Dalam posting saya semalam saya
telah menulis tentang beberapa orang pemimpin UMNO mengakui yang UMNO memangnya
telah melakukan kesalahan dan akan memulakan perubahan. Semalam semasa berjumpa
dengan 1,500 wakil NGO di seluruh negara Najib mencadangkan supaya jangan
mengubah kerajaan kerana perubahan boleh dilakukan oleh BN sendiri.
Kata-kata Najib ini seperti
seorang pencuri yang telah mengaku salah tetapi menyeru supaya semua orang
jangan mengunci rumah kediaman atau kilang-kilang mereka kerana mereka
(pencuri-pencuri) telah berjanji tidak akan mencuri lagi. Kata-kata Najib ini
sangat mengaibkan diri beliau dan UMNO itu sendiri. Dalam kepimpinan serta
kenegaraan jika seseorang itu telah melakukan kesalahan dia akan berhenti
dengan secara sukarela kerana itulah etika kepimpinan dalam sebuah negara yang
berdaulat.
Najib sepatutnya belajar apa dia
kedaulatan itu. Apa dia negara yang berdaulat itu? Dari mana datangnya
kedaulatan itu mesti difahami oleh beliau kerana beliau seorang Perdana
Menteri, bukannya kerani kilang padi. Saya begitu hairan etika yang senang difahami
itu pun Najib tidak dapat merasakan kepentingannya di dalam sesebuah kepimpinan
kerajaan.
Apa perubahan yang Najib hendak
lakukan melalui BN itu?
Apa yang dimaksudkan oleh Najib
itu tentulah BN sedar yang kerajaan selama ini adalah kerajaan yang rasuah dan
selalu menyalahgunakan kuasa. Menyedari itu BN tidak akan melakukan rasuah
sebesar itu lagi. Maka adalah wajar bagi rakyat memberikan mandat itu lagi
kepada BN dalam pilihanraya yang akan datang.
Satu lagi perkara yang BN mesti
lakukan untuk berubah ialah dengan mengelak daripada menjadikan isu agama dan
memainkan isu bangsa sebagai modal politik mereka. Inilah salah satu lagi yang
akan diubah oleh BN, mungkin. Banyak lagi isu-isu buruk yang kita sama semua
tahu dilakukan oleh BN tidak akan dilakukannya lagi. BN mahu berubah dan jangan
ubah kerajaan. Tidak payah ubah kerajaan kerana BN yang melakukan kesalahan dan
BN akan berubah menjadi parti yang baik untuk rakyat dan negara.
Satu lagi perkara yang BN akan
berubah ialah tidak lagi membiarkan isteri-isteri pemimpin mempengaruhi suami
dalam pentadbiran kerajaan. BN juga mungkin tidak akan lagi membiarkan pemimpin-pemimpinnya menyeludup wang ratusan billion ringgit keluar negara untuk melarikan dari
pengetahuan rakyat ATAU satu lagi perkara yang BN akan berubah ialah
untuk tidak mengambil komisyen besar dalam pembelian bekalan pertahanan negara.
Tidak akan berlaku lagi pembelian scorpene dan mengambil komisyen yang ratusan
juta ringgit.
BN tidak akan lagi mengambil
tanah Felda yang sepatutnya dimasukkan 80,000 peneroka dan disenaraikan di pasaran
saham untuk pemodal dan kroni yang besar-besar pimpinan dalam dan luar negara
kita.
BN juga mungkin tidak lagi
memberikan keistimewaan kepada anak-anak Mahathir dengan memberikan anak-anak
Mahathir menyandarkan masa depan mereka kepada UMNO. Anak-anak Mahathir tidak
payah lagi menggunakan UMNO sebagai modal untuk mereka berniaga dengan
besar-besaran. Diharap juga BN tidak akan menggunakan wang Petronas bagi
menyelesaikan masalah perniagaan anak-anak pemimpin seperti Mirzan Mahathir
dalam jumlah berbillion ringgit.
BN akan berubah dan tidak akan
lagi memberikan segala-gala peluang perniagaan kepada Syed Mokhtar dari laut ke
darat dan dari darat ke udara seperti yang berlaku sekarang.
Mungkin inilah dia cara BN hendak
berubah. Mengaku dengan segala kesalahan ini dan berpura-pura bertaubat dan diberikanlah lagi kuasa kepada mereka. Sekarang mereka benar-benar hendak berubah dan
tidak mahu buat jahat lagi. Najib ke hulu dan ke hilir meminta sedekah sokongan
rakyat untuk melakukan kebaikan dan tidak hendak buat zalim dan jahat lagi. BN
sudah penat membuat jahat, sekarang masanya untuk berbuat baik pula.
Maka berikanlah sokongan kepada
BN. Najib sudah berubah dan akan membuat baik pula sekarang ini. Najib ini
seperti penagih tegar dadah yang berjanji tidak akan mengambil dadah lagi. Najib
meminta rakyat jangan bagi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali
ini kerana mereka (BN) sudah berubah dan berubah.
Dalam jiwa Najib sedang bergelora
dan sentiasa menjerit, “tolonglah jangan undi PR…aku dah berubah…aku tidak akan
takut kepada isteri aku lagi…akan tidak akan dengar nasihat Mahathir lagi….aku
taubat....aku taubat”.
Tetapi boleh kah kita percaya
semua janji-janjinya ini?
Jawapannya..jangan sekali-kali!
Penagih rasuah dan kuasa tidak akan mampu berubah. Mereka akan tetap
melakukannya apabila mendapat kuasa. Air mata yang meleleh dari bibir mata
Najib hari ini adalah air mata buaya. Jika BN mendapat mandat lagi yakinlah
harta kita akan menjadi harta UMNO. Najib akan meneruskan pemborosan terhadap
wang rakyat dan negara. Saya hendak bertanya jika beliau melakukan pemborosan,
apa yang kita boleh buat selama 5 tahun itu? Jawapannya…..tidak boleh buat
apa-apa lagi.
Rakyat akan akhirnya menderita dan
menggigit jari sepanjang masa. Sudah 55 tahun rakyat dikelirukan. Kita belajarlah untuk menjaga maruah diri dan jangan dikelirukan lagi. Percayalah!
Sejak akhir-akhir ini penyakit meroyan Najib menjadi-jadi.Meroyan Kuasa ini menyebabkan orang itu tidak ada segan silu meminta.
ReplyDeleteKe mana-mana saja menjaja...."Pilihlah BN.Orang melayu pilihlah UMNO!Orang Pekan pilihlah aku! Aku ni anak Razak.Jangan tidak pilih aku!"
Najib,Dollah kaki tido dan Ma'atdeyy semuanya " poker face".Mamak tongkang ni guna kuasa mantan PM dan penasihat Petronas menyapu projek mega Petronas berbillion utk anaknya.
Apakah kita masih nak menyimpan mereka dg menyokong UMNO-BN dalam PRU 13?Cukuplah kita belajar dari sejarah Melayu Melaka.Kejatuhan empayar Melaka disebabkan oleh geng mamak ni.
Orang Melayu bangunlah! Jangan beri kuasa dan mandat lagi kpd Najib dan kepimpinannya.Najib bukannya pemimpin! cakap berapi dalam TV tapi bacul berdebat dg Anwar.
Rakyat Malaysia cekalkan hati dg menolak serta merehatkan BN menjadi Pembangkang beberapa ketika.BN mungkin boleh belajar bagaimana PR boleh melangsaikan hutang negara.Setidaknya Ringgit Malaysia kukuh semula di mata dunia!
Keyang Dot
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteBertaubat ada cara, kaedah dan langkah serta tindakan2 teratur lagi tertib yg wajib dilakukan mengikut hukum syarak. Barulah Allah swt terima taubat itu dan bersihkan serta sucikan ruh dan jasad si pulan.
Terlalu ramai insan2 tua yg dalam 1,500 orang itu yg terlalu daif lagi jahil ilmu agama mereka? Memang Allah swt suruh kita bersangka baik tetapi berapa ramai yg hadir itu sudah submit projek proposal dan masih menagih projek selepas PRU yg kita tidak ketahui??
Sekian,
Gheng lama
P/s - Mah! Mah! I baru tersedarlah dari mimpi, best tau, I dah bertobat! I lari2 anak satu Putrajaya, ramai orang lambai2 kat tingkap masa tu. Ada yg ternganga! Heran kowt! Sambil lari2 tu I jerit, Tobat! Tobat!
You naik keta ikot I. Pak pulis pun ada, siap ada ambulans!
Best gitu!
Pak Aspan,
ReplyDeleteOrang yang naik dengan cara menipu akan terus menerus menipu.
Kemenangan UMNO Barisan Nasional yang diperolehi selama ini adalah melalui cara yang tidak halal, maka mereka tanpa segan silu merompak harta rakyat.
Sudah lebih 55 tahun rakyat ditipu dalam pelbagai sudut. Mungkin pada awalnya hanya menipu dalam hal yang kecil-kecilan, tetapi apabila sudah lama dan biasa menipu, tentulah tipunya lebih besar dan banyak pula.
Siakap, senohong, gelama, ikan duri; bercakap bohong, lama-lama mencuri!
Sdr Aspan Alias,
ReplyDeleteYou are indeed a man with courage and spiritually strong. i hear everywhere people talking about you and following you.
Keep it up sdr. Saya mengikuti setiap hari pemikiran sdr. Saya ingin berjumpa sdr dalam masa terdekat ini.
Syabas sir.
amri, skudai
Salam Saudara Aspan Alias,
ReplyDeleteUMNO/BN seperti binatang buas yakni seperti "HARIMAU"...walau kita pelihara dari kecil, bila besar nanti, ianya PASTI mengaum dan menggigit juga akhirnya. MEMANG itu sikap dan sifat se-ekor HARIMAU yang kita semua tidak dapat ubah sampai bila-bila. UMNO/BN tiada bezanya dengan HAIWAN bernama HARIMAU.
Sekian.
UBAH SEGERA...ABU
Dah lama sangat duduk di atas, disuruh turun tak mahu turun. Bagi pulak macam2 alasan tak nak turun, takut tu lah... takut ni lah....
ReplyDeleteHa.... sekarang terbayang pulak orang nak bagi penyepak supaya segera terjun. Belum apa2 dah meracau dan menangis gila....
Lama orang melayu memberi cek kosong kepada umno lama dan baru utk urus hal ehwal mereka.
ReplyDeleteMereka (orang2 melayu) terlalu percaya terlalu lama dengan puak2 yang sudah tolak dewan ulamak mereka pada tahun 1951. Orang2 melayu menerima cerita2 mereka yang menang dalam perbalahan pertama ini.
1968/9 mereka bergaduh buat kali kedua utk tukar ketua sehingga nyawa rakyat melayang, pun orang2 melayu percaya cerita mereka yang menang!
Tahun 1987/88, mereka bergaduh sesama sendiri lagi sehingga si pemenang nyata terpaksa menipu, masih orang2 melayu percaya kepada cerita mereka2 yang menang dengan menipu ini!.
1998, si penipu terpaksa tabur fitnah untuk singkir orang nombor dua dalam komplot terbesar mereka. Ramai orang2 melayu masih melopong dan terima cerita sang penipu ni.
Kini Najib yang diberi laluan sementara oleh si penipu nak tipu kita. Dia kata mereka sudah tobat dan mampu berubah secara sendiri! Ramai melayu2 tua, seramai 1,500 orang menerima pujukan Najib secara mudah!
Mereka2 inilah yang khianati melayu di bawah yang mengharapkan urusan dan hal ehwal mereka terpelihara selama ini.
Teruk bebanar bangsa melayu ini. Yang di atas (yg diberi kuasa) dan yang berilmu sudah makan pagar!!
Malang sungguh bangsa Melayu ini. Semoga sipengkhianat2 ini dibalasi oleh Allah swt dengan hukuman berat yang setimpal. Ameen!!
Pak Aspan.
ReplyDeleteYou had been bashing UMNO since you joined DAP,as anon above said indeed you are a man of courage why you did not offer yourself for a place in DAP CEC election so that you can continue your struggle more effectively which you cannot do when in UMNO.Change your tone a bit,can you enlighten the ordinary people on the situation of component parties of PR esp DAP as you are one of its member.We have been hearing that how PR roadmap to Putrajaya,gaining seats in few BN areas,but we never heard or read the strategies of how are we to retain the seats that we won in 2008.I know it is secret but at least gives us the confidence to continue supporting.Scenario GE 13 is not going to be same as GE 12.From observation the situation in Sgor,Kdah is not that encouraging and infact in Png Sdr LGE said the situation is 50/50.This just a point to ponder for the leaders from grassroot,and I think you can play your part to highlight this.It is no point to penned down something just to appeased ownself but in actual fact reality is different story.Thank You
Tuan Haji Aspan,
ReplyDeleteKalau setakat bertaubat di bibir saja apakah kejadahnya? Dalam mengharungi politik hariannya pun si Najib telah banyak menunjukkan kepandirannya, apa lagi mengenai taubat yang telah dilafazkannya. Langsung tidak praktikal! Tau buat adalah... Taubat konon, siapa lagi nak percayakan naga tembaga yang sedang nazak. Hidupnya BN/UMNO penuh dengan kepalsuan dan pembohongan. Al maklumlah, syaitan yang dikenalilah katakan, siapalah yang akan memilih serta mengikuti mereka sebab syaitan dan iblis tempat kekalnya di neraka bila kiamat kelak! Baiklah pilih malaikat sebab malaikat sentiasa mematuhi perintah Allah dan syaitan sentiasa memusushi Allah!
Jika pun kata si Najib telah bertaubat, kenapa tetap dipasang kamera AES dan akan tetap dilaksanakan GST bila telah menang PRU ke13 kelak (bercadang). Kenapa tidak dibubarkan saja FELDA Plantation dan kembalikan tanah tanahnya kepada kami bekas bekas anggota ATM seperti yang termaktub di dalam aktanya! Kami telah pun membina negara bangsa Malaysia serta mempertahankannya dari ancaman kominis dulu, tapi apa imbuhan yang kami dapat hasil dari kemakmuran negara yang telah kami perjuangkan dulu?
Kirim salam sajalah kepada si Najib tu dan beritahu dia, janganlah nak berangan bahawa rakyat akan kembali memberikan mandat kepada UMNO/BN dalam PRU ke13 kelak. Cukuplah sudah kami menderita selama ini di bawah UMNO/BN. Adakanlah PRU ke13 pada bila bila masa pun, kami tidak akan sokong UMNO/BN lagi. Sayonara.....
ANON 10:12
ReplyDeletePencacai UMNO tidak dapat sembunyikan diri kerana busuk mereka dapat dihidu di mana-mana menyorok sekali pun. Saudara merayu supaya Pak Aspan memperlahankan hentaman beliau ke atas regim busuk kerana saudara turut merasakan kepedihannya. Memang benar, kebenaran itu amat pahit untuk ditelan.
Dalam kegoyahan serta ketakutan saudara terhadap kebangkitan Pakatan Rakyat, saudara ANON 10.12 juga membuat kesimpulan bahawa PR sedang menghadapi tentangan sengit di beberapa tempat termasuk di Pulau Pinang. Jika saudara benar-benar percaya kepada kesimpulan saudara, tak payahlah nyatakan di sini. Pergilah bergembira di atas perkembangan itu. Saudara bukannya penyokong PR, tetapi penyokong tegar UMNO busuk yang kini di persimpangan jalan.....sedang memikirkan samada mahu bertaubat atau ikut terjun ke lubuk bersama penyangak-penyangak yang menghancurkan kekuatan Melayu dan merompak harta negara ini selama lebih 50 tahun yang silam...
ANON 10:12
ReplyDeleteBahasa Inggeris Tuan amat lemah. Susah saya nak faham selain dari kesalahan nahu dan tata bahasa hampir di setiap ayat. Contoh mudah, selepas perkataan "to", jangan gunakan perkataan "past tense" contohnya to pen down, not "to penned down", to fuck, not "to fucked".
Tulis Melayu lah senang orang faham.
Saudara AA dan bloggers
ReplyDeleteApa yang dilaung-laungkan oleh Najib cuma retorik dan omong kosong sahaja. Perubahan hanya akan berlaku jika kerajaan baru ditubuhkan.
Salam.
Observer
kalo bagi lagi mandat kat ubn...
ReplyDeletehancoq malaysia depa kerjakan.....
depa tengah dok taram tuh...
kah kah kah
Setuju tuan.... penagih najis rasuah sama taraf dengan penagih najis dadah. Keluar masuk pusat pun belum tentu boleh selesai masalah.
ReplyDeleteHukuman yang sewajarnya ialah hukum bunuh. Oleh itu parti umno perlu dibunuh. Jangan tinggalkan walau sedikit pun juak2 mereka.
Biar dia mampos baru malaysia boleh aman damai.
Harap2 wartawan akan tanya Mamak tongkang soalan ini : Bila nak bayar balik duit petronas ?
ReplyDeleteGentlemen;
ReplyDeleteThis is the fault of some of us.When we discuss something that is not favourable,the easiest way out is to accuse of being UMNO supporter.Never mind about my bad vocab or English,but here as someone who is supporting the magic word CHANGE since 2008 is trying to convince my self the credibility of side that I favoured.I choose this blog to express my opinion because the administrator of this blog is the only few amongst the Malays who is DAP member.While UMNO had been hit hard but we tend to forget our partner who from day to day becoming a liability to our course.Recent action and statements sent shivers to non Muslims supporters.Say what you like the fence sitters who were the main factors that changed the political landscape in 2008 is closely monitoring the situation and mark my word we will regret later.Thank You
Fence sitters@atas pagar adalah golongan bacul penakut pondan tak ada pendirian, konon tak memihak! Cuba kalauada orang/umno nak rampas@tipu harta engkow, nak duk atas pagar lg ke. . .Buat2 tak tahu? Pegi berambus engkow dr mesia ni.,duk tengah2 laut!
DeleteDear Anon 11:39,
ReplyDeleteLet's be factual, practical and real. By being so, nothing can veer us from what we were being shown developing by the minute and by the hour!
Harping on minute issues is what umno/BN wants out of the rakyat. Hence that minute issue will create unnecessary fear and tremors in the hearts of rakyats.
If such minute issues makes one tremble and changes his mind, then we have to wait a million more years to change!
Nothing is free and to sacrifice one's comfort and views is a must if change is what we want. You cannot be on the fence the whole of your life and cry out at those who have made the sacrifices to see and institute change! Ultimate to that is giving one's life!
Fence sitters must climb down and walk the talk! Only those who can walk on fences are not amongst us!
Get it?
Gheng lama
Anon 18.10
ReplyDeleteWe had wakk the talk in 2008 and we had anticipated and hoped for the changed,and yet the result is not that encouraging.This is here why I had emphasized that PRs big guns do not involve and pass statements which create controversies instead concentrate of strategies of retaining the seats that it had won and winning new seats from BN.It is a fact and real that so far it is not done convincingly so that the support of 2008 will remain and not vanish or it will swing to the other way.Thank You.
Dear Akuluvmesia,
ReplyDeleteThank you for your stupid comment.Fence Sitters are not cowards but we are the watchdogs.Mark my word we are the one who will determine the outcome of GE.We refuse to join any political parties and remain apolitical mostly because we feel that most political parties in the country are opportunists,racists and power crazy.How could forget 2008 easily.The other thing by becoming party members you will be so emotional,good eg is you.By the way nobody in UMNO had seized or conned my property,if so I had reported to the police.Thank You.