Akhirnya keputusan PRK Teluk
Intan sudah diketahui umum. Dyana Mohd Daud tewas tipis dengan calon BN yang
penuh berpengalaman itu dan ini adalah keputusan diluar jangkaan bagi setengah
pihak. Berbagai-bagai sebab menjadi spekulasi umum kenapa DAP gagal mengekalkan
kerusi Teluk Intan yang telah dipegangnya sejak 2008 itu dan jawapannya hanya
diketahui apabila post mortem dilakukan terhadap keputusan itu. Dyana tewas
dengan majoriti yang kecil, hanya sebanyak 200 lebih undi sahaja.
Apa yang saya perkatakan ini
mungkin tidak sedap didengar oleh penyokong Pakatan Rakyat dan juga pihak BN.
Tetapi apakan daya itu adalah kebenaran dan saya tidak akan merasakan apa-apa
jika ada yang mengkritik saya dengan pedas dan hebat.
DAP adalah penyandang kepada
kerusi ini dan kini tertewas dalam pilihanraya kecil setelah kematian penyandangnya
bulan lepas. Kegagalan DAP mengekalkan kerusi ini tentulah bersebab. Saya telah
menyebutnya acap kali dalam tulisan saya akhir-akhir ini tetapi ramai yang
tidak gemar mendengar kenyataan saya yang saya keluarkan secara jujur dan realistik
itu.
Penyokong PR hanya suka mendengar
yang sedap mereka dengari dan sikap itu tidak ubah seperti sikap UMNO dan BN
yang menyebabkan parti itu menurun sokongan dari rakyat ramai. Mereka tidak
mahu membetulkan kesalahan mereka dan jika mereka berkuasa pun, mereka tidak
akan mempunyai banyak perbezaan dengan parti yang sedang memerintah di
Putrajaya sekarang.
Itu sebabnya saya banyak kali
bercakap yang kelemahan UMNO dan BN itu adalah 'real', tetapi jika diganti dengan
parti yang hanya bijak membangkang maka ia bukanlah perubahan. Kesinambungan kepada
politik cetek dan sentimen yang tidak memberi apa-apa faedah jika perubahan itu
dilakukan dengan memberikan mandat kepada parti yang mahir sebagai pembangkang.
Saya dengan jelas telah
menyatakan yang kesempatan DAP untuk mendapatkan keyakinan kuat dari rakyat ialah
dalam PRU yang lepas kerana semasa itu DAP dan Pakatan belum lagi berhadapan
dengan masalah 'intra-parti' dan dalam setiap parti yang menganggotai Pakatan
Rakyat itu. Oleh kerana DAP dan PKR terutamanya, parti-parti ini sudah menjadi
parti besar dan perbalahan diantara pemimpin dalam parti-parti tersebut semakin
jelas kerana kebarangkalian menjadi pemegang kuasa di Putrajaya sudah nampak
bagi setengah ahli dan pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat itu.
Perebutan jawatan oleh pemimpin
dalam PR begitu ketara kerana mereka merasakan yang PR tidak akan menghadapi
kekalahan lagi dan ingin mengambil kesempatan diatas keadaan itu. Rakyat
termasuk di Teluk Intan rela memberikan BN terus memenangi kerusi di sana
kerana mereka tidak mahu memberikan kepada parti yang mereka yakin tidak akan
membawa perubahan dan transformasi besar terhadap kerajaan Persekutuan dan
Negeri jika dialih dan dianjak mandat yang selama ini diperolehi oleh BN.
Janji DAP untuk mempamirkan ‘multiracialism’
tidak terlaksana kerana parti itu tetap menggambarkan parti itu sebagai parti
yang di dominasi oleh kaum Cina. Kata perbilangan Inggeris, ‘once bitten twice
shy’ dirasakan oleh rakyat pemilih di mana-mana diseluruh negara.
Maka tidak boleh disalahkan pihak
BN menjadikan isu DAP sebagai parti yang berteraskan perkauman iaitu kaum Cina
yang telah tertanam sejak penubuhannya hampir lima puluh tahun dahulu.
Hakikatnya ia terpaksa melalui dua
atau tiga pilihanraya lagi sebelum imej DAP sebagai parti perkauman itu dapat
di lupakan oleh rakyat berbilang kaum di negara ini. Memang tidak sedap bagi
penyokong dan pemimpin DAP mendengar komen seperti ini, tetapi blog ini
terpaksa berkata yang benar walau bagaimana pedih sekali mendengarnya.
Itu sebabnya saya mencadangkan
supaya DAP mengubah perlembagaan dan jadikan parti itu sebagai parti yang
dikhaskan untuk kaum Cina sahaja kerana dengan berbuat demikian rakyat tidak
akan rasa tertipu kerana perbezaan laungan dengan perbuatan dan praktis mereka.
Satu baris yang menyebut parti
itu sebagai parti berbilang kaum dalam perlembagaan mereka itu benar-benar
beban bagi parti itu kerana mereka tidak berkemampuan untuk melaksanakan apa
yang tertulis dalam perlembagaan parti itu..
Di Teluk Intan ia merupakan
situasi memilih diantara ibu atau bapa, dan yang mana satu yang mampu dikorbankan.
Maka mereka memilih ibu (BN) dan meninggalkan bapa mereka. Mereka merasakan
jika bersama ibu, ibu mereka akan sanggup menjual kerepek atau jual sayur bayam
untuk menyambung kehidupan mereka. Jika mereka memilih bapa (DAP) bapanya akan
kawin lain dan membiarkan anak-anak bertaburan tanpa penyelenggaraan semasa
membesar.
Bagi Dyana ini kata-kata saya
kepadanya: “I am indisputably saddened by your defeat but you have done extremely
well in this by election. You are already in politics and there is no more course
of return for you. You may be a novice to some but you have made your opponent
run raucously for his money and I am truly proud of you. Keep cool and
move on”
Pengundi-pengundi di Teluk Intan
sudah membuat keputusan dan kita terima dengan hati yang terbuka. Mah Siew
Keong akan menjadi ahli kepada Jemaah Kabinet Malaysia seperti yang telah
dijanjikan oleh Najib dalam siri kempen selama dua minggu yang lepas. Dyana jangan kecewa dengan kekalahan ini dan anggaplah kekalahan ini sebagai proses membentuk kematangan dalam politik anda.
Kini DAP kehilangan satu kerusi
di dalam Dewan Legislatif Persekutuan dan dengan kekalahan di Teluk Intan ini,
ia menyangkal dakwaan yang DAP itu satu parti yang ‘indispensible’ yang tidak
boleh ditolak oleh pengundi-pengundi.
Permasalahan dlm umno @ bn kerana terlalu ramai pemimpin mereka yang tidak bijak untuk membantu seorang perdana menteri yang sama kategori dalam menguruskan negara, seterusnya membuat kesilapan dengan mempunyai punahsihat yang terlalu ramai.
ReplyDeleteKelemahan pembangkang kerana masih dalam pakatan haram akibat terlalu banyak agree to disagree dan kini PKR mempunyai terlalu ramai sub-head yang tidak sealiran dan masih belum menentu. PAS bergelut dengan isunya sendiri, hudud yang jika tidak ditangani dengan betul akan menjejaskan imejnya.
DAP masih dengan kecinaan yg menebal dan sewajarnya dikekalkan dan tidak cuba membolot peranan PAS dan PKR.
Kegagalan kerana kedegilan lim kit siang meletakan calon peribadinya dan mengenepikan calon DAP sedikit sebanyak titik dan bibit kepintaran dan kewibawaanya di kalangan ahli DAP tercalar.
Pengajaran kpd pemimpin parti politik supaya menghargai dan menghormati pandangan akar umbi dan aktivist parti yg telah lama berkorban dan setia dengan parti....
ReplyDeletePemilihan calun perlu datang dari bawah bukannya disogokkan dari atas dikalangan sanak saudara dan kroni-kroni yg berada disekeliling pimpinan parti politik semata-mata.
Jangan jadikan PR = UMNO-BN .
Abang Aspan...saya sebenarnya berumur 50 tahun dan pengundi T Intan bang.
ReplyDeleteSaya kecewa kerana isu yg dimainkan moleh Dap itu hanya lah tentang politik kini hanya untuk orang-orang muda saja bang.
Kalau dah untuk orang muda maka saya undilah Mah Siew Keong yang agak tua seperti saya ni bang.
Negara sekarang kononnya hanya untuk orang-orang muda macam Dyana sahaja.
Biarlah orang-orang muda saja yang mengundinya. Saya mengundi orang tua baru adil. Yang muda undi yang muda, yang tua undi yang tua.
Dia orang anggap orang tua sudah tidak berguna lagi.
Itu sajalah bang...saya pun bukan ada dalam mana-mana parti pun. Kalau BN ke atu Dap ke yang menang, saya seghope itu juga.
ReplyDeleteTuan AA,
Saya mengambil keputusan mengundi BN kerana takut UiTM akan masuk pelajar bukan Bumiputra....simple.
Nak masukan bukan Bumi dalam UiTM itu melampau tuan. Saya tak ada kompromi tuan tentnag isu ini.
Dah bagi betis hendak peha pula. Dah dapat peha nanti nak yang celah peha pula.
Tak mahulah saya berpenat dengan Dap ni lagi...mohon maaf tuan.
Kalau DAP atau UMNO/BN menang sekali pun kaum Cina tetap menguasai ekonomi di Teluk Intan. Orang Cina sebenarnya tahu mereka dah berjaya di negara ini walaupun tanpa kuasa politik. Ingatlah bahawa orang Cina sokong Tun Dr Mahathir bila Melayu berpecah pun sebab mereka tahu periuk nasi mereka terjaga dengan baik oleh kerajaan. Buang masa mereka saja untuk keluar membuang undi. Waktu PRU13 orang Cina hanya cuba nasib kalau ada "ong" sebab digula-gulakan brader Nuar. Sekarang brader Nuar pun dah kepanasan. Orang Cina tak "pandang" PAS sebab mereka tahu orang-orang PAS hidup mereka tidak berpijak di bumi yang nyata. Lebih baik mereka pergi luar negara makan angin. Hanya orang melayu yang "tak nampak" saja yang sentiasa resah dan gelisah sepanjang masa walaupun berada di negara sendiri dan meluahkan perasaan dalam blog.
ReplyDeleteAssallammuallaikum, khas kepada Syed Azman dan graduan ITM, your reasons (not excuse, by saying excuse, I am rubbishing your explanation). Fikir lah masa depan generasi kita. Ana pun dah melangkah the 50 years age group. Tetapi ana akan memastikan generasi yg muda dapat meneruskan perjuangan. Kalu kita sebagai yg tua masih mementingkan diri kita, wallahua'am - I have nothing to say. We fail as a guide for the future generations.
ReplyDeleteAs for graduan ITM, jgn terpedaya, Ana pun graduan ITM juga. Do not confuse the Bumi status with Malay. Pada masa ana di ITM, terdapat ramai Bumiputera Sabah dan Sarawak, did it affect us? No, we are still students trying to make our grades without any protectionism. Do not be manipulated by the "Ketuanan Melayu". Kita kena berjuang untuk menjadikan bangsa Melayu Islam ni sebagai bangsa global tanpa protectionism. Graduan ITM, do you know that the Gujeratis are well-known worldwide as cloths merchant? Adakah mereka berlindung disebalik taraf Bumiputera mereka? Orang melayu di hina sebagai kaum yg lemah disebabkan atittude sendiri. Kita terlalu berharap pada perlindungan dan subsidi. Jadikan lah diri kita sebagai orang Islam yg Khalifah di bumi Allah dan In Shaa Allah akan diberi kemenangan Dunia dan Akhirat,
PKR akan menyerah 2/3 Kerusi Parlimen pada PRU 14.
ReplyDeleteTuan, pada saya kekalahan ini perlu kepada DAP dan khususnya kepada PR. Ketidaksepakatan dalam isu2 tertentu, perebutan kuasa sesama ahli, dilihat dan dianalisa oleh pengundi. Sekurang2nya kekalahan ini menyentak ego DAP n PR. Dan pada saya ini cerminan PRU14. Klu DAP n PR tidak mampu menyelesaikan beberapa isu termaduk hudud, perjalanan ke Putrajaya hanya omong kosong. Kekalahan ini perlu untuk PR...
ReplyDeleteBang,
ReplyDeleteUndi saya pada Cina bang walau terkilan tapi saya tak sanggup nak undi orang yang nak hapuskan Askar Melayu.....TAAT SETIA/HARIMAU BERJUANG
Satu petanda, melayu itu diam dan berisi. LKS seolah ketua dan jaguh menuding jari, memperlembukan Hadi Awang dan kumpulan melayu bangang di cucuk hidung...
ReplyDeleteSekali kenyit Hadi Awang, LKS terperosok tidak boleh bangun. Dyana satu 'simbol kejahilan melayu' di alam nyata. Kecuali lah ibu bapa nya bermuka dua seperti yang di tonjolkan. Atas platfom apa mereka berdiri ? Menyokong Umno dalam waktu yang sama menikam belakang ? Kenapa tidak jelaskan pendirian, mereka semua ahli dan penyokong Dap! Jadi nya orang melayu waras tahu memilih. Menipu diri untuk apa ?
Adakah dyana selamat di kelilingi cina rasis dan cauvinis ? Setakat permainan LKS, ia hanya angan-angan kosong. Menanam tebu di bibir mulut. P. Pinang telah menyaksikan politik berbahaya kaum yang tidak berpijak di bumi nyata ini.
HUDUD MEMBERI KESAN DI TELUK INTAN KEPADA DAP.
ReplyDeleteBerasaskan analisis awal yg di keluarkan, punca utama kekalahan DAP kali ini adalah di sebabkan golongan muda yg tinggal di luar enggan balik mengundi sdgkan golongan inilah yg sering memberikan kemenangan kpd calon PR.
Antara sebab kengganan 10,000 lebih lagi pengundi yg mengundi pada PRU13 dulu keluar mengundi pada PRK kali ini, adalah di percayai berkaitan dng perjudian DAP meletakkan Dyana seorg calon Melayu/Islam, di tengah2 penentangan terhadap Pas yg mahu bawa isu hudud ke Parlimen.
Pengundi dari kaum Cina di percayai kurang yakin kpd Dyana krn di bimbangi boleh belot satu masa nanti dan menyokong hudud, manakala pengundi Melayu dari kalangan penyokong Pas pula marah kerana statement Dyana yg membuat penegasan akan menolak hudud jika akta tersebut di bentangkan di Parlimen nanti.
Di dlm keadaan sedemikian rupa, di percayai dua2 puak ini menolak Dyana dan langkah yg mereka ambil ialah tidak keluar mengundi, kerana bagi mereka, keluar atau tidak sama sahaja.
Dari apa yg terjadi, jelas DAP telah menerima tamparan awal di PRK ini kerana isu hudud yg di mainkan oleh Pas, dan kita tengok nanti di masa akan dtg jika berlaku PRK di kawasan yg 50/50 Melayu dan bukan Melayu, dan di kaw tersebut sebelum ini di menangi oleh Pas, apakah kesan seterusnya.
Adalah di percayai Pas juga akan menerima nasib yg sama jika kawasan yg di menangi sebelum ini adalah dng pertolongan dari kaum2 lain, kerana isu hudud ini mereka tidak akan mengundi Pas lagi.
Pengundi Cina bukan mcm Melayu, yg mudah lupa, mereka sentiasa ingat, sekali mereka tolak, bukan mudah untuk menariknya kembali......
tak ada orang teluk intan nak calun helicopter... masuk buat terjun payung jer, aduh...
ReplyDeletetak buat kerja langsung sepanjang masa, DAtu mah yg kerja selama ini.. dyana duk la kat teluk 5 tahun dulu.. buat la kerja.. biar la orang nampak hasil kerja ko, sebelum cakap mau menjadi MP.
Syed Azman 11.03. Jangan ingat diri kita saja dengan berkata "Kalau BN ke atu Dap ke yang menang, saya seghope itu juga". Ingat juga nasib Melayu 50 tahun akan datang.
ReplyDeleteDah 50 tahun berlalu, nasib Melayu makin teruk. Dlm bee end tak nampak perubahan kecuali kita kroninyer. Kita kena pilih Pakatan untuk perubahan.
Kekalahan DAP ini akan menyebabkan pemimpin bee end tidak berubah dan terus zalim sehingga mereka jatuh dlm PRU nanti.
Bang Aspan.
ReplyDeleteKalah tipis,mana pula DAP kalah lebih kurang 7000 undi bang.Cina Mah tu dapat undi agak serupa pada GE 13,tapi Si Dyana tu undi beliau dapat merundum saperti yang dinyatakan.Kepada pengikutx totok mereka yang selalu kena kelentong bolihlah hendak tipu,tapi kepada orang yang jenis berfikir sebelum terima maklumat terutama yang di atas pagar ianya agak mengejutkan terutama Tk Intan kawasan majoriti Cina.Berilah apa excuse pun,tapi bagi saya kali ini DAP memang kena tamparan hebat.To lose more than 7000 votes is not a joke.
Org melayu x yah sebok2. Dapvkakah sbb cina undi cina. Tetek...
ReplyDeleteMelihatkan apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang, masyarakat Cina semakin menyedari yang PR tidak mampu membawa apa2 perubahan. PR hanya pandai mencari kesalahan orang lain. Isu lori sampah di Selangor pun tidak boleh diselesaikan.
ReplyDelete