05 June 2014

Sayang jangan bertompok-tompok, benci jangan merata-rata

Kepimpinan yang reput merupakan penyebab berlakunya situasi sekarang ini. Rakyat Malaysia amnya dan Melayu khususnya sedang terperangkap dalam situasi hendak kedepan dan mencari kepimpinan yang betul dan baik, mereka tidak berani dan masih terikat dengan perut yang gondol. Hendak berdiam diri pula mereka tahu rakyat ramai akan menghadapi kehidupan yang tidak menentu dan jauh sekali untuk mendapatkan jaminan bagi kesejahteraan masa depan generasi mereka.

Kepimpinan negara diberikan kepada mereka yang terlalu berkehendakan jawatan dalam kerajaan dan kabinet. Itu sebabnya kita mendapati kepimpinan yang tidak semenggah kerana kita memberikannya kepada mereka yang mempunyai 'desperation' untuk menjadi pemimpin negara tanpa mempunyai ciri-ciri kepimpinan sejajar dengan negara yang mahu maju dan rakyat yang bersatu padu.

Apabila sudah menjadi pemimpin mereka akan gagal mentadbir negara kerana sebab peribadi yang keterlaluan. Sememangnya kepimpinan yang mempunyai agenda peribadi yang berlebihan tidak akan berbuat keputusan dengan baik, samada dalam ekonomi mahu pun politik serta pembangunan sosial. Pemimpin yang mendapatkan kepimpinan melalui tagihan dengan berbagai cara politik selalunya akan mendapat kepimpinan yang lemah dan akan terus menggunakan kuasa dan otot untuk mempertahankan jawatan yang enak-enak itu.

Jika sudah ada tanda-tanda penentangan terhadap kepimpinan mereka, puak ini akan diketepikan dengan berbagai cara. Setengahnya dilakukan dengan sistematik dan licik seperti yang dilakukan oleh oleh Dr Mahathir dan ada juga yang bermain dengan cucuk sana dan cucuk sini bagi memecahkan kumpulan yang tidak sehaluan dengan mereka yang sudah lemah itu.

Maka wujudlah ‘vacuum’ yang sangat besar dalam kepimpinan negara terutamanya bagi parti yang sedang berkuasa. Dengan permainan politik seperti ini maka akan lahir barisan kepimpinan yang lemah walaupun hajat mereka yang ingin berkuasa lama itu tercapai. Hasil dari itu maka negara dipimpin seperti pimpinan orang buta yang tidak nampak yang mana satu yang baik dan yang mana yang tidak baik.

Maka wujud kepimpinan negara yang lemah dan mereka seolah-olah seperti manusia pembawa dalil hari hendak kiamat. Salah satu dalil hari akan kiamat ialah yang benar nampak salah dan yang salah diterima sebagai kebenaran. Yang kejam dan yang bermasalah akan dijunjung dan dihormati, dan yang benar serta baik itu akan terhimpit dan dikeji.

Bagi saya pembaik pulihan tidak boleh dilakukan oleh pimpinan hari ini kerana kesemua mereka adalah penyumbang kepada segala masalah yang kita hadapi hari ini. Mereka juga mahu melakukan yang baik, tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak melakukan perkara baik disebabkan mereka tidak dapat mengenal yang mana baik dan mana yang sebaliknya.

Malahan ada yang memberikan pandangan yang begitu buruk terhadap kepimpinan hari ini. Pernah seorang sahabat yang berkata, “If you want to break anything, give it to the current BN leaders to do it, if you want to make it worst, give it to them again to fix it back”.

Itulah sebabnya yang saya begitu gerun melihat apa yang sedang berlaku sekarang ini dan untuk memperbaiki keadaan, semua kepimpinan hari ini perlu melakukan pengorbanan untuk kebaikan masa depan dan generasi kita. Kita memahami yang mereka yang sedang memimpin kita hari ini amat sayang kepada jawatan yang sedang mereka pegang.

Jika ada niat yang baik terhadap masa depan negara pengorbanan perlu dilakukan dan untuk berkorban ia merupakan tugasan yang paling susah kerana berkorban bermakna kita tinggalkan apa yang kita sayangi. Jika kita tinggalkan perkara yang kita tidak menyayanginya itu bukannya pengorbanan. Untuk berkorban kita perlu membenamkan rasa cemburu dan berhenti melayani perasaan cemas dan ego masing-masing guna memberikan keyakinan terhadap diri kita sendiri untuk kepentingan masa depan negara.

Selalunya adalah lebih baik diberikan kepimpinan kepada orang yang tidak menagih untuk kepimpinan itu. Malahan kita perlu menagih dari sesiapa yang dianggap mampu untuk menterjemahkan semua aspirasi negara kepada mereka yang tidak nampak menagih dan terdesak untuk menjadi pemimpin utama negara. Kita tagih kepimpinan darinya bagi membawa kita semua kearah kemajuan siasah dan pembangunan negara kita ini yang berpaksikan kepada ‘ultimate’ kita, iatu rakyat berbilang kaum dan agama serta berbeza cara hidup mereka yang bersatu dalam erti kata yang sebenarnya.

Tengku Razaleigh merupakan yang paling bertepatan untuk membawa perubahan jika kita mahu mengakui hakikat sebenarnya tanpa melayani segala perasaan prejudis terhadap beliau. TR mempunyai 'wisdom' yang tinggi yang tidak mahu berkompromi dengan 'attribute' seorang pemimpin yang berintergriti yang ada kepada beliau.

Apabila seseorang itu serius mahukan perubahan dari stigma yang begitu reput yang ada kepada politik negara maka seorang yang tidak terlibat dengan segala kemungkaran yang berlaku pada hari itu merupakan orang yang paling sesuai untuk melakukan ‘fixing back’ terhadap kereputan sistem politik yang kita sedang alami pada hari ini.

Bagi saya jika barisan yang melakukan perpecahan itu, maka adalah sangat merbahaya untuk memberikan tugasan untuk memperbaiki keadaan kepada mereka. Pembaik pulihan itu wajar dilakukan oleh pihak yang lain dari kumpulan yang menyebabkan kereputan sistem politik itu.

Ia perlu diterima kerana kita memerlukan pembaharuan terhadap sistem politik kita hari ini. Seperti yang kita selalu sebutkan, kita memerlukan politik dan siasah baru untuk menyesuaikan negara kita dengan kehendak masa dan zamannya. Kita mulakan negara baru seperti yang dilakukan oleh YTM Tunku dahulu dan juga oleh Tun Razak pada awal tujuh puluhan dahulu.

Kita dalam ‘desperation’ untuk mendapatkan seorang pemimpin yang tinggi ‘magnanimity’ nya untuk melakukan pembaharuan itu. Mahu tidak mahu itulah kenyataannya. Selagi kita tidak mahu menerima kenyataan apa yang kita hadapi hari ini tetap akan berpanjangan yang tidak tentu bila sampai ke titik noktahnya.

Hentikan perselisihan dan berbincang dengan hati dan jiwa yang terbuka semata-mata untuk kepentingan negara dan generasi kita. Hentikan perselisihan kerana penyebab perselisihan selama ini pun adalah disebabkan kesalahan dan kesilapan kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang.

Kita alih dan anjak keadaan politik negara kita ini, dari ‘ambience’ hari ini kepada ‘ambience’ yang baru. Ingat, yang menang tidak memenangi semua dan yang kalah pun tidak akan hilang semua.

Sayang kita jangan bertompok-tompok, benci kita jangan merata-rata.

7 comments:

  1. Assalamualaikum....Pak Aspan & sekalian pembahas .

    Rupe-rupenya Tengku Razaleigh (TR ) ialah pemimpin yg dikias-kiaskan oleh Pak Aspan selama ini bagi membawa wadah kepimpinan baru utk negara...baru lah saya tahu. Langsung tidak dapat saya menghidunya, mungkin saya tidak punye political mind yg tajam.
    TR orangnya baik , bijaksana dan byk jasanya pd negara. Macam Musa Hitam , keduanya nampak low profile cuma sekali-sekala menegur kebobrokan kepimpinan negara. Hemat saya ianya sangat tidak memadai & cuma pentingkan diri sendiri.
    Saya tidak setuju Pak Aspan menyalahkan pembangkang dalam perselisihan/kemelut antara krjn & pembangkang. Yang patut disalahkan ialah pihak yg memegang kuasa & menguasai segala instrumen serta sumber dinegara ini . Pembangkang adalah pembangkang, mana2 pembangkang akan bekerja macam pembangkang yg kita ada. Buleh tak Pak Aspan tunjukkan model pembangkang yg "baik" dari mana2 negara, yg buleh pembangkang kita jadikan contoh serta ikutan ?
    TR sudah berada terlalu lama dalam zon selesa, pada masa negara kita sangat memerlukan khidmat beliau , beliau menyatakan beliau hanya mahu menjadi Gurkha pada parti yg sangat disayanginya , seolah2 lupa yg parti yg disayanginya dikendalikan oleh org2 yg tidak layak menerajuinya. Just another play safe guy, just like Najib. Terimakasih.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya mudah je, selagi kerajaan tidak bertukar tangan, selagi tu lah tiada penambaikan akan berlaku. Negara maju sering bertukar kerajaan dan kepimpinan sehingga pemimpin2 yg sebelumnya tidak berani rasuah sebab takut akan disiasat bila kerajaan bertukar tangan.

    Ahmad Albab

    ReplyDelete
  3. Bila tukar kerajaan, sudah terjamin kah terbaik ? Dalam keadaan PR melepaskan pucuk masing-masing, hakikat nya tiada persamaan yang di perjuangkan. Dalam niat tersirat, masing-masing ingin berkuasa dan tidak ingin di kuasai pula !

    Dap tetap kecinaan dan berdinasti. LKS pun ingin jadi PM. PKR dengan agenda peribadi 'keinginan' DSAI menjadi Perdana Menteri matlamat utama nya. Kroni Anwar pula ingin berjawatan terkanan. Juga tersirat dalam niat PAS mimpikan jua jawatan PM ! Agenda Islam langsung tidak menonjol, tiada bermanfaat dan berpilih-pilih bulu juga, malah kadangkala hilang platfom berdiri. Selalu di 'flying kick' Dap. Islam berkebajikan hanya untuk diri sendiri. Pucuk pimpinan tertinggi pula terbahagi dua. Ulama yang kini di kawal puak Anwarinas...

    Semua pun tahu. Pemilihan PKR dan CEC Dap tidak lain di catur untuk 'menguasai' dan tidak telus seperti di gembar gemburkan berlaku adil.... manakala PAS pula berubah 360° di hembus angin kus-kus libralisme juga!

    Bila keindahan pelangi itu di sangka ada becana harta karun di kaki-kaki nya.... seperti orang-orang tua dahulu dongengkan, sama lah seperti senario politik sekarang. Mana pilihan, ikut lah kewarasan masing-masing. Untuk cuba, try, test tukar kerajaan jangan lah tergadai milik melayu semua nya kelak sehingga berputih mata dan merempat di bumi sendiri.

    Tiada salah nya kafirun menipu dan menganiaya Islam kerana cop rasmi nya penghuni neraka, syurga nya dunia. Bagi orang-orang Islam mengikuti, percayakan dan mengangkat kafirun sebagai ketua, tidak lain berdosa besar kerana menyayangi musuh Allah yang nyata ! Neraka juga akhir nya.

    ReplyDelete
  4. Pemimpin BN sekarang mesti memikirkan tentang generasi masa depan dan bukan memikirkan apa yang mereka boleh bolot sekarang. Semua yang kita nikmati sekarang adalah hasil perjuangan pemimpin dahulu. Jadi pemimpin sekarang patut berfikir dengan waras supaya masa depan generasi akan datang terjamin.

    ReplyDelete
  5. Yang akan memerintah ialah sebuah parti dan bukannya individu.

    Usaha mengundurkan najib lebih mudah dari mengalahkan sebuah parti jika orang Melayu mudah faham perkara ini.

    Tetapi bagi parti lain, mereka bukan mahu najib berundur, mereka mahu umno kalah, mereka mahu melayu kalah...untuk tujuan itu mereka sedar mereka tidak mampu melakukan sendirian kecuali dengan menggunakan melayu itu sendiri untuk membunuh ummo.

    Inilah situasi sekarang, Melayu sedang membunuh Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kluangman,

      Melayu bukan sedang membunuh UMNO Baru. Orang m3layu sedikit demi sedikit mula sedar pembohongan UMNO Baru sejak ditubuhkan tahun 1988 dulu.

      Era kepimpinan Mahathir di era UMNO Baru adalah era dimana kemajuan pesat berlaku diatas asas yang diletakkan oleh PM-PM terdahulu. Jika betul UMNO Baru berjuang memartabatkan m3layu, t3ntunya kita bol3h nampak hari ini kesannya. Tetapi yang kita nampak adalah kemajuan segelintir kaum cina yang rapat d3ngan Mahathir dan segelintir kecil p3mimpin-pemimpin UMNO. Siapa tak kenal vincent tan,ananda krishnan, YTL dll.

      Ini hakikat yang perlu diterima ol3h UMNO Baru. Orang m3layu sedikit demi s3dikit mula sedar bahawa mereka telah diguna oleh p3mimpin UMNO Baru untuk mengaut k3kayaan negara untuk diri merela, keluarga dan kroni-kroni mereka. Sdra tak sedih ke dengan nasib p3nyokong t3gar peringkat akar umbi mas8h lagi terkial2 untuk m3nghadapi k3hidupan harian sekarang sedangkan mereka,ada yang sudah sehidup semati dengan UMNO Baru sejak 1988 lagi.

      Tiba-tiba, melayu istimewa seperti Deepak juga senang l3nang. Ini kita b3lum cerita perjuangan UMNO Baru memartabatkan orang melayu dan Islam yang mana kena minta tolong dengan bumiputra bukan melayu bukan Islam yang majoriti berugama kristian di Sabah, pati-pati dari Filipina yang diberi ic dowah projek IC do Sabah, orang-orang siam yang kenjadi ahli UMNO Baru kat Kedah sana.

      Sdra sebagai pejuang tulin sepatutnya sedar m3ngapa semakin ramai orang melayu m3narikbalik sooongan mereka k3pada UMNO Baru. Yang masih teguh hanyalah golongan tua dan golongan berpendapatan rendah diluar bandar sahaja. Kesianlah kepada golongan ini....usah ditipu hidup2.

      Delete
  6. Pak AA,
    Jgn takut sgt dgn pertukaran yg "unperfect". Yg penting kerajaan skrg kena tukar pemerintah skrg bukan nya "nabi"

    ReplyDelete