09 May 2012

Bunyi guruhnya kuat, hujannya renyai-renyai

Saya telah mendengar secara rasminya pengumuman PM Najib tentang ‘durian runtuh’ seperti yang heboh diperkatakan sejak hampir setahun yang lalu. Saya yang bukan peneroka ini pun tertunggu-tunggu pengumuman ‘durian runtuh’ ini kerana ia telah mendapat liputan media yang meluas kerana ia berkait rapat dengan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada bulan Jun yang akan datang ini.

Dengan skala publisiti yang meluas ini saya beranggapan yang ‘durian runtuh’ yang diperkatakan oleh pucuk pimpinan kita itu akan melebihi RM100,000 (satu ratus ribu) seorang untuk diseimbangkan dengan publisiti yang teramat meluas sejak berbulan-bulan dahulu. Cara PM Najib bercerita tentang ‘durian runtuh’ itu, seolah-olah jumlah yang akan diterima oleh peneroka itu tidak boleh kurang dari RM100,000 dan dibayar serentak kepada setiap orang peneroka yang telah meneroka hutan belantara untuk dijadikan perladangan yang terbesar di dunia.

Rupa-rupanya jumlahnya hanyalah RM15,000 (lima belas ribu) sahaja dan akan diberikan dalam tiga peringkat selama tiga bulan. Kalau dikomplain, nanti dikatannya peneroka tidak bersyukur. Kalau tak komplain pula, ia sangat tidak berbaloi dengan publisiti yang meluas berterusan sejak beberapa bulan yang lalu.

Saya hanya berharap pemimpin kita tidak lagi membuat kenyataan menghina rakyat dengan menasihatkan mereka untuk berbelanja secara betul dan berhemah seperti meereka lakukan semasa memberi bantuan seratus ringgit untuk pelajar sekolah beberapa bulan yang lalu.

Kita masih ingat bantuan RM100 untuk kanak-kanak sekolah yang lalu, pemimpin setinggi pangkat seperti Muhyiddin telah beberapa kali membuat kenyataan meleter supaya wang seratus ringgit itu dibelanjakan secara berhemah seolah-olah wang yang diberikan itu berjumlah setengah juta ringgit jumlahnya. Ada di antara yang saya kenal tidak mahu menerima bantuan itu kerana terasa hati dengan leteran Muhyiddin Yassin itu.

Bantuan RM100 itu telah disiarkan berulang kali oleh media massa elektronik arus perdana berminggu-minggu lamanya dan menampakkan sangat pemimpin kita meminta penerima untuk berterima kasih kepada UMNO hingga ke liang lahat. Itu baru bantuan RM100. Tidak tahulah bagaimana pemimpin-pemimpin tertinggi kita akan mengungkit isu ‘durian runtuh’ untuk peneroka Felda ini pula.

Mungkin mereka (pemimpin) mahukan peneroka untuk memberikan pesanan dan wasiat kepada anak-anak mereka sebelum mati untuk memberi undi kepada UMNO jika mereka (peneroka) sudah tiada lagi di dunia ini. Sejumlah apa sekali pun yang kita dapati, kita wajib bersyukur, tetapi apa yang saya persoalkan ialah pemimpin utama kita terminta-minta dan mengungkit-ungkit dan memaksa peneroka untuk menzahirkan perasaan terima kasih mereka (peneroka) kerana kepentingan politik kepartian dan peribadi.

Peneroka tahu bahawa wang tersebut adalah wang yang datangnya daripada titik peluh mereka sejak puluhan tahun dahulu, bukannya wang saku pucuk pimpinan kita itu. Hanya pihak kerajaan cuba untuk menunjukkan bahawa pemberian ini seolah-olah datangnya dari kantung kerajaan untuk digunakan sebagai bahan ungkitan dalam masa menunggu PRU yang akan datang ini.

Lain-lain perkataan, peneroka dituntut untuk berterima kasih walaupun apa yang mereka terima itu adalah wang mereka sendiri. Hanya mungkin peneroka belum lagi mengetahui bahawa kantung Felda telah kekeringan kerana disalahgunakan oleh pimpinan negara hari ini.

Selepas setahun penyenaraian itu nanti, peneroka dan rakyat akan melihat hasil kerja yang tidak jujur ini. Kata perbilangan, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

50 comments:

  1. sedih melihat peneroka yang melompat kegirangan bila mendengar pengumuman PM tu..

    ReplyDelete
  2. Saudara AA,

    Ia amat menyedihkan yang amaun RM15 ribu adalah 'chicken feed' untuk peneroka yang bertungkus lumus di bawah matahari terik untuk mengurus ladang mereka satu atau two dekad lepas. Rupa-rupanya apa yang diumumkan cuma 'hot air' sahaja.

    ReplyDelete
  3. Bang, Rn15,000 kecik ke?

    ReplyDelete
  4. Saya nak ucap Terika Kasih Kepada Barisan Pembangkang kerana kalau tidak dengan kekuatan Pembangkang RM15,000.00 itu pun tidak akan kami perolehi.

    ReplyDelete
  5. 1.6 billion dapat agih 112,000 keluarga peneroka kalau Lee Leong Siek 12 billion.... Bayangkan dia punya kumpulan kecik dapat wang banyak tu...

    ReplyDelete
  6. 15k taklah kecik tapi tak berbaloi

    ReplyDelete
  7. AA,
    True, the intensity of the publicity preceding the announcement does not commensurate with the amount announced by the PM.

    In the first place I don't understand why the IPO has to be done. Normally IPO is done in order to get public money for expansion and anything like that.

    Why on earth does this need to be done to Felda. I thought there are abundant of money derived from the huge plantations.

    So the alleged intention to 'sapu' the money out of this IPO seems to be a crude truth in it.

    So, God bless you peneroka.

    ReplyDelete
  8. FELDA fixed deposit UMNO bro !!

    ReplyDelete
  9. RM5k before election
    RM5k after election if BN wins
    RM5k before GE14

    I help you, You help me

    ReplyDelete
  10. Wowee bestnya. Jealous I bila tengok live telecast TV Najib umum durian runtuh dan durian gugur.
    How I wish I cucu atuk Felda atau anak bapak Felda. Tak payah kerja berhempas pulas like what I am doing now.
    Imagine anak-anak dan isteripun dapat.Kakitangan Feldapun dapat lor.
    Don't you wish too, Tuan Aspan and friends?
    I think I nak kawin dengan cucu Feldalah.
    Ramailah Towkay Cina datang ya ajak beli peti ais besar, Home theatre set. etc. Nak beli tanahpun ada.
    Tapi Pak-Pak Felda tolonglah jangan dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.

    P.S. Jangan tak silap my fave brother Sakmongkolpun ada ceramah kat Jengka semalam. Youpun kat situ ke Tuan Aspan?
    I am awaiting his posting or nak tengok U-Tube. Dah tenu condemn kaw-kaw. Hahaha.

    ReplyDelete
  11. Walaupun guruh dengan hujan renyai2tetapi sekurang2nya merasa juga mereka dengan air hujan itu. Pada satu pihak yang lain usahkan hujan renyai2, malah nak dengar guruh sayup-sayup pun tak ada. Harapan hanya tinggal harapan saja la. Alahai... begitu la nasib mereka...

    ReplyDelete
  12. I bet the consultant who thought of giving the sum in 3 "tranches" [in consultant speak] is gloating at this "genius" idea.

    Encik Consultant, peneroka ni punya pendapatan pun dah capai RM6000 sebulan. Bukan orang lain kata, Felda yang kata.

    Rujuk LKTP ; KUALA KRAU 17 Jun 2011 - Purata pendapatan hampir 15,000 peneroka Felda Wilayah Jengka di 37 tanah rancangan kini mencecah kira-kira RM6,000 sebulan bagi setiap keluarga berikutan kenaikan harga getah dan kelapa sawit yang tinggi pada masa ini.

    Fikir dulu...

    ReplyDelete
  13. Syabas Aspan!
    Jangan tersalah tulis nanti kena buang macam tunku aziz dah!

    ReplyDelete
  14. Salam bro..

    Saya masih ingat ucapan najib bahawa peneroka Akan tersandar terduduk apabila terima durian runtuh nanti...saya fikir tentu la 1 juta, supaya dpt lahir jutawan segera.

    Dgn rm15k tu hanya sama dgn jumlah shahrizat makan nasi di menglembu dan shapie apdhal berkaraoke di menggatal je tu...

    Cer kira.. Rm15k bahagi dgn (365 x 4 th) = berapo bro.. Iaitu tempoh talian hayat umno utk sepenggal

    Pakya

    ReplyDelete
  15. Sedih melihat sejarah rompakan harta orang kampong berulang kembali.Dulu semasa TS Onn Ismail menjadi Pengerusi Koperasi Pulau Lumut(pulau Indah) semua ahli diberi RM10,000 untuk mengadaikan tanah kepada Kuala Dimansi s/b yang mengaut berbillion ringgit dengan menjual bond dan dijamin oleh kerajaan.Ahli koperasi kekal dengan tanpa mendapat apa-apa keuntungan,kerajaan kerugian berbillion.Bagus juga tuan tinggalkan UMNO.

    ReplyDelete
  16. Hukum Sertai Bersih 3.0 Menurut Ust Azhar Idrus

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=PBoBN49mRIA

    ReplyDelete
  17. Tuan Aspan,

    Dah baca statement 12 mukasurat dari sahabat tuan, Dr. Cheah (DAP Damansara utama.. inilah yg buat BN sukar ditewaskan. Bukan sebab rakyat suka sangat tapi pembangkang asyik2 bertelagah dan buka pekung masing masing.

    ReplyDelete
  18. QD, apa nak di jealous kan. Duit banyak taik hidung tu pun kau nak jealous.
    Najib kata dulu bila peneroka dapat durian runtuh mereka akan terduduk dan tersandar melihat banyaknya durian runtyuk tu.
    15 ribu apa nak di banggakan. Bapa aku tersungkur menoreh getah Felda empat puluh tahun lamanya, anya pulangkan 15 ribu sahaja? Duit tu duit peneroka, bukan duit kerajaanlah QD. Sekolah tinggi tinggi mentaliti macam orang asli camorin highland.
    Yang banyak dapat durian runtuh tu ialah Najib, Dato Ahmad Sabri dan of course Isa Samad penyamun pendek tu.
    Awook memalukan orang Pahang ajelah QD. Kau elok berkawan dengan Nalla karupan saja atau dgn Umi hafilda atau azmin ali saja.

    kamal

    ReplyDelete
  19. NFL rm250 juta saorang
    BRIM rm 500
    felda rm 15,000
    scorpena ratusan juta saorang.
    boucer buku rm100
    kalaulah rakyat didahulukan mengapa beza yang bagitu ketara berlaku.Sebab itulah mereka tu bermatimatian nak menang sanggup tolak penglibatan UN asalkan hidup mewah dengan kuasa penuh seperti Robert Mugabe.Semua terjawab bila mereka itu tumbang jadi fokuskan fikiran dengan satu matlamat iaitu tumbangkan yang sedia ada.Mereka ngelabah dan telah gunakan macam2 tektik tapi kita tengok dan dengar kalau beri ambil dan pangkah lain dari parti pemerentah.Saya harap semua faham.

    ReplyDelete
  20. Hahaha QD, QD. Kakau tak jolok, tak cucuk sana sini, tak sah. Sah-sah aok ni kaki cucuk. Anak mami jarum gamaknya. Atau aok pergi world-class U belajar Psychological warfare.
    Tapi takpe we welcome you here. Ada juga orang kita boleh tibai.

    ReplyDelete
  21. Salam AA dan bloggers,

    Dibayar RM15K selepas ditipu timbangan buah sawit selama berpuluh2 tahun?

    Menjijikkan.

    Surrogate

    ReplyDelete
  22. Felda listing adalah projek UMNO cari duit utk PRU.Tiga kali bayaran.Kesian peneroka2 yg jahil ekonomi kena tipu hidup2 oleh lanun2 UMNO.Gaji anak Menteri Lembu pun yg paling minima RM25k sebulan.

    ReplyDelete
  23. The United Nations in Malaysia would like to refer to the article published in The Star newspaper on May 7, 2012 titled “Police: Tear gas used at rally safe, UN-approved’.

    We very much regret that the UN in Malaysia was not consulted before the publication of this article as it contains serious inaccuracies. The UN has consistently condemned the excessive use of force, including through the use of tear gas.

    The development and deployment of non-lethal incapacitating weapons should be carefully evaluated in order to minimize the risk of endangering uninvolved persons, and the use of such weapons should be carefully controlled.

    bacaan selanjutnya :
    http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/05/caught-lying-by-un-from-utusan-to-nst.html

    ReplyDelete
  24. 112,635 Felda families set to benefit windfall of RM15,000 per household. The media splashes the news like Felda settlers strike the jackpot.

    What a shame when the truth is that Najib and Isa have taken the Felda settlers for a ride to finish off the last of the Malay assets. Najib and Isa are the ones who strike GOLD. Gone. Habis.

    There is nothing left that belongs to the Malays. The Malays have been scam big time by UMNO.

    To these Felda families RM15,000 is big money. These families does not know the value of their assets, so RM15,000 is God send to people like them.

    Their brains are good enough to see the money in front of them they do not have the foresight to see and calculate that RM15,000 cannot buy them a plot of land, they cannot buy a house, they cannot afford to send their dozen of children for higher education but what I am very sure is that RM15,000 can pay for their passports so that their children, grandchildren and many more generation to come can go to Indonesia, Saudi, Iran, Turkey etc... to work as maids and labourers.

    These Felda families like so many Malay families have sold themselves and will only realize after they receive their petite sum of RM15,000 that they have been cheated by UMNO yet again.

    During Mahathir's era, Bank Bumiputra was completely wipe off.

    Pak Lah's time MAS and Sime Darby.

    Now the last of all the Malay asset left is Felda which Najib will follow the same path like his previous bosses to finish it off.

    So today these 112,635 Felda families can rejoice. But tomorrow they will beat their chest and cry in sorrow why they are SO STUPID.

    ReplyDelete
  25. Ini Dato Ariff tulis;

    Rakan saya Aspan Alias sekarang phobia hendak pergi ke tandas awam. Takut2 ada kamera tersembunyi yang di pasang oleh Mamat UMNO.

    Bukan sebab skendal- Aspan takut kena didedahkan aib. Takut2 orang UMNO kata, Aspan Alias cakap dan badan besar, tapi punai kecik. Punai Kecik pun akan di politikkan oleh UMNO yang di pimpin oleh Mr Transformer.

    Saya bersetuju dengan kebimbangan saudara Aspan. UMNO sekarang pakar dalam membuat filem mengenai babak dalam tandas, babak hisap ais krim, babak dalam kamar tidor. Agaknya, inilah unsur2 transformasi yang di sebut oleh presiden UMNO.

    ReplyDelete
  26. If no changes were made to the existing electoral process as demanded by Bersih and the 13th general election were to proceed, the outcome of the election would be open to challenge.

    This will paint the country negative when it claims to have the ‘best’ democratic system in the world.

    ReplyDelete
  27. All concerned Malaysians especially in the academia should provide their views and opinions on how meaningful are the current political changes taking place, and how to make sure the clock is not turned back on the reforms undertaken so far.

    ReplyDelete
  28. Rest assured Tuan Aspan have nothing to fear. From what I know about him he is a good family man and a good husband. He is also an upright citizen.
    Kalau dia dituduh Scandal, i takkan percaya. Macam i tak percaya Shafie Afdal buat kerja macam tu.
    Dia ada muka dan jenis men yang prone to scandal. Macam Anwar and Azmin I believe. Kalau oghang Kampung saya Bro Sak, I am inclined to believe. He's virile. Sorry Sak.
    And come on man, janganlah tuduh konspirasi Umno. Tak terpikir ke Anwar dan Azmin are too cocky and have many enemies within the party out to destroy them.
    If you are good, no one will dare to besmirch him.

    ReplyDelete
  29. QD, God gave you a penis and a brain, but unfortunately not enough blood supply to run both at the same time.

    ReplyDelete
  30. Ha ha ha

    Nice Spin QD...BDW..I know U have tough hart to pump ur blood to ur both head..ha ha ha.

    Kaeh..pepalih setuju dengan tulisan Pak AA...ha ha ha..Pueh memukul gong keliling kampung tapi tetawak, serunei tertingei..Ha ha ha..

    ReplyDelete
  31. Saudara Aspan

    Bila dikatakan Peneroka Felda akan mendapat durian runtuh, saya diingatkan dengan peristiwa satu ketika dulu dan ini disejarahkan; Peneroka Felda LBJ dikatakan mereka telah jadi Overnight Millionaires setelah mendapat apa dikatakan ketika itu durian runtuh tak disangka-sangkakan.

    Dibandingkan adakah RM 15,000 ketika ini itu juga durian runtuh?!

    Tetapi saya pasti ada beberapa orang (associate member of Peneroka FELDA) telah jadi Overagain Millionaires dengan dikatakan durian runtuh semacam ketika dulu itu.

    ReplyDelete
  32. Teruja juga saya bila melihat ahli DAP melayu Tunku Ibrahim berani bersuara melawan arus ..ingatkan anggota DAP Melayu sekadar jadi hiasan DAP untuk menunjukkan parti tersebut adalah parti majmuk dan tidak rasis.

    Syabas Tunku. Kami bersamamu.

    Nak pulak lihat anggota DAP Melayu yang lain ada tulang belakang untuk menyatakan hak orang Melayu. Bila pulak Aspan nak mengorak langkah silat Melayu, jangan malukan orang Kuala Pilah ye!

    ReplyDelete
  33. 40 tahun (toreh getah) = rm15000
    20 tahun = rm7500
    10 tahun = rm3750
    1 tahun = rm375
    1 hari = rm1.04

    1 kilo getah jual dgn Felda 50% kurang dari harga jual kat luar.

    Bayangkan berapa banyak Felda dah simpan duit peneroka sejak 40 tahun dulu dan pulangkan RM1.04 sehari kepada peneroka.

    Saya bersyukur dengan gelombang kebangkitan rakyat menuntut haknya sedikit sebanyak berjaya walaupun tidak berpadanan dengan penindasan selama lebih 40 tahun.

    saya tabik dengan Pemimpin2 PR yang yg cekal dan berani kerana ada asas dan kebenaran.

    ReplyDelete
  34. ahli majlis fatwa kebangsaan bekerja dengan kerajaan,di bayar gaji pun olih kerajaan,maka kalau nak keluar fatwa pun kena kelulusan dari pihak kerajaanlah kalau tidak kena buang kerja,sape nak bagi makan ?Hukum ? itu belakang kira nak mati nanti taubat le

    ReplyDelete
  35. What's up mates, its great post about educationand fully defined, keep it up all the time.
    my web page > Curved-shower-rod-col7o912fo.tumblr.com

    ReplyDelete
  36. Hi, i belіеve that i nоticed уou visited my websіte so i came to гetuгn the
    сhoose?.Ι'm trying to in finding issues to improve my website!I assume its adequate to make use of a few of your concepts!!

    Stop by my site Chemietoilette
    my webpage :: weloveparty.de

    ReplyDelete
  37. My spouѕe anԁ I stumbled oνer here from a differеnt ρagе
    and thought Ι may as well check things out.
    I like what I see ѕo now i'm following you. Look forward to going over your web page yet again.

    my site Chemietoilette
    my site: Chemietoilette

    ReplyDelete
  38. Whаt's up it'ѕ me, I am also visiting this wеb page daily, this web sіte is gеnuinely
    nicе and the users aге aсtually sharing nіce thoughtѕ.


    Also visit my blog; Augen lasern
    My website :: Augen Lasern

    ReplyDelete
  39. Ηello! This is κind of off topic but
    I need some advice from аn established blog. Is it veгy haгd to sеt up your own blog?
    I'm not very techincal but I can figure things out pretty fast. I'm
    thinking abοut сгеating my οwn but I'm not sure where to start. Do you have any tips or suggestions? Thank you

    Feel free to visit my web-site: noimi.com

    ReplyDelete
  40. With havin so much content and articles do you evеr run into any problems of
    рlagorism or сoρyright infгіngеment?

    My website has a lot of exclusive contеnt І've either written myself or outsourced but it looks like a lot of it is popping it up all over the web without my authorization. Do you know any techniques to help protect against content from being stolen? I'd trulу appreciate it.


    Feel free to surf to my webpage - Chemietoilette

    ReplyDelete
  41. It's an awesome post for all the online viewers; they will obtain advantage from it I am sure.

    Feel free to visit my webpage Chemietoilette
    My page - Chemietoilette

    ReplyDelete
  42. Hey Τhere. I discоvered your ωeblog the use of msn.
    That is a very well written article. I wіll
    be sure to booκmark it and comе back to read moгe of уour useful info.
    Thanks for the рost. I will definitely retuгn.


    Ηere is my pаgе; http://www.metin2mistery.com/

    ReplyDelete
  43. With out wаterіng the roots of a tree іt іs futile to hope it
    to mаture and give uѕ luscious fruitѕ, colouгful bouquеts and so on.

    Τhis haѵe аlmoѕt always bеen a favoгite exercisе in mу pгoperty.

    Τhe blood of those who stay a eхistenсe of take іn, cοnsume аnd be meггy is ѕtanԁard anԁ their resρiration is terriblу spеedilу.


    Аlѕo viѕit mу page: www.humsurfer.com

    ReplyDelete
  44. Oh mу gοodness! Аmazіng article ԁuԁe!
    Thаnκ уοu, Нowevег I am encounteгing problems with уour RSS.
    І don't know why I can't join it. Is theге аnybody havіng the same RSS
    problems? Anyone that knowѕ thе sοlution will yοu κіndly rеsрond?
    Τhanx!!

    Неre іs mу websіte :: healingwithfoods.blogspot.com

    ReplyDelete
  45. I ԁrop a leave а respοnse еаch tіme I like a artiсlе on a site or I
    have ѕomеthing to add tо thе ԁiscussіon.

    It's triggered by the passion communicated in the article I browsed. And on this article "Bunyi guruhnya kuat, hujannya renyai-renyai". I was actually moved enough to write a thought ;) I do have a couple of questions for you if it'ѕ okaу.
    Coulԁ іt be оnly me oг doеs
    іt look likе sοme of the comments apрear likе ωritten by brain dead people?

    :-P And, if yοu arе writing on other
    ѕіtes, I would lіke to keеp up with
    you. Woulԁ you make a lіst every one of
    your communаl pages lіke your twitter feed, Fаcеbooκ
    page or linkedin prοfilе?

    Fеel free to vіsіt my wеb blog .
    .. Chemietoilette

    ReplyDelete
  46. Τhanks verу interеѕting blog!


    My ѕіte :: Homepage

    ReplyDelete
  47. You actually make it seem really easy with your presentation but
    I in finding this matter to be really something that
    I feel I might by no means understand. It kind of feels too complicated and extremely large for me.
    I am having a look forward for your subsequent post, I'll try to get the dangle of it!

    Here is my weblog Bathroom Sinks

    ReplyDelete
  48. Thankfulness tο mу fathеr who іnformed me about this blоg, this ωebsite is аctually amazing.



    Mу web blog neonlight.merseyremakes.co.uk

    ReplyDelete
  49. Great post. I wаs сhecκing constantly this blοg and Ӏ'm impressed! Very useful info specifically the last part :) I care for such info a lot. I was looking for this particular info for a very long time. Thank you and best of luck.

    Also visit my page :: www.b3directory.com

    ReplyDelete