakan lebih mendesak apabila Inggeris cuba untuk mewujudkan negara ‘unitary’ di Semenanjung Malaya ini dan di tadbir oleh Malayan Union (MU) dengan pusat pentadbirannya di Kuala Lumpur.

Dengan penubuhan UMNO itu, maka cita-cita Inggeris untuk menjadikan negara ini sebagai negara ‘unitary’ telah dapat dipatahkan dan digantikan dengan sebuah negara Persekutuan dengan Perjanjian Persekutuan pada 2hb Februari 1948 yang lalu. Maka penubuhan negara Persekutuan ini adalah hasil dari kerja keras dan perjuangan UMNO bersama dengan Raja-Raja Melayu yang telah berunding tidak berhenti-henti dengan pihak British sehingga wujudnya sebuah negara Persekutuan.

Maka negeri-negeri yang masing-masing mempunyai pentadbiran mereka sendiri di bawah naungan Raja-Raja mereka telah bersatu dibawah satu negara Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Kesemua negeri-negeri Bersekutu dan tidak Bersekutu telah bersatu dibawah satu Persekutuan dan negeri-negri ini di sertai sekali oleh dua buah negeri Straits Settlement, Melaka dan P Pinang, untuk bersama dalam negara Persekutuan yang baru diwujudkan itu.

Sejak itulah UMNO menyambung perjuangan kemerdekaan yang telah dimulakan oleh ramai pejuang-pejuang sebelum itu dan UMNO sebagai sebuah parti yang boleh berbincang dan berfikir bersama Inggeris, telah berjaya mencapai kemerdekaan pada Ogos 1957. Dalam masa proses mencapai kemerdekaan banyak perkara telah berlaku dalam parti itu.

Antaranya ialah keluarnya Dato Onn  Jaafar dari UMNO kerana cadangannya untuk membawa masuk rakyat berbilang kaum telah ditolak oleh persidangan UMNO dan UMNO di ambil alih kepimpinannya oleh YTM Tunku Abd Rahman Putra sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Kumpulan agama yang berada dalam UMNO telah keluar dari parti itu pada tahun 1951 dan telah menubuhkan Parti Islam Tanah Melayu (PAS) dan berbagai bagai lagi insiden yang berlaku dalam proses perjuangan UMNO itu.

MCA dan MIC juga ditubuhkan dalam waktu ini dengan tujuan untuk menyatukan orang-orang Cina dibawah MCA dan kaum India dibawah MIC untuk bersama-sama menuju pencapaian kemerdekaan pada Ogos 1957. Ketiga-tiga parti ini bergabung dibawah Perikatan dan menjadi Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974 dengan bilangan keahlian dalam gabungan itu bertambah dengan kemasukkan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan ini pada tahun 1963 dan diberi nama baru bernama Persekutuan Malaysia.

UMNO yang kita ingati sekarang telah berjaya menyempurna usaha pencapaian kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan dengan baik dan telah memberikan manfaat kepada negara dan rakyat berbilang kaum.

Tetapi keadaan berubah mengikut masa dan waktunya. Manusia dan sikapnya pun berubah termasuk kepimpinan dalam UMNO itu sendiri. Setelah tiga dekad mencapai kemerdekaan negara dengan jayanya UMNO secara tidak sedar telah menjadi parti dan pemerintah yang tidak lagi pandai menguruskan kejayaan itu.

UMNO telah berubah dengan wujudnya kepimpinan yang begitu rakus mengambil alih parti yang sudah kuat itu dan bermulalah zaman pimpinan parti yang sudah luntur ataupun tidak mempunyai semangat untuk membangunkan negara dan rakyat secara betul dan berhemah.

UMNO mula diresapi oleh individu-individu pemimpin yang tidak jujur kerana mendahului kepentingan peribadi dan seronok dengan kuasa dan mabuk kepada membina kepentingan sendiri dan keluarga mereka sahaja. Mereka-mereka dengan tidak disedari telah menguasai parti dan akhirnya mereka telah berjaya mengambil alih kepimpinan dengan sistematik dan tidak boleh di anjak dan di alih lagi.

Akhirnya UMNO itu dengan begitu sistematik telah dibunuh kerana parti itu tidak lagi mampu untuk menjamin untuk terus memberikan mereka kuasa yang berterusan. Dengan terbunuhnya UMNO pada 1988 yang lalu maka yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan terhadap parti itu telah membawa hampir kesemua ahli-ahli yang telah kehilangan UMNO itu menyertai parti baru yang juga dinamakan UMNO juga.

“Repercussions’ terhadap pembunuhan UMNO ini amat besar tetapi sempena hari mengingati ulangtahun parti yang telah mati ini, saya hanya hendak mengingatkan sesiapa yang berminat untuk mengetahuinya; iaitu ramai pemimpin-pemimpin besar UMNO telah meninggal dunia semasa tidak menjadi ahli UMNO lagi.

Antaranya ialah YTM Tunku Abd Rahman. Beliau mangkat semasa tidak menjadi ahli UMNO lagi. Begitu juga Tun Hussein Onn dan setiap pemimpin dan ahli selepas kematian UMNO itu tidak mati sebagai ahli UMNO.

Yang pasti akan mati bukan sebagai ahli UMNO ialah Dr Mahathir yang membunuh parti itu, Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin dan semua pemimpin-pemimpin yang lain akan mati bukan sebagai ahli UMNO. Mereka akan mati dalam sebuah parti baru yang menggunakan nama yang sama dengan UMNO itu.

Hari ini adalah hari dalam sejarah untuk mengingati perjuangan UMNO bukannya untuk merayakan usia UMNO yang ke-66 kerana UMNO itu sudah tiada. Yang ada hanyalah UMNO palsu yang ditubuhkan oleh orang yang membunuhnya pada bulan Februari 1988 yang lalu.

Sebagaimana yang saya selalu ingatkan UMNO yang ada pada hari ini tidak pernah memperjuangkan kemerdekaannya kerana ianya lahir 31 tahun selepas kita mencapai kemerdekaan.

Semuanya terkeliru kerana nama keramat UMNO itu. Telapak perjuangan orang Melayu sudah tiada lagi. Yang ada sekarang ini adalah telapak kepada perjuangan kebendaan dan kepentingan peribadi dan ianya wujud diatas perpecahan orang Melayu, bukannya diatas perpaduan orang Melayu seperti asas kewujudan UMNO yang telah lama meninggalkan kita itu.

Kita telah kehilangan telapak perjuangan dan tidak pula kita tahu apakah yang mereka (UMNO baru) rayakan pada hari ini. Bagi ahli-ahli UMNO yang tulin mereka wajar memperingati hanya satu perkara hari ini; iaitu hari ini pada tahun 1946 adalah hari kelahiran telapak perjuangan Melayu yang telah diruntuhkan oleh orang dalamnya sendiri setelah berusia 32 tahun.

Kita wajar memperingati UMNO sebagai wadah perjuangan yang telah mati dalam usia yang masih muda. Walau bagaimana pun UMNO (asal) itu adalah nama besar dalam perjuangan rakyat khususnya orang Melayu. Kalau namanya tidak besar, masakan Dr Mahathir menggunakan nama itu untuk parti baru yang beliau tubuhkan itu.

31 comments:

  1. Mahathir dalam beragenda memusnahkan lawan politik sentiasa membohongi rakyat demi menegakkan kuasa beliau.

    Dulu, Mahathir berjaya besar memusnahkan Tunku dengan menggunakan isu Peristiwa 13 Mei. Kemudian, Tun Hussein Onn di konspirasikan dan dikhianatinya dengan sokongan beberapa orang tertentu hingga bercucuran air mata Tun Hussein sewaktu mengistiharkan perletakan jawatan PMnya.

    Mahathir ketawa besar bila Musa Hitam berjaya ditendang keluar tanpa Mahathir sendiri menguitkan kaki. Musa sendiri yang “picked up his feet” dan cabut lari macam kucing dibawakan rotan.

    Ku Li cuba lawan, tapi “karan” tak cukup. Ku Li cuba mengharapkan kewibawaan “karan” Rais Yatim. Tapi waktu itu Rais sendiri hutang berpuloh juta, dan dirinya dalam senarai orang-orang kenamaan muflis yang akan diheret ke mahkamah. Rais membakar jambatan sendiri!

    Tetapi kali ini, Mahathir terang-terang tidak berkemampuan langsung memperbodohkan rakyat seluruh negara. Sejak dua tahun dulu, hingga ke hari ini, setiap agenda Mahathir gagal dan terus gagal. Yang semakin lumpuh dan ketandusan sokongan ialah UMNO yang semakin tenat.

    ReplyDelete
  2. Dalam merayakan 'ulang tahun', UMNO janganlah lupa bahawa ‘people power’ akan menentukan pemerintahan negara.

    UMNO patut insaf bahawa “peperangan” UMNO bukan dengan manusia secara fizikal. UMNO sedang memerangi suatu “semangat” yang sukar dikikis dan dibunuh-musnah. Semangat itu sudah dimiliki rakyat.

    Malah, UMNO tidak sepatutnya menganggap ia dalam 'peperangan' hanya kerana memikirkan survival pemimpinnya.

    Bila pemimpin UMNO memerintah dengan zalim dan menyimpang dari naluri tuntutan massa; UMNO pasti GAGAL dalam memerangi “semangat dan keyakinan” rakyat.

    Perayaan 'ulang tahun' ini sengaja diadakan kerana pemimpin UMNO rapuh semangat dan sedang berpura-pura mendabik dada kononnya kebenaran dan keadilan itu berada di pihak UMNO, dalam KETAKUTAN yang amat sangat.

    Hakikatnya, ledakan semangat Islamiah lah yang menegakkan keadilan dan menumbangkan kemungkaran kini sedang bergolak hebat.

    Catatan penyebaran Islamiah di bumi Arab mencatatkan sejarah yang sama. Ribuan para jihad sanggup mati syahid kerana semangat dan keyakinan mereka adalah tulin. Mereka tidak mementingkan diri sendiri.

    Nabi Junjungan kita pernah ditawarkan pelbagai ganjaran melebihi seorang raja. Nabi Musa sanggup meninggalkan istana Firaun. Namun, Baginda dan para sahabat hanya memandang sebelah mata kesemua itu.

    Usaha pemimpin UMNO kini ialah mengagendakan pelbagai “sandiwara” bagi mengalih pandangan rakyat dari berfikir dan bertindak ke atas “penyangak” regim ini.

    Oleh itu bergantunglah kepada kebijaksanaan orang Melayu yang berfikir untuk memilih untuk berdiri di sebelah mana yang “benar” sekarang.

    Juasseh

    ReplyDelete
  3. Malangnya, tidak ramai di kalangan UMNO yang sedar. Tidak ramai yang nampak wujudnya faktor-faktor negatif yang memungkinkan inspirasi rakyat kini akan gagal. Walaupun segala-galanya nampak seolah-olah menjurus kepada keinginan untuk menjaga keseimbangan, tetapi orang Melayu selalu dilekakan dengan ritorika pemimpinnya.

    Kini UMNO bergelumang dengan gejala rasuah, nepotisma dan kronisma yang berleluasa.

    Rakyat kini mewarisi struktur dan institusi penjajahan yang seharusnya sudah lama dilemparkan. Perhimpunan BERSIH telah menonjolkan budaya menakutkan masyarakat ala kuku besi.

    Masyarakat hanya berpeluang untuk berinteraksi dalam sektor ekonomi berasaskan kronisma saja. Akibatnya, seluruh golongan keusahawanan rakyat yang kecil-kecil (Pertanian, Nelayan, IKS, kontraktor kecil, dll) makin terpinggir.

    Orang Melayu kembali ke tampuk dan ke tahap lama – merintih di dalam gugatan suasana pacuan ekonomi moden yang mendesak.

    UMNO baru hanya mewujudkan golongan elit sesama mereka di sekelilingnya, iaitu berinteraksi sesama sekolompok mereka yang berjaya saja. Sebaliknya mereka yang di luar kelompok memang tidak dimungkinkan mendapat apa-apa.

    Akhirnya, pintu dan jendela menuju ke dalam interaksi yang lebih menyeluruh dan aktif telah ditutup rapat. Ia dilapis oleh pelbagai permasalahan yang berasaskan keinginan lebih kaya dan lebih bersepakat sesama sendiri.

    Golongan Melayu yang kaya (kroni yang berjaya dan ahli politik yang mewah) juga sudah melupakan tanggungjawab. Maka wujudlah satu transformasi dasar ekonomi yang lebih baru.

    ReplyDelete
  4. Masihkah ada orang Melayu yang akan percaya dengan segala agenda fitnah, rasuah dan kerakusan kuasa yang menjadi amalan UMNO (supaya tersembunyi terus)?

    Ramai orang Melayu sudah mengetahui bahawa pemimpin UMNO sentiasa berbohong dan cuba mengalih pandangan orang dari kenyataan sebenar.

    ReplyDelete
  5. Karenah UMNO makin merumitkan hidup orang Melayu. Pergolakan Politik Melayu makin kucar-kacir hingga UMNO Asal terkubur. Kini UMNO yang diharapkan tergadai. Itulah kerugian besar orang Melayu!

    Proses penyatupaduan orang Melayu membuat puak rakus dalam UMNO lebih mudah mengkosolidasi kuasa untuk kepentingan diri, anak-anak dan kroni. Pembolotan kuasa oleh mereka itulah yang menyebabkan hidup orang Melayu terancam hingga menghadapi bahaya hilang negara dan hilang bangsa dan terhakis nilai-nilai agama.

    Kini, orang Melayu merasa diri mereka ditekan. Jika Malayan Union adalah sah bahaya dari luar itu, hari ini gejala “Penjajah Dalaman” dari sekutu dalam UMNO telah menyebabkan orang Melayu tersedar dari kesilapan. Dengan itu, sekaligus mereka terpaksa merapatkan barisan di luar UMNO Baru sebagai daya untuk mempertahankan maruah diri, bangsa dan agama.

    @Telapa Buruk@

    ReplyDelete
  6. Cabaran sebenar yang lebih dahsyat ialah karenah ‘jembalang’ SAMSENG ala MAFIA tajaan UMNO Baru.

    Inilah yang menyebabkan “ketidakseimbangan ekonomi antara kaum”.

    UMNO baru yang diasaskan oleh Mahathir sentiasa menyokong puak yang terlibat dengan RASUAH, Menyeleweng, tidak kenal bangsa dan ringan tanggapan keagamaan. Keadaan ini lebih MERBAHAYA dari ancaman sebarang kuasa asing.

    ReplyDelete
  7. Assalaamu 'alaikum dan salam sejahtera

    Terima kasih kepada tuan Aspan untuk satu penulisan yang begitu cantik.

    Inilah apa yang dipanggil kuasa Allah. Allah sengaja panjangkan umur seseorang, diberikan kesihatan yang luar biasa. Untuk apa? Untuk dibalas semasa masih hidup supaya ianya menjadi pengajaran pada semua agaknya, wAllahu a'lam.

    Siapa sebenarnya yang menerima balasan? Yang saya nampak ialah UMNO. Sayang sekali sebab UMNO membiarkan orang sedemikian hancurkan parti yang banyak berjasa pada tanahair. Saya rasa tak patut sekali seseorang individu dapat lakukan sewenangnya sehingga parti hancur ditolak seluruh umat Melayu.

    Hakikatnya UMNO yang diasaskan pada 1946 dahulu sudah lama lenyap. UMNO yang ada sekarang diasaskan oleh Mahathir bin Mohamad dan bukannya Dato Onn, Tunku, dan lain2. UMNO yang ada sekarang adalah hasil usaha Mahathir sendiri yang diasaskan pada 1988 dan dikenali dengan UMNO Baru.

    Itu sebab UMNO Baru banyak kelainannya dengan UMNO 1946. Waktu 1969, Tunku Abdul Rahman undur dari Presiden Parti dengan hormatnya demi kebaikan parti. Tapi Presiden pertama UMNO Baru, Mahathir Mohamad, tetap teguh sebagai presiden biar seluruh umat Melayu menolaknya.

    Diharap semua dapat kenal pasti UMNO 1946 dengan UMNO Baru. Kedua-duanya merupakan dua buah parti yang berbeza dengan pengasas-pengasas yang berbeza. Pengasas UMNO 1946 semua sudah wafat sementara pengasas UMNO Baru masih sihat wal'afiat.

    wassalaam

    Haroon

    ReplyDelete
  8. Ternampak bahawa akhir-akhir ini semakin banyak perkara-perkara yang dilakukan Mahathir yang dulunya hanya didiamkan, kini sudah mula dibongkar satu demi satu. Meskipun beliau terus menjawab dan menangkis pelbagai perkara yang dibangkitkan itu, hakikatnya imej serta kredebiliti beliau sebagai bekas Perdana Menteri dan seorang Negarawan sudah banyak tercalar.

    Walaupun mungkin masih ada yang mengaguminya tetapi generasi muda rata-ratanya lebih suka melihat sisi kerosakan yang dilakukan oleh Mahathir sama ada kepada negara mahupun bangsa Melayu, berbanding kebaikan yang dilakukannya. Anak-anak muda lebih melihat bahawa sokongan Mahathir kepada Najib yang turut melakukan banyak kesilapan hanya menambahkan lagi kerosakan yang ada.

    Lagi pula gaya kepimpinan Mahathir kurang secocok dengan selera anak-anak muda sekarang yang penuh idealisme dan impian. Anak-anak muda secara semulajadinya menolak amalan kronisme dan memberi kekayaan kepada anak-anak. Berbanding Anwar, dari segi menjadi idola kepada generasi muda, Mahathir agak jauh ketinggalan. Kelompok yang sesuai dengan Mahathir hanyalah generasi tua dan pertengahan yang masih bergantung kepada media tradisional sebagai sumber maklumat.

    Keaktifan Mahathir bersuara akhir-akhir ini bukan sangat untuk mempertahankan BN tetapi lebih kepada memastikan Anwar gagal menjadi Perdana Menteri. Mahathir sendiri tidak suka BN menang terlalu cemerlang. Ketika Pak Lah berjaya mencapai kemenangan 198 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihanraya 2004, Mahathir menyebut kerajaan yang terlalu kuat adalah tidak baik kepada rakyat. Lantas beliau berkempen untuk menjatuhkan Pak Lah dan BN sehingga akhirnya berlakulah keputusan buruk pada 2008. Tidak dapat tidak, Mahathir ada sahamnya menjadikan keputusan buruk 2008 itu.

    Sekarang Mahathir mempertahankan Najib adalah kerana musuh yang sama-sama ditentang ialah Anwar Ibrahim. Jika selepas PRU 13 di mana nanti BN akan mencapai keputusan yang buruk, tidak ada jaminan Mahathir akan terus berada disisi Najib. Beliau mungkin menyokong pemimpin lain dan mahu Najib ditukar pula. Sejarah politiknya menunjukkan bahawa Mahathir adalah penganut falsafah Barat iaitu "tiada kawan dan musuh yang kekal dalam politik, yang kekal hanyalah kepentingan peribadi".

    ReplyDelete
  9. Adalah penting bagi seseorang yang mengakui diri sebagai “orang Melayu” berfikir cara Melayu, berbangga dengan budaya dan bahasa sendiri, mengahayati pedih-pilu yang ditanggung oleh kaum sendiri (Melayu) dan bertindak mengikut wadah orang Melayu yang rata-rata Islam.

    Tak sangka dalam dunia “Globalisasi” dan era “IT” ini, manusia sudah menjelajah bintang dan bulan – Melayu UMNO bolehkan tertipu menjadi alat pemimpin.

    ReplyDelete
  10. Dimanakah Umno Asal itu? Umno yang disayangi oleh orang Melayu, yang telah menyatupadukan umat Melayu dengan bangsa-bangsa yang lain, dimana telah membawa kesejahteraan dan keamanan kepada negara ini dan rakyatnya dan telah dengan jayanya berjuang untuk kemerdekaan – Umno itu sudah tidak lagi wujud. Ianya telah diisytiharkan haram dan terbubar oleh Dr. Mahathir dan rakan-rakannya dan digantikan dengan satu parti lain yang dinamakan Umno Baru.

    Sekiranya kita membandingkan bentuk dan struktur Umno baru dengan Umno Asal, sama ada dari sudut perlembagaan ataupun prinsip, dimanakah persamaannya? Penubuhan Umno Baru adalah satu tindakan pengkhianatan yang tidak boleh diampun, sama ada oleh ahli-ahli Umno Asal ataupun Umno baru.

    ReplyDelete
  11. Kuasa yang diperolehi oleh Umno Baru adalah untuk kepentingan sebilangan pemimpin Melayu, manakala selebihnya terpinggir.

    Apabila orang-orang Bukan Melayu tidak dibenarkan melakukan aktiviti perniagaan disini, negara kita akan menjadi mundur. Akhirnya, kita tidak mempunyai wang untuk membangunkan negara untuk kepentingan rakyat. Malah, sekarang ini, Kerajaan Malaysia menghadapi hutang luar yang tinggi. Golongan berpendapatan rendah mengalami kesukaran, tiada kenaikan gaji tetapi harga barangan kian meningkat.

    Apabila negara ini mencapai kemerdekaan, kita berkuasa dengan kerjasama kaum-kaum yang lain. Kita mampu mengurus negara kita sendiri.

    Kita tidak perlu tamak dan merampas seluruh kekayaan negara. Seperti kata pepatah Melayu, "Perutnya masih penuh, tetapi masih mahu merampas hak orang lain."

    Kita perlu bersikap adil terhadap orang lain dan hidup dalam persefahaman di antara semua kaum di negara ini kerana hanya itu caranya kita boleh menjamin keamanan dan kesejahteraan.

    Oleh itu, kita perlu kembali ke sistem Demokrasi Berparlimen. Semua kuasa di tangan rakyat, sekiranya rakyat menggunakan kuasa itu dengan waras.

    ReplyDelete
  12. Raya saja hari kematian UMNO .....

    ReplyDelete
  13. Saudara AA,

    Mereka ni nak 'syok sendiri' dengan berpesta. Apakah mereka ni akan menjual burger di situ?

    ReplyDelete
  14. POLITIK Malaysia semakin ganas dan kasar. Ayat-ayat lucah dan kurang ajar sentiasa dicanang media arus perdana, sama ada dalam bentuk cetak dan elektronik, termasuk laman facebook milik anggota Umno-Barisan Nasional.

    Kata-kata nista dilemparkan terhadap pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dengan sehodoh-hodoh ayat, antaranya 'father of kafir,' syaitan, iblis, anjing dan sebagainya.

    Itu tidak termasuk dengan menyiarkan gambar-gambar lucah, menggunakan ibu kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk mencerca anak kandungnya sendiri menerusi tv dan akhbar, dengan niat dan tujuan yang amat jahat.

    Apa sebab dan apa tujuannya, Umno dan media kawalannya begitu gemar memainkan politik kotor dengan kata-kata jijik sebegini rupa? Apa hasilnya yang mereka perolehi dengan membuat serangan yang bersifat terlalu peribadi kepada individu tertentu seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan sebagainya?

    Mohd Rashidi Hassan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib pun pakai perkataan haramjadah kpd peneroka felda yg tak sokong bnumno semasa mengumumkan bayaran rm 15k tempohati

      Delete
  15. Are the Malays not known for their gentle demeanour?

    Are not the Malays respectful of others and all too often conduct themselves to the point of being subservient to others when in fact it is in their psyche to put the needs of others before their own?

    If there ever were to be a Mandela amongst our people, I will have no doubt that it would be a Malay. The Malay embody most of what is good in life – never one to impose their will upon others and always conducting themself in a manner that can only be in harmony with others and mindful of not intruding into the affairs of those around them.

    So wither has UMNO gone? Is not UMNO a Malay party? Why is UMNO arrogant and despicable in its conduct? Where has the Malay trait of being respectful of the rights of others who lived amongst us vanished to within UMNO? What need is there for UMNO to conduct themselves in a manner so unbecoming of a Malay?

    The disregard for Family Values, the overt display of power and ostentatious wealth that has required for those within UMNO to indulge in the unmitigated worship of all thing material that is so alien to the Malays race – what one would call greed.

    This seems to be the overpowering sensibility that drives all the things that UMNO do! Where has the Malay in UMNO gone to?

    ReplyDelete
  16. Rakyat jangan lupa kepada penderhakaan, kemaksiatan serta kefasikan yang masih berlaku dalam masyarakat dan negara yang dijajah UMNO Baru. Semakin kuat arus kebangkitan dan kesedaran, semakin hebat pula kemungkaran yang berlaku. Seolah-olah ada persaingan di antara kesedaran dan kemungkaran.

    Mengapakah kemungkaran masih terus berlaku dalam masyarakat dalam negara ini? Bukankah arus kebangkitan dan kesedaran sudah cukup untuk mengubah segala kemungkaran itu?

    Rakyat perlu sedar, kemungkaran tetap berlaku sekiranya rakyat masih tidak berusaha untuk merubah paradigma, merubah wadah perjuangan kepada yang selaras dan bersumberkan agama.

    Mengapa berlakunya kemungkaran dan penderhakaan; syaitan dan hawa nafsulah merupakan pendorong utama.

    Kemungkaran dan maksiat berlaku apabila manusia tidak mampu melawan syaitan dan nafsu yang terdapat dalam diri manusia sendiri. Ditambah lagi dengan syaitan-syaitan zahir yang berusaha mengajak manusia yang beriman kepada kufur dan syirik.

    Nafsu dan Syaitan merupakan dua unsur yang ada dalam diri setiap manusia. Peranannya untuk memujuk serta menghasut manusia melakukan penentangan terhadap kebenaran.

    Kemungkaran tersebut menyebabkan penyakit masyarakat sejak dahulu hingga sekarang. Disamping itu rasa kecintaaan terhadap kehidupan dunia adalah pendorong manusia terus melakukan kejahatan.

    ReplyDelete
  17. UMNO sudah tidak layak untuk membela nasib orang Melayu. Ini kerana mereka hanya tahu satu jalan penyelesaian, iaitu dalam bentuk skim cepat kaya yakni Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan syarikat-syarikat penjana tenaga elektrik bebas (IPP), konsesi-konsesi berat sebelah dengan syarikat-syarikat pengendali tol lebuhraya, skandal RM250 juta National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarga seorang menteri dan juga penyenaraian Felda Global Ventures yang bakal menguntungkan segelintir kroni elit.

    ReplyDelete
  18. Aspan Alias,

    I 've been following your politics since 3 decades ago except while you were in oblivion for almost 2 0 years bro. I appreciate your guts by joining DAP. It's good move as UMNO does need person like youlah. UMNO does not like upright person like you and few others. They take you as a challenger. I know that for certain bro.

    Temiang, seremban

    ReplyDelete
  19. Felicitations. Happy 66 grandpas/grandmas, pops/moms, bros and sistas in UMNO. Today we are donning red to celebrate the joyous ocassion.
    Thank you for doing so much to us and the nation.
    We hope you will thrive for evermore. We love ya.
    Lets all go the stadium tonight to kiss Najib's hand.

    ReplyDelete
  20. Tuan AA,

    60 to 70 % of malaysians still never cared they have been DUPED by mahatheeer.....many malays, chinese, indians, and others....they never cared.....

    THEY JUST FOLLOW.....Quiet Despair leads them TONITE!!!...

    The MIND!!!

    ReplyDelete
  21. QD, cium tangan baru boleh jadi calon...

    http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/04/hulu-selangor-cium-tangan-baru-boleh.html

    ReplyDelete
  22. Loji Proses Gas Petronas meletup di Dungun.

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

    Apakah loji Lynas selamat?

    ReplyDelete
  23. Poltikus UMNO penipu .... bloggers UMNO pun penipu.

    Fitnah tentang rumah Ai di USA,

    http://warkahdaily.blogspot.com/2012/04/papa-gomo-dedah-rumah-mewah-anwar-di.html

    Dah tak ada kerja lain

    ReplyDelete
  24. QD,

    Merah adalah kaler darah. Kaler merah boleh dikaitkan juga dengan pembunuhan...

    amboi...merayakan sakan la geng aok ye pakai kaler merah...menyanyi,bersorak,berpesta, bersuke ria

    meraikan hari ulangtahun sebuah parti lama yang kena bunuh la gamaknya...how befiting..

    mat pendang

    ReplyDelete
  25. BAGI GOLONGAN JAHAT/TAMAK, ADA 1 STRATEGI/CARA YG PALING BERKESAN/AMPUH/SENANG YG TERBUKTI BERJAYA SEJAK DULU & KINI DLM MENDAPATKAN KUASA POLITIK & EKONOMI DLL IALAH HANYA DGN 1 PERKATAAN IAITU "HIJACK".
    Pada asalnya boleh di katakan Setiap Perjuangan yg bermula dr kebaikan, atau perjuangan utk menentang kejahatan, di pelopori/di mulakan oleh golongan yg benar2 ikhlas kerana mereka tahu, hanya perjuangan ikhlas di sertai pengorbanan harta & nyawa sahaja yg dapat mengalahkan kuasa kejahatan/evil power. Namun perjuangan yg telah menelan byk korban & harta itu biasanya mula di resapi unsur2 lain... yg mengaburi mata dan jika tanpa pertolongan Allah maka unsur2 dunia itu akan memesongkan halatuju perjuangan... kerana unsur2 dunia tadi telah 'menghijack' & mengambil alih segala niat suci perjuangan tadi. Selain itu kita juga dpt melihat satu lagi kaedah "hijack" seperti perkataan Israel yg bermaksud sgt baik telah di hijack oleh golongan Yahudi-Zionis jahat, menyamar baik utk mengelabui mata dunia... samalah juga dgn kes Umno Baru, nama menjadi permainan "hijackers" (Dalam konteks ini ialah Dr Mahathir).
    Dalam perhimpunan BERSIH 3.0, ada lebih kurang 2000-3000 hijackers yg telah bertindak mengambil alih perhimpunan BERSIH pd selepas pukul 4 petang utk mewujudkan suasana huru-hara agar dpt dimanipulasi dlm akhbar/media bg kepentingan kuasa jahat. Yg mana kuasa jahat tadi yg sentiasa menggunakan kaedah "hijackers" ini telah pula menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali bertindak mengambil alih/hijack peserta2 BERSIH 3.0 tersebut. Inilah nama Umno, sejak dulu kini dan selama2nya, Dia yg buat, dia tuduh orang pula.

    Kaedah hijack juga di gunakan oleh syaitan dan Iblis utk merasuk manusia (bisikan Iblis menggoda manusia) supaya mengikut kata mereka atau mengikut hawa nafsu (nafsu menghijack pemikiran manusia) supaya manusia akan bersama2 dgn golongan jahat ini dlm merosakkan manusia/dunia dan seterusnya di akhirat, sama2 di humbankan ke dlm api neraka. Jadi bagi individu Islam, kebergantungan terhadap Allah SWT dgn menyerah diri,bersolat, berdoa, dan bertawakkal adalah cara yg terbaik bagi mengelak diri kita dr di hijack/ambil alih/rasuk/pukau/hipnotis oleh golongan2 yg derhaka terhadap Allah SWT dan RasulNya. Berdoalah "Ya Allah! Perlihatkan kepadaku yang benar itu benar dan berilah aku kemampuan supaya aku dapat mengikutinya. Ya Allah! Tunjukkan kepadaku yang batil itu batil dan berilah kekuatan bagiku menjauhinya".

    ReplyDelete
  26. Bila lah..bangsa melayu keseluruhan nya hendar sedar bahawa...mahadey la pengkhianat banngsa melayu dan rakyat malaysia..musibah dan bala yg akan menimpa rakyat malaysia adalah angkara pembalasan terhadap apa yg mahadey lakukan selama ini..jangan sampai nasi menjadi bubur..ketika itu sudah terlampat..SEPATUT nya..pemimpin umno sedar bahawa..mahadey patut dibicarakan atas kesalahan,penyelewengan,kezaliman mahadey selama 22 tahun menjadi pm..harus juga sedar jika hendakkan umno terus relevan bagi org melayu..mahadey harus ditendang keluar terus dari umno..masa paklah..mahadey dengan mukhriz pernah keluar dari umno..org mcm ne ke bangsa melayu nak sebagai pemimpin???

    ReplyDelete
  27. KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang bernombor keahlian '2'.

    Beliau turut menegaskan bahawa "saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan."

    Dr Mahathir, yang sebelum ini membuat pengumuman keluar dari Umno di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di Alor Star hari ini, turut membuat pengumuman itu di lawan webnya www.chedet.com pada pukul 10.11 malam ini.

    Pengumumannya dalam lawan web itu turut mengumumkan yang isterinya Dr Siti Hasmah bersamanya keluar dari Umno.

    Di Alor Star, Dr Mahathir anggota Umno seumur hidup dan bernombor keahlian '1', berkata beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

    Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

    "Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno)," katanya.


    -- BERNAMA

    ReplyDelete
  28. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Alhamdulillah! Tahniah dan terima kasih! Teruskan! Sememangnya fakta sebeginilah yang sepatutnya disedari oleh kepimpinan UMNO palsu bin mengarut ini. Namun, sayang trillionan kali; apa yang saudara katakan, telah, sedang dan akan terus dipertontonkan oleh Yang Maha Segala untuk disaksikan umat insani moden ini, khasnya warganegara, pemastautin dan ratusan ribu, malah, jutaan, "PENDATANG HARAM" di bumi Persekutuan Malaysia tercinta ini.

    Justeru, pada hemat saya yang juga masih perlu mengaji banyak ini, dah tak ada cara lain, melainkan melafazkan "talaq 3" kepada UMNO palsu ini, khasnya kepada anakanda Allahyarham Bapa Pembangunan, anakanda Allahyarham pencinta golongan kurang upaya (menteri dalam negeri), dan paling utama, Fir'aun dan Iblis yang mencetuskan tragedi penguburan UMNO asal itu, Perdana Menteri Ke-Empat, serta sekalian suku-sakat mereka termasuk alim ulama' yang kononnya berilmu, tapi sanggup membogelkan disiplin keilmuan dan ketaqwaan mereka demi UMNO palsu ini. Saya sedar, expressi ini dah langgar adab dan kesopanan, tapi, siapakah yang lebih kurang ajar jika dibanding dengan golongan yang hanya beriman bermusim serta demi keuntungan dan keteramplan? Tak terbayangkah mereka, khasnya Najib dan Hishamuddin, akan kebarangkalian kesengsaraan almarhum ayahanda masing-masing di alam barzakh dik tindakan celaka mereka yang kufur nikmat serta sanggup mengkhianati amanah? Oleh itu, tak guna sama sekali mereka nak sambut itu dan ini sedangkan hakikat dan kehendak sambutan sebegitu tidak, malah sengaja tidak diendahkan. Akhir kata, kepada PM no. 4 itu pula, ingatlah baik-baik; Allah sesekali tak akan lupakan sumbanganmu terhadap kehancuran Malaysia tercinta ini. Cuma, umurmu yang panjang, boleh jadi diperuntukkan untuk kau tengok sendiri hasil usahamu yang hingga kin masih kau nafikan kedurjanaan dan kederhakaanmu itu. Jangan nanti bila nyawa telah di hujung halqum, barulah kau nak beriman sebagaimana pengakuan terdesak Fir'aun ketika tenggelam di laut merah.

    Terima kasih dan selamat berjihad!!!

    ReplyDelete
  29. Saya betul-betul nak lihat lautan manusia memenuhi setiap ruang Bukit Jalil dlm Tv1 sempena 66 tahun UMNO.

    Kasihan gembar gembur TV1, tapi arahan kamera RTM tdk dapat menyembunyian hakikat kepalsuan kononnya roh perjuangan Melayu.

    Bukit Jalil boleh memenuhi kira2 87000 orang. Yang kasihannya lautan merah tak nampak bergelombang, berselerak sana sini, cuma bergelombang ialah rasa marah Najib kepada pihak lawan. Ucapannya tidak ada nilai akademik dan akhir upacara ramai orang balik berjalan sana sini walhal menteri Umno masih atas pentas.

    Kamera RTM tidak akan dapat menipu RAKYAT MALAYSIA, walaupun producer TV berusaha cari scene yang hebat.

    Kasihan Najib.

    ReplyDelete
  30. Semoga bangsa melayu tidak berpecah belah..amin... =)

    ReplyDelete