04 June 2014

Tengku Razaleigh peneroka hubungan diplomatik dengan China

Lawatan bersejarah TR ke China 1971: bersama Zhou En Lai yang menghasilkan hubungan diplomatik Malaysia-China pada 31hb Mei 1974

Tengku Razaleigh Hamzah merupakan rakyat Malaysia yang pertama menjejak kaki ke negara Cina secara rasminya dalam proses membentuk hubungan diplomatik dengan negara Cina pada tahun 1971 dahulu. Anak didik Tun Razak ini juga telah diminta oleh Tun untuk menerokai penubuhan syarikat petroleum nasional dan hasilnya tertubuhlah Petronas pada tahun 1974 sama tahunnya dengan terbinanya hubungan diplomatik Malaysia Cina.

Kedua-duanya terbentuk dengan kebijaksanaan dan kemampuan seorang pemimpin yang telah banyak melakukan kerja untuk negara. Semasa itu ramai yang sedang mengaku sebagai pemimpin sekarang ini masih ‘bermain tali seluar’ lagi. Mereka sekarang sudah dewasa tetapi lupa untuk mengkaji bagaimana apa yang ada sekarang ini wujud.

Tun Abdul Razak telah meminta Tengku Razaleigh Hamzah untuk menerokai kemungkinan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Cina. Maka Tengku dalam usianya yang masih muda semasa itu mengetuai rombongan Pernas ke negara itu dengan bermatlamatkan mengadakan hubungan perdagangan diantara kedua buah negara.

Tetapi matlamat akhirnya ialah untuk memulakan rundingan untuk mewujudkan hubungan diplomatik diantara kedua-dua buah negara. Rombongan itu diadakan pada tahun 1971 dan Tengku telah membawa bersama dalam rombongan beliau bersama Pernas itu ketua-ketua Dewan Perniagaan Malaysia dan pegawai-pegawai tertinggi negara dengan satu ‘ultimate’, iaitu untuk meneroka bagi menjalin hubungan diplomatik diantara kedua-dua buah negara.

Pendeknya Tengku Razaleigh mempunyai peranan yang amat besar dalam penjalinan hubungan diplomatik diantara Cina dengan negara kita Malaysia. Kini hubungan diplomatik itu telah terjalin selama 40 tahun. Minggu lepas Perdana Menteri Najib telah ke negara itu untuk merayakan ulang tahun ke-40 pembentukan hubungan diantara kedua-dua buah negara itu.

Tetapi rakyat yang memahami jiwa politik dan budaya sebuah pimpinan negara yang berlandaskan kepada bangsa Melayu dan rakyat berbilang kaum ini, ramai yang bertanyakan kenapa Tengku Razaleigh tidak ada bersama merayakan ulang tahun hubungan diplomatik itu dalam mana Tengku Razaleigh merupakan seorang sahaja yang masih hidup dan sihat yang bertanggungjawab mewujudkan hubungan diplomatik Malaysia-China itu.

Ketika hubungan diplomatik itu diadakan Najib hanya berumur 21 tahun dan untuk mempercayai cerita Najib yang beliau pernah bertanya kepada bapanya kenapa adakan hubungan diplomatik dengan negara Cina itu amat payah untuk kami mempercayainya. Semasa itu Najib, bak kata orang tua-tua dikampung, kencingnya masih bercabang lagi.

Pimpinan UMNO telah melupakan pemimpin ini terus-terusan dan ia bukan sahaja dalam isu perayaan hubungan diplomatik Malaysia-Cina ini sahaja. Setiap perayaan ulang tahun kejayaan Petronas juga Tengku Razaleigh tidak pernah mendapat jemputan. Tengku Razaleigh hanya bersabar melihat bagaimana budaya melayu yang kian hari kian terburai kerana politik dan kepentingan peribadi.

Sesungguhnya Tengku Razaleigh Hamzah telah menghabiskan usia untuk membina negara terutamanya semasa pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein dan Datuk Hussein Onn. Malah oleh kerana besarnya jasa dan baktinya secara organic terhadap pembangunan negara maka beliau telah di ketepikan. Ada pihak yang fakir jiwa dalam UMNO itu sendiri tidak mahu Tengku Razaleigh menyaingi legasinya dan terus sahaja melenyapkan TR secara sistematik dari politik negara.

Inilah hasil jika negara dipimpin oleh pemimpin yang fakir dan miskin jiwa mereka serta mempunyai jiwa yang terlalu kecil dan kerdil. Hendak membina semuanya itu tidak berkemampuan, tetapi untuk merayakan kejayaannya, mereka lah yang paling kehadapan dan yang lebih melukakan hati jiwa mereka yang berbudaya dan berjiwa besar.

Tidak ada sepatah pun menyebut sumbangan Tengku Razaleigh di dalam kenyataan Najib sedangkan yang meneroka hubungan itu hanya melihat sahaja gelagat dan membuat cerita yang kurang benar dalam ucapan resmi di Beijing itu.

Tetapi sekarang ini, itulah budaya pimpinan Melayu kita. Ibarat semasa kenduri, menyembelihnya tidak, melapah dan menyiangnya pun tidak, jauh sekali untuk memasak. Tetapi apabila sudah masak merekalah yang akan menghadap dan memakan kepala kambing yang dibelit dengan perut kambing itu dan memakan hidangan itu dan tidak pun mempunyai 'audacity' untuk menjemput orang yang memasak itu untuk makan sekali.

Walaupun berbagai-bagai pihak cuba untuk melenyapkan legasi sumbangan TR terhadap negara tetapi lama kelamaan rakyat mula mengetahui segala sumbangan beliau dan kenapa beliau dihimpit oleh pihak tertentu untuk melupakan beliau sampai bila-bila.

(bersambung)

13 comments:

  1. Saudara AA

    Tengku Razaleigh is truly a genuine statesman, but today he is confined to the class of political also-rans.

    ReplyDelete
  2. Fakta sejarah yg di sembunyikan dan dibolak balik oleh orang yg berjiwa Hitler.

    ReplyDelete
  3. Abd Razak, Johor Bharu4 June 2014 at 19:17:00 GMT+8

    AA,

    TR is truly a gentleman. He should have been a little bit less gentleman and he could have been succeeded to lead the nation long time ago.

    To my mind he is the best PM Malaysians have yet to have.

    ReplyDelete

  4. 1)Somehow deep in me TR is the only person capable of bringing all warring parties to negotiating table.

    2)He has the heart of the people

    3) I used to serve under him in finance ministry and I found him to be the best of all my bosses I came across.

    4) While he is still living let's take him to unite everybody.

    Dkm

    ReplyDelete
  5. Sejarah ditulis oleh pihak yg menang, yg menguasai & memiliki segala bentuk media, yayasan, think tank supaya sejarah yg ditulis mengagungkan pihak pemilik atau yg berkuasa.

    Pihak yg suka kpd kebenaran perlu cetak buku dsbnya memapar peristiwa-peristiwa sejarah yg berlaku tapi diketepikan dari catatan semasa, demi kebenaran dan utk seimbangkan rekod & rujukan masa depan.

    ReplyDelete
  6. Tuan AA, Tuan Ab Razak, Tuan Dkm dan p3mbahas,

    Benar kata Tuan Ab Razak, TR perlu bersikap less gentleman sikit agar ia m3njadi bakti terbesar beliau kepada rakyat dan n3gara.

    TR sepatutnya mengikuti langkah yang diambil oleh m3ntor beliau, Tun Razak. Tun Razak telah melakukan sesuatu untuk menyingkirkan Tunku sebagai PM selepas peristiwa 13 mei 1969. Tindakan itu dilihat sebagai sesuatu yang tidak elok pada pandangan budaya melayu. Tetapi ia sesuatu yang Tun fikir perlu dibuat. Tun Razak t3lah menebus tindakan beliau itu dengan jasa-jasanya kepada n3gara.

    TR sememangnya berjasa besar kepada negara. Malangnya dia diperlakukan seperti sesuatu yang takd3 nilai langsung. Ada pendapat m3ngatakan, jika TR menang dan menewaskan Mahathir dalam tahun 1987 dulu, n3gara kita t3ntunya sudah setanding atau berada tidak jauh dari korea selatan hari ini. Singapura pun kita dah tinggal jauh kerana n3gara kita kaya dan mempunyai rakyat yang tahap p3ndidikan yang baik.

    ReplyDelete

  7. I met TR few months back for the first time.

    He is real leader and he is humble. He respects every individual and above all he has all the attributes of a leader for this multiracial country tuan.

    This is my sincere opinion on this man I just met.

    ReplyDelete

  8. Baru nyata apa yang terselindung dalam lubuk hati saudara selama ini. Rupa-rupanya TR pilihanan anda.

    I shall be with you right from now on sir. Congrats.


    Abdullah Tan

    ReplyDelete
  9. Ku Li sewajarnya berada di tempatnya sekarang kerana itu pilihannya dan kita wajar hormati.

    Peluang ada samada di dalam atau di laur UMNO tetapi Ku Li sendiri mengambil sikap 'play safe' seadanya.

    ReplyDelete
  10. Ku Li sewajarnya berada di tempatnya sekarang kerana itu pilihannya dan kita wajar hormati.

    Peluang ada samada di dalam atau di laur UMNO tetapi Ku Li sendiri mengambil sikap 'play safe' seadanya.

    ReplyDelete
  11. Salam sdr Aspan; Umno yang lemah dari ahli hingga ke Presdennya.Sikap bodoh tak bolih diajar, cerdik tak bolih diikutnini akan menguburkan Umno.

    ReplyDelete
  12. Rekod yg berkaitan dgn sumbangan TR kpd negara perlu ditulis secara ilmiah jika tidak ia akan terhapus . Sentara hayat maseh ada segerakan dokumen ini.

    Anak merdeka

    ReplyDelete
  13. Sejarah tidak berbohong. Lihat je Lee kuan yew menulis mengenai kemunculan Singapore.

    ReplyDelete