04 June 2014

Tiada keperbilangan kaum dalam politik kita, itulah kenyataannya

‘Hangover’ kepada pilihanraya kecil Teluk Intan masih terasa dan belum ada kesudahannya. Selepas pilihanraya kecil ini ramai memberi pandangan kenapa DAP tertewas dan gagal mengekalkan kerusi Teluk Intan sebagai miliknya. Dari memenangi kerusi ini dengan lebih dari 7 ribu dalam pilihanraya umum yang lalu, DAP kali ini kalah dengan majoriti 238 undi dan ini bermakna penghijrahan jumlah undi dari DAP kepada BN ialah lebih dari 3 ribu undi.

Jika kita teliti dari mereka yang memberikan pandangan kita melihat yang kesalahannya diarahkan kepada banyak pihak dan diantara banyak-banyak pihak yang dipersalahkan itu ialah DAP sendiri dan parti-parti dalam komponen Pakatan Rakyat itu sendiri. Yang amat terasa kekesalan dengan kekalahan DAP dalam PRK ini ialah pemimpin-pemimpin DAP sendiri dan juga beberapa orang pemimpin dari parti-parti komponen Pakatan sendiri.

Bagi BN kemenangan tipis ini adalah kemenangan yang manis dan bagi DAP pula kekalahan ini adalah kekalahan yang menyebabkan banyak kekesalan kerana kekalahan yang tipis dan kepada setengah pihak jika DAP mendapat 120 undi lagi pastinya DAP dapat mengekalkan kerusi ini.

Gobind Singh Deo menyalahkan isu hudud yang menyebabkan ramai pengundi bukan Islam tidak berani memberikan undi kepada DAP atau mana-mana parti rakan kongsi kepada Pakatan. Tetapi salahkah Gobind memberikan komen dan menyalahkan PAS diatas kekalahan DAP itu? Gobind tidak salah kerana beliau bukan Islam. Begitu juga adakah salah jika PAS memperjuangkan hudud itu? Tentunya tidak kerana pemimpin-pemimpin PAS adalah pemimpin Islam yang mahu hukum agamanya dilaksanakan di dalam negara ini.

Bagi saya pandangan Gobind atau pandangan PAS itu tidak salah. Kedua-duanya betul kerana keadaan masing-masing yang berbeza. Gobind bercakap sebagai seorang yang bukan Islam dan PAS pula bercakap tentang perjuangan mereka yang berlandaskan kepada agama. Ramai juga yang beragama Islam tidak bersetuju dengan hukum hudud ini terutamanya dikalangan mereka yang liberal. Bagi saya, jika kita beragama Islam jadilah orang Islam betul-betul dan jangan mengubah apa-apa yang ditentukan Tuhan dan agamanya.

Perbezaan diantara PAS dan DAP itu sememangnya satu perbezaan yang agak mustahil untuk dikompromikan kerana kedua-duanya terutamanya DAP memahami yang parti itu tidak akan kemana tanpa mendapat sokongan orang Melayu. Selagi ia tidak mendapat sokongan Melayu selagi itulah parti itu kekal sebagai parti pembangkang sampai bila-bila.

DAP sebenarnya hanya memerlukan kuasa, kerana apa yang diperlukan oleh bangsa dinegara ini semuanya mereka perolehi. Negara ini merupakan hanya negara yang memberikan kaum Cina mempunyai sekolah khusus untuk bangsanya. Kaum Cina tidak mendapat keistimewaan di Indonesia, Thailand dan dimana-mana dirantau ini, malahan di seentero dunia.

Kaum Cina dalam mereka tidak berpuas hati merupakan bangsa yang paling berjaya dalam bidang ekonomi dan seluruh kuasa ekonomi berada ditangan bangsa Cina. Syarikat-syarikat besar awam kebanyakannya dikuasai oleh bangsa Cina dan mereka tidak lagi melakukan tanggungjawab mereka untuk membantu kerajaan atau negara untuk memperimbangkan penyertaan orang Melayu dalam bidang pengurusan syarikat-syarikat tersebut seperti yang pernah mereka lakukan untuk menyaksikan penyertaan semua kaum dalam bidang pengurusan syarikat-syarikat tersebut.

Semuanya ini telah diusahakan oleh UMNO melalui sayap Pemuda nya suatu masa dahulu, tetapi Pemuda dizaman sekarang tidak lagi memberikan fokus dalam isu memperimbangkan penyertaan semua kaum dalam bidang pengurusan.

Secara halus orang Melayu dipinggirkan dengan berbagai-bagai syarat tambahan untuk menyekat mereka (Melayu) dengan mensyaratkan mahir dalam bahasa Mandarin dan sebagainya. Kenapa perkara ini di abaikan? Jawabnya mudah kerana UMNO tidak lagi tahu apa yang mereka lakukan apabila parti itu dipimpin oleh mereka yang keliru dan tidak tahu kenapa mereka berada diperingkat kepimpinan itu.


Pendeknya isu ‘multiracialism’ yang di laungkan oleh pihak tertentu itu hanyalah retorik kosong semata-mata. Sekarang ini perlu kita akui yang bangsa Cina hanya untuk Cina, Melayu untuk Melayu dan begitu juga India dan bangsa-bangsa lain. Perjuangan keperbilangan kaum itu hanyalah omong-omong kosong dan hanya merupakan isu politik untuk meraih sokongan ramai untuk mendapatkan kuasa bagi setengah pihak dan mempertahankan kuasa bagi setengah pihak yang lain.

Menyedari isu-isu seperti ini dengan jelas maka hasilnya timbul pihak-pihak yang merasakan dipinggirkan dan wujudlah kumpulan berhaluan kanan bagi setiap bangsa untuk bersuara dan mempertahankan kepentingan bangsa-bangsa masing-masing.

Pendeknya laungan kepelbagaian kaum oleh setengah pihak itu hanya lah leteran politik yang sebenarnya tidak lagi wujud di negara ini. Bangsa Cina tetap dengan berpihak kepada bangsanya dan bangsa Melayu berpihak kepada kumpulan bangsanya. Itu sebabnya di Teluk Intan ramai yang tidak kembali untuk mengundi dan yang tinggal di Teluk Intan itu sendiri tidak memberikan undi secukupnya untuk calon DAP Melayu hingga parti itu kehilangan kerusi yang disandangnya sejak enam tahun dahulu.

DAP selalu menuduh UMNO dan orang Melayu terlalu rasis sedangkan bukti yang paling jelas dilihat ialah kaum Cina sendiri lebih rasis dan hanya mahukan calon berbangsa Cina semata-mata. Walaupun DAP telah menunjukkan usaha dan berbangga dengan calon professional Melayu yang muda, bangsa Cina tetap mahukan calonnya dari bangsanya sendiri.

Sebanyak 15 peratus dari pengundi kaum Cina memilih untuk menolak calon Melayu DAP dan berpaling tadah kepada calon dari kaum Cinanya di Teluk Intan dan sokongan dari kaum Melayu telah bertambah sebanyak 2 peratus kerana calonnya adalah dari kaum Melayu.

Jika dihalusi keadaan ini yang menjadi mangsa ialah mereka yang sedang mencuba-cuba untuk menjadi Melayu liberal atau Cina Liberal yang tidak berapa kerat sahaja itu. Ada orang dan pemimpin Melayu yang ingin mendapat perhatian pihak tertentu dengan menonjolkan diri mereka sebagai Melayu liberal, dan akhirnya dijadikan hanya sebagai anjing salak bagi setengah pihak sahaja, ‘and they are proud of their so called Malay liberal brand on them’.

5 comments:

  1. Pak Aspan.
    Setuju dengan Pak.Persoalan saya adakah dalam apa jua situasi pun ia nya adil di mana Bangsa Melayu saja beralah dan menunjukkan sikap liberalisma tapi Bangsa lain tidak.Sara rasa kita tidak bolih bersifat apologistik setiap kali,perlu lihak reaksi kaum lain dan kita jangan jadi hidung tidak mancung pipi tersorong sorong.

    ReplyDelete
  2. Lain bunyi saja entry kali ini tuan aspan?

    Pengundi cina adalah pengundi yang bijak, tidak mudah mengikut emosi. Mereka berkira-kira hasil yg dapat diperolehi dari apa-apa saja kerja tangan mereka...mereka tidak buat sesuatu secara percuma atau atas ehsan atau menuntut belas ehsan.Jika mana-mana parti mahu menang mesti beri lagi banyak kepada apa yang mereka minta .

    Semua parti yang mereka berkawan sudah banyak merelakan apa saja kemahuan mereka.

    Sampai bila permintaan bagini mesti dilayan.Bila tidak dapat, mereka menyalak melalui back up parti..

    Siapa diana di teluk intan pada mereka? Seorang melayu yg lemah yang menumpang berdiri atas tiket dap saja...cina tetap cina..mereka pilih bangsa mereka dulu baru mereka lihat faktor2 lain.

    Kalau mereka memilih bukan dari cina bermakna pemilihan tersebut bukan keuntungan biasa tetapi keuntungan yang berlipat kali ganda kerana mereka sangat pandai berkira-kira tentang untung dan rugi.

    ReplyDelete
  3. Tuan,

    Di Malaysia semua agama bebas untuk diamalkan kecuali Islam. Hukum hudud ialah salah satu amalan untuk dipraktik oleh orang Islam tetapi tidak dibenarkan.Kenapa kaum lain dok sibuk mempertikaikan orang2 Islam yang ingin mengamalkan agama islam. Apa kata jika ada orang Islam mempertikaikan cara agama lain diamalkan? Kenapa perbankan Islam mereka boleh terima tetapi Hukum Hudud Islam mereka tidak boleh terima? bagi saya mesti ada sebab. siapa yang boleh jawab?

    ReplyDelete
  4. Mereka tidak faham Sebenarnya apa itu HUDUD saperti mana setengah drpd rakyat yang tak faham apa itu GST.

    ReplyDelete
  5. Kalau melayu, cina, india dan lain2 bangsa faham" Apa itu HUDUD mereka akan sokong. Masalahnya sekarang ini ialah Melayu pun ramai sangat yg ak faham hudud inikan pulak yg bukan melayu.Ramai sangat yg bercakap berdasarkan sentimen bukan dgn fakta yg sebenar.... Ramai ilmuan dan pakar dlm bidang ini tak diprogramkan utk masyarakatkan mengikut negeri dan daerah. Buatlah seminar atau bengkel atau diskusi atau persidangan meja bulat ke meja empat segi ke supaya semua peringkat masyarakat dapat kebenaran ilmu HUDUD ini.ml Menuntut ilmu wajib dari buaian hinga liang lahat. Tak boleh main agak2 atau main emosi atau main ilham atau main taklid atau karya2 liar yg tak tentu sumbernya.Quran tu tebal bukan dua helai je. Hadis tu pun tebal bukan dua helai je. Nak susun masyarakat tak sama macam nak susun baju atsu buku kat rumah.

    ReplyDelete