10 November 2012

UMNO sudah kehilangan hidayah

Masalah UMNO ialah masalah yang diwujudkan olehnya sendiri. Tengku Adnan Mansor berkata, sebenarnya UMNO itu tidak ada masalah, hanya parti itu menghadapi masalah persepsi sahaja. Kata-kata Setiausaha Agong UMNO ini menampakkan satu fenomena, iaitu parti itu benar-benar terasa masalah-masalah yang dihadapi oleh parti itu. Hishamudin, Menteri Dalam Negeri, juga pernah berkata persepsi buruk itu telah berjaya ditempelkan pada UMNO dan semua sekutunya dalam BN oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Komen saya senang sahaja. Untuk satu-satunya persepsi itu melekat kepada UMNO itu mesti ada sebabnya. Persepsi-persepsi buruk terhadap UMNO itu bukannya wujud dengan sekelip mata dan ia tidak wujud dengan senang sahaja. Ia tentunya wujud di atas isu yang ‘real’ dan nyata. Jika isu terhadap UMNO ini tidak ‘real’ bagaimana persepsi buruk itu boleh melekat dan menjadi ‘stigma’ yang tidak dapat ditanggalkan lagi dengan parti yang telah memerintah sejak merdeka dahulu.

Dalam politik, persepsi rakyat itulah yang menjadi penentu samada parti itu kekal kukuh atau dilontarkan jauh-jauh oleh rakyat. Sebenarnya UMNO sememangnya sudah patut diketepikan lama dahulu kerana isu besar yang telah menyakitkan rakyat begitu banyak di hadapan mata kita. Tetapi semasa itu rakyat belum lagi menyedari yang perubahan itu adalah elemen penting untuk berlaku di dalam sesebuah negara yang telah matang dan lama bebas memerintah sendiri.

UMNO kini sedang dikaitkan oleh rakyat dengan senarai-senarai negatif yang terlalu banyak sehinggakan parti itu telah dipersepsikan sebagai sebuah parti yang bermasalah besar. UMNO telah membiarkan segala perkara buruk untuk berlaku di dalamnya kerana pimpinan parti itu sejak 30 tahun dahulu tidak menghiraukan isu mempertahankan imej yang baik dengan serius. Pucuk pimpinan negara dalam tiga dekad yang lalu lebih mementingkan kehendak peribadi mereka sahaja dan tidak mengangkat jari untuk memperbetulkannya.

Tetapi apabila masalah sudah menjadi besar barulah pimpinan UMNO bergegas untuk memperbaikinya dan usaha ini sudah terlalu lambat kerana yang hendak menyelesaikan masalah-masalah ini adalah di kalangan mereka yang terbabit dengan isu-isu yang besar di dalam negara sekarang ini.

Persepsi buruk bukan datang dengan saja-saja. Misalnya bagaimana hendak menolak persepsi buruk terhadap kerajaan dalam isu NFC misalnya. Tidak payah kita melarutkan isu ini oleh kerana semua orang sudah memahami tentang isu ini. Bukankah isu pembinaan stesen LRT Ampang itu merupakan isu penyelewengan yang ‘real’? Bagaimana rakyat tidak terbentuk persepsi buruk terhadap pimpinan kita kerana jelas-jelasnya harganya yang ditambah terhadap kontrak pembinaan stesen itu mencecah hampir RM1billion?

Isu PKFZ yang melibatkan RM12 billion, kerugian perdagangan wang antarabangsa yang dilakukan oleh Nor Mohamad Yakcop atas arahan Dr Mahathir yang melibatkan kerugian RM30 billion dan banyak lagi isu yang sangat besar berlaku di hadapan mata kepala kita. Isu pembotakan hutan yang dilakukan oleh penyangak hutan di Negeri Sembilan yang melibatkan keluasan 8,616 ekar tanah hutan simpan yang ada di Negeri Sembilan.

Isu perlakuan pemimpin-pemimpin BN yang bersikap seperti gangster seperti Nazri Aziz. Kalau dahulu Nazri diisukan dengan permit teksi yang beribu-ribu permit yang beliau ambil, sekarang timbul isu menggunakan kuasa melindungi Micheal Chiah dan Musa Aman tentang wang misteri sebanyak RM40 million itu. Nazri mempunyai seorang anak yang hidup seperti ‘anak maharaja Arab’ dengan kereta besar yang begitu sombong dan anaknya ini telah dikaitkan dengan banyak isu-isu jenayah yang diketahui umum.

Cakap-cakap takbur Nazri kita dengar selalu. Beliau seolah-olah seorang yang begitu besar dan kuat seperti dunia ini pun dia boleh alihkan. Sikap kesombongannya seolah-olah beliau mampu untuk menahan dunia ini daripada menghadapi kiamat.

Apabila umum mengetahui isu-isu ini dan mereka lihat dilakukan oleh pemimpin dan keluarga yang berkuasa pula, maka dengan sendirinya persepsi buruk terhadap UMNO itu terbentuk kerana tidak ada contoh-contoh peribadi yang baik dalam pimpinan BN pada hari ini.

Sikap mengaut kekayaan dengan menggunakan pengaruh keluarga dan pimpinan UMNO sudah menjadi budaya pada hari ini. Anak-anak Dr Mahathir kaya-raya dengan pengaruh Mahathir yang telah menjadi PM selama 22 tahun. Anak-anak Dr Mahathir berniaga dengan jalan mudah tanpa menggunakan kepakaran mereka kerana jika mengalami kerugian pun Mahathir telah menggunakan dana rakyat dalam jumlah yang berbillion untuk menyelamatkan perniagaan anak beliau (Mahathir).

Satu persatu pemimpin-pemimpin UMNO ada isu peribadi bersama mereka. Tidak ada yang tidak melakukan jenayah ‘kolar putih’ di antara mereka. Rakyat sekarang sudah sampai ke tahap hilang sabar dan mereka sedar UMNO dan pimpinannya tidak mungkin boleh pulih daripada ketagih rasuah ni. Justeru orang Melayu dan rakyat keseluruhannya mahukan BN dibersarakan dari memimpin negara ini.

Persepsi UMNO sudah terlalu buruk dan tidak mungkin mampu dipulihkan lagi. Jadi apa yang dikatakan oleh Setiausaha Agong UMNO yang UMNO hanya bermasalah dengan persepsi, kita nyatakan dengan jelas di sini yang persepsi-persepsi buruk itu semuanya terlandas di atas isu yang ‘real’ dan sahih.

Di atas persepsi yang buruk inilah kita rakyat akan melakukan apa sahaja yang halal mengikut undang-undang untuk mengenepikan BN kali ini kerana isu-isu buruk yang real yang dilakukan oleh pimpinan BN pada hari ini.

Kepada Hishamudin dan Tengku Adnan yang ramai menganggap masih seorang ‘novice’ dalam politik ini, elok memahami isu yang sebenar yang mereka sedang hadapi. Tetapi mereka tidak mungkin faham apa dia UMNO itu kerana mereka menyertai UMNO setelah UMNO dalam proses kehancuran yang sudah hilang segala-galanya, dari perjuangan sehinggalah ke identiti parti mereka sendiri.

Mereka ini menganggap mentadbir UMNO dan negara ini serupa seperti mentadbir sebuah ‘kilang padi’ sahaja. UMNO sudah hilang pimpinan yang mempunyai pemikiran. Yang ada dalam UMNO hari ini hanyalah mereka yang tidak tahu atau tidak mahu berfikir atau tidak tahu apa yang hendak difikirkan. Mereka mentadbir hanya dengan menggunakan kaki, tendang orang ke sana ke mari kerana mereka tidak mengerti untuk berfikir dengan menggunakan otak anugerah Tuhan yang membezakan di antara manusia dan haiwan.

Oleh kerana pimpinan UMNO kurang berkemampuan untuk berfikir, kali ini biar rakyat yang memikirkannya dan kita lihat apa yang mereka (rakyat) lakukan tidak lama lagi dalam pilihanraya nanti.

Mungkin cara untuk membuatkan pimpinan UMNO ini untuk belajar berfikir ialah dengan meletakkan di sebelah pembangkang di setiap Dewan Legislatif, samada di Persekutuan atau di Negeri-Negeri yang terlindung di dalam Tanah Persekutuan ini.

23 comments:

  1. BERTAUBATLAH selagi ada hayat wahai manusia munafik...

    ReplyDelete
  2. cakap berkenaan PERSEPSI, kenapa pemimpin UMNO mengaku memiliki ijazah? pada hal tak pernah pergi Ke universiti ? keluar dua org muka dalam TV 3 mengaku pergi ke Universiti. Se orang cikgu pendidikan jasmani dan se orang pernah menjadi broker kayu balak Pahang.

    Orang Kg Baru tahu siapa yg ke sekolah tinggi setapak Air Panas. Ckp org putih pun lintang pukang.Pernah mengupah seseorang menulis artikel Bank Of England utk nak impress Mahathir.Dia sendiri tidak mengaku dia menulis artikel itu tapi ada namanya terpampang apabila dia disergah oleh kawanya.

    Inilah Persepsi Pemimpin UMNO.fokus ini hanya yg mikro ke atas individu pemimpin UMNO. Yang makro pula tahun 1987, UMNO telah ditelanjangi oleh Mahathir sendiri.Mahathir menang 43 undi pun dg menipu. Siapa yg cakap? Sanusi Junid rasa bersalah yg amat sangat kpd Tg.Razaleigh.

    Banyaklah sangat perkara-perkara yg berlaku didepan mata Rakyat! Orang pun kenal Tg Adnan dg kes Lingam. korek,korek,korek, dont worry sir u will get promotion.Tg.Adnan told me.you should know tg.Adnan who is very closed to our PM.

    Rakyat pun memerhati telatah wayang kulit UMNO.Tak payah berdolak dalih tentang Persepsi.Adnan ini sendiri pun belum tahu dalam UMNO jika UMNO menjadi parti pembangkang!PR mungkin tidak menerima Adnan kerana org tahu siapa Adnan.

    UMNO dengan Persepsi, persepsi menjadi Korupsi,ada kroni,ada proksi dan famili lipat rapat. Rakyat menunggu nak kasi UMNO si...

    Geng Lama Kg.Baru

    ReplyDelete
  3. Aspan,

    Yes indeed.

    Just to share this...

    ‪Story of Merdeka from YTM Tunku Abdul Rahman‬†- YouTube - http://www.youtube.com/watch?v=qIGBy2ugtvU&feature=related

    It is not UMNO/BN, rather the Leaders & their conspirators who betrayed Bapak Merdeka YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj then right upto this day...

    With the 1969 May 13th Black History, to "Usurp" his position, hijack the original Constitution & destroyed the original UMNOPerikatan that he had carefully initiated to achieve the 1957 Independence.

    ‪Tunku Abdul Rahman 1988 - 13 Mei 1969, Tujuan ISA, Corak Pemerintahan Kerajaan‬†- YouTube - http://www.youtube.com/watch?v=XfrD4wVRTc8&feature=related

    Malaysia-Today.net - No Holds Barred, Corridors of Power and more @ malaysia-today.net - The REAL story of May 13 (part 1) - http://mt.m2day.org/2008/content/view/12512/84/

    A Rare Interview with YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj in 1987 - UMNO

    Our Bapa Merdeka YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj envisaged in 1988 the destruction of the original UMNOPerikatan party he initiated towards achieving Merdeka, the Constitution & the nation's Independence into being the Ketuanan & Police state...34 years ago!

    ‪Tunku Abdul Rahman - Interview 1987‬†- YouTube - http://www.youtube.com/watch?v=LR07bUTagQo&feature=related

    Finally to share this...

    Our Bapak Merdeka Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj's advise to the Ketuanan UMNOputra leaders and rayaat then & now...

    ‪Tunku Abdul Rahman 1988 - "Biarlah Saya Mati Dalam Perjuangan"‬†- YouTube - http://www.youtube.com/watch?v...re=related

    Al-Fatihah to YTM Tunku Abdul Rahman and all our beloved Leaders and Rakyat who loved Malaya / Malaysia.

    You be the judge.

    Shalom.

    ReplyDelete
  4. Apakah persepsi namanya bila saya melihat dengan mata kepala duit dihulur kepada kami sebagai perwakilan untuk merasuahkan kami supaya mengundi mereka semasa persidangan agong pemuda umno bahagian.Setelah menang jawatan, mereka larut didalam projek yg mereka kejar tanpa memperdulikan lg perkhidmatan mereka kpd org ramai.

    ReplyDelete
  5. salam pak aspan dan saudara geng lama...

    saya harap saudara dedahkan lagi ..sikap-sikap buruk pemimpin umno..

    moga bangsa melayu sedar siapa sebenarnya kononnya pejuang melayu ni.

    ReplyDelete
  6. Dengar citer tengku adnan nak letak jawatan dlm umno tapi pak jib hold dulu surat resign dia..betul ke ni pak aspan???

    ReplyDelete
  7. Ketagihan kepada wang dan rasuah memang sudah diketahui menjadi 'agama' kepada penganut fahaman UMNO. Tiada jalan yg lebih baik melainkan menutup sumber kepada ketagihan tersebut dengan menarik balik lesen besar itu. Rakyat seharusnya waras berfikir untuk tidak lagi memilih orang khianat dalam amanah mengurus pemerintahan.

    ReplyDelete
  8. Dengan semua media massa utama dimanipulasi UMNO,BN masih gagal mempengaruhi minda rakyat. Ini membuktikan ianya bukanlah persepsi tetapi kedurjanaan UMNO/BN adalah benar belaka. UMNO/BN masih dlm dunia delusi dan tetap meneruskan propaganda2 murahan mereka,kononnya kejahatan mereka hanyalah persepsi. Dah jauh ketinggalan zaman parti UMNO nei. Mereka ingat semua rakyat masih percaya dengan media massa utama negara..kecian...cian..

    ReplyDelete

  9. Bro,
    Najib is going to lose the felda votes in just a short time and will face the wrath of felda settlers. The share price is now 4.59-4.60. In real terms all persons holding the shares are in the red.
    Technically there is no end in sight EXCEPT if epf,ltat,pension fund and big time cronies are forced to buy up. The price may go down to 4rm without intervention then all HELL BREAKS LOSE in FELDA cos being simpletons being promised riches will see the light at the end of the tunnel.
    PR must now focus on felda and explain who made the millions and billions and how the settlers got F$$ked.
    I request you on your cheramah rounds to speak on this matter.
    On second tought most of the market players are waiting to buy when frien dly parties start to push up d price and sell it even for a few sen gain. Something is better than nothing mah!

    ReplyDelete
  10. Persepsi adalah andaian yang berpandukan sesuatu keadaan.Tetapi UMNO terbukti dengan fakta yang melebihi keraguan mana bolih ditakrifkan sebagai persepsi.Kalaulah MB seperti Rais ,Isa samad dan Mat hasan hanya menanugrahkan tanah perumahan dan concession balak kepada kroninya terbukti yang sipenerima tu dah pakai kereta besar dan buat rumah besar dan selalu melancung luar negara sedangkan sebelum tu mereka tu macam orang biasa saja jadi bolih ke rakyat terima MB itu saorang yang baik kerana tiap kali beri kroninya atau bolih ke diterima bahawa tuduhan atau andaian dianggap sebagai persepsi yang MB tu tidak amanah .Rakyat kini bermaklumat jadi andaian atau perserpsi hanya jalan keluar untuk tenteramkan orang tertentu sedangkan mereka tahu fakta sebenar yang berlaku dan cuma tunggu masa akan tumbang.Semua yang dibangkitkan Pembangkang disokong olih fakta melebihi keraguan jadi sama2 tunggulah kita lihat mereka tu tumbang nanti...

    ReplyDelete
  11. Biasanya UMNO/BN dalam setiap PRU begitu confident mereka akan menang,tetapi itu cerita lama.

    Kini,bila kerajaan PR di Kedah, Penang,Selangor dan Kelantan telah menunjukkan prestasipentabiran yang jauh lebih baik daripada negeri2 di bawah UMNO/BN yang lain,rakyat sudah ada pilihan lain.

    Rakyat kini bukan buta. Yang tetap tongong dan buta adalah penyokong2 UMNO tegar yang masih tak sedar yang mereka telah dan sedang diperbodohkan oleh pemimpin2 UMNO yang begitu gila dan rakus merembat duit rakyat ratusan juta melalui projek2 mega seperti NFC,PKFZ dll.

    Kautlah sepuas-puasnya. Satu hari nanti rakyat boleh melawat mereka di Sungai Buloh, Kajang atau Hospital Bahgia!!!

    ReplyDelete
  12. Bn bukan persepsi tp realiti. Rakyat bkn bodo.

    ReplyDelete
  13. Kebanyakan pemimpin umno skrg adalah anak kepada pemimpin umno dahulu yg kononnya telah mendapat kemerdekaan dari british...sikap anak pemimpin umno skrg mencermin penipuan bapa mereka...

    ReplyDelete
  14. Salam Pak Aspan,

    Kita tunggu cik2 Anon tanpa teloooor mai membela umno (baru).

    Dulu, 1998, kes 'sodo mee' direncana hebat, ramai rakyat termasuk berbangsa cina dan india sibuk buat lawak jual mee. Persepsi ini mahatdeyyy berjaya lekatkan kat nama DSAI.

    Tapi selepas isu jamba(ta)n bengkok dan felcra dan kilang2 baja (nama budak india tu terbabit dalam kedua2 projek!) Tetiba isu video biru dijuangkan oleh rangkaian TIGA serangkai. Bila SATU sahaja nama dari tiga nama itu disebut oleh TV 3, kami ketawa terbahak2. Kawan2 cina kata, 'HAIYAA! How to believe one!

    Inilah contoh persepsi SUPERB AND REAL! Hahaha

    Sekian,

    Gheng lama

    P/s - ada sapa2 nak kata saya menghukum?

    Lama tak baca komen2 Kampong man, Batu Ronson dan anon2 yg serupa gaya bahasanya. Rasa saya dia manusia yg sama! Saya berkata demikian sebab masa dan bahasa sama wujud dlm blog Pirates of Putrajaya. Hahaha

    ReplyDelete
  15. Ada Anon marah2 bila saya tulis mengenai umno (baru) umpama TANDAS KOTOR yg diperkatakan oleh guru politik melayu saya. Allahyarham berkata demikian sekitar 2005/6 dulu

    Kini ianya nyata bukan satu persepsi buta yg mengikut hawa nafsu!

    Untuk rekod, Allahyarham berkata beliau adalah melayu pertama dari dalam umno asal yang bangkit dalam Perhimpunan Agong Umno dalam PWTC utk menegur mahatdeyy secara keras dan berdepan pada tahun2 awal 1980'an lagi. Bagi anon2 yg belom lahir ketika itu usahlah komen apa2 di sini

    Bagi anon2 yg sudah tua tu tetapi masih ada niat nak bela umno (baru) saya pesan, sudahlaaa, cukup2la taksub dgn mahatdeyyy!

    Memang benar Allah swt izinkan dia naik. Tapi Allah swt juga saksikan penipuan dia utk menang 43 undi dalam tahun 1987 tu. Hasil kerja penipu kini semua rakyat sudah tauu

    Sekian,

    Gheng lama

    ReplyDelete
  16. Dino says........Sebenarnya saya ni neutral dan pemerhati politik melalui pembacaan surat kabarpendengaran berita dari tv dan radio dan pembacaan blog blog. Kadang kdang tu memang sussah nak nak percaya which side
    Tapi dari hari kehari membaca blog menonton berita tv membaca blog blog i think some of you blogger who are aginst the government might have got it right anyway looking at quality of ministers we are having at the moment acting as if they dont go to school and having an iq of you know what. I know its easy to criticise.i always hope somehow they will change but I don't see it coming la but my prayer are for leaders who can lead us the nation for betterment immaterial from which side they are...

    ReplyDelete
  17. "PUNGGOK RINDUKAN BULAN"11 November 2012 at 11:32:00 GMT+8

    Salam semua,

    Maaf ye penjelasan dibawah ini nampak panjang tetapi masih tergantung kerana ruang yang terhad.

    Kesian dan malang buat Mahathir...! Perlu diingat bahawa angkara buruk ini banyak dihasilkan oleh beliau yang secara jelas atau samar telah menyemaikan dan menularkan wabak dengan menyuntik 3 virus.

    Tujuan virus ini disebarkan adalah untuk menguasai pemikiran, akal & tenaga pemimpin dibawahnya dan Rakyat jelata.

    Virus Sindrom ini di sebarkan dengan berkesan melalui agen2 media televisyen & media akhbar yang dikuasai selama berpuluh2 tahun. Tempias Virus Sindrom ini juga tidak terkecuali kepada semua Raja2 Melayu yang hasilnya menjadi senyap membisu.

    Apakah 3 virus itu? 3 virus yang dimaksudkan adalah :-
    1) "Virus Sindrom Ugutan"
    "Virus Sindrom Ugutan" ini amat berkesan contohnya "kenyataan bahawa pertumpahan darah antara kaum boleh berlaku dengan diungkit peristiwa 13 Mei", contoh lagi "mengadu-dombakan Rakyat supaya bercelaru terutamanya dalam soal agama dan bangsa" contoh lagi "dibukanya fail dan menunjukkan perlakuan buruk pemimpin yang hendak diugutnya". Contoh lain yang tidak terkecuali kepada seluruh Melayu adalah sentimen ungkapan "Melayu mudah lupa-Bangsa lain hilang percaya". Contoh lain "Ugutan kepada Raja2 Melayu akan hilang kuasa" dan banyak lagi. Fikirlah sendiri.
    2) "Sindrom Harapan"
    Virus Sindrom Harapan pula amat berkesan untuk melenakan Pemimpin di bawahnya dan Rakyat contohnya "Projek Mega" yang kononnya memberitakan bahawa beliaulah seorang pejuang harapan untuk menganjakkan Melayu dan Malaysia serta dapat memelihara negara dengan pelbagai projek mega dimata dunia walhal inilah caranya untuk menyamun wang negara". Contoh lain "Harapan menaikkan pangkat kepada siapa jua yang dapat membuat kerja-kerja kotor contohnya "Kenaikan pangkat Menteri sehingga majoriti mereka tidak berkualiti, mencacatkan Sistem Kehakiman-Hamid Omar dinaikkan pangkat dan Salleh Abbas dipecat". Dalam politik, lihat sahaja Musa Hitam, Tengku Razaleigh, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim..! Dimana kesudahan mereka? Banyak lagi, fikirlah sendiri.

    3) "Virus Sindrom Takut"
    Virus Sindrom Takut ini menular apabila dirasakan maklumat yang boleh mengancam dirinya akan bocor atau apabila kedudukan politiknya akan tergugat contohnya "Kes Memali-Ust Ibrahim dan berbelas orang lagi dibunuh", "Kes BMF-Abd Jalil dibunuh". "Gugatan Tengku Razaleigh-UMNO lama dikuburkan". PATI ramai2 di beri IC, rakyat jadi takut.

    Semua di atas adalah dalil bahawa Bumi Malaysia telah dicemari oleh pemimpin kotor dan jahat. Hairankan? Masih ramai lagi yang masih melekat Virus Sindrom di atas
    dibatang tubuh mereka.

    Bersambung...!

    "PUNGGOK RINDUKAN BULAN"

    ReplyDelete
  18. salam
    gheng lama tak abis2 nak cerita tentang umno asal dengan umno baru...UMNO jugak yang memerintah.,apalah bengap sangat..mengapa tak pertikai anwar dalam umno dan anwar sekarang..itu jugak orangnya..kalau umno penyamun . anwar pun sama menyamun..tapi sekarang dia tak dapat menyamun..tunggulah kalau tuhan izinkan dia jadi PM..menyamunlah dia balik sama macam dia jadi menteri kewangan dulu , saham2 ketika itu harganya ditiup-tiup mcm belon sesuka hati dia..mengkayakan kroni-kroni dia..termasuklah aku he he..gheng lama dapat tempias saham dia ketika tu..kalau dapat baguslah..kalau tak dapat..kesian sangat..cakap beriya-iya tapi yang kaya-raya orang lain..

    ReplyDelete
  19. salam
    UMNO tetap memerintah walaupun dengan simple majority itu adalah realiti bukan persepsi..rujuk berapa kerusi parlimen yang PR pertandingkan..cukup ke nak tubuh kerajaan..kalau nak harapkan ahli parlimen sebelah sana nak lompat parti..tak payah nak cakap besar..
    cakaplah sesuka hati..kutuklah sampai pecah otaktu..masih yang UMNO/BN memang walaupuntak dapat 2/3..jadilah cukup untuk membuatkan gheng lama frust menonggeng.

    ReplyDelete
  20. Anon 0:21 dan Anon 0:27 adalah orang yang sama. Dia tulis banyak2 supaya kita baca dan yaqin Umno (baru) masih ramai yang nak bela. KAHX10000!!!

    Apa beza umno asal dan umno (baru)??. Jawabnya, umno asal milik umat melayu di Malaysia tetapi umno (baru) HANYA MILIK PERIBADI mahatdeyyyy sendiri.

    Buktinya apa?. Lepas dia turun, dia pastikan Paklah buat apa yang dia nak. Bila Paklah bebaskan DSAI, melenting dia! Gambar Paklah tertido tersebar!!

    Kini Najib nampak gaya sudah mula nak diketepikan.

    Inilah warna2 umno (baru) yang juak2 mereka buta mata dan buta hati untuk melihat.

    kesian

    sekian,

    Gheng lama

    ReplyDelete
  21. Berbalik kpd Hadiths Nabi saw mengenai 5 zaman, umno (baru) yg ada ini adalah serpihan umno asal yg tertubuh dalam tahun 1946. Parti ini adalah satu daripada puluhan parti yg tumbuh serata dunia dalam zaman ke 4 yg Nabi saw sabdakan.

    Jika kita buta ilmu tentang sejarah peradaban manusia, kita akan terasa terlalu ghairah mengatakan kita kini sudah terlalu maju dan hebat. Hebat hanya dgn gah fizikal yg ada ini. Kehebatan ilmu kerohanian serta kehebatan ilmu kemakrifatan generasi lalu kita langsung tidak ketahuan

    Maka role model kita hanya insan2 politik serba boleh yg halakan segala tindakan mereka. Mereka takut2 umat sebangsa dan seagama tentang umat dari bangsa dan agama lain.

    Inilah sahaja kepakaran mereka, jauh dari tuntutan Illahi dan suruhan Rasulullah saw!

    Punyanya taksub seorang orang parti itu kata partinya akan perintah Malaysia sehingga dunia kiamat!

    Usahlah kita terjerat dalam kepompong minda ini kerana mereka berpotensi akan menolak kedatangan Imam akhir zaman pd zaman ke 5 yg Nabi saw sabdakan dan sudah tertera di dalam Al Quran.

    Berhati2lah wahai umat manusia
    Inilah dia pe'el umat Melayu yg sudah keroh hidayah Allah dalam dirinya!

    Sekian

    Gheng lama

    ReplyDelete