Saya menulis lagi sebagai
sambungan kepada apa yang saya tulis dalam posting semalam dengan bahasa yang
mudah seperti yang saya selalu lakukan. Bahasa yang mudah, tanpa
istilah-istilah berat ini, diharapkan dapat memberikan kefahaman yang lebih tentang apa
yang dimaksudkan dalam tulisan ini oleh ramai yang mahukan kebenaran dan
kesedaran yang sejati.
Apabila sebuah rumah yang sudah
reput di banyak sudutnya, kita tidak boleh memperbaikinya dengan hanya
memperbaiki reputan itu dengan menampal dan menyambung yang putus sahaja.
Sampai bila kita hendak membuang masa untuk memperbaiki rumah yang sudah reput
di setiap sudut rumah itu?
Yang terbaik ialah dengan membina
rumah baru diatas tapak yang sedia ada kerana tidak semua orang mempunyai dan
boleh membina rumah baru ditapak yang lain, lebih-lebih lagi bagi politik
negara kita yang sangat sofistikated ini.
Apabila dinding yang roboh itu
diperbaiki, tidak lama lagi kita terpaksa memperbaiki pula lantai dan rasuk
rumah yang juga sedang mereput itu. Sudah selesai memperbaiki lantai dan rasuk
rumah yang reput itu selepas raya nanti terpaksa pula memperbaiki ‘ceiling’
yang sudah bocor pula, atau tiang sendi yang sudah dimakan anai-anai.
Itu sebabnya saya selalu
memberikan pandangan dari tepian selama ini agar ada yang akan membuat ‘initiative’
untuk membina sebuah negara dan politik yang baru yang berlandaskan kepada
tapak yang sedia ada. Maksud saya keadaan politik negara kita berlandaskan
kepada kerjasama diantara kaum yang sihat dan bukannya memberikan tumpuan
kepada kaumnya sendiri dan berteriak sebagai parti berbilang kaum di mana-mana.
Asas kerjasama diantara kaum itu
telah lama wujud hasil dari perundingan pemimpin semua kaum terdahulu. Malahan
kerjasama yang begitu utuh itulah yang menjayakan Perikatan pimpinan Tunku Abdul
Rahman dengan pemimpin berbagai kaum di negara ini yang bertanggungjawab
menyempurnakan pencapaian kemerdekaan negara. Sebelumnya kemerdekaan kita telah
diperjuangkan oleh banyak pertubuhan dan pemimpin-pemimpinnya.
Perikatan telah membuatkan kaum
Cina bersatu dibawah MCA, kaum India
bersatu dibawah MIC dan kaum Melayu yang terbesar itu bersatu dibawah UMNO.
Ketiga-tiga parti ini memperkuatkan penyatuan kaum masing-masing dan
ketiga-tiga parti ini bekerjasama dalam satu pasukan dengan begitu baik sekali.
Pendeknya parti berbilang kaum
itu sudah wujud lama dinegara ini. Ia wujud sejak negara belum mencapai
kemerdekaan lagi dan semasa itu parti itu dinamakan PERIKATAN yang bersimbulkan
kapal layar. Itulah parti berbilang kaum yang sebenarnya. Selepas berlakunya
pertumpahan darah pada Mei 1969 dahulu bentuk rupa Perikatan ini telah diubah
dan diperbaiki dengan menambah bilangan parti berbilang kaum itu dengan
pertambahan parti-parti mengikut kaum dari Sabah dan Sarawak, sejak kewujudan
Persekutuan Malaysia dahulu. Nama parti yang mengantikan Perikatan itu ialah
Barisan Nasional dengan dianggotai oleh 14 parti-parti di dalamnya.
Penubuhan BN anjuran Tun Abd
Razak ini telah difikirkan dengan begitu teliti seperti juga yang dilakukan
dalam penubuhan Perikatan yang di usahakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan
pemimpin berbagai kaum sebelum itu. Semua perkara diambil kira dan ia memakan
masa yang agak lama sebelum ianya di wujudkan secara resmi.
Ia menambah baik dengan dasar-dasar
BN yang menyelesaikan masalah-masalah yang sedikit sebanyak wujud dalam
Perikatan sebelum itu. BN telah mendapat sokongan yang paling hebat semasa
pilihanraya 1974 dengan sokongan yang padu dari semua kaum dan rakyat yang berbilang
agama dan cara hidup itu. Semasa itulah DEB wujud sebagai dasar memperbaiki
kelemahan sedikit sebanyak yang wujud dalam Perikatan dahulu.
Negara maju dengan pantas dan
kelihatan perpaduan diantara kaum itu. Apa sahaja dasar yang dibentuk dan
digubal mendapat sokongan semua pihak dan semua memahami yang perpaduan kaum
merupakan ‘ultimate’ bagi negara kita.
Tidak ada bangsa yang mahu
kelihatan negara rosak lagi, dan semua mengakui pengagihan kekayaan diantara
kaum yang seimbang merupakan perjuangan semua kaum. Semua mengakui hakikat yang
tidak akan aman negara ini jika ada kaum yang ketinggalan dalam semua bidang
apatah lagi jika kaum itu adalah kaum majoriti negara ini. Matlamat kita ialah
untuk membina bangsa-bangsa dalam negara, 'berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah'. Itulah ‘ultimate’ kita dan telah dipersetujui oleh semua kaum.
Banyak sebab kenapa BN begitu
mendapat sokongan dari rakyat. Ia bukan setakat dasar yang ampuh yang digubal,
tetapi yang lebih dari segala-galanya ialah sikap dan nilai pimpinan. Yang memimpin kerajaan BN itu, terutamanya
semasa zaman pencipta BN itu, Tun Razak dan panggantinya Tun Hussein Onn.
Rakyat nampak dengan jelas kejujuran dan niat pimpinan yang benar-benar ikhlas
untuk mencapai apa yang di idamkan dan dengan dasar gubalan semasa itu.
Di zaman Tun Razak negara mencapai
begitu pesat pembangun dengan initiatif-initiatif yang berkesan yang di berikan
kepada pimpinan didikan beliau untuk melaksanakan dasar secara organik dan
nampak hasilnya secara jelas. Tun Hussein meneruskan segala dasar yang telah
digubal sebelumnya dengan penuh dedikasi dan tidak melakukan tugasan beliau
bersandarkan kepada kehendak peribadi beliau semata-mata.
Perdana Menteri semasa itu (Razak
dan Hussein) tidak campur tangan dalam urusan perlaksanaan dasar, diberikan
tanggungjawab kepada sesiapa yang telah dipilih untuk melaksanakannya. Kepada
sesiapa yang diberikan tanggungjawab itu pula tidak akan menyalahgunakan
kepercayaan pimpinan kerana mereka bersama-sama ‘hand-in-glove’ dengan pucuk
pimpinan bagi mempastikan segala dasar itu dilaksanakan dengan sempurna.
Semasa Perdana Menteri Razak dan
Hussein mentadbir negara, tugasan perlaksana diberikan tanggungjawab dan
kepercayaan dengan parameter kuasa yang luas dan Perdana Menteri tidak perlu
masuk campur dengan tugasan harian pemimpin yang diberikan tanggungjawab negara
itu. Semasa itu tidak timbul isu mereka yang bertanggungjawab itu melakukan
pencemaran terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
Tengku Razaleigh sebagai pemimpin
(planner) penting dalam mencadang dan melaksanakan dasar negara semasa itu
diberikan kepercayaan dengan parameter kuasa yang luas bagi melaksanakan
sesuatu dasar untuk kebaikan negara. Ini
hanya boleh dilakukan kerana semasa itu pimpinan semua peringkat fokus untuk
melihat pembangunan negara, khususnya dalam bidang ‘social and economic engineering’
bagi pencapaian matlamat dan ‘ultimate’ iaitu pencapaian penyatuan kaum-kaum
dalam negara yang maju.
Jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan
oleh TR seperti Jawatankuasa Pelaburan Kabinet yang sangat penting semasa itu telah
berfungsi dengan begitu telus dan ia terlaksana dengan baik tanpa banyak
masalah sampingan.
Dasar perlaksanaan memindahkan
kekayaan negara kepada Bumiputra yang di koordinasikan oleh Jabatan Koordinasi
dan Pelaksana (ICU) Jabatan Perdana Menteri misalnya, adalah hasil dari
perancangan yang teliti dan rakyat masih merasakan nikmat perancangan itu
sehingga hari ini.
(bersambung)
Saya sebenarnya terkeluar tajuk ni tapi nak tanya sapa kalau boleh tolong ulas panjang lebar sikit pasal DEEPAK macamana keluar cerita pinjaman bank rakyat ni adakah ini kes nak tutup mulut dia TOLONG bagi pencerahan sikit.................ok
ReplyDeleteTeruskan AA. Baik untuk bacaan bersama. Cuma tulis dengan ikhlas, tidak bias dalam erti penulisan dan pandangan.
ReplyDeleteTun Razak dan Tun Ismail(tidak sdr sebut tokoh ini) memang gandingan hebat. Dalam UMNOkumpula dalam barisan tertinggi berpadu saling menguat. Itu lah resepi kejayaan di bantu parti komponen yang TAHU berperanan. Itu dulu.
Sekarang berbeza. Pimpinan tertinggi UMNO kita hanya nampak Najib. Kain-lain nya melepaskan pucuk masing-masing. Paling ketara ada menteri cuba masuk buat keputusan di atas kementerian lain. Kementerian yang di jaga nya, tidak tahu di mana ' benchmark ' nya.
Sesungguh nya dari kacamata saya, Najib terlalu banyak mengulangi kesalahan. Dahulu, ya, sebatang rokok boleh mencairkan melayu. Maksud nya sedikit ganjaran tiada nilai, melayu itu boleh di tarik hidung nya. Jika jenis Pemimpin seperti ini kita ada, maka sesungguh nya rumah reput yang sdr AA nyatakan TIDAK reput sebenar nya. Ia hanya persepsi dari analisa saya.
Berbalik dulu, Pemimpin Melayu memang sejati. Membina Rumah Agam Melayu dengan KAYU JATI. Kayu terbaik. Tahan ratusan tahun jika di jaga di selenggara. Apa yang menjahanamkan ? Pemimpin terkini mengubah suai rumah induk ! Rumah di ubahsuai dengan gantian kayu kurang gred dan bercampur baur. Tiada ketahanan dan keaslian ! Umpama nya produk China, murah, nampak ok tetapi kegunaan sementara yang mudah rosak !
Kayu Jati sudah tidak di pelihara. Di lihat ketinggalan zaman. Ini lah gambaran kebodohan melayu terlampau yang mengutamakan kafirun harbi yang manfaat hampir tiada untuk menjaga kehiudupan bersama. Sentiasa ada tipu helah tersembunyi. Itu yang melayukini sangat teruja. Sedikit kesengan peribadi, satu Malaysia tergadai kerana hati dan perut nya......
ReplyDeleteAA, you punctuate the content of your writing with valuable history for the newbie like many lacks.
I am slowly getting the feel of what you write and I am just about to get addicted to your thinking that you often write sir.
Syabas and I am waiting for all installments of these much needed facts of these history.
Cheers..
Untuk memperbaiki segala kerosakan yg berlaku akan mengambil masa yang amat panjang....mungkin anak-anak kita yang sedang bersekolah sekarang boleh melakukannya jika mereka menerima pendidikan yang betul. Pendidikan sedia ada tidak menjamin apa-apa, kita sudah lihat hasilnya tidak sampai kemana-mana pun..mereka tidak setaraf minda barat dan tidak juga minda islamic.Mereka mempunyai otak2 yang lemah dan mengalah..tiada jati diri.
ReplyDeleteBy the way..TR is too old to be the leader in this long march...
ReplyDeleteAnon12:12
You think that TR is too old to provide the drastic change.
I don't know who you are but let me tell you this.
TR is much younger than many of us here in particular my own self.
TR is still in the best of life. He still has set of 32 teeth and he has no diabetic or high blood pressure like many of us here.
His organs especially his brain is still much younger than many of us here.
He is much younger than many of current leaders who are suffering from high blood pressure and other terminal diseases.
My sugar level is slightly higher than his. He still has strong legs to walk tall anywhere he likes.
He still drinks coca-cola and pepsi-cola which I am am not able to take even a sip anymore.
TR still swims more than twenty laps daily. I can't swim a lap. I don't know about you.
I would suggest you compare your youthfulness with that of TR.
You may have the right answer.
Thanks bro for your participation in this blog.
ReplyDeleteAspan,
Saya hormat kepada perjuangan sdr selama ini. Sdr sanggup dan bertahan dengan kepercayaan sdr selama ini.
Semoga sdr mencapai segala keinginan sdr untuk kita semua...
ReplyDeleteGood afternoon bro AA. You are just telling the plain and crude truth.
This man TR, has been watching from the side line the the pranks and shenanigans of his colleagues in Umno for more than 3 decades.
Painful to some and happiness to some if he can rearrange the politics of the country and leave after he's done with restructuring our new political outlook.
You are brave with opinions while sitting consciously at side line.
Please, I am waiting for your nest posting.
brian
ReplyDeleteSaudara ku, berkata benar dengan berani itu sifat terpuji...