Dalam para akhir tulisan saya
semalam, saya menyebut yang dasar dan perlaksanaannya yang baik masih
dirasakan oleh rakyat ramai sehingga hari ini. Satu-satu dasar jangka panjang
yang telah difikirkan dengan teliti yang memberikan faedah kepada rakyat secara
‘direct’ dalam jangka masa yang panjang. Dulunya kerajaan sentiasa berfikir
tentang rakyat yang ramai yang telah memberikan sokongan sejak kita mencapai
kemerdekaan.
Sikap untuk bersama-sama
menikmati hasil kemerdekaan dan sistem demokrasi yang kita pilih ini amat
dirasakan semasa dahulu kerana pimpinan tidak pernah melupakan segala yang
mereka lakukan itu untuk sama-sama dirasai oleh semua.
Sebagai sebuah negara yang baru
merdeka yang di saingkan bersama dengan masalah kekurangan kepada bangsa majoriti
dalam negara ini. Maka banyak dasar telah digubal dan dasar-dasar itu sentiasa
mencari jalan bagi memberikan kesempatan kepada yang kurang berada untuk
sama-sama menikmati nikmat kemerdekaan itu.
Dasar kerajaan tidak mahu
meninggalkan mana-mana bangsa itu sudah ada sejak dari dulu lagi kerana
tertinggal sesuatu bangsa dalam arus pembangunan politik, ekonomi dan
sebagainya akan hanya membinasakan negara dalam jangka masa panjang. Seperti
yang saya sebutkan selama ini dasar-dasar yang baik itu hanya kekal terlaksana
jika ia digubal dan dilaksanakan oleh mereka yang berjiwa besar untuk memenuhi
tuntutan dasar itu sendiri.
Itu sebenarnya yang melebihi
pimpinan yang terdahulu dengan pimpinan sejak tiga puluh tahun dahulu. Segala
dasar yang digubal memerlukan perlaksanaannya secara sistematik dan bukan
digubal dan dilaksanakan tanpa roh yang bersih dan jiwa yang miskin dalam
melaksanakannya.
Dulunya kerajaan telah menubuhkan
berbagai-bagai agensi bagi memenuhi tuntutan ‘economic engineering’ guna
mengimbangi kedudukan ekonomi berdasarkan kepada kaum. Setiap penubuhan sesuatu
agensi kerajaan pusat atau negeri itu mesti mempunyai dasarnya yang kuat dan
jika terlaksana ia akan mencapai ‘ultimate’ kita untuk berada dalam sebuah
negara yang aman damai dan sejahtera.
Perbadanan Ekonomi Negeri atau
SEDC yang lazim disebut itu, adalah untuk memegang ‘in trust’ buat sementara
bagi pihak Bumiputra bukan semata-mata untuk Melayu sahaja. Peranan SEDC itu
hanya sementara sahaja kerana ia ditugaskan untuk membina kekuatan ekonomi
perbadanan itu yang akhirnya akan dipindahkan kembali kepada rakyat khususnya
kepada Bumiputra yang berkemampuan.
Lain-lain perkataan, jika mereka yang
mengendali SEDC itu sudah tiada fungsi lagi, itu menunjukan yang perbadanan itu
sudah berjaya sampai ke matlamatnya. Kepada siapa yang masih belum memahami
ini, maksud saya tadi jika hendak tahu SEDC itu sudah berjaya atau sebaliknya
ia akan diukur dari kejayaannya membina kekuatan ekonomi bagi perbadanan itu
dan selesai memindahkan semua yang ada dalam SEDC itu kepada rakyat yang
berkemampuan.
Tetapi SEDC disetiap negeri masih
wujud dan itu menunjukkan saban tahun kewujudan perbadanan itu ia masih tidak
mencapai matlamatnya. Jika SEDC itu agensi yang berjaya, sepatutnya agensi itu
sudah ditutup dan telah mengagihkan syarikat-syarikat itu kepada yang berwajib
menerimanya.
Malahan SEDC telah diperguna dan
diambil kesempatan oleh pemodal-pemodal kapitalis sahaja. SEDC yang mempunyai
simpanan tanah yang besar diperguna oleh taukeh-taukeh besar bangsa lain dan
usaha mencapai matlamat pemindahan harta kekayaan kepada yang berwajib itu
tidak pernah selesai dan ia akan tetap berada ditahap itu.
Banyak agensi-agensi seperti ini
hanya diperguna oleh pemimpin kerajaan (politicians) yang berkuasa dalam negeri
itu dan yang ‘beneficiaries’ kepada kekayaan SEDC itu hanya diperolehi oleh
taukeh-taukeh besar yang bersekongkol dengan pimpinan kerajaan negeri sahaja.
Maka niat dan matlamat untuk mengimbangi kedudukan ekonomi itu digagalkan oleh
kepimpinan negeri dan negara yang tidak mempunyai hati dan jiwa untuk
melaksanakan segala dasar yang terkepil dengan penubuhan perbadanan seperti itu
dengan jujur dan telus.
Banyak lagi agensi-agensi
kerajaan yang tidak langsung mencapai kemajuan dalam dasar yang ditetapkan.
Malahan kewujudan perbadanan kerajaan atau GLC’s yang besar-besar dan banyak
itu hanya untuk membina ego mereka yang menguruskannya sahaja dan matlamat
penubuhan perbadanan ini diselewengkan sejak mula lagi.
Malahan agensi-agensi kerajaan
seperti ini telah dipersepsikan oleh mereka yang mampu untuk berfikir sebagai
pusat menjana budaya rasuah yang besar-besar dan tempat berlakunya
penyelewengan yang di halalkan oleh kerajaan. Agensi-agensi kerajaan ini
merupakan premis yang paling secocok dengan individu-individu yang membina ego
besar masing-masing.
Dulu-dulunya agensi-agensi dan
syarikat yang dibina melalui agensi-agensi ini mempunyai matlamat dan tata-cara
yang sangat telus dan dilihat ramai. Banyak syarikat-syarikat yang maju telah
dipindahkan ketangan Bumiputra melalui kaedah yang membolehkan Bumiputra yang
tidak berkemampuan untuk melabur dalamnya melalui saham amanah. Semua syarikat
yang maju dan berpendapatan yang tinggi telah dipindahkan ketangan Bumiputra
yang kurang kemampuan melalui saham amanah dan itu pun sebabnya PNB dan Skim
Amanah Saham Nasional diwujudkan.
Kerajaan begitu serius dalam
proses memulangkan harta kekayaan ini dengan memindah berbagai-bagai kaedah
untuk membolehkan mereka menyertainya. Kerajaan pergi jauh dengan meminda ‘trust
deeds’ bagi membolehkan rakyat yang kurang kemampuan untuk melabur secara
simpanan dalam ‘quantum’ yang kecil setakat yang mereka mampu. Sehingga
sekarang rakyat telah menerima nikmatnya dengan pulangan yang boleh dikatakan
sebagai pulangan yang dijamin melebihi dari kadar inflasi negara. Sekali gus dasar
itu membina budaya melabur melalui simpanan sedikit demi sedikit untuk kepentingan
pelabur dan negara juga.
Jawatankuasa Kabinet Penyelaras
Pelaburan yang di ketuai oleh Tengku Razaleigh berfungsi dengan sebenarnya dan
ia membawa faedah kepada rakyat yang ramai dan menyeluruh. Kenapa ia berjaya
mendapat jawapan yang mudah. Ia disebabkan ketelusan dan kejujuran untuk
mendahului rakyat tanpa membina slogan ‘rakyat didahulukan kejayaan di
utamakan’. Semasa itu jarang-jarang kita
mendengar slogan yang hebat-hebat, kerana pimpinan dahulu tidak memerlukan
slogan untuk menjana kemajuan mereka.
Kalau ada pun slogan yang kita
dengar hanyalah slogan ‘muhibbah’ slogan yang selaras dengan matlamat kerajaan
untuk mewujudkan rakyat yang bersatu dalam perbezaan bangsa dan agamanya. Bagi
mereka yang faham, slogan yang berlebihan itu hanya lazim digunakan oleh
pimpinan yang lemah yang memerlukan semua itu untuk menutup kelemahan mereka
yang nyata.
ReplyDeleteMahathir has vandalized and bastardized Malay leadership for a long time. To him he should be the only one holding legacy of the country.
We regret supporting him all along.
Sudut pendakian TR sudah di kepung mantap oleh jalan tipuan licik rejim yang meninggalkan tampuk PEMERENTAH dengan tak rasa malu diruntun reformasi jalanan anakmuda !
ReplyDelete