Hari ini kita mengingati tahun
baru Hijrah dan hari ini merupakan hari bagi kita untuk melakukan introspeksi
kepada diri kita masing-masing. Betapa perlunya kita melihat hijrah sebagai
satu penolak kepada kehidupan yang berpaksikan pada keinginan kita untuk
perubahan.
Perubahan untuk kebaikan dan
perpindahan daripada kehidupan yang tidak berkemajuan kepada hidup yang
sentiasa untuk mencari kebaikan adalah wajib dan ia terbukti dengan peristiwa
hijrah yang sangat besar di dalam Islam. Hijrah telah terpapar sebagai satu
elemen yang amat penting dalam hidup beragama dan bernegara. Kalau tidak
masakan peristiwa hijrah itu digerakkan Tuhan kepada Nabi Muhammad SAW.
Tidak mungkin Islam berkembang
dengan pesat jika tidak ada peristiwa hijrah dengan kehendak Allah SWT dari kota Makkah ke kota
Madinah di mana Islam telah berkembang ke serata dunia dan Islam merupakan
agama suci dan merupakan agama kedua terbesar di dunia ini.
Penghijrahan Muhammad SAW dengan
kumpulan muhajirin telah disambut dengan penantian yang dilakukan oleh kaum Ansar yang mencetuskan titik permulaan kekuatan dan perkembangan Islam itu
menjadi pengajaran kepada kita yang hijrah itu merupakan satu kemestian pada
hakikatnya bagi mencapai matlamat yang ‘ultimate’, iaitu kemajuan di dunia yang
diredoi Tuhan yang akhirnya membawa kemajuan hidup di akhirat.
Bagi mereka yang memahami hakikat
hijrah ini mereka tidak akan terlepas pandang kepada kepentingan kita berubah.
Kita perlu menjauhi diri daripada hidup dalam kejumudan dan keluar daripada kehidupan
yang sentiasa terpalit dengan kemungkaran. Apabila kita menghadapi masalah
dalam kehidupan bernegara, kita wajar melakukan hijrah samada penghijrahan
secara fizik atau pun dari segi pemikiran dan persepsi kehidupan kita.
Hijrah ini sudah menjadi satu elemen
yang terpenting dalam semua bidang kehidupan, mahupun dalam bidang ekonomi,
politik dan bidang-bidang yang lain asalkan sahaja kita tidak melepaskan
pegangan dengan tali Allah yang berterusan.
Islam itu sendiri adalah
kemajuan. Hijrah itu pula merupakan elemen dan unsur yang tersangat penting
dalam agama suci kita ini. Maka dalam kita menghadapi kemelut kehidupan kita
berhijrah itu merupakan tindakan yang amat penting kita lakukan dan itu
merupakan tuntutan terhadap kita yang mahukan kehidupan yang lebih baik dari
kehidupan yang lalu.
Salam Hijrah kepada semua semoga
kita berupaya melaksanakan dan mengaddinkan tuntutan besar untuk kita hidup
beragama, apatah lagi hidup dengan agama yang suci yang diredhoi Tuhan ini.
Hanya kepada Allah kita bermaksud
dan keredhoanNya sahaja yang menjadi tuntutan kita. Kita berdoa agar segala gerak kita sentiasa dalam keredhoan Tuhan sampailah kita dijemput kembali oleh Maha Pencipta kita.
Wassallam.
Hijrah dari kemungkaran Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Saya dan keluarga telah sepakat utk memilih PR sekurang2nya bagi peluang 5 tahun utk PR buktikan amal makruf PR setelah saya baca janji2 dlm buku jingga PR. All the best PR.
ReplyDeleteHari ini adalah maalhijrah.Ini pun dalam kontek Hijrah di luar kotak pemikiran kita.
ReplyDeleteDari sumber yg boleh dipercayai BN cuba menyekat kemasukan wang asing dalam pertukaran dg MYR oleh BNM.UMNO mempunyai wang yg banyak utk ditaburkan dalam PRU 13.
BRIM ...Brimlah. Adalagi BRPRU( Bantuan Rakyat Pilihan Raya Umum ). Kita tengok nanti brapa banyak guni ,bag wang berisi RM utk ditaburkan kpd pengundi dalam PRU 13.
Muhyiddin selaku timbalan pengerusi BN PRU akan mengarahkan duit itu dibawa dg helikopter ke kawasan pendalaman utk diberi kpd pengundi.Harap-harap Rakyat ambik duit BRPRU.Jangan tidak ambil!.Itu adalah duit Rakyat tetapi pangkah PR utk Penghijrahan politik dg harapan mendapat kehidupan yg lebih baik!
Pagoh
Wassatiyyah?
ReplyDeleteHijrah Transformasi?
Ini namanya bercakap ikot musim!
Semlm Maal Hijrah, minum di sebuah restoran.
ReplyDeleteDitembok tertampal kertas A4 warna kuning 'Ceramah Perdana' oleh Ust dari KDN. Tajuk 'bahaya Wahhabi dan Syiah' tempat di mesjid klebang.
Masjid mukim saya sudah 2 kali khutbah tentang Syiah. Kawan2 dalam Melaka juga sudah dengar khutbah serupa di masjid2 mereka.
Bila kerajaan yg umno (baru) tunjangi bermain isu agama, hati2lah wahai semua umat manusia!
Sekian,
Gheng lama
Tuan AA,
ReplyDelete- Biar macammana sekalipun hijrah tidak akan belaku dalam umno, ini disebabkan oleh dengan apa yang elit mereka harapkan dan impikan adalah bertentangan dengan hijrah itu sendiri.
- BRIM kepada bakal pengundi, bonus kepada kakitangan kerajaan, tayar kepada pemandu teksi, pengundi hantu dan pengundi pos, mykad kepada rakyat asing dan sentimen bangsa,agama dan sewaktu dengannya adalah sangat bertentangan dengan kehendak demokrasi yang sebenar.
- Hijrah tanpa hidayah adalah suatu yang amat mustahil dilakukan elit umno kerana mereka ini umpama seperti ayam jantan yang kokok berdegar-degar tapi ekor tetap jua bergelumang dengan tahi.
- A.B.U