Jika BN berjaya merampas kembali
kerajaan Selangor dalam PRU ini, projek kondominium Dolomite Park Avenue
setinggi 29 tingkat di Batu Caves akan dibatalkan. Inilah janji Najib kepada
kaum India semasa berucap di
Batu Caves semalam. Pengumuman Najib ini dengan
terang menunjukkan betapa selekehnya BN kerana memberikan janji pembatalan
projek yang diluluskan oleh kerajaan BN sendiri pada tahun 2007 dahulu. Cara
Najib berjanji itu seolah-olah ia merupakan satu ‘deal’ yang hebat sedangkan ia
hanya membatalkan projek yang BN sendiri telah luluskan.
Pembangunan projek itu tidak ada
kena mengena dengan kerajaan PR sekarang ini kerana Menteri Besar BN Mohd Khir
Toyo lah yang meluluskan projek itu dahulu. Najib menjadikan kesalahan kerajaan
BN dahulu untuk mendapatkan sokongan kaum India dalam pilihanraya yang akan
datang ini. Sepatutnya Najib mesti memohon maaf kepada kaum India kerana kerajaan BN telah membuatkan kaum India
naik radang dengan pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan negeri pimpinan
Mohd Khir Toyo dahulu.
Walaubagaimana pun Kerajaan
Selangor pimpinan TS Khalid telah mengarahkan projek itu dihentikan buat
sementara untuk menyelesaikan masalah yang diwujudkan oleh BN Selangor dahulu.
Saya mencadangkan supaya kerajaan Selangor sekarang membatalkan sahaja
pembangunan kondominium itu kerana BN tidak akan dapat melakukannya kerana
rakyat Selangor akan tetap bersama pimpinan PR di negeri itu dalam pilihanraya
yang akan datang ini. TS Khalid perlu memikirkan cara yang baik untuk
pembatalan projek ini.
Kita perlu berterima kasih kepada
TS Khalid kerana mempunyai hati dan niat untuk membantu cara bagaimana hendak
menyelesaikan masalah pembangunan ini walaupun itu merupakan projek yang diluluskan oleh kerajaan BN Selangor dahulu. Syarikat pembangunan itu tentulah
telah berbelanja banyak wang kerana seperti yang kita tahu syarikat itu
tentunya telah berbelanja wang yang banyak dalam sistem kerajaan BN yang rasuah dahulu. Maklum sajalah, di bawah pentadbiran BN kalau bayar bayar 'fulus' baru permohonan projek-projek lulus. Tentulah segala kelulusan akan memakan belanja jutaan ringgit
pendahuluan untuk ramai pegawai-pegawai pengutip tol dalam kerajaan BN
di mana-mana.
Ini merupakan perkara yang
terpaksa beliau lakukan untuk melakukan pembersihan ke atas segala kekotoran
yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini. Rakyat tahu kerajaan PR terpaksa
melakukan segala pembersihan ini kerana maklum sajalah BN telah melakukan
kerja-kerja yang tidak betul ini sejak lima
dekad dahulu. Bayangkan betapa beratnya amanah yang terpaksa dipikul oleh PR
setelah mendapat mandat untuk menguasai Putrajaya dalam PRU yang akan datang.
Tetapi itu sememangnya menjadi
jangkaan kita pun. Bukan kerja mudah untuk menyelesaikan segala kekusutan yang
diwujudkan oleh kerajaan Persekutuan BN selama ini. Selepas mendapatkan mandat
itu nanti kita boleh mengagak betapa peritnya kerajaan persekutuan PR buat beberapa tahun awal pentadbirannya
nanti.
Itulah sebabnya jika rakyat
serius untuk melihat pembersihan ke atas kekotoran yang dilakukan oleh BN sejak
tiga dekad yang lalu, mereka (rakyat) perlu memberikan tugas dan tanggungjawab
itu kepada Pakatan Rakyat untuk melakukannya. Justeru itu, yang diperlukan
hanyalah kepercayaan dan mandat dari setiap rakyat yang insaf kepada Pakatan Rakyat yang
dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR dalam pilihanraya ini.
PR perlu segala sokongan untuk
melakukan pembersihan ini kerana seperti projek kondominium yang diluluskan
oleh kerajaan BN Selangor dahulu, tentulah ia berpaksikan kepada kegiatan
rasuah yang besar. Kalau tidak masakan projek di atas tapak yang terlalu hampir
kepada tempat suci masyarakat Hindu itu boleh diluluskan tanpa ragu dan silu.
Ramai di kalangan pimpinan PR yang
saya temui bersetuju dan sependapat yang tugas awalan PR apabila menduduki
Putrajaya itu amat rumit dan memerlukan kepakaran yang lebih beserta kesabaran
yang optima untuk melakukan pembaharuan itu. Ada yang
berkata PR akan menghadapi kerja rumit seolah-olah seperti membersihkan tandas
awam di stesen-stesen bas.
Janji-janji Najib selama ini
untuk membersihkan keadaan tidak mungkin tercapai kerana beliau adalah ketua
kepada kerajaan yang sarat dengan kekotoran rasuah dan kerja-kerja lain yang
menjijikkan itu. Mana mungkin ‘mop’ yang kotor boleh membersihkan lantai
yang kotor.
Pihak yang layak untuk melakukan
pembersihan itu hanyalah pihak Pakatan Rakyat, kerana PR telah menunjukkan
bukti bagaimana mereka (PR) telah melakukan pembetulan dan pembersihan yang
dilakukan di negeri-negeri tadbiran mereka. Apa yang diperlukan oleh PR ialah
untuk mereka diberikan tanggungjawab untuk mentadbir Putrajaya dan negeri-negeri
yang masih ditadbir oleh kerajaan BN sekarang ini. Mandat ini amat penting bagi
menentukan pembersihan itu boleh dirasai oleh setiap negeri dan rakyat di dalam
negara persekutuan kita ini.
Mahu tidak mahu negara perlukan
perubahan seperti yang lazim berlaku di negara-negara demokrasi yang lain. Kita
belum lagi mengalami perubahan seperti itu sejak merdeka dan itulah yang
menyebabkan kerajaan yang diberi mandat terlalu lama seperti kerajaan BN ini
telah hilang hidayah untuk mentadbir dengan baik. Parti ini sudah menjadi
sebuah organisasi yang kufur nikmat dan menjauhi diri mereka dari kehendak masa
dan zaman sekarang ini.
Salam Awal Muharram Pak Aspan,
ReplyDeleteSenang saja Tan Sri Khalid nak menyelesaikan perkara ini. Pertama panggil pihak yang terlibat untuk membangunkan projek ini dan tanyakan berapa jumlah bayaran "under counter" yang telah dibayar dan kepada siapa semasa mendapatkan kelulusan projek ini. Selepas itu buat Lapuran Polis dan "Statutory Declaration" serta hantar kepada SPRM.
Sekiranya SPRM tidak ambil tindakan, kita ramai-ramai berdemonstrasi di depan pejabat SPRM dan baling tahi ke kereta Pengarahnya.
Memang le ada kepayahan dari segi pentadbiran negara.Mana boleh lari.Tapi yang lebih susah adakah ia sanggup membetul serta mencari keadilan untuk rakyat itu sendiri, yang mana telah merintih selama 55 tahun ni.Adakah dia akan buat macam Mesir.Hosni Mubarak duduk atas katil pakai cermin mata hitam dibawa kemakamah dan dijatuhkan hukuman seumur hidup.Adakah cukup NUR keadilan untuk ditimbulkan. Anak,bini,kroni,kakitangan kerajaan yang telah banyak berdosa terhadap negara dan rakyat jelata serta melingkupkan negara bebas begitu saja.Ada kah Cukup kah keadilan itu.Jika dibandingkan dengan rakyat puluhan tahun bersusah payah.Itu pun entah ya atau pun tidak Hosni Mubarak diatas katil tu.Takan kita tak tahu Korapted di Mesir.Sepatutnya ia bawa ke Medan Tahril bersama dengan anak dan keluarga,Kroni dan juga kakitangan pentadbir yang merosakan negara.Perlu dijatuhkan hukum didepan rakyat jelata oleh seorang hakim yang berani serta jujur iklas dalam kerjaya untuk menjatuhkan hukuman dengan nilai diri tidak mempunyai sifat membalas dendam dan dengki.Baru lah akan lahirnya satu KEADILAN. Baru boleh membersihkan kesilapan kesilapan yang telah berlaku diadilkan dimakamah peringkat demi peringkat,Wallah hualam
ReplyDelete:)howdy!!!!
ReplyDeletewww.cheapdvdhut.com
Saudara AA dan bloggers,
ReplyDeleteBukankah projek ni diluluskan oleh puak BN dari parti PPP dan MIC yang mengatakan bahawa mereka ni (bebal betullah) tidak tahu hal berkenaan.
These are also-ran politicians, seeking cheap publicity. So, rakyat mesti bagi tahu mereka supaya berambuslah!
Salam.
Observer
Bolehkah kita percaya bahawa seorang perompak (yang telah merompak kita) kata dia akan kembalikan wang yang dia rompak daripada kita apabila kita membenarkan dia masuk ke rumah kita sekali lagi.......SELAGI KITA ADA OTAK PUN TAU TAK BOLEH BAGI PEROMPAK MASUK RUMAH.....NAJIB NI BODOH.......
ReplyDeleteMana tak payahnya, nak cuci tandas kotor! Berjejeh taik merata2!
ReplyDeleteSalam Pak Aspan..
ReplyDeleteBukan saja di selangor yg teruk angkara kerajaan barisan nasinal dulu..
Di kementerian pertahanan pun lagi teruk di bawah zahid hamidi..terlalu mementingkn kroni..
Aku nak sgt tgk bn jatuh merudum dlm pru13 nanti. Kita tgk siapa yg lari tinggalkan Malaysia... Sedara mara aku ramai org Kuat politic dlm umno.... Sama je sume aku tgk Makan rasuah tak berhenti henti.... Dah lah tu minum Dan pompuan dah tentu layan....
ReplyDeletePR mesti menunjukkan good governance.Tiap buah negeri PR buat untung.Keuntungan itu dikembalikan political output kpd Rakyat.
ReplyDeletePR mesti memberatkan modal insan.Banyakkan sekolah dan kolej Vokasional hingga ke Universiti.PR mesti melahirkan ramai inventor.PR juga beri sokongan banking dalam usaha melahirkan ramai usahawan.
Semua projek kerajaan diberi dg adil tanpa memilih bulu.Kesemua law makers PR diharamkan terlibat dalam kontrek projek Kerajaan.Se tiap org menteri kerajaan PR mesti mengisytiharkan harta.Contoh TGNA adalah sebagai model.
Jika ini dilakukan,parti pembangkang UMNO jangan harap nak berkuasa semula! Mahathiak memang mengetahui bala yg akan menimpa UMNO.
Kepayahan membersihkan negara di mana Rakyat tidak berginjak memberi mandat kpd PR setiap 5 tahun sekali.
Keyang Dot
PR kena buat ethnic cleansing melalui pengswastaan keatas segala pemimpin politik dan kakitangan kerajaan yang hidup melebihi pendapatannya.Saya yakin ramai yang ada kepakaran dan bersedia untuk membantu PR untuk mendapatkan semula harta yang disonglap puluhan tahun itu.Jika LHDN dan BPR bersatu dan bergabung untuk menyiasat mereka yang terbukti hidup melebihi kemampuan saya yakin sebahagian besar akan dapat semula dengan syarat rasuah tidak berlaku.Kita bolih tengok nanti apabila PR ambil alih putrajaya banyaklah rahsia dibongkarkan olih orang dalaman .Yang penting dapatkan putrajaya dulu lepas itu kita tackle satu per satu .....Sekarang pun orang atasan kerajaan ada dah mula goyang jadi fokuskan kemenangan yang lain bisa diatur pak aspan...
ReplyDeleteSalam Saudara AA, There are signs everywhere,With Kg Bala,BN lost 5 States,now with Batu Caves,BeeNd is very near.When God want to punish a person He made him MAD first.The problem with BN is they still don't get it,they are still treating the RAKYAT like morons"Lu Tolong Gua,Gua Tolong Lu" Like the Hainannese says "Lu Toh Lu,Gua Toh Gua,Nang Boh Ti Nang,Kui Boh Ti Kui"I rest my case
ReplyDeleteSalam Saudara AA, If PR forms the next government,A Truth and Reconcillation Commission must be form immediately,They must right all the wrongs but there must not be witch hunting.All the Ex Judges and Lord President must be invited to sit and preside in this Commission
ReplyDelete- Orang yang percaya janji-janji umno ''perompak 24 jam'' adalah orang-orang bebal yang senang ditipu.
ReplyDelete- Dulu najib berdegar-degar hendak buat loji arang batu diatas tanah felda Lahad Datu dan dimana sudah si ayam jantan yang berkokok dengan ekor bergelumang tahi itu?
- Mereka pernah menipu, bahawa loji arang batu yang mereka akan bina adalah loji yang paling selamat didunia, bebas dari pencemaran tetapi negara maju dan berpengalaman mengaku belum ada lagi teknologi loji arang batu bebas pencemaran seperti yang umno bn war-warkan itu.
- Lulus bayar fulus kalau dibatalkan akan dibayar ganti rugi.umno/kroni tahu mereka dapat untung dan rakyat tetap rugi + wayang kulit(macam prihatin rakyat konon)
Sdra Aspan,
ReplyDeletePolitics are games of deceptions.What evidence you have that PR will win Putrajaya ?.Kalau is it ?..BN says they can easily get 140 seats at least.Lets hear your and PR statistics bro ..
Siasat semua PTD dalam semua kementerian yang telah busuk dari perut hingga ke usus
ReplyDeleteAnon 19:22,
ReplyDeleteUmno (baru)/BN can win 100 % if they so wished. Are we malaysian surprised with 140?
In 2004, how they recaptured Terengganu? Voters from far away states were ferried in and the percentage voter turnout for Terengganu then became World Record! Surprised?
This is what PR have been digging the voter registration rolls especially in Selangor are showing. What did the EC does? Surprised?
Deception? Or blatant cheating? Surprised? Nayyy! With mahatdeyyy still controlling umno (baru), even fish can fly to vote!
Tq Anon for asking. You sounds very much a Kampong man to me! Surprised? Haha
TQ
Gheng lama
P/s - with 99% support years ago, where is Saddam n Mubarak today? Deception? Cheats!
Surprised?
Pak Aspan,
ReplyDeletePada pandangan saya PR belum bersedia menawan Putrjaya buat kali ni selagi Anwar menjadi ketua pembangkang.Saya baca di muktamar PAS depa suruh orang PAS undi DAP dan PKR.Buleh ka ? Saya pun fikir susah BN nak dpt 140 kerusi.All the best.
Anon 19.22
Angka 140 memang Kampong man bawa dalam blog Pirates of Putrajaya (kini blog udah ditutup!)
ReplyDeleteJangan aarr tukar nama pulaks bro!
Ahakss!
Gheng lama
P/s - angka ni dia kata dia ikut sentimen 2008! Hehehe
Gheng lama ni hebat orng nya.Dia boleh hidu mana org umno dan mana org bukan umno.hehehe..kalau tak salah aku 140 tu datang dari mulut DS Adnan .Aku tetap umno selamanya.Gracias .
ReplyDeleteAw, this was an incredibly nice post. Finding the time
ReplyDeleteand actual effort to create a superb article… but
what can I say… I put things off a lot and don't seem to get nearly anything done.
Take a look at my blog :: Bodybuilding