Saya tertarik dengan apa yang
disebut oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin tentang permainan bangsa yang
bertujuan untuk menjejaskan perpaduan dan penyertaan semua kaum dalam bidang
pengurusan swasta. Saya bergembira membaca apa yang disebut oleh Khairy kerana
saya sendiri dari tepian ini selalu menyebut isu penyertaan bumiputra dalam
bidang pengurusan dan professional di bidang ‘commerce and industry’ dengan
bermatlamatkan untuk mengimbangi penyertaan semua kaum dalam bidang pengurusan
ini,.
Dalam tahun-tahun tujuh puluhan
dahulu, isu merapatkan perhubungan kaum dalam negara kita didalam bidang
pengurusan swasta ini sememangnya menjadi perjuangan kerajaan dan ia
dipersetujui oleh pimpinan dan rakyat semua kaum. Masing-masing bangsa
bersetuju pada hakikat yang tidak akan tercapai matlamat perpaduan diantara
kaum jika mana-mana kaum tertinggal atau ditinggalkan penyertaan mereka dalam
semua bidang, apatah lagi yang tertinggal itu adalah kaum majoriti negara.
Syarikat-syarikat awam yang
tersenarai di pasaran saham negara telah mengambil tindakan yang begitu selari
dengan kemahuan dan aspirasi negara untuk melihat semua kaum dilihat seimbang
dalam bidang pengurusan syarikat-syarikat awam ini. Banyak syarikat-syarikat
besar telah mengadakan latihan ‘management trainee’ dengan bermatlamatkan
mengambil dan membawa bumiputra untuk dilatih dan menjadi eksekutif pengurusan
setelah tamat waktu latihan sebagai ‘management trainees’ itu.
Semasa itu UMNO amat peka dan bekerjasama
dengan semua pihak terutamanya dengan bangsa-bangsa bukan Melayu dari MCA
terutamanya melakukan pemantauan rapi bagi mempastikan penyertaan yang seimbang
itu benar-benar menjadi kenyataan. Justeru begitu ramai orang Melayu yang muda
yang berkelulusan professional atau separa professional yang dikeluarkan oleh
institusi pengajian professional seperti ITM telah mengisi keperluan untuk
pencapaian matlamat mengimbangi penyertaan semua kaum dalam bidang industri
ini.
Oleh kerana pimpinan semasa itu
jujur dan ikhlas untuk melaksanakan sesuatu matlamat yang dipersetujui bersama,
maka tidak ada masalah untuk menambah bilangan penyertaan dari kaum yang
ketinggalan dalam bidang ini. Bagi pihak UMNO semasa itu Pergerakan Pemudanya
yang diterajui oleh Dato Harun Idris telah tidak henti-henti melakukan perhubungan
dengan ketua-ketua semua kaum bagi memudahkan perlaksanaan matlamat ini.
Tetapi oleh kerana kelalaian pimpinan
semua kaum selepas itu, segala matlamat itu telah mundur kebelakang. Kini kita
menyaksikan dengan jelas yang sentimen perkauman kembali menjadi duri dalam
usaha menambahkan penyertaan semua kaum dalam bidang pengurusan ini. Penyertaan
bumiputra khususnya dari kaum Melayu boleh dikira dengan jari di setiap
syarikat-syarikat besar sekarang ini.
Ramai diantara pimpinan yang
sepatutnya tahu apa yang berlaku tidak maklum keadaan yang sebenarnya berlaku.
Saya telah menyebut isu ini acapkali tetapi tidak ada pihak yang menyedari
betapa seriusnya elemen yang akan menggagalkan usaha penyertaan bangsa-bangsa
ini. Sekarang bukannya perkara asing jika kita menyaksikan iklan-iklan dari
syarikat-syarikat besar yang mensyaratkan supaya mahir dalam mandarin sahaja dan
ini nyata merupakan syarat yang sengaja diadakan untuk menyekat pihak-pihak
yang mereka anggap sebagai asing.
Seperti yang di dedahkan oleh Khairy
semalam yang ada syarikat yang hanya mahukan pekerja bukan bumiputra sahaja dan
ini bukannya isu baru. Sekarang pengambilan pekerja dan kakitangan juga
berlandaskan kepada kaum dan ia menunjukkan betapa tebalnya prejudis antara kaum
sedang wujud di negara kita.
Saya gembira dengan kenyataan
Khairy kerana beliau telah membawa isu ini ke tengah dan sebagai Ketua Pemuda
beliau sewajarnya mencari penyelesaian terhadap isu yang sangat besar ini. Bagi
saya tidak keterlaluan jika mana-mana syarikat yang ingin mendapatkan kontrak
kerajaan untuk membuktikan yang syarikat-syarikat itu mempunyai representasi
seimbang dari semua kaum sebagai syarat mendapatkan kontrak kerajaan yang kecil
dan yang besar. Mungkin setiap jabatan dan kementerian menghidupkan kembali
jabatan penyertaan bumiputra dalam bentuk yang tidak merosakan kemampuan
bumiputra itu sendiri.
Keadaan inilah yang menyebabkan
saya semakin hari semakin tidak meyakini mana-mana pihak yang melaungkan
perjuangan keperbilangan kaum kerana laungan itu hanyalah retorik murahan yang
suatu hari nanti akan diketahui umum niat dan motif dalam perjuangan mereka.
Saya percaya pimpinan kerajaan
hari ini memahami keadaan tetapi mereka tidak mempunyai kemampuan untuk mencari
formula dan merundingkan isu ini dengan semua pihak seperti kemampuan pimpinan
terdahulu. Pimpinan sekarang tidak begitu berkemampuan untuk melakukan perubahan
dan membuat keputusan dengan bijak kerana mereka mempunyai kepentingan dan
kelemahan peribadi sendiri.
Sebab itulah saya tidak jemu-jemu
mencadangkan supaya kita mulakan siasah baru yang lebih bersesuaian dengan
matlamat mencapai ‘national unity’ yang hakiki. Untuk maksud itu pimpinan yang
ada pada hari ini perlu membuat introspeksi dan memandang kedalam dan menilai diri
sendiri sambil bertanya samada mereka benar-benar mampu untuk mencapai matlamat
perpaduan kaum itu tadi.
Negara memerlukan formula siasah
yang baru dan ia perlu diketuai oleh seorang yang tidak terlibat dengan segala
kemungkaran politik dan ekonomi yang berluas-luasa sejak tiga dekad yang lalu.
Kita belum terlewat untuk
melakukan perubahan drastik dinegara ini asalkan sahaja semua pihak sanggup berkorban
dengan apa yang mereka sedang menikmatinya semata-mata untuk negara.
Mereka perlu mengakui yang mereka
tidak mampu untuk melakukan rombakan dan membaik pulih kepada budaya buruk
politik sekarang ini. Maka mereka sepatutnya berundur dan memberikan laluan
kepada sesiapa yang mampu melakukannya. Jika ditangguhkan perubahan ini, tidak
menjadi kejutan lagi jika suatu hari yang tidak berapa lama lagi kita akan hancur
dalam keadaan kita kekosongan pimpinan negara dalam mana tiada lagi kesempatan
untuk memperbaiki kepunahan yang negara hadapi.
Kita sedang meyaksikan dengan
rapi bagaimana Khairy boleh memulakan usaha memperbaiki keadaan yang sangat
membimbangkan ini.
Tulisan tuan sangat bagus... TQVM atas menimbulkan pencelahan dan saya harap tuan perbanyakkan lagi exploration mengenai isu ini. Fakta sejarah awal DEB dari segi usaha dan program serta proses utk capai matlamat DEB dulu perlu dibongkar semula utk pengetahuan kami generasi Y ini. Syabas tuan tanpa mengenal erti penat dan jemu moga Allah swt memberikan ilham dan kesihatan tuan dan keluarga.
ReplyDeleteAnak Merdeka.
ReplyDeleteSaya suka blog aspanaliasnet ini kerana banyak elemen sejarah yang kami orang buda tidak pernah tahu....
ReplyDeleteBenar kata pak AA. Kita timbang semula sama ada hendak terus dengan pakatan atau tidak.
Saya suka idea lontaran presiden PAS utk mewujudkan unity government melibatkan pemerintah Dan pembangkang. Sekurang2nye kedua2 pihak duduk bersama membangunkan Negara. Namun ianya dipandang serong Dan sepi.
ReplyDeleteSekiranya ini menjadi dasar negara dan merupakan salah satu elemen dalam memperkukuhkan perpaduan nasional kenapa ianya dinodai oleh kepimpinan sekarang yg kebanyakan berjuang semata2 untuk kepentingan diri sendiri. Ayoh kita sama2 bangun untuk mencampak jauh2 kepimpinan yg sebegini.
ReplyDeleteZaman Tunku A Rahman , tak ada rebut merebut kekayaan atau merompak duit rakyat!Tak ada keluarga Tunku yang kaya raya macam anak anak orang orang kuat UMNO sekarang! Yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan negara ini seperti Ahmad Boestamam, Abu Bakar al Baqir, Pak Sako, dll orang Melayu yg akhirnya menyertai PKM (yg asalnya bukan komunis).
ReplyDeleteTapi yang merampuk dan merompak harta rakyat sekarang ini siapa?Pemimpin pemimpin DAP?PAS? PKR? Siapa yg terkaya di Sabah, Serawak?
Siapa pelupur pelupur dikalangan sang penguasa yg akhirnya mengkayaklan anak pinak, kroni dan "mewariskan takhta untuk anak anak dlm UMNO" sambil kuat melaungkan slogan konon berjuang untuk agama, bangsa dan negara? Siapa yg mencucuk hidung orang orang Melayu di kampung kampung sejak dulu , kini dan selamanya? Siapa yg menyebabkan anak anak Melayu tahun 60an dan 70an buta Al Quran? Isu isu bahasa Melayu diperalatkan untuk mendapat sokongan yg akhirnya yg kaya ialah mereka yg pandai bertanam tebu dibibir.Isu isu perkauman , isu Babi, isu murtad, isu Hudud tak habis habis diperalatkan dan disemarakan untuk memain emosi orang Melayu Islam agar terus setia menyokong .Maka kaya rayalah yg menerima sokongan! Yang papa kedana ialah rakyat marhain dan pembayar cukai (yg makan gaji dikalangan tak cukup makan).
Useful informatіon. Lucky me I discovered your website by chance, and I'm shoϲked why
ReplyDeletethis accident didn't came about earlier! I bookmarked it.
my bloց post; software for supply chain management