Rakyat perlu diberikan sepenuh
pengetahuan dan fakta tentang isu pembelian kapal selam Scorpene yang tidak
habis-habis diperkatakan sekarang ini. Isu ini wajar diberikan perhatian oleh
kerajaan dan ‘law-makers’ negara kerana ini merupakan satu skandal yang teramat
besar yang melibatkan wang rakyat. Ia juga hampir sama besar dengan skandal
PKFZ yang melibatkan pimpinan BN dan berkaitan dengan beberapa Menteri dalam
pentadbiran Dr Mahathir dan Abdullah Badawi.
Ia berkaitan dengan
pemimpin-pemimpin kerajaan dan oleh kerana ia melibatkan pihak yang berkuasa,
ia amat susah untuk ditampilkan dengan setelus-telusnya kepada penghakiman
rakyat. Saya mengajak seluruh rakyat yang berbilang kaum di negara ini untuk
memberikan perhatian serius dan mengamati dengan sesungguh-sungguhnya isu-isu
ini kerana rakyat sudah tidak tertanggung lagi kelakuan pihak-pihak yang begitu
jahil dan tidak menganggap mengambil rasuah sebagai satu jenayah yang terlalu
besar ini.
Mesti ada pihak yang terlibat. Ia
tidak boleh dinafikan dengan alasan tiada bukti kukuh dan sebagainya. Kita
juga mahukan bukti yang wang itu tidak dibelanjakan seperti yang dituduh jika
alasan tiada bukti itu menjadi alasan untuk menutup kes-kes seperti ini. Kita
tidak mahu berlaku seperti kes PKFZ yang sedang dalam penghakiman mahkamah
dengan alasan tiada kes penipuan seperti yang disebut oleh Dr Mahathir tetapi
pihak defendant (kerajaan) wajar juga membuktikan yang wang sejumlah yang disebut dalam isu ini tidak dibelanjakan. Kita tidak mahu mendengar dan menerima
yang tiada kes seperti yang dituduh tetapi wang yang begitu besar telah dibelanjakan.
Pada 22hb Nov ini, dua orang
peguam Perancis akan tiba di Parlimen Malaysia
untuk memberikan taklimat kepada Parlimen Malaysia
di atas jemputan Ketua Pembangkang Malaysia, Saudara Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa, telah
mengesahkan yang William Bourdon dan Joseph Breman akan datang ke Malaysia untuk memberikan taklimat kepada
Parlimen Malaysia.
Rakyat mesti memberikan perhatian
tentang isu sebesar ini. Kita berharap tidak akan ada halangan-halangan yang
akan dibuat oleh pihak berkuasa kerajaan dan Parlimen kerana jika tidak ada
elemen-elemen rasuah seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak itu, tidak ada sebab ada pihak yang takut dan cuba
menghalang kedua-dua peguam ini untuk datang dan memberikan taklimat kepada
rakyat Malaysia melalui wakil-wakil mereka di Parlimen.
Kalau pihak yang dikaitkan dengan
isu ini benar-benar tidak bersalah, tidak ada sebab taklimat dua peguam ini
kepada rakyat Malaysia
ditolak dan dihalang untuk memberikan taklimat ini dengan semudah-mudahnya.
Malahan pihak berkuasa, seperti Najib sendiri, mesti memberi segala kerjasama kerana
beliau boleh memberikan keyakinan kepada pihak-pihak yang menuduh beliau
terlibat itu mendapat kebenaran yang beliau adalah sebersih-bersih pemimpin
yang tidak langsung terbabit dengan isu rasuah dalam pembelian kapal selam
Scorpene ini.
Kita akan lihat, jika ada usaha
pihak Parlimen dan kerajaan untuk menghalang kehadiran kedua-dua peguam ini
maka sekali gus rakyat akan yakin yang Najib serta mereka yang menuduh itu ada
kebenarannya.
Ketua pembangkang telah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamudin untuk
meminta kepastian yang kemasukan kedua-dua peguam ini ke Malaysia tidak
dihalang dan Hisham sepatutnya memberikan jawapan ‘ya’ dengan secepat mungkin.
Kita semua ingin tahu pandangan
dan penyiasatan yang dilakukan oleh kedua-dua peguam Perancis ini kerana ia
melibatkan wang rakyat dan moral kepimpinan negara. Jika ada halangan dari pihak
Kementerian Dalam Negeri, maka jangan disalahkan rakyat ramai mengekalkan persepsi mereka pucuk pimpinan kita
benar-benar terlibat dengan kes Scorpene ini.
Jika perkara ini tidak
diselesaikan, bagaimana Najib hendak menunaikan janji untuk mentadbir negara
dengan sebaik mungkin sedangkan persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa
memandang serong terhadap beliau? Lagipun bagaimana Najib hendak meyakinkan
rakyat yang jika PR memerintah negara, negara akan bangkrap seperti yang beliau
kata di mana-mana dalam siri kempen beliau di seluruh negara?
Jika pimpinan BN lebih cenderung
untuk menunjukkan kepada kami rakyat di bawah ini yang mereka tidak jujur dengan
menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya, bukankah pihak BN itu yang mempunyai
lebih kebarangkalian untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang bangkrap?
- umno bn tidak peduli kalau negara ini bankrap, yang penting mereka sudah kaya dan menguasai orang lain melalui kekayaan yang mereka perolehi.
ReplyDelete- umno bn juga tidak peduli, untuk menjadikan mereka kaya-raya walaupun menyebabkan negara papa kedana dan masalah hutang.
- undang-undang umno bn yang pegang dan mereka ini umpama hakim utama yang menentukan nasib mereka sendiri selagi masih dalam kuasa.
- A.B.U
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
ReplyDeleteAlhamdulillah! Insha Allah! Kiranya benar kedua-dua peguam tersebut berjaya memenuhi jemputan DSAI ni, 1001 misteri pembelian kapal selam ini akan terjawab. Sudah semestinya ya lagi sahih, kalau tak makan cili, tentu tak terasa pedas, kan? Justeru, saya bersetuju 100 % dengan idea saudara ini, agar kepimpinan sedia ada benar-benar memberi kerjasama dalam kes sebesar gergasi ini, k? Kalau tidak, Hishamuddin boleh dikira bacul kerana sibuk haramkan kebenaran dan menghalalkan kemungkaran, demi sepupunya yang tersayang ... Teruskanlah lagi pendedahan dan perkembangan lanjut ini pada "posting-posting" akan datang, ya?
Terima kasih dan salam jihad.
Sir,
ReplyDeleteDo you think Mahathir Mohamad can send Central Bank Governor, Dr Zeti Aziz, into retirement with a phone call?
ajak peguam tu lepas sidang perlimen untuk bersama bagi ceramah perdana
ReplyDeleteDrama " Ganyang "
ReplyDeleteNajib " Hisham. make sure those two i.e William Bourdon and Joseph Breman not allowed to enter Malaysia".
Hisham " Dont u bang worry. I know what to do.just leave it to me...
Najib" good how's SPR,ur ministry...to make sure we win in the PRU..
Hisham " settled abang.
Utusan Malaysia muka hadapan.Dua peguam dari Perancis diharamkan masuk ke Malaysia. Faktor Keselamatan.ini disokong oleh NGO Perkasa.
keyang dot
Berani kerana benar takut kerana salah.Kalau kerajaan tak benarkan mereka masuk inilah bukti yang kita takut jadi rakyat akan confirmkan betullah apa yang diketahui selama ini.Jalan keluar ialah Dato Sri Anuar Ibrahim sendiri bacakan lapuran yang dibuat olih dua peguam perancis tu kerana sekarang ni nampaknya kerajaan nak tutup segala maklumat mendedahkan kerajaan.
ReplyDeleteSaya percaya sungguh Nazri Aziz saorang yang bersih tapi bila keluar ceritanya kepercayaan saya kepada umno berkecai .Kalau saya yang lama dalam umno bolih berkecai saya yakin hampir kesemua ahli bawahan ini juga telah lama berkecai .Kerajaan kena buat sesuatu untuk yakinkan ahli2 umno yang dah berkecai ni bukannya menambahkan keraguan yang lama terpendam yang akhir nya menumbangkan kerajaan.Ibrahim ali nak tompang umno kerana pas dah tak yakin dengan dia lagi jadi apa2 yang dikatakan olih ibrahim ali semua dah tak yakin jadi kalau bolih siahkan dari ibrahim ali ni.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteHebat! Skrip drama penuh "creativity" ... Teruskan, saudara! Jelas terbayang, gambaran kedua sepupu durjana ini patut dikambuskan aja nanti, jika benar apa yang dilaporkan akhbar Utusan itu! Kalau tak, bukan sekadar peledak C4 aja yang akan digunakan; yang lebih merbahaya ialah peledak bom aqidah ke atas saudara-saudara seagama lagi sebangsa ... So, apa lagi mau tunggu, kan?
Terima kasih dan salam jihad.
ini cerita di luar kota tajuk sdra AA. pun yakmat penting.Agen Bangla dan Malaysia di Kl ini merungut.KDN dan TPM senyum puas.Bangla akan masuk lebih kurang satu juta org berperingkat-peringkat kerja di sektor ladang.Fees yg akan dapat dah cukup menampung PRU 13.Gomen BN kenyang! Rakyat malaysia iaitu agen pendatang asing nganga.Bisnez ini dah senja bagi mereka!Duit itu juga boleh bayar BRIM....
ReplyDeleteGunung Keyang
Press conferences by non palimentarians not allowed in parliment according to latest ruling by pandikar So how? Buat PC in car park?
ReplyDeleteSaudara Aspan...satu group IT perlu ada bersama2 dengan roadshow yg dibuat oleh suaram agar live streaming dapat dibuat setiap kali roadshow agar isu ini dapat diketahui seluruh rakyat malaysia. Seperti mana Jelajah Merdeka Rakyat kita boleh mengikuti live streaming tersebut di livestream website.
ReplyDeleteMacam mana ni bang....awal-awal lagi Nazri dah minta Speaker larang sebarang taklimat atau sidang media kepada bukan ahli Dewan. Nampaknya bersungguh tegar puak-puak penipu ni cuba melindungi kebenaran.
ReplyDeleteSo camna ni...nak bakar ke tidak bangunan tu. Jika sudah tidak boleh dipakai lagi untuk kebaikan rakyat elok dibakar saja. Sekarang sila Tuan beri arahan....jika Tuan cakap bakar, saya bakar je jamban tua kat belakang rumah tu.
Aritu, Nazri kata takde halangan William Bourdon dan Joseph Breman mai KL.
ReplyDeleteBila bab HUMMER dah pecah, tetiba Pandikar kata tak boleh buat PC di Parlimen oleh individu bukan MP
Dua manusia ni ingat Bangunan Parlimen Malaysia dibina atas tanah milik atok nenek diorang ke aper??
Sesungguhnya kebenaran akan muncul dan kebathilan akan lenyap. Benarlah janji Allah SWT setiap kebaikan walau sebesar zarah akan kelihatan begitu juga kejahatan akan kelihatan walau sebesar zarah. Andaikata benarlah 2 org peguam tersebut dihalang daripada memberi taklimat berkaitan isu pembelian kapal selam scorpene ini akan memberitahu dan mengesahkan bahawa selama ini adalah benar ada unsur-unsur rasuah diperingkat tinggi pimpinan UMNO. Berani kerana benar takut kerana salah. Dimana rasionalnya disebabkan 2 orang peguam keselamatan negara akan terancam. Statement yang amat dungu dan baghal.
ReplyDeleteSelamat berjuang.
Rasuah boleh dirasa.Rasuah boleh dicium.Bandingkan indeks rasuah Malaysia dengan Singapura. Jika SPRM bebas dan punya kuasa mendakwa dengan diketuai hakim yang berwibwa sudah tentu tindakan yang telus telah diambil. Tindakan tertsekat dan terpantul.Mekanismenya menghalang tindakan kepada pihak berkuaa. Soalnya dalam sistem Raja Berperlembagaan mengapa YDP Agong tidak boleh bersuara untuk menegur sebarang amalan buruk daripada berleluasa,Beliau kuasa tertinggi dan ketua agama dan ketua perlembagaan.Mengambil maksud sabda rasulullah ketika krisis perlembagaan diwar-warkan :
ReplyDeleteKerosakan umat dahulu kala berlaku kerana apabila sesuatu kesalahan dilakukan rakyat, mereka(pemerintah) akan hukum seberat-beratnya, bila mengenai mereka(golongan pemerintah) mereka akan cari jalan keluar.Sesungguhnya aku Muhammad rasulullah jika anak ku Fatimah mencuri aku sendiri akan potong tangannta!
Bolehkah realiti ini dipraktikkan dalam suasana Malaysia apabila rasuah sangat berleleluasa! Duit negara hilang ,hilanglah begitu saja.Bebannnya tetap ditanggung rakyat jelata.
' umno bn tidak peduli kalau negara ini bankrap, yang penting mereka sudah kaya dan menguasai orang lain melalui kekayaan yang mereka perolehi'.
ReplyDeleteThe new govt.? will be too busy cleaning up the decades of mess and paying off huge national debts for generations to come....a tough and difficult journey ahead - more pain before some gain or improvement could be realised.
Kenapa takut sangat nak beri maklumat kepada rakyat kalau tak salah?
ReplyDelete