10 May 2012

Besok perayaan ulang tahun UMNO, walaupun UMNO itu sudah tiada

Dengar khabarnya UMNO akan ‘celebrate’ ulang tahun yang ke 66 besok dengan perhimpunan ahli parti yang besar-besaran. Katanya UMNO berumur 66 tahun besok, 11 hb Mei. Upacara sambutan besaran-besaran ini akan menjadi seperti pelancaran untuk menghadapi pilihanraya yang bakal diadakan sekejap sahaja lagi.

Saya lebih tertarik jika UMNO hanya mengadakan doa selamat besar-besaran untuk UMNO yang telah mati itu bukannya merayakan hari lahirnya. Parti itu telah mati dan semua orang tahu siapa yang merancang kematiannya dan kenapa kematian UMNO itu amat perlu bagi seorang pemimpin pada tahun 1988 dahulu. Tidak payah diulangi lagi kerana blog inilah yang telah mengulangi kejadian itu berpuluh-puluh kali sebelum ini. UMNO sekarang sepatutnya merayakan ulang tahun yang ke 24 sahaja kerana itulah umur sebenar parti UMNO yang sekarang ini.

Sepatutnya ulang tahunnya dirayakan pada bulan Februari yang lepas. Tetapi UMNO terpaksa mengambil dan menukar tarikh lahirnya ke11 Mei kerana itulah tarikh lahir UMNO yang sebenarnya. Saya dan siapa pun tahu kenapa UMNO memilih 11 Mei itu sebagai hari ulang tahun parti itu. Sebabnya senang; kerana UMNO asal itu merupakan parti tulin perjuangan untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya. UMNO baru ini ingin menumpang ‘kekeramatan’ UMNO lama itu maka ia memilih untuk menggunakan tarikh kelahiran parti yang telah mati dibunuh pada tahun 1988 dahulu sebagai tarikh ulang tahun parti yang baru berumur 24 tahun itu.

Perkara seperti ini memang biasa berlaku dinegara ini. Kalau kita ingat suatu ketika dahulu Keretapi Tanah Melayu telah kerugian puluhan juta ringgit kerana ramai pekerja perbadanan itu yang telah mati masih mendapat pencen mereka yang di terima oleh pihak lain secara haram. Walaupun pekerjanya sudah lama mati tetapi ada pihak yang membuat tuntutan pencen tersebut secara haram dengan tidak mengisytiharkan kematian mereka. Pencen mereka sebaliknya diterima oleh keluarga dan sahabat mereka yang menggunakan tanda tangan palsu untuk mendapatkan wang pencen simati itu. Kejadian ini merupakan satu penipuan besar.

Berbalik kepada perayaan ulang tahun UMNO yang 66 tadi, saya berpendapat kita biarkan sahaja mereka (UMNO) melakunkan tipu helah moral itu. UMNO memerlukan sangat nama baik UMNO asal itu untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Tetapi seperkara yang kita mesti terima ialah rungutan orang seperti saya dan ramai yang lain itu memang mempunyai asas yang kuat. Kalaulah pandangan kumpulan seperti saya ini salah, masakan UMNO beriya-iya benar untuk mengambil tarikh kelahiran UMNO asal itu sebagai tarikh ulang tahun parti itu sekarang sedangkan parti UMNO sekarang hanya berusia 24 tahun, lebih muda dari umur anak bongsu saya. Ramai yang mengkritik saya kerana masih bercakap tentang UMNO lama itu. Tetapi mereka tidak sedar yang mereka sendiri (UMNO) sedang berbelanja jutaan ringgit untuk memperingati UMNO lama itu dengan mengadakan majlis besar-besaran.

 Besok kita akan mendengar retorik UMNO asal yang akan dibuat oleh pemimpin UMNO baru ini. Besok kita, ibarat mendengar lagu P. Ramlie yang enak-enak oleh Musli Ramli. Tetapi Musli bukannya P Ramlie. Musli hanya seorang penyanyi yang pandai menyanyikan lagu-lagu P Ramlie yang telah meninggal pada tahun 1973 dahulu. DAN Musli pun boleh cari makan dengan kepandaiannya menyanyikan lagu-lagu P Ramlie dengan baik seperti pemimpin UMNO baru menggunakan nama asal UMNO itu untuk mencari makan melalui FGV, Scorpene, MAS, Air Asia dan banyak lagi yang mereka telah selewengkan itu.

Oh ya, mereka yang telah membunuh UMNO dulu pun akan bersama-sama merayakan ulang tahun UMNO yang telah dibunuh itu besok.

27 comments:

  1. Salam,
    Tulisan tuan ini perlu menjadi sebahagian dari bacaan pelajar tahun satu Sejarah dan Pengajian Malaysia.
    Tanpa kefahaman tentang sejarah 1948 dan 1988, rakyat terutama generasi 22tahun Mahathir akan tertipu.
    Sejarah tidak boleh ditipu. Walaupun sejarah ditulis oleh mereka yang menang, tetapi kebenaran tetap akan muncul dan diketahui jua. Cubaan memadam sejarah tidak akan brjaya.
    Sekadar membohongi rakyat dengan tv, radio, akhbar dan laman web tidak akan pergi jauh.
    Lambat laun semua ini akan terbuka juga.
    Kepada mereka yang melakukan penzaliman dengan menipu dan mencuri undi serta duit rakyat, masanya akan tiba keak di mana anda akan hadapi apa yang telah dihadapi mereka yang terdahulu.

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Aspan,

    Kita semua biarkan sahaja mereka menipu diri mereka sendiri ramai-ramai esok.....yang menipu ada....yang kena tipu lagi ramai ada......

    Yang membunuh tentunya ada.....dia mesti ada punya.......sebab apa?.....supaya kita yang tak hadir ini dapat bagitau anak, cucu, dan cicit muka penipu tersohor dunia ini!!

    Saya jugak amat mengharap agar SOLDADU-SOLDADU TEGAR umno (BARU) seperti Brahem ali, Hassan Ali, Zul Kulim dan Zahrain hadir sama.......baru cukup GAH majlis sambutan kelahiran umno (oops!)!!!

    gheng lama

    ReplyDelete
  3. Dr. Mahathir fikir orang Melayu bodoh. Sebenarnya orang Melayu tidak bodoh. Cuma orang Melayu lurus bendul. Apa orang cakap, mereka fikir itulah sebenarnya.

    Orang Melayu janganlah berfikiran “berkail sebentuk dan berumpan seekor”.

    Nabi tak tegah orang Melayu untuk berhijrah. Malah digalakkan untuk mencari kelebihan.

    ReplyDelete
  4. Kalau dahulu orang Melayu ibarat duduk di dalam peti besi yang mempunyai 9 kunci untuk mempertahankan bangsa kita itu tetapi semua sembilan kunci itu dibuang dan orang Melayu terdedah kepada segala ancaman.

    UMNO sudah tidak bernyawa lagi. Roh perjuangan UMNO sudah hilang.

    Mahathir sudah terlalu lama merosakkan UMNO hingga parti ini tidak ada nilai kepada orang Melayu, rakyat dan negara!

    Pemimpin UMNO yang ada cuma “burung kakak tua”. Mereka disuruh ‘angguk sini, angguk sana”. Separuhnya sudah macam “lembu” dan sebahagian besar sudah lama jadi “kuda”.

    UMNO sudah terlalu rosak. Kalau dianalogikan umpama sebuah kereta: “Tukar saja dengan kereta baru dan kondem terus kereta UMNO yang ini. Masukkan kereta yang lama dalam relau memasak besi di PERWAJA!! Orang Melayu telah lama mau supaya kereta yang ini dimusnahkan kerana acapkali meragam, menyusahkan penumpang dan merumitkan perjalanan.

    ReplyDelete
  5. Pemimpin UMNO sudah BUTA. Mujur baik, ahli-ahli UMNO yang tersisa masih ada yang bermata terang dan sempat melihat yang benar dan membezakan yang salah.

    UMNO sekarang dalam gobra.

    UMNO masih tinggal dalam kepompong lama; kepompong yang dibalut sendiri oleh Mahathir dan jongos-jongos yang diupah.

    Demokrasi bentuk amalan UMNO sekarang hanya wujud dalam “bayangan” saja. UMNO tidak lagi berdiri diatas lunas-lunas demokrasi yang lazim lagi.

    Penipuan dan pembohongan yang makin ketara telah membunuh ‘the very essence of demokrasi’ dalam parti.

    Adalah lebih baik menyokong sebuah parti yang bebas, terbuka dan sanggup menghadapi cabaran dari menyokong parti yang cuma ‘pura-pura’ demokratik tapi sebenarnya ‘tertutup’ dan ‘memaksa’! Dengan membiarkan ia hidup tanpa memberi kebebasan (sebagai nyawa) bermakna parti bukan ahli yang punya.

    ReplyDelete
  6. UMNO telah jauh berpatah ke belakang. UMNO telah jadi parti Feudal. Lebih teruk lagi, ada yang berkata: “Umno dah jadi Parti Komunis China”..!! Sebab, jika ada mana-mana pihak dan individu yang berhasrat membaiki UMNO, kita sudah lama nampak apa kesudahannya.

    ReplyDelete
  7. If absolute democracy will kill Umno, then logically Umno should die!

    If Umno cannot stand the test of absolute democracy, why Umno should live in the first palce?

    Instead of Umno, it is better to have a party which can survive such a democracy. It will be much better and more civilised to support an honest party.

    Keeping Umno alive by abusing power will not help survive Umno because if Umno loses power Umno will just wither away, only fools will engineer to keep a party that cannot withstand and pass the democratic tests.

    UMNO has no democracy and only survives because Umno is in power; take away the power the life-line breaks. And Umno is DEAD.

    ReplyDelete
  8. Sepatutnya orang UMNO(BARU) yang masih kuat menyokong perjuangan UMNO wajar mengomen dalam ruangan ini agar tidak kelihatan UMNO memang dah mati

    ReplyDelete
  9. Mahathir memang sedar kegagalan Najib sebagai pemimpin. Kejatuhan Najib sudah tentu mengakibakan kejatuhan UMNO, jadi Mahathir bekerja keras untuk selamatkan UMNO dari menjadi burung balam.

    Orang Melayu kini sudah bersatu dengan kaum lain untuk memerangi salahguna kuasa oleh UMNO dan memulakan entiti politik alternatif di negara ini bagi menentang UMNO.

    Secara statistik, pembangkang hari ini lebih mewakili kaum Melayu, berbanding kaum Cina dan India.

    Rasuah, salah guna dana, skandal, kronism dan nepotism semuanya menyumbang kepada musibah dalam negara ini.

    ReplyDelete
  10. Kononnya UMNO Baru banyak membantu.

    Bila betul-betul diselidiki, apa yang diperolehi oleh orang Melayu cumalah sisa-sisa setelah harta milik rakyat dan negara dibelanjakan tanpa memikirkan halal-haramnya.

    ReplyDelete
  11. Kekecewaan orang Melayu terhadap Umno sudahpun diketahui umum, sebab itu perlu ada politik baru di kalangan Melayu yang tidak rela membiarkan kepimpinan ini terus merosakkan bangsa dan negara.

    Kekuatan Islam yang membentuk budaya orang-orang Melayu yang tinggi, tidak suka pada politik murahan dan pinggiran, amanah dan sangat menjaga maruah bangsa dari terjebak dengan politik yang tidak sihat.

    Orang-orang Melayu seharusnya dididik dengan budaya berfikir yang lebih dinamik supaya tidak terperngaruh dengan anasir-anasir tidak sihat ciptaan Umno.

    ReplyDelete
  12. Umno suka sangat berbohong.

    Mengapa Umno asal diharamkan semua orang tahu. Semuanya berpunca dari tindakan tidak jujur Tun Mahathir yang mahu mengekalkan kuasa dengan menafikan kemenangan Tengku Razaliegh dalam perebutan jawatan Presiden.

    Klimak kepada krisis ini akhirnya mahkamah terpaksa mengharamkan parti Umno kerana berlakunya perlanggaran dalam perlembagaan parti.

    Umno janganlah buat-buat lupa bahawa 13 Feb.1988 ialah tarikh Umno Baru didaftarkan. Masakan Umno Baru boleh sama dengan Umno lama?

    ReplyDelete
  13. Persoalannya siapa lagi yang hendak mempercayai janji UMNO untuk membela generasi yang akan datang sedangkan generasi sekarang pun sedang menghadapi masalah keji angkara UMNO ini?

    ReplyDelete
  14. UMNO ingin meneruskan budaya politik rasuah, fitnah, lucah, menyeleweng, menindas dan perkaumannya. Kalau ahlinya turut bersama UMNO, maka akan turut terpalit dengan budaya yang jijik itu.

    Sokonglah kebenaran walau siapa sekalipun yang memperjuangkannya.

    ReplyDelete
  15. Apakah dengan pelbagai pendedahan berhubung isu NFC, PKFZ dan sebagainya oleh kakitangan kerajaan membuktikan kejayaan tranformasi Najib?

    Sekiranya rakyat berani berarak dijalanan dan tidak takut dengan ugutan maka mustahil proses keadilan tidak dapat dilaksanakan.

    Insya Allah dengan kebangkitan rakyat diseluruh dunia akan meletakkan paksi kebenaran, keberanian dan keadilan sebagai simbol yang akan diberi dokongan.

    ReplyDelete
  16. SIAPA sebenarnya yang huru-hara?

    May the TRUTH prevails for all to see;

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=H6rf74RJtGo

    MUSTAHAK : Bagi mereka yang lemah semangat, sila jangan tonton.

    ReplyDelete
  17. Tuan Aspan & Bloggers, Salam

    the closing ceremony of umno tomorrow, 11/5 should be appropriately ended by singing Auld Lang Syne and toasting sparkling rose water syrup !

    let's pray and fast for the newness of integrity, courage, hope and correct ways of doing things, putting an end to the endless corruption and voting for new leaders with integrity, competence and sincerity to lead our beloved nation by voting them out !

    ReplyDelete
  18. Mahathir dan anwar yang menjahanamkan umno. Kita bagi peluang untuk anwar dan mahathir boleh tengok umno hancur. Alhamdulillah.

    Pas jangan jadi bodoh kerna zaman mahathir pas hanya ibarat anjing melukut di tepi gantang. Masihkah kau ingat?

    ReplyDelete
  19. Salam bro,

    Esok hanya org yg terlampau OKU saja yg sambutnya tanpa Kira asal-usul, hidup Dan matinya hanyalah utk umno. Lauk nasi boleh tukar, pakaian boleh tukar, tapi umno takkan ditukar...

    Pakya

    ReplyDelete
  20. Woit!

    Siapa kata UMNO Baru perti melayu? Tak baca sejarah ke?....hehehe

    UMNO BARU sebelum masuk ke Sabah tahun 92/93 dulu dah pinda syarat keahliannya dari 100% Melayu Islam kepada semua bumiputra tak kira melayu ke tidak, tak kira Islam ke tidak.

    Parti UMNO BARU ni dah jadi parti BUMIPUTRA!...PARTI BUMIPUTRA Woit! Sama dengan parti taib mahmud kat Sarawak nuh

    hehehe...sori le. aku memang hangat hati dengan orang yang tak reti sejarah ni

    mat pendang

    ReplyDelete
  21. Master,

    Pernah dengar perpatah hidup ini seperti roda. Bila duduk kat atas, jangan perasan tidak akan turun ke bawah.Bila dok atas, jangan samseng...jangan bongkak. Bila dah terasa nak turun kebawah, mula le gelabah berok. Semua orang salah.

    kedua, Tuhan itu ada. Kita makhluk seba lemah. sampai bila pun kita takkan jadi tuhan.

    ReplyDelete
  22. UMNO BARU IBARAT FRANKENSTEIN YG HIDUP SEMULA SETELAH 'DI HIDUPKAN' OLEH SEORANG DOKTOR DLM RUMAH (UJIKAJI MENGHIDUPKAN FRANKENSTEIN DI LAKUKAN DLM RUMAH/DALAM KAWALAN DOKTOR INILAH) FRANKENSTEIN YG DI IBARATKAN SEPERTI HANTU RAYA INI SEDANG MENGGANAS SKRG BERSAMA2 ISA TOYOL (DLM FELDA)...

    ReplyDelete
  23. when someone say, si najib and mahathir or whosoever was tryin to save "umno", the answer should be the opposite, they're tryin to save their own skin from being known. if "umno" ever fall, rakyat will be able to see all those lobangs they have been covering up all this while.

    salam...

    ReplyDelete
  24. Salam AA dan bloggers,

    Kita buat tahlil je untuk UMNO.

    UMNO dan meninggalkan kita semenjak mamak kutty menjarah Malaya.

    Surrogate

    ReplyDelete
  25. U said umno is dead, on the contrary u still talk about umno.

    What la you.

    Like Tunku Aziz, this is my personal opinion. Don't hentam me please.

    ReplyDelete
  26. berkampong kita esok...

    http://s18.postimage.org/vwdkjiw2x/umno_tido_1.jpg

    ReplyDelete
  27. Sebelum timbulnya orang 11 yang dikatakan menjadi punca kepada UMNO diharamkan, kes ini telah dibawa ke Mahkamah oleh Abdul Aziz Bin Shariff atau lebih dikenali sebagai AZIZI SHARIFF yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Jalan Haji Hussein, Kampung Baru, Kuala Lumpur - Rujuk Buku ' KERANA NILA SETITIK, UMNO DIHARAMKAN' .
    Beliau telah meninggal dunia pada 27 November 1998 di Hospital Besar Kuala Lumpur kerana Penyakit Jantung. Merupakan salah seorang Ahli Semangat 46 yang sangat lantang pada ketika itu.
    Beliau juga bertanding menggunakan tiket BEBAS pada tahun 1990 di PARLIMEN BATU, Wilayah Persekutuan menentang Alex Lee(BN), Dr Syed Husin Ali (PRM)

    ReplyDelete